18
May
08

Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Mukhriz

Kenyataan Media, oleh Dato’ Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung KeADILan, 17 Mei 2008

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan merujuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir anti Islam di Amerika adalah satu kenyataan yang dangkal dan dibuat secara mala fide.

Pemilihan Paul Wolfowitz sebagai pengulas di dalam artikel edisi Khas Majalah Time mengenai Anwar Ibrahim adalah keputusan yang independen yang dibuat oleh editorial majalah Time sendiri.

Mukhriz secara asasnya gagal untuk memahami isi kandungan ulasan Wolfowitz, yang menyatakan:

“When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements.”

Wolfowitz sendiri mengauki bahawa ketegasan Dato’ Seri Anwar mengenai perang di Iraq dan Anwar dengan tegas dan jelas menyatakan ketidaksetujuan beliau mengenai perkara tersebut secara berhadapan.

Keputusan Dato’ Seri Anwar untuk tidak memutuskan jambatan silaturrahim menggambarkan sifat negarawan beliau, yang jelas membuktikan bahawa dengan memutuskan silaturrahim tidak akan membantu sebarang usaha menghentikan perang mahupun menyumbang sebarang harapan untuk keamanan di masa hadapan.

Tuduhan mengenai liputan Jerusalem Post yang mengulas mengenai Dato Seri Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia juga menimbulkan pertikaian. Sekiranya Mukhriz boleh membuktikan bahawa hanya Jerusalem Post yang menjadi satu-satunya akhbar di dalam dunia yang memainkan spekulasi bahawa Dato Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka itu bolehlah dijadikan asas kepada tuduhan beliau yang bersifat melulu tersebut.

Hakikatnya ialah media di seluruh dunia tidak berada di bawah kawalan Barisan Nasional, sepertimana berlaku di Malaysia. Secara objektifnya seluruh dunia kini memerhatikan kebenaran terserlah dengan perkembangan politik, kebangkitan rakyat, dan kejatuhan Barisan Nasional dewasa ini secara khusus menjadi petanda bahawa potensi Dato Seri Anwar untuk menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia adalah benar.

Merujuk kepada Yayasan Masa Hadapan (Foundation For the Future, FFF), Mukhriz begitu ghairah menunding jari mempersoalkan sumber dana yang diperoleh FFF, tetapi gagal memperincikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.

Antara projek yang dibelanjakan oleh FFF yang melibatkan tajaan jutaan ringgit termasuklah:

* The Arab Focus on Rule of Law Reform - The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)

* Regional Action Network on Tolerance - Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestin)

* Youth and Democracy Reform in Yemen - National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)

* Middle East Center for Media Excellence - Samir Kassir Foundation (Lebanon)

* Women’s Human Rights Education Program - Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)

* Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary - United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates (Mesir)

* Institutional Support for the Central Elections Commission - Central Elections Commission (Palestin)

* Human Rights Information & Training Center - HRITC (Yemen)

* The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity - ACRLI (Jordan)

Bertentangan dengan salahtafsir Mukhriz ini, rakyat Malaysia sepatutnya menyatakan rasa bangga di mana pandangan komuniti antarabangsa - memilih Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah FFF yang turut dianggotai oleh personaliti terkemuka dunia, dan juga memilih beliau sebagai salah seorang daripada 100 manusia berpengaruh di dunia - penghargaan yang buat pertama kali dianugerahkan kepada seorang rakyat Malaysia.

Tidak ada sebarang keraguan yang perlu dibangkitkan daripada penglibatan Dato Seri Anwar dan hubungkait beliau tersebut. Sedih sekali, ianya tidak dapat diungkapkan oleh mereka yang rakap dengan Mukhriz.

Dalam keadaan Mukhriz sedang menggambarkan diri beliau sebagai seorang yang profesional dan beretika, rakyat Malaysia berhak untuk berasa malu tatkala bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, telah didedahkan terlibat dengan membuat bayaran sebanyak RM4.6 juta kepada pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff demi memastikan pertemuan antara Mahathir dan Presiden George Bush direalisasikan.

Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam “casino deal”, dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah ’sesuatu yang normal’. Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh.

Kita menyedari bahawa Dato Seri Anwar tidak perlu membayar kepada sesiapapun untuk dijemput oleh mana-mana pemimpin antarabangsa dan pemimpin negara-negara luar, khususnya di kalangan dunia Islam, di mana pandangan beliau sebagai seorang negarawan dan pemikir senantiasa dipandang tinggi dan diterima.

Serangan Mukhriz jelas menggambarkan tindakan terdesak beliau yang mahu mengalihkan pandangan umum daripada laporan Suruhanjaya Diraja yang mengaitkan bapanya terlibat dalam salahguna kuasa dan pemusnahan sistematik integriti kehakiman negara.

KeADILan mempelawa sesiapa dan semua individu yang mempertikaikan rekod Dato Seri Anwar sebagai pemimpin Malaysia, Muslim dan Melayu yang bertindak secara konsisten dengan kebenaran dan keadilan - demi orang Melayu, masyarakat Muslim, rakyat Malaysia, dan segenap lapisan manusia.

Dato’ Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

*

Press Statement, 17th May 2008

The statements made by Datuk Mukhriz Mahathir with regards to Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s alleged connections to American anti-Islamic elements are entirely misleading and done in bad faith.

The choice of Paul Wolfowitz as the author for the Time Magazine article on Dato’ Seri Anwar was an independent decision made entirely by Time Magazine themselves.

Datuk Mukhriz conveniently fails to note a significant passage within Mr. Wolfowitz’s article itself, which states that:

“When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while making clear our disagreements.”

Mr. Wolfowitz himself admits that Dato’ Seri Anwar’s stance on Iraq was harshly critical and that Dato’ Seri Anwar made clear his disagreements.

Dato’ Seri Anwar’s decision not to burn bridges only speaks to his statesmanship, as clearly, blindly severing ties would not have helped to stop the war or contribute towards any hope for peace in the future.

Accusations about the Jerusalem Post alluding to Dato’ Seri Anwar as the next Prime Minister of Malaysia borders on ridiculous. If Datuk Mukhriz can prove that the Jerusalem Post was the only newspaper in the entire world to speculate that Dato’ Seri Anwar may well be the next Prime Minister of the world, then perhaps his accusations may actually hold some water.

The truth is that media in the rest of the world does not come under the control of Barisan Nasional, unlike media in Malaysia. Objective eyes all around the world can see the plain truth that recent political developments, a people’s renaissance and the impending implosion of Barisan Nasional all point strongly towards the possibility of Dato’ Seri Anwar becoming Malaysia’s next Prime Minister.

With regards to the Foundation for the Future, Datuk Mukhriz enthusiastically points out the sources of the Foundation’s funding, but fails to elaborate on how the money was spent.

Among the many projects that the Foundation has spent millions supporting are:

* The Arab Focus on Rule of Law Reform - The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)

* Regional Action Network on Tolerance - Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestine)

* Youth and Democracy Reform in Yemen - National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)

* Middle East Center for Media Excellence - Samir Kassir Foundation (Lebanon)

* Women’s Human Rights Education Program - Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)

* Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary - United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates (Egypt)

* Institutional Support for the Central Elections Commission - Central Elections Commission (Palestine)

* Human Rights Information & Training Center - HRITC (Yemen)

* The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity - ACRLI (Jordan)

Contrary to Datuk Mukhriz’s jealous and misguided suspicions, Malaysians should be proud of the high regard in which the international community views one of our own - choosing Dato’ Seri Anwar both to Chair a Board of Directors in the Foundation consisting of prominent international personalities, as well as choosing him as one of the 100 most influential people in the world - the first time this honour has ever been accorded to a Malaysian.

There is clearly nothing suspicious in Dato’ Seri Anwar’s involvements and working relationships. Sadly, the same cannot be said for those close to Datuk Mukhriz.

While the relationships Datuk Mukhriz alludes to have been demonstrated to be entirely professional and ethical, Malaysians will have to bear the shame of a former Prime Minister, Tun Mahathir Mohammed, having been exposed as being involved in the payment of RM 4.6 million to a staunch pro-Zionist American lobbyist, Jack Abramoff in order to secure a meeting between Tun Mahathir and President George Bush.

Abramoff pleaded guilty to bribing American politicians and defrauding Native American tribes in casino deals, and Tun Mahathir himself has admitted that the money was paid to secure the May 2002 meeting, calling it “normal practice.” The recent findings of the Royal Commission demonstrate Tun Mahathir as a man who has no qualms about using vast sums of money to exert undue influence.

We note that Dato’ Seri Anwar has no need to pay anyone in order to be invited by global leaders and heads of state, and are proud of his standing internationally, especially in the Islamic world, where his views as a statesman and a scholar are held in extremely high regard.

Datuk Mukhriz’s attacks are clearly a desperate attempt to deflect public attention from the Royal Commission report that implicates his father’s abuse of power and systematic destruction of the integrity of our judiciary.

We invite any and all to objectively scrutinise Dato’ Seri Anwar’s record as an exemplary Malaysian, Muslim and Malay leader who has invariably and consistently stood for what is right, and what is just - for Malays, Muslims, Malaysians, and for every human being.

Dato’ Salehuddin Hashim
Secretary General
Parti Keadilan Rakyat


55 Responses to “Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Mukhriz”


  1. 1 an asset to DSAI May 17th, 2008 at 4:38 pm

    those allegations were made in desparation. this is to potray that he (Mukhriz) is a credible leader and that he has the guts to defend UNMO against DSAI. he wants support to elected to one of the top posts. he is also clearly trying to sidetract or to be exact, to clear his fathers sunken reputation.

    the above report by Dato Sallehuddin is clear and precise. it must be made public so that any propaganda by people like Mukhriz through tv ( live telecast of proceedings ) can be adequately countered. we can see rehearsed dramas conducted by BN members. they have not changed. time for DSAI to take over.

  2. 2 dreadloxking May 17th, 2008 at 4:53 pm

    ahhh…this thing about paying to Abramavoff reminding me of this movie,starred Al-Pacino as a middle man for a meeting between Muslims & Jews in New York. I forgot the name of the movie. Well, Mahathir is now shaking over many power-abuse cases he’d done before. Let’s send him to Kamunting or Sungai Buloh prison(where the prison cell of Dato’ Seri Anwar is still unoccupied).
    Together we form new Malaysia!

  3. 3 putera-amk- May 17th, 2008 at 8:12 pm

    assakum,,,bley x terangkan apa yg jadi dgn ketua amk selangor???

  4. 4 hafiz May 17th, 2008 at 9:52 pm

    terima kasih Dato Salehuddin. berita basi untuk memburukkan Anwar hanya mainan cerita yang sudah lama basi

  5. 5 thanaif May 17th, 2008 at 10:00 pm

    Agaknya bagaimanakah yang dimaksudkan persaudaraan seummat manusia andai hanya melingkari senusantara sahaja?
    Malaysia wajar bersedia dengan kebolehan dan kemampuan DSAI mempertautkan persatuan-persatuan ummat yang mematlamatkan dihindari perbalahan yang membawa perpecahan akibat kekeliruan dan khilaf faham antara ummat yang terbahagi kepada Muslimin Kristian Yahudi Hindu Budhha malah kumpulan atheis yang andai upaya bersepakat tanpa menyembunyikan kejujuran melahirkan keamanan menerusi pemulihan demokrasi pasti sasaran dan kehendak perpaduan ummah terlaksana.

    Perbalahan dan pergeseran atas nama agama selama ini telah menjadikan jaminan keselamatan tidak upaya dimilki oleh warga di lokasi dan sempadan yang memiliki risiko perebutan hak-hak untuk dipelihara akibat pendominasian pihak yang berkepentingan hanya merugikan untuk terbinanya kesempatan dan peluang ekonomi yang mensejahterakan rakyat.

  6. 6 kdin May 17th, 2008 at 11:46 pm

    baru jelas. tq.

  7. 7 izwan May 18th, 2008 at 1:52 am

    Propaganda merosakkan minda….Mukriz & Mahathir = 2×5 sama saja…

  8. 8 min May 18th, 2008 at 2:53 am

    salam DSAI ..hopefully kenyataan DSAI ni disiarkn dlm akhbar alternatif lain spt harakah @ malaysiakini yg m’punyai hit yg agak tingi so that isu nie x di timbulkn lg…dan rakyat malaysia especially kaum melayu jelas akan hal ini…

  9. 9 ahmad May 18th, 2008 at 11:20 am

    Maaf jikalau pertanyaan ini ditanya diruang yang silap.
    jikalau Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, siapakah yang akan menjadi Timbalan nya? adakah ia akan diberi kepada Ahli2 politik DAP atau Ahli2 politik PKR yang bukan Melayu? diharap jawapan ini dapat diemail kan kepada saya.

    ahmad
    -tiada parti-

  10. 10 karim May 18th, 2008 at 2:04 pm

    Salam DSAI,

    Mintak izin……..nak melalak sekejap yee….hehe….

    cakap kat si mukhriz tuu…..
    pi tanye pak dia dulu…….
    klo dia cakap tak reti cm ner nak tanye…..biar sya ajar dia tanye bapak cm nerr….
    “apsal dulu bapak jumpe ngan siyahudi tuu..??? sampai sanggup belanje besar lagii..???”

    klo bapak dia bagi jawapan…….maka step dia yg seterusnyer….
    memaklumkan pada org ramai pulak……apa yg pak dia jawab…..sebab rakyat semua nak tahuu…….

    lepas tuuu…..suroh si mukhriz tu pikir sendiri……

    pak dia dulu bebaik ngan yahudi boleh pulak jd PM erkk…..
    la ni nak tunjok bagus……
    matlamat takder btol la si mukhriz tuu..

    tq

  11. 11 Anak Malaysia May 18th, 2008 at 7:34 pm

    Si Mukhriz ini sedang mimpi nak jadi PM kalo2 ABB turun tahta, Najis mungkin kena gantung laki bini. Dia nak lepaskan bapak dia dari dikejar hantu.

  12. 12 slyderrose May 18th, 2008 at 8:47 pm

    Kemunafikan mahathir amat jelas dalam kontek yahudi dan zionist. Beliau tahu orang islam tidak suka US dan yahudi. Olih itu beliau mengunakan scenario ini untuk meraih sokongan orang islam, sama ada di Malaysia mahu pun antarabangsa dengan menghentam US/ yahudi. Tetapi di sebalik tadbir beliau secara sembuyian cuba berbaik dengan puak2 ini. DSAI tetapi mengambil sikap berkonfrontasi dengan puak2 ini sebalik beliau lebih suka dialog ataupun ‘engagement’. Kalau kita hendak orang menghormati kita, kita kenalah dapat berfikiran rationale dan menyampaikan hujah2 yg bernas. Menghentam membabi buta hanya mencari publisiti semata-mata.

  13. 13 eutechn May 18th, 2008 at 9:23 pm

    A’kum,

    personally I think this fellow is trying to promote his poor self to the extend of making poor publicity. How we really /?,>* by his dirty and disgusting tactics. Come on, simply you have to be better than a common thinker rather than making those poor statements.

    regards.

  14. 14 nordin May 19th, 2008 at 6:06 am

    Hallo Mukhrij.

    Sudah lupakah siapa yang bawak skuad kriket israel ke Malaysia. Sehingga ramai yang buat tunjuk perasaan.Susulan itu ada yang didakwa di mahkamah kerana memprotes.Kerja siapa itu? Bukankah bapak awak.

  15. 15 cakap-lepas May 19th, 2008 at 9:51 am

    orang gila meroyan memang macam tu.Mahu menjadi lagenda melayu terbilang gamaknya si mukriz ni macam si bapak.Aduh,kalau mahu berpencak silat,bukak la buah yang betul.Kelak tercucuk dengan keris sendiri

  16. 16 Puvana May 19th, 2008 at 10:35 am

    chaiyok….chaiyok Datuk Seri you rawk!!!!

  17. 17 deusoffe May 19th, 2008 at 10:48 am

    Penjelasan yang terang lagi bersuluh.

  18. 18 justice May 19th, 2008 at 2:15 pm

    senang citer Si Mahathir Tu Dah Nyanyuk………..

  19. 19 AAA May 19th, 2008 at 4:11 pm

    Saya percaya DSAI berada di pihak yang benar. Dato’ Seri, biaq la kat depa nak buat tuduhan melulu tak tentu pasal terhadap Dato’. Puak-puak UMNO ni kan dah memang sejak azali lagi TAK PAHAM BAHASA INGGERIS!!! Berapa kerat sangat pemimpin depa tu yang well versed in English?? Boleh kira dengan jari ajer. Itu pasal otai-otai UMNO ni rasa intimidated bila ada ahli baru UMNO yang educated join parti UMNO ni, sebab yang tua keparat ni semuanya bodo-bodo belaka! Education takdak English Literacy pun takdak = JAGUH KAMPUNG. Itulah depa yang sebenarnya.

  20. 20 Kalluq May 19th, 2008 at 6:50 pm

    Kalau di lihat apa tindakan mahathir dengan memberi wang kepada Jack Abramoff demi memastikan pertemuan antara Mahathir dan Presiden George Bush direalisasikan sesuatu perkara yang biasa kerana Jack Abramoff seorang perunding dan semestinya juru runding akan mengenakan bayaran.Itu sahaja cara yang boleh dilakukan kerana kita sedia maklum bahawa pengaruh presiden amerika adalah besar terhadap dunia. Ia umpama satu chek point untuk menemui pengantin perempuan (dalam majlis perkahwinan) dan ia adalah perkara yang sama dan biasa. Sebagai seorang islam kita adalah ditegah berbaik-baik dengan orang israel apatah lagi bersahabat baik kerana persahabatan itu bagi niat mereka terdapat udang disebalik batu.

    Sekadar pandangan…..

  21. 21 Pemerhati May 19th, 2008 at 8:28 pm

    Bapa borek anak rintik. Nampaknya mukriz ini hanya mahu membela bapanya Mahatir dan mo mengalihkan pandangan rakyat daripada perbuatan-perbuatan zalim mahathir ke tas DSAI. Teruskan perjuangan ANWAR untuk membela MALAYSIA.

  22. 22 adiputra May 19th, 2008 at 9:51 pm

    Bapa borek anak rintik
    Bapa korek anak tindik
    Bapa tongkek anak pelik
    Mahathir bongok anaknya pun lagi bongok…

    kahkahakaha… best tak pantun aku…

    Sabahan Reply:

    Aq sokong ko adiputra,….
    Keluar masuk UMNO, sedangkan DSAI sendiri tak mcm bapak mukriz tu nyanyok ambik duit rakyat bagi dekat kaum2 Yahudi, tak malu nak jadi pemimpin konon…

  23. 23 Teropong Sbg Perai May 20th, 2008 at 8:41 am

    Manusia yang hidup atas wang haram dan hasil rasuah atau dibesarkan dengan wang rasuah ….akan jadi “buta mata” buta fakta buta hati dan busuk hati akhirnya buta perut dan busuk perut .minta Allah jauhkan kita dari termakan hasutan dan fitnah golongan yang kecewa dan manusia yang kecewa kerana tidak berkuasa atau telah hilang kuasa atau cuba mendapatkan kuasa dengan sekali lagi memfitnah orang lain…

  24. 24 ketam May 20th, 2008 at 12:20 pm

    You fight for Malaysian right but can you guarentee equal play???
    You can survive because many come to your aid but can you promise that to us??
    Why during your time as TPM you cannot deliver your promise?
    I do check several of your college while you hold the Finance Minister and i do realise
    that they also got a direct award project from you,please explain??

    Thank you

  25. 25 sayembara May 20th, 2008 at 6:08 pm

    NICE JOB DATO SALEHUDDIN
    MUKRIZ IS NOTHING
    AND SOON WILL BE FADE AWAY …

  26. 26 Amy May 20th, 2008 at 7:15 pm

    aSSaLamualaikum w.b.t.

    the truth will shine brightly no matter how hard they tried to make so many types of diversion… may Allah bless those people’s soul….

    of course mukhriz will say such things…dia memang mudah lupa!!!!!!

  27. 27 Din May 20th, 2008 at 8:16 pm

    DSAI….saya harap anda akan menjadi ubat untuk kita…saya harap sakit kita tak serius sangat…kalau anda tidak boleh menjadi ubat…carikan ubat untuk kita….tapi, kita kena belajar cari ubat sendiri…

  28. 28 Don May 20th, 2008 at 9:21 pm

    Dalam dunia akhir zaman, penipu-penipu seperti DSAI ni lah orang percaya. Kalian semua yang menyokong cubalah buka minda, terangkan hati. Kaji sejarah. Banyakkan pembacaan. Jangan terus tertipu. Those who manipulate words are actually hiding behind the facts that hurt them. Think. May Allah be with each and everyone of you.

    Sabahan Reply:

    Ahhh….
    Si Don ni saya tau orang2 si Bapak borek Anak rentik….
    hehehe…

  29. 29 cheysik May 20th, 2008 at 9:56 pm

    we have 2 proud that anwar well accepted by others people.and the be end must be jealous bcuz they not so.and yet mahadir dare do wat he wont do.and that is what we call BE END.and now the amenor fear maybe the other also might BE ENDup like madir did.and i myself declare out of bn.

  30. 30 Dr. AbduSSalam May 21st, 2008 at 12:22 am

    Thank you for this article. Everybody knows how much public money Tun Mahathir has spent to put his name high. I think Mukhriz should know That DSAI is not popular to entire Muslim world by his father. He should know that evrybody likes Anwar for his islamicity and good manners. I dont know what contribution Dato’ Mukhriz made towards Islam and Muslim. He is a secular of another extreme secular’s son. I advice him not to play with Malay’s emotion for Islam. If Malay people love Tun Mahathir it is for his good stand for Islamic agendas all over the world as our shaikh al Ummah Nik Abdul Aziz mentioned.

  31. 31 MA azahari May 22nd, 2008 at 1:30 am

    jika bukti sudah jelas, jawablah dengan cara rengkas dan padat,
    tak payah memanjang spt yg dsiarkan media United Malay National Org.
    yang takda kes pun direka agar orang melayu hidup dengan
    crita tipu rekaan United Malay National Org.
    bangsa lain sibuk dengan memajukan negara mereka
    melalui demokrasi yang meningkat tapi United Malay National Org,
    asik mamajukan pembohongan dan fitnah kepada rakyat malaysia,
    yang sedihnya ini semua dlakukan dbawah PM lepasan agama!!!

  32. 32 rakyat May 22nd, 2008 at 7:55 am

    Saya harap Pakatan Rakyat tidak termakan dengan mainan politik kotor UMNO dan BN dimana tujuan Mahathir keluar UMNO adalah untuk tarik ahli parlimen yang diatas pagar agar menyertai dia dan menyukarkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.. Mereka sudah tertekan dan tidak boleh terima jika DSAI menjadi perdana menteri.. Harap Pakatan Rakyat berhati2 dengan trick mereka yang cuba menafikan wujudnya pemerintahan Pakatan Rakyat.. Demam Besar mereka…….

  33. 33 zaman bin May 23rd, 2008 at 5:04 am

    salam dsai
    selamat menjadi PM malaysia…
    satukanlah umat manusia seluruh alam dengan suatu wadah akhlak mulia…
    andai kebenaran datang pasti yang bathil lenyap dan akan ranap selamanya

  34. 34 HAJJI May 23rd, 2008 at 9:13 am

    Setiap tindakan kita dtg dari niat. Isu yg kita hadapi ini isu politik. Dicetuskan oleh org politik. Jadi jelas apa matlamat org politik? Mukhriz punya cita-cita mau jadi PM macam bapanya. DSAI juga org politik. DSAI juga bercita-cita mahu jadi PM. Kita juga mahu dipimpin oleh org politik yg niatnya BETUL! Kita dan org politik, semuanya INSAN.. MANUSIA BIASA. Tidak lari dari buat SILAP!

    Jadi klau kita dan org politik niat TAK BETUL! ALLAH maha kaya. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. ALLAH tidak merestui kita dan org politik yg niat x betul. Akibatnya akan berlaku KEROSAKAN, FASAD, KEMUSNAHAN di muka bumi ini. Siapa yg akan tanggung nanti. Kita semua! Kita dan termasuk org politik. So… careful with our intention.

    Saya berdoa supaya DSAI jadi PM. Pesan saya laluilah kepimpinan dgn sifat ZUHUD. Janganlah buat SILAP lagi jika sebelum ini pernah lalui LORONG YG GELAP itu.Wujudkanlah SHURA yg boleh support DSAI dlm setiap tindak tanduk DSAI. Apa pun saya percaya DSAI lebih arif.. banyak yg telah DSAI lalui…. Moga kita, org politik dan MLAYSIA hidup dlm gemilang masa depan!

    HAJJI - 23.05.08

  35. 35 mnj May 23rd, 2008 at 3:59 pm

    to dsai,

    biar kan depa seroyeh. kita serghum on ice only bro.

    tq.

  36. 36 jay May 24th, 2008 at 10:06 am

    Ini sepertinya perang tiga segi. Seingat saya semasa di tingkatan 1, kami belajar tentang peperangan ini dalam buku sejarah; Portugis-Acheh-Johor (correct me if I am wrong but focus point is Perang Tiga Segi), iaitu kelompok Mahathir-Anwar-Badawi. Ayuh, coba kita perhatikan di masa mendatang ini siapa bisa berhasil. Ramalan saya pasti Saudara Anwar. Saya punya keyakinan dan kepercayaan bahawa Saudara dengan pengalaman, pengetahuan, kebijakan dan nalar bisa membawa Pakatan Rakyat ke haluan yang benar. Bravo dan don’t give up.

  37. 37 Azimus May 25th, 2008 at 7:31 pm

    puashati dengan jawapan yang diberikan. tapi saya harap kita jangan tertipu dan terpedaya dengan mainan politik yahudi laknatullah

  38. 38 kalimuthu May 26th, 2008 at 11:51 am

    pak lah adalah benteng terakhir umno dan bn …
    serba sedikit sebanyak rakyat awam masih ada suka pada pak lah walaupun dihentam terok …
    mahathir sebenarnya dah ‘finish’ walaupun orang sibuk kata dia ikon …
    yang ada pada mahathir hanya sejarah tentang the so called bapa pemodenannya itu …
    tapi yang banyaknya sejarah buruk dan jijiknya itu
    dan kejijikan itu meliputi segenap orang dan segenap lapisan
    kerana mahathir rasa dia orang paling hebat dan paling pandai di Malaysia …
    so apa lagi kita perderas dan perosokkkan bn dan umno habis habisan
    mana mana yang dapat ditarikkan
    usahakanlah untuk kita tarik kepada kita sebanyak-banyak nya
    mereka ini tak de ‘bad’ sangat
    cuma kerana terlalu lama disetting mindakan …
    kita brainwash balik balik mereka ini …
    selain dari main psycho war
    kita perhebatkan dakwah untuk menarik mereka …
    cepat cepat kalau tak jun , julai paling lewat ogos
    peralihan mesti berlaku
    Amin Ya Rabb kabulkan doa kami demi Malaysia dan Islam tercinta dan semua kaum …

  39. 39 kalimuthu May 26th, 2008 at 11:58 am

    KeADILan Pusat kena bantu KeADILan Perak dan PAS dan DAP untuk menarik mana mana
    Umno yang dapat ditarik ke Pakatan Rakyat
    supaya Pakatan Rakyat agak kukuh di Perak …
    Please Dato Seri Anwarku … tolong lihat dan bantu hal ini …
    Jangan biar MB Nizar dan Ustad Zul dan Nga dan Ngeh bersilat silat …
    Terutama kalau Peralihan Pusat tu masih agak lambat …
    Perak mesti dan mesti di tadbir Pakatan Rakyat …
    dan menjadi Maju seperti Selangor …
    Tan Sri Khalid pula tak perlu terikut ikut cara pentadbiran jabtan kerajaan
    (spt Guthrie dan PNB nya dulu)
    Now he is politician Man
    Gasak je Tan Sri kalau dah yakin
    yang penting doa dan solat banyak banyak mohon petunjuk Tuhan and go go …

  40. 40 denn da' dang May 27th, 2008 at 4:41 pm

    Cant wait for a new dawn. Dictatorship will be drowned deep in tench of darkness

  41. 41 Joe_CIA May 28th, 2008 at 11:33 am

    Apasal tak publish komen aku…

  42. 42 Zaferi Jun 3rd, 2008 at 2:20 pm

    Dato’ Seri Anwar. Saya adalah bekas ahli Parti S46 dan sekampung dgn Dato’ Dr Rais Yatim. Memang dulu saya tak suka dgn Dato’ Seri tetapi apbila melihat Dato’ di humban ke penjara oleh Pemerintah BN, hati kecil ini terasa simpati yang amat sangat kepada Dato’ dan keluarga. Banyak Program keadilan saya ikuti walau sejauh mana sekali pun kerana rasa cintakan insan spt Dato’ Seri yang berwawasan. Tetapi hari ini, saya terasa sedeh dengan kemasukkan Ezam kedalam UMNO. Entah kemana pergi sumpah keramat beliau semasa mengemudi Parti Keadilan. Ezam kecewa dgn Dato’ / Azmin.. Seperkara yang penting apabila Dato’ Seri sudah berada di atas puncak kejayaan, janganlah dilupakan pengorbanan kami yang di berada di bawah ini. Kami adalah manusia yang berjuang untuk Dato’ Seri semasa Dato’ Di Penjarakan. Bukan orang UMNO dan Kaum kerabat semasa Dato’ Seri menjadi TPM dulu…

    Semoga impian Dato’ Seri Menjadi Pemimpin No 1 Malaysia di redhai oleh allah.

    Sauk, Perak.

  43. 43 memek05 Jun 5th, 2008 at 4:31 pm

    Memang ada kaitanlah tu kalau tidak tiudak mungkin zionis Amerika melantik Anwar sebagai ahli Lembaga Pengarah Foundation for the Future (FFF). Kenyataan media oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika bertarikh 2 Februari 2006 adalah berkaitan dengan hal ini. Hebat sangatkah Anwar Ibrahim selain sebagai bakal boneka Amerika. Kalau dah rapat sangat dengan zionis tu nak kata cam na? Surat Anwar bertarikh 1 Oktober 2006 telah dijadikan senarai bukti pertuduhaqn ke atas Wolfowitz oleh jawatankuasa etika skandal bekas Presiden Bank Dunia itu dengan teman wanitanya Shaha Ali Riza. Bukankah ada kaitan antara pertukaran Shaha Riza dari Bank Dunia ke FFF. Nak nafi cam mana hingga akhbar Yahudi pun beri prmo kat dia. Time pula senaraikan Anwar sebagai salah seorang daripada 100 orang berpengaruh di dunia . Kah!!!! Berpengaruh bercakap masa kempen pilihanraya bolehlah ….. kata macam-macam bak kata orang kata dulang paku serpih kata orang padahal awak yang lebih. Yang lebih serba-serbi tu “Pak Sheikh” kita la?

    Sabahan Reply:

    Ko memek05 kaum kerabat UMNO dan Mukriz, untuk menghentem apa saja media masa keadilan atau perjuangan orang, ko tu patut malu pandai becakap tapi tiada hasil atau jasa, tapi DSAI pemangkin jasa di hati Rakyat SABAH,masa DSAI TPM dulu kalu bukan DSAI kami di sabah tak membangun sampai sekarang, kerana DSAI la yg membawa persepakatan parti2 politik di SABAH supaya bersatu. itu la pemimpin yg kita cari, bukan mcm ko memek05 makan rasuah orang2 UMNO keparat tu….

  44. 44 JOE PILAH Jun 6th, 2008 at 1:25 pm

    SALAM PERSAUDARAAN… RAKYAT MALAYSIA NI DAH LAMA DIPERBODOH BODOH KAN OLEH ORANG2 BN… MAHATHIR ORANG YG TAK BERPERIKEMANUSIAAN… KALAU BAPAK DAH BINATANG MCMMANA ANAK NAK JADI ORANG DAH TENTU LE IKUT BAKA BAPAK DIA JADI BINATANG.. SAMPAI BILA KITA NI NAK JADI BEGINI… KAMI TUNGGU DAN KAMI HARAP ANWAR IBRAHIM KEMBALIKAN HAK RAKYAT MALAYSIA….

  45. 45 Public boyz Jun 8th, 2008 at 3:25 pm

    Ucapkan jutaan terimakasih pada situa paklah, sebab kebodohan dia la umno selamat di kebumikan. Hidup pak lah! naikan minyak lagi semoga makin cepat umno di terajang…

  46. 46 Public boyz Jun 8th, 2008 at 3:28 pm

    akum. Dsai tlg cepat bertanding. sudah ada GOOD REASON untuk bertanding. gerenti menang besar punye. Pengundi hantu pun tak bole tolong sebab tak tahan minyak dah naik…

  47. 47 kanang Jun 10th, 2008 at 4:04 pm

    saya rasa anuar nie memang ada agenda yang tersembunyi,kalau takat pepimpin arab yang jadi akrab dengan dia,kita tak heran kerana geng arab ni memang dah kena cucuk hidung dah dengan amerika/yahudi,semua orang tahu.masa dia jadi Timbalan dahulu,dia kena cucuk hidung dengan tun,sekarang dia kena cucuk hidung dengan amerika/yahudi.
    nak tahu betul atau tidak tanyalah EZAM..aku pecaya ezam ada benda yang dia tahu kita tak tahu tentang anuar ibrahim…wasalam

  48. 48 shinah Jun 13th, 2008 at 12:09 am

    As Anwar once said proudly,”Muslims and America are natural partners”. Yeah, right.If you are close to CIA and Neo-cons, your thinking will be identical to them.

    Harap view these websites
    May truth prevail.

    http://www.worldbankpresident.org/archives/000742.php

    http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/06/neocon-agenda.html

  49. 49 shinah Jun 13th, 2008 at 12:17 am
  50. 50 anak kelantan kelahiran penang Jun 27th, 2008 at 2:22 am

    kenapa kita perlu maki hamun dengan perkataan kesat kpd pemimpin,bekas pemimpin dan anak menantu mereka sedangkan mereka itu sebangsa dan seagama dengan kita.musuh disekeliling asyik memerhati tindakan kita.adakah kita akan berbangga jika musuh kita “berterima kasih” kepada kita kerana telah “membantu” menjalankan tugas2 mereka.adakah dengan memaki hamun sesama sendiri itu akan memberi gambaran yang kita ini orang baik2.MUNGKIN TIDAK. Perbuatan seperti ini sebenarnya mendedahkan sikap kita yang sebenarnya. perlu diingatkan sebatang jari telunjuk yang menuding kearah orang lain bermakna empat batang jari lagi akan menuding kearah diri sendiri.jika kita rasa diri kita bagus dan bijak,ayuh kita sama2 berganding bahu untuk memajukan bangsa dan negara kita.junjungan kita tak pernah mengajar kita biadap,ibubapa kita tak pernah mengajar kita biadap.adakah kita perlu menurut bisikan2 syaitan disekeliling? sama2 kita bangun awal pagi, solat hajat dan berdoa agar agama,bangsa dan negara kita aman damai dan pohon kerahmatan dariNYA.

  51. 51 shaya Sep 4th, 2008 at 9:47 pm

    ceritakanlah sekiranya tduhanterhadap anwar adalah konspirasi. buktian.

  1. 1 Serangan dijawab, kebejatan dibongkar at Anwar Ibrahim Pingback on May 19th, 2008 at 1:09 am

Leave a Reply