Respons kepada Pengunjung

5 May 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Merujuk maklumbalas kepada Video: Anwar Kembali ke Parlimen

Saya mengiringi Azizah selaku ketua pembangkang ke Parlimen. Memang saya agak keberatan pada mulannya, namun saya rasa lega juga akhirnya.

Merujuk isu Islam dan Negara Islam, saya telah berulang kali jelaskan. Rumusan kenyataan atau temuramah saya dan Azizah harus dilihat dalam konteks hujah keseluruhannya.

Saiz songkok kecil? Ha nanti saya belek semula!

Kereta mewah berlebihan? Ya saya terbaca juga komentar wartawan Tempo. Mercedes ayah dan teman yang dipinjam telah dipulangkan. Van putih juga dikembalikan. Saya dinasihati menukar mobil atas alasan keselamatan, maka ada rakan yang sedia memberikan pinjaman kereta (mobil istilah Indonesia kerana kereta mungkin keretapi).

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda