Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu ketuanan Melayu semakin dimainkan oleh Umno bagi mengalih perhatian umum daripada masalah dalaman ekoran prestasi buruknya dalam pilihanraya umum lalu.
Beliau, yang juga mantan timbalan presiden Umno, menegaskan demikian ketika ditanya mengenai berita muka depan Mingguan Malaysia bertajuk ‘Ketuanan Melayu tercabar’ hari ini.
Ketika bertitah dalam Perhimpunan Perpaduan Melayu semalam, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, tidak wajar bagi kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan yang sama dengan orang Melayu.
“Kita tidak mendengar mengenai isu (hak Melayu) ini bulan lalu atau sebelum pilihanraya umum. Saya percaya niat mereka adalah untuk mengalih pandangan umum,” kata Anwar.
Katanya, apa yang lebih penting ialah memperjuangkan ‘ketuanan rakyat’.
“Dan apabila kita sebut ‘rakyat’, ia termasuklah orang Melayu… terutama yang yang tertindas dan bukannya yang kaya,” kata Anwar, yang juga bekas menteri kewangan.
“Pendekatan kita seharusnya untuk membantu rakyat yang dipinggirkan, yang dinafikan peluang dan hak mereka. Oleh itu, ia termasuklah orang Melayu, Cina, India dan rakyat Malaysia yang lain,” katanya.
Anwar berkata, beliau yakin bahawa Pakatan Rakyat akan terbukti lebih berkesan dalam membantu rakyat, berbanding dengan Umno ataupun BN sebelum ini.
Jawab kritikan Dr M
Mengulas mengenai kritikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan beliau dengan Yahudi, Anwar menolak dakwaan itu sebagai “tidak masuk akal”.
Bercakap kepada pemberita pada forum kepimpinan Melayu di Kajang semalam, Dr Mahathir berkata hanya orang Israel yang akan mengundi Anwar jika beliau mahukan jawatan Perdana Menteri.
“Beliau (Dr Mahathir) nampaknya semakin letih dan keliru. Saya tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel, tetapi beliau ada berjumpa… secara diam-diam, ketika beliau menjadi perdana menteri,” katanya.
Anwar berkata, Dr Mahathir berurusan dengan pihak Yahudi, membabitkan AS$1.2 juta yang didakwa telah dibayar kepada pelobi Amerika Syarikat, Abramoff untuk mengatur pertemuan beliau (Dr Mahathir) dengan presiden negara kuasa besar itu George W Bush pada 2002.
Anwar menasihati Dr Mahathir supaya memberikan tumpuan menjaga kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada rakyat atas kezaliman yang telah dilakukannya.
Dr Mahathir juga, tambah Anwar, perlu menjelaskan tentang bagaimana beliau telah memusnahkan badan kehakiman, mengawal media, bagaimana beliau menahan beratus-ratus orang bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ketika Operasi Lalang 1987.
Di samping itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu menjelaskan pembabitannya dalam pelbagai amalan rasuah, salah urus, mencuri dana kerajaan melalui banyak syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian seperti Perwaja Steel.
“Saya fikir lebih baik beliau menjawab isu-isu berkenaan,” tegas Anwar.
Hadiri perhimpunan esok
Mengenai desakan Dr Mahathir supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, Anwar berkata:
“Sejak dulu lagi saya tidak pernah mengambil serius pandangan Dr Mahathir.”
“Sudah tentulah perdana menteri tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab terhadap kekalahan BN, tetapi beliau mengetuai kempen pilihanraya bersama dengan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” kata Anwar.
“Najib yang menerajui kempen dan Abdullah adalah perdana menteri, jadi kedua-dua mereka perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk mereka,” katanya.
Mengenai rancangannya untuk bertanding kerusi parlimen, Anwar sekali lagi berkata, ia tidak penting sekarang kerana beliau mahu menumpukan kepada usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
“Kerjaya (politik) peribadi saya bukan satu keutamaan kerana saya masih ada masa,” tambahnya.
Ditanya mengenai pelan peralihan kuasa Abdullah kepada timbalannya, Anwar berkata:
“Umno dan parti-parti komponen utama (BN) dalam keadaan huru-hara sekarang. Pilihan terbaik untuk mereka ialah menyertai Pakatan Rakyat.”
Anwar dijadual menghadiri satu perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru esok untuk menandakan tamat larangan ke atas beliau aktif dalam politik.
Larangan selama lima tahun itu berakhir pada Selasa depan.
















ya,yang tinggal di UMNO adalah segelintir ‘opportunists’ yang masih inginkan kuasa dan kebaikan seperti dahulu kala,tidak langsung mengetaui hakikat bahawa keadaan dah berubah,Rakyat dah sedar,parti yang hanya menjadi MAHARAJALELA ini dah dicaci oleh semua Rakyat jelata termasuk Melayu sendiri,demi globalisasi yang dah sampai,kaum Melayu nak satu pentas yang lebih mencabar,bukan asik hulur tangan sahaja,mereka mau berdikari,tunjukajar mereka terima,tapi bukan bantuan,atau bantuan yang jaji kosong seperti dulu.
saya senang dan gembira melihat berita mengenai DSAI di MSM hari ni perihal berita DSAI menyangkal TDM
salam,
UMNO cuba memainkan isu perkaumman utk menagih sokongan melayu seperti yg biasa mereka lakukan. Di harap pihak pakatan rakyat tidak terjerumus dgn permainan kotor UMNO ini. Saya percaya pihak PR telah cukup matang utk menangani isu lapok ini.
Pak Lawak ‘berprestij’Umno maseh belum letih untuk berlawak. Beliau ingin tontonkan sisa2 ’skill’ lawaknya sebelum memejamkan matanya.
Kita sebagai penonton yang ‘dipaksa’ setidak2nya senyumlah untuk memberi rangsangan kepada beliau sebelum baton lawaknya disambut oleh anaknya yang tidak kurang hebat prestasinya.
Jikalau sianak dapat menjadi PM,dinasti J—R dapat dilanjutkan diMalaysia ini.
Ingat, bukan Raja saja tinggal diistana. Joker pun disitu tinggal nya.
ketuanan melayu tak terancam.yang terancam umno.,kerana jika hilang kuasa mereka tidak boleh lagi merompak duit rakyat untuk kayakan diri mereka.umno adalah ketua lanun kepada mca,mic dan komponennya.bermakna mereka akan hilang ketuanan untuk merompak duit rakyat.
Apa pun mintalah MB Sgor bijak sikit berpolitik. Tak kan projek pertama diumumkan projek ternak babi? Tak sensitif langsung.
PR dan Anwar tak perlu risaukan tentang kerusi parlimen mana nak dikosongkan untuk anwar agar boleh masuk parlimen…sebab kalo bertanding dlm masa terdekat ni, pasti byk taktik kotor akan digunakan..last sekali..anwar kalah dan tak dapat masuk parlimen..
cadangan aku ;
pastikan PR kuasai parlimen dulu..lantiklah sesiapa..wan azizah ker azmin ker jd PM, dan lantik anwar jd senator, jadikan anwar menteri kewangan..sebab senator tak boleh jd PM..
kerana selepas PR kuasai fed gov, media akan dikuasai oleh PR..media akan jd lebih saksama…anwar akan masuk media arus perdana lebih kerap untuk meyakinkan semua rakyat bahwa beliau akan jd PM dan pimpin PR…
lepas 1 tahun atau 2 tahun, baru bertanding parlimen..masa tu kempen akan berjalan dengan adil..calon BN akan berdebat dgn anwar dlm media live..kita lihat siapa yg lebih layak menang di kawasan tersebut..
umno sudah jd pembangkang dan spr pada waktu tu tentu telah dipulihkan,..untuk lebih adil buat keje dia…
itu sahaja..
so..Pr dan anwar jgn tergopoh gapah bertanding di parlimen…
baca dlm tenet hari ni , ada ura2 anwar nak di ISA kan lagi..kerana UMNO sudah mula takut dgn rancangan PKR pujuk MP BN join PKR..
demi negara dan kuasa di tgn mereka..mereka[BN]..pasti tergamak lakukan apa saja..
harap PR dan Anwar berhati2 malam ni…
- Dato’ Seri tak ambil serius pandangan Mahathir ?
- Kami langsung tak nak ambik tau tentang Mahathir dan segala apa yang dia merepek meraban melalut , rasa-rasanya entah kami pernah mengenali ke tidak ada pemimipin benama Mahathir ni?
- Siapa diaorang ni yang sibuk nak bercakap tentang ketuanan Melayu ? Apa yang diaorang buat selama ini untuk menguatkan Melayu ?? Bukan setakat mereka ni nak alih tumpuan but what they are talking totally karut - bullshit -it is , dan tidak menunjukkan mereka ni concern Melayu pun , yela yang bercakap kat forum tu sapa ? Sasterawan berkarat dan Ulama tak laku … dengan pemimpinan Usman Bakar yang tak kesampaian jadi pemimpin . So it is totally bullshit .
- yes , segeralah wahai Umnos Umnos tu menyertai Pakatan Rakyat , mmg betul macam yang hangat diperkatakan sekarang - Umno akan pupus , Umno akan pupus , Umno akan pupus , tak dapat dipertahankan lagi , habis , elek pucek . Dato Seri Anwar pernah pijak bendera Umno ? mungkin … sebab Umno akan pupus . UMNO BERKUBUR !!!
askum Dato’ Seri, kami doakan agar dato’ seri panjang umur, murah rezeki.menegakkan yang hak, mematahkan yang batil.hari ini dalam sejarah seorang pejuang reformasi sudah kembali ke kancah politik,berada di gelanggang menetang kezaliman..teruskan dato’ seri, lawan tetap lawan, lawan sampai menang..takbir salam reformasi..wslm
Hai MUSANG berbulu AYAM dan penyokong UMNO,
Tolong jangan main isu perkauman. Tiada siapa boleh CLAIM diri sebagai tuan atas yang lain. Kalau yang HAK ISIMEWA (ikut Perlembagaan) itu mungkin boleh diterima.
Kalau ada yang claim diri sebagai tuan, bermakna yang lain tu HAMBA?????
So please la. Selagi ada isu TUAN ini dibangkitkan selagi itulah rakyat di negara ini yang berbilang kaum tidak boleh duduk aman.
Pembentukan Malaysia pada asasnya adalah sebagai PARTNERS : MALAYA, SABAH dan SARAWAK(dan SINGAPURA) kalau tidak keluar.
Jadi isu perkauman, agama dan dan TUAN ini sudah LUPUT tarikh. Tidak boleh dipakai lagi.
Negara Madani terus Maju. Hidup PR.
sesungguhnya sesuatu bangsa itu Allah muliakan dengan Islam…bukan dengan Islam Hadhari ciptaan Pak Lah Badawi…
Apa cara pun yang di mainkan oleh kerajaan sekarang(BN)tidak lah senang dapat menipu ataupun menperdayakan rakyat lagi..semua tektik kotor,keji dan tidak tanggungjawab ini saya harap dapat kita semua fahan dengan mendalam dan harapan suatu hari akan kita semua mendapat sebuah kerajaan yang betul betul adil dan boleh menbangunkan negara lebih maju di dalam dunia yang begitu mencabar ini.Syabas saya ucapkan kapada Barisan Pakatan Rakyat atas kerjayaan di dalam PRU ke 12.Semoga pada pilihan raya yang akan datang,kuasa rakyat dapat menumbangkan penguasaan Barisan Nasional yang tamakan kuasa,rasuah berleluarsa,kronisma dan penyalahan guna kuasa polis.
Let us not forget that in 1990, Dr M himself sold the Malays’ vote in the UN to allow the US/Zionist entity to bombard Iraq; thus slaughtering hundreds of thousands of Arab women and children.
Datuk Seri menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memusnahkan badan kehakiman, mengawal media, menahan beratus-ratus orang bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk ketika Operasi Lalang 1987. Soalan saya, mengapa Datuk Seri bersekongkol dengan individu ini dan hanya menyatakan perkara ini selepas dipecat pada 1998?
Datuk Seri menyatakan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) merupakan senjata kerajaan untuk menghalang proses demokrasi. Semasa berada dalam UMNO dan memegang jawatan di dalam kabinet antara 1982 hingga 1998, isu ISA tidak pernah ditimbulkan oleh Datuk Seri tetapi, mengapa hal ini dibangkitkan dan dibesar-besarkan hanya selepas Datuk Seri dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dilucutkan keahlian dari UMNO pada 1998?
Mohon penjelasan…..
Nak buat mcm mn,nama jea melayu,tapi bertopengkan binatang yang hina iaitu babi,kata islam tapi menjatuhkan org islam adalah dari anjing2 yang manyalak,langsung tak rasa berdosa & tak takut kpd ALLAH S.W.T.
Dia sentiasa fikir,dia & org2 dia yg berkuasa di atas muka bumi malaysia ini,langsung tak takut degan azab tuhan yg akan menimpa di kemudian hari.
Sama2lh kt bermohon kpd ALLAH S.W.T moga di limpahkan rahmat & hidayah kpd kita semua.
Assalamualaikum…
Rasa terpanggil dengan komen Hj Ali…Harapan saya moga perjuangan PKR dan yang seangkatan dengannya diberkati ALLAH.. kalau betul ura-ura dalam internet Anwar nak di’ISA’kan semula..rasa luluh jiwa saya. Betapa keperitan dulu masih segar di ingatan. Saya hanyalah rakyat biasa yang tak arif dengan politik tapi memahami dan ambil tahu suasana sekarang. Tapi saya tahu DSAI telah masak dengan segala mainan politik Malaysia. Harap bersedia dengan segala kemungkinan… Marilah kita rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman berdoa agar perjuangan ini menemui kejayaan… Insyallah..
Saya setuju dengan cadangan Pak Hj Ali. Ini satu strateji yang patut diberi perhatian. Lagipun, DSAI telah mengatakan beliau masih ada masa. Tetapi saya harap, masa itu janganlah berpanjangan sangat.
Saya juga setuju dengan pendapat-pendapat tersebut. DSAI dan pemimpin PR seharusnya lebih berhati-hati terhadap kemungkinan yang akan berlaku. Jangan lupa peranan SB UMNO, yakni anggota pasukan keselamatan (Polis) Mereka-mereka inilah yang telah meng ISA kan ramai ahli-ahli politik terkemuka tanah air. Nampaknya UMNO semakin teramcam dan diambang kemusnahan. Jika masih ada lagi SB UMNO tersebut, maka amat bahaya kedudukan DSAI dan para pemimpin PR.
Wakil-wakil rakyat PR juga harus berhati-hati juga kerana nampaknya Pak Lah telah memberi isyarat akta hasutan akan digunakan walau didalam Dewan Rakyat. Untuk memyelamatkan UMNO, taktik ala Mahathir sahaja yang berjaya. Gunakan segala-gala sumber yang ada. Media, pasukan keselamatan, badan kehakiman, akta-akta (walaupun yang tidak logik)dan segala badan asalkan UMNO terus mendapat sokongan (sungguhpun ia tidak disokong)secara tipuan.
Maka tidak berjaya lah pemulihan badan kehakiman, polis dan sebagainya.
saya doakan DSAI berjaya…haifaz14@yahoo.com
Dato Seri Anwar Ibrahim
U.P. Mohd. Norhusaini Abd. Rahman
Saya rasa Dato Seri Anwar tak perlu jawab pertanyaan Mohd. Norhusaini. Semua bekas bekas Timbalan Perdana Menteri pun sudah tahu perangai mantan PM Mahathir. Kalau bantah sahaja apa yang dia suka buat, alamatnya tinggal mantan sahaja. Seperti Tun Musa Hitam sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, tegur sahaja sikit dia ganti dengan Allahyarham Ghafar Baba. Ini sifat Mahathir “one man show” semua orang tahu.
Dato Seri Anwar sikapnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu, hasrat hatinya nak perbaiki UMNO itu dari “dalam” tapi sudah rosak teruk. Dia cuba juga, akhirnya secara tiba tiba timbul buku 20 dalil “mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri”. Mahathir pun ambil peluang suruh siasat polis, lalu berbagai fitnah menekan Dato Seri Anwar hingga beliau dipenjara atas tuduhan fitnah. Apa bila peguam Dato Seri buat rayuan, semua tuduhan digugurkan.
Yang sangkut pulak atas tuduhan kononnya Dato Seri Anwar enggan disiasat polis. Memang betul lah beliau enggan disiasat polis sebab mahkahmah rayuan pun mendapati tidak ada kes tuduhan tersebut, beliau tidak bersalah waktu itu Mahathir bukan PM lagi.(Sudah tiada kuasa mengarahkan hakim.)
Sudah sudah lah tu Tun, baik rehat. Nanti jantung sakit lagi. Sudah banyak kali Doktor sambung sana sini, kot kot putus sambung, hah! Apa macam? Naya nanti Tun Siti?
memang betul Malaysia perlu PM baru. Malaysia berfikiran jauh ke hadapan. Untuk menghambat dasar negara maju, fikiran PM juga perlu maju./ Oleh itu wawasan baru perlu digembleng ke arah moto baru iaitu Malaysia baru. Orang yang paling layak jadi PM Malaysia baru ialah Anwar Ibrahim. Sesiapa menafikan kebolehan dan keupayaan Anwar Ibrahim buat masa kini aka orang itu perlu masuk fakulti ilmu sekali lagi. Wallahu alam.
dalam masa yang terdekat ini UMNO akan mengupah sebuah pertubuhan CINA untuk membangkitkan isu isu Melayu. kemudian UMNO akan bermain wayang dengan watak HERO yang pernah di pegang olehnya sejak dulu. Walaupun wanyang jenis ini pernah di lakunkan oleh Datuk Lee Kim Sai pada tahun 80 an, kemudian oleh Suqiu pada tahun 90 an. Maka tak tahulah Cina mana yang sanggup memain watak jahat tersebut dimana UMNO akan menjadi Hero! Tapi yang pasti wayang ini tak pernah jemu walaupun ceritanya sama. Marilah kita tunggu siapakah watak wayang tersebut untuk UMNO menjadi Hero.
ismail,
Awak ni tidak faham langsung tentang hukum qisas.
Kita melayan orang mengikut caranya berhemah dengan kita.
Kalau dia pukul, kita berhak untuk memukulnya kembali.
Sekiranya ada orang mencerca ibu awak, camne?
Kalau awak marah, nanti awak dikatakan menyalak macam anjing!
Kalau orang raba ibu awak, nak dibiarkan….
Pun jadi macam anjing juga.
Itu sebab, bila bercakap siang pandang, pandang.
Perkataan anjing tu nampaknya dah terbalik kat diri awak.
hhmm, regarding the idea of toppling the current federal gov, i think by hook or by crook, it has to be done.really hope the agenda becomes reality
if not, in the next coming election, i would say rakyat will loss confidence firstly in anwar ibrahim and secondly, the pakatan rakyat resulting in a major defeat.
then, BN thru SPR/EC will be more aggressive in rigging the election process; more phantom voters, abolish the ink usage etc.
about the ink, what happen to the four people said to be reason behind the ink issue? what action from police?
if the ink is produced in india and election commision of india still use the ink, how can the usage of it be cancelled in malaysia where only 4 people brought the ink into malaysia? in contrast, quite a number of india citizens (the ink factory’s workers, cronies) are capable of buying the inedible ink but yet, it is still be used in the election.
pakatan rakyat cannot be relaxing over the election ragging matter despite winning 5 states already. better work now until the next election to settle the serious problems.
Salam. Saya rasa orang melayu sendiri yang perlu pertahankan hak, ketuanan dan maruah melayu itu sendiri. betul la rakyat tu semua kaum. tapi perlu diingtkan MELAYU itu lebih istimewa dari kaum lain. bukan saya yang kata. tapi Perlembagaan Malaysia yang kata! kalu tak jaga hak melayu yang istimewa ini, tak kan nak minta orang inggeris yang dah jajah dan tinggilkan tanah melayu dulu. mesti orang melayu. bila jadi pemimpin dan pemimpin berkenaan itu rasa dia orang melayu jangan jemu, lupa dan cuba-cuba nak berhenti pertahankan nasib orang-orang melayu.
Salam semua… KETUANAN MELAYU. Adakah semua melayu menjadi tuan?. Tuan kepada siapa?. KETUANAN RAKYAT. Adakah rakyat semua menjadi tuan?. YA……… TUAN KEPADA NEGARA MALAYSIA……
Kalau baik untuk rakyat akan baik lah untuk melayu, tapi melayu pun jangan ashik nak dapat tanpa usaha. Kejayaan bangsa, agama adalah atas usaha yang jujur dan bertanggung jawap. Setiap individu ataupun organisasi boleh memainkan peranan untuk kejayaan semua. Tindakan yang baik dan betul adalah segala-galanya. Yang perlu diutamakan adalah, Malaysia yang dapat kita banggakan.
Sdra Faizal
Apa yang orang Melayu itu lebih istimewa dari kaum lain di Malaysia? Dari segi apa? Selama ini orang bukan Melayu berusaha sendiri lalu jadi kaya raya kerana orang bukan Melayu rajin berusaha berdikari berdiri diatas kaki mereka sendiri tanpa hak istimewa dari Kerajaan. Walaupun orang Cina dan India itu adalah orang Malaysia.
Orang Melayu terlalu berharap bantuan subsidi dari Kerajaan, malas berusaha, malas berdikari, malu bekerja jadi kuli, malu berniaga kecil kecilan. Semua harap bantuan Kerajaan untuk mendapatkan projek berjuta ringgit. Bila dapat projek lalu “Meng-Ali Babakan” kepada orang yang bukan Melayu, apa ini mesti digalakkan? Apa cara begitu ajaran ketuanan Melayu yang mesti jadi ikutan orang Melayu?
Orang Melayu suka jadi kroni orang besar Melayu UMNO, tapi bagaimana orang Melayu miskin yang bukan UMNO? Yang bukan kroni orang besar Melayu UMNO? Apa kah hak mereka juga terpelihara? Kalau hak orang Melayu miskin dipelihara, bagaimana hak orang Cina miskin? Hak orang India miskin? Adakah patut kita biarkan sahaja mereka mati kebulur?
Siapa kah yang memelihara hak orang Melayu di London? Di Amerika? Bukan kah orang Melayu juga hidup samarata dengan bangsa kulit putih iaitu berusaha sendiri, berdikari berdiri dikaki sendiri untuk berniaga, berkerja untuk hidup?
Kalau Kerajaan UMNO/BN jika ada anak anak orang Melayu miskin yang sakit seperti pembedahan jatung atau jantung berlubang, siap hari hari masuk TV minta derma dari orang ramai untuk ongkos pembedahan. Kenapa Kerajaan UMNO/BN tidak beri rawatan percuma kepada orang miskin? Orang Melayu miskin pun tidak diberi bantuan. Mana sudah hak Melayu yang UMNO pertahankan? “Cakap tidak serupa buat”.
Dasar PR hak orang Melayu dalam perlembagaan dipelihara bersama juga orang Cina dan India semua mendapat bantuan Kerajaan PR samarata. Apa ruginya orang Melayu yang miskin kalau semua orang miskin Malaysia dapat bantuan? Cuma orang Melayu kroni yang kaya raya sahaja yang rugi.
Kita takkan salah untuk perjuangkan ketuanan Melayu.
Masalahnya, kenapa baru sekarang UMNO dan pecacainya baru nak sibukkan soal ketuanan Melayu?
Bagaimana dengan nasib Melayu sejak belum merdeka lagi? Apa yang UMNO dah buat hingga sekarang?
UMNO hanya menjahanamkan Ketuanan Melayu.
Simbol perpaduan Melayu adalah melalui raja, tapi siapa yang merampas kuasa raja?
Dengan kuasa raja yang terbatas, ke mana Melayu nak mengadu sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini? Kaum lain, boleh merayu kepada PBB seperti apa yang berlaku di Timor Leste. Orang kristian pasti akan tolong mereka… silap-silap Malaysia akan jadi macam Cyprus; kena bagi dua!
WPI tu siapa yang buat? Serahkan hak kepada peniaga di seberang tambak. Kemudian Dolah Badawi pelawa Singapura agar mentadbir secara bersama. Apa ni?
Ketika persempadanan kawasan pilihan raya, kenapa UMNO tak pecahkan kawasan ramai Melayu? Baling, contohnya. Sebaliknya, di Sarawak kawasan yang punya pengundi lebih sikit 6,000 dipecahkan. Akhirnya, 25 kerusi parlimen dapat ke Cina semuanya.
Mana ketuanan Melayu kalau bukan sekadar UMNO yang buat dajal kat orang Melayu.
Sudahlah dengan segala pertemuan itu. Rakyat dah muak dan jelik dengan perangai UMNO.
I have extracted Article 153 (1) & (2) of the Constitution of Malaysia below.
(1) It shall be the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.
(2) Notwithstanding anything in this Constitution, but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this Constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special provision of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law, then, subject to the provisions of that law and this Article, of such permits and licences.
Rakyat, please read and interpret for yourself the much “propagandized†Article 153. Only the Yang Di Pertuan Agong (not Government) is endowed with the authority to protect the special positions (not rights or privileges as some have been harping or championing) in the public service (other than the public service of a State) and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities given or accorded by the Federal Government and, when any permit or licence for the operation of any trade or business is required by federal law.
Our wise founding fathers have laid the foundation (education/training/public sector employment) and chance to make “fishermen†out of Malays & natives rather than just giving them fish/handouts, and perpetuating their continued reliance or addiction to handouts. So what is this “Ketuanan Melayuâ€, which is but a hollow propaganda to perpetuate status quo by a few elites to enrich themselves. Propaganda to cast fear onto Malays & natives that their “rights and privileges†(actually position) are under threat, and threats of bloodshed on others if they question these special “rights and privilegesâ€. Rakyat have been taken for a ride all these years.
Additionally, our founding fathers also had the foresight to include Article 153 (9) Noting in this Article shall empower Parliament to restrict business or trade solely for the purpose of reservations for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak, which is self-explanatory. An appropriate check against $$$ abuses by Parliament, which extend also to the Executive (or Government) and civil service.
isu ketuanan melayu memang strategi UMNO bila mereka goyang
Salam reformasi…. KETUANAN MELAYU. Apakah semua melayu menjadi tuan?. Tuan kepada siapa?. KETUANAN RAKYAT. Apakah rakyat semua menjadi tuan?. Tuan kepada siapa?. Jawabnya, YA……. TUAN KEPADA NEGARA MALAYSIA………..
Salam Dato Sri ,
sebelum di ISA kan , rebut peluang yg ada ,
kalau umno asyik bangkitkan isu perkauman dan mengalakkan perpecahan jangan terkejut besuk kita bertuankan mat salleh atau jepun. kalau umno rasa ketuanan melayu terhakis saya cadangkan supaya semua ahli sukan yang mewakili negara hanya diberikan kepada orang melayu. kita lihatlah keputusannya adakah ia menguntungkan negara.
malaysia yang sedang berusaha menuju ke arah negara maju sebenarnya memerlukan rakyat yang berkualiti seperti apa yang di lakukan singapura. kalaulah UMNO asyik meniupkan isu perkauman ,akhirnya melayu, cina, india dan orang asli semuanya yang rugi. pokoknya melayu kaya cina tumpang, cina kaya melayu pun kaya. melayu miskin peniaga cina kena gulung tikar. cina miskin kedai nasi melayu pun kurang bisness jugak. Sekarang ini adalah milenium baru dan bukannya tahun 50 an lagi. bangun lah wahai rakyat malaysia, kita di malaysia cina, melayu dan india adalah satu keluarga, tolaklah parti yang berteraskan perkauman. Bukankah darah kita sama merah?
Apa nak takut, ini Malaysia. “MALAYâ€- SIA. Yang teratas adalah
Raja-raja MELAYU. DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
Cuma kita juga perlu memikirkan MELAYU yang miskin, terpinggir,
tercorot dan sebagainya. DAULAT TUANKU. Kita perlu mengeluarkan
lebih ramai THINKERS not only ENTREPRENUERS. MELAYU jangan
leka, jangan gila kuasa, jangan rasuah… itu kita perlu fikirkan.
DAULAT TUANKU! So, jangan takut… who ever rules, Malay will
always have a priority! DAULAT TUANKU. Other races will not
become Prime Minister, the King will make sure of that, perhaps.
We live together with other races in harmony, peace and loving.
DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU.
Yang baik untuk Melayu kita harus pertahan, seperti peluang atau kuota kemasukan ke IPTA, UiTM, MRSM, Tabung Haji, ASB, ASNB, bantuan kepada Masjid dan lain-lain lagi. Ini jangan la kacau, yang kita bimbang dalam sibuk-sibuk nak jadi PM ini kita lupa nak pertahan kan benda-benda ini. Dah banyak kali dah orang Melayu terkena, Melayu ni kan mudah lupa. Dengar orang cakap berapi-rapi kita pun meloncat. Akhirnya kita meloncat dalam kandang babi kat Sepang. Dari Darul Ehsan dah jadi Darul Babi.Pandai sungguh orang Melayu….akhir sekali jadi macam orang Melayu Pulau Pinang habis boria tinggal kain pelekat….tanya la DSAI dan keluarga dia kat ceruk tok kun…
Tak kan orang cheruk tok kun tak kenal DSAI, diakan orang Melayu, tak kan dia nak biar orang melayu terpinggir, dari dulu lagi perjuangannya berasaskan agama dan bangsa, masa dia dalam UMNO dulu pun dia jaga kepentingan orang melayu tapi bila dia kena pecat orang melayu juga yang masuk dia dalam penjara, kenapa nak ungkit benda yang pasti DSAI akan bertanggung jawab, dia pun akhirnya akan mengadap Allah swt juga untuk dipersoalkan segala pertanggungjawaban dia di dunia ini. Bagi saya persoalan babi tak timbul kerana di mana mana pun ada cina yang bela babi cuma tak dihebahkankan, dah makanan orang cina, mereka bela le, jangan ada orang melayu bela babi cukup.cuma yang kita naik angin sekarang orang cina DAP dah lupa daratan, mereka menang bukan kerana parti mereka kuat tapi kerana pengaruh DSAI, siapa LIM KIT SIANG atau GUAN ENG tanpa DSAI.Dah berkurun bertanding pilihan raya tak pernah menang seperti PRU12, jadi kita kena bagi sokongan kuat kuat pada DSAI supaya orang cina DAP tak tikam dia dari belakang.
Banyak sangat perkataan ‘mempertahankan’ bila sebut pasal Hak Melayu. Perlembagaan memang termaktub Hak Melayu.. tapi UMNO tak pernah hirau pasal Hak Melayu pun!! Cakap je ‘mempertahankan’. Yang bagi punah ranah Hak Melayu tu UMNO jugak. Jangan temberang lah - yang hangpa nak pertahankan tu adalah hak kroni-kroni hangpa saja.
Dah.. UMNO perosak hak Melayu boleh duduk tepi - tak lama lagi hangpa nak masuk muzium - pupus! Bagi laluan kat PR nak mai repair apa yang hangpa dah rosakkan. Bukan takat tu saja, kita nanti upgrade hhk ni, biar Melayu terbela dan bangsa-bangsa lain pun sama muhibbah.
Memang la umno skang nie tak boleh pakai. dah tak relevan. nama je parti melayu bersatu. tapi tak leh cakap isu isu orang melayu. nanti kene tangkap. apa la punya parti.. kat sini kita cenderung untuk mengatakan bahawa umno dah lumpuh dari segi fungsi nya. jgn lupa kawan2. dsai pun dulu umno. apa yang dia tak kata kat pembangkang. macam2. cuma kita jangan terlalu dan sangat taksub dan fanatik pada individu tertentu. kerana mereka2 ini punya matlamat dan impian yang berbeza. yang boleh jaga kita hanya, diri kita sendiri… renung2 kan wahai rakan2…
Pilihanraya kali ini telah menunjukkan kuasa melayu semakin kuat, tapi kuasa UMNO semakin lemah, Melayu telah lebih kuat dari segi pemikiran dan tidak mudah lagi dipergunakan. Sultan yang sebagai tunggak kuasa melayu juga di lihat kembali berkuasa dan berani menggunakan kuasanya dalam menentukan perlantikan menteri menteri besar, Kalau dulu semasa UMNO adalah super power beranikah raja raja melayu campur tangan dalam perlantikan menteri besar oleh UMNO? Saya rasa tidak.
masih ingatkah kita semasa zaman Mahathir dulu kekebalan Raja Raja telah di perkosa. Saya masih ingat TV3 Dan RTM tisak henti henti menghentam raja raja tanpa raja takut. Jadi biarlah orang melayu sendiri yang menentukan ketuanan melayu yang hilang atau ketuanan UMNO?
Kalau Melayu ada ketuanan semasa pemerintah UMNO taklah mata Anwar lebam di pukul kerana saya pasti Sultan akan berani campur tangan.
Saya yakin setalah Anwar di pukul, di fitnah dan dimasukan isa oleh orang melayu sendiri maka mata Anwar telah melihat bahawanya dunia ini hanyalah ada 2 bangsa, Iaitu bangsa baik dan bangsa jahat.
Malays are the more united race compared to Chinese and Indian, is well proven. So having different ideology and believes among Malays is natural and doesnt meant they are not united. Everyone is entitled to freedom of thoughts. So UMNO is still stubbornly playing the Race card.UMNO cannot expect Malays to be like Robot and everyone must think alike.