05
Apr
08

Kedudukan Melayu dipertahankan bersama hak semua rakyat Malaysia

Saya meneliti ulasan blog yang kian meningkat. Dan izinkan saya merumus dan mengulas sekaligus.

Kita harus bezakan dari sikap rakus menindas dan mengurung rakyat, menipu dalam PRU, membelenggu media, merosakkan badan kehakiman dan merompak harta rakyat buat memperkaya anak-anak dan sanak saudara yang menunjangi Umno-BN dibawah Dr. Mahathir dan kini Abdullah-Najib. Maka ulasan dari kalangan yang terus mempertahankan dasar usang dan rasuah boleh dianggap sedikit melucukan.

Seandainya ada yang ikhlas mencari kebenaran, lihat saja perjalanan mahkamah, fatwa Sheikh Yusuf Qardawi, atau kenyataan awal – Yayasan Masa Depan, Krisis Kewangan 97-98.

Sekonyong-konyong kini muncul jaguh Melayu baru, yang buta dengan rompakan besar dan pengkhianatan terhadap dasar bahasa, pendidikan kebangsaan. Kononnya Melayu diancam kerana kemaraan Cina termasuk DAP. Melayu kini terpinggir dan terperosok manakala ‘jaguh’ Melayu melimpah kekayaan.

Inshaallah kami bersama akan mempertahankan hak Melayu, kedudukan Islam melalui pendekatan baru dengan dasar dan program telus serta menjamin keadilan bagi semua rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM


147 Responses to “Kedudukan Melayu dipertahankan bersama hak semua rakyat Malaysia”


  1. 1 Warga Dedap KD Apr 5th, 2008 at 12:03 pm

    Saudara Anwar,
    Sekali lagi hari ni, akhbar2 memainkan peranan untuk memburukkan Pakatan Rakyat. Ini kerana segelintir pemimpin2 dari Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan yang boleh memudahkan pihak lawan untuk memutarbelitkan kenyataan yang dibuat. Saudara perlu membincangkan perkara ini dengan pucuk pimpinan PR. Namun begitu, saya tidak begitu senang dengan kenyataan saudara Lim Kit Siang yang seolah2 begitu memusuhi Islam. Ini adalah gambaran buruk yang mana boleh dimanipulasi oleh BN dan konco2 nya. Juga boleh menjauhkan penyokong dari masyarakat melayu dan islam jika kenyataan yang seolah ‘tak suka’ pada islam yang ada pada saudara LKS ini berterusan.
    “Dan tidaklah Nabi Muhammad itu diturunkan kecuali untuk membawa kerahmatan untuk keseluruhan alam”
    Wallahu’alam.

    Reply

  2. 2 indian we all bumiputra Apr 5th, 2008 at 12:23 pm

    DSAI nampaknya UTUSAN dan NST memainkan isu Islam State….. Semua kaum hari ini memilih PR demi perubahan dan semua memang menerima agama Islam agama rasmi bukan Islamic State……… tapi saya tidak tahu ada kah pemuda PAS berkata spt itu ataupun ini kerja pemuda UMNO yg berlakon spt ahli PAS…. DSAI dan Dtk Hadi Awang harus tampil dan membuat kenyataan agar ahli2 PAS tidak terlibat sama sekali….dan kita bangun bersama, hidup sekeluarga as a Malaysian. HARAP DGN SEGERA DSAI, DTK HADI AWANG, YB LIM AGAR MENGELUARKAN KENYATAAN YG BAGUS RAKYAT PR DPT TAHU DARI AWAL…..SUPAYA TIDAK BERLAKU APA2 YG BURUK DLM BEBERAPA BULAN DAN MENYINGGUNG RAKYAT YG TELAH MENYOKONGNYA.

    Reply

  3. 3 wan Apr 5th, 2008 at 12:35 pm

    salam dsai
    sekarang bila mereka dah tak ade pangkat, barula sekoyong-koyong bangun kononnya untuk memperjuangkan orang melayu,kelakarla plak…masa pangkat di junjung ….semuanya tak nampak ini tak nampak itu tak nampak.mereka berani warwarkan di zaman merekala semuanya bebas bagi media dan semua rakyat dapat menafaatnya….saya nak tanya mereka rakyat mana yang dapat menafaatnya…tolong listkan….pada pendapat saya melayu di pendalaman jauh ketinggalan se genap segi,tembahan pulak berlainan parti politik,langsung dianak tirikan oleh umno….yang jelas dapat menafaatnya jkkk….yang pegang duit..mereka kaya raya…..
    sekarang baru sayya dapat rasakan semua bangsa di malaysia bakal tercantum di bawah payung pakatan rakyat….malah yang memberi undi kepada umno pun tempihari dapat menafaatnya…contohnya penurunan harga air….terima kasih pakatan rakyat..
    http:paceroh.blogspot.com

    Reply

  4. 4 DSST Apr 5th, 2008 at 12:46 pm

    DSAI, I am a non-melayu and if you could make a survey from the street in Jalan Chow Kit,Jalan Petaling &/or Jalan Masjid India in KL, you will find that most of the Malaysians irregardless of race &/or religion DO NOT MIND the Rights of Melayu to be protected along with the Rights of all other Malaysians. What has happened in the past few decade was that BN under the dormant UMNO-MCA-MIC has divided the nation. The NEP was clearly abused. Economic “Cakes” were distributed to a selected few. Only the inner circle of the UMNOputras & a small pockets of well connected Chinese & Indians businessmen benefited. We could confidently say that 90% of the bumiputras have not benefited from the 40 years old NEP policy, let alone the marginalised and the poor Malaysians who genuinely deserved to get help from the Policy. The abuse of the policy was part of the reasons among others contributed to the Political Tsunami & soon the downfall of BN. It is important that this message is passed down clearly to the grassroots of the Melay communities and let them realised that the Rights of their status remain protected along side the Rights of all other Malaysians.

    Do more Ceramah & promote your blog & other PKR websites at the rural & suburban areas in order for various communities to access the accurate & updated information of the Malaysian Economic Agenda among others.

    Reply

  5. 5 AhliAsliBR Apr 5th, 2008 at 12:57 pm

    Assalamu ‘Alaikum!
    Kalau ada sedikit masa boleh Dato’ Seri mentela’ah balik Piagam Madinah. Perlu kah sebut nama negara Islam? Peruntukan hak-hak non-muslim lebih banyak disebut? Ingatkan semula kepada pimpinan PAS (kerana mereka selalu mentela’ah).
    Insya ALLAH, PAKATAN RAKYAT akan berjaya dengan cemerlang dan berkekalan.

    Reply

  6. 6 musyu99 Apr 5th, 2008 at 1:06 pm

    Saranan Dato Seri disokong,
    Insyaallah kami akan sama-sama berjuang bagi mencapai hasrat mewujudkan sebuah negara yang benar-benar merdeka dan demokrasi. Kami percaya majoriti rakyat Malaysia sudah merasa benci terhadap pentadbiran UMNO/BN yang lebih mementingkan agenda parti mereka sahaja… bukan melayu yang mereka sebenar perjuangkan.. kini tiba masanya Pakatan Rakyat perlu membuktikan kemampuan bagi menjana sebuah negara yang aman makmur dikalangan semua rakyatnya.

    BN menyangka hanya mereka sahaja yang mampu mentadbir negara. PRU12 telah membuktikan bahawa tanggapan mereka ini salah. BN tidak lagi relevan. Tidak lagi diperlukan dan diharap. Pemimpin UMNO/BN bongkak dan tidak sedar diri. Inilah pemimpin yang patut kita sanggah dan jadikan UMNO/BN sebagai sejarah yang memalukan ahli-ahli mereka sendiri.

    Talkin untuk UMNO…

    Reply

    ibrahim Reply:

    PR memerintah kuasa oranf melayu di Perak tergadai. nasib baik ada Sultan Perak kalau tidak tak tahu nasib orang melayu/ PR menang di Perak menang sorak kampung tergadai. Dak minta hak milik 999tahun. Apa lagi dia orang nak minta. Wahai orang melayu sedar lah apa yang telah anda lakukan…….

    Reply

  7. 7 abd. rahim kassim Apr 5th, 2008 at 1:08 pm

    Apa yang cikgu perkatakan sememangnya benar. UMNO dan BN sejak diterajui oleh Dr. Mahathir dan sehinggalah sekarang di bawah pimpinan “anak ulamak” terus merompak wang negara, memperkosa badan kehakiman dan kebebasan rakyat.

    Untuk menyelamatkan negara ini dari sikap rakus para pemimpin yang sedang berkuasa sekarang ini, cikgu diharapkan akan menjadi pendukung utama dalam Pakatan Rakyat yang telah ditubuhkan itu.

    Pengalaman lalu sedikit sebanyak tentunya akan membantu cikgu untuk melaksanakan harapan tinggi rakyat sekarang ini.

    Selepas pilihanraya ke 12, walaupun BN berjaya menguasai pemerintahan tetapi cikgu sekarang ini dilihat mempunyai peluang dan keupayaan untuk meletakkan UMNO/BN menjadi pembangkang. Selain itu juga cikgu juga dilihat berkeupayaan untuk mengambil alih nakhoda UMNO/BN.

    “Yang mana satu idaman kalbu” …saya harap cikgu tidak pilih pilihan kedua.Cikgu sekarang ini punya kapal baru yang serba baru. Mungkin agak kekok untuk mengemudinya tetapi ianya baru dan kurang masalah. Kalaupun ada masalah agak mudah dibetulkan.

    Kapal UMNO/BN dah terlalu tua dan terlalu banyak masalah. Biarkan sahaja ianya reput dimamah usia.

    Selamat belayar dengan kapal baru PAKATAN RAKYAT…

    Reply

  8. 8 motro Apr 5th, 2008 at 1:10 pm

    sila lihat tulisan saya sebagai komen.
    title: to protect Malay is to “nationalise” Malay
    http://rainwonder.blogspot.com
    date: 3 April 08

    TQ.

    Reply

  9. 9 pondok tanjong Apr 5th, 2008 at 1:26 pm

    saya sokong DSAI….Islam pun sendiri menegah kIta bersikap assobiah iaitu berpuak2 dan hanya berbangga dgn bangsa sendiri (macam umno).

    Nabi Muhammad lahir dari bangsa Qurasy tapi baginda berjuang kerana Islam yg syumul dan bukan kerana bangsa Qurasy..baginda berjaya menyatupadukn puak2 yg bertelagah atas naungan Islam yg satu.

    perjangan umno yg taksub dgn melayu mmg salah dan dilarang agama Islam.

    Islam juga berlaku adil dan melindungi penganut agama lain. Dilarang dan haram menindas agama lain

    SEDARLAHLAH WAHAI PENYOKONG2 Umno sekalian…kembalilah kepangkuan yg benar…kebenaran lebih tinggi nilainya dari wang ringgit

    Reply

  10. 10 Dr. Tay Apr 5th, 2008 at 1:47 pm

    Saudara Anwar,

    Saya amat setuju dengan kata-kata adil yang saudara persembahkan. Saya berasa orang Melayu secara umum perlu diberi bantuan dan perlu dipertahankan hak mereka. Khususnya orang Melayu yang memerlukan bantuan dari segi fizikal dan mental. Orang Melayu yang sudah kaya tidak perlu lagi diberi bantuan tetapi diberi peluang untuk bersaing dengan bangsa lain secara adil tanpa pilih bulu. Dalam sanubari saya, terdapat sesuatu yang selalu mencuit hati saya, yakni orang Melayu perlu sama-sama menikmati kekayaan dan kesejahteraan negara kita. Tetapi apakah puncanya ketidakseimbangan yang berlaku dalam diri orang bukan Melayu yang berasakan bahawa hak-hak mereka untuk mencari rezeki dikikis hari demi hari? Sudah 30 tahun DEB dilaksanakan tetapi mengapakah orang Melayu masih mundur secara umumnya? Generasi-generasi muda yang langsung tidak tahu membezakan warna kulit masih mempunyai sikap was-was antara satu sama lain? Tidak lain dan tidak bukan sistem pentadbiran dan pengagihan kekayaan negara kita ada sedikit kepincangan. Mahu tak mahu perasaan kurang puas hati dalam warga-warga muda semakin bertambah malah berlipat ganda. PRU12 ini menjadi satu medan tunjuk perasaan. Malaysia negara yang amat kaya dalam semua hasil tetapi di manakah perginya semua itu? Bukankah semua kekayaan ini dapat menyuap setiap insan di negara ini? Sudah 30 tahun ada yang masih berkata perlu DEB dan NEP kerana orang Melayu perlu diberi keistimewaan. Bagi saya perasaan hendak membantu orang Melayu sudah hilang kerana sikap bongkak segelintir orang kaya dan berkuasa Melayu menenyahkan perasaan ingin membantu. Saya berasa gembira selepas PRU-12 dengan keriangan yang meluap kerana saudara diberi peluang sekali lagi untuk menunjukkan keadilan yang harus dibina dan dipupuk di kalangan bangsa Malaysia. Sikap saudara adalah sikap yang harus ada di dalam setiap pemimpin Malaysia tak kira Melayu, Cina ataupun India. ADIL kepada semua! Bukan pemimpin yang bersorak untuk Melayu, Ketuanan Melayu. Untuk Cina, Harta Cina! Tetapi Pemimpin Bangsa Malaysia, adil untuk semua.

    Reply

  11. 11 Anak Perak Apr 5th, 2008 at 2:03 pm

    DSAI hari ni kita lihat media perdana milik memaparkan pergolakan UMNO antara ahli,pemimpin dan bekas pemimpin. Mereka ini seolah2 dah hilang punca, rakyat hanya beri Pakatan Rakyat lebih sedikit kerusi parlimen mereka dah mengelabah dan bergaduh sana sini. Segala pembongkaran demi pembongkaran zaman Tun M disanggah oleh pemimpin yang dulunya setia kepada Tun M. Jelaslah penganiayaan Tun M kepada DSAI lama-kelamaan akan terbongkar juga. Isya Allah, segala Allah berikan pembalasan kepada mereka secara sedikit demi sedikit. Pemimpin2 mereka jelas takut dan penakut. Mereka semakin gusar dengan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat dihati rakyat. Pakatan Rakyat teruskan kerja2 membela rakyat dan biarkan mereka bergaduh sesama sendiri dan akhirnya akan karam dan musnah. Doa kami agar Pakatan Rakyat tunjukkan perkhidmatan dan cara kerja seorang wakil rakyat yang cemerlang agar rakyat insaf dan sedar bahawa selama ini mereka telah mengundi parti yang salah. Semoga Allah berikan petunjuk kepada rakyat dan bongkarkan segala kejahatan mereka selama ini.

    Reply

  12. 12 springmat Apr 5th, 2008 at 2:18 pm

    selepas sekian lama rakyat malaysia disemai dengan bias perkauman – Umno untuk Melayu, MIC untuk India dan MCA/Gerakan untuk Cina – pilihan selain daripada itu dipropagandakan sebagai malapetaka untuk masa depan Malaysia.

    Alhamdulillah PRU 12 yang lalu – disebalik cubaan pengundi hantu untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan telah menunjukkan kematangan rakyat dalam menilai propaganda BN selama ini. Golongan muda seperti saya menganggap BN cuba memperbodohkan rakyat dengan pelbagai retorik dan cakap2 bodoh….syukurlah juga kerana DSAI telah menjadi jambatan dalam menyatukan pelbagai kaum agar berani untuk berkata tidak terhadap BN. juga telah menjadi jambatan antara PAS dan DAP yang retak ketika PRU 11 2004.

    Dengan adanya Selangor, Penang, Perak dan Kedah…, Kelantan kini tidak lagi berseorangan dalam berdepan dengan serangan dan sekatan dari BN. Dan akhirnya, ini akan menjadikan rakyat lebih matang dan bijak dalam menilai siapa sebenarnya UMNO dan BN. Apa yang nyata, UMNO dan Bn lah sebagai pihak yang menjadi pengkhianat dan perompak kekayaan negara. Melayu yang matang tentu akan berfikir…kenapa isu2 Melayu masih belum selesai.., selama 50 tahun kemerdekaan apa yang telah UMNO buat untuk membela nasib melayu. selama 50 tahun kepercayaan yang diberi itulah, nasib melayu tidak terbela…, kerana UMNO mengkhianati orang Melayu untuk memperkayakan juak sendiri… wang PPRT, dana2 kebajikan malahan wang KWAM untuk murid daripada golongan miskinpun sanggup dirompak oleh orang UMNO… Untuk itu orang Melayu perlu insaf dan disedarkan agar tidak lagi meletakkan kepercayaan mereka pada UMNO

    Saya berharap dengan lahirnya PAKATAN RAKYAT, rakyat kini mempunyai alternatif terbaik untuk menjadikan BN sebagai pihak pembangkang di Malaysia pada masa depan. Semoga keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Malaysia akan lebih terpelihara dengan adanya barisan PAKATAN yang telus dan ikhlas dalam memperjuangkan nasih dan kebajikan rakyat

    Reply

  13. 13 manok501 Apr 5th, 2008 at 2:29 pm

    Saudar DSAI, anda merupakan seorang pemimpin yang benar2 seorang pemimpin….keyakinan rakyat terhadap DSAI semakin tinggi…oleh itu, adalah diharapkan keyakinan ini tidak akan luntur…seperti sejuknya pisang yang telah di goreng,..

    Reply

  14. 14 Jamil bin ismail ( jamilkucing ) Apr 5th, 2008 at 2:48 pm

    Assalamualaikum dato seri.

    Buatlah apa yang terbaik.cuma permintaan jamil ingatlah apa yang dato seri telah tempuhi,jangan jadi seperti mahathir,dia kata melayu mudah lupa tapi dia yang pelupa. ingatlah siapa kawan di waktu susah dan siapa kawan ketika senang. teruskan perjuangan menegakkan keadilan untuk semua bukan satu dua. sampaikan salam jamil buat keluarga dato seri.

    Jamilkucing
    http://www.flickr.com/photos/jamilismail/

    Reply

  15. 15 Zoyak Apr 5th, 2008 at 2:48 pm

    Assalam mu alaikum DSAI
    Memang elit Melayu yang berkuasa masa tu (UMNO/BN) memang rakus. Mereka rakus ratah duit kerajaan (baca rakyat). Mereka berselindung disebalik undang-undang yang ada loop hole. Seperti ambil komisyen daripada projek atau top up pembayaran sesuatu projek. Inilah cara mereka kebas wang negara. Elit Melayu yang berkuasa sombong. Rakyat yang pilih mereka jadi YB, kemudian mereka buli rakyat yang mengundi mereka, mereka ugut berbagai perkara. Elit Melayu yang berkuasa tak sedar diri. Mereka berlagak sebagai orang kaya dan menghina orang miskin, menghina orang kampung dan orang daif. Elit Melayu yang berkuasa masa tu, mereka meringankan amalan beragama, mengutuk atau memperlekeh orang-orang yang hendak kembali kepada amalan Islam malah memandang sepi dan serong pendakwah yang mengamalkan al amru bil maaruf, wan nayu anil mungkar. Bila dah banyak tolak agama, tolak pengundi akhirnya mereka dihadapkan dengan tsunami terhadap kuasa mereka. Lagak bobrok elit melayu yang ada kuasa ini disahkan oleh Tengku Razaleigh dalam ucapannya di Gua Musang semalam.

    Reply

  16. 16 Suhaimi Apr 5th, 2008 at 3:03 pm

    Assalamualaikum DSAI,

    Suatu dasar baru yang diperkenalkan DSAI yang disuarakan adalah hak keadilan sama rata di mana Melayu tidak hilang hak keistimewaan sedia ada akan tetapi kita memberi sedikit ruang kepada bangsa lain seperti Cina dan India untuk berdiri sama seperti kita. Ada yang berpendapat DSAI menyuarakan pendapat ini dengan beranggapan Melayu mendapat banyak hak keistimewaan dan hidup dalam keadaan senang walhal kalaupun hak keistimewaan ini diberikan kepada Melayu ia masih tidak menjajnjikan kehidupan senang kepada Melayu. Akan tetapi jika diberikan juga hak sama rata kepada bangsa lain mungkin ia akan mengancam status kita. Saya juga menjelaskan kepada mereka iaitu Melayu tidak akan ditindas, sebaliknya rasuah, kronism yang menyebabkan Melayu kebelakang . Tetapi saya pohon DSAI menjelaskan dengan lebih lanjut ?

    Reply

  17. 17 kerajaan.rakyat Apr 5th, 2008 at 3:07 pm

    Hak Melayu terbanyak telah lama dipinggirkan oleh UMNO.

    Kepada rakyat Malaysia terbanyak, apa yang dibincang dan dihambat oleh pemimpin UMNO dalam banyak program bicara minda mereka hanyalah demi keterlanjuran perjuangan politik peribadi sempit mereka sendiri dan bukan, saya ulangi, bukan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

    Setelah satu purnama pilihanraya-12 selesai, mereka bukan hanya gagal merencanakan agenda rakyat malahan mereka bercakaran sesama sendiri!!!

    UMNO memperlihatkan kepada rakyat betapa agenda peribadi dan agenda kumpulan tertentu dikalangan mereka mengatasi agenda memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

    Baca selanjutnya diblog – kerajaan.rakyat

    http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

    Reply

  18. 18 longkama Apr 5th, 2008 at 3:08 pm

    Art Of War

    1. The Moral Law
    2. Heaven
    3. Earth
    4. The Comander
    5. Method and Dicipline

    Reply

  19. 19 MarkMyWord Apr 5th, 2008 at 3:28 pm

    Salam DSAI……

    Tak payahlah susah-susah nak buat kenyataan Politik lagi…. Mempertahankan Kedudukan dan Hak Melayu konon! Cuba jelaskan….. tak payah main politik….

    Perkara 153 FC a.k.a. DEB tu sokong ke tidak? Kalau maksud DSAI dgn kenyataan ini DSAI sokong 153, bagus lah….

    Tapi member2 DSAI dalam DAP camna? Depa sokong ker???? Kalau depa sokong buat apa lagi depa duduk dalam DAP, join ajerla PKR… DSAI tengok sini…. Banyak Bukan Melayu dalam PKR mereka adalah pengamal Liberalisme dan Sosialisme…. Jadi sudah pasti 153 tu tak sesuai dgn mereka…. Begitu juga DAP meraka semuanya sosialis dan pastilah tolak 153….. Cuba enta jelaskan Dato’?

    Bukan UMNO tu yg tak elok dan bukannya DEB yang salah…. Tapi yang salah ialah pemimpin UMNO yang korup dan perompak-perompak Ultra Melayu. Sranglah mereka sahaja… Jangan babitkan DEB pulak…. Kalau DSAI bawa Agenda Ekonomi Malaysia Baru pun tapi kalau perangai penguasa sama saja… Boleh jugak dirompak… Apa bedanya?

    DSAI enta ni bukan ana tak kenal enta… Dari PBMUM, PKPIM dan ABIM lagi ana dah kenal enta… Pasai apa enta tolak lamaran Datuk Asri untuk pimpin PAS? La ni enta pi bersekongkol dgn depa yang meMarakbar(jahanam)kan Asri…. macam Hadi bini belambak tu dll.

    Dulu si Hadi ni keluar Amanah kata UMNO Kafir…maknanya masuk enta sekali Hadi tu kafirkan… La ni apa dia buat…. Bina kerjaan Kafir laknatullah di Perak, dan enta pun sokong….

    Cuba enta jelaskan bahawa kerajaan di Penang dan Perak tu bukan kerajaan Kafir? Bagilah fatwa sikit….

    Enta nak tahu apa Pak Suheil kata la ni…. Pergi mampus Cina-cina DAP tu….

    Hai DSAI, mana member2 hang macam Dr. Mohd Nor Nawawi dan Manuty Keling tue… depa dah join KuLI… Enta pun tahu… La ni enta ada tak jumpa pencipta logo UMNO a.k.a mentor enta Prof. Syed Naquib…. ada tak mintak nasihat dia?

    DSAI…..

    Ana bukan tak sokong enta…. Ana sokong… tapi ana rasa banyak yang tak kena la ni… Enta ni… pi ambik Natanil tu buat apa? Dah tak dak lagi Org Melayu Islam yang bagus ka…..

    La ni ana rasa yang paling tepat sekali macam ni lah…..

    Pertama, Entah masuk PAS jadi Yang DipErtua..
    Kedua, merge kan DAP dengan PKR…..

    Ana rasa itu saja jalan keluar yang baik…..

    Lepas tu enta jumpa Hasan Karim…. Mintak dia berkorban…. Jadikan PRM tu Coalition Party…. Parti Rakyat Malaysia

    Boleh lah enta ajak yang lain-lain (parti2 Sabah Swak) join enta dalam PRM…

    kalau enta geli dengan perkataan PRM buat la singakatannya RAKYAT. Pakai bendera Sang Saka Merah Putih sebagai lambang parti.

    Ana rasa enta kena pimpin PAS…. a.k.a. Parti Ahlu Sunnah… suruh diorang tukar nama…..

    Senarai Pimpinan PAS

    Yang DiPertua………. DSAI
    Timb YDP…………… Haji Hadi
    Naib YDP…………… (1) Nasharuddin Mat Isa
    (2) Husam Musa
    (3) Nizar Jamaluddin
    SUA Kamaruddin Jaafar
    Bendahari TS Khalid Ibrahim
    Ketua Penerangan Mustafa Kamil Ayub

    PKR

    Presiden…………… Lim Kit Siang
    T. Presiden………… Dr. Syed Husin Ali
    Naib Presiden………. (1)Karpal Singh
    ………………….. (2)Azmin Ali
    ………………….. (3)Dr. Lee Boon Chye
    …………………. (4)Sivarasa Rasiah
    …………………. (5)Ngeh Koo Ham

    Setiausaha Agung ….. Lim Guan Eng
    Bendahari…………. yg skrg ni
    Ketua Penerangan…… Tian Chua

    Reply

  20. 20 es76 Apr 5th, 2008 at 4:17 pm

    dato’ seri,

    Tolong nasihatkan lim kit siang dan karpal singh agar jgn cakap lepas…. kena hati-hati takut media bn akan memburukkan keadaan lagi. minta tong ye dato’s seri….

    Reply

  21. 21 mongolian Apr 5th, 2008 at 4:32 pm

    Yes!. DSAI,

    Kita ubah paten pemikiran bangsa melayu yang layu menjadi segar kebanyakan orang melayu binbang kehilangan hak mereka sedangkan hak mereka telah lama di perjudikan oleh UMNO sejak dari dari Merdeka lagi.tetapi melayu masih leka dengan irama yang dilagukan oleh UMNO. harapan rakyat malaysia agar Pakatan Rakyat dapat memastikan UMNO sifar mejelang PRU13. Usaha gigih amat perlu dimulakan kempen PRU13 perlu dimulakan dari sekarang setiap UPU-JDM memulakan kempen PRU13 secara halus penerangan secara kelompok dirumah ke rumah lebih berkesan dengan menbawa risalah Pakatan Rakyat penjelasan terperinci perlu dilakukan diperingkat grass root.kemaraan DAP adalah rencah politik negara mereka juga adahak untuk berpolitik ini termaktub didalam pelembagaan negara semua warga negara berhak berpolitik. adakah UMNO cuba menolak perlembagaan Negara atau mereka buta Pelembagaan.mereka meletakkan Pelembagaan UMNO melebihi Pelembagaan Negara jika Sultan Dan Agung boleh mereka kata nateng sesuatu benteng ketuanan melayu dihina oleh UMNO apatah lagi dengan Pelembagaan Negara jika Peringkat atasan mereka persetankan inikan pula rakyat biasa sudah tentu ulam, raja pun nagaikan ulam raja ditelan oleh UMNO keparat pada jika ini yang Bangsa Melayu sokong umno akan memunahkan bangsa melayu melalui UMNO tergamak kah kita menikam bangsa kita dari belakang yang keris diasah oleh UMNO. tentu kita tidak mahu melihat bangsa melayu terbujur kaku dek durjananya parti melayu yang digelar UMNO dari keramat telah bertukar puaka yang mana oleh itu jangan pandang belakang lagi mari kita umat melayu tikam semula UMNO sebelum bangsa kita dikapankan oleh UMNO.yang kononya perjuangkan nasib bangsa melayu apa yang diperjuangkan setelah kita merdeka sejak sekian lama bakkan semua UMNO nak lucutkan merekalah yang telah bulatkan tampa seutas benang keatas orang melayu dari sudut Bahasa melayu dihina sebegitu rupa bahasa melayu tidak laku lagi dalam beberapa mata pelajaran, agama telah di patenkan sebagai Islam Hadari TM,Tanah simpanan melayu (TSM) telah hampir pupus,sudut Ekonomi melayu yang SMI boleh dikira dengan jari semua perniagaan dikuasai oleh GLC dan di menopoli oleh keroni UMNO YTL,Ananda Krishnan,TVT,genting,Gemuda,Ekaran ini semua keroni gergasi yang telah diberi lesen besar oleh UPU Unit Perancang Ekonomi di JPM jadi bagai mana dengan Perniaga yang lain ibarat melukut ditepi gantang mereka juga ada upaya jika diberi laluan malangnya laluan mereka sempit kerana gologan Pembesar telah terikat dengan keroni besar mereka. jika tidak masakan Daim Zainudin boleh jadi kaya raya boleh beli Bank di Indonesia susunan orang yang paling kaya dimalaysia tidak memasukan nama Tun Daim Z jika dimasukan dia adalah salah satu dalam senarai TOP 10. banyaklagi melayu yang kaya atas tiket UMNO tak perlu kita bentangkan disini cuma kita mahukan hak rakyat di adunkan dengan sempurna jangan kekayaan negara di monopoli oleh penbesar dan keroni mereka sahaja kekayaan negara perlu di agihkan sama rata.Harta rakyat perlu dikembalikan kepada rakyat amat malang sekali PBT masih dengan teruma PRU 12 sehingakan ada PBT yang takut menbenarkan BR mengunakan kemudahan awam untuk rakyat DBKL sebagai contoh gagal sama sekali menberi kerja sama dengan MP dari Barisan Rakyat Datuk bandar lupa mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada PRU 12 jelas menberi kepecayaan kepada BA tetapi Datuk Bandar menolak sama sekali kehendak rakyat kehendak rakyat jangan dicabar kelak binasa demdam rakyat akan di lepaskan pada PRU13 nanti padahnya kita lihat jika kita panjang umur. kami akan warwarkan derhakanya DBKL kepada rakyat jelata melalui jentera kami di parlimen kami kami akan tidak berkerjasama dengan DBKL jika budaya DBKL tidak berubah Gaji Datuk Bandar dan kerusi yang dia duduk di Pejabat DBKL adalah wang rakyat semoga tulah lah dia. sumpah rakyat sumpah keramat tujuh keturunan Datuk bandar akan dimakan sumpah rakyat. kami mahu ahli MP kami di Lembaga Penasihat DBKL di letakan MP kami.jika tidak satu surat kepada Sri Paduka baginda Yang Dipertuan Agung akan dihantar memohon sembah supaya satu kajian semula keatas Undang Undang Wilayah Persekutua DiRombak semula.

    Reply

  22. 22 iqmal Apr 5th, 2008 at 5:02 pm

    Ramai kawan-kawan dalam Umno yang kata DSAI tak layak jadi PM.

    Saya tanya balik, Pak Lah layak sangat ke jadi PM; asyik tidur je…. Kalau sekarang Anwar masih dalam Umno, engkorang lah yang sekarang ni tengah mengipas Anwar,,,

    Mereka terdiam!!

    Reply

  23. 23 Noh Apr 5th, 2008 at 5:52 pm

    Terima kaseh AhliAsliBR

    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=11920#347217

    Yang ini WIRAMAHATHIR kena jawab.

    Siapa ejen Yahudi/Israil?

    DSAI ke atau sifu WIRAMAHATHIR?

    Reply

  24. 24 Rakyat Malaysia Apr 5th, 2008 at 5:56 pm

    Saudara DSAI,
    My whole family supported Pakatan Rakyat although some of them actually voted PAS for the first time in their life even though we’re non-Muslim Malaysian. I’m proud to me Malaysian so I had so much hope in Pakatan Rakyat but the way the some of the Pas member behaving I think this alliance will be broken veryu soon maybe before in actually take off on Apr 28. I think all the PArty in PAS, PKR and DAP should set a rules to have only one representative that can give statement to the press as one of the PAKATAN RAKYAT rules if broken should be throw out of party or suspend for certain period as this is practice in private sector whereby employee should never speak to the press. Please help us take action now speak to DAP. If any PAS member is reading in this forum I’m not anti PAS as I think MB of PERAK is doing a great job but definitely not KEDAH MB as he put JAWI in his CAR which this is not what the other 2 races can read. SO I’m here plead to DSAI and PAS MEMBER please help to give our MALAYSIAN citizen a chance. We cannot afford to let BN/UMNO to suck all the money. It must be stop before the oil weld when dry.

    Reply

  25. 25 muaz Apr 5th, 2008 at 6:08 pm

    assalamualaikum dato’ seri… tolong nasihat LKS and juak juaknya…don’t push the limit. kalau dia bising sangat dengan negara islam…macam mana pulak kalau PAS tetiba kata…kami tolak malaysian malaysia…kang terkantoi kedua dua orang tua tu

    Reply

  26. 26 pondok tanjong Apr 5th, 2008 at 6:23 pm

    pergiatkn program ceramah rakyat seluuh negara. jgn stop Dato Seri…jelajah seluruh negara beri penerangan mcm masakempen tempoh hari. Makin ramai yg mahu ikut perjuangan yg suci ini.

    P/S: KHIR TOYO KINI DAH IKUTI BLOG INI..dia guna nama MARKMYWORD

    Reply

  27. 27 Bendahara Tun Perak Apr 5th, 2008 at 6:44 pm

    Datuk Seri, untuk pengetahuan Dato’ Seri, rakyat Sabah ramai yang kecewa dengan UMNO_BN. Malah mereka secara senyap menyokong PAS dan PKR. Cuma PRU12 yang lepas mereka tak berani undi Pakatan Rakyat kerana takut Sabah ditindas seperti Kelantan. Harap DSAI segera berkempen ke Sabah.

    Harap DSAI tak lupa akan nasihat dan kepercayaan Almarhum Ustaz Fadzil Noor sahabat karib tuan. Islam walau apa cara sekalipun mesti ditegakkan. Wallahualam

    Reply

  28. 28 Kaizen Apr 5th, 2008 at 6:46 pm

    Salam DSAI.

    I share some of the views of MarkmyWord above. But not to the extend of sacrificing PKR and you becoming PAS President….

    You need to keep LKS and Karpal Singh and other non-Muslim PR leaders in check, both in deeds and words. PR has just begun a process of consolidating the PRU12 gains and people supports are growing by the day. We want to once and for all change the current ruling coalition strangle on power, we need all the support. We need to really ’scare’ the remnants challenges and defiance of BN.

    The country awaits the day you will appear in Parliament as an MP and eventually as the PM…InsyaAllah.

    I shudder at the thoughts of PR and Malaysia minus Anwar Ibrahim in the future when you are gone, we all have to one day…..Hope we have successors who are at least equally good if not better than DSAI.

    And to DSAI, selamat berjuang untuk agama, bangsa, dan negara (in that order).

    Reply

  29. 29 Ahmad Anuar Apr 5th, 2008 at 7:29 pm

    Salam Dato Sri,
    Betul ke Dato Sri benar benar bebas selepas 15 April 2008. Saya khuatir BN akan buat beraneka issue supaya Dato Sri kena bicara dan dijatuhkan hukuman lagi oleh mahkamah BN. Hasrat kami mahukan Dato Sri jadi PM Malaysia nanti berkecai lagi….

    Reply

  30. 30 blade@runner Apr 5th, 2008 at 7:51 pm

    Dear DSAI,

    It seems that Lim Kit Siang is getting arrogant by day since the opposition won. I am sad to see that he is attacking vigorously on his ally rather than the BN. I hope you will quickly find a solution to this matter as he is giving Pakatan a bad name and makes Pakatan looks weak.

    Reply

  31. 31 pas-pure Apr 5th, 2008 at 8:27 pm

    markmyword!!!!!……..apa yg ko merepekkk niii mamat….erghhhhhhh

    Reply

  32. 32 Pendekar Malaya Apr 5th, 2008 at 8:32 pm

    Assalamualaikum

    Yang Berkhidmat Dato Seri Anwar Ibrahim,

    Izinkan saya menarik perhatian sebentar. Saya musykil, Apa sudah jadi dengan perkembangan pita rakaman VK Lingam? Takkan senyap membatu saja. Atau hanya gula-gula pilihanraya?

    Saya harap Pakatan Rakyat terus konsisten mendesak kerajaan untuk menelanjangkan pengkhianat-pengkhianat negara yang mencabul sistem kehakiman terutamanya ORANG NOMBOR SATU ZALIM DALAM NEGARA- MAHATHIR MOHAMAD

    Sekarang Mahathir muncul dengan perwatakan “kononnya bersih dan mahu membela agama, bangsa dan negara.” Mungkin orang lain sudah lupa, tapi saya tetap mengingati KEZALIMAN FIRAUN ini. Selagi mana dia tidak insaf dan memohon maaf, dosa tetap dosa!

    Bak kata pepatah cerita P. Ramlee: “Walau mukamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!”

    Reply

  33. 33 abd. rahim kassim Apr 5th, 2008 at 8:37 pm

    Saudara AhliAsliBR
    Nak buat macam mana…. Memang dah macam itu sikap kawan-kawan kita di PAS tu.

    HIKMAH yang menjadi salah satu cara penyampaian dalam soal dakwah ini diabaikan. PAS harus ingat ianya bukan seperti parti politik yang lain. Tugasnya lebih besar dari itu. Kesempatan berpolitik yang dibolehkan dalam menyampaikan risalah haruslah digunakan dengan penuh hikmah.

    Sekarang ini musuh-musuh Islam siang malam berkerja untuk meminggirkan orang-orang Islam dari masyarakat dunia. Bermacam-macam cara dilakukan supaya orang bukan Islam takut kepada Islam. Jadi janganlah kita pula menjadi agen-agen mereka secara tidak disedari.

    Walaupun tuntutan untuk meletakkan nama Islam itu dilihat sebagai kesunguhan untuk menegakkan Islam tetapi sebenarnya kesungguhan itulah yang menjauhkan orang-orang bukan Islam untuk mengetahui Islam secara lebih dekat lagi.

    Kita hanya berbangga dengan nama tetapi tidak dapat apa-apa dan yang paling ditakuti kita menjadi sebagai agen propaganda musuh-musuh Islam.

    Saudara AhliAsliBR kalau nak cerita pasal ini 100 muka suratpun tak cukup. Kita harap benar-benar DSAI dapat memainkan peranannya dalam soal ini. Ini soal yang sangat pokok bagi orang-orang Melayu untuk terus bertahan.

    Reply

  34. 34 Elias Hj Idris Apr 5th, 2008 at 9:11 pm

    Apa yang tak kena dengan MarkMyWord ni?

    Alahai si Luncai! Terjunlah engkau dengan labu-labu tu.

    Kau masih dok kat ulu kepala sultan itu macam ulu kepala bapak kau!

    Isyy… isy!

    Reply

  35. 35 Green Lady under the Big Tree Apr 5th, 2008 at 9:41 pm

    Salam semua,

    IKLAN Orang Hilang:

    - Lelaki sekitar 50-an, pendek, boroi, suka hisap curut
    - Berasal dari Bachok, Kelantan
    - Kali terakhir kelihatan memakai bush-jacket dengan kain-batik sambil memegang tasbih sambil berwirid “MB, MB, MB, MB, MB, MB…” tanpa henti.

    Kalau terjumpa sila hubungi saya.
    Duit kopi/biskut petugas pilihanraya ada pada dia.
    Tokey kedai biskut dah kejar mintak bayaran.

    Reply

  36. 36 DBKL Apr 5th, 2008 at 9:57 pm

    Why nowadays so many monkey running out for ZOO UMNO.. Got x big shot from Selangor… current big shot from Melaka… Why the ZOO’s people not yet come out statement say they are monyet ah? Stay at Rembau panjat pokok ah?

    Reply

  37. 37 Ali Imran Apr 5th, 2008 at 10:04 pm

    salam

    Datuk Seri Panglima anwar Ibrahim

    Robbis rahli sadri wayyasirli amri….

    DS Panglima AI….stratergi yang di rancang oelh PKR mestilah diambil kira semua risiko yang akan di hadapi…..PKR mesti membuat asessment untuk memastikan stratergi itu terlaksana dengan effektif dan efisyen…..

    DS Panglima AI…..apa yang sedang PKR buat ini adalah semacam di medan peperangan…..silap langkah dan stratergi maka pecah kubu PKR…justeru saya mencadangkan agar stratergi itu cukup effektif untuk meroboh dan menenggelam kan kapal BE END…..biar kita lambat sikit …jangan sampai kita gopoh dan cuai…apa yang kita bimbang apa yang di kandung berciciran…yang di kejar tak dapat…..

    jika PKR sudah sedia dengan penilaian risiko dan bakal menang maka teruskan melakukan serangan demi serangan….asak dan terus menggasak….mcm dlm sukan tinju….bila lawan sudah letih dan terhuyu hayang…maka waktu ini kita terus lepaskan tumbukan demi tumbukan bagi KO terus BE END tu….

    stratergi lain ialah kita lemahkan media mereka…kita tangkis dan serang….kita buka kedai kita di sebelah kedai dia….kita jual produk PKR yang baru yang canggih murah dan kualiti….kita buat servis hantar produk ke rumah…..kita bagi diskaun pada pembeli produk kita….PASTI kedai mereka tutup dan BE END…..

    BE END ni ibarat seekor harimau ganas yang yang dah byk makan orang kampung….bila dah cedera parah dan tak daya nak bangun…masa itulah kita ‘GUN’ mereka tang kepala…kalau burung helang pulak yang selalu terkam ayam-ayam rakyat kita patahkan sayap kanan dan kirinya…bila dah tak boleh terbang barulah kita hayun dengan kayu beluti tang kepalanya….biar koma….

    KU LI kata AMANU tu terlalu banyak buaya buaya darat dan jerung2 yang besar yang makan hasil rakyat…dah sampai masa untuk di tangkap dan di hapuskan….

    Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim…..kami dah berjaya tawan ketua dan panglima angkatan tentera mereka…apa patut kami buat….kami tunggu arahan dari DS Panglima AI……

    Reply

  38. 38 musyu99 Apr 5th, 2008 at 10:14 pm

    En.MarkMyWord,
    Marah nampak??? relax arr… zaman dah berubah…
    nak buat sesuatu pun tak boleh terburu-buru ikut nafsu amarah… buruk jadinya..
    cara En.MarkMyWord berkarya macam orang berpelajaran dan beragama.. ber ente ente…
    marahkan Cina DAP.. aparaa punya standard En.MarkMyWord ni…
    agama tak ajar hidup bermusuh macam ni… cari laa jalan untuk berdakwah…
    ini baru peringkat permulaan… kita tak boleh nak paksa orang bukan islam ikut cara kita secara mendesak… biar laa depa faham dulu… lama2 secara otomatik depa boleh terima pendidikan islam…
    punca bukan islam di Malaysia takutkan islam adalah kerana kebodohan pemimpin islam yang ada sekarang iaitu pemimpin dUMbNO… tidak ada satu cara pun yang dibuat bagi meyakinkan bukan islam untuk memahami pendidikan islam sebenar… mereka membuat pengasingan kerana nak jaga periuk nasi dan tambahan poket sendiri sahaja ala Hadhari… depa sendiri menyimpang dari ajaran islam… macam kes rasuah, skandal dsbnya… Ini islam larang… tapi ini depa buat… habis tuuu macamana orang bukan islam nak percaya islam ala hadhari ni?
    Ramai jugaks umat terkejut apabnila PAS boleh menang di kawasan majoriti bukan melayu dan bukan islam… kerana orang PAS dah tentu mengamalkan islam dan takut melakukan perkara2 terlarang walaupun secara tersembunyi… baik sokong PAS… Melayu sokong DAP apahal pulak… daripada sokong calon BN walaupun MCA, MIC calonnya… tarak guna jugak.. sebab depa ni pun di keldaikan oleh pemimpin dUMbNO yang mengamalkan islam hadhari…
    Relax laa… saya yakin DSAI ada jalan dia sendiri… kalau dia tarak idea, tarak wawasan macam Pak Zzzz tu… takkan dia berani bertarung dalam gelanggang… sabar … sabar….

    nak tanya sikit lah… kalau tak ikut islam hadhari dikira murtad ke??? he he he… sekadar nak tahu…

    kepada DSAI… teruskan usaha yang murni… kami akan sentiasa sokong…
    posting saya yang lepas, saya minta private email Dato Seri kerana ada perkara hendak saya beritahu secara sulit.. itu pun kalau Dato Seri berminat… ini tentang salahlaku seorang Pegawai tinggi kerajaan…. saya salah seorang saksi dan ada menyimpan sedikit dokumen berkaitan untuk dibawa kepengetahuan pihak pembangkang… kerana saya dah letih mengadu perkara ini kepada pegawai2 tinggi lain hinggalah ketahap seorang menteri (dahulu) tetapi tidak diambil tindakan kerana Pak Zzz tidak mengizinkan dan menutup kes tersebut tanpa siasatan lanjut dibuat… saya amat kecewa kerana salahlaku ini sebenarnya merosak dan merbahayakan negara.

    Terima kasih…

    Reply

  39. 39 Ameen Al-Rashid Apr 5th, 2008 at 10:15 pm

    Assalamualaikum Datuk Seri,

    Pertamanya ingin saya memanjatkan rasa keshukuran yang tidak terhingga kehadzrat Allah SWT atas kejayan kita. Sesungguhnya kejayaan ini telah saya tunggu selama sepuluh tahun. Sejak kembali ke tanah air tahun 1998 dan episod Datuk Seri dizalimi, saya yang kerdil ini hanya dapat berdoa dan melakukan perkara selemah iman, iaitu mengutuk kezaliman yang dilakukan terhadap Datuk Seri. Walaubagaimnapun, biarlah itu diadili olehNya.

    Datuk Seri, sejak di bangku sekolah, saya telah bergiat dalam ABIM dan kerja baik saudara Sidek Baba yang telah menyatukan fikrah-fikrah yang berbeza semasa menuntut di Amerika, saya yakin datangnya dari pimpinan Datuk Seri sendiri. Setelah sebegitu lama saya tidak dengar khabar dan melhat Dr Sidek Baba, baru-baru ini, dengan izin Allah, saya dapat bertemu beliau di Kem Bina Insan Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu dalam satu program Bina Insan anjuran kerajaan negeri Selangor yang telah tumbang! Namun apa yang baik kita ambil dan kursus tersebut meninggalkan kesan amat mendalam dalam jiwa saya lebih-lebih lagi pemikiran saudara Sidek Baba. Di situ juga saya membeli sebuah autobiografi karangan beliau tentang pengalaman jerih payah beliau dan kezaliman yang telah beliau lalui dalam ISA yang zalim itu dalam tahun 1998 tatkala Datuk Seri ditahan.

    Datuk Seri, apa yang saya hendak perkatakan ini bukanlah sesuatu yang Datuk Seri tidak tahu ataupun bukanlah Datuk Seri tidak memikirkan isu-isu ini. Namun, sebagai manusia, adalah tanggungjawab saya memperingatkan Datuk Seri agar tidak terlepas pandang. malah, sebenarnya saya yakin Datuk Seri dan rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat peka terhadap isu-isu yang akan saya perkatakan.

    1. Penyokong-penyokong BN telah memulakan dakyah-dakyah keji dan perang saraf mereka terhadap kita. Sebagai contoh, saya sudah mula mendengar bunyi-bunyi orang berkata Pejabat Penghulu tiada penghuni, susah dapat bantuan dari Pejabat Penghulu, nak minta bantuan susah. Sebenarnya perkara-perkara ini tidak benar tetapi digembar-gemburkan. Mereka juga berkata ‘padanlah muka, siapa suruh undi lain’. Oleh itu, kita haruslah menggerakkan jentera-jentera kita di semua DUN dan parlimen yang telah kita menangi khasnya dan di semua tempat amnya.

    2. Ada seorang rakan berjawatan tinggi dalam kerajaan pusat berkata pada saya. Beliau takut negeri-negeri yang kita perintah akan berhadapan masalah birokrasi yang disebabkan oleh pegawai-pegawai kerajaan sendiri kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh UMNO selama 50 tahun. Mereka mempunyai ‘mind set’ bahawa bos mereka adalah UMNO. Oleh yang demikian, mereka mungkin akan kurang berkerjasama dalam melaksanakan mekanisma penyampaian kepada rakyat. Perkara ini haruslah Datuk Seri pandang dengan serius bersama pemimpin Pakatan rakyat.

    3. Seperkara lagi adalah tentang bantuan yang diterima oleh Ahli Parlimen daripada kerajaan pusat. Sudah pasti Datuk Seri yang pernah menjadi Ahli parlimen dan Timbalan Perdana Menteri tahu dari mana sumber kewangan yang diberikan oleh kerajaan untuk Ahli Parlimen bagi membantu mengatasi masalah-masalah rakyat seperti sumbangan untuk sekolah, tempat ibadat, kecemasan dan sebagainya. Saya khuatir Kerajaan BN akan menafikan hak Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Jika kebimbangan saya ini benar, maka Datuk Seri mestilah berbuat sesuatu bersama kepimpinan kita agar BN tidak menafikan hak rakyat. Kita bukan seperti mereka. Mereka boleh meminta daripada kroni yang diberikan projek! Kerajaan negeri yang kita perintah harus mencari jalan mengatasi masalah ini untuk membuatkan rakyat yang mengundi kita tidak merasa bahawa mereka tidak terbela.

    Saya rasa sekadar ini sahaja pandangan dan ingatan saya untuk Datuk Seri. InshaAllah akan saya kirimkan lagi pandangan dan harapan lain jika ada di masa hadapan. Saya akhiri dengan doa dan harapan moga PRU ke 13, kita memerintah Malaysia. malah hendaknya tidak perlulah menunggu sehingga itu. Akhir kalam, wassalam.

    Penyokong Setia PR

    Reply

  40. 40 Hadi Apr 5th, 2008 at 10:37 pm

    Salam Dato’ Seri, Memang dalam kelompok UMNO/BN mereka telah dapat semuanya, hasil dari kerakusan,penipuan dan disusuli dengan sikap kesombongan mereka,apakah kita akan terus membiarkan ianya berterusan. Saudara dan rakan rakan saudara mesti lakukan suatu PERUBAHAN. Kita sudah meluat dengan apa yang telah hidangkan selama ini.Mereka semua selalu memperbodohkan dan menyalahkan rakyat saja. Jangan tunggu lagi, Perubahan berteraskan keadilan perlu dilakukan segera…Akhir kata semuga saudara sihat selalu untuk terus melakukan tugas penuh ranjau ini.

    Reply

  41. 41 ulam batar Apr 5th, 2008 at 11:22 pm

    Dsai,

    UMNO sudah mula gabra bila bala rakyat sudah mula nanpak ini telah dibaca melalui return copies surat khabar arus perdana kian meningkat ini bermakna circulation Berita Harian Dan Utusan Malaysia telah mula ditolak oleh rakyat. saya harap supaya print run diturunkan supaya syarikat akhbar terbabit tidak megalami kerugian. jangan kerana nafsu serakah UMNO syarikat ini pejamkan mata sahaja kerugian akan menjelma jika draw tidak diambil kira. ini jelas UMNO ini bermakna tulah serta saka rakyat telah menjelma menhatui jiwa Para Peminpin UMNO bersediakah kita menbakar jenazah UMNO jika ianya tidak diterima bumi.

    Reply

  42. 42 Halima Apr 6th, 2008 at 12:00 am

    AnWar petualang ugama dan Bangsa. Seorang pejuang Melayu berjuang atas dasar membela bangsa

    atau membela ugama Islam. Pada orang UMNO sejak 1946 Melayu=Islam sebab itu masuk Islam pada

    ketika itu dikatakan masuk Melayu. Atas dasar itu Melayu menerima siapa sahaja yang berugama

    Islam sebagai Melayu tak kira keturunan/campuran Siam ka (Tunku)India mamak ka

    (Tun),Pakistan ka ,Arab ka(Pak Lah) ,Turki Ka (Dato Onn)…….atau rumpun Melayu

    Indonesia….tanpa diskriminasi dan boleh jadi pemimpin.Pada UMNO Islam dan Melayu sinonim

    dalam konteks tanah Melayu
    Pas di tubuh pada 1951 mahu perjuangan berlandaskan Islam semata.

    AnWar berjuangan selepas mengetuai Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya berjuang

    kedaulatan Bahasa Melayu(secara tak langsung Melayu) kemudian Majlis Belia Malaysia

    kemudian Angkatan Belia Islam Malaysia (berjuang berlandaskan Islam) lepas itu Masuk UMNO

    bukan Pas memperjuangkan berdasarkan Bangsa dengan imej Islam ABIM ada membaca khutbah,

    mengimam sembahyang,berjoget dll selepas di singkir dari UMNO kerana tuduhan salah laku

    memperjuang untuk Keadilan (simbol mata lebam) untuk hak dirinya dan mungkin hak orang yang

    kena ISA . Sekarang kita tahu Parti Keadilan tidak berjuang untuk Bangsa Melayu atau pun

    Ugama Islam tetapi kepentingan politik dirinya sendiri dan orang baru yang nak masuk politik

    tetapi tak ada tempat di Pas atau UMNO. Jadi perjuangan mereka bukan utuk Islam atau Bangsa

    tetapi diri sendiri berdsarkan sekularisma. Dimana pendirian AnWar sebenar nya??? Dasar nya

    ialah lawan sapa saja Mahathir ka ,Pak Lah(yang lepas dia dari tahanan) atau Najib kerana

    dia nak bela diri nya, karier politik diri nyadan keluarganya ; tak pernah dalam politik

    Malaysia di mana anak beranak semua Ahli Dewan kecuali DAP . So awas petualang Bangsa dan

    Agama yang akan menghancur kedua dua nya. Ingat peristiwa Dang Anum di mana bapa nya membuka

    pintu kota untuk Singapura di takloki oleh Majapahit, Ingat wanita yang berenang ke perahu

    petugis untuk memberi amaran serangan Melaka ke atas kapal De Squera………….Melayu

    mungkin tak hilang di Dunia tapi kembali papa kedana dan terpingir semula selepas 50 tahun

    baru angkat muka.

    Reply

  43. 43 Cucu Tok Bachok Apr 6th, 2008 at 12:11 am

    Assalamualaikum Dato Seri, didoakan semoga Dato Seri diberi hidayah dan kekuatan dalam menempuh perjuagan ini.

    Dato Seri, Seperti yang telah saya beritahu sebelum ini, untuk menjadi PM mungkin tidak ada masalah tetapi untuk menterjemah PM itu yang mungkin ada masalahnya.
    Lihat saja apa yang berlaku sehari dua ini, berkaitan dengan Pakatan Rakyat,

    Timbalan Menteri Besar Kelantan menyarankan agar Pakatan Rakyat ini mesti diketuai oleh PAS dan ini pula telah disokong oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan dan Ketua Pemuda PAS Terengganu atas alasan PAS parti paling senior.Untuk rekod PAS tidak pernah menang besar dalam pilihanraya umum tapi setelah kes Anwar meletup barulah PAS berjaya menghantar wakil yang besar di Parlimen.

    DAP melalui Karpal Singh menyatakan Pakatan Rakyat belum dimuktamadkan lagi dan mengesyorkan ketiga-tiga presiden parti mengetuai Pakatan Ini. Mana mungkin untuk satu organisasi mempunyai tiga orang ketua.

    Saya sebenarnya cukup simpati dendan Dato Seri. Kemenangan besar Barisan Alternatif dalam PRU 12 baru-baru ini kerana kekuatan aura dan kerja kuat Dato Seri dalam menghadapi pilihanraya baru-baru ini.Sebelum Dato Seri keluar penjara, prestasi PAS dan DAP dalam piliharaya 11 tidaklah secemerlang mana. PAS terlepas kuasa di Terengganu dan hampir kecundang di Kelantan. Dalam Pilihanraya 2004 kalau tak kerana sokongan Parti Keadilan, PAS juga akan kecundang di Kelantan 23 BN dan 25 PAS tapi bila berkuasa kerajaan Kelantan dipanggil Kerajaan PAS. PAS juga tidak melantik seorang senator dari Keadilan mewakili Dewan Undangan Negeri.PAS bolot kedua-dua jawatan tersebut. Itulah erti persahabatan PAS.

    Dalam PRU 12, kalau tak kerana Anwar, mana mungkin Dato Lolo, Khalid Samad,Mahfuz Omar, Dr. Mariah dan ramai lagi MP PAS baru bergelar Ahli Parlimen. Di Kelantan, dalam pilihanraya PRU 12 kedudukan PAS amat genting kerana sebilangan besar rakyat tidak boleh menerima wakil-wakil rakyat PAS yang lemah, tidak kreatif dalam membantu rakyat dan di masa yang sama hidup dalam kemewahan. faktor pengundi muda yang bekerja di luar dari Kelantan terutamanya Kuala Lumpur yang pulang mengundi kerana terpengaruh dengan reformasi yang dicetus oleh Dato Seri dan faktor Nik Aziz(Gambar Berdoa) telah membawa kemenangan ini.

    PAS harus belajar menjadi sahabat yang baik, yang senior tidak semestinya hebat dan yang baru mungkin lebih berpengetahuan.PAS tidak boleh bersikap angkuh. Biasanya orang beragama bila ilmu lebih akan lebih bersikap tawaduk dan merendah diri.Kadang-kadang sikap ini tidak ada pada PAS terutama pemimpin-pemimpin baru dan muda yang lebih bersikap lebih sudu dari kuah.

    Reply

  44. 44 thaqif Apr 6th, 2008 at 12:34 am

    DS,

    Saya orang Melayu,tapi saya tidak lagi berminat dgn ‘Ketuanan Melayu’ ala Umno.Yang lebih saya utamakan adalah ‘Keupayaan Melayu’-org Melayu misti berupaya bersaing,berupaya mengambil risko,berupaya berusaha gigih,berupaya berdepan dgn apa saja cabaran dan rintangan spt juga org lain,pendekkata berupaya dlm segala hal,kecuali menipu,berbuat zalim dan rasuah.Umno selama ini menghibur hati org Melayu dgn ‘ketuanan melayu’nya,tapi sebenarnya yg menjadi’tuan’hanya segelintir org Melayu,yg lain nya menjadi ‘abdi’ belaka -abdi kepada tuan-tuan tersebut.

    Dari sudut ekonomi pula,saya lebih rela menerima Agenda Ekonomi Malaysia, dari terus dininaboo kan dengan DEB yg penuh dgn tipu daya.Saya lebih rela terlepas peluang menerima diskau 7% harga rumah dibawah DEB yg hanya mampu sekali sahaja saya menafaatkan utk seumur hidup saya,asalkan pada masa yg sama saya boleh mencari sumber rezki yg lebih mudah dengan ekonomi yg berkembang pesat di bawah AEM,dan ini memungkinkan saya memperolehi rezeki yg belipat ganda dari diskaun 7% tersebut.

    Reply

  45. 45 cokelat Apr 6th, 2008 at 12:34 am

    Dato’ Seri…..

    Semenjak 2-3 hari ini…Azmin dah boleh bersama dengan Tan Sri Khalid….di Masjid Batu Caves dan di jamuan Rakyat Bandar Tun Razak.

    Malah dah boleh duduk semeja.
    Baguslah gitu….. sdrku Azmin. Pemimpin yang berlapang dada dan berjiwa besar.

    Di jamuan rakyat itu juga dapat bersua muka bekas pegawai bank yang kuat reformasi jalanan tahun 1998.

    Katanya……baru-baru ini dia dapat jumpa Ezam di Kelana Jaya. Dan memberi amaran kepada Ezam…..sekiranya sdr. Ezam masuk UMNO…..dialah orang pertama akan baling tahi ke muka Ezam.

    Ezam senyap sunyi tak berkata apa..!

    Reply

  46. 46 monsterball Apr 6th, 2008 at 12:44 am

    Please check up on car loans by Finance companies..and Insurance companies. The poor and less educated policy holders…..are the main victims.
    They are charging too high interests and keep adding this or that for late payments…or service charges….with no service at all.
    And they also insist comprehensive insurance ……from their chosen…insurance company…….charging very high premiums cost…..and when policy holder meets with a mishap..like a accident …….that the car needs to be repaired……they do not paid at all. Worst still….if your car is stolen….they will not offer the said market value of the stolen car …but offer you a sum…that is ridiculously low. Many poor and less educated buyers…..are the real victims to Insurance and finance companies.
    If Khalid and Eng Guan spend sometime to study local cars ..like…Proton and Perdua cars….. check out the ….insurance and finance companies recommended.
    I know Affin Bank and Affin Finance..are charging very very interest on car loans.

    Reply

  47. 47 Halima Apr 6th, 2008 at 12:46 am

    Melayu Melayu…………….Lu tak tau ka
    Cina dulu Komunis berpaksi Tiongkok Mao Tse Tung . Bintang tiga yang bunuh /pancung polis polis Melayu yang berkerja diZaman Jepun (tanya moyang kamu ketika Bintang 3 memerintah 3 hari), Yang Bunuh Askar Melayu dan Polis Hutan.
    Komunis Gagal kerana orang Melayu tak makan umpan ……..berpergan kepada Islam walaupun hidup lebih Miskin daripada Melayu Termiskin Sekarang.

    Upan kedua PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew, setengah Melayu terpesona dan Cina memang bagi full backing kepada pak saudara dia tu. Tengku tak tau nak buat macam mana dia botong kanser Singapore tu untuk menyelamatkan Umat Melayu.

    PPP(People Action Parti) potong satu kaki (kata Tun Mahadhir dalam debat di UM pada tahun 70han) jadi lah DAP(Democratic Action Party) orang Melayu tak makan umpan mereka sama ada memilih pejungan Bangsa(UMNO) atau Islam(PAS).

    Cina tubuh Gerakan ,tujuan nya sama utuk take over Tanah Melayu sama tidak berjaya sebab Cina pecah tiga MCA,DAP,Gerakan jadi terpaksa lah join BN dapat juga P Pinang.

    Melayu jadi keliru bila PKR macam juga PAP dan DAP dari segi konsep tapi di pimpin orang Melayu…………..mereka terlalai an tertipu. Ayamnya menang kampung tergadai kalau tak dak undang tubuh habis Perak jadi macam pulau pinang . Permata yang hilang tak mungkin dapat kembali lagi dengan air mata kecuali darah.Sebab nya Cina Bersatu Melayu pecah 3 angkara Anwar Durjana.

    Ingat Tanah Melayu adalah Negeri Melayu yang satu masa dulu bawah Naungan Khalifah Islam sebab itu Raja Melayu itu begelar Sultan. Ketiadaan Khalifah mereka lah pegang amanah Khalifah Islam benteng terakhir umat Melayu Islam di bumi bertuah ini.

    Anwar boleh cakap itu dan ini . Penasihat ekonomi negeri Arab yang juga dungu walaupun Allah anugerah minyak . Siapa Anwar ? Lulus Malay Study bila pula dia pakar ekonomi. Daim Zainuddin yang membina Ekonomi Anwar yang menghancurkan nya.

    Jangan dengki Melayu kaya sedikit cuit Cina miliki 3/4 kekayaan negara. Siapa yang bayar Zakat kalau tidak orang Islam (Mamak & Melayu) siapa bina tempel dan gereja kalau tidak Cina.

    Jangan dengan Fitnah Melayu atas Melayu. Apa itu kroni? Tidak kah Cina jadi Kroni Cina selama ini memonopoli dalam segala bidang ekonomi………..sehingga surat khabar lama tilam lama pun dia control!!!

    Tidak kah kita Mau Kroni macam Syed Bukahri yang buat usat Islam, rumah orang tua tua bagi bantuan kepada murid sekolah??? Ada Anwar bagi duit dia ketika dia pakai kasut Itali kot buatan ………

    Belajar dari kejatuhan Khalifah Osmanian, Kejatuhan Kesultanan Melayu Patani kerana kerakusan pemimpim yang tiru Perancis nak perubahan nak jadikan Republik.

    Ingat Hadis nabi di antara duduk di tengah panas atau di bawah teduhan jangan disempadan* diantara dua nya kerana itu adalah tempat syaitan. Perjuangan Pas Jelas Perjuangan UMNO jelas pejuangan PKR adalah permainan syaitan. Tunggu dan lihat kemusnah Bangsa dan Agama kerana nya.

    *Bukti permaianan syaitan di sempadan lihat maksiat berleluasa di sempadan : Padang Besar,Danok, Rantau Panjang dan di Pulau.Batam Indonesia. Lihat orang hoseksual yang lelaki pun tidak perempuan pun tidak tapi belasah kedua duanya!!!

    Reply

  48. 48 cokelat Apr 6th, 2008 at 12:49 am

    Dato’ Seri yang budiman…

    Saya bimbang bara api pemindahan beramai-ramai ahli-ahli parlimen akan sejuk sekiranya nak tunggu bulan Mei atau Jun.

    Kena lakukan sekarang….. dan jadikan Kak Wan, wanita pertama jadi Perdana Menteri kat Malaysia ni…!!!!

    Dah perintah dan dengan kuasa yang ada itu. Kita dah control SPR….dan tiada lagi penipuan.

    Kemudian Dato’ Seri boleh bertanding dan SB-SB yang ada 2-3 ic seorang….. dah tak boleh lagi mengundi.

    Mulakan negeri PERAK. Arahkan Man Botak pujuk abang ipar dia dengan bawak masuk 11 ADUN UMNO masuk PKR.

    Alasannya nak bantu sultan perak pasai kerusi Melayu dalam Exco.

    Dan tiada lagi alasan DAP-Siva nak lompat dan kerusi speaker boleh beri Mus kamil.

    Saya tak boleh maaf kat PAS Perak apabila sanggup buat perjanjian 8-2 dengan DAP sebelum ini dan tikam belakang PKR Perak.

    Dan tak sangka boleh berunding dgn UMNO untuk rebut kuasa.

    Reply

  49. 49 Yatim Apr 6th, 2008 at 12:56 am

    AnWar petualang ugama dan Bangsa. Seorang pejuang Melayu berjuang atas dasar membela bangsa atau membela ugama Islam. Pada orang UMNO sejak 1946 Melayu=Islam sebab itu masuk Islam pada ketika itu dikatakan masuk Melayu. Atas dasar itu Melayu menerima siapa sahaja yang berugama Islam sebagai Melayu tak kira keturunan/campuran Siam ka (Tunku)India mamak ka (Tun),Pakistan ka ,Arab ka(Pak Lah) ,Turki Ka (Dato Onn)…….atau rumpun Melayu Indonesia….tanpa diskriminasi dan boleh jadi pemimpin.Pada UMNO Islam dan Melayu sinonim dalam konteks tanah Melayu
    Pas di tubuh pada 1951 mahu perjuangan berlandaskan Islam semata.

    AnWar berjuangan selepas mengetuai Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya berjuang kedaulatan Bahasa Melayu(secara tak langsung Melayu) kemudian Majlis Belia Malaysia kemudian Angkatan Belia Islam Malaysia (berjuang berlandaskan Islam) lepas itu Masuk UMNO bukan Pas memperjuangkan berdasarkan Bangsa dengan imej Islam ABIM ada membaca khutbah, mengimam sembahyang,berjoget dll selepas di singkir dari UMNO kerana tuduhan salah laku memperjuang untuk Keadilan (simbol mata lebam) untuk hak dirinya dan mungkin hak orang yang kena ISA . Sekarang kita tahu Parti Keadilan tidak berjuang untuk Bangsa Melayu atau pun Ugama Islam tetapi kepentingan politik dirinya sendiri dan orang baru yang nak masuk politik tetapi tak ada tempat di Pas atau UMNO. Jadi perjuangan mereka bukan utuk Islam atau Bangsa tetapi diri sendiri berdsarkan sekularisma. Dimana pendirian AnWar sebenar nya??? Dasar nya ialah lawan sapa saja Mahathir ka ,Pak Lah(yang lepas dia dari tahanan) atau Najib kerana dia nak bela diri nya, karier politik diri nyadan keluarganya ; tak pernah dalam politik Malaysia di mana anak beranak semua Ahli Dewan kecuali DAP . So awas petualang Bangsa dan Agama yang akan menghancur kedua dua nya. Ingat peristiwa Dang Anum di mana bapa nya membuka pintu kota untuk Singapura di takloki oleh Majapahit, Ingat wanita yang berenang ke perahu petugis untuk memberi amaran serangan Melaka ke atas kapal De Squera………….Melayu mungkin tak hilang di Dunia tapi kembali papa kedana dan terpingir semula selepas 50 tahun baru angkat muka.

    Reply

  50. 50 muhammad Apr 6th, 2008 at 1:07 am

    Dato’ Seri

    Saya membaca banyak komen2 mengenai melayu di internet. Saya rasa org melayu perlu diyakinkan kerana mereka ini takut akan perubahan. Telah ditanam dalam fikiran mereka umno sajalah yang boleh menyelamatkan melayu. Sebenarnya terdapat sedikit kegusaran dalam hal ini kerana takut undi mereka kepada PR adalah undi protes dan akan berbalik kepada bn pada pru 13.

    Banyak juga pendapat tentang ‘lompat parti’ dan pembentukan kerajaan pusat. Ada yang mengatakan tidak boleh menerima wakil bn ke PR kerana sbb2 tertentu dsb tetapi dalam hal ini saya rasa ia perlu dilakukan kerana setelah mereka selesai bergaduh they will turn on you. Simple mathematics you got the majority you form the government. The question is where is the police and army in this calculation?

    Walaumacamanapun yakinlah Allah akan beri petunjuk. Dato’ Seri orang yang teraniaya.

    Reply

  51. 51 Elias Hj Idris Apr 6th, 2008 at 1:42 am

    Masih galak kedengaran suara sumbang yang seolah-olah tidak meyakini pilihan rakyat dalam PRU lalu. Sindrom besar kepala warisan UMNO itu nampaknya masih membelenggu.

    Ramai yang terlupa, malah agak keterlaluan mengungut, sekiranya PR tidak cermat memerintah, 4 atau 5 negeri yang dimenangi itu akan diambil kembali oleh BN menjelang PRU akan datang.

    Semudah itu!

    Mereka ini sebenarnya jauh tersasar daripada akal waras bagi seseorang yang sedia mencerap setiap isyarat daripada rakyat. Mereka lupa bahawa rakyat d negara ini merupakan manusia yang paling cermat dalam membuat pertimbangan apatah pula mencatur perubahan corak keterbiasaan kehidupan.

    Negara ini punya 3 kaum yang cukup berpengaruh. Barang siapa yang ingin menjadi pemerintah, telebih dahulu mereka perlu meyakinkan ketiga-tiga segmen ini. Dan baru 3 minggu lalu keyakinan yang dimaksudkan itu telah dapat diterjemahkan; 5 negeri jatuh ke tangan PAKATAN RAKYAT!

    Senario politik negara tiba-tiba berubah. Kejutan berlaku mendadak dan harus diingat, ia tidak akan terhenti setakat itu.

    Ranjaunya masih menjarah; tunggulah sidang parlimen pada 30 April nanti – akan ada satu kejutan lagi.

    Dalam sidang itu kelak segala kebejatan perjalanan pilihanraya akan menjadi bahan ungkitan. Kelemahan corak pimpinan kerajaan akan dirobek-robek dan pucuk pimpinan BN bakal diasak dari segenap penjuru; dari kalangan pimpinan PR. Ia tidak akan terhenti setakat itu apabila rasa tidak puas hati di akar umbi UMNO/BN akan turut menyelit dan meluahkan rasa hatinya yang sejak lama terpendam.

    Apakah yang akan terjadi?

    Apabila asakkan demi asakkan itu tidak dapat diredakan, menjadikan kewibawaan sebuah kerajaan itu dipertikaikan. Apakah nasibnya selepas itu?

    Maka usul undi tidak percaya dapat diutarakan; tidak kira siapa yang memulakan?

    Apabila ini berlaku, segala keresahan di peringkat akar umbi UMNO/BN itu tidak mungkin akan dapat dibendung atau dikepung. Wrakyat BN yang menjeruk rasa apabila dirinya tersisih dan tidak dilantik menyertai kabinet pula akan mengambil kesempatan (hasilnya, usul itu akan segera mendapat sambutan.

    Tanpa perlu diayar sesen pun, wakil rakyat BN boleh menyeberang ke pihak PAKATAN RAKYAT. Satu lanskap baru politik negara bakal mencorakkan ronanya. Maka tinggallah menteri-menteri kabinet yang tiada taring (tetapi masih besar kepala) itu terkapai-kapai dan terkonteng-konteng sendirian. Mereka rupa-rupanya perlu beralih tempat; menjadi pembangkang pula!

    Sedangkan sdra Anwar masih berada di luar gelanggang.

    Jadi, siapakah yang bertuah dan bakal mengukir namanya sebagai Perdana Menteri yang baru?

    Sama-samalah kita nantikan.

    Reply

  52. 52 Bukan Lagi Kenalan Izzah Apr 6th, 2008 at 3:22 am

    Tak sangka KeADILan dah berumur 9 tahun. Saya takkan lupa hari pelancaran KeADILan di Hotel Renaissance dulu, dan saya takkan lupa matlamat parti yang digariskan sewaktu itu, walaupun sesetengah orang kuat parti sewaktu itu.. kini tak bersama PKR.

    DSAI, Saya kesian juga kepada pimpinan UMNO/kabinet sekarang, yg dihentam teruk oleh Mahathir. Kebanyakan isu yang Mahathir bangkitkan sekarang sebenarnya berasal daripada zaman beliau sendiri menjadi Presiden/PM. Beliau sendiri yang wujudkan suasana yes-man dalam UMNO, tapi sekarang mau bising2 pula sebab bukan kroni beliau yang berada di atas.

    Ada hati pula penyokong2 Mahathir nak salahkan DSAI atas dasar2 undi bonus dahulu!

    Saya harap pimpinan UMNO/kabinet sekarang sedar betapa bahayanya Mahathir ini. Konon2 nak tinggalkan politik tapi masih gemar duk pecah-belahkan orang. Penyokong2nya pula macam hooligan yang cukup taksub kepadanya. Apa saja yang dibuat oleh Tun Mahathir, semuanya betul. Macam tu lah ceteknya pemikiran mereka.

    Walaupun saya bencikan penyalahgunaan akta2 drakonian kita, saya fikir some doctors ought to have a taste of their own medicine!

    Reply

  53. 53 Bukan Lagi Kenalan Izzah Apr 6th, 2008 at 3:25 am

    Pembetulan ayat:

    Ada hati pula penyokong2 Mahathir nak salahkan DSAI atas dasar2 Mahathir sendiri, termasuk pengenalan undi bonus dahulu!

    Reply

  54. 54 burrp Apr 6th, 2008 at 4:34 am

    DSAI, apa pun kamu cakap atau cuba tulis, itu hanya kenyataan putar belit dan bukan dapat di laksanakan kerana selepas kecundang dalam UMNO, kamu masuk pulak mulut naga yang dahulunya jika kamu masih dalam UMNO telah mengutuk mereka dengan keras. Walaupun kamu berselindung dengan perjuangan menegak keadilan, namum kamu sendiri tahu siapa diri kamu dan di hadapan Allah swt, semua yang kita buat akan di pertontonkan nanti. Kamu tetap tidak akan berjaya. Bertaubatlah.

    Reply

  55. 55 wiramahathir Apr 6th, 2008 at 5:29 am

    Salam Datuk Seri Anwar,

    Maybe I have been too hard on you before, but frankly speaking I have nothing personal against you, but I have to admit that until today, I still cannot trust you to be the PM of Malaysia after what you have done to to UMNO, Mahathir and Malay in general, your track record from 1982 to 1998 showed that you you are only concerned to grab power and eliminate youe opposition, but I have not seen any meaningful idea or contribution from you for the 16 years in power. People only remember you for jumping ship from PAS/ABIM to UMNO in 1982, 1987 Operasi Lalang where you and Najib were the real culprits, 1993 where you flip flopped with arwah Ghafar Bab tikam belakang dia, your austerity drve during 1997/98 Asian Financial crisis that nearly bankrupted the businessman, your act or burning UMNO flag. In short there were so many inconsistencies in your stand, which I suspect was due to your real intention, which is to become the PM at all cost. I know all politicial worth their salt want to attain the highest possible position, but why sacrifice your principles, or you are just like other politicians with no principle ??

    Another thing, let me tell you frankly, whereas ther is so much hope on the Pakatan Rakyat, I think it is not aSUTAINABLE idea. It is a proven failure, why try again. 1990 Ku Li tried and failed. 1999 you tried it and it failed miserably. The thing is, it is just a coalition of convenient with no single dominant player, unlike UMNO in BN. Let;s say, you are called to God House today, who do you think should take over ? Guan Eng ? Hadi Awang ? Azmin ? See, this Pakatan has no history and has no future..It will need at least a generation to build a sustainalbe organisation, and if God allow you to live that long, insyaalah you will be able to do it, but hey, why a coalition survival should depend on one man survival…

    Fikir fikirkanlah,,,,

    Anwar, my advise to you is to get the endorsement from Mahathir before it’s too late…

    Reply

  56. 56 Elias Hj Idris Apr 6th, 2008 at 9:18 am

    FITNAH FILEM KITA LEBIH TERUK DARIPADA ‘FITNA’

    Agak melucukan apabila bekas imam ’sepak tong’ & Co mengadakan tunjuk perasaan membantah ‘FITNA’. Demikian juga dengan tindakan pihak yang tidak berpuas hati dengan klip video Geert Wilders itu lalu berarak ke Kedutaan Belanda.

    Namun kita tidak pernah mau menyelak kain untuk melihat kebejatan yang ada dalam rumah kita sendiri. Kita pergi kepada Yasmin Ahmad, apa yang beliau tidak cerca dan memperlekehkan Islam melalui filem SEPET dan GUBRAnya? Malah beliau yang mengusulkan remaja bawah umur supaya galak bercinta di usia muda!

    Filem ‘AKHIRAT’ cukup meloyakan. Wajah Islamnya tidak ada. Roh akhiratnya jauh sekali! Filem ini patut dibakul-sampahkan. Ia dengan bejat sekali menunjukkan zina dan unsur-unsurnya secara ‘casual’. Rangkul-merangkul, gesel-menggsel macam kucing gatal nak mengawan malah disisip dialog derhakakan Tuhan. Peliknya, usahkan mereka yang terlibat itu nak berasa jijik, rasa bersalah pun tidak. Lihatlah dialog, “I want to make love with you”.

    Bukankah kedajalan ini yang biasa lahir daripada manusia celaka seperti yang banyak disebut dalam al-Quran!

    RTM sendiri pun sejak lama telah menyemai budaya membenci Islam. Lebih keterlaluan apabila ZAM menerajuinya. Maka banyaklah suntingan dibuat untuk memaparkan betapa ganasnya Islam! Ucapan pemimpin PAS dipotong dan diulang-ulang dengan menyembunyikan segmen yang lain. Tujuannya adalah untuk memburuk-burukkan gerakan Islam.

    Kemudian kenapa filem ita sering menyalahkan takdir apabila ditimpa petaka dan musibah? Buatlah kajian sikit atau pergilah bertanya tuk-tuk alim (tak payah bayar – saya pun boleh beri sumbangan dan nasihat percuma).

    Mereka tidak tahu mana satu ketentuan Ilahi di azali dengan permintaan Iblis laknatullah!
    Jins Shamuddin yang dah tua itupun mengiyakan dialog-dialog busuk itu (ya la… dia pun UMNO totok juga).

    Kerja iblis adalah menghasut dan memujuk untuk menyesatkan anak-cucu Adam. Tidak cukup setakat itu, alang-alang berdakwat biar sampai hitam. Oleh kerana dia dilaknatkan, maka sang iblis saban masa memohon daripada Allah Taala untuk mengubah takdir-Nya. Tujuannya semata-mata adalah untuk menjahanamkan umat Muhammad. Lihat surah al-Hijr: 39-43 berikut;

    39. “Berkata iblis: Wahai Tuhanku! Demi, sebab Engkau telah menyesatkanku, akan kuhiaskan kepada mereka (kejahatan yang ada) di bumi, (sehingga mereka itu memandang baik – segala jenis maksiat) dan demi, akan kusesatkan mereka itu kesemuanya.”

    40. “Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas.”

    41. “Allah berfirman: Inilah jalan yang lurus bagi-Ku.”

    42. “Sesungguhnya, hamba-hamba-Ku tidak ada bagi engkau kekuasaan atas mereka, kecuali orang yang mengikut engkau di antara orang-orang yang sesat.”

    43. “Sesungguhya, neraka jahannam, tempat siksaan mereka itu semuanya.”

    Namun begitu, setiap kali iblis memohon belum tentu Allah Taala akan perkenankan. Ia bergantung kepada bentuk hubungan seseorang itu dengan Tuhannya. “Inilah jalan yang lurus bagi-Ku”, maksudnya khusus bagi mereka yang ‘ingat’ akan Tuhannya; solat atau celaka seseorang! Jika sentiasa ingat akan Tuhannya, iblis tidakkan dapat berbuat apa-apa. Itu janji Allah Taala dalam ayat 42 di atas.

    Berkait dengan ayat 43 itu, membawa erti jika seseorang itu mengikut jalan iblis, maka di situlah tempat yang dijanjikan.

    Bagi mereka yang ditimpa celaka (seperti dalam kebayakan dialog songsang filem Melayu – ‘oh, sudah takdir menentukannya begitu!’ Asyik-asyik menyalahkan Tuhan, dengan memaparkan kejahilan mereka terhadap keadilan Ilahi. Sebenarnya, setakat itulah sahaja tahap mentaliti penulis skrip, pengarah atau producer filem kita. Menjijikkan! Malah mereka jauh lebih teruk daripada Geert Wilders yang sudah memang kafir dan seteru Allah swt.

    Bagi mereka yang ditimpa musibah dan kecelakaan (kemalangan, umpamanya – sehingga ada yang terus meninggal dunia) pula, adakah ia ketentuan takdir Ilahi atau dengan kehendak iblis. Dan di mana pula usaha manusia?

    Akan dijelaskan nanti.

    Reply

  57. 57 Cucu Tok Bachok Apr 6th, 2008 at 9:44 am

    Mulia Sungguh Hati Pak Lah
    Hari ini pembangkang apa yang tidak kata pada Pak Lah, macam-macam yang katakan tomohan begitu begini sehingga menimbul fitnah. Begitu juga dengan Si Mahathir terus menyerang Pak Lah. Apa yangn menyedihkan sampai serangan menyentuh peribadi. Mulut memang mudah untuk memperkatakan sesuatu.

    Saya amat dengan kagum dengan keperribadian Pak lah, beliau tenang menghadapi situasi hari ini.
    Kalau Pak Lah nak buat sesuatu semuanya boleh terjadi.Pak Lah tidak mempunyai sikap dendam atau memerangi musuh politiknya.

    Pak Lah boleh memenjarakan Si Mahathir kerana diri Mahathir sendiri banyak kekotorannya.
    Pak Lah boleh menang besar dalam pilihanraya.
    Pak Lah diucaci, beliaulah yang membebas Dato Seri Anwar.
    Pak Lah melulus banyak projek di Kelantan
    Pak Lah menaikkan gaji kakitangan awam sehingga kenaikannya tidak terfikir
    Pak Lah mewujudkan JQAF sehingga ramai pelajara aliran agama dapat bekerja dengan kerajaan, bayangkan ada yang mengganggur sehingga 10 tahun.
    Pak lah membangunkan sektor pertanian yang memberi kesdan langsung kepada golongan rakyat miskin terutamanya orang melayu.
    Dalam bidang pendidikan, mewujudkan SBT, makan SBT, buku teks percuma semua golongan, yuran sekolah percuma, duit KWAMP RM 250 RM 50 bulanan dan banyka lagi

    Akhir kata, kalau tak setuju dengan PAk Lah pun, janganlah menmghina peribadi Pak lah

    Reply

  58. 58 thales Apr 6th, 2008 at 10:00 am

    Semua Raayat Melayu,

    Jelas sekali perbezaan antara Perhimpunan Anjuran PAS di Stadium Melawati [bersama PKR & DAP] dengan Forum di Singgahsana.

    Raayat biasa datang dengan Bas dan kereat biasa sahaja berbeza dengan mereka yang datang di Forum di Hotel Singgahsana dengan Jaguar, Merces, BMW dan kereta2 mewah belaka dan lihat sahaja akan pakaian mereka sudah boleh di agak jenama Designer label.

    Raayat melayu yang berhimpun di Stadium Melawati di Shah Alam, datang dengan pakaian biasa dan berkopiah dan yang wanitanya ramai bertudung dan kedengaran Takbir di laung setiap kali memuji Allah yang memberi mereka Kemenangan yang tidak di duga !

    Kedengaran juga bacaan Ayat suci al Quran termasuk lah Surah Nasr …dan ramai bersholat hajat di atas gelanggang buat pertama kali di Stadium itu !

    Di Forum Singgahsana cuma kedengaran mereka mencaci hamun seperti lah golongan manusia yang kehilangan halu tuju tanpa Kepimpinan dari kalangan orang baik baik antara mereka.

    Jikalau orang PAS menunjukkan contoh dan teladan yang baik seperti untuk mendiri Ke ADILAN dan kurang kan pandangan “keterlaluan atau yang gopoh” {Islamic State dan Hudud}, maka orang bukan -Islam akan lebeh percaya akan Agama Islam .

    Mereka orang2 bukan Islam, akan menyokong Kepimpinan PAS yang “moderate” yang mengambil “jalan tengah” tanpa memkompromi Prinsip Islam yang amat luas lagi Haqq itu.

    Belajar dari Turki bagaimana Perdana Menteri Egdogan dan Presidennya Gul berhikmah dan sabar untuk tegak Ke adilan dan suasana harmoni di Negara Sekular rata2 nya raayat beragama Islam!

    Reply

  59. 59 Datuk Halik Zaman Apr 6th, 2008 at 10:03 am

    Dato Seri Anwar

    U.P. MarkMyWord

    Katakan ada 4 orang yang miskin tegar terdiri daripada orang Melayu Islam,Cina, Hindu dan Kristian. Adil kah kalau seorang Islam Melayu sahaja yang dibela dan yang 3 yang bukan Melayu Islam dipinggirkan dalam kemiskinan?

    Kita sebagai manusia memikirkan langkah itu tidak adil.Kalau langkah gitu tidak adil maka saya berpendapat DEB patutlah diubah suai agar semua yang memerlukan dapat pembelaan.

    PKR berasaskan sebuah parti multiracial kalau sistem DEB tidak diubah suai, ini bererti sama sahaja macam sistem UMNO. Yang kaya terus kaya dan yang miskin papakedana, contohnya orang Melayu Islam dalam UMNO, apa yang orang Melayu Islam dapat sudah 50 tahun merdeka? Kalau pun ada hanyalah kroni dan nominee orang besar sahaja yang kaya raya.

    Apa yang peniaga Melayu Islam dapat kalau “negiotiate tender” beratus juta itu jatuhnya kepada kroni dan nominee orang besar? Cara begini bukan sahaja peniaga peniaga orang Cina, Hindu dan Kristian rugi malah orang Melayu Islam juga turut rugi.

    Kita semua tahu Dato Seri Anwar Ibrahim adalah “pakar ekonomi dunia”. Rakyat Malaysia semua kaum mestilah memberi kepercayaan penuh kepada beliau, saya yakin dengan wibawa dan kerisma Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pakar ekonomi, dapat mengubah suai Dasar Ekonomi Baru Malaysia agar semua kaum tidak merasa terpinggir.

    Perkara 153 F C a.k.a. DEB. Siapa yang tidak sokong? PR sokong tapi mesti ada pengubahsuaian yang wajar agar ia dapat diterima oleh semua kaum di Malaysia.

    MarkMyWord, saya tahu anda adalah kroni orang besar. Maka itulah sebab anda menggelabah bila PR mahu mengubah suaikan DEB lalu anda dengan niat untuk mengenepikan Dato Seri Anwar dan memandang sinis usaha Dato Seri Anwar untuk mengubah suai DEB.

    MarkMyWord
    Semenjak 50 tahun merdeka, apa yang orang Melayu dapat? Hanya ada cuma nama sahaja “Keretapi Tanah Melayu dan Ashkar Melayu”.

    Tau Tau DSAI Bisa Nyampei Duluan.

    Reply

  60. 60 ameer Apr 6th, 2008 at 10:13 am

    Assalamulaikum wbt Dato Seri Anwar Ibrahim….

    Sy sebagi org Islam yg berbangsa Melayu berdoa dan mengharapkan agar DSAI dpt buat yg terbaik utk agama,bangsa dan negara yg kita cintai ini utk merealisasikan Harapan Baru utk semua rakyat Malaysia…Insya Allah….dan sy percaya seluruh rakyat menyambut baik usaha DS utk memberikan yg terbaik buat semua rakyat Malaysia…Salam Reformasi dr sy…

    Ikhlas dr sy…

    dan terime kasih DS…

    Reply

  61. 61 Elias Hj Idris Apr 6th, 2008 at 10:13 am

    Saya bukan seorang pemain dalam gelanggang. Duduk di tepi pun tidak. Saya sekadar berada jauh di luar; sepemanggil jaraknya.

    Berikutan dengan terjahan dan peringatan Karpal Singh terhadap PAS berkait dengan negara Islam, diharap para pemimpin PAS tidakkan mudah melatah. PAS usah gelojoh dan bertindak keanak-anakkan. Tuhan telah mengizinkan PAS berada di tempatnya ini sekarang. PAKATAN RAKYAT masih di peringkat awal semuda sang bayi. Jadi persefahaman baru dapat dibentuk dan mahu diwujudkan.

    Orang tidak kenal, maka mereka tidakkan ada rasa cinta. Biarkan masa yang menentukan. Apa yang nak dikejar gunung berlari, hilang kabus nampaklah ia….

    Bertindak biar secara bijak. Dakwah itu yang mesti disampaikan. Lantaran keberhasilannya terserah kepada Tuhan semesta alam. Janji kita berjuang untuk memelihara agamanya seperti doa Tuan Guru Nik Aziz itu.

    Apa yang penting, jadikan parti Keadilan Turki atau gerakerja Hisbullah di Lebanon sebagai panduan. Mereka tidak pernah riuhkan pun fasal sebuah negara Islam. Sedangkan kehadiran mereka tetap dihargai, sementara di kalangan musuh… mereka digeruni!

    Sebatang lidi, kita mudah dipatahkan. Segumpal penyapu liatnya membidas… dan bisa terasa.

    Suara sumbang itu sekadar meluahkan kebimbangan. Sama bimbangnya Pope Benedict akan 100,000 orang Jerman yang memeluk Islam setiap tahun.

    Biar Allah swt meredai kita yang reda akan ketentuannya.

    Reply

  62. 62 mongolian Apr 6th, 2008 at 11:18 am

    Kesultanan Melayu di Hina Oleh UMNO,

    Sejak kebelakangan ini UMNO telah mencakar sistem kesultanan kita kebiadapan mereka amat dikesali olah Pakatan Rakyat kesamgupan mereka menhiris luka hati sultan kita dengan ayat NATENG kepada Tuanku, kebiadapan UMNO amat tidak boleh diterima oleh rakyat jelata mahukah kita melihat sultan kita mangkat dijulang dengan keris UMNO terpahat didada sultan yang kita kasihi. kemana hilangnya Idris Jusuh kemana gelaran Datuknya? adakah dia telah ditelan oleh batu belah batu bertangkup dek kerana kempunan jawatan MB Terengganu.hari terahir yang kami dengar dia melarikan diri, lari ke ulu terengganu bukan lagu UMNO tetapi lagu yang dibawanya ” Batu belah batu bertangkup telan lah aku!…. lulur lah aku!… aku kempunan jawatan MB!…” maka tersebutlah kisah kehilangan Idris Jusuh sehingga sekarang gambar serta pendangan dia hilang didada akhbar menbuat kami rindu dengan suaranya. ini lah tulahnya jika menekan rakyat UMNO telah nafikan hak rakyat jelata Projet Kompleks sukan yang dibina di Terengganu tertangguh sejak zaman dulu sehingga ke Idris Jusuh sehingga kos nya meningkat akibat kelewatan meguruskan projet tersebut disinilah punca perbaziran wang rakyat diatas kelemahan orang UMNO.tetapi masih ada orang melayu yang masih setia dengan UMNO bersedia menpertahankan perkara yang songsang ini bukan konon tetapi satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh semua rakyat.rakyat telah lucutkan gelaran datuk kepada idris jusuh dengan rasminya.

    Reply

  63. 63 peisheah Apr 6th, 2008 at 11:42 am

    DSAI, apakah pendapat saudara tentang kuasa yang ada di tangan Perdana Menteri Malaysia? Saya rasa sistem sekarang terlalu menumpukan kuasa pada PM seorang. Apakah cadangan saudara untuk mewujudkan satu sistem yang akan memastikan Badan Kehakiman yang tidak dipengaruhi oleh orang-orang berkepentingan?

    Begitu juga Badan Pencegah Rasuah dan Polis Diraja. Saya sudah bosan mendengar ayat ini : “Semuanya terpulang pada PM” / “I leave it to the PM”. Saya kagum dengan cita-cita saudara untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan saya amat menyokong. Jadi saya harap saudara akan menjadi Perdana Menteri yang akan mencipta sejarah sebagai seorang yang mengubah Malaysia kepada negara yang disegani.

    Semasa saya bersekolah di SBP, di sana ada seorang anak angkat DS. Sekarang beranikah DS mengambil anak angkat dari kaum lain yang bukan Islam? Cabaran yang sama juga saya akan kemukakan kepada pemimpin-pemimpin seperti Lim Kit Siang. Beranikah orang Melayu Islam menerima bapa angkat yang kafir?

    Orang-orang Melayu, saya nak tanya : “Apakah mempelajari bahasa lain akan meningkatkan nilai anda”. Jadi berapa ramai yang benar-benar ingin menjadikan diri lebih kompetitif dengan bangsa lain? Kebangkitan ekonomi negara-negara Timur Tengah, India dan China tentu membuka banyak peluang perkerjaan. Beranikah orang Melayu mempelajari bahasa mereka? Apakah membina lebih banyak sekolah jenis kebangsaan satu ancaman? Orang Melayu hanya yang segelintir tahu manfaat negara kita yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya.

    Bagaimana pula saya katakan begini? Khir Toyo merupakan orang Jawa keturunan kedua (ayah beliau datang dari Jawa), saya pula adalah generasi keempat “kaum pendatang” di Malaysia tetapi saya tidak mungkin boleh menjadi seperti beliau yang boleh songlap duit rakyat.

    Reply

  64. 64 NOr Aslan Mohd Baie Apr 6th, 2008 at 12:18 pm

    Yang Terhormat Dato’ Seri,

    Saya telah mengenali keluarga Dato’ Seri semasaBonda Dato’ Seri sihat walafiat lagi. Mak Yan dengan keluarga kami amat baik. Abang saya Zahri lama juga menjadi tukang urut Allahyarhamah ketika itu. Dia pernah tanya kami ‘hang pa semua ni kawan dengan orang besak besak ni tak mau kerja apa apa ka?’ Ini semasa beliau belum sakit lagi. Kami kata kami takut nak minta itu ini sebab kami orang kecil tak tahu meniaga. Pak Ibrahim pernah bantu saya semasa saya cuba mendapatkan kontrak dengan MPPJ dulu tahun 1990. Setelah projek siap gagal dapat payment kerana kerenah Ir.Abdul Haq (dah meninggal). Sampai saya diblacklist oleh bank dan sekarang bankcrupt.
    Dengan adik ipar Dato’ Seri Captain Zaki memang rapat sangat apalgi Kak An. Masa tu mereka sekeluarga masih tinggal di PD lagi.
    Bila Projek penswastaan waste water kami perkenalkan, kami dirompak oleh Vincent Tan. Kami tak dapat apa hinga sekarang. Tapi sekurang kurangnya kami dapat bantu Bang Zaki dapat kontrak untuk Nothern Region. Walaupun kita pernah berjumpa dalam sifat kekluargaan namun saya dan adik beradik tak berani mendekati Dato’ Seri ketika itu sebab takut orang kata ada udang sebalik batu. Kami sendiri tak pernah panggil Dato’ Seri kami tau hanya Bang Nui.
    Bila hari semasa Dato’ Seri ditangkap kami terus ke Bukit Mertajam ke rumah Kak An. Katanya apalah yang terjadi pada Abang Nui ni? Kami kata bersabar.
    Semenjak itu saya dan kawan kawan pakat untuk berjuang dalam Keadilan. Perhimpunan 100,000 orang di Jalan Kebun adalah cetusan kami rakyat yang tak puas hati. Disembur asid selalu, dikejar polis kerap, basah biasa yang penting berjuang tetap kami berjuang. Sekarang kita menang. Jangan pandang belakang. Teruskan perjuangan, pertahankan kemenangan. Cuma mesti ingat kami orang orang yang berjuang begitu lamapun habis duit jugak hingga tak adakerja lagi sekarang. Harap Dato’ Seri lihat perkara ini secara serious. Kami yang hardcore ini mesti dijaga. Periok nasi kami telah lama kering.
    Agenda kamipun banyak lagi.
    Harap Dato’ Seri dapat contact direct dengan kami di Jalan Kebun ni. Kita berinteraksi secara terbuka Call 0167814269 no. saya. Banyak lagi yang nak saya kongsikan bersama. Untuk menang satu bab. Untuk mempertahankan kemenangan satu bab yang lain. Jangn leka dengan kemenangan ini. Jangan sekali kali kata kita baru menang sebulan. Belum boleh buat apa apa. Itu akan jadi kelemahan buat kita. Kami menanti Dato’ Seri di Jalan Kebunyang penuh kontrovesi ini.
    Salam Reformasi dari saya.
    Nor Aslan Mohd Baie.

    Reply

  65. 65 bryan lee Apr 6th, 2008 at 12:31 pm

    Hi all,

    It should not be the LKS or Karpal Singh who must beware what they are talking. It is PAS. You must understand that the world is changing. Forget about the islamic state and hudud law. Take Turkey as an example, they are ruling by islamic party did they chaange turkey into the taliban like govt? Pas should reform its internal policy and vision. Think of what happen in the PRU13? Pakatan Rakyat will become a history. DSAI, you have to come out with words to clarify the entire things between the PAS and DAP. In 1999, BA proven to be a failed strategy of PAS. All the chinese / indian votes gone. If PAS thinks that Chinese / indian votes is not important, then you are never grown up and forever in the dream.

    Put on policy that wanted by all Malaysian, not based on religion or skin color.

    Reply

  66. 66 saya Apr 6th, 2008 at 2:30 pm

    Assalamualaikum,

    From his official blog:
    http://blog. limkitsiang. com/2008/ 04/05/march- 8-â€% 9cpolitic- al-tsunami% e2€- is-for-change- to-restore- justice-freedom- democracy- and-good- governance- and-not-for- islamic-state- or-hudud- laws/

    At the joint media conference on April 1 to announce PKR, DAP and PAS decision to take the next logical step to the March 8, 2008 political tsunami with the three parties tentatively agreeing to establish a Pakatan Rakyat (a proposal and term subject to confirmation by the three respective parties), I said that March 8 general election results were a clear and unmistakable message from the people that they want the three parties to work together to bring about changes in the country to restore justice, freedom, democracy and good governance – and not for an Islamic state or hudud laws.

    I was asked by a reporter today whether my statement that the March 8 political tsunami was a demand for change to restore justice, freedom, democracy and good governance and not for an Islamic state and hudud laws applied only to non-Muslims and non-Malays. I replied in the negative, as I believe that it is not only the non-Malays and non-Muslims but also the Malays and Muslims who voted solidly on March 8 for justice, freedom, democracy and good governance and not for Islamic state and hudud laws – producing for the first time in 50 years of Malaysian electoral history the national phenomenon of cross-race and
    cross-religion voting – DAP voters voted for PAS candidates and PAS voters voting for DAP candidates. Just as it was a great mistake after the 1999 general election to regard its results as a vote for Islamic state and hudud laws (resulting in the DAP leaving the Barisan Alternative in 2001), it will be an equally cardinal error to interpret the March 8, 2008 general election result as a mandate for Islamic state and hudud laws.

    It is pertinent to revisit the reasons why DAP had to pull out of Barisan Alternative in 2001. The following is an extract from a statement I made on 30th June 2001, entitled: “BA at crossroads and no more tenable”…

    “…DAP respects PAS for its ideological position on the Islamic State, but in a modern, multi-racial and multi-religious society where non-Muslims comprise some 40 per cent of the population, and where it is not only non-Malays but Malays who oppose the establishment of an Islamic State, is PAS prepared to be realistic and concede that its Islamic State concept is not a practical or feasible proposition or option for Malaysia?” (Uncle Kit 2001)

    * Clearly DAP never want an Islamic state? Walaupun orang kata ‘hanya pada nama’, Alhamdulilah, at least we still one now. Bebas untuk melaungkan azan bila masuk waktu solah. Tempat beribadah ada di mana-mana. Azan disiarkan selepas masuk waktu dalam TV. I wonder what will happen when he is ‘up’ there? Ada bau-bau cam nak jd Singapora kah?

    Apa pendirian DSAI tentang hal ini? Kenapa lebih banyak berdiam diri? Mohon penjelasan.

    Reply

  67. 67 passer Apr 6th, 2008 at 2:36 pm

    Assalamu’alaikum DSAI

    ISA, rasuah, fitnah, propaganda, oppressive, menindas antara satu sama lain didalam parti, pembohong, angkoh, membodoh bodohkan rakyat adalah amalan regime zionists yang di amalakan oleh UMNO. Ikut jalan Islam way of life, tawaduq, amanah, ‘adil, bijaksana, istiqamah dan lain2 lagi. Mudah2 mudahan mendapat rahmat drpd Allah.

    Pemimpin2. akar umbi dna ahli BR yang beragama Islam hendkalah lengkapkan diri mereka dengan ajaran Islam yang mantap dari segi jasmani dan ruhani supaya mereka dapat jauhkan perbuatan ynag mungkar, amalan regime zionist dna juga UMNO.

    Ingatlah, buat sesuatu kerana Allah, untuk rakyat berbilang kaum dan agama.

    Mudah2 mudahan di kabulkan permintaan kita dengan niat yang baik untuk semua

    Terima kasih

    Reply

  68. 68 pEMeRHaTI Apr 6th, 2008 at 3:36 pm

    Alhamdulillah… sekiranya itu matlamat saudara. Saya cuma berharap agar matlamat saudara seiring dengan kehendak Islam, jangan jadikan agenda peribadi menghakis hak umat islam di negara ini. Islam menggariskan perjalanan hidup yang teratur baik dari segi politik, sosial, budaya, ekonomi dan masyarakat. Kadangkala terdapat pemimpin yang terlalu beridealistik demi mencapai agenda poltik mereka. Pemimpin seperti ini sanggup mengorbankan agama mereka demi cita-cita politik. Mereka bertuhankan parti politik tidak lagi kepada tuhan yang disembah.Allah menjadikan manusia itu berkaum-kaum supaya mereka dapat mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tiada kaum yang sentiasa kekal di muka bumi ini, kaum Ad,Tsamud dan kaum-kaum yang terdahulu semuanya pupus. Allah hanya menjamin bahawa hanya agama Islam akan kekal sehingga hari kiamat. Saya amat berharap agar saudara memegang prinsip yang digariskan oleh Islam. Seungguhnya sifat orang munafik itu amat jelas, diantaranya apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap dia berdusta dan apabila berjanji dia mungkir. Semoga saudara dihindari oleh sifat-sifat seperti ini. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa punca kejatuhan kerajaan Islam adalah disebabkan sikap pemimpin umat Islam itu sendiri. Apabila pemimpin bersikap munafik maka sudah pasti rakyatnya juga turut terpengaruh dengan sifat pemimpin tersebut. Maka akan tibalah saat kehancuran kepada negara . Sesungguhnya Islam menjamin hak semua kaum, sehubungan dengan itu wajar saudara menerangkan hal ini kepada sahabat-sahabat saudara yang berlainan agama. Semoga Allah menunjukkan saudara jalan yang benar bukan jalan yang dimurkai Allah, sesungguhnya matlamat tidak menghalalkan cara.

    Reply

  69. 69 hidupharapan Apr 6th, 2008 at 3:55 pm

    Awasi statment dari pihak pas,kdg2 mengundang rasa kurang senang kawan2 dalam paKatan rakyaT yang lain.Harap maklum

    Reply

  70. 70 Pengkaji Apr 6th, 2008 at 4:44 pm

    Pengkaji kembali dengan pertanyaan kepada DSAI

    Tun Dr M atau Pak Lah

    Biar pengkaji himbau beberapa perkara untuk renungan DSAI. almaklum DSAI juga mengaku Melayu. dan Melayu kita maklum mudah lupa.

    1. Tun dr M dakwa DSAI dibawa masuk ke UMNO oleh beliau. betulkah..?
    2. Tun Dr M dakwa DSAI seorang yang gelojoh untuk berkuasa. betulkah..?
    3. Tun Dr M dakwa DSAI rendah moralnya walaupun digelar Pak Sheikh. betulkah..?
    4. Tun Dr M dakwa DSAI sengaja mencederakan diri dalam penjara. betulkah..?
    5. Tun Dr M dakwa DSAI petualang bangsa Melayu. betulkah..?
    6. Tun dr dakwa Putrajaya adalah binaan dan rekaan DSAI. betulkah?
    7. Tun Dr M adalah punca kejatuhan legacy DSAI dahulu. betulkah..?

    kini
    7. Tun Dr M dakwa Pak Lah punca kekalahan BN dalam PRU12. betulkah?

    yang Tun tak berani dakwa secara terbuka.

    8. Kerana Pak lah, anwar kini bebas dari penjara.
    9. Kerana Pak Lah, media kini lebih bebas mengeluarkan berita
    10.Kerana Pak Lah, orang mula tahu DSAI tidak bersalah dalam kes ‘98.
    11.Kerana Pak Lah, masyarakat kini lebih terbuka menentukan nasib dan masa depan, tanpa mengetepikan hak2 Melayu.

    Honestly DSAI.

    Antara mereka berdua

    Siapa pilihan anda menerajui negara buat masa ini. Pak Lah, atau Dr M(protegenya)

    Pengkaji masih menyokong Pak Lah.

    Kerana Pak Lah,
    maka Pengkaji menyokong DSAI dan pembangkang dalam PRU12 lalu.

    Reply

  71. 71 HaLiMz' Apr 6th, 2008 at 5:24 pm

    salam dsai..

    saya mengalukan kenyataan dsai ini kerana banyak provokasi dilakukan oleh puak umno kononnya saudara telah meminggirkan terus agenda melayu.

    kenyataan ini boleh kami jadikan senjata untuk menangkis segala fitnah yang dilakukan oleh puak umno ini yang menghakis keyakinan orang melayu terhadap PAKAtan Rakyat (PAKAR).

    disebabkan penyebaran fitnah oleh CYBER TROOPER (pasukan umno alam maya), kami mengharapkan segala fitnah & isu yang ditimbulkan oleh cyber trooper di kebanyakan blog dapat dijawab segera oleh pakatan rakyat terutama saudara agar kami penyokong pakatan rakyat (PAKAR)mempunyai modal untuk menepis dan menenggelamkan terus fitnah dan provokasi yang dibawakan oleh cyber trooper umno ini.

    Reply

  72. 72 anzari Apr 6th, 2008 at 6:18 pm

    terima kasih DSAI.

    sy lega mendengar penjelasan ringksas DSAI. umpama suntikan baru terhadap persoalan yg sy bangkitkan didalam blog ini. sy akan terus mendokong pejuangan ini diperingkat mahasiswa. DSAI tentu sedia maklum bhw AIC malaysia semakin berkembang. ramai golongan muda mula memikirkan pejuangan ini. Bloger2 dari AIC semakin berani menepis isu murahan dari bloger BN.
    Ianya seperti zaman DSAI sewaktu muda dahulu. terima kasih.

    Reply

  73. 73 thales Apr 6th, 2008 at 6:21 pm

    YB YB Menteri Besar PAS & PKR Selangor, Kedah, Perak,
    dan juga YB dato Seri Anwar Ibrahim “Mentor-Pemimpin PR”

    Tuan tuan yang di Muliakan,

    Tiba lah masanya untuk Tuan Tuan fikirkan nasib golongan Miskin and Penyewa Rumah di sekitar Bandar2, penggiran Bandar2 dan juga Bandar-Kampung yang hendak berniaga dan mencari rezeki menjual atau pun memberi perkhidmatan secara UPAH Harian.

    Bagi mereka yang hendak meniaga kecilan jual makan pagi tengah hari dan segala macam benda2 SEDIAkan tapak2 dan mulakan buka Tapak2 Pasar Tani Tapak2 Pasar Penjaja dan sebagainya.

    Buatkan Tapak2 dengan elok dan benarkan mereka beroperasi sepanjang masa.

    Perhatikan Tamaddun Islam yang masih kekal dengan konsep “al madinah” yang terdapat di merata Bandar2 di Timur Tengah malah di Pakistan pun ada .iaitu pasar atau “souk” .

    Ia juga membenarkan tukang tukang {artisan] bertempat di situ untukmengambil UPAH …. seperti tukang paip . elektrik dan belbagai Upahan.

    Bangkitkan semual masyarakat Melayu supaya dapat meniaga kecil kecilan beramai cara Islam …
    kurang kan hasad dengaki dalam perniagaan … beri ceramah dan sebagainya.

    jangan pula hantar Pengawal utnuk roboh dan RASUAH …

    Reply

  74. 74 thales Apr 6th, 2008 at 6:52 pm

    YB Menteri Besar Selangor {pakar Ekonomi]
    Dato Seri Anwar Ibrahim “Mentor-Pemimpin” PR,

    PINJAMAN MIKRO-KREDIT ala Pakatan Raayat untuk Raayat:

    Walau tuan tuan berdua memang ada pengalaman dalam Urusan Ekonomi dan Kewangan besar-besaran, tolong fikirkan masalah orang MISKIN dan Terpinggir dari Sistem Kewangan & Pinjaman yang ada sekarang bagi Negeri-negeri yang di Perintah oleh PR.

    Ada orang2 MISKIN dan Terpinggir untuk memulakan Perniagaan Kecil kecilan atau untuk memberi KHIDMAT dar Upahan memerlukan Bantuan Pinjaman Kecil Kecilan seperti RAMEN Bank yang di pelupur oleh Yunus.

    Jangan peduli sangat sistem yang di buta oleh UMNO .. masih Feudal tidak ada berkat … sikap orang mengurusnya boleh puncanya berbanding dengan SIKAP Yunus sendiri yang memulakan ….

    Daripada meminjam dari jiran2 atau pun ALONG, Professor Khalid Ibrahim patut mula kan sistem pinjam mikro kredit ala Pakatan Raayat …betul betul untuk orang 2 MISKIN dan Terpinggir.

    Kerahkan Volunteers untuk membantu .. mereka ini ada Idealism dan jika di asuh mereka dapat membantu melaksanakan Pinjaman Mikro-Kredit untuk mengurang jurang Kemiskinan antara orang 2 yang berada dengan malah Tuan Tuan sendiri….

    Jangan guna cara UMNO terlalu pekat dengan Feudalisme … cari jalan lain cara Islam .. yang memerlu sentiasa peserta2 nya di ingatkan dengan Nilai Murni JUJUR AMANAH … termasuk membuat barangan jualan atau perkhidmatan Upahan itu TAIYYIB dan HALAL….

    Reply

  75. 75 angkasawan nasa Apr 6th, 2008 at 9:07 pm

    To wiramahadir,

    Kenapa u perkauman sangat kan nabi bersabda tuntutlah ilmu kenegeri cina, so melayu kena banyak berlajar dengan orang cina kenapa u cuba halang orang melayu berkongsi kuasa dan ilmu, tapi pelik bila u pergi san kompleks jln imbi you cari cina jugakan?.ilmu yang itu you tuntut dari cina.

    Reply

  76. 76 Ali Imran Apr 6th, 2008 at 9:09 pm

    Salam

    Robbis rahli sadri wayassirli amri

    DS Panglima AI…..

    Makin kalut nampak kerajaan BE END sekarang ni….Kerajaan PKR wajib merencana strategi untuk mengambil peluang yang baik ini untuk memperkukuhkan kedudukan…

    DS Panglima AI….kerajaan PKR wajib duduk dan berbincang sama sama untuk satu resolusi…
    berita hari ni….mengelirukan rakyat…PAS DAP Keadilan bercanggah pendapat….jika benar amat tidak sihat untuk PKR…..jika tak benar PKR kene balas apa yang BE END kata itu tak benar…fitnah semata mata….agar rakyat tak confuse…

    Reply

  77. 77 Elias Hj Idris Apr 6th, 2008 at 9:30 pm

    Kepada sekelian pecacai UMNO di blog ini atau di luar sana,

    Dengan tegas pada hari ini Dolah mengatakan kekalahan BN di 14 kawasan parlimen dan 22 DUN disebabkan oleh sabotaj di kalangan UMNO sendiri.

    Tolong jawab haa…

    Saya bukan orang UMNO, bukan petugas UMNO atau apa-apa, tapi macam mana sebulan sebelum hari penamaan calon ‘kami’ sudah mendapati 6 negeri terancam (termasuk Perlis dan Terengganu). Ini boleh dilihat dalam buletin kempen saya “KEMPEN BERUAS N36″ Edisi Mac 5, ‘08 di Parlimen Beruas. (Nota: Sila minta jasa baik Dr Lim Keng Yaik untuk mendapatkannya dari bilik gerakan UMNO Beruas atau daripada mana-mana calon BN di sana!

    Dan Anwar sering mengingatkan Dolah dan Najib (ketika dalam ceramahnya di seluruh negara) agar jangan ghairah untuk menawan dan merawat Kelantan. Paling bahaya, katanya ialah Pulau Pinang.

    Nota: Pahang tidak termasuk, sebab judinya kuat sekali….

    Kemudian pada petang hari Selasa, 4 Mac saya mendapat tau 2/3 majoriti BN telah dapat dinafikan. Sila lihat pula buletin “KEMPEN BERUAS N36″ Edisi Mac, 6 ‘08; Tajuknya ‘2/3 MAJORITI TELAH DINAFIKAN’. Turut dimuatkan di muka depannya ialah tajuk ‘BYE! BYE! DOLAH’, disebabkan oleh gambar Dolah berbaju biru yang melambai sayu.

    Kalaulah benar kekalahan itu disebabkan oleh sabotaj ahli UMNO, mana mungkin saya mendapat tahu hal dalam kelambu UMNO sebegitu awal; iaitu pada 4 Mac?

    Kemudian, tolong jawab siapakah penasihat Dolah dalam hal ini, yang memberikan laporan tidak benar kepada beliau?

    Mana ada sabotaj? Ia memang hakikat bahawa rakyat telah menolak UMNO/BN.

    Alahai, orang sekecil ini pun tau!

    Reply

  78. 78 leeann Apr 6th, 2008 at 10:25 pm

    Just help the poor irregardless of races, that is the point of having a new government.

    there is no difference between races after so many decades. we are malaysians, unless we are ugly malaysians as claimed by Raja Petra.

    Reply

  79. 79 sa Apr 6th, 2008 at 11:35 pm

    Dear Br Anwar,

    I still remember the day I received my scroll from you and the small chat we had on stage. You left an indelible impression on me. The education I received also made me a more wholesome person – something I still cherish and treasure to this day.

    That was in 1991. Since then I watched your ups and downs, arguing for your innocence vehemently among friends and family. I was deeply convinced that you were a political prisoner in the courts of a man who brought all the institutions of government to his feet during his 22 year reign. I was disturbed by the damage and misery absolute power can cause to an individual. I spoke openly about it in public, naive to the fact that am actually threading on dangerous grounds.

    My life since then has been one of complete surveillance, with utter disregard to my rights as an individual. I can’t explain the technology behind it but they have completely annihilated my very being by perpetually stalking me. If this can happen to me, I’m sure that there are many others suffering from similar state sanctioned surveillance of innocent men-on-the-street.

    Br Anwar, we urgently need to restore civil (stress on the word “civil”) liberties back in Malaysia. Citizens must be free to go about their lives without hindrance, as long as they do not break any laws. I’m praying that you will come back to lead the country and restore civil liberty, the very fabric of human existence, once again in this country. May Allah bless your noble struggle to free Malaysians from the yoke of the oppressors.

    Yours sincerely,
    SA

    Reply

  80. 80 kuan Apr 6th, 2008 at 11:47 pm

    Sesuatu yang dibenci adalah pendekatan menghalalkan cara yang diamalkan umno
    1. Projek runding terus dan rasuah untuk anakpinak dan kroni akibatnya melalui cara yang tidak bermoral itu lahirlah jutawan segera ( palsu dan kedekut)bak buih yang hilang setelah seketika bila hilangnya tempat berpaut. Projek yang dapat disiap dengan nilai 1 juta dengan untung di tingkatkan nilai sehingga mencecah 1.4 ke 2 juta . Jadinya kroni untung 1 juta rakyat tanggung rugi berpanjangan.
    2. Pembangunan sekadar untuk bermegah-megah sebaliknya kos penyelenggaraan meningkat dan kerugian menimbun kerana pembangunan yang dibina tidak produktif. Sedap mata pemimpin memandang dan syok telinga pemimpin mendengar
    3. Undang-undang double standard . Terutama kes-kes ( permainan istilah ) politik wang (rasuah / istilah sebenar)dan salahguna kuasa . Jika menimpa ahli umno yang bertitle pimpinan , hukumannya hanya gantung keahlian . Kalau title bawahan alamat ke mahkamah lalu ke penjaralah.
    4. Gaya kepimpinan yang sombong , mengancam dan lupa diri serta lupa tuhan.
    5. Sesuatu yang menghairankan bagaimana UMNO begitu kaya berbanding kerajaan?

    Kalaulah jutawan tulin , jujur dan amanah yang dilahirkan pasti akan mempercepatkan /merapatkan jurang ekonomi dikalangan warga malaysia yang bernama melayu@bumiputera dengan kaum-kaum lain. Mampu membuka lebih luas lapangan pekerjaan, peluang ekonomi dan bantuan .

    ha ha sekadar menulis sambil…. menanti hari kerana hari-hari yang mendatang adalah …

    Kuasa rakyat dalam PAKATAN RAKYAT

    Reply

  81. 81 laskamana benten Apr 7th, 2008 at 12:19 am

    Bagi saya tak usah kita bincang pasal BN (UMNO<MCA<MIC<GERAKAN<PPP)dan lain-lain, apa yang penting ialah utk DSAI mencorakan hala tuju pakatan rakyat dan negeri-negeri dibawahnya.Agar ia dapat satu landasan yang betul agar rakyat MALAYSIA dapat melihat perubahan yang berbeza dan tidak berbelah bagi di PRU13.Sekian terima kasih

    Reply

  82. 82 kamal hasun Apr 7th, 2008 at 1:07 am

    pondok tanjung ,
    markmyword bukan khir toyo … otaknya tak sampai ke tahap tu pun , more lower , dia buat blognya untuk pelobi naik dalam umno disamping mencari idea idea dan pemikiran yang boleh membantunya yang sepatutnya dia buat dulu ……….

    pak elias hj. idris ,
    1.relak la jgn mare mare kat mcm markmyword tu , RasululLah n sahabat dakwah n then perang tapi sebelum tu dakwah n lepas menang perang pun terus dakwah lagi so we keep cool , yes tuduhan mesti dijawab dan ditantang tapi kita dakwah dan bagi penerangan dan terus kempen lagi ajak diaorang join kita , sebenarnya yg masih kat luar atau masih kat umno tu hendak ke kita juga hai maklumlah orang melayu kena dijemput jemput bukan macam Arab Jahiliyah (bukan Arab skrng)
    terus pergi ucap Syahadah depan Nabi . Kata orang – If you cannot beat them join them . Kata kita – after you can beat them ask them to join you . That’s make us strong and stronger and strongest and … big and bigger and biggest and finally FULLY ESTABLISHED . RITE ?

    2.Tentang bahagian UMNO yang sabotaj tu kalau ada effect pun sikit je tak le sampai boleh dapat Kedah dan Perak balik kat depa , saja je dia nak main pikiran orang Umno dan masyarakat awam seumpama tu tapi biak pi la depa nak berangan cam tu lagi baguih , tu Pak Lah dapat laporan dari the so called spy dia yang bagi info kat dia mcm sebelum PRU 12 yang pelingkup dia … alahai , mcm mike tyson yg dengan lemahnya kata MahaTun tu kebal tak lut dengan buluh runcing , mungkin buluh dari Bangladesh lut kut , hehe , takpa lagi baguih la Pak Lah nak punish depa tu , bole kita kata : Tak nak join kita orang ke ? Bos hampa sendiri pun dok punish hampa , tapi saya bet Pak Elias mesti tak nak depa ni join punye , hehe

    Datuk Halik ,
    doesn’t matter la , nanti bila dah terbentang agenda ekonomi Anwar tu dan terlaksana maka pahamlah semua orang , yang dok main kroni pun boleh dapat bahagian juga , yang penting semua boleh dapat dan kita kena pastikan tu , bukan senang juge nak jadi Umar Abd Aziz nie …..

    Reply

  83. 83 budakperak Apr 7th, 2008 at 1:23 am

    DSAI,
    saya harap DSAI dapat tegaskan kepada DAP sebab saya sudah semakin muak dengan sikap dua orang tua dap, prinsip perjuangan orang islam yang sebenarnya..bukan berselindung disebalik pakatan rapuh yang tak kemana..dan kepada pas tabik kerana mempertahankan prinsip perjuangan….kebenaran pasti akan terserlah jua..kalau sekarang dap menghadapi tentangan orang melayu(emno) tak mustahil orang islam jugak akan bangkit menentang dap secara terbuka jika mereka terus menerus menentang islam secara terbuka..kepada pas saya rasa elok tinggalkan sahaja pakatan, tak perlu buang masa lagi untuk orang yang memang benci kepada islam…

    Reply

  84. 84 ameer Apr 7th, 2008 at 8:18 am

    Wahai wira Mahathir…Insaflah….semalam dalam Tv pun Pak lah kutuk Mahathir jugak…yg pastinya semua org dlm UMNO memang x betul….sebab tu ayahanda Dato Seri Anwar Ibrahim x dapat merawat Umno…..Depa dalam Umno la ni dok sibuk nak merawat Umno dan Bee End yg tinggal nyawa2 ikan jer la ni…Insaflah wahai semua yg ade dlm Umno dan Bee end supya jgn dok sibuk nak rawat Umno jer sedangkan saham kite hari2 jatuh…..ekonomi negara makin teruk…Umno makin parah……so Umno dan bee end dh x boleh bekerja utk rakyat…..lebih baik dan elok depa(Umno dan Bee end) buang segala ego, insaf dan masuk Pakatan Rakyat dan bekerja untuk rakyat(itu lebih afdal) drpd dok sibuk nak merawat Umno dan Bee end yg makin hari makin kronik…janganlah kerana Uno dan Bee end yg makin hari makin kronik korang nak jadikan pulak negara Malaysia makin hari makin kronik….bangunlah dr tidur dan berjuanglah untuk agama,bangsa dan negara…HIDUP REFORMASI DAN RAKYAT!!!!!

    Reply

  85. 85 Mohd Salleh Apr 7th, 2008 at 8:54 am

    As.w.w.
    Datuk Sri teruskan dengan agenda Malaysia, perjuangan mempertahankan hak orang Melayu dan Islam perlu diteruskan tanpa mengabaikan hak kaum dan agama lain. Datuk Sri sudah tetntu mempunyai jalan penyelesaian setiap permasalahan yang berlaku dalam negara kita. Saya sebagai rakyat Malaysia setiasa menyokong dan mendoakan perjuangan Datuk Sri agar sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t.

    wasalam
    Mohd Salleh dari Sabah

    Reply

  86. 86 hadi Apr 7th, 2008 at 9:11 am

    Salam Dato’ Seri.. Kita tidak perlu menghina sesiapa, kita juga tidak lupa kebaikan mereka, tapi kita juga tidak lupa dengan kerakusan, penipuan dan kesombongan mereka. Jadi.. kita perlu satu PERUBAHA. Salah kah kita kalau nak buat satu perubahan?. Perubahan dari baik kepada lebih baik, dari tidak adil kepada lebih adil. Dato’ Seri bawa semua MELAYU untok berubah, melayu yang tak ikut sama, tentunya melayu yang dah berubah ( KAYA ). Suatu realiti yang DATO’ Seri perlu tangani, MELAYU YANG MENJADIKAN CINA DI MALAYSIA INI KAYA, DAN BILA CINA NAK MENOLONG MELAYU JADI KAYA.

    Reply

  87. 87 Elias Hj Idris Apr 7th, 2008 at 9:40 am

    Sekadar pembetulan,

    Siapakah yang pernah tinggal agak lama di Afghanistan dalam era pemerintahan Taliban?

    bryan lee, sejauh mana yang awak tau mengenai Islam dan Islam yang dibawa dek PAS? Pengetahuan awak sebenarnya kosong; hanya dibaluti sentimen sama seperti sentimen Bush dan Amerika yang menjahanamkan segala-galanya di negara Islam.

    Taliban, pemerintahannya tegas berasaskan hukum sebab keadaan sosio-budayanya yang menghendaki begitu. Manusia Afghan yang berpuak-puak dan hidup secara nomad itu jauh berbeza dengan apa yang kita alami di sini.

    Kemudan, perlu diingat segala laporan ke seluruh dunia datangnya dari agensi berita yang didominasi Yahudi. Apa yang nak diharapkan daripada orang Yahudi? Hatta, segala yang berkait dengan Islam itu negatif belaka… dan memang itulah kerja mereka sebagai musuh Allah hingga ke akhir zaman.

    Taliban telah berjaya menghapuskan industri penanaman pokok popi yang terbesar di dunia. Kenapa mesti popi? Itu pun ada sejarahnya yang juga panjang sekali. Sedangkan, getah popi itulah ibu kepada segala bentuk dadah yang digilai manusia; bukan setakat manusia tidak normal, tetapi golongan intelek juga.

    Jadi, apabila ada penawaran yang tinggi, maka di situ ada bekalannya – satu teori ekonomi yang mudah.

    Cara mengatasinya ialah dengan melaksanakan hukum Islam secara tegas termasuk terhadap ketua puak yang mendominasinya. Dalam masa yang singkat ia telah dapat diatasi.

    Oleh kerana dilanda kemiskinan, kes pelacuran (sebagai jalan mudah untuk mencari rezeki) berleluasa. Bolehkah bryan lee pujuk dan gunakan pendekatan psikologi terhadap sekelian pelacur yang bersepah di Kompleks Sun dan Jalan Bukit Bintang itu?

    Tahukah anda berapa ramai anak gadis yang terlibat dengan gejala ini, termasuk seks rambang di kalangan remaja sekarang?

    Sekali lagi pendekatan Islam yang diambil oleh Taliban.

    Dalam kehidupan bermasyarakat juga, Taliban tegas dengan lunas syariat. Sebabnya, masyarakat Afghanistan telah rosak teruk kesan daipada penjajahan. Dan tidak ada sesiapa pun dalam dunia yang parwakan mereka. Kalau ada yang prihatin pun sekadar ingin mengambil kesempatan!).

    Kenapa pula Amerika begitu beria-ia memerangi Taliban?

    Sejarahnya panjang sekali dan ia turut melibatkan Osama Ben Laden, laksawan Saudi yang komited dalam perjuangan Islamnya.

    Sebab lain Amerika memerangi Taliban, sama seperti kepercayaan yang bersarang dalam kepala otak bryan lee kita ini.

    So, apabila berkait dengan kelainan fahaman agama, saya minta maaf. Saya tidak betah untuk membahaskannya di sini. Selain daripada sensitif, keharmonian kaum itu buat sekarang adalah lebih penting lagi.

    Bag saya, kesemua manusia di atas muka bumi ini adalah bersaudara. Mereka datang daripada ibu dan ayah yang sama; iaitu Adam dan Hawa. Itu sahaja yang apa saya katakan. Dan saya tidak mahu dilihat derhaka kepada ibu dan ayah saya itu….

    Reply

  88. 88 Datuk Halik Zaman Apr 7th, 2008 at 10:05 am

    Dato Seri Anwar,
    U.P. Halima

    Bilangan kecil berbagai tokmahan dilemparkan kepada Dato Seri dalam blog ini. Saya rasa penulis penulis pencacai UMNO itu sudah begitu frustrated terhadap KEBOLEHAN DSAI. Kini mereka tak ada kerja lain lagi selain dari mengutuk memfitnah DSAI dalam blog ini.

    Saya begitu simpati pada pencacai-pencacai UMNO dalam blog ini. Saya rasa DSAI pun mesti turut simpati kiranya PRU12 membuat pencacai pencacai UMNO sudah jadi GILA.

    Mereka GILA kuasa
    Mereka GILA talaq

    Lagi satu yang paling kita kesihan pada pencacai pencacai UMNO akan datang adalah:-

    TAU TAU DSAI BISA BUAT KEJUTA.
    (guna irama kuda hitam)

    Reply

  89. 89 Jebat Apr 7th, 2008 at 10:47 am

    Pejuang sejati tidak akan/pernah meminta untuk dikenang apatah lagi dihargai setiap pergorbanan yang dilakukan tapi sebaliknya tidak bagi pejuang udang sebalik mee.

    KALAU TAKUT PADA RISIKO USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN!.

    Reply

  90. 90 Yang Terkejut Apr 7th, 2008 at 2:10 pm

    Aku betul-betul terperanjat berok bila tengok surat kerajaan kepada Ehud Barak kiriman NOH yang di link ke laman tranugkite. kalau ada kesempatan baik korang klik & baca.
    Betul ke tun m hantar surat tu…biar btol nieh. sah pelingkop agama dia ni

    Reply

  91. 91 pyanz 83 Apr 7th, 2008 at 4:54 pm

    Hidup dato’sri.KEADILAN sudah menang di selangor saya berharap dato sri mengarahkan MB selangor siasatan dilakukan pada setiap tanah yang diberikan kepada kroni2 BN sewaktu jajahannya terutama sekali di kampung sungai buah bangi yang saya diberitahu sariff jajang dan seripah noli mempunyai tanah 100 ekar berhampiran bukit mahkota.saya berharap dato’sri dapat mengambil tindakan sedangkan kedua2 penyangak ini bukan berasal dari SITU.

    Reply

  92. 92 crepe_0712 Apr 7th, 2008 at 11:08 pm

    SALAM PERJUANGAN…
    NAMPAKNYA PEMIMPIN2 UMNO SEMAKIN RESAH,KECEWA DAN TERDESAK KINI..KEBANGKITAN DSAI BEGITU MENGGERUNKAN MEREKA..KADAM2 UPAHAN TAK DAPAT MEMBERIKAN APA2 KESAN DALAM BLOG INI..KEBANYAKANYA TAK TAHU APA2 PUN TENTANG DSAI,SEBALIKNYA KADAM2 UMNO HANYA MENDENGAR PEMBOHONGAN PEMIMPIN2 MEREKA LALU KADAM2 UMNO HANYA MAMPU MERAPU YANG BUKAN2 ..CUKUP SEKADAR DIUPAH UNTUK MENGHINA DSAI..CUKUP2LAH,BUAT KERJA SIA2 SEBAGAI KADAM..BUKALAH MINDA KAMU,HENTIKANLAH JADI KADAM YANG TAK BERMARUAH,HANYA MEMALUKAN DIRI DAN KELUARGA. SENDIRI..
    PADA PEMIMPIN2 PAKATAN RAKYAT..INGATLAH,KEMENANGAN PRU12 SEBENARNYA ADALAH SATU UJIAN,UNTUK MENGUJI SEJAUH MANA DAN SEKUAT MANA PEGANGAN DAN KEBENARAN PADA KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN TUAN2 SEMUA..INGATLAH,SEGALANYA TERLETAK DIATAS TANGGUNG JAWAB TUAN2..ALLAH SWT MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGETAHUI..
    PADA PEMIMPIN2 PAS,JADILAH PEMIMPIN ISLAM YANG BIJAKSANA..GUNAKANLAH AKAL YANG DIANUGERAH ALLAH SWT DENGAN SEBAIK2 MUNGKIN SERTA PENUH RASA TANGGUNG JAWAB..GUNAKANLAH ILMU YANG ADA UNTUK MENYEBAR DAN MENDIDIK MASYARAKAT YANG BERBILANG KAUM DAN UGAMA TENTANG ISLAM..SUPAYA SELURUH MASYARAKAT DAPAT KEFAHAMAN TENTANG ISLAM YANG SEBENARNYA..TUNJUKANLAH DAN JADIKANLAH CONTOH YANG TERBAIK SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM DIDALAM SEMUA ASPEK..JANGAN TERBURU2 DAN ANGKUH,KERANA ITU HANYA AKAN MENJAUHKAN DAN MENGHILANGKAN KEYAKINAN SERTA KEPERCAYAAN MASYARAKAT..
    PADA PEMIMPIN2 PKR…TERUSKAN USAHA DAN KERJA..BERILAH KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN YANG MENJADI HARAPAN RAKYAT..JANGAN SEKALI2 MEMBERIKAN SEBARANG KOMENTAR TERHADAP APA YANG BERLAKU ANTARA PAS DAN DAP..BERILAH NASIHAT SECARA TERTUTUP JIKA PERLU..HORMATILAH HUBUNGAN YANG TELAH DIBENA HINGGA LAHIRNYA ‘PAKATAN RAKYAT’. SESUNGGUHNYA,PERJUANGAN MASIH PANJANG..SEMOGA HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA DAPAT DIREALISASIKAN..INSYAALLAH.

    Reply

  93. 93 Reformist dari Sabah Apr 8th, 2008 at 8:50 am

    Salam Reformasi Datuk Seri..

    (SEKADAR CADANGAN DAN MEMBUKA PERBINCANGAN SECARA TERBUKA KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA UMUMNYA).

    Sistem Tender Terbuka. Berasaskan “ROH” Semangat DEB yg ingin dikekalkan.

    Ke arah perkongsian kekayaan dan kemakmuran secara adil, telus dan hakiki.

    Sebagai Contoh:-

    1) Pembinaan Jalan Raya Berturap sepanjang 100KM, Nilai Kontrak RM100 Juta.

    50% – Pembida Pertama, Tawaran TERBAIK
    30% – Pembida Kedua
    20% – Pembida Ketiga

    Pembida – Cina
    Pembida – India
    Pembida – Melayu

    Sekiranya, Pembida (CINA) berjaya menawarkan Tawaran Tender yg “TERBAIK”, Maka, Syarikat tersebut akan memperolehi dengan nilai Tender 50%

    Maka, dengan itu, atas “ROH” DEB, Untuk Quota – 30%, “AUTOMATIK” akan diberikan kepada Syarikat “Melayu”.
    Ditawarkan kepada penawar tender dari kalangan Syarikat “MELAYU” yg menawarkan tender yg “TERBAIK” dari kalangan Syarikat “Melayu”.

    Manakala, bagi baki – 20%, Automatik akan diberikan kepada Syarikat “INDIA”.
    Ditawarkan kepada penawar tender dari kalangan Syarikat “INDIA” yg menawarkan tender yg “TERBAIK” dari kalangan Syarikat “INDIA”.

    SEKIRANYA,

    Pembida (INDIA) berjaya menawarkan Tawaran Tender yg “TERBAIK”, Maka, Syarikat tersebut akan memperolehi dengan nilai Tender 50%.

    Maka, dengan itu, atas “ROH” DEB, Untuk Quota – 30%, “AUTOMATIK” akan diberikan kepada Syarikat “Melayu”.
    Ditawarkan kepada penawar tender dari kalangan Syarikat “MELAYU” yg menawarkan tender yg “TERBAIK” dari kalangan Syarikat “Melayu”.

    Manakala, bagi baki – 20%, Automatik akan diberikan kepada Syarikat “CINA”.
    Ditawarkan kepada penawar tender dari kalangan Syarikat “CINA” yg menawarkan tender yg “TERBAIK” dari kalangan Syarikat “CINA”.

    SEKIRANYA,

    Pembida (MELAYU) berjaya menawarkan Tawaran Tender yg “TERBAIK”, Maka, Syarikat tersebut akan memperolehi dengan nilai Tender 50%.

    Maka, 30% dan 20% tersebut akan dipilih melalui tawaran tender yg terbaik, samada dari “CINA” atau “INDIA”.

    JIKA, Syarikat daripada “CINA” yg terbaik maka, syarikat tersebut memperolehi 30%
    dab baki 20%, AUTOMATIK kepada Syarikat daripada “INDIA”. Begitulah sebaliknya..

    BAGI SENARIO UTK NEGERI SABAH DAN SARAWAK PULA:-

    Cuma tukarkan kepada :-

    Pembida – CINA
    Pembida – Bumiputra Islam
    Pembida – Bumiputra Bukan Islam

    Sekadar pendapat untuk membuka jalan kepada “PERBINCANGAN” Secara Lebih Terbuka kepada Warga Malaysia, tanpa ada perasaan prejudis, syak wasangka, hasad dengki, cemburu dan ke arah yg pengurusan dan pentadbiran yang lebih telus. Mengjindari daripaad Kronisme dan Nepotisme.

    “DEB” = Dasar tidak salah .. Cuma “Pemimpin-pemimpin” yg ada dalam “UMNOO”, “MCAA”, “GERAKANN dan “MICC” yg “Menyalahgunakan Kuasa”, demi kepentingan “peribadi dan survival politik masing-masing” lantas .. mengamalkan “kronisme” dan “nepotisme” dalam “Perjuangan” politik mereka..

    Salam

    Reply

  94. 94 Teropong Sbg Perai Apr 8th, 2008 at 9:24 am

    To wiramahathir

    You are so fanatic to mahathir..ask Anwar to be endorse by mahathir…apa tahap mahathir begitu
    special ..apa dia Maksumka?? dia Nabi ka.??..itulah kesempitan asabiyyah qaumiyyah UMNO aliran Maharithirisma… sehingga “perfectnya”Mahathir bila dia buat dosa hina nabi..hina ulama…hina dan aniayakan anwar ..hangpa boleh lagi lupa kesalahan dia …dan menghalalkan tindakannya..menghalalkan dosa dia …kemudian nak suruh pi “baptis” kat dia pula ..janganlah sampai begitu butanya hati dan fikiran kita ooi..

    Manusia di lahirkan bebas dan merdeka siapa pula yang memerhambakan manusia sesama manusia…cukup cukuplah fikiran kita dijajah oleh penjajah Inggeris sekarang pula kita terjajah oleh pemikiran Kebangsaan sempit dan taksub melulu hingga tidak nampak kebenaran dan fakta….

    Reply

  95. 95 Teropong Sbg Perai Apr 8th, 2008 at 9:27 am

    Pembetulan

    …siapa pula yang memperhambakan manusia…BUKAN memerhambakan

    mohon berbanyak maaf..kesilapan dikesali

    Reply

  96. 96 Teropong Sbg Perai Apr 8th, 2008 at 9:48 am

    To Yatim

    Pasai apa Bapa Dang Anum buka pintu Kota Singapura?? Pasai apa?? Pasai Pembesar yang diamanahkan Raja berlaku zalim…tindas rakyat..fitnah Dang Anum ..rogol Dang Anum. pasai tu lah Rakyat beralih dari UMNO ke PAS,PKR dan DAP sebab Golongan “Pembesar UMNO/BN” berlaku zalim

    Pasai apa Melaka Jatuh ketangan Portugis ??? Pasai… Sultan Mahmud Zalim..rakyat dah tak mampu nak lawan ..Maka datang lah janji Allah..Kami akan datangkan kaum yang lain yang akan menyelamatkan manusia dari kezaliman..sekurang-kurangnya untuk masa yang pendek ..untuk kaum yang zalim tadi sedar dan insaf….Ada Hang Tuah..difitnah lalu jatuhkan hukuman Bunuh..Ada Bendahara Tun Perak yang bijak.. dibunuh habis sekeluarga kerana dengan Fitnah Pembesar spt Sikitul dan Raja Mendeliar..Habis tinggalah Melaka dengan yang bodoh..bodoh pengkhianat negara..kaki fitnah-memfitnah..Sultan Mahmud pula tak usul periksa… begitu juga kita sekarang ni… VK Lingam pun boleh atur Mahkamah ..apa bezanya????

    Reply

  97. 97 Reformist dari Sabah Apr 8th, 2008 at 10:17 am

    Kepada Semua yg Anti-DSAI (yg beragama Islam) ..

    Jom “Solat Hajat/Tahajjud”, kita minta petunjuk daripada Allah SWT, tehadap “Keperibadian” Datuk Seri Anwar Ibrahim ..

    Jom rehat sebentar ..
    disalin daripada http://e-tissad.blogspot.com/

    بسم الله الرحمن الرحيم

    1. Secara harfiyyah, hijrah berarti pindah dari satu tempat menuju tempat lain. Sedangkan secara substansial hijrah mengandung makna meninggalkan perbuatan-perbuatan yang tidak terpuji menuju perbuatan baik dan terpuji.
    à Perbuatan syirik à Tauhid dan aqidah yang benar
    à Dari Maksiyyat à Tha’at
    à Dari malas à Memeiliki cinta dan etos kerja yang tinggi
    à Dari berpecah belah à Kesatuan dan persaudaraan
    à Dsb à Hijrah merupakan bagian dari iman dan jihad.

    قَالَ اللهُ تَعَالَى: إِنَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وَالَّذِيْنَ هَاجِرُوْا وَجَاهَدُوْا فِى سَبِيْلِ اللهِ أُوْلئِكَ يَرْجُوْنَ رَحْمَتَ اللهِ وَاللهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ. {البقرة : 218}.

    ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS. Al-Baqarah : 218).

    قَالَ رَسُوْلُ اللهِ s: أَفْضَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِسْلاَمًا مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَأَفْضَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا، وَأَفْضَلُ الْمُهَاجِرِيْنَ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ، وَأَفْضَلُ الْجِهَادِ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ. {رواه الطبرانى عن ابن عمر}.

    “Rasulullah Saw. Bersabda: “Sebaik-baik mukmin (tentang) keislamannya, adalah orang yang dapat menyelamatkan orang-orang Islam (yang lain) dari lidahnya dan tangannya. Dan sebaik-baik mukmin (tentang) keimanannya, adalah orang yang paling baik perangainya, sebaik-baik Muhajirin, adalah orang yang berhijrah dari apa-apa yang dilarang oleh Allah, dan sebaik-baik jihad, adalah orang yang berjihad di jalan Allah”. (HR. Thabrani dari ibnu Umar).

    2. Pada saat itu ummat Islam (khususnya ummat Islam bangsa Indonesia) sedang menghadapi berbagai musibah, peringatan bahkan mungkin juga adzab dari Allah. Kesemuanya itu mengaruskan kita untuk terus berhijrah darn kembali kepada ajaran Allah SWT.

    قَالَ اللهُ تَعَالَى: ظَهَرَ الْفَسَادُ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِى عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ. {الرّوم : 41}.

    ” Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (QS. Ar-Rum : 41).

    قَالَ اللهُ تَعَالَى: وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَنْ نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيْهَا فَفَسَقُوْا فِيْهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيْرًا (16) وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنَ الْقُرُونِ مِنْ بَعْدِ نُوْحٍ وَكَفَى بِرَبِّكَ بِذُنُوْبِ عِبَادِهِ خَبِيْرًا بَصِيْرًا (17). {الإسرآء : 16-17}.

    ” Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta`ati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya (16) Dan berapa banyaknya kaum sesudah Nuh telah Kami binasakan. Dan cukuplah Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-hamba-Nya (17)”. (QS. Al-Isra’ : 16-17).

    قَالَ رَسُوْلُ اللهِ s: أَشَدُّ النَّاسِ بَلاَءً الأَنْبِيَآءُ ثُمَّ الأَمْثَالُ فَالأَمْثَالُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسْبِ دِيْنِهِ: فَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ صُلْبًا اِشْتَدَّ بَلاَؤُهُ، وَإِنْ كَانَ فِى دِيْنِهِ رِقَّةً ابْتُلِيَ عَلَى قَدْرِ دِيْنِهِ، فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ، وَمَا عَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ. {رواه البخارى عن سعد}.

    “Rasulullah Saw. bersabda: “Orang yang paling banyak musibahnya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang berada dibawah mereka, demikian seterusnya; seseorang itu diuji dengan musibah sesuai dengan kedudukan agamanya. Apabila seseorang agamanya kuat, maka kuat pula ujian musibah yang menimpanya; dan apabila agamanya lemah, maka ia pun diuji dengan musibah yang sesuai dengan kadar agamanya. Musibah itu tetap terus mengincar hamba Allah, dan baru ia meninggalkannya berjalan bebas di muka bumi ini, manakala dosa-dosanya sudah habis (terkikis oleh musibah)”. (HR. Bukhari dari Sa’ad).

    Reply

  98. 98 mafizah Apr 8th, 2008 at 2:40 pm

    Pigilah DSAI, perjuangkan melayu kejadahnye…yg ko pi sokong bela babi kat tempat melayu kat sepang buat hape…buat le kat cheras ke…lembha pantai ke…ipoh barat ke…bayan lepas ke…kat tanah melayu gak ko nak gadaikan kat penternak babi…

    manifesto pun lum kotatan dah sibuk nak bela babi….

    Reply

  99. 99 Ridzwan Che Rus Apr 8th, 2008 at 3:58 pm

    Assalamualaikum….

    Bila disebut mengenai Hak Istimewa Orang Melayu Islam, saya tertarik untuk mengulas isu kandang Khinzir RM 100 Juta yang akan dibina di Sepang. Kenapa Sepang yang dipilih kenapa tak dibina di Petaling Jaya / Seputeh atau kawasan dimana majoriti adalah Bangsa Cina. Kita mampu bina menggunakan teknologi moden sepertimana penternakan ayam. kalau dah moden maknanya tengah bandar pun boleh buat. Buat apa pergi buat di kawasan ada ramai orang Melayu. Kepada Yb Yaakop Sapari saya berharap fikir bulat-bulat dahulu jangan dek kerana menjaga hati sangat tergadai apa yang tak patut. Sekarang saya mohon pulak Projek Ternakan Lembu Moden RM 100 Juta dibina di Selangor Tapak dah ada di TKPM Bukit Changgang tapi modal tak ada. ini melibatkan Food Security bagi Kaum Cina Dan Melayu. Kadar sara diri hanya 30 %, sebab tu terpaksa ambil daging kerbau dari india. kadar Sara Diri babi dah hampir 100% bagi Selangor. Kalau nak bina yang baru ubah tapak lama dan centrelized di Petaling Jaya.

    Reply

  100. 100 Teropong Sbg Perai Apr 8th, 2008 at 4:17 pm

    To Halima

    …Melayu berpecah bukan kerana Anwar… kerana UMNO yang tak mau kembali kepada Islam Sebenar bukan Islam Hadhari atau Islam Ala Melayu..Hanya Islam yang dapat menyatukan Melayu…Kesatuan Melayu konon…Kerana Mahathir Melayu pecah 3…UMNO baru…Semangat 46…Keadilan
    berilah pandangan secara objektif bukan menyembunyikan sebahagian Fakta
    …Apa itu sistem khalifah..jangan menggunakan istilah tanpa faham konsepnya..Berdirinya Khilafah Islamiyyah diatas dasar menegakkan Hukumah Islamiyyah dan keadilan sejagat bukan mengheret kekhalifahan dalam fahaman kebangsaan Melayu yang sempit begitu juga Islam Hadhari.. Islam dah lengkap yang dok tambah Hadhari…hadhari tu pasai apa?? Jangan menyesatkan umat dengan istilah-istilah yang pengungkapnya sendiri tidak faham.

    Reply

  101. 101 monkeyHead Apr 8th, 2008 at 5:44 pm

    betul tu Teropong Sbg Perai..

    nak tambah: Sapa yang perkosa budak Melayu bawah umur dulu kalo bukan “pembesar UMNO” dari Melaka? Sapa yang lantang besuara masa tu kalo bukan LGE (DAP) yang hangpa dok kutuk2 dalam forum nie.. LGE kena penjara, perogol tu plak bebas.. tebalik kuang.. bila LGE jadi KM Penang, pencacai UMNO laknatullah pun gelabah..

    Reply

  102. 102 Penyokong PR yang prihatin Apr 8th, 2008 at 10:27 pm

    Salam sejahtera DSAI, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang Pakatan Rakyat dalam PRU12 yang masih hangat diperkatakan di seluruh pelosok negara.

    Merujuk kepada khabar angin yang mengatakan bahawa seramai 34 wakil BN yang bakal menyertai PR bagi membolehkan PR menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru, saya berharap kenyataan ini hanyalah sekadar khabar angin, atau sekadar perang saraf untuk mengeruhkan lagi kemelut dalaman UMNO. Saya berharap PR tidak melakukan perkara di luar batasan moral, gara-gara hendak mendapatkan kuasa pemerintahan dengan segera. Sekiranya benar DSAI dan wakil PR memujuk wakil BN supaya melompat parti, DSAI dan PR akan disamakan dengan BN dari segi tamakkan kuasa dan tidak bermoral. Apakah DSAI dan PR tidak kisah akan kemusnahan imej DSAI dan PR? Rakyat tentunya akan mempersoalkan tahap moral PR. Apakah PR hanya berminat untuk memerintah selama 4 atau 5 tahun, dan kemudian memaksa rakyat jatuhkan PR dalam PRU13?

    Saya utarakan beberapa perkara yang bakal berlaku sekiranya DSAI bertindak menarik wakil BN untuk menyertai PR. Selain daripada DSAI, berapa banyak antara wakil dari PR yang berpengalaman dalam pemerintahan di peringkat pusat? Kerajaan bukan hanya terdiri daripada PM seorang sahaja, PM perlukan satu pasukan yang setia, berkelayakan dan berpengalaman untuk membantu beliau dalam proses pemerintahan. Apakah DSAI mempunyai pasukan sedemikian, padahal kebanyakan wakil PR tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan sebuah kerajaan, ada yang baru kali pertama melangkah ke parlimen! Mampukah DSAI mengetuai kerajaan yang tidak mempunyai pasukan pemerintah yang mantap?

    Nasihat saya kepada DSAI dan PR, berikanlah peluang kepada PR untuk menguruskan kerajaan di 5 negeri di bawah pemerintahan PR dahulu. Berilah peluang kepada pasukan PR untuk belajar bagaimana hendak memerintah di peringkat negeri dahulu. Berikanlah peluang kepada wakil PR di parlimen untuk belajar bagaimana berkhidmat sebagai pembangkang di peringkat pusat dahulu. Mereka perlu mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebelum mampu memerintah di peringkat pusat. Kalaulah mereka membuktikan kemampuan untuk memerintah di 5 buah negeri, dan menjadi pembangkang yang efisien di parlimen, nescaya rakyat akan memberi mandat kepada PR untuk memerintah negara ini pada PRU13! Hidup PR!!!

    Reply

  103. 103 Elias Hj Idris Apr 9th, 2008 at 2:14 am

    Haa… Yaakob Sapari, kan dah kena bantai sekarang.

    Bila tak dengar cakap orang tua-tua… kalau tak patah, tiat!

    Hamdan, tolong nasihat sikit.

    Reply

  104. 104 angkasawan nasa Apr 9th, 2008 at 3:03 pm

    Saudara Rizdwan Che Rus,

    Apa kenapa beri hak istimewa kepada orang melayu adakah mereka tak cukup sifat? jika mahu melayu maju dan berdaya saing melayu ke bersedia tampa hak istimewa supaya melayu dapat belajar bagaimana bersaing secara total. selagi melayu bertongkat selagi itulah melayu tidak manpu bersaing dengan sihat jika melayu kaya dengan hak istimewa melayu adalah satu bangsa yang tiada maruah diri.sila bagitahu dengan orang umno bahawa orang islam boleh makan babi jika keadaan darurat yang mana jika tiada makanan lain dan boleh menakibatkan mati islam menbenarkan umatnya memakan babi untuk terus hidup. jika belaku bercana darurat babi pun tiada dimalaysia ini bagaimana? sila Rizdwan jawab.kita kena percaya dalam hidup ini tiada yang mustahil contohnya siapa sangka Pakatan Rakyat berjaya menang dibeberapa negeri? yang suatu mustahil kepada umno dan Bn serta pembangkang sendiri ini urusan Allah begitu juga dengan isu Kinzir.

    Reply

  105. 105 antz Apr 9th, 2008 at 6:27 pm

    Saya sokong saudara ridwan.Ini baru dikatakan JAGOH Melayu.Tentang saya sudah 10thn bekerja di S’pura di firma perkapalan.Kini sudah kembali ke M’sia,KL.

    Sahaja mahu bekongsi dengan DSAB dan sesiapa di luar sana-contohnya saudara kita Anak Melayu S’pura berjaya bersiri sama rata dengan kaum lain.

    Di firma dahulu saya kerja tuannya adalah anak melayu s’pura.

    Saya bangga tetapi mereka hanyalah segelintir dari rumpun Melayu yg patut kita contohi.

    Sama sepert pakatan rakyat juga tuba-tiba bpleh menang 5 negeri jadi ia bukan isu mustahil kalau mahu bangun skrg dan berdiri.

    Tidak apa kalau masih kebelakang tetapi lambat laun,akan sampai juga ke garisan penamat.

    MELAYU BOLEH!!!!!!!!!!!!

    Reply

  106. 106 neutral Apr 9th, 2008 at 10:36 pm

    Negara Malaysia.
    Penduduk majoriti MELAYU
    Agama Rasmi – ISLAM

    Projek ratusan juta RM = Ternakan Khinzir di SELANGOR (negeri terkaya?)

    100 Juta untuk kegiatan haram. 100 juta duit rakyat patut digunakan utk manusia. Bukan utk binatang. Bukan utk nak datangkan bala dan penyakit. Malaysia patut stop langsung kegiatan ternak khinzir. Amat memalukan..

    If nak gak daging tu, import lah. Look at Singapore. Majority Chinese tapi diorg concern about their environment and health. Tu pasal takde pig rearing farm ni. All imports.

    Sudah lah tu, ingat segala perbuatan ni dilihat dan dinilai oleh Yang Maha Esa. Ingat bala yg diturunkan? J.E. Kalau project ni diteruskan, tak tahu nak cakap apa lah. Yang pasti, dah nampak tanda-tanda penyesalan mengundi pembangkang..

    Kerajaan Baru Selangor patut buat sesuatu. Cukuplah adegan tunding jari, siapa approve etc. Sekarang, BN tak lagi berkuasa di Selangor. So the new elected government, prove your worth. Mana nak menegakkan Islam? Nak tolong Melayu? Nak agihkan kekayaan sama rata?

    Theresa Kok OUT OUT OUT OUT. Tengok apa cadangan terbaru dia utk Selangor. Nak buat perkampungan khas utk menarik pelabur dari China. Majoriti mana yang akan dpt keuntungan dari pelaburan ni? Dah boleh diagak. Tak payah perkampungan sana sini. Dah banyak perkampungan yang tak jadi di Malaysia ni. Book Village lah etc.

    Tan Sri Khalid, prove to me you are NOT WRONG in selecting her to head the Investment sector. Please.

    AGAMA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

    NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

    Reply

  107. 107 Ridzwan Che Rus Apr 10th, 2008 at 12:11 am

    Saudara Angkasawan NASA,

    Salam, Ini bukan soal subsidi atau tongkat Ali atau Abu tetapi soal memajukan Pertanian sebagai Bidang Pertanian. Saya tidak mengatakan bahawa SALAH untuk kita bina ladang khinzir kerana itu hak bukan Islam tetapi biar bertempat. Saya percaya KunFaYaKun tetapi Qada dan Qadar itu ada pembolehubahnya. Saya mengatakan bahawa RM 100 juta untuk lembu itu sebab jika angkasawan mendarat di Taman Kekal Pengeluaran Makanan ( TKPM ) Bukit Changgang, Jalan nak ke Banting Dari DEngkil, apa projek pertanian yang berjaya. Setahu saya RM 100 juta ladang Khinzir adalah inisiatif swasta dengan tapak diberikan kerajaan negeri. Begitu juga RM 100juta di TKPM adalah inisiatif swasta cumanya tanah pertanian tersebut dah banyak Kroni UMNO dapat. Contoh Istitut Memandu ACE sebelah TKPM tersebut asalnya adalah tanh TKPM tapi dah diambil oleh orang yang berpengaruh. Maka nilai tanah RM 100 juta itulah yang diperlukan ( mana ada modal nak beli tanah seluas tu ) . Bagi sewa kepada Usahawan Tani pada kadar sekarang RM 80/150 per ekar per tahun. Konsep Pertanian Lestari ( baca : bersepadu gabung jalin alam sekitar dan aktiviti pembangunan ) yang dicadangkan boleh dibina di mana-mana pun ( macam PJ dan Seputeh pun boleh sebab konsepnya macam kilang arak di PJ, Khinzir dibela di dalam kawasan tertutup dengan pengawalan udara dibantu penghawa dingin dan sisa bungan dialirkan dalam satu kawasan untuk siproses menjadi biomass, semua aktiviti berlaku dalam gudang tersebut..kita pun tak tau ada khinzir rupanya dalam tu sebab secara MODEN – NAK KETERANGAN LANJUT RUJUK MARDI, LADANG LEONG HUP, LADANG CIPI) cuma ambillah kira pandangan Orang UMNO walaupun mereka pembangkang. Mereka juga rakyat Selangor. Jangan kita jadi macam mereka ( MENIDAKKAN HAK RAKYAT ) bila kita dah dapat tongkat kuasa. Ini barulah tongkat..

    Reply

  108. 108 adam.umno Apr 10th, 2008 at 10:30 am

    Salam Datuk,

    MENCANANG dan MENYEMAI adalah 2 perkara berbeza Datuk. Saya gembira Datuk berani melaungkan akan kehendak memperjuangkan HAK MELAYU. Saya akan bersama (sebagai anak Melayu) menyokong Datuk dalam hal tersebut. Tapi dihormati Datuk; pabila rakan pengapit dan seperjuangan Datuk, yang telah sama2 mendokong Datuk semasa jatuh dan naik, adalah dari kalangan mereka yang tertera dan nyata BUKAN BERASPIRASIKAN DAN BERMOTIFKAN MELAYU (DAP), dan tak pernah nampak menyokong apa2 saja persepsi yang menyokong atau memberi kelebihan kepada MELAYU; bagaimanakah nada dan canang ‘Perjuangan Melayu’ yang Datuk laungkan itu akan menjadi REALITI dan boleh di ESTABLISHED? Ianya pasti tidak akan berlaku Datuk, selagi Datuk dan PKR bersama berpaut di ranting yang sama dengan DAP. Percaya lah Datuk, sekuat mana pun arus ombak ‘Aspirasi Melayu’ yang Datuk bawa, akan hilang jua ditelan pantai DAP.

    Perjuangan Melayu hanya akan dapat sama2 laksanakan dengan cemerlang, jitu dan konkrit; pabila semua kita anak2 Melayu bermuhasabah dan bersatu. Tanpa mengira Parti dan idealogi.

    Saya memohon kepada yang amat saya sayangi lagi hormati, Datuk Seri Anwar Ibrahim; marilah kita BERSAMA PKR DAN UMNO BERSATU. Duduk berbincang, bermuhasabah lah kita semua, demi masa depan MELAYU!

    Dengan air mata saya merayu dan memohon. Ingat lah pada kata2 berikut di bawah ini, Datuk. Ianya pernah Datuk sanjung dan angkat dengan keringat dan airmata seketika dahulu. Dan percayalah Datuk, kata2 di bawah ini ADALAH BENAR DAN TEPAT DEMI KITA BANGSA MELAYU.

    Bersatu Kita Bersatu
    Dengan Setia Berganding Bahu
    Jiwa Teguh Berpadu
    Kita Rumpun Melayu

    Bersama Kita Bersama
    Mendukung Hasrat Semua
    Berjasa Pada Bangsa
    Agama Dan Negara

    Salam Datuk.

    Reply

  109. 109 azmi Apr 11th, 2008 at 12:53 am

    Datuk Seri, sehingga komen ini ditulis masih panas lagi di dada akbar kisah yang berkait dengan PRU12. Samada kesannya atau waima apa jua yang berkaitan. Apa yang membimbangkan saya ialah semua media arus perdana yang cuba mancari kesalahan Pakatan Rakyat dalam apa cara sekalipun walaupun sedikit akan diperbesarkan. Terbaru kisah ladang ternakan babi yang dicadangkan di bina di Bagan Lalang.
    Bukan membantah apalagi menyokong tetapi bagi saya isu-isu seperti ini harus ditangai dengan sewajarnya dan isu2 panas seperti ini saya rasa tidak harus ditimbulkan dalam masa terdekat ini kerana keyakinan rakyat harus dikekalkan atau arus perdana akan memainkan peranan sekali lagi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR). 5 negeri yang di’anugerah’kan oleh Allah haruslah dijaga dengan elok seperti menatang minyak yang penuh. Jangan kerana terlalu gembira, minyak habis terbuang lalu disambar api dan membakar diri. Sebagai penyokong DS sejak zaman reformasi dulu, ini adalah kerisauan saya takut nanti kita menangis dalam gembira. Siapa tahu apa yang akan terjadi. Lihat saja PRU12 sudah menampakan kuasa yang maha esa disalurkan melalui rakyat.
    Saya mengharapkan DS dapat berbincang denagan semua pemimpin PR agar dapat selaraskan semua keputusan dan arus pemikiran secepat mungkin moga tidak timbul perselisihan pendapat yang sudah pasti membahagiakan BN dan sekutunya. Tetapi jika itulah strateginya untuk dilihat sebagai ‘jelek’ dalam bersedia di belakang tabir, maka kegusaran saya terubat. Namun masalah rakyat seperti babi, setinggan dan sebagainya haruslah ditangani dengan berhati-hati. DS sendiri tau betapa sensitifnya orang Melayu dan Islam dalam isu-isu panas begini.
    Orang kampung selalunya berfiiran selari yang jika tidak diberi penerangan yang sebenar, takut nanti ada yang mula berpendapat sesetangah pemimpin PR ‘lebih sudu dari kuah’ pemimpin sebelumnya. Diharap DS dapat menerima kegusaran saya ini sebagai usaha kita mengekalkan 5 negeri ini dan seterunya memerintah Malaysia yang indah ini. Terima Kasih.

    azmi

    Reply

  110. 110 burrp Apr 11th, 2008 at 1:35 pm

    anwar ni nampak nak perjuang rakyat Malaysia, tu pu selepas tubuh keadilan apabila di terajang keluar dari UMNO. Kalau dalam UMNO dulu, kaji pergerakkan dan apa yang dia buat. Bukan saja sama dengan yang lain dari UMNO, malah lagi teruk. Cuma sekarang, dia guna kelemahan UMNO for his political mileage. Kalau tidak, takkan dia beriya-iya dengan Nalla. Jangan tertipu dengan Anwar.

    Reply

  111. 111 Teropong Sbg Perai Apr 11th, 2008 at 4:50 pm

    Terima Kasih monkeyHead

    Mai kita tanya wiramahathir dan halima….???

    LGE Lim Guan Eng nak melaksanakan keadilan dalam pemerintahannya di Penang mencontohi Khalifah Umar Abd Aziz….. UMNO selama ini dok ikut contoh pemerintah Khalifah mana???
    Khalifah Melayu mana???? Sunnah Melayu Mana??? Ajaran Nabi Melayu yang mana???…dah kalau mengaku Islam tapi nak perintah tak mau ambil panduan Islam…Lim Guan Eng pula nak ikut Khalifah….malu lah kita ni Melayu ooi.

    Reply

  112. 112 Anak Malaysia Apr 12th, 2008 at 10:41 am

    Kami, anak Malaysia tidak kira bangsa amat bangga terhadap saudara Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas dasar – dasar perbagai kaum, agama, tradisi dll dalam ideologi Pakatan Rakyat.

    Saudara Anwar sudah insaf dan sedar setelah beliau didera dan diseksa selama banyak tahun di penjara akibat konspirasi ketuanan Melayu dalam UMNO sendiri yang tidak suka kemajuan anak Melayu bijak supaya nepotism, cronies dan korapsi masih dalam darah ketua-ketua UMNO kini.

    Dulu saudara Anwar juga berjuang untuk hak-hak Melayu dengan mempermainkan isu-isu perkauman anti Cina dan anti Indian seperti tokoh-tokoh UMNO kini, tapi ALLAH maha kuasa telah menuntukan bahawa saudara Anwar supaya sedar dan insaf bila dia sendiri di anaiyi oleh bangsa Melayu sendiri yang tamak kuasa dan gelojoh wang rakyat. Kini Saudara Anwar tahu siapa bangsa sebenar yang tolong dia dan sokong isteri serta anak-anak beliau semasa beliau di dalam penjara, jawapan kini adalah semua bangsa Malaysia iaitu Melayu, Cina, Indian , Dayak, Iban, dll. Oleh itu, kejayaan beliau dalam PKR adalah hasil-hasil perjuangan tokoh-tokoh baru Malaysian. Kini DEB is adalah senjata bisa untuk UMNO supaya semua kaum Melayu dapat harta-harta kekayaan hasil bumi Malaysia dari dasar dasar DEB. Tapi malangnya senjata bisa DEB telah digunakan untuk menipu banyak Melayu miskin-miskin kini tapi memperkayakan sebilangan tokoh tokoh UMNO dan UMNOputra & UMNOputeri. Anak anak Melayu telah diperbodohkan melalui senjata bisa DEB telah menikam bangsa sendiri supaya kaum Melayu masih bergantung kepada tongkat Ali DEB yang lapok zaman kini. Lihat kaum kaum lain lebih kaya dan maju tanpan senjata bisa DEB kerana kaum kaum Cina, Indian dan kaum lain tidak termakan racun bisa DEB tapi berlajar serta berkerja kuat kuat supaya berjaya. Kaum Melayu kini telah diperdayakan oleh tokoh-tokoh Melayu sendiri atas dasar-dasar perjuangan ketuanan Melayu juga senjata bisa kedua untuk memperkosakan Melayu sendiri. Bangsa Cina dan Indian sudah sedar bahawa MCA, MIC dan Gerakan adalah tidak relevant lagi untuk bangsa bangsa mereka tapi memilih DAP, PKR dan PAS untuk memperjuangkan hak hak kekayaan mereka sama rata. Bangsa Melayu harus sedar juga bahawa Pakatan Rakyat itulah dapat menjamin perjuangan bangsa Melayu kini tanpa UMNO itu tidak relevant lagi.

    Kami anak anak MELAYU Moden & BOLEH seru agar Saudara ANWAR dapat menolong semua anak Malaysia tak kira kaum dan agama mereka serta cuba minta kaum kaum bijak Cina dan Indian menolong kaum Melayu yang masih miskin di Malaysia. Kami juga harap saudara Anwar tidak jagi ular UMNO lagi setelah menjadi PM kelak supaya ALLAH dapat memaafkan tindakan dosa beliau dulu.

    Sekian, terima kasih.

    ANAK MALAYSIA MELAYU BIJAK

    Reply

  113. 113 Hamdan Hamdon Apr 12th, 2008 at 11:04 am

    Saudara,

    Actually saya nak perbetulkan ejaan “manifesto = money fest to”.Agak-agaknya berjaya ke saudara/saudari memperjuangkannya untuk saya?

    Sekian.

    Reply

  114. 114 wargabebas Apr 12th, 2008 at 2:10 pm

    Warga Dedap KD,

    Pada pendapat saya kebanyakan rakyat salah faham dengan kenyataan LKS yang seolah2 memusuhi Islam. Saya rasa, DSAI dan Tuan Guru Hadi faham apa yang dimaksudkan oleh LKS. Saya juga percaya buat masa kini, ada persefahaman yang baik antara ketiga2 peminpin ini. Kalau tidak, sudah tentu Pakatan Rakyat tidak akan menjadi. Sebaliknya, kita pun sudah tahu bahawa PR sudah menjadi satu hakikat. Jadi, apakah yang dimaksudkan oleh LKS? DSAI telah menerangkan dalam temuramah dengan warta Star baru2 ini bahawa DAP tidak mencabar Islam adalah agama rasmi mengikut perlembagaan Malaysia. Dan yang lebih penting ialah DAP tidak mencabar kedudukan khas kaum Melayu di negara Malaysia. Apa DAP yang tidak setuju ialah penubuhan atau penukaran status Malaysia kepada suatu negara teokratik seperti Vatican atau Iran dimana Kitab atau Quran adalah perlembagaan negara. DAP khuatir kalau berlaku demikian, hak orang bukan Islam akan terjejas. Ini adalah suatu perkara yang DAP akan berbincang dengan PAS dengan lebih lanjut lagi. Saya sebagai rakyat Malaysia bukan Islam tidak merasa takut mengenai perkara ini. Penukaran status negara yang begitu besar tidak akan berlaku secara terkejut. Keadaan kita berbeza dari Vatican ataupun Iran. Di Iran, presiden bukan peminpin yang terunggul. Kuasa di Iran sebenarnya berada pada sesiapa yang menjadi Ayatollah buat masa itu. The Vatican pula adanya Pope. Di Malaysia kita ada tiga institusi yang mentadbir negara. Iaitu Raja-Raja Melayu, Parlimen and Badan Kehakiman yang TDM hancur binasa. Sepertimana yang kamu boleh melihat, ini adlah satu perkara yang rumit. Jadi, fahamlah agak kekhuatiran LKS.

    Reply

  115. 115 wargabebas Apr 12th, 2008 at 3:39 pm

    To protect Malay is to “nationalise” Malay. (mempertahankan Melayu ialah men”kebangsaan”kan Melayu) – Motro

    Saya setuju apa yang ditulis oleh Motor. Akan tetapi, saya tidak setuju dengan pendirian bahawa Mahathir adalah Melayu yang paling bijak. Beliau hanya bijak untuk membinasakan badan kehakiman dan menggulingkan Raja-Raja Melayu. Dalam satu ucapan kepada bloggers, beliau mengumumkan bahawa orang Melayu telah ditawan oleh Raja selama lima ratus tahun. Begitulah pendapat beliau. Kita boleh melihat bagaimana TDM cuba menggubal undang-undang negara supaya Raja-Raja boleh didakwa oleh rakyat biasa. Dulu semua surat rasmi negara adalah “Urusan Paduka Baginda”. Sekarang sudah menjadi “Urusan Kerajaan Malaysia”. TDM agak umno akan terus mentadbir selama-lamanya. Sebab itulah, beliau membina mahligai yang lebih besar dari istana DYMM DiPertuan Agong untuk PM duduk selama seribu tahun. Beliau tidak hirau kalau Raja-Raja Melayu diguling, kedudukan orang Melayu akan mejadi lebih runcing. TDM bukanlah penyelamat orang Melayu, beliau adalah pembinasa orang Melayu.

    Reply

  116. 116 wargabebas Apr 12th, 2008 at 4:16 pm

    MarkMyWord,

    Mengapa kamu ingin sangat DEB? Bukankah DEB sudah gagal dan digantikan dengan Polisi Pembangunan National (National Development Policy). Dah 17 tahun NDP berjalan. Di mana MarkMyWord??! Lagipun, DEB bukan satu hasil dari Artikel 153. Artikel 153 semua orang terima. Arkitek DEB, Tun Ismail berkata, “How long DEB will go on is left to the Malay Community themselves”. Masih perlu DEB ke? Tahap kemajuan Melayu belum tercapai? Mengapa? Tanyalah ketua umno kamu. Disini, semua rakyat Malaysia yakin dengan Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan oleh DSAI. Ia lebih adil bahkan akan mengkukuh kedudukan kaum Melayu lebih lagi. Tak percaya? Mark my words.

    Reply

  117. 117 wargabebas Apr 12th, 2008 at 5:03 pm

    Kaizen,

    Don’t waste your breath on MarkMyWord. Somebody have already exposed him as the defeated Khir Toyo. Hah! But mark my words, umno, mca, mic and all race-based parties will disappear after the next GE. Apartheid has long gone from the land of South Africa. Where else in the world is there political parties based on race? Malaysia should be ashamed of itself for being a rascists nation! Time to put this ugly practice to a stop. Know your Rukunegara and all will be fine. I will like to tell you and all visitors to this blog how popular Anwar is. umno underestimates him. And Mahathir always say he will never be PM. But what does he know? I tell you, I was in the rally in Penang where Anwar spoke. Penangites have lost faith in Gerakan and welcome the new warriors (DAP) with open arms. Everytime a DAP big gun came in, the reception was tremendous. As if Malaysia were to win the World Cup. But when Anwar enters the stadium, the reception was loudest of all. Paling gemuruh! Lebih gemuruh daripada sambutan yang diterima oleh Guan Eng, Karpal Singh ataupun Lim Kit Siang sendiri. Penangites regardless of race received him as if he is the saviour. No doubt about it. Penangites wants him to be PM. Penangites expects him to be PM. Only he can set things right and undo everything Mahathir did. Only Anwar can bring Malaysia forward. The wajah2 dimuka rakyat that DSAI saw in the rallies and described in his interview with the Star paper, that is the hope, harapan from DSAI harboured by Penangites. Penangites kicked the hell out of Gerakan (the traitor) and MCA out of Penang. Everyone of them fell except for some umno safe seats. If DAP had campaigned for PAS, even all umno safe seats would have felled. That is the story in Penang. Once again, Penang leads! Pulau Pinang yang mendahului! Majulah Pulau Pinang.

    Reply

  118. 118 grave agony Apr 12th, 2008 at 5:19 pm

    selagi pakatan ini menurut perlembagaan,
    jalan2 dan ruang2 memang terbuka,
    tapi jika hendak dibubarkan perlembagaan,
    ramailah PENDEKAR MELAYU turun padang,
    katanya nak pertahan kedaulatan.
    walhal, pendekar ni musuh dalam selimut bangsa.
    makan nasik dari periuk bangsa kita,sampai anak beranak dan seketurunan kenyang,
    tapi rakyat makan ubi kayu,mandi air perigi,rumah x berlampu,
    hanya kerana ingin PENDEKAR MELAYU membela nasib mereka. KAMI HAMPA!

    lihat dari isu semasa banyak NGO melayu tampil, sedih dengan kekalahan BN.
    takut dan gelisah,jika melayu hilang didunia.
    walhal semuanya kroni,dan ada agenda tersendiri.
    wakil GPMS pon tak bleh pakai.saya sendiri tak rasa relevan GPMS untuk pelajar melayu, tapi lain lah utk pelajar UMNO.haha.
    GPMS sepatutnya mengetuai suara pelajar, bukan suara UMNO.
    kerana siswa dan siswi skarang lebih terbuka.bijak!

    ada satu kes yang boleh diingati:
    masa PRU 12,ramai rakan2 pelajar pantai timur atau lebih tepat KELANTAN,
    pulang untuk mengundi. kata mereka dapat rm300 seorang kalau mengundi.
    memang ramai la yang pulang.
    siapa yang bagi peruntukan tu? BN la rakan2, PAS ada pulak modal nak bagi.
    duit kerajaan BN kan banyak(income tax tu, duit rakyat yer khairi J).
    BN ingin pelajar2 menyokong mereka, dan berangan menakluk Kelantan.
    keputusannya, BN kalah teruk di Kelantan.

    kesimpulan mudah.
    pelajar melayu tidak mahu UMNO.
    cukuplah tempias dan sisa terkena kepada Ibu bapa dan moyang kami.
    diperbodohkan oleh pemimpin sendiri
    tetapi bukan lagi keturunan kami.INSYAALLAH!

    P/S sebagai warga lembah pantai, tahniah kepada YB Nurul izzah.
    diharapkan turun padang dengan meningkatkann aktiviti masyarakat ,
    buat program di masjid di bangsar tu ke atau yang lain.
    kerana masjid tu memang aktif dengan ceramah dan aktiviti wanita,kanak2
    sebab mak saya pon selalu pegi sana.=)
    haritu tym YB turun kenduri kahwin di putra ria pon jadi meriah. member yang cerita
    kalau nak tanya apa2 pandangan utk kemakmuran lembah pantai.dialu- alukan.

    Reply

  119. 119 angguk2geleng2 Apr 12th, 2008 at 8:08 pm

    Minta maaf DSAI…saya nak keluar tajuk sat je:

    Kepada sdr ANAK MALAYSIA:
    Kalau Dasar Ekonomi Baru yang membesarkan hang dan keluarga hang juga anak2 DSAI (maaf Datuk) tu tak RELEVAN dah…mintak DSAI, PKR dan PAS buat STATEMENT MINTAK DEB DIHAPUSKAN!

    Kepada sdr TEROPONG SEBERANG PERAI:
    Kalau dah betul Mr. Lim tu dah ikut contoh kepimpinan Khalifah Umar..baguslah. Tapi bila Mr. Lim menyalak dulu menentang dasar2 PAS dan Islamic state dan Hudud…dia ikut sape pulak? Hang kalau dah syok sekalipun, tolonglah jangan upgrade depa lebih2. Tengok dan lihat lah dulu.

    Kepada sdr ANTZ:
    Singapura lah negara contoh diskriminasi perkauman secara senyap yan paling terang di dunia. Cuba sdr bagi satu nama orang melayu yang ada jawatan tinggi dalam kabinet Singapura? Dalam polis dan angkatan tentera pun sampai takat mejar je orang melayu boleh pergi. Swasta lain lah…tu sendiri punya duit…sendiri punya prinsip pakai.

    Kepada sdr ANGKASAWAN NASA:
    Kita sama2 bersyukur sebab parti sokongan kita menang. Tapi jangan lak over lak anggap kemenangan ni petunjuk tuhan. Kang next election kalau kalah, hang kata apa pulak. Kemenangan kita ini ada hikmahnya. Dan kalau kita pun dah mula bercakap bongkak mcm umno…sama je le jawapnya.

    Ni tambahan je. Pasal isu Babi ni…masing2 punya stand lah. Benda perihal babi ni haram! Walau ustaz Pas kata boleh demi perpaduan…tapi pegangan agama yang kita faham kata tak boleh…pegang aje le pada jalan yang selamat. Iaitu…berdiam atau menjauhkan diri atau kata je Haram! Jangan lah jadi pak turut…angguk2…geleng2…ikut cakap orang lain. Nanti kubur sendiri2 punya…bukan ada share pun.

    Sekian. Untuk renungan je ye.

    Reply

  120. 120 Anak Malaysia Apr 13th, 2008 at 2:43 am

    Soal pindah bela Babi secara modern kini ke Sepang adalah dalang hantu disebabkan oleh Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menipu orang orang kampung Melayu bila beliau memerintah Selangor. Mengapa bangsa Melayu kini bodoh betul suka tunjuk perasaan maki hamum kerajaan negeri baru PR dan masih di perdayakan oleh hantu toyo UMNO sekarang. Sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w membenarkan pembelaan babi-babi secara bersih dan teratur dan juga makan daging babi masa perang dulu. Nabi beritahu pengikut pengikut memaham sebab sebab babi itu kotor tak baik di makan tetapi masih boleh di makan bila kelaparan. Oleh itu ajaran Islam tidak melarang umat umatnya makan daging babi jika perlu hidup tanpa makanan halal.

    Ajaran Islam berkata perbuatan anaiyi,rasuah, menipu, kronisme, nepotism dan merogol adalah amat berdosa dan keji. Tokoh tokoh PAS menyokong bela babi secara bersih dan hormati bangsa bangsa lain adalah kehendak Nabi s.a.w.Oleh itu, kaum Melayu harus insaf dan sedar siapakah sebenarnya dalang toyo hantu bangsa Melayu , tepuk dada tanya sendiri.

    Kaum Melayu sudah bangun sedar menyokong pihak DAP seperti LIM GUAN ENG atas dasar dasar open tender dan menolong semua kaum kaum termasuk Melayu miskin dan mundur di Penang. Anak anak Melayu amat malu bila anak virgin wanita bawah umur diperkosa oleh bekas MB tanpa bukti, saudara LGE membela hak wanita muda Melayu terpaksa masuk penjara tanpa keadilan. Mengapa ketuanan Melayu UMNO diam diam biarkan wanita muda Melayu dirogol tanpa siasatan rapi dan biarkan perogol itu bebas kini. Berita terkini amat mengerikan semua kaum kaum wanita membaca utusan seperti dibawa:-

    “Tan Sri Rahim Thamby Chik bersedia menawarkan diri untuk bertanding bagi mana-mana jawatan dalam UMNO termasuk Naib Presiden dalam pemilihan parti itu pada Disember ini.” Kalau beliau di pilih jadi timbalan PM dalam UMNO, hancurlah semua wanita wanita virgin Melayu kelak. Mengapa anak anak Melayu masih sokong ini yang diragui kini? Apakah semua Melayu di UMNO sudah pekak dan buta ? Allah maha kuasa akan bilang saudara DSAI akan cepat jadi PM untuk membela nasib wanita muda yg jadi mangsa rogol dan agar suspek itu di rotan dalam penjara selama hidup. Kerajaam pusat patut meminta maaf kepada saudara LGE dan pihak Raja Raja patut mengkurnaikan beliau “Tokoh Panglima Perkasa” dengan gelaran Tan Sri LGE.

    Anak Malaysia harap PR dapat membela nasib semua rakyat Malaysia selama lamanya. Agar rakyat Malaysia lupakan UMNO BN selama lama nya.

    Sekian , InsyAllah.

    Reply

  121. 121 wargabebas Apr 13th, 2008 at 3:09 am

    angguk2geleng2,

    Perihal babi ni haram besar ke? Akan ke neraka kalau dizinkan? Kalau hanya untuk memelihara kesihatan umat Islam, fahamlah bahawa daging babi bukan untuk umat Islam sebagaimana daging lembu bukan untuk rakyat bukan Islam. Apa yang bukan Islam makan, tidak akan menjejas kedudukan Islam di mata Tuhan. Lagipun, pentadbiran baru Selangor akan memperkenalkan teknologi canggih dan bersih untuk penternakan babi. Tanyalah negara yang paling banyak mengekspot daging babi, Denmark ataupun negara yang banyak makan daging babi, Jerman. Apa masalah dengan daging babi di negara2 maju? Tiada. Mungkin waktu Nabi Mohammad dulu, babi amat kotor dan pembawa penyakit. Abad 21 ini, saya percaya, keadaan sudah berubah.

    Reply

  122. 122 wargabebas Apr 13th, 2008 at 3:21 am

    burrp,

    Entahlah, kalau burrp ini cybertrooper umno. Dia ini nampak macam ajen umno, cakap macam ajen umno dan berlagak macam ajen umno. Kisah lama DSAI kita tak minat. Yang kita utamakan ialah DSAI baru. Selepas dianiayi oleh umno sendiri. Kini DSAI sudah bangun kepada kebenaran. Ajen2 umno tidak senang hati dengan perubahan ini. Tak kisahlah. Melayu bijak pun telah bangun bersama DSAI; umno tu, parti yang paling racist di buka bumi. Tak malu ke? Begitu kolot pemikiran ajen2 umno. Diehard seberapa boleh pun mati juga.

    Reply

  123. 123 wargabebas Apr 13th, 2008 at 3:36 am

    106 neutral,

    Kalau penternakan khinzir boleh membawa JE, penternakan lembu pula adanya madcow disease. Dimanakah perbahasan ini akan berakhir?

    Reply

  124. 124 wargabebas Apr 13th, 2008 at 3:51 am

    106 neutral,

    Rupanya, kamu tiak berapa neutral. Apa phobia yang ada dengan hang. Melayu akan hilang? Agama Islam akan pupus? Bukankah perlembagaan negara telah mentakrifkan bahawa orang Melayu adalah bumiputera? Agama Islam adalah agama rasmi? Selagi Raja-Raja Melayu hidup, kedudukan Melayu tidak akan terjejas. Mahathir dulu cuba mengenepikan Raja-Raja Melayu. Mengheboh dalam media akhbar milik umno bagaimana kerajaan akan mendakwa Raja jika perlu. Pembinasa Melayu bukan Teresa Kok tetapi umno. Apa masalah dengan pelabur dari negara Cina? Kamu tak pernah nampak kanak2 Melayu belajar di sekolah Cina? Marilah ke Pulau Pinang dan lihat sendiri. Kanak2 Melayu di sekolah Cina masih Melayu dan tetap Muslim.

    Reply

  125. 125 Islam Melayu Apr 13th, 2008 at 12:37 pm

    Salam DSAI,

    Saya cuma nak mengimbau kembali perjanjian kemerdekaan tanh melayu. mungkin agak kasar apa yang saya perkatakan. tetapi cuma nak berkongsi pendapat. Sebagaimana maklum kemerdekaan kita dipersetujui oleh orang melayu dengan memberikan hak keistimewaan orang melayu dan menjaga kepentingan institusi kesultanan melayu barulah kaum lain yang sebelum ini menumpang (Cina dan India) dipersetujui untuk diberi kerakyatan.

    kaum india dan cina asyik mempersoalkan tentang hak kerakyatan melayu. mengapa mereka berani berbuat begitu. mereka perlu sedar siapa mereka. tanah ini memang tanah melayu. hak orang melayu. kalau mereka nakkan hak mereka. balik lah ke negara asal mereka.

    Jgn lupa tentang gagasan melayu kita. tak kiralah indonesia sumatera dan lain-lain lagi pada mulanya adalah gagasan melayu, dan di gelar kepulauan melayu. memang dah hak melayu. tetapi mereka yang mendatang ini (cina & india masih tak sedar diri dan tak sedar diuntung telah cuba untuk merampas hak tersebut. cukuplah apa yang telah terjadi dengan singapura. Contoh telah dapat dilihat bila bukan melayu (cina) yang menguasai. hak yang patut dapat pun tak dapat. hilang tentang kebebasan beragama dan kebebasan berpakaian.

    pada saya, kalau mereka semua mendesak tentang untuk melucutkan hak keistimewaan melayu. ok. boleh…. tetapi seiiring dengan itu lucutkan juga hak kerakyatan mereka itu (cina & india yang tak sedar diri) kita orang melayu memberi kebenaran untuk mereka duduk di tanah kita, tetapi mereka pula yang nak bermaharaja lela.

    yang paling saya sedih ialah…. mereka (cina & india) begitu taksub dengan perjuangan kaum mereka tanpa mengira fahaman. tetapi orang kita leka, malah bersekongkol dengan mereka menindas bangsa sendiri. saya tak nak lihat akhirnya nanti orang meluyu menjadi hamba di tanah sendiri disebabkan oleh kerakusan dan kebodohan bangsa sendiri yang hanya mementingkan diri sendiri. dan dikategorikan bodoh sombong.

    So, DSAI…. saya berharap… dengan nama Allah, mudah-mudahan saudara bukan dikalangan pemimpin yang bodoh sombong yang hanya memikirkan kantung sendiri dan menjalankan agenda untuk kepentingan sendiri sehingga lupa tujuan sebenar sebagai manusia yang diciptakan allah untuk menjadi khalifah yang memartabatkan islam untuk umat manusia.

    Terima kasih.

    Reply

  126. 126 prince of penang Apr 14th, 2008 at 1:34 am

    Kalau ikut anwar, dia mahu tolong rakyat ikut keperluan, bukan ikut kaum. macam usahawan seperti saya yang tak kaya dan tak miskin (cukup-cukup makan)macam mana?

    mestikah saya berlawan perniagaan dengan kaum lain secara adil dan saksama ?
    sedangkan dengan pertolongan dari mara pun usahawan melayu pulau pinang seperti saya masih ketinggalan.

    saya sanggup lawan ekonomi secara adil. tapi dengan cara ini lebih ramai usahawan melayu yang akan kalah dalam perjuangan untuk merapatkan jurang ekonomi melayu-cina-india di pulau pinang. saya boleh ramalkan, akan berlaku pergaduhan kaum jika jurang ini terus melebar( seperti yang berlaku semasa empayar rom).

    untuk saudara anwar ibrahim, satu pesanan untuk anda : “kamu adalah ketua saya , saya akan ikut kamu kerana saya rasa kamu yang terbaik dari lain, tapi jangan lupa peniaga melayu seperti saya yang perlu bantuan lebih (dari mara ) untuk berjaya. tolong kami peniaga melayu yang sengit berlawan di negeri pulau pinang,”.

    Reply

  127. 127 wargabebas Apr 14th, 2008 at 5:59 pm

    Islam Melayu,

    Nampaknya, hati kamu banyak terganggu dan runsing dengan kata2 India dan Cina yang bukan2. Dari mana kamu dapat maklumat ini? Kalau omong kosong, ia itu sahaja. Berapa kebenaran yang ada pada omong kosong? Sifar. Kalau warta milik umno dan rakan2nya, ia begitu jua. Tidak boleh dipercaya. Warta2 ini hanya sibuk mengheboh perkara yang pasti memanaskan hati rakyat dan meningkatkan lagi ketegangan diantara kaum. Saya bukan Islam dan bukan Melayu. Tapi, izinkan saya berkata beberapa patah mengenai isu ini. Apakah yang kita lihat disiarkan dalam warta milik bn mengenai LKS dan rakan2nya asyik mengkritik status bumiputera, Islam dan sebagainya? Bukan sahaja DAP tetapi beberapa tokoh MCA juga turut serta mengutuk. Pada pendapat saya, masalah dengan mereka hanya dua. Iaitu, mereka tidak senang hati dipinggirkan sebagai warganegara kelas 2. Hindraf pula kata mereka kelas 3. Masalah kedua ialah mereka tidak senang hati dengan “The Islamisation of a multi-cultural society” dalam masyarakat yang mereka anggap sebenarnya majmuk. Walaupun mereka iktiraf bahawa Malaysia ada agama rasmi dan agama rasmi itu ialah Islam.

    Untuk berbincang perkara ini secara objektif, kita terpaksa melihat perkara in dari segi undang2 Malaysia dan sejarah Malaysia. LKS dan rakan2nya adalah peguam. Mereka fasih dengan undang2 negara kita. Jadi, tidak masuk akal kalau kamu menerima khabar bahawa mereka mencabar kedudukan khas Melayu dan agama Islam. Untuk layak menjadi warganegara Malaysia, adalah wajib angkat sumpah kepada Rukunegara. Rukunegara itu tidak rumit. Prinsipnya hanya 5. Yang berkaitan dengan perbincangan kita ialah prinsip no. 3, KELUHURAN PERLEMBAGAAN. Dalam perlembagaan Malaysia, artikel 153 menyata dengan jelas kedudukan khas Melayu dan Orang Asli. Apakah kedudukan khas itu juga dijelaskan dalam artikel itu. Akan tetapi, artikel itu juga menyatakan bahawa perniagaan tidak boleh disekat khas untuk Melayu. Berapa bahagian yang dikhaskan untuk Melayu tidak dinyatakan dalam perlembagaan. Pembahagian ini hanya dinyatakan dalam DEB yang timbul selepas kejadian Mei 13, 1969. Saya hanya seorang kanak pada masa itu dan ayah tidak pulang. DEB itu bukan satu dasar yang berkait dengan perlembagaan Malaysia. Ia adalah akibat daripada kejadian Mei 13 dan kerajaan pada waktu itu giat berupaya untuk mencapai beberapa perkara yang terkandung dalam artikel 153. Semasa Artikel 153 dirangkakan pun sudah ada bantahan. Sejusteru itu, suruhanjaya yang merangka perlembagaan kita mencadangkan artikel 153 diberi tempoh 15 tahun untuk mengimbangkan kembali kedudukan kaum Melayu. Akan tetapi syarat ini tidak dimasukkan ke dalam perlembagaan.

    Selepas kejadian Mei 13, ada perbahasan dalam parlimen mengenai jangkamasa atau tempoh untuk kedudukan khas Melayu. Kita perlu faham apa yang dimaksudkan dengan kedudukan khas ini. Pada pendapat saya, ia ada dua makna. Yang pertama ialah kedudukan Melayu sebagai budaya asal tanah ini. Ini termasuk bahasa Melayu, adat resam Melayu dan Raja-Raja Melayu. Pentakrifan yang pertama ini, saya rasa kaum bukan Melayu tidak ada sebarang isu. Apa yang dipertikaikan ialah peruntukan khas seperti biasiswa, permit, lesen dan sebagainya dan diperuntukan kerana kedudukan khas ini. Pengarang DEB, Tun Ismail mencadangkan bahawa tempoh kedudukan khas ini ditinggalkan kepada kaum Melayu sendiri. Beliau yakin apabila lebih orang Melayu berjaya dan ada lebih keyakinan terhadap daya saing sendiri, mereka akan melepaskan peruntukan khas ini. Beliau tidak megah dengan peruntukan khas ini sebab beliau anggap kedudukan ini adalah satu penghinaan kepada kemahuan dan maruah orang Melayu. Selepas PRU baru2 ini, Datuk Nazri yang bertanding di negeri Perak memberi kenyataan bagaimana beliau nyaris2 kalah dalam pilihanraya. Beliau berkata DEB bukanlah satu isu yang masih boleh diguna untuk menyakinkan kaum Melayu terhadap umno. Beliau mengiktiraf bahawa bilangan Melayu yang menganggap bahawa mereka berjaya melalui usaha sendiri sudah meningkat dan mereka menumpu perhatian kepada isu politik lain dalam PRU. Walaupun demikian, kita masih mendapati beberapa tokoh umno menggunakan DEB sebagai satu isu untuk mengukuh kedudukan mereka.

    (untuk disambung kemudian …)

    Reply

  128. 128 antz Apr 14th, 2008 at 7:17 pm

    Saudara angguk-geleng-geleng,

    Tidak payahlah saya hendak menaip panjang-panjang untuk menerangkan lebih terperinci.Maaf kalau saya hendak mengatakan Melayu Malaysia sudah lama terpinggir dari segi pemikiran.Itu pasal di tanah sendiri sekarang dah terpekik-pekik ketakutan.

    saya sudah lama bekerja di s’pura.Jadi kalau sesiapa yg ingin tahu lebih lanjut kenapa anak melayu s’pura LEBIH berjaya dari kita,LEBIH berdikari dan BERJAYA.Tolong naik bus pergi ke s’pura dan tengok,tanya kalau tidak tahu.

    Jadi dari situ kita boleh belajar bersama.

    Ini bukan isu kehebatan/mahu jadi jagoh atau soal ketuanan.

    Ini soal keinginan kerana mahu berusaha dan bukan berkhayal sahaja.

    terima kasih.

    Reply

  129. 129 ONGJJJ Apr 14th, 2008 at 9:14 pm

    Our nation cannot stand still, as it will either progress or regress depending on the aspiration of the Rakyat. To progress means to mature into a democratic nationhood regardless of race, language or religion, and on the other hand to regress means to go back to the old communal/racial politics propounded by UMNO/MCA/MIC etc all these years (against the wishes on Onn Jaafar). In other words, Malaysia must progress for it cannot turn back the clock to remain status quo, for stagnation only lead to motification or mutation. The propaganda of NEP (quite similar to the Orwellian Animal Farm) benefits a few at the expense of many, remained alive for so long by using threats on certain quarters (fishermen) and handouts (fish) to others (instead of teaching them how to fish).

    DSAI, think out of the box (NEP or hak Melayu is old and still within the box), and be the champion for all Malaysian, regardless of race, language or religion. Our nation has taken the first step towards a democratic maturity, and you have the destiny to make the evolution permanent or die a premature death.

    Reply

  130. 130 prince of penang Apr 15th, 2008 at 2:24 pm

    Mungkin terdapat diantara anda yang percaya bahawa kaum melayu akan tetap ketinggalan walaupun dimanjakan oleh DEB.

    tapi tahukah kamu bahawa terdapat juga golongan melayu yang rajin dan tekun berusaha dengan bantuan DEB? ramai peniaga melayu p.pinang yang saya kenali berjaya dengan bantuan DEB.
    Tapi jumlah ini jauh lebih kecil dari kaum lain yang berjaya di p.pinang.

    Dengan DEB melayu lebih mudah berjaya.
    saya hairan kenapa ada golongan melayu yang memperjuangkan agar kelebihan ini ditamatkan sedangkan melayu masih menumpang dan merempat di negeri p.pinang. ???

    Apa orang melayu perlu lakukan adalah memastikan perlaksanaan DEB adalah betul (tanpa pengaruh rasuah dan kroni) dan diberikan (bantuan kewangan) kepada orang yang berkemampuan(menjalankan perniagaan) dan layak.
    Itulah yang kita perlu perjuangkan.
    Bukannya mendesak supaya DEB terus ditamatkan secara keseluruhan.

    Sedangkan dengan diskaun bumiputera pun, melayu tak dapat beli rumah di pulau pinang.

    Perjuangan menghapuskan DEB bukan perjuangan melayu.
    Perjuangan anti rasuah dan kroni adalah perjuangan melayu.
    Cuba bezakan kedua-dua perkara diatas.

    cadangan apa melayu perlu buat :
    1.memastikan perlaksanaan DEB adalah betul.
    2.hapuskan rasuah dan kerajaan yang rasuah.
    3.memperjuangkan kebebasan bersuara.
    4.memperjuangkan konsep kuasa ditangan rakyat.
    5.memastikan melayu maju dan tidak ketinggalan dalam semua aspek positif.

    Saya percaya parti PKR adalah parti rakyat dan bukan anwar ibrahim semata-mata.
    Orang melayu harus menuntut agar PKR bersetuju mempertahankan kelebihan kaum melayu dari kaum-kaum lain.

    Kalau ada yang panas dengan isu perkauman yang lebih menolong melayu ini cadangan saya :
    DAP-PKR-PAS membuat persetujuan bersama dimana jika terdapat MANA-MANA kaum yang ketinggalan dari apa jua aspek (seperti ekonomi dan pelajaran) maka kaum itu labih layak diberi
    peruntukkan(RM) lebih DARIPADA KAUM LAIN. Jumlah peruntukkan adalah bergantung terus kepada sejauh mana sesebuah kaum itu ketinggalan.Ini adalah untuk mengelakkan pergaduhan kaum jika jurang dalam apa-apa jua aspek melebar besar diantara kaum.

    Jika ini yang diperjuangkan saya setuju, kerana saya sendiri tidak akan iri hati jika kerajaan menolong lebih sesebuah kaum jika kaum itu ketinggalan.
    dan saya BERHARAP kaum lain tidak akan iri hati jika kaum saya yang ketinggalan dan diberi bantuan lebih.

    Saya menyebut kaum bukan individu adalah kerana, sesebuah kaum yang jauh ketinnggalan lebih mudah dimainkan isu perkauman sehingga timbul pergaduhan, dari kaum yang berjaya yang telah selesa.

    JANGAN BIARKAN ORANG MEMPERGUNAKAN KAUM MELAYU UNTUK MEMPERJUANGKAN AGENDA MEREKA YANG BERTENTANGAN DENGAN AGENDA MELAYU.

    Reply

  131. 131 wargabebas Apr 15th, 2008 at 3:39 pm

    (… sambungan daripada komen 127)

    Sebenarnya, apa yang dipertikaikan bukan kedudukan Melayu sebagai penduduk asal tanah ini ataupun budaya Melayu sebagai budaya asal negara ini. Apa yang dipertikaikan ialah peruntukan ekonomi kepada satu kaum berasaskan kedudukan kaum itu. Apakah hanya Melayu adalah Tuan dan yang lain hamba? Hamba yang bertunkus lumus cari makan, bayar cukai pendapatan dan tidak menikmati apa-apa manfaat dari kerajaan. Adakah ini adil? Kaum bukan Melayu, beragama Islam ataupun tidak, angkat sumpah kepada Rukunegara, taat setia kepada Raja-Raja Melayu dan sebagainya, bukankah mereka juga layak untuk mendapat pembahagian ekonomi yang berpatutan? Bayangkanlah, anak-anak bukan Melayu yang pintar, dinafikan belajar di universiti tempatan. Apa agaknya perasaan anak-anak ini dan keluarga mereka apabila dipinggirkan begitu rupa? Bukan semua rakyat bukan Melayu kaya dan mampu menghantar anak-anak mereka ke luar negeri. Lebih susah lagi apabila matawang ringgit turun begitu rendah berbanding dengan matawang negara barat mahupun jiran seperti Singapura. Adakah kaum yang dipinggir ini akan membela negara dengan penuh hati jika dianggap sebagai warganegara kelas 2 ataupun kelas 3? Membela nasib kaum yang terpinggir. Inilah, matlamat LKS dan rakan2.

    Apa yang lebih sedih lagi ialah, selepas berpuluh tahun DEB diagihkan dan disambung dengan Polisi Ekonomi Malaysia pada tahun 1990, matlamat artikel 153 masih tidak tercapai. Mengapa? Adakah walaupun diberi bantuan, orang Melayu kurang berupaya ataupun kurang bijak untuk berjaya? Jawapannya sudah tentu tidak. Kita lihat, Melayu boleh jadi jaguh All England. Melayu boleh jadi doktor seperti Kak Wan Azizah. Jadi, mengapakah kaum Melayu secara keseluruhan masih mundur? Mengenai perkara ini Tan Sri Khalid pun sudah jelaskan. DEB tidak diagihkan dengan sewajarnya. Hanya segelintir orang Melayu yang ada perhubungan dengan umno dapat menikmati bantuan itu. Dan bantuan yang diberi itu begitu tak seimbang sampai tiada lagi untuk diberikan kepada orang Melayu yang sepatutunya berhak menerima bantuan itu. Begitulah umno menipu kaum Melayu. Lebih teruk lagi, umno bersubahat dengan setengah parti bukan Melayu untuk merompak kekayaan negara.

    Isu yang kedua ialah mengenai kebebasan untuk mengikut ajaran agama masing-masing. LKS banyak khuatir adanya kumpulan2 tertentu yang ingin mengubah Malaysia kepada sebuah negara Islam atau lebih tepat lagi, negara Islam teokratik seperti Iran ataupun Arab Saudi. LKS dan rakan2 berasa takut jika ini berlaku, kedudukan orang bukan Islam akan terjejas. Jadi, kita mesti faham tentang kekhuatiran mereka. In adalah satu perkara yang rumit dan harus ada dialog secara terbuka mengenai perkara ini. Adakah undang2 hudud akan tertakluk kepada umat bukan Islam juga? Apa jika orang bukan Islam dituduh mencuri, tangan mereka akan dipotong? Kalau begitu, banyaklah ahli2 umno tidak akan ada tangan. Apakah kesan undang2 Islam terhadap kehidupan kaum bukan Islam? Ini dan banyak lagi menjadi tanda tanya di kalangan orang bukan Islam. Oleh sebab itu, tidak hairanlah kalau mereka lebih suka Malaysia digelar sekular. Malaysia boleh seperti UK dimana ada agama rasmi dan raja adalah pembela agama rasmi itu. Kalau Malaysia menjadi negara Islam teokratik, LKS dan rakan2 kurang senang hati. Bagi saya, ini bukan satu masalah besar. Kalau kaum Yahudi boleh berduduk di Iran dengan selamat, mengapa tidak kaum bukan Islam di Malaysia?

    Inilah saja yang saya hendak sampaikan kepada Islam Melayu. Janganlah memendam perasaan permusuhan terhadap setengah kumpulan bukan Melayu dan bukan Islam yang seolah2 mencabar kedudukan Melayu dan Islam. Fahamlah kekhuatiran mereka. Saya percaya, segala masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan. Sekian.

    Reply

  132. 132 antz Apr 15th, 2008 at 5:52 pm

    price of penang,

    Saya banyak meluangkan masa remaja dan kerjaya di luar negara.Tidak mustahil anak melayu berjaya tanpa bantuan.
    Kerana dengan bantuan,manusia akan lupa dan khayal.Terus bermegah selepas itu,dan tidak mahu berusaha.
    Ini adalah antara perkara-perkara negatif yang akan berlaku dan telah berlaku di tanah malaysia setelah sekian lama.
    Ini bukan pasal hak melayu digadai atau mesti dimansuhkan tetapi keinginan seseoang itu tidak kira bangsa.
    Disini,saya bukan hendak menegakkan mana-mana pihak,tetapi jgn sampai terpekik…’Aku Melayu,Tanah Melayu jadi sesiapa yang tidak suka keluar…kalau aku malas/taknak kerja kerajaan tolong apa…jadi nak buat nak banting tulang!!!!’

    Dan dengan sendiri persepsi ini akan melemahkan bangsa dan sekaligus kita telah gadaikan tanah.

    Bantuan untuk org melayu miskin harus diteruskan tanpa melupakan kaum lain.Kita tidak mahu jadi alkisah firaun yg menyeksa bani israel.
    Yang boleh berdiri sendiri harus berusaha untuk memajukan dirinya dan sekaligus memajukan bangsa dan juga negara.
    Dengan ini,daya saing negara akan meningkat dan semua akan menikmati bersama.
    Saya sememangnya sokong MEA yg disarankan oleh DSAI.

    Kita tidak mampu melihat dan menunggu dan disuap sahaja.Sampai bila kita di M’sia nak terpekik=pekik meminta-minta..
    Saya malu dan tidak mampu melihat bangsa saya setiap kali dicemuh kerana tidak mampu berdikari.
    Kita dilahirkan sempurna tetapi oleh kerana warna kulit kita yg telah dipermainkan berthn-thn oleh tuan pemerintah.
    Tuan pemerintah telah meracunkan minda nenek-moyang dan juga ibu-bapa kita.
    Saya tidak sanggup melihat anak cucu dan cicit dan generasi yg seterusnya diracuni oleh permainan minda yang tidak akan ada tamatnya.

    Reply

  133. 133 Teropong Sbg Perai Apr 16th, 2008 at 9:54 am

    Saya ingin menambah…
    Negara Teokrasi yang lahir di Eropah dalam zaman pertengahan “Medieval Ages” dirujuk oleh kebanyakan pengajian di Barat adalah berasaskan Tamadun Sekular Barat adalah berbeza sekali dengan Negara Islam yang dibawa Oleh Nabi Muhammad SAW,Khulafa Arrasyidin hatta hingga Khalifah Umaiyyah ,Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.

    Mungkin atau apa yang dianggap Negara Islam oleh kebanyakan orang bukan Islam,spt Karpal Sgh,LKS dan sebahagian orang Islam yang keliru sendiri adalah Negara Teokrasi dari apa yang dipelajari dari Barat….Ya..ya…kalau begitu yang ditanggapi memang berbeza sekali dengan Negara Islam…Bacalah sejarah..

    Negara Teokrasi yang diperintah oleh Golongan Paderi Kristian di Eropah Zaman Pertengahan lahir dari penguasaan Golongan Gereja yang berpandukan Kitab-kitab Injil yang telah diselewengkan oleh mereka sendiri dari masa kesemasa.Oleh itu berlaku Ketidakadilan kerana panduan Ilahi sendiri telah diubah..ditambah pula oleh penyelewengan individu yang memerintah maka Pemerintahan Teokrasi ini menjadikan rakyat tertindas dan gelisah dengan penguasaan golongan Paderi ini…disamping itu..banyak sekali berlaku percanggahan pendapat dan pemikiran Golongan Gereja atau Raja Pemerintah yang dikuasai oleh golongan Paderi Kristian ini..terutamanya dalam Penemuan Sains dan kemajuan manusia dalam kehidupan…Misalnya apabila Ahli-ahli Sains spt Copernicus dan Kepler mengatakan Bumi ini bulat spt Bulan ,Matahari dan lain-lain cakerawala…maka mereka telah ditangkap dan akhirnya dibunuh kerana mempertahankan pendapat mereka kerana dikatakan bertentangan pendapat dgn Golongan Gereja yang mengetuai Negara Teokrasi ini…Alasannya pendapat Copernicus dan Kepler bertentangan dengan apa yang ada dalam Injil sedangkan Injil itu sendiri telah diubah-ubah mengikut selera golongan Gereja ini dari masa kesemasa…

    Akhirnya lahirlah sekularisma yang mencanangkan Bahawa untuk Bangsa Eropah itu maju mereka mestilah menolak dan meninggalkan Agama(Kristian)…Maka berlakulah Pemisahan “Urusan Agama dan Urusan Dunia”…dan Fahaman inilah dibawa juga kepada Islam…maka amat keliru sekali jadinya…kerana Konsep Islam dalam Pemerintahan,Politik,Ekonomi,Sosial ,Ilmu Sains dan Teknologi adalah sangat berbeza sekali dari Konsep yang ada pada Negara Teokrasi….Contoh yang mudah Kerajaan Islam Andalusia telah mengajar Bangsa Eropah apa itu Pemerintahan yang Adil ,Apa itu Tamadun Ilmu Sains & Teknologi,Falsafah sehingga Tercetuslah Renaissance yang membawa kepada Revolusi Industri dan Pemerintahan Demokrasi dan Republik dengan tercetusnya Revolusi Perancis.

    Amalan Demokrasi Barat pun berkembang dari mencontohi dan ubahsuaian dari Pemerintahan Islam dan sistem Keadilan yang dilihat dan dipelajari di Sepanyol/Andalusia kerana selama 800 tahun Islam di Bumi Eropah telah yang memberi Sinar baru kepada Bangsa Eropah.Maka Tamadun Ilmu pun berkembang maka Falsafah Demokrasi Greek dan Roman pun dikaji dan disuburkan dan diberi nafas baru “Demokrasi Ala Moden”.

    Dan sungguh menakjubkan semasa Zaman Kerajaan Islam Andalusia ,selama 800 tahun itu…berbagai Bangsa berbilang Agama spt. Moor,Barbar,Arab,Spanish,Kristian dan Yahudi dapat hidup dengan aman dan sejahtera kerana dijamin hak kebebasan beragama dan layanan hak yang sama dari segi kebajikan dan pengiktirafan sumbangan kepada Negara Islam Andalus ketika itu dengan perjanjian kerjasama antara pemerintah Islam dengan Tudmir(Theodemir),putera Raja Murcia pada 713M.Penduduk tempatan yang bukan Islam telah dianggap sebagai Dhimmi ( Orang Bukan Islam yang tunduk kepada pemerintahan Islam dgn membayar cukai sebagai perlindungan nyawa,harta,kehormatan diri serta mendapat keadilan yang menjadi tanggung jawab pemerintah melindunginya))dikenakan jizyah ia itu cukai perlindungan yang kadarnya lebih kecil dan tidak membebankan berbanding dengan cukai yang tinggi sewaktu hidup dibawah pemerintahan Negara Teokrasi Kristian sebelum itu.

    Reply

  134. 134 wargabebas Apr 16th, 2008 at 3:32 pm

    Hah, Teropong Sbg Perai,

    Kalau maksud PAS mengenai negara Islam itu seperti Islam Andalusia, maka saya rasa, umat bukan Islam pun tidak akan ada apa bantahan ataupun halangan.

    Reply

  135. 135 Prince of Penang Apr 16th, 2008 at 5:13 pm

    antz,

    1. saya bersetuju anak melayu boleh maju tanpa bantuan.(tapi lambat dan tak pasti).

    2. (“Kerana dengan bantuan,manusia akan lupa dan khayal.Terus bermegah selepas itu,dan tidak mahu berusaha.”)
    tak semua orang macam ini, kebanyakkan peniaga dgn bantuan DEB di P.pinang yang saya kenal tidak begini kerana saya & kwn-kwn saya masih masuk ke kampung dan menolong melayu yang susah dan miskin (dari tahun 1996 semasa saya masih disekolah rendah).

    3. (“Ini bukan pasal hak melayu digadai atau mesti dimansuhkan tetapi keinginan seseoang itu tidak kira bangsa.”)

    Saya setuju ini bukan pasal hak melayu tergadai, saya cuma tekankan semua KAUM yang ketinggalan
    harus diberi bantuan lebih tanpa mengira kaum dan agama.

    saya setuju keinginan tidak mengira bangsa, tetapi seperti saya telah katakan bahawa jikalau sesebuah bangsa itu ketinggalan teruk secara keseluruhan akan timbul masalah besar.

    4. (“Kita tidak mampu melihat dan menunggu dan disuap sahaja.Sampai bila kita di M’sia nak terpekik=pekik meminta-minta.”)

    terpekik-pekik dan menunggu disuap ?? jangan buat kerja ni.
    minta bantuan ada procedure dan bantuan ni bukan free & tak payah bayar balik (pinjaman mara).

    SOALAN UNTUK ANAK MELAYU :
    (buang emosi anda dan jawab soalan ini seikhlas mampu)

    A. BETULKAH ANDA TIDAK MAHU MEMBELI RUMAH DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH ?

    B. BETULKAH ANDA TIDAK MAHU ANAK CUCU ANDA DIBERI KEISTIMEWAAN LEBIH DENGAN KEMUDAHAN BIASISWA
    KE UNIVERSITI?

    C. BETULKAH ANDA TIDAK MAHU ANAK CUCU ANDA DIBERI KEISTIMEWAAN UNTUK BERNIAGA DENGAN KEMUDAHAN
    PINJAMAN PERNIAGAAN (MARA)?

    D. SANGAT YAKINKAH ANDA YANG ANAK CUCU KITA AKAN LEBIH MAJU TANPA BANTUAN DIATAS ??

    E. BERAPA RAMAI DARIPADA ANDA , ANAK-ANAK & CUCU-CUCU ANDA TELAH MENDAPAT KELEBIHAN DIATAS
    & CUBA BAYANGKAN APA YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANDA SEKARANG JIKA SEMUA INI TIADA?

    KALAU JAWAPAN ANDA YA MAKA PERJUANGKANLAH PENAMATAN PERTOLONGAN LEBIH KERAJAAN KEPADA MELAYU.
    KALAU JAWAPAN ANDA TIDAK ATAU TIDAK YAKIN PERJUANGKANLAH BANTUAN LEBIH KERAJAAN KEPADA MELAYU.

    apa yang kita perlu lakukan adalah memastikan semua kaum yang ketinggalan harus dibela.
    cina & india yang miskin pun wajib dibela.

    Rasuah dan kroni harus ditentang sedaya mampu.

    PERJUANGKAN YANG MANA PERLU UNTUK KEBAIKKAN MELAYU SELAGI KITA MASIH ADA PELUANG UNTUK BERJUANG DEMI ANAK-ANAK DAN CUCU KITA YANG JAUH KETINGGALAN. JANGAN SAMPAI KITA DIKENANG SEBAGAI PENGKIANAT BANGSA OLEH ANAK CUCU KITA.

    UNTUK MAKLUMAT SEMUA : 1. SAYA ANTI BN YANG MENJAHANAMKAN BANGSA SAYA.
    2. SAYA PERLUKAN SATU POLISI BARU YANG LEBIH BERSIH UNTUK MEMBANTU KAUM
    YANG KETINGGALAN.

    Reply

  136. 136 Prince of Penang Apr 16th, 2008 at 11:17 pm

    Untuk memajukan sesebuah bangsa, masa yang lama diperlukan dan orang melayu sudah dilandasan yang betul.

    NEP Benchmarks
    Bumiputra equity : 1970(2.4%) 1990(19.3%) 2004(18.7%)

    Pelaksanaan DEB yang lebih telus akan mempercepatkan matlamat DEB.
    Inilah yang harus kita perjuangkan :
    (“Pelaksanaan DEB yang professional, telus dan membantu orang melayu yang
    bersunguh-sungguh dan layak sahaja”.)

    Jika DSAI membuat dan mengetuai polisi yang membantu LEBIH kaum melayu (Kaum ketinggalan), saya yakin ia akan BERJAYA (dlm 20 thn lagi).

    KEPADA ANWAR IBRAHIM:

    (“Pelaksanaan DEB yang professional, telus dan membantu orang melayu yang
    bersunguh-sungguh dan layak sahaja”.)

    jika ini yang anda perjuangkan(AnwarIbrahim), sebagai rakyat melayu biasa, ini janji saya :
    saya akan bekerja sedaya mampu untuk memastikan PKR tetap menang pada pilihan raya, sekurang-kurangnya di negeri kita, P.Pinang.

    Sikit saja lagi kita dah nak berjaya …… sikit saja lagi Dato’…

    Reply

  137. 137 antz Apr 18th, 2008 at 8:58 am

    Price of penang dan DSAI,

    Kita semua ada impian masing-masing untuk majukan diri kita dan juga untuk bangsa dan negara.Kita juga mahu hidup aman dan damai bersama kaum-kaum yang lain.
    Sudah berthn,kita hidup di bawah naungan BN yang selalu suka mengapi-apikan isu-kaum dan hak dan mcm-mcm lagi.
    Saudara kita yg bukan melayu ramai berasa diri mereka seperti anak tiri.

    malangnya,tidak semua terutama ORG MELAYU mempunyai visi seperti kita.Ada yang secara radikal tidak mahu mengonsi tanah yang mereka anggap ‘tanah hanya kepunyaan melayu’ untuk org melayu sahaja.Tetapi mereka ini semua tidak sedar,kalau tanah itu jikalau mahu tumbuhnya pokok harus rajin hari-hari disiram tanpa disuruh.

    Dalam konteks hari ini,mereka dengan bangga melaungkan tanah melayu harus dipertahankan,memekik-mekik.tetapi,mereka tidak sedar kita telah jauh ketinggalan oleh dunia yang pesat berubah.

    Reply

  138. 138 grave_agony Apr 19th, 2008 at 3:27 am

    apa masalah dengan ekonomi melayu?

    pada saya, amalan kronism memang beri impak besar.
    segala projek di ali babakan oleh kroni2 ni kepada 3rd party,of courselah biasanya orang cina.
    takkan takmau untung?
    jadi orang2 cina pun mendapat faedah secara tidak langsung daripada DEB.
    memang ramai bangsa cina yang kaya di Malaysia ni. baguslah kan.
    jadi tiada persoalan hanya orang MELAYU ni sahaja yang lalai.
    jika tak dihadiahkan wang beribu ringgit, dan segala macam pakej hadiah,
    tak terketar y.b2 kite tengok.INSTANT MONEY.
    jadi mampukah businesman semua mengamalkan sistem ekonomi yang lebih adil?
    tiada duit kopi. tiada buah tangan dan under table money?
    itu jika bangsa cina ikhlas membantu ekonomi melayu dan
    seterusnya warga malaysia yang miskin dan berada di bawah paras garis kemiskinan.
    amalan perniagaan cina memang lain dengan melayu.

    perniagaan cina memang berdasarkan konsep untung dan interest.
    tetapi orang melayu melaksanakan konsep berteraskan al quran dan sunnah.
    jadi pada islam interest ni memang akan menyusahkan orang miskin.
    e.g ah long. slalunye orang pinjam kat along ni sbab bru nak bukak bisnes.
    kalo untung, bolehlah bayar interest .
    tapi kalau rugi, boleh kene kerat jari, dan telinga, rumah dibakar, anak diculik,
    ditikam dan bermacam lagi. jadi ini tak membantu kepada orang yang memerlukan atau
    miskin.

    dan amalan duit kopi.
    ini memang haram disisi islam.
    macam mane peniaga melayu ni yang majoritinye hanya mempunyai modal yang rendah untuk menang tender?
    takkan kita nak ikut konsep under table money ni.
    haram is haram!jangan halalkannya, kerna kita bukan tuhan.
    jadi jika projek2 kerajaan bertukar tangan kepada 3rd party
    jadi berapa orang melayu sangat yang dapat faedah dari DEB?. bukan sepenuhnya la.
    jadi betulkah DEB hanya untuk bumiputera?

    ketuanan melayu yang dibincangkan sebenarnya adalah ekonomi melayu
    ketuanan melayu=ekonomi melayu
    jadi jika tiada DEB, bagaimana melayu ingin meningkatkan ekonomi mereka?
    bekerja keras?
    tak guna bekerja keras jika bangsa cina hanya ingin menindas orang melayu yang miskin,
    dan mengampu orang melayu yang kaya macam menteri2 kita tu.
    kalo ada kabel kerajaan cukuplah.ini memang diketahui dari dulu lagi. no offense yer.=]
    lepas tu tahulah orang cina ni memang bias dalam perniagaanya.
    pentingkan saudara, dan kaum. itu yang jadi isu nak cari kerja.
    for chinese only. selalu kita lihat di iklan2 kerja kosong. mengapa?
    dan banyak lagi contoh yang lu boleh pikir senidiri.

    apa sistem ekonomi yang benar? relevan untuk kebaikan semua?
    bagaimana bangsa cina boleh beri 30% untuk orang melayu ( tidak ambil kira 1 orang 1 undi)
    jika isu ketuanan melayu ni mahu diselesaikan… .

    Reply

  139. 139 antz Apr 20th, 2008 at 10:01 am

    Grave of agony,

    Dalam isu konteks pasal perniagaan,saya rasa tidak wajar kalau mahu dibandingkan oleh kaum cina.Isu melayu miskin dan bantuan kalau seseorang itu walaupun diberikan beberapa kali bantuan tetapi tidak mahu kehadapan dan berusaha sendiri,pendek kata tidak akan maju dan senantiasa akan terjadinya ’stagnant’ dan akan lebih terjadi lemah dan payah.
    Pasal DEB,banyak org telah memutar belitkan isu ini.

    Terus terang, kaum cina lebih mahir dan senantiasa mahu bergerak pantas ke hadapan walaupun tiada bantuan atau bantuan yg terhad.Ini saya rasa lebih kpd isu pemikiran daripada bantuan.Masing-masing mempunyai pemikiran sendiri dan secara terang saya mahu mengatakan isu perniagaan tidak beberapa diminati oleh kita.
    Untuk mengubah sikap atau mempunyai a change of mindset,pertama kita harus belajar daripada bangsa cina,kedua mengadakan pendidikan bahawa ekonomi itu berteraskan ilmu dan tidak akan ada kesudahannya sampai bila-bila.ketiga,kemahiran bukan dipelajari selama 1 mlm atau 1 thn.tetapi mengambil masa.keempat,mempunyai sifat entrepeneurship yg kurang ada dalam minda melayu.

    Isu pendidikan harus diberi keutamaan dan bukan bantuan wang sahaja diberikan secari membabi-buta.
    Saya tidak faham kalau DEB tidak effective dan relevan pada masa ini,kenapa mahu diteruskan juga?Tiada faedahnya…bukan dimansuhkan tetapi diubah.

    Akan terjADI padah bukan lebih kebaikan?

    Reply

  140. 140 grave_agony Apr 27th, 2008 at 12:48 am

    antz
    “untuk mengubah sikap,
    pertama- perlu belajar daripada bangsa cina…..”

    silap disana..
    ilmu bukan datang dari orang cina…
    dan sangat ramai orang yang berilmu, bukan hanya orang cina.
    bukan cina sahaja ada tamadun, islam , eropah dll semua bertamadun juga.
    jadi jangan terlalu exaggearate orang cina sebagai hanya yang terbaik.
    jadi kita mesti belajar dari semua orang…
    view yang bahawa orang melayu malas, kurang entrepeneurship skills, not motivated,
    adalah pandangan lama,yang lama saya dengar, dari kecil…
    munkin melayu yang di war2kan tu melayu kroni.tak mewakili seluruh orang melayu.
    jadi, tak kesah la kan.
    jadi kalau nak berubah, buang tanggapan buruk itu…dah bosan sangat.
    dulu kalau nak dengar budak melayu jadi pelajar terbaik SPM pun susah..
    tapi skarang. diorang ni berlumba2 nak pecah rekod..
    ada kebaikan jugak..supaya jadi contoh pada yang lain..

    lgpn malaysia baru 50 thn merdeka,x lama sbnarnye,
    kalau nak ikutkan baru 3 generasi melayu yang ada selepas merdeka hingga skarang,
    dah nampak perubahan pada orang melayu,
    kalau tak, tak mungkin BA menang aritu,
    kalau tak DSAI tak wat reformasi,
    kalau tak orang tak berani nak cakap pasal pas atau keadilan kat tempat awam,
    mcm mana kalau 10 thn lagi,20 thn lagi?
    saya positif terhadap pembangunan pendidikan dan mental orang melayu,
    kami melayu baru=melayu moden

    Reply

  141. 141 komentar May 19th, 2008 at 12:10 pm

    Assalamualaikum & selamat sejahtera.
    Bagi yang menag saya ucapkan tahniah. bagi yang kalah pula jangan putus harapan. PKR juga penah kalah dan kini menang untuk pilihan raya kali ini. UMNO, sebenarnya tidak kalah. kerana masih memengangi majoriti kerusi berbanding lain2 parti komponen. PKR menang lebih kepada perasaan tidak puas hati Kaum India Malaysia melalui HINDRAF.
    PKR merupakan harapan HINDRAF. Budi yang ditabur pasti mendapat balasan. Kalau tidak dibalas, maka pilihan raya akan datang mungkin tidak menyebelahi PKR.
    Cuma saya ingin ingatkan janagn Malaysia jadi seperti Singapura.

    Reply

  142. 142 mohammed zaki Sep 11th, 2008 at 4:22 am

    apa khabar? semoga sihat. sya baca tulisan datuk seri. saya faham. saya harap datuk seri berani lawan yang zalim.

    Reply

  143. 143 mohammed zaki Sep 11th, 2008 at 4:25 am

    tisan datuk seri tentang kepentingan melayu dipertahankan. alhamdulillah.

    Reply

  144. 144 saudagar lempoyang Jun 23rd, 2009 at 6:54 pm

    Asalam para pembaca web saya hanya sedikit saja nak kongsi pendapat apa yang berlaku didalam dan diluar negar ini ialah kerana kerisis kasihnsyang telah lama hilang begitulah yahudi telah masuk dalam islam tanpa kita sedari contoh parti politik yang bertanding cara demokersai adalah tingalan inggeris.Olih itu hanya pemimpin yang bertakwa saja akan dapat bantuan tuhan mereka2 ini berusaha mencari cinta tuhan jika mereka mentadbir negara para pemimpinya tidak bergaji tidak ada harta seperti yang berlaku sekarang akhir kata pemimpin yang dijanjikan olih tuhan ialah mereka yang bertakwa bukan mereka yang berpati atas slogan islam amin

    Reply

    saudagar lempoyang Reply:

    Asalam selamat ari raya maaf zahir batin kita yang berugama islam yang beriman akan percaya kitab2 yang d turunkan salah satunya ialah islam akan gemilang kali ke2 d sebelah timur ialah dgn d taja olih tuhan melalui orang2 yang terpilih dgn berasakan ketakwaan bukan berparti mereka2 ini mengusahakan mencari cinta tuhan dan berkasih sayang sesama manusia walau pun bukan islam tidak ada pergaduhan/umpat mengumpat/olih itu kita manusia yang beriman mesti terima sebagai rukun iman insyallah segala urusan dunia tuhan akan uruskan wassalam

    Reply

  1. 1 Anwar’s play acting is encyclopedic (Part 2) « Jebat Must Die Pingback on Sep 16th, 2008 at 4:58 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: Blog: Pimpinan Umno Gusar Berhadapan Dengan Rakyat Perak: Saya tidak terkejut dengan penghakiman Mahkamah Persekut... http://bit.ly/c5Iueg
8 minutes ago
anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
6 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
7 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930