26
Mar
08

Pertumbuhan Parti

Saya menemui pimpinan parti menggesa mereka memperkemas jentera parti dan menambah keahlian. Kita juga berusaha memantap kekuatan tenaga di ibu pejabat dengan menyediakan pejabat baru, tambahan pegawai termasuk penyelidik.

Selain itu parti harus menggariskan progran kerja bagi wakil rakyat dan pimpinan diperingkat negeri dan bahagian.

ANWAR IBRAHIM


61 Responses to “Pertumbuhan Parti”


  1. 1 e Pemuda PAS Mar 26th, 2008 at 4:55 am

    semoga lebih ramai lagi yang akan menyokong perjuangan yang murni ini. semoga juga, kesemua pendokong barisan rakyat tidak jemu dan semakin kuat untuk terus mengenengahkan kebenaran sepanjang hidup. (^_^)

  2. 2 Pangeran Mar 26th, 2008 at 7:09 am

    Syabas DSAI…

    Setapak lagi kita akan ke Putrajaya….

  3. 3 md saleh othman Mar 26th, 2008 at 7:21 am

    Assalamualaikum Dato Seri;

    I am in a bit dilemma now since i am a pas member; only a ‘ketua Cawangan’ and had helped fullheartedly our PKR candidate in Bukit Katil, Melaka. ; En Khalid Jaafar. I had submitted a membership form for PKR recently which was not known by any Pas member.

    I wish to be a YB in future too since i have the capacity; Insyaallah.

    My question is; to be in PAS or PKR? ( I love both). I think i can work better in PKR with your leadership.

    Please advice. I really need. Thank you. Wassallam.

  4. 4 emptmata Mar 26th, 2008 at 8:53 am

    tekankan cawangan baru yg dibuka terus dijadikan pusat aduan/Khidmat penduduk.so automatic cawangan baru akan menjadi pusat tumpuan rakyat.Ahli baru akan datang sendiri perlahan2 melalui keberkesanan
    perkhidmatan kepada penduduk setempat.

  5. 5 Putri Reen Mar 26th, 2008 at 8:59 am

    27.03.2008

    Assalamu Alaikum.

    Dear Sir & Ma’am,

    First of all, We Malaysians Thank You for showing us the true democracy and joining all Malaysians together for a particular purpose to fight and oppose against the highly corrupted and arrogant government, in under ONE and ONLY multi racial political party ( PARTI KEADILAN RAKYAT). We Malaysians unite as one, in seeking a solution to end these terrible problems of our beloved Nation under your kind guideline.

    Dato Seri’ Anwar Ibrahim, The biggest VICTORY is for you: - you have achieved bringing all Malaysians from North to South – East to West to join together to stand tall as ONE MALAYSIAN the TRULY MALAYSIAN WAY. For that we Malaysians salute you sir.

    Now the Rakyat has given you the opportunity to govern 5 states. We know this is an incredibly ENORMOUS task, but we all pretty sure that you are capable of Governing it. We endorse our support and loyalty to you and the party as our appreciation for all that you have done( for future of our great Nation ).

    This is the most greatest gift that ALLAH’ has given you. Use this AMANAH with care and wisdom.

    The utmost expectation of Rakyat is the need to improve the relationship between all the elected members ( MP & ADUN ) of PARTI KEADILAN RAKYAT and rakyat of their constituency. One of the main reasons the Barisan Nasional lost in recent G.Elections was the their arrogant and illiterate MP’s & ADUN’s never visited their constituency at all. I strongly suggest that our Elected members SHOULD and MUST visit their constituency every 3/6 months. Under a banner ** HARI BERSAMA RAKYAT ** to solve rakyat problems by reaching to them directly.

    ** WE MALAYSIANS - LOVE MALAYSIA **

    Wassalam.

    Thank You,

    Puteri Reen
    Malaysian.

  6. 6 Alawiyah Mar 26th, 2008 at 9:28 am

    Ditto. Ya, PKR kini perlukan fasiliti dan sumber untuk bergerak sebagai sebuah organisasi yang besar dan lengkap. Berbagai pelan, rancangan serta program perlu disusun bagi memperkasakan diri untuk menghadapi cabaran.

    Berikutan dengan keperluan untuk menambah bilangan pegawai, saya telah menghantar permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pengurus Perhubungan Awam / Koordinator Program seperti mana yang telah diiklankan pada 11 Mac yang lalu. Bagaimanapun, rasanya iklan tersebut telah di’delete’.

    Saya berharap dapat memberikan khidmat (mungkin secara sambilan pada peringkat permulaan sekiranya diberi peluang) setelah lama mengikuti perjuangan ini semenjak September 1998 di Bukit Damansara lagi.

    Berkhidmat untuk DSAI adalah sesuatu yang diimpikan kerana Dato Seri merupakan idola saya semenjak di bangku sekolah, di MRSM Seremban apabila beliau membuat lawatan.

    Alawiyah

  7. 7 Hazari Mar 26th, 2008 at 9:30 am

    Assalamulaikum DSAI,

    Syabas diatas kejayaan PKR. Susulan dari kejayaan PRU12 PKR harus memperkukuhkan jentera parti dengan menambahkan keahlian, memperkemas jentera parti dan membuktikan kepada rakyat PKR memang boleh memerintah. Memang ramai rakyat yang mahu menyertai PKR dan saya yakin ramai tak tahu dimana perlu mendaftarkan diri. Oleh itu PKR harus menjalankan kempen bergerak untuk menlancarkan gerakan mendapat keahlian baru terutama dimana PKR menang besar seperti di Selangor. Perkukuhkan sokongan orang-ramai dengan menjadikan mereka ahli PKR bukan lagi setakat menyokong perjuangan PKR dari luar. This is the time…. tiada lagi peluang lain. PKR juga boleh menyenaraikan atau menghebahkan senarai pejabat-pejabat parti diseluruh negara bagi membolehkan orang-ramai datang untuk mendaftar menjadi ahli atau sekurang-kurangnya untuk mendapat maklumat lanjut tentang parti. Inilah masanya untuk PKR bergerak bukan membuai mimpi diatas kemenangan PRU ke 12 lalu.

    Syabas sekali lagi PKR. “PKR Pejuang Keadilan Rakyat”

    Hazari

  8. 8 emptmata Mar 26th, 2008 at 9:31 am

    Tumpuan kedua,Awasi kemasukan berbondong2 ahli UMNO ke PKR di negeri2 BA terutamanya di selangor&KL .Nilai keikhlasan mereka….kebanyakannya bukan berdasarkan kesedaran,tetapi lebih kepada hendakkan sesuatu faedah.Ini bakal merosakkan PKR dari dalam dimasa hadapan.(terutamanya yg berhijrah untk niat menjadi ahli majlis2 tempatan @ post2 strategik di dlm parti)

  9. 9 Elias Hj Idris Mar 26th, 2008 at 9:48 am

    Tubuhkan sebanyak mungkin cawangan PKR dan ranting PAS. Kepung UMNO di setiap flet dan kampung sebagai jawapan untuk mengelakkan mereka daripada bangkit semula. Selepas itu, aktiviti kemasyrakatan jangan dilupa.

    Dato Seri,

    Setakat ini masih ramai YB kita yang masih tidak percaya atau sedar yang mereka itu wakil rakyat. Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang dan ada yang menjadi bidan terjun, tetapi terus menang hasil sokongan rakyat terbanyak, masih kedapatan mamun.

    Apatah pula yang terus dapat jadi EXCO, sedangkan kita tau siapa mereka itu sebelumnya?

    Selain daripada memantau, acara kaunseling dan penerangan patut diberi sekerap yang mungkin. Kejutan budaya yang melanda mereka itu dahsyat sekali. Sebab, pada awalnya mereka pun tidak bersedia untuk jadi anggota pemerintah. Mereka sekadar menjadi calon.

    Jadi, kita tidak mahu wakil rakyat yang ‘lost’ apabila terpilih.

    Dan perlu diingat, Dato’ Seri… 4 tahun tidak lama untuk kita menempuh PRU13. Apatah pula kita sedang memegang negeri maju yang momentum pergerakannya amat pantas. Soalnya, berapa lama masa yang akan dambil oleh YB-YB ini untuk menyesuaikan diri? Bila mereka akan mula dan mahu bertindak serta menjadi wakil rakyat yang berkesan?

    Ramai pemimpin UMNO yang hanyut dulu pun inilah laluan mereka.

    Saya mengingatkan ini berdasarkan pengalaman juga. Di kumpulan NST dulu, saya seorang daripada gurkha yang memantau….

    Oops! Cukup setakat ini.

  10. 10 DSST Mar 26th, 2008 at 9:56 am

    DSAI, I have about 6,000 employees & would like to see how we could contribute our services to PKR. Pls have your staffs to e-mail us for further discussion.

  11. 11 Mecindi (melayu,cina,india) Mar 26th, 2008 at 9:57 am

    DS,
    saya cuma mencadangkan beberapa garis panduan yang mungkin boleh diterimapakai oleh BR untuk terus kekal berkuasa.

    Penyampaian maklumat yang berkesan ialah dengan mengadakan lebih banyak hubungan terus pemimpin-pimimpin BR dengan rakyat. Saya cadangkan sekali dalam tempoh 2 minggu turun jenguk setiap kawasan Tidak kira kawasan melayu, cina atau india semuanya dibawah jajahan BR. Bezakan fahaman politik mereka. Lama-kelamaan akan lembut hati orang-orang yang menentang BR bila melihat kepimpinan mulia MP & ADUN BR. Sentiasa positif, meneutralkan sifat agresif penentang BR. Jaga integriti, jangan gadaikan maruah (faham-faham aje la…BR bukan boleh dijual-beli)

    Dicadangkan sekiranya negeri-negeri dibawah naungan BR dapat menyediakan talian Broadband berkelajuan tinggi yang mampu diakses oleh semua rakyat jelata dengan harga yang munasabah dan tidak membebankan khususkan di kampung-kampung. Cari pembekal komputer yang boleh tawarkan harga termurah mampu dimiliki. Saya percaya, akan lebih banyak maklumat sahih dapat dicapai, seterusnya penaklukan negeri berikutnya akan terus jatus ke tangan BR.

    Salurkan/perbanyakkan media berita pembangkang. Memang betul sifat ikhlas tidak perlu ditonjolkan tetapi dalam politik, ini perlu didedahkan kepada mata umum (untuk tatapan penentang BR). Dalam masa terdekat, media perdana akan jadik busuk kalau berterusan melaporkan berita bias.

    Letakkan/dedahkan perbezaan ketara negeri-negeri jajahan BR dengan negeri-negeri lain supaya menjadi contoh dan seterusnya kesemua negeri di malaysia akan jadi milik BR. Sebagai contoh, turunkan/hapuskan cukai pintu.

    Percayalah, Melayu, Cina & India sudah benar-benar berubah…Cayalah! Fuhyoo!

  12. 12 mohammad zakhir Mar 26th, 2008 at 10:09 am

    salam DSAI,
    saya cadangkan mintak diujudkan aktiviti2 gerakan ekonomi (forum) atau kumpulan pemikir di peringkat bahagian dan negeri utk tujuan itu.saya rasa ianya dpt membantu wakil rakyat serta pemimpin parti,..saya percaya pasti byk idea2 yg bernas dan menarik dpt dikumpul..

    Mohammad zakhir

  13. 13 WL Mar 26th, 2008 at 10:12 am

    Yes, what is important now is not only a good strategy in getting the power from BN smoothly but a super unbelievable strategy. I have been following up, not very closely of the activities and I have confident that together, we can make it.

  14. 14 edyesdotcom Mar 26th, 2008 at 10:14 am

    Dato’ Seri,

    Pada pandangan saya, PKR telah menjadi semakin mantap dan dikhabarkan juga, PKR semakin mendapat sambutan dengan kemasukkan ahli2 UMNO yang sedar akan kelemahan dan kepincangan kepimpinan mereka. Ahli-ahli UMNO ini juga pasrah bahawa kepercayaan rakyat kepada UMNO semakin pudar dan retak menanti belah. Saya juga percaya bahawa mereka juga telah lama ketandusan matlamat untuk meneruskan perjuangan dan penghijrahan mereka adalah sesuatu yang dialu-alukan.

    Marilah kita bersatu dalam konteks meneruskan perjuangan memperkasakan bangsa. Bersama-sama kita menggembling tenaga, menjalankan tugas dan peranan masing2 bagi merialitikan Malaysia yang lebih Bersih, Malaysia yang lebih Aman, Malaysia yang lebih Mapan !!

    edyesdotcom.blogspot.com

  15. 15 Edwin Leong Mar 26th, 2008 at 10:21 am

    Saya ingin mencadangkan kepada pucuk pimpinan PKR agar turut membuat satu long term plan untuk Sabah.
    Senario politik tanah air sudah menampakkan perubahan nyata damn mula memperlihatkan kematangan rakyat untuk memilih pemimpin.

    Tahniah.

  16. 16 Adi Fimiyun Mar 26th, 2008 at 10:35 am

    DSAI, is there any statement regarding the issue on Pope’s baptism on Saturday of a prominent Italian Muslim convert?

    This is also will be the major point for Malaysia, especially the Rakyat Coalition to set up the committee that will look and handle each cross cultural issues.

    Let’s highlight our diversify as our strengh, not the point to be a racial hero.

  17. 17 Siew Meng Mar 26th, 2008 at 11:05 am

    Sekarang PKR sudah menjadi “fashionable” dan kemasukan ahli baru semakin bertambah. Kita seharusnya menerima ahli ahli baru ini tetapi berwaspada kerana unsur unsur buruk boleh pecah belahkan parti terutamanya di peringkat Bahagian.
    Soalan 1: Adakah kami mempuyai “by-laws” dan difahami oleh semua angota?
    soalan 2: Ahli-ahli baru mesti mempunyai “probationary period” ie. selama 2 tahun dimana mereka dilarang memegang position dalam jawatankuasa. Mereka diberi peluang memahami “culture” bahagian dan PKR. Ahli ahli lama diberi kesempatan utk memahami mereka. Perebutan untuk position dan kuasa di dalam parti akan memecah belahkan parti.

    Kemasukan beberapa candidate dlm pilihanraya 12 ini yang bkn dri Bahagian atau yng sebelum ini bkn dri PKR langsung sudah mempuyai kesan yng tidak positif di peringkat bhgn. Kesalah fahaman diantra candidate dan pekerja2 jentera hampir meruntuhkan kempen. Ini boleh dielakan sekiranya kita memastikan bhwa org yng baru masuk parti diberi masa supaya dia memahami culture dan difahami oleh anggota lain. Adkah ini diberi pemerhatian di dalam bye-laws parti.

  18. 18 sophie Mar 26th, 2008 at 11:12 am

    Dear Anwar Ibrahim,

    Malaysia has definitely entered unchartered territory following the watershed elections on Mar 8, due partly to the success of you and the opposition coalition.

    For your reading pleasure:

    http://sophiesworld-sophiesworld.blogspot.com/2008/03/wanted-new-malaysian-pm-part-2.html
    http://sophiesworld-sophiesworld.blogspot.com/2008/03/new-beginning-for-malaysia.html

    Cheers

  19. 19 Alpa Mar 26th, 2008 at 11:30 am

    Assalamualaikum,
    DSAI walaupun baru YB dari PKR jika diberi tunjuk ajar oleh DATO’ saya percaya mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan selalu memperingati mereka bahawa jawatan mereka adalah amanah rakyat yang harus dipelihara dengan baik, jangan jadi macam UMNO dah tak sedar diri rakyat memberi isyarat bahawa kempimpinan tidak relevan lagi terhadap rakyat dari Semenanjung kecuali Sabah dan Sarawak yang masih terlambat sedikit kesedaran untuk membuat perubahan.
    Setiap wakil rakyat dari PKR mesti ada KPI untuk memantau mereka masalah rakyat yang dihadapi dengan cara ini pihak Parti tahu keberkesanan wakil rakyat dari PKR dalam menjalankan tugas. Harus diingat untuk mendapat sesuatu kawasan bukannya mudah, untuk runtuh tersangat mudah tak payah buat kerja 4 tahun tengok apa akan jadi. Rakyat Malaysia sekarang tahu menilai, termasuk dari Istana apa inspirasi rakyat.

    Wassalam

  20. 20 macanhitam Mar 26th, 2008 at 11:53 am

    Dato seri,
    Ini ditujukan khas kepada dato seri & barisan rakyat;

    http://www.youtube.com/watch?v=GYyeO8XlCbo

    Sebar-sebar kan. “Kalau bukan sekarang, bila lagi?”

  21. 21 keris ucop Mar 26th, 2008 at 12:17 pm

    saya kecewa dgn ahli jemaah Tabligh yg tak ambil tahu hal politik…yg sokong BN pun ramai lg.

    HARAP ANWAR ATAU NIk AZIZ DAPAT BUAT ZIARAH KE MASJID SERI PETALING..BUAT SESI DIALOG.

    perbtulkan mentaliti diorang yg tertutup ini.

  22. 22 BarisanRakyat fan club Mar 26th, 2008 at 12:28 pm

    Dear DSAI,

    This Saturday(29/3/2008) ,there will be Himpunan Rakyat at Dataran Mederka to show our undivided support to our DYMM Yang Dipertuan Agong,Sultan Mizan(http//desperadobn.blogspot.com).Will Barisan Rakyat support this course of action by us?

    Regards

  23. 23 NeEM Mar 26th, 2008 at 12:40 pm

    Terima kasih kerana menghargai bloggers.
    Pak-pak menteri kabinet pun sibuk memperkatakan blog sekarang ini.

    Apa kata DSAI?

    bloggedneem.blogspot.com

  24. 24 observer Mar 26th, 2008 at 1:31 pm

    Salam DSAI,

    Kehadiran ahli-ahli baru kedalam PKR sesuatu yang baik dan perlu dilihat secara positif dan profesional.Walaupun sebelum ini mereka merupakan ahli daripada parti BN tidak semestinya BR menghukumi mereka secara tidak adil.Kita ketahui tsunami PRU12 yang lepas adalah disebabkan oleh mereka-mereka ini juga kerana rasa tertekan dan tertindas.Kebanyakkan mereka ini adalah peniaga-peniaga bumiputera atau pun kaum lain yang terpaksa menjadi ahli umno/BN sekiranya mahu meneruskan perniagaan.Sekiranya mereka ini bukan ahli mana-mana parti atau parti pembankang agak sukar untuk mereka mendapatkan kerja-kerja berkaitan perniagaan mereka tanpa melalui politik.Siapakah yang mewujudkan sikap yang sedemikian kalau tidak pemimpin-pemimpin yang bersikap tidak adil dan telus dimasa dahulu.

    Apapun janganlah kita terus menghukum tanpa ada sebab-sebab yang rasional.DSAI sendiri dahulu adalah ahli UMNO dan banyak penyokong DSAI diantara kalangan ahli UMNO sendiri.Kematangan dan keterbukaan fikiran orang-orang melayu menjadi lebih tegas dan berani apabila taraf hidup semakin menekan mereka.Sememangnya diakui bahawa ada segolongan yang akan mencari faedah dan terus bersikap menindas dan menekan.Siapakah mereka ini kalau bukan orang yang dahulu sememang kroni kepada seseorang pemimpin.Maka mereka-mereka inilah yang seharusnya diberi penerangan dan sekiranya berterusan perlukan hukuman.

    Banyak pihak melihat tsunami PRU12 sebagai satu hukuman tetapi apa yang saya rasakan ini adalah satu kebangkitan rakyat melalui perpaduan yang jarang dan sukar dilihat walaupun tanpa proses penerangan dan praktikal yang sewajarnya.Berlakunya penyatuan dan keberanian ini adalah bertujuan untuk memberi penyedaran kepada semua ahli politik agar jangan memandang rendah kemampuan rakyat.Bermuhasabah diri dan pikul amanah yang diberi oleh rakyat sebagai mandat kerajaan samada parti memerintah atau pembangkang.Jangan diwujudkan ideologi sendiri tanpa ada kesedaran tentang suara-suara rakyat.Rakyat khususnya orang melayu haruslah bersatu padu dan untuk tempoh empat tahun ini bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum,buang sikap berhasad dengki dan tingkatkan ekonomi melalui pembelajaran dalam kehidupan seharian.Sikap mengampu harus dijauhi agar pemimpin tidak terleka dengan mandat yang diberi.

    Sedarlah yang kita hanya seketika di dunia ini.Generasi yang seterusnya akan mewarisi apa yang bakal dilakukan oleh kita.Tiada manusia yang sempurna tetapi perlulah mencari kesempurnaan dalam hidup.Rakyat sekarang ini tidak lagi mahu melihat cara penyelesaian sesuatu masalah tetapi mahu melihat keputusan/penyelesaian kepada masalah itu.Inilah tokoh pemimpin yang dicari oleh rakyat, bukan pemimpin yang hanya bercakap tentang penyelesain tapi tidak pernah menyelesaikannya.Inilah senario yang berlaku dalam BN.

    Oleh itu semua rakyat khususnya orang melayu perlulah bersatu dan mengembling tenaga dan berusaha memartabatkan Agama,bangsa dan negara dimata dunia tanpa menindas kaum lain dalam erti kata Malaysia untuk Malaysia.Fahami dahulu sesuatu perjuangan sebelum membuta tuli berjuang tanpa berlandaskan hukum agama dan hukum dunia.Arus penyatuan telah wujud,perkukuhkan ia dengan rasa keikhlasan.

  25. 25 anak melayu Mar 26th, 2008 at 1:42 pm

    Asalamualaikum, Dato’ Sri,saya telah mengikut gerakan reformai dari hari pertama saudara dipecat dari TPM sehingga sekarang,saya memberi beberapa cadangan untuk mengukuhkan BR, saya rasa lebih wajar dinamakan Barisan Rakyat seolah menunjukkan rakyat sedang berhadapan dengan kelompok sang penguasa yang zalim.

    1. Terus kekal dengan menifesto PRU 12 dan perlu ditambah seperti pemberian bonus kepada kakitangan awam. Pengahapusan PTPTN. Semua ini bertujuan untuk mendapat sokongan tambahan kakitangan awam dan pelajar IPT.

    2. Membuat web tv seperti tv PAS, tapi perlu diselaraskan dan diberi nama “TV rakyat” atau warta rakyat, dan mengandung semua akiviviti,ceramah dan segala program BR dan bersama menteri BR,dan paling utama perlu dilaksanakan dalam pelabagai bahasa,

    3. Menanbahkan bilangan ahli khususnya golongan muda, BR telah dihina di Ijok kerana BN telah menggunakan golongan muda untuk menunjukkan kekuatan mereka. PRU 12 pemuda telah banyak membantu BR dan hal ini perlu ditambah untuk memastikan parti BR sentiasa disokong oleh orang muda. Wanita keadilan juga perlu ditambah.setiap ceramah, keahlian perlu sentiasa dibuka.

    4. Segala risalah,brosur yang mengemukakan tawaran kerajaan BR dan membuka penyelewengan BN perlu diberikan,hal ini amat berkesan dalam PRU 12, juga perlu dalam pelbagai bahasa untuk memberi kefahaman kepda manusia.

    5. PKR perlu mengembangkan sayap di Sabah dengan lebih agresif kerana politik disana mudah berubah berbanding sarawak.

    Semoga BR akan lebih berjaya pada masa akan datang, kini anak muda dan orang ramai sudah tidak malu menggunakan logo BR pada kereta motor dan baju,kalau boleh selaraskan supaya BR nampak lebih bersatu. Moga sedikit ilmu psikologi dan politik yang saya pelajari dapat membantu BR supaya lebih gah dalam negara tercinta ini.

  26. 26 Syed Zakaria Mar 26th, 2008 at 1:51 pm

    Salam Sejahtera utk DSAI dan semua pencinta Islam, kebenaran, keamanan,dan Keadilan,

    Saya memohon jika dapat semua ADUN, Exco atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan pimpinan BA, meberikan alamat email masing-masing, supaya rakyat dapat terus berhubung dengan mereka. Pandangan ini saya utarakan sebab bukan semua golongan rakyat mampu untuk berjumpa pihak pimpinan bagi menyuarakan masalah dan pandangan mereka. Saya rasa ini akan lebih mendekatkan pimpinan BA kepada masyarakat. Sebab pihak BA perlu menggunakan tempoh sehingga pilihanraya 13 sebaik mungkin, dengan tidak memberi ruang kepada BN untuk cuba bertapak dihati rakyat Selangor.

    Pemimpin BN hanya menanam tebu ditepi bibir….

    Wassalam.

  27. 27 anak mak Mar 26th, 2008 at 2:03 pm

    setahu saya, ramai di kalangan ahli-ahli umno sentiasa mengikuti perkembangan blog ini lebih-lebih lagi perkembangan dan berita terbaharu dari saudara anwar. silakan dan bacalah dengan hati yang ikhlas.

    anda tidak mempunyai pilihan. samada anda mengikuti kami dalam barisan rakyat atau anda harus memperbaikki parti anda. usir keluar orang-orang yang gila kuasa yang bermaharajalela di sana.

    ibubapa saya orang umno dari dulu hingga sekarang. alhamdulillah, sedikit demi sedikit tarbiyah yang saya lakukan dengan penuh diplomasi membuka minda mereka. tanpa mereka sedari, mereka telah beku dalam pejuangan yang telah lari dari landasan yang sebenarnya.

    sebagai contoh, sewaktu saudara anwar merengkok dalam penjara, saya bermati-matian mempertahankan saudara anwar tidak bersalah di hadapan bonda saya sehingga terkeluar cerita kak wan meminta cerai dari saudara anwar. di tahap ini saya meletakkan hukum lebih tinggi dari hubungan ibu dan anak kerana fitnah tanpa saksi itu amat berat dalam islam. ini saya lakukan kerana kasihnya seorang anak pada bondanya kerana saya tahu beliau termakan dengan dakyah-dakyah yang berlaku di sekelilingnya.

    bangunlah bangsa melayu, letakkan kebenaran itu pada tempat dan nilai sebenarnya. saya tidak malu menyatakan saya adalah anak umno tetapi ilmu yang ditimba bukan bermakna saya harus berkiblatkan umno. minda yang terbuka lebih membuka ruang untuk kita mencari kebenaran.

    buat saudara anwar dan keluarga, sebagai kasihnya anak kepada bondanya saya dengan rendah diri memohon seribu kemaafan.

  28. 28 yuhin90 Mar 26th, 2008 at 2:06 pm

    Assalamualaikum WBT,
    DSAI, di sini saya ingin mengajukan beberapa soalan yg telah ditujukan kpd sebuah group yg majoritinya penyokong BR. Saya harap DSAI dpt menjawab soalan2 tersebut. Terima kasih..

    [quote title=Azmil wrote on Thu, 20 March 2008 21:59]Rakan - rakan yang dihormati sekalian,

    Sebenarnya saya ada beberapa perkara yang telah lama saya lihat, teliti tapi dipendamkan dan ingin saya tanya pada Anwar Ibrahim, namun tidak berpeluang..Siapalah saya untuk dia luangkan masa nak jawab soalan pulak kan?

    Mungkin ada rakan - rakan di sini yang rapat dengan beliau atau memahami perjuangan beliau, mungkin dapat jelaskan.

    Isu ini is very much about agama juga, sebab itu saya rasa forum ini sesuai untuk membincangkan hal ini.

    Jangan salah faham, saya juga salah seorang yang mengagumi Anwar Ibrahim sebelum era reformasi lagi pun. bagi saya beliau punya karisma dan penuh dengan kehebatan dari segi politik…cuma fikiran saya terganggu dengan tujuh perkara ini.

    1) Mengapakah banyak program PKR ditaja Konrad Adeneur Foundation? Bukankah KAF adalah pertubuhan Yahudi dan juga dikaitkan dengan Freemasonry?

    2) Mengapakan Anwar insist untuk menggunakan IMF semasa krisis ekonomi 1997? Bukankah IMF adalah alat neo - con Yahudi dan Amerika serta Freemasonry untuk menguasai negara - negara dunia ketiga. Dan bukankah juga negara - negara yang guna IMF semua tidak dapat pulih dari kejatuhan ekonominya sehingga kini disebabkan menanggung bebanan hutang dari IMF?

    3)Mengapakah Anwar mengadakan banyak pertemuan dengan Paul Wolfowitz? Bukankah dia adalah antara perancang utama Zionis dan hegemoni Yahudi di dunia?

    4) Mengapakah Anwar sering dipuji tetapi pemimpin lain Malaysia seperti Tun Mahathir malah PAS juga sering dikritik oleh majalah - majalah seperti Times dan Newsweek malahan juga CNN yang dimiliki oleh konglomerat Yahudi?

    5) Bendera PKR adalah dua bulan sabit. Tapi kalau diteliti kadang - kadang dari jauh nampak simbol satu mata. Kenapa guna simbol satu mata? Bukankah simbol satu mata adalah simbol freemasonry dan juga dikaitkan dengan Dajjal?

    6) Kalimullah hassan, editor NST dituduh orang sebagai agen yahudi yang dibawa masuk dari Singapura..Siapa yang bawa dia masuk ke Malaysia? Orang kata Khairy Jamaluddin. Siapa yang influence Pak Lah untuk bebaskan anwar? Orang kata Khairy Jamaluddin.Ada orang tuduh Khairy agen negara asing, tapi kalau dia agen asing bebaskan anwar, anwar dengan khairy gang ke?

    7) Ketua think thank anwar adalah Khalid Jaafar. Ada sumber kata dia mengaku sebagai liberalis dan sosialis? Kalau benar, kenapa dijadikan ketua think thank?

    Sekadar pertanyaan yang membelenggu minda. Mungkin ada rakan yang dapat explain. Harapnya kalau persoalan ini semua dapat terjawab, insya Allah, saya akan jadikan beliau role model saya semula..

    Allahualam..

    maaf kalau isu ini tidak sesuai dibincangkan di sini..

    Terima kasih.

    [/quote]

  29. 29 Safuan A.k.a Sipenglipurlara Mar 26th, 2008 at 2:43 pm

    Tahniah buat anda.. Semoga Selangor akan sukses!!!

  30. 30 seri.seri88 Mar 26th, 2008 at 3:32 pm

    DSAI,
    Syabas dan tahniah atas kejayaan PKR. Semoga dapat memperkukuh dan memperkemaskan jentera parti untuk masa-masa akan datang. Perjuangan memang tidak sia-sia, dan saya sendiri mengikuti perjuangan ini semenjak di Bukit Damansara, September 1998…

  31. 31 Zul Mar 26th, 2008 at 4:11 pm

    Salam Dato’ Sri,

    Memandangkan Exco di Perak belum dilantik lagi, saya ingin mengadu dahulu kepada Dato’ Sri akan keadaan business peniaga melayu di Kuala Kangsar [terutama di Lembah(tepi sungai)]yang dicengkam masalah sewa yang meningkat semasa zaman pemerintahan YDP MPKK yang dahulu, En. Rahim. YDP tersebut telah menaikkan sewa kedai di lembah daripada RM 200 kepada RM 300.00 atas alasan yang dangkal iaitu peniaga-peniaga melayu disini menyokong pembangkang. Ini membebankan peniaga di sini yang rata-rata menerima kunjungan orang ramai hanya pada hujung minggu atau cuti sekolah. Adalah diharapkan dapat pihak Dato’ Sri highlightkan isu ini pada MB Perak iaitu YAB Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin agar kadar sewa ini dapat dikurangkan atau dikembalikan kepada asal. Majoriti peniaga di sini adalah orang Melayu dan hanya bergantung kepada sambutan di kedai ini sahaja. Sambutan orang ramai yang sederhana dan tindakan tidak professional YDP MPKK(telah bertukar) ini mengundang masalah kepada peniaga melayu itu sendiri. Menggunakan kuasa yang ada untuk menindas bangsa sendiri adalah ciri-ciri pemimpin yang rakus serta gila kuasa dan tidak sepatutnya dilantik sebadai YDP pun. Adalah diharapkan masalah peniaga di kuala kangsar, gerai tepi sungai di lembah ini dapat dipanjangkan kepada pihak MB. Sekian, terima kasih.

    Wakil Peniaga Gerai Tepi Sungai
    Kuala Kangsar

    P.S : Nak harapkan Kak Fidah(Ahli Parlimen KK) … udahler… datang pun masa pilihanraya jer…

  32. 32 sabahan Mar 26th, 2008 at 4:16 pm

    Assalamualikum,

    saya cadangkan pemimpin2 BA terutamanya PKR & DAP untuk bergerak aktif di Negeri Sabah (Saya org sabah)..

    Sebenarnya di sabah masyarakatnya kurang mengetahui mengenai BR sebab rata2 mereka mengikuti media arus perdana yang nyata berat sebelah..sebab tu BN boleh menang besar di sini..

    jika pendedahan dari segi kempen, aktiviti2 kemasyarakatan, pembukaan pusat BA bagi menambah ahli, perjumpaan dengan wakil2 PKR yang kalah pada PRU12 yang lalu..dan banyak lagi aktiviti yang di fikirkan perlu..saya fikir pasti lebih ramai ahli baru yang boleh diperolehi..

    DSAI..hantarlah wakil & lawat2 lah kami di sabah ni…kami menyokong BR 100%..

  33. 33 arifabdull Mar 26th, 2008 at 4:21 pm

    pls advice your khalid of Selangor, don’t just being an another capitalist antics, kalau tidak korang pun perompak sama macam UMNO/BN!

    Ikhlas,

    Arif

  34. 34 arifabdull Mar 26th, 2008 at 4:21 pm
  35. 35 marjono9 Mar 26th, 2008 at 4:26 pm

    Askm Dato Seri,
    Tahniah kerana memimpin BA mencapai kejayaan yang cemerlang.Bagi saya yg berada di selatan tanahair,gelombang besar ini belum kelihatan lagi.Mungkin barisan BA belum mampu menyakinkan mereka kerana sudah berpuluh tahun dibawah BN,otak pemikiran mereka belum terbuka lagi.Ataukah Barisan BA belum menonjolkan pemimpin yg betul-betul berkaliber.

  36. 36 ameer Mar 26th, 2008 at 4:33 pm

    Assalamualaikum wbt DSAI…….

    Saya amat bersetuju dgn stategi pemamtapan ini…kita harus sentiasa pastikan (dgn izin untuk saya gunakan istilah ‘brand’)…’brand’ Parti Keadilan Rakyat(PKR) khasnya dan ‘brand’ Barisan Rakyat (BR) amnya sentiasa menjadi sejati di hati dan sanubari ingatan seluruh warga rakyat Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia yg cintakan keadilan dan kejayaan yg lebih baik di masa kini dan selamanya…Insyalah berkat kesungguhan dan kegigihan setiap ahli dan seluruh rakyat Malaysia PKR dan BR akan memacu Malaysia ke dunia yg lebih maju dan disegani di seluruh dunia selamanya.

  37. 37 kuan Mar 26th, 2008 at 5:37 pm

    Salam dato seri

    mahu tanya , ke mana menghilangnya dato halik zaman . rasanya dah lama dah ni . ha ha.

    Borang keahlian perlu dibekalkan kepada setiap ahli baru sekurang-kurangnya sepuluh keping. Ini secara tidak langsung , setiap ahli ada peranan dan dan dapat berasa kehadirannya dalam parti serta bekerja untuk menambah ahli. Perlu juga diselitkan alamat blog2 pro BA untuk ahli baru mendapat berita yang seimbang memandangkan media BN masih tak sedar diri ( diselitkan pada borang keahlian ) . Setiap DUN seluruh negara perlu adakan program kembara rakyat bertujuan untuk mendampingi dan menjelaskan dasar2 PKR disamping mengenalpasti agenda perubahan yang sesuai / kekuatan yang ada di tempat2 tertentu terutamanya kawasan pedalaman.

    Pimpinan kena menggalakkan gerakkerja di peringkat bahagian dan semua cawangan uang telah dan bakal tertubuh.

    Delamat bekerja

  38. 38 anak mak Mar 26th, 2008 at 6:18 pm

    idea kuan memang menarik. memang perlu diletakkan alamat blog2 pro barisan rakyat. yang tidak tahu akan menjadi bertambah tahu dan yang kurang berminat akan menjadi bertambah berminat. kemenangan barisan rakyat adalah sebuah iklan yang mempunyai pengaruh yang cukup besar.

    syabas kuan.

  39. 39 ameer Mar 26th, 2008 at 7:55 pm

    Assalamualaikum DSAI…

    Saya ingin mencadangkan DS mewujudkan juga ‘brand’ Barisan Rakyat seperti akhbar Barisan Rakyat,TV Barisan Rakyat,laman web dan blog Barisan Rakyat, dan sekaligus mewujudkan Parti Barisan Rakyat yg saya rase Insyalah akan diterima oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia termasuk org Barisan Nasional.

  40. 40 Budak Temerloh Mar 26th, 2008 at 10:08 pm

    Setuju sangat dengan saranan Bro Anwar untuk memperkukuhkan parti. Menambah keahlian rasanya sudah tidak menjadi masaalah besar kerana berebut-rebut yang nak masuk malahan yang menawarkan diri untuk memimpin bahagian pun sudah kedengaran walhal selama ini tak pernah nampak batang hidung dalam mana-mana program parti.

    Walau macam mana pun, kami tegas dengan pendirian kami, tak kira siapa yang ingin menjadi ketua kami, beliau mestilah bukan hanya pandai berceramah, atau sekadar popular sebagai penceramah tapi beliau mestilah seorang yang tahu memimpin, tahu menghargai ahli-ahli bawahan, sanggup berkorban masa, wang ringgit untuk parti.

    Anyway Bro Anwar, we believe we are now on the right track, and we hope that all our new members(included oppotunist!!) can work together, side by side with honesty to make our dream come true. Insyaallah. Lets us make all Malaysian proud to be a Malaysian. To all BNs members, come and join us but in one conditon, jangan buat perangai BN dalam Barisan Rakyat!. We are totally difference from BN.

  41. 41 wongparksung Mar 27th, 2008 at 2:57 pm

    PKR sekadar boleh pakai saje lah, at least so much better compared to najis BN. A lot of PKR leaders/ calon2 2×5 BN monkeys, (just look at PKR Sabah) how to support?

  42. 42 mks134 Mar 27th, 2008 at 4:44 pm

    saudara anwar…cukup2 lah membohongi rakyat…jangan lah bersekongkol dengan yahudi untuk mencapai objektif peribadi anda..anda tak rasa berdosa ke memecah belahkan rakyat Malaysia???

  43. 43 Zack Mar 27th, 2008 at 5:56 pm

    Cadangan, cadangan, cadangan lagi.

    Kenapa tak di ‘Upload’ kan aje borang keahlian PKR di laman blog DS.
    Semua orang boleh download, isi borang, pos ke alamat pejabat PKR (Bahagian keahlian)

    kenapa la aku tak pikir benda ni dari dulu??? hehe

  44. 44 akmal Mar 28th, 2008 at 1:10 am

    salam Dato’seri
    Maaf, saya cuma nak tau,- skg ni di kampung2 pun sibuk akan penubuhan PkR. Ada khabar yang kurang enak sampai ke pendengaran saya. saya hanya nak tau, dan saya amat2 berharap perkara ini tidak benar. - adakah ianya benar, sesiapa yg dpt menubuhkan PKR akan dapat habuan RM10K? risau saya m’dengarnya. yg saya sedia maklum, setiausaha PKR yg baru di lantik di kg saya, mcm lalang. skjp masuk PAS, bila tiada benefit utk dia, dia masuk pula umno, dan skg PKR tengah mekar, dia terlibat dalam pkr pula………….

    lagi satu, harap dato’ seri dapat membalas email pasal yahudi tu. pengaruh khairy jamaludin atas pembebasan dao’ pun saya pernah dengar dulu. Madeline albright pun menyokong dato’ seri juga dulu. saya tak salah kan mereka. sebab Dato’ seri seorang pemidato yang baik dan juga pemimpin yang berwibawa.

    T/kasih

  45. 45 Overseas student Mar 28th, 2008 at 9:40 am

    Datok seri,

    saya sokong cadangan zack. semua orang bolehn download borang keahlian pkr.
    saya dari luar negara pun nak jugak jadik ahli

  46. 46 ameer Mar 28th, 2008 at 12:44 pm

    Assalamualikum wbt…

    Saya harap admin dalam blog DSAI lebih peka dan tidak memasukkan unsur2 yg negatif seperti saudara MKS134….lebih baik kita beri komen2 yg membina dan positif bukan komen2 yg meruntuhkan seperti komen MKS134…lebih baik kita bertanya sendiri dgn DSAI jika kita tidak berpuas hati dan janganlah menfitnah beliau..saya lihat DSAI bukan pemimpin yg suka menyembunyikan keburukan diri sendiri dari RAKYAT…DSAI merupakan pemimpin yg open dan boleh menjawab sebarang komen drpa seluruh rakyat Malaysia….saya memuji sikap saudara Akmal yg lebih positif dlm memberi komen yg membina dan sebarang unsur ketidakpuasan hati haruslah di tanya terus kpd beliau sendiri…kini dunia telah berubah ke arah yg lebih open,globalisasi tanpa sempadan dan kini kita perlu bersikap terbuka dan tidak jumud…rakyat Malaysia sudah pandai menilai sendiri yg mane baik dan buruk…diharapkan kita tidak perlu menabur unsur2 negatif kerana dunia sudah berubah…dunia tanpa sempadan harus digunakan ke arah yg lebih positif…

  47. 47 tun sepora Mar 29th, 2008 at 3:54 am

    Assalamualaikum

    Salam Perjuangan

    Ringkas sahaja pertanyaan saya iaitu APA PENDAPAT SAUDARA DAN SAUDARI TENTANG PENUBUHAN PARTI MAHASISWA NEGARA (PMN) SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM KE-12?
    Saya harap kita dapat berkongsu pengalaman.
    Elias Hj Idris,saya minta juga pendapat saudar tentang perkara ini.
    Terima kasih

  48. 48 Budak Temerloh Mar 29th, 2008 at 10:09 am

    Biarkan MKS134 melepaskan dendam kesumat dia di sini. Tuduhan dia tuduhan lapuk yang bersandarkan dendam kesumat terhadap Bro Anwar. Saya bukan pengagum Bro Anwar tapi pendirian saya jelas. Yang teraniaya wajib kita bela. Yang layak kita tabalkan sebagai pemimpin, kita tabalkan. Kalau Bro Anwar tergelincir dari landasan perjuangan sebenar, rakyat akan menghukum dia sebagaimana rakyat buktikan pada BN.

    So Bro Anwar, berjuanglah dengan penuh keikhlasan. Anda mesti tidak sanggup di aibkan untuk kali ke 2, dan kali ini bukan kerana fitnah tapi kerana di tolak oleh rakyat marhaen.

  49. 49 garfield city Mar 29th, 2008 at 1:02 pm

    Ameer,

    You are right. There are many BN agents like mks134 & Akmal out there trying to infiltrate our BR blogs to destabilise our morale. If they choose to retaliate, they can always do so in their own territory, it will be fine for us BR supporters. But they are suffering from inferiority complex in their own BN blogs(if any). So therefore, moderators in Anwar blog shouldn’t entertain these comments any more,don’t give them prominence here,they don’t deserve any. There is a separation between day and night. BN represents DUSK while Barisan Rakyat symbolizes DAWN, a new beginning and a brand new hope. Malaysians should be smiling the way DSAI smiles in his ceramahs and for the cameras.

  50. 50 Teropong Sbg Perai Mar 29th, 2008 at 5:51 pm

    Saya mencadangkan untuk kempen keahlian perlu ada kerjasama dengan PAS misalnya diperingkat Grassroot spt persetujuan membuka payung/meja untuk pendaftaran ahli disetiap program-program ceramah umum dan perjumpaan yang melibatkan sambutan umum.Perkara ini perlu perbincangan awal dengan pimpinan PAS berhampiran dimana kedua-dua parti ini dalam Barisan Rakyat membuka meja/payung untuk pendaftran ahli baru kepada umum yang berminat…sementara mood orang ramai terutama yang nak jadi ahli tengah bersemangat dan membara…memang terdapat ramai orang UMNO yang berminat setengah nya “malu” untuk jadi ahli PAS tapi mereka mahu jadi ahli PKR

  51. 51 Elias Hj Idris Mar 29th, 2008 at 11:52 pm

    tun sepora,

    Terima kasih kerana meminta pendapat.

    Golongan siswa adalah butir-butir mutiara buat masa depan negara. Selama tempoh di IPT, siswa mempunyai ruang eksperimen yang teramat luas dalam membina jati diri dan sahsiah.

    Semua itu adalah bekal untuk melayakkan siswa menjadi pemimpin masa depan.

    Namun, AUKU telah merencatkannya. Lebih teruk lagi apabila Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan sebagai sebuah entiti. Para siswa lalu dilayan bagaikan kanak-kanak sekolah (di sinilah terserlah betapa tidak cerdikya pemimpin negara). Daya kreativiti dan pergerakan siswa disekat dan dikepung. Maka hasilnya, saban tahun puluhan ribu graduan Melayu menganggur.

    Kalau dapat bekerja pun selalunya tidak setimpal dengan kelulusan yang ada (jauh berbeza daripada kaum lain). Dan sekali lagi tahap kecerdikan pemimpin dapat dinilai.

    Kenapa?

    Golongan siswa telah menjadi mangsa politik murahan mereka.

    Oleh yang demikian, PMN itu besar gagasannya. Ia simbol kebangkitan para siswa dari lena yang panjang.

  52. 52 Radzwil Ranjit Abdullah Mar 30th, 2008 at 2:01 am

    Assalammualaikum Dato’ Seri (Malaysia 6th PM). Firstly taniah atas kejayaan kita. Dato’ Seri I want to be a member of PKR. The problem is my home town is Kangar, now I leave in PJ and work in KL. I was very active in keadilan back in 2003 in Kangar with Cikgu Khoo. (I left coz……) Please Advice. Janji saya berjuang 101% untuk Malaysia Baru.

  53. 53 anak kenyalang Mar 30th, 2008 at 3:49 am

    Kepada DSAI

    Sarawak Bumi Kenyalang adalah satu lagi negeri maju dan kaya di Malaysia. Harap pada DUN kali ini BA dapat sekurang kurangnya menafikan majoriti BN.

    Sedarkan rakyat Sarawak agar menumbangkan pemimpin pemimpin BN yang ego dan sibuk memperkayakan diri dan kroni dgn hasil bumi kenyalang ini.

    Saya bersedia mencalonkan diri atas tiket keADILAN untuk mencabar sesiapa sahaja pemimpin bongkak di Sarawak.

    SALAM REFORMASI

  54. 54 anak kenyalang Mar 30th, 2008 at 4:01 am

    Saya bersetuju dengan pendapat saudara wongparksung….pastikan PKR letakkan calon yg berkualiti…(beliau menyatakan PKR Sabah letak calon tak berkaliber)Itulah juga apa yang berlaku di Sarawak.

    Wahai kawan kawan BA sekalian, cuba bayangkan?? Bagaimana rakyat Sarawak nak berikan undi kepada PKR jika calon calon nya ialah:

    -Orang Tua yng nak tulis namanya sendiri pun ambil masa 10 minit
    -Bekas cikgu yang ada masalah gangguan seksual terhadap pelajar perempuan
    -Driver Van
    -Penganggu

    Ada ketikanya saya Malu sebagai penyokong PKR…calon PKR..hampeh..

    Sila tapis calon calon yang menawarkan diri. Contohilah PAS yang ada maslis syura nya sendiri utk menapis calon calon.

    Jika calon PKR nanti adalah calon bidan terjun sahaja, bagaimana nak mendapatkan kepercayaan rakyat.

    Sila ambil perhatian tentang perkara ini. Kami rakyat Sarawak juga sudah jemu dgn pimpinan Beruk Beruk Negara ne,,tapi kami tiada pilihan.

    Salam Reformasi

  55. 55 akmal Mar 30th, 2008 at 1:37 pm

    salam,

    maaf saya tidak mau berceloteh panjang. cuma ingin saya tegaskan di sini, saya bukan ejen/pengintip/penghasut mana2 pihak.
    saya hanya seorg insan yg hari2 mesti tgk blog marhaen,malaysiakini dan harakahdaily.saya mengkagumi dsai since beliau belum mnedapat gelaran dato’ lagi. walaupun saya masih budak lagi ketika itu tapi mmg saya amat2 mengkagumi beliau. dulu saya sukong umno sbb beliau juga. masa beliau dipecat, saya sering menyertai reformasi. sering menghadiri solat hajat di rumah beliau di jln setiamurni. Dpt bersalam dan mengucup tgn allayarham Mak Yan.
    kini setelah berkeluarga- segala aktiviti saya terus slowdown, tapi bukan bermakna saya beralih arah! never!
    saya rasa saya jujur bertanya, terpulang pada yang menerima. satu shj- saya harap pkr terus mekar! tolong pantau kegiatan ahli. maklum, skrg ni ramai umno yg tukar parti , itu bagus. yg tak bagusnye jgnla sifat politik umno tu di bawa bersama! .

  56. 56 TAN SRI JEBAT A.M.N. Mar 31st, 2008 at 6:44 pm

    BRISAN RAKYAT (BR) @ BARISAN ALTERNATIF (BA) SHOULD NOW CHANGE TO NEW IDENTITY. DONT USE THE WORD “BARISAN” ANYMORE BECAUSE “BARISAN” ALWAYS REFERED TO MANY PARTY COMPONENTS LIKE BN. WE DONT WANT ANY SIMILARITY WITH THEM.!!!!! BECAUSE THAT WILL REMIND US OF THE BODOWI
    REGIME.

  57. 57 remadel Apr 1st, 2008 at 4:17 pm

    Datuk Seri,

    Saya nak buka cawangan BA (PKR) kawasan daerah kami utk persediaan PRU13, bagaimana caranya?…

  58. 58 Harris Apr 3rd, 2008 at 3:11 pm

    Datuk Seri, saya telah jadi ahli KeADILan sejak mula-mula dilancarkan. Saya masih ingat lagi pada masa itu Chandra dan Datin Seri berceramah diTaman Melur Ampang, Sekarang saya sudah pindah dari Ampang ke Pahang. Baru2 ini saya telah puas talifon keIbu Pejabat PKR untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan keahlian saya dan seterusnya tubuh Cawangan tapi malangnya pangillan saya tidak dijawap.

    Baru2 ini saya telah diberitahu bahawa sebenarnya PKR Bahagian tempat saya tinggal wujud dan setelah siasat saya telah bertemu dengan Ketua Bahagian. Alangkah seronoknya dia apabila saya beritahu dia saya dan kawan2 saya akan sertai. Malahan saya telah diminta untuk ambil alih pucuk pimpinan. Saya bersedia untuk berbuat demikian. Masalah nya pucuk pimpinan sdia ada tidak tahu macamana caranya kerana mereka tidak ada Perlembagaan dan sebagainya.

    Please help kerana ramai orang2 dari UMNO PPP dan MIC akan turut apabila kita mantapkan PKR Raub.

  59. 59 mks134 Apr 18th, 2008 at 11:13 am

    buat saudara pangeran…selama nie anda tak pernah sampai ke putrajaya???kesian..
    lagi sekali saya ulangi..kita patut kembali ke perjuangan asal memantapkan UMNO dan bukan memberi peluang kepada PKR bertapak di Malaysia..Saya cabar semua kakitangan kerajaan yang menyokong PKR agar meletak jawatan dan berpolitik sepenuh masa.. terutama golongan guru yang tak sedar diri.sepatutnya anda sebagai pendidik bangsa harus mengutamakan kerjaya anda yang mulia.ini tidak, seperti melepas batuk di tangga sahaja dan boleh dipanggil cikgu 24hb..dulu semasa belajar meminta bantuan kerajaan tetapi bila dah bekerja nak menggulingkan kerajaan ibarat anda semua kakitangan kerajaan membakar tangan yang memberi anda bantuan..harus diingat tiada kerajaan yang ‘perfect’ di dalam dunia ini tetapi kerajaan Barisan Nasional adalah antara kerajaan yang boleh dibanggakan..saya menyeru semua kakitangan kerajaan agar berdiri teguh di belakang kepimpinan Pak Lah dan Najib Tun Razak. Anwar Ibrahim hanya boneka Yahudi dan akan menjerumuskan Malaysia ke kancah penguasaan Barat dan Yahudi..Fikirkan..

  1. 1 Withdraw Monthly Fee on Migrant Workers « arifabdull Pingback on Mar 26th, 2008 at 4:02 pm
  2. 2 Respons Kepada Pengunjung at Anwar Ibrahim Pingback on Mar 29th, 2008 at 1:13 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Majlis Perhimpunan dan Executive Talk 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31