14
Feb
08

Undangan Di Hong Kong

Saya ke Hong Kong memenuhi undangan lama sebagai pemidato khas dalam majlis anugerah kepada peniaga dan institusi kewangan terkemuka Asia – IFRAsia Annual Awards Dinner.

Sekitar 500 ratus pengurus dana, bank dan peniaga Asia hadhir dalam majlis tersebut.

Ucaputama saya menyentuh isu ekonomi serantau tatkala menghadapi kemelut ekonomi baru akibat krisis industri kewangan Amerika dan paling akhir Societe General Perancis. Saya menyingkap pengalaman dan pengajaran dari kegawatan ekonomi Asia satu dekad lalu.

Pokoknya, pengurusan ekonomi harus berhemah, bersih dari rasuah dan kronisme. Pertumbuhan dipacu dengan membuka ruang pelaburan sambil menjaga kemaslahatan rakyat terutama di kalangan miskin dan terpinggir.

Saya tiba di sini petang tadi dan terus ke kelab wartawan asing untuk mengadakan temubual dengan media antarabangsa termasuk Bloomberg, Cnbc, Reuters, AFP dan lain-lain.

InshaAllah saya akan pulang awal pagi ini. Di KL saya akan berbincang dengan pimpinan parti sebelum berlepas ke Langkawi di sebelah petang inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM


14 Responses to “Undangan Di Hong Kong”


  1. 1 Elias Hj Idris Feb 14th, 2008 at 9:26 am

    Apabila parlimen dibubarkan, pangkat Dolah Badawi hanya tinggal sebagai presiden UMNO. Dalam urusan harian, dia hanya selayak kerani yang meneruskan urusan pentadbiran negara (yang tidak melibatkan polisi). Projek juta-juta pun dah tak boleh diumumkan. Ye la, kerani!

    SPR berkuasa sehingga kerajaan baru dipilih dan mengangkat sumpah. Itu sebab Rashid dikira ‘bongok’ apabila berkelahi dengan BA. Kuasanya pun tertakluk di bawah YDP Agong. Dolah dah tak boleh menasihati Agong lagi.

    Lawatan semua menteri kena naik MAS, AirAsia, bas ekspres atau teksi. Kalau tak, gunakan kereta sendiri. Harta kerajaan tak boleh diusik. Kalau tidak, BA pun berhak gunakan juga; berbahagi sama-sama!

    RTM pun bukan ZAM punya (padan muka kena gugur kali ni!). BA pun nak juga.

    Reti bahasa ke UMNO/BN ni?

    Reply

  2. 2 fahmi Feb 14th, 2008 at 9:30 am

    DSAI,

    Berhubung dengan pilihanraya ke 12 yang akan berlangsung tidak lama lagi saya pasti PKR, PAS dan DAP telah membuat persediaan yang rapi untuk memberi tentangan yang hebat kepada BN dan sekutunya. Tetapi, saya masih mencurigai SPR yang akan membuat onar seperti pengerusinya yang selalu menjadi jurucakap UMNO. Dapat diperhatikan bahawa SPR seperti sudah bersedia dengan tipudaya untuk memenangkan BN. Cukup terserlah. Inilah yang membimbangkan kita. Harapnya DSAI dan rakan-rakan mempunyai ramuan yang berkesan untuk menangani SPR yang penuh dengan khianat ini. Saya gelarkan SPR ini ‘bahaya dari putrajaya’. Saya akan bongkarkan satu lagi cara yang mungkin SPR akan gunakan untuk menambah undi BN selepas ini…

    Reply

  3. 3 Capt (r) Haris Jamaludin Feb 14th, 2008 at 9:51 am

    You are my hero. I wonder when you prepare for your lecture.. go head be my Prime minister next mounth…insyaallah

    Reply

  4. 4 fahmi Feb 14th, 2008 at 10:01 am

    DSAI,

    Kalau dulu kita sering dengar kata-kata di poster/iklan ‘Undi Anda Adalah Rahsia’ tetapi hari ini perkara itu tidak kedengaran lagi. Malah saya percaya Pak Lah dan kuncu-kuncunya memiliki akses kepada setiap pengundi yang mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Inilah yang menggusarkan kita. Seperti yang dijanjikan mungkin inilah salah satu cara yang SPR akan gunakan untuk memenambah undi BN. Caranya ialah MENAMBAH undi pos tentera. Saya percaya ramai dari kita yang menyertai Askar Wataniah. Apa yang mengejutkan ialah nombor Askar Wataniah boleh jadi sama NOMBOR IC LAMA orang lain. Minta di periksa nombor-nombor tersebut. Pernah dibongkarkan yang tentera memiliki dua nama dalam daftar SPR. Satu menggunakan no ic dan satu lagi nombor tentera. Kemungkinannya apabila si penama yang ada dalam daftar SPR tidak mengundi maka undi itu akan di berikan secara ghaib kepada BN. Harap PKR, PAS dan DAP dapat membuat kejutan bukan saja kepada BN tapi juga kepada SPR! Terima kasih.

    Reply

  5. 5 mahasiswa Feb 14th, 2008 at 10:50 am

    Dekatkan diri kita pada Allah… byk’n solat tahajud, solat hajat… Kita mengadu dan memohon pada Allah, kemudian teruskan gerak kerja dan perang saraf. Yakinlah wahai saudaraku, bila Allah mengizinkan kemenangan BA, tiada satu kuasapun yg mampu menghalangnya, termasuklah segala tipu helah SPR. Setiap kali kita mahu keluar merayu undi, buat solat hajat agar Allah membuka pintu hati pengundi yg akan kita jumpa itu….

    Untuk seluruh pertugas SPR, jalankanlah amanah dgn penuh tanggungjawab.. Jika anda semua turut bersubahat utk menipu, kami semua seluruh rakyat Malaysia tidak akan teragak2 untuk menuntut saudara di hadapan AlLah SWT nanti. Mungkin anda boleh lepas dimakamah dunia, tapi jgn lupa sampai masa kita akan dipanggil olehNya.

    Reply

  6. 6 Nirman Feb 14th, 2008 at 11:03 am

    Assalamualaikum WBT…

    Saya ingin berkongsi sebuah kisah masa saya masih sekolah dulu. Tahun 1998 saya Tingkatan 5 lagi. Tahun itu Saudara Anwar kena pecat. Masa tu semua orang tak puas hati. Termasuk la saya dan beberapa orang kawan saya sendiri. Masa tu saya pengawas kat sekolah. Kira aktif jugak la. Kat sekolah saya tu ada perkhidmatan radio sekolah. Radio ni bersiaran waktu pagi dan masa rehat jer. Kira untuk bagi pengumuman la. Ada satu hari tu kawan saya bawa kaset ucapan Saudara Anwar. Ucapan tu kat rumah Saudara Anwar di Damansara. Kami semua sangat berminat mendengar ceramah tersebut walaupun cuma dapat mendengar suara sahaja.

    Pada suatu hari tu, saya dan rakan-rakan saya telah memasang kaset ucapan Datuk Seri Anwar dan ini dapat didengar di seluruh sekolah. Perkara tersebut telah menggemparkan satu sekolah. Saya dan kawan-kawan saya berasa bangga. Bila teringat peristiwa tersebut saya akan tersenyum seorang diri. Pihak sekolah tidak mengambil apa-apa tindakan berikutan peristiwa tersebut. Saya pun tidak tahu mengapa namun saya dapat rasakan yang saudara Anwar sememangnya mempunyai tempat di dalam hati setiap insan di Malaysia kita yang tercinta ini.

    Itu sahaja yang saya mahu kongsikan bersama. Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Renungkan.

    Salam Reformasi.

    Reply

  7. 7 Sofi Feb 14th, 2008 at 11:38 am

    Wahai UMNO yang pernah ku cintai.
    Itu dulu, jadi sejarah kini.
    Kerana hati ku telah kau lukai
    Lantaran kealpaan Abdullah Badawi.

    Kerana hati ku telah kau lukai.
    Lantaran kealpaan Abdullah Badawi.
    Pembangunan negara telah TUN terokai.
    Abdullah Badawi hancurkan bersama Khairy.

    Pembangunan Negara telah TUN terokai.
    Abdullah Badawi hancurkan bersama Khairy.
    Kerana gelojohnya tidak terperi.
    Khazanah Negara habis dijoli.

    Kerana gelojohnya tidak terperi.
    Khazanah Negara habis dijoli.
    Wahai ahli UMNO sedarlah diri.
    Tersilap langkah, kita mati berdiri.

    Wahai ahli UMNO sedarlah diri.
    Tersilap langkah, kita mati berdiri.
    Negara tergadai, maruah dihancuri.
    Akibat gelagat si bedebah Khairy.

    Negara tergadai, maruah dihancuri.
    Akibat gelagat si bedebah Khairy.
    Jangan kita buat tak mengerti.
    Binasa bangsa kerana Khairy.

    Jangan kita buat tak mengerti.
    Binasa bangsa kerana Khairy.
    Kerana terlalu sayangkan parti.
    Khairy kaya raya, kita yang mati.

    Kerana terlalu sayangkan parti.
    Khairy kaya raya, kita yang mati.
    Bukan aku inginkan simpati.
    Cuma pilu apa yang terjadi.

    Bukan aku inginkan simpati.
    Cuma pilu apa yang terjadi
    Esok lusa mungkin aku kan mati
    Nasib bangsa ku masih belum pasti.

    Esok lusa mungkin aku kan mati
    Nasib bangsa ku masih belum pasti.
    Kecewa hati ku tidak terperi.
    Tanahair ku susut hari demi hari.

    Kecewa hati ku tidak terperi.
    Tanahair ku susut hari demi hari.
    Ayuh Melayu, ku susun sepuluh jari
    Kepada UMNO undi JANGAN diberi.

    Ayuh Melayu, ku susun sepuluh jari
    Kepada UMNO undi JANGAN diberi.
    Perjuangan parti telah dicemari.
    Akibat kerakusan keluarga Abdullah Badawi.

    Perjuangan parti telah dicemari.
    Akibat kerakusan keluarga Abdullah Badawi.
    Hey Dollah Badawi……. Kalau ku ikutkan hati.
    Nak ku rejam kau sampai mati.

    Hey Dollah Badawi……. Kalau ku ikutkan hati.
    Nak ku rejam kau sampai mati.
    Maafkan daku pembaca yang ku hormati
    Inilah luahan nurani Sofi.

    Sofi – Anak Johor di perantauan.

    Reply

  8. 8 m kumar Feb 14th, 2008 at 11:56 am

    Dear Mr.Anwar,

    I have been following your speeches at public gatherings in the recent months on the internet with great interest. That is singularly because you are persona non grata in the mainstream media. May i start off by saying that whilst many us sympathise with the injustice perpetrated on you and your family, we still need to be convinced that you are now committed to the eradiction of the revolting legacy of BN.

    I would venture to say that the perception exists solely because of your earlier association and involvement with BN prior to the unfortunate events in September 1998, though to be fair to you, the malady that plagues our nation was festering a long time before you were in the picture. We want to hear from you that you tried to change things then and you want to do same now. We need to hear that you tried to fight the system.

    Now that the elections are on, here in your chance to lead once again from the forefront for ALL malaysians, even though you cant contest same. Perhaps, it would be better if you can in your speeches at fothcoming public gatherings explain what exactly you did to change things when you were the DPM and reaffirm your commitment once again. As we are the ones who will be the catalyst to advocate and change your cause into a crusade, it is the least you can do for us.

    Whilst many say lets choose the devil we know, my view is that we wont be worse off if we vote you in power and perhaps something good will come out of this. I do not wish to take any more of your time except to draw your attention an old Irish adage that goes as follows: “may the best day of your past be the worst day of your future” and I wish the sentiment of that adage to you.

    With Regards & Best Wishes

    (M. KUMAR)

    Reply

  9. 9 Rames Feb 14th, 2008 at 12:41 pm

    LAWAN TETAP LAWAN……..

    Reply

  10. 10 PWTC Feb 14th, 2008 at 12:51 pm

    BA TOLONG AMBIL PERHATIAN INFO DARI EN FAHMI.

    Reply

  11. 11 Black14 Feb 14th, 2008 at 4:08 pm

    A’kum Pendukung Reformasi

    Saya ada berbincang dgn kalangan rakan2 Wanita dan mendapati kurangnya perhatian mereka tentang isu yg diketengahkan oleh BR. Walaupun, isu-isu itu akan mempengaruhi tahap kehidupan sosial mereka. Ada juga golongan pengundi Wanita ‘Atas Pagar’ yg melihat keupayaan pemerintahan BN perlu diteruskan atas alasan ‘Economic Security’. Mohon Wanita BR perhebatkan usaha penerangan dan wacana pembaharuan kepada saudari-saudari kita.

    Reply

  12. 12 TarakNama Feb 14th, 2008 at 4:36 pm

    time for chgange….insya’allah…

    Reply

  13. 13 anak mak Feb 14th, 2008 at 6:20 pm

    Saudara Anwar, apakah rahsia anda bekerja siang dan malam tanpa kenal erti jemu. Anda memang layak menjadi pemimpin dan tidak salah kita menghidupkan kembali “Kepimpinan Melalui Tauladan”. Sayangnya Mahathir … tapi dia manusia macam kita juga, tidak lari dan sepi dari kesilapan.

    Apa agaknya kata hati kecil Mahathir melihat anda sekarang.

    Kali ini saya telah menempah tiket kapalterbang lebih awal untuk balik kampung mengundi dan yang pastinya undi saya bukan rahsia … BARISAN RAKYAT.

    Reply

  14. 14 Ernesto.... Feb 14th, 2008 at 10:12 pm

    Salam Refomasi..

    Saya curiga dengan kenyataan DSAI baru-baru ini ketika di wawancara oleh stesen TV Al-Jazeera. Kenyataan DSAI dilihat sebagai PRO-AMERIKA dengan menyatakan sokongan terhadap pencerobohan di Iraq atas dasar untuk mendaulatkan demokrasi. Saya di sini ingin bertanya di sini, adakah PKR hanya boneka kepada Amerika dan Yahudi atau sebuah parti yang memang memperjuangkan demokrasi islam untuk keharmonian rakyat Malaysia.

    Reply

Leave a Reply