Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi hari ini tidak mengejutkan, memandangkan bahawa kajian menunjukkan bahawa sokongan rakyat teramat rendah. Rakyat semakin dibebankan oleh kenaikkan harga, jenayah dan rasuah yang berleluasa, serta hubungan etnik yang semakin merosot. Semakin Barisan Nasional berlengah membubarkan Parlimen, semakin banyak kerusi akan tumbang.
Pilihanraya ini diisytiharkan lebih daripada setahun awal, semasa perayaan Tahun Baru Cina masih berterusan, dan sebulan sebelum saya dibenarkan bertanding. Menafikan hak saya untuk bertanding hanya mendedahkan bahawa prestasi pimpinan Barisan Nasional telah cukup parah sehingga mereka tidak sanggup mengambil sebarang risiko dalam pilihanraya akan datang ini.
Penipuan dan kesalahan dalam sistem pilihanraya masih lagi jelas berlaku walaupun beberapa langkah telah dan akan dilakukan untuk memastikan pilihanraya bersih daripada pengundi hantu serta memantau kesalahan perjalanan pilihanraya termasuk mengelakkan undi Pos dimanupulasikan. Media arus perdana tetap dikongkong oleh kerajaan dan digunakan sebagai satu alat untuk menyebarkan propaganda dan penipuan terhadap pihak pembangkang. Badan berkanun diarahkan untuk menghalang dan menganggu kempen parti pembangkang dan juga pertubuhan sosial.
KeADILan siap sedia untuk mengatasi segala rintangan, termasuk halangan akses ke media dan gangguan yang berterusan pada setiap acara umum. Calon-calon kami telah bertungkus lumus untuk mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional dan menyampaikan matlamat kami yang bersandarkan harapan baru untuk Malaysia.
Kami sudah lama bersiap-sedia menghadapi pilihanraya ini. Bersama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain, kami bersedia untuk memulihkan prestasi Malaysia yang kian merosot dan membela hak dan nasib semua rakyat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM
















Salam Saudara Anwar.
1 -Dah tiba masa manifesto Barisan Rakyat @ Alternatif diumumkan…
kalau boleh secara bersama antara PAS,PKR,DAP.
2 -Saudara ada menyatakan bahawa sekiranya BR@BA menang, gaji
minimum ialah RM1,500 ….ia menarik…tapi perlu penjelasan yg meluas supaya rakyat faham
Selamat berjuang utk semua yg cintakan keadilan….dan jgn lupa berdoa kpd ALLAH..
SALAM PERJUANGAN…
PERTEMPURAN KINI BERMULA…SEMUA PEJUANG2 MARA DAN TERUS MARA..PERJUANGAN INI AKAN MENENTUKAN CORAK PEMERINTAHAN NEGARA…AYUH SEMUA KITA BERSATU UNTUK MENUJU KEMATLAMAT YANG SEKIAN LAMA KITA IMPIKAN…GERAKAN SEGALA DAYA DAN USAHA DEMI MENEGAKAN KEBENARAN DAN KEADILAN DIBUMI TERCINTA…BERKORBANLAH DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA DARI CENGKAMAN KERAKUSAN DAN KEZALIMAN PEMIMPIN2 YANG KORUP DAN TAK BERMARUAH..
LAWAN TETAP LAWAN…
meminjam kata-kata spongebob squarepants, “saya sedia, saya sedia”
Semoga Berjaya Barisan Alternatif, Malaysia Baru 2008!
Semoga Berjaya Barisan Alternatif, Malaysia Baru 2008!
salam perubahan…
medan pertempuran sudah terbentang, perjuangan kita adalah untuk memerdekakan negara dari tangan penjajah bangsa. rapatkan barisan serta kukuhkan jentera,kita tempur UMNO/BN. kita mahu harapan baru untuk malaysia menjadi kenyataan!
ayuh semua pejuang perubahan,insyaallah dengan izinnya kita akan menang!
BERSAMA MENJANA KEMENANGAN!!!
Saya tak tahu mampu atau tidak. Tapi PKR dan parti2 alternatif seharusnya mempunyai badan penyelidikan yang aktif dan efektif. Kajian harus bersifat objektif dan subjektif.
Gendang telah dipalu. InsyaAllah saya akan berkempen untuk PKR PRU kali ni.
1 march tarikh pilihanraya….maka pada 28 feb…BA akan buat pengumuman mengejut PULAU PILIHANRAYA. sure BN terkejut lalu Paklah menjadi bahan ketawa seluruh dunia kerana buat pilihanraya yang berat sebelah lalu dipulau pembangkang.
Seluruh Pejuang Kebenaran & Keadilan,
Kuatkan tekad dan tingkatkan semangat untuk menumbangkan UMNO dan BN. Kepada petugas-petugas parti Rakyat/BA berikan komitmen penuh dan sepanjang masa. Dollah, Najib, Khairy dan seluruh pimpinan UMNO dan BN telah banyak menipu rakyat. Rakyat tidak sanggup untuk berada di bawah kepimpinan UMNO dan BN. Rakyat akan hukum mereka dalam PRU 12. Pada ALlah SWT kita panjatkan doa semoga diberikan kemenangan kepada Barisan Alternatif/Rakyat.
Ubah Sebab dah Parah,
Lawan Sampai Menang.
Assalamualaikum WBT.
Kepada saudara Anwar Ibrahim, Insya Allah KeADILan akan berjaya bersama-sama dengan Parti Pas dan DAP, memenangi Pilihanraya kali ini. Kita semua sama-sama berdoa untuk UBAH negara kita yang tercinta ini. Amal Makruf, Nahi Mungkar!
Sekian, terima kasih.
“BERUBAH UNTUK NEGARA”
Assalamuaalaikum..
Dato’ Seri, sila buat risalah dan edarkan kepada orang ramai secepat mungkin. Cetak sebanyak 20 juta helai. Ayat risalah tersebut berbunyi begini:
“Undilah BN untuk Malaysia yang lebih makmur. Di bawah pemerintahan BN dalam tahun 2008-2013, BN akan melaksanakan perkara-perkara berikut:
1)Menaikkan harga petrol dan diesel.
2)Menaikkan tol. Walau pun tahun 2008 ada beberapa tol yang tak dinaikkan tapi tahun 2009 pasti akan dinaikkan.
3)Gagal mengawal kenaikan harga barang-barang keprluan harian seperti ayam, ikan, telur dan sebagainya. Ini semua disebabkan kenaikan harga minyak.
4)Membiarkan rasuah berleluasa. Ingat lagi bagaimana Ketua Audit Negara dedahkan, ada skru yang berharga 50sen dibeli dengan harga RM 50. Hebat bukan?
5)Terus menerus menipu rakyat. Contohnya, kata yuran sekolah dimansuhkan tapi sebenarnya tidak.
6)Akan membiarkan Badan Kehakiman dikuasai oleh orang-orang jahat.
7)Jenayah akan dibiarkan terus meningkat.
8)Menggunakan akta zalim ISA untuk menahan tanpa bicara.
9)Menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi perasuah besar dalam negara ini.
10)Menggunakan kedudukan untuk mengkayakan kroni-kroni kami.
Jadi, jangan lupa undilah BN untuk Malaysia yang sejahtera.
Salaam Persilatan buat YBhg Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim, Pahlawan Rakyat Terakhir…
Sesungguhnya gelanggang Pilihanraya Umum kali ini bukanlah gelanggang sebenar, tetapi sebaliknya adalah adunan SPR yang terbukti berat sebelah bagi memastikan kemenangan BN.
Jangan kita tertipu lagi.
BOIKOT SPR!!! BOIKOT SPR!!! BOIKOT SPR!!!
Celaka itu Badawi. Dissolve itu Parliament during saya punya Chinese New Year! Ini UMNO-BN tak respect langsung saya punya tahun baru.
I am a chinese Malaysian. And I am voting for change.
Assalamualaikum…pejuang2 kebenaran. membujur lalu melintang patah,,,,moh kita berjuang menghapuskan kezaliman, kukuhkan tekad,tanam kan azam supaya perubahan bakal berlaku di bumi malaysia tercinta.sebarkan maklumat,daftarkan diri sebagai sukarelawan.InsyALLAH saya akan berjuang bersama teman2 pkr parlimen wangsa maju kepada yg berminat bersama saya, sila hubungi saudara Bohairi 019-2346081, Hamdi 019-6417503
slam perjuangan semua.bersiap sedialah kita berusaha menghapuskan kezaliman dan kemungkaran BN.Semoga kita akan beroleh kemenagan
assalamulaikum dato seri..
teruskan perjuangan utk pilihanraya akn dtg..moga keadilan dan pas akn kemenangan besar…
kenapa BN sibuk sgt nak kelate..kelate dah maju walaupun BN tak jajah..tu semua taktik depa nak wat masuk org luar n hiburan mcm pawagam,pelacuran arak n semua tu nak isi perut depalaa..
dato seri jgn lupa dlm berkempen bgtau rakyat jgn terpengaruh dgn janji2 org BN..jgn dek beras sekampit,duit rm100,kain batik or kain pelikat terus nak pangkah BN..taktik lapuklaa..sedarkan mereka xkann semua 2 dapat tampung selama 5tahun..
Di Baling berapa ramai yg kemiskinan..janji tinggal janji..
Puteri umno pun tudung dah buang nampaknya..itulahh islam hadhari..
arak,pelacuran,mat rempit..negara sekarang xmacam dulu..org luar pun dah berjuta2 dimalaysia??
kenapa BN tak ambik berat pasal ni..yuran free janji tggal janji…
doakan dato seri dapat mengubah segala-galanya Amin…
Sdr pondok tanjung nie ahli UMNO/BN yang terdesak ke, sehinnga nak mencadangkan PKR/BA memulaukan PRU12? Nak memecahbelahkan bakal kerajaan baru malaysia ke? Pejuang2 semua jgnlah terpedaya, kerana PKR/BA telah bersedia untuk meMERDEKAkan RAKYAT menjelang PRU12 ini walaupun akan melalui pelbagai taktik terdesak UMNO/BN.
Ayuh saudara saudari…rakan dan sahabat perjuangan!
Masa yg kita nantikan sudah tiba!!
Dato Seri..tinjaun pendapat umum
(borak2 minum kopi) ini paling terbaru..!
Majoriti rakyat mahukan perubahan..changes in Malaysia system!
New Goverment!
Menyorot mengimbau cerita lalu…
PRU 11 - 2004.
Ramai orang beri undi majoriti pd BN
kerana mahu mendapat layanan istimewa dari PakLah..
tetapi..madu yg diberi racun yg dibalas..
Jadi rata2 rakyat tanpa mengira umur mahukan perubahan!
Perubahan untuk mendapat Perdana Menteri yg betul dan patut iaitu Dato Seri sendiri..!
Marilah sahabat-sahabat rakan perjuangan…laungkan REFORMASI..LAWAN TETAP LAWAN!
REFORMASI!!!REFORMASI!!!REFORMASI!!!
Opss lupa nak menambah…
memetik kata-kata YB Mat Sabu
diParlimen suatu ketika dahulu..
“Datuk Zam ni jahat! Saya tarik balik..”
“Dia extremis…saya tarik balik”
Kekekek….tapi hakikat mmg jahat pun zam..
tgk Lah hari2 nanti kat RTM hari2 kutuk pembangkang..!
Dear Dato Sri,
Once again the PM has proven his ability in professional lying without expressing any guilt. I have never seen or heard any world leader of his stature has lied so explicitly in just less than 24 hours on the same subject.
My only hope, I believe other like minded Malaysians’ too is NOT to see disputes and disagreement among opposition parties. It is very very crucial to ensure the opposition fronts stand united to face one on one against BN. You being the front runner please do all that necessary things to keep the unity to deny BN.
Wishing the Best, Hoping for the Best
DS
Hari ini saya mendengar satu pandangan dari seorang pemimpin Umno mengenai piliharaya yg bakal di hadapi.Kelihatan keyakinannya utk menang agak goyah,terutama di kawasan mejoriti pengundi Melayunya adalah kecil.Beliau kelihatan agak pasti bahawa bukan Melayu akan menolak mereka kali ini,begitu juga dgn gulungan muda yg bepelajaran,hanya gulungan pengundi Melayu di kampung sahaja yg menjadi harapan mereka sekarang.
UMUM KENAIKAN KADAR ELAUN SARA HIDUP PESERTA FELDA.
Salah satu sumber pengundi mereka adalah Melayu di kawasan Felda.Oleh itu saya mencadangkan supaya DS mengumumkan bahawa elaun sara hidup perserta Felda yg tanah mereka di uruskan oleh Felda akan di naikan kepada RM 1800,sekiranya Keadilan memerentah,berdasarkan harga k.sawit sekarang.Ini adalah kerana pada perkiraan saya dgn harga k.sawit sekarang,kira-kira RM 600/tan,Felda mengaut keuntungan yg terlalu besar hasil dari pengurusan tanah peserta ,iaitu kira-kira RM2000 sebulan bagi setiap peserta.Bayangkan berapa jumlah yg di bolot oleh Felda utk tempuh 20 ke 5 tahun,hampir mencecah setengah juta/peserta.Kenaikan kadar yg di umumkan Najib baru-baru ini adalah kecil dan tidak mencukupi.Pengumuman Najib hanya utk mengabui mata peserta bukan utk benar-benar menegembalikan hak peserta.
REFORMASI!!! REFORMASI!!! REFORMASI!!!
gelanggang sudah dibuka…ayuh! mari kita berjuang dan lupakan perbalahan yg tidak menguntungkan
LAWAN TETAP LAWAN, LAWAN SAMPAI MENANG!!!
pembetulan: 20 ke 25 tahun.
Siakap senohong gelama ikan duri.
Cakap bohong perangai Dollah Bedawi.
Ada menantu namanya khairy.
Harta rakyat habis dia curi.
Ada menantu namanya khairy.
Harta rakyat habis dicuri.
Kehulu kehilir setiap hari.
Menipu merompak membohong mencuri.
Kehulu kehilir setiap hari.
Menipu merompak membohong mencuri.
Itulah amalan Dollah Badawi.
Imam Besar Islam Hadhari.
Itulah amalan Dollah Badawi.
Imam Besar Islam Hadhari.
Pembantu rumah dia buat isteri.
Kerana dia tiada harga diri.
Pembantu rumah dia buat isteri.
Kerana dia tiada harga diri.
Ikut telunjuk menantunya khairy.
Pemuda dajal yang tak sedar diri.
Ikut telunjuk menantunya khairy.
Pemuda dajal yang tak sedar diri.
Ingatlah saudara dan saudari.
Jauhi UMNO, selamatkan diri.
Ingatlah saudara dan saudari.
Jauhi UMNO, selamatkan diri.
Demi bangsa dan agama sendiri.
Undi UMNO, bala yang mari.
Demi bangsa dan agama sendiri.
Undi UMNO, bala yang mari.
Ingatlah saudara dan saudari.
Kepada PAS dan Keadilan undi diberi
Ingatlah saudara dan saudari.
Kepada PAS dan Keadilan undi diberi
Agar hidup kita diberkati.
InsyaAllah nyaman sampai kemati
Kepada semua penggerak BA,
Jangan lupa lantik spy2 untuk merakam segala penyelewengan SPR sewaktu pilihanraya kelak. Dapatkan bukti2 penyelewengan yg jelas. Perlu didedahkan tidak kira BA menang atau kalah.
Sdr Lim Kit Siang telah secara terbuka memohon sumbangan kewangan daripada pelayar2 laman blognya. Sambutan teramat menggalakkan. UMNO/BN akan terus menggunakan harta rakyat walaupun jawatan menteri dan wakil rakyat sudah terlucutselepas pembubaranparlimen dan DUN, untuk kempen pilihanraya mereka walaupun harta yang telah dirompak sudah teramat banyak. Jadi para penyokong PKR, sama2lah kita membuat pelbagai sumbangan (tenaga, bahan2 cetak untuk poster & risalah, kemudahan berkempen, DLL) termasuk KEWANGAN. Sebarang sumbangan kewangan bolehlah mengikut ‘LINK’ berikut :
http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/75/85/
Nota : Ini hanyalah saranan ikhlas saya kepada pejuang2 semua demi merealisasikan cita2 rakyat. Sumbanglah dengan ikhlas dan berilah keyakinan DSAI/PKR akan mempergunakan segala sumbangan ini untuk kemenangan kita/rakyat sendiri. Ganjaran abadi datangnya dari ALLAH kelak. Semoga ganjaran didunia dapat dikecapi selepas PRU12 ini.
Saya tidak ada sebarang kepentingan peribadi daripada saranan ini kerana saya sendiri bukanlah seorang ahli PKR/BA tetapi pejuang bebas rakyat.
Sekian, Assalamualaikum.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Selamat berkempen kepada semua barisan-barisan PKR di seluruh negara. Saya akan tumpu pada N3 Pitas Sabah. Doakan kemenangan PKR pada pilihanraya kali ini. Semoga Tuhan memberkati perjuangan yang benar…
Inilah Peperangan yang ditunggu-tunggu, kepada rakyat Malaysia umumnya inilah masa untuk perubahan dan kegemilangan masa depan anak cucu kita. Ekonomi negara hanya dikuasai oleh satu bangsa, politik hanya dikuasai oleh hanya satu golongan ELITE. Maka Kebenaran, Keadilan dan Kesaksamaan perlu diagihkan sama rata antara semua rakyat. Keuntungan hasil negara perlu diagih sama rata kepada semua rakyat dan keutamaan kepada golongan yang miskin dan kurang upaya. Negara Kebajikan mesti berlandaskan Prinsip-prinsip Kebenaran, Keadilan dan Kesaksamaan.
Perang Saraf BN semakin tidak menjadi dan rakyat semakin mual dengan taktik lama BN.
Lima Dalil Mengapa Tolak BN
1- Membeban Rakyat dengan Kenaikkan Harga Petrol
2- Membeban Rakyat dengan Kenaikkan Harga Barangan
3- Menyeleweng Duit Rakyat untuk Kroni & Perasuah
4- Menipu Rakyat Mengenai Yuran Persekolahan Percuma
5- Menabur Janji Palsu semasa Pilihanraya
Apa Yang Anda Dapat Sekiranya Sokong BN?
Dari dulu sampai sekarang kat kampung sama ajer. Jalan pun sama tak repair2 pun. Dah 20 tahun sama ajer. Apa yang kita dapat sebenarnya? Kalau saya sokong BA sekurang2 nya turun harga petrol jimat sikit duit poket. Yuran sekolah percuma. Ish..ish…banyak betul manfaatnya. Barulah ada kesan..hasil mengundi. Kalau jimat duit minyak sehari RM 5. Kalau setahun ribu jugak boleh jimat.
Dato’ Seri,
Saya kagum dengan perjuangan dan keikhlasan ini. Biarkan mereka nafikan hak Dato’ Seri bertanding, tetapi percayalah bukan laluan mudah yang akan mereka tempuhi dalam PRU ini.
Baru petang tadi saya bertemu rakan yang melihat sendiri senarai calon-calon UMNO/BN yang jadi front runner, reserve dan yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Rombakan calonnya besar sekali dan ramai digugurkan. Muka baru diketengahkan.
Kali ini memang benar-benar team Dolah Badawi; bermakna akan berlaku kekecohan dan tikam belakang sesama mereka. Rajuk, boikot dan sabotaj sudah pasti. Dan ini akan memberi kelebihan kepada barisan kita.
Mungkin Dato’ Seri pun ada ‘informer’ juga, kan! Apa yang jelas UMNO/BN bermasalah besar di PP, Perlis, Kedah (itu sebab Mahadhir tak boleh jadi MB lagi), Perak, Terengganu, Pahang dan NS juga. Selangor pun mereka akan sakit. Fasal Kelantan, biarkan Najib dan Khairy meracau-racau….
Dato’ Seri,
Selain daripada stiker yang saya cadangkan itu, mottonya boleh dibesarkan jadi ‘placard’ untuk semua pondok panas nanti - i.e. “TIME FOR CHANGE”; “MASA UNTUK BERUBAH”; “NEGARA KEBAJIKAN B. A.” serta “cukup la… dah 50 tahun!”. Dengan placard itu (biar seragam sama seperti dalam kempen Presiden Amerika) kita dapat mempengaruhi pengundi di saat akhir. Jadi, orang-orang kita tidak perlu terkinja-kinja seperti wanita UMNO atau terjerit-jerit macam puteri UMNO (buruk benar rupanya!)
Selain itu, ia akan mengingatkan para pengundi akan stiker yang pernah dilihat tertampal di mana-mana. Ini akan membantu mereka membuat keputusan atau berubah fikiran. Kita kena pamerkan kelakuan dan akhlak yang ada kelas di hadapan para pengundi nanti.
Tak mau lagi main jerit-jerit seperti sebelum ini….
InsyaAllah perjuangan Dato’ Seri dan kita semua akan direstuiNya. Amiin.
Ini pun sekadar cadangan berdasarkan apa yang saya belajar; tentang perang saraf!
Dato Seri dan semua pejuang rakyat…..
LAAWANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
TETAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP
LAWANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN
Semua sudah sedia……
Sedia lawan BN………
SAYA SUDAH SEDIA…….
Dato Seri walaupun tidak bertanding di pilihanraya…
Dato Seri TETAP PILIHAN RAKYAT BERMARUAH………….
SEDIA GEMPUR….DATO SERI..
Dato’ Seri dan semua,
akhirnya, detiknya tiba juga. insyaALLAH, jika kali ini benar-benar rezeki kita (komponen BA mendapatkan tampuk pemerintahan Malaysia), tak ke mana juga. hatta, sama-samalah kita mendoakan kejayaan bersama. oh ya, pastinya ia tidak cukup dengan itu sahaja. semua >>> mari kita berusaha sekuatnya. YOSH!!! seterusnya (ketikamana ketahu keputusan undi nanti), serahkan saja kepada NYA. :)
ya, seperti dijangka, Pak Lah memang Cicak Mengkarung (seperti ‘disindir’ Dato’ Seri di ceramah perdana di kelantan lalu; untuk sesiapa yang mahu ikutinya, sila ke laman blog saya). jelas, mereka memang panas dan tertekan; tidak keruan. syukur, situasi inilah yang kita mahukan.
namun, dengan pengisytiharan ini (pembubaran parlimen), saya sedih dengan sikap Pak Lah, yang tidak habis-habis mahu memperbodoh rakyat Malaysia. malah, di saat-saat akhir kuasanya pun, dia masih tidak menghormati sensetiviti rakyat Malaysia. hanya kata daripada saya, jika rakyat masih mahu lagi pemimpin sebegini, saya pun tak tahulah apa lagi yang akan berlaku kepada negara tercinta ini. (jika anda mahu ketahui isu pembohongan terkini Pak Lah ini, sila lihat video di laman blog saya).
Dato’ Seri >>> sedikit masa lagi saya dan rakan-rakan seperjuangan PAS di sini (Kota Bharu, Kelantan) akan mengadakan rapat umum bersama rakyat. satu pinta dari saya, bolehkah Dato’ Seri memberi emel Saudara Saifuddin Nasution kepada saya agar saya dapat menghubungi beliau secara terus. ketika sesi ceramahnya yang lalu, bersama Dato’ Seri di ceramah perdana lalu, Saudara Saifuddin ada mempersembah slaid menarik yang menggambar senario kekritikalan Malaysia kini. jadi, saya harap, saya boleh dapatkan slaid khas itu daripada Saudara Saifuddin agar kami boleh gunakan ia sebagai bahan yang amat berguna. segala kerjasama Dato’ Seri amatlah saya hargai. jutaan terima kasih saya dahulukan.
semua (para gerak gempur BA) >>> mari kita sama-sama ganyang BN dan konco-konconya!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!! YOSH!!!
DSAI,
with due respectness, i beg to differ with your view
Pengkaji percaya keyakinan paklah utk membubarkan parlimen bukan dibuat sekadar mencukupkan bilangan 4-5 tahun wajibbubar. Pengkaji yakin paklah sudah membuat analisis terperinci. Walaupun beliau didakwa sering tidur, tapi hati dan perasaannya dijagakan oleh banyak orang.
sementelahan pula unit perisikan tentera, BTN, BPR, SPR sudahpun memaklumkan bahawa masanya adalah sesuai sekarang. Sedangkan para pembangkang juga bukan main yakin boleh membuat anjakan bermakna dalam pilihanraya kali ini.
Di pihak pembangkang ( cukup tak suka pengkaji guna ayat ‘pembangkang’nie..semua tak betul..asyik ‘bangkang, bangkang, bangkang), spt DSAI yakini, sudah buat persiapan. Namun masih belum mampu menggugat jentera BN yg bertaraf mega.
Apa yang ada, cuma keyakinan rapuh, serta sokongan yang belum tentu kekal hingga hari mengundi. Orang kita, takkan tak kenal. Apapun, all the best.
Banyak yang sudah pengkaji perkatakan sebelum ini. Pengkaji yakin DSAI, dalam kesibukan beliau, berkesempatan menoleh sebentar celoteh2 pengkaji tersebut..
Pengkaji ni jenis pemalas, jadi cakapbilang pengkaji di sini, banyak dipungut dari pelbagai tempat yang dilawati. Kajian pengkaji tidak laku dijadikan bahan ilmiah. Banyak syor pengkaji berdasarkan pengamatan senario berpolitik di tanah air.
Jadi syor2 pengkaji memang tidak boleh dijadikan bukti mahkamah pembuat keputusan PKR.
(kalau ada syor pun, pengkaji suka cadangkan DSAI tukar frame cermin mata tu, caripakai spt pra ‘98 dahulu. Pengkaji nak habaq mai..auranya tersendiri..)
Sehingga bertemu menjelang pilihanraya kelak.
pertahankan juga martabat bahasa melayu…
perjuangan masih lagi belum selesai…
kita menghampiri pertarungan…
Assalamualaikum Dato’ Sri….
Tidak boleh tidak,apa cara sekalipun PU12 ni Pas,PKR kena takluk gak Malaysia kali ni…50 thn Malaysia di bawah BN inilah rupanya…remaja2 yg rosak akhlaq,pemimpin2 yg langsung x de akhlaq,sang miskin yg melarat dan ditidakkan…Kalaulah seluruh rakyat Malaysia naik ke langit dan tengok rupa Malaysia dari atas memang cantik giler,gempak habis,,tapi kalau duduk kat bawah bumi baru tahu,betapa hancurnya & cacamarbanya Malaysia ni..Buat sekalian rakan2 seperjuangan…disamping kita sibuk dok kempen sebelum mengundi ni ana nak syor….tolonglah,,tolonglah (utk yg muslim)…jangan sesekali kita lupa..
1. buatlah banyak2 solat hajat,minta Allah Taala bagi kemenangan kaw2 kali ni pd kita.
Klu tak dan buat cara berjemaah,kita buatlah sorang2..x dan buat malam,buat belah
siang pun tak pe lah..Klu dgn rakyat kita kempen dgn Allah lagi2lah banyak kita kena
‘kempen’.
2. masa kita berkempen janganlah dok terikut2 sgt budaya BN @ budaya Khairi Jamaludin.
Kalau bolehlah,,siapa2 yg ada kamera video ke digital ke,bawalah kehulu-kehilir masa
la ni,,kita ambik gambaq2 x senonoh puak2 BN kempen lepas pilihanraya nanti kita
tayang kat org ramai inilah pemimpin yg mereka mau sangat.
3. Doa jgn lupa… setiap masa x kira bila kita usahakan doa’ Ya Allah menangkanlah
kaw2 Pas & PKR kali ni,tolonglah Ya Allah’.
Ana harap kita semua dpt amalkan dan sampaikan kpd saudara2 kita..Kpd sesiapa yg kerap bg ceramah atau berucap tu,JANGAN LUPA..ingatkan kepada pendengar2 supaya buat SOLAT HAJAT,SENTIASA BERDOA,KEMPEN KAW2…kita ni x de sapa boleh tolong dah..RTM,TV3,UTUSAN,NSTP ke apa ke semua x boleh tolong kita..TAPI ALLAH TAA’LA X DE MASALAH UTK TOLONG KITA & kita mau pun pertolongan DIA shjlah kan….ok,,selamat berjuang. reformasi,,,reformasi,,takbir !! ALLAHU AKBAR !!!
I wish u(DSAI),party members of Keadilan n supporters alike all da best n good luck. Will pray 4 huge success to all of you.
God bless BA for a good win if not a good fight.
Apa pun, pastikan BA mendapat mandat untuk memperbetulkan kebejatan UMNO/BN selama ini.
Selain daripada keserakahan mereka, perlu diingat ancaman paling besar kelak adalah WPI.
WIlayah Pembangunan Iskandar itu adalah jelmaan wilayah Palestin yang membentuk negara Yahudi Israel sekarang. Inilah pengkhianatan paling besar Khairy dan agen Singapura, Kalimullah Hasan yang menguasai ECM-Libra itu.
Dolah Badawi telah mempelawa Singapura untuk mentadbir secara bersama wilayah tersebut. Perlu diingat, Singapura akan sanggup berperang dengan Malaysia sekiranya kepentingan mereka kelak tergugat. Sedangkan dari segi kemampuan ketenteraan, kita berada jauh daripada tandingan mereka.
Jadi, rakyat seluruhnya perlu insaf.
Sama seperti kata Dr Mahathir, lakukanlah pembersihan dalam pilihanraya ini nanti.
Pengkhianat negara perlu dinyahkan… dan BA adalah pilihannya.
p/s Indahnya, kita akan bertanding satu lawan satu dengan BN.
Ape la bodo sgt Badawi ni, bende2 kecik pun nak tipu rakyat….surat khabar THE STAR tarikh 13 February dia cakap Parlimen tak bubar hari ni, tengok berita malam Parlimen bubar pulak.
Kalau bende macam ni pun die boleh tipu kite semua…apatah lagi kekayaan negara kita semua,mesti die songlap bagi kat menantu ,anak die, kroni2 die. Nak harapkan Imam Hadhari macam ni nak perintah negara??? memamg mampus la kita semua..minyak naik tol naik last last jadi macam Zimbabwe !
saya cuba access ke harakahdaily.net dari UK, btul ke kena hack?
Dolah Badawi adalah PM yang cukup celupar mulutnya. Feelnya pun tak elok, tetapi bijak memprojekkan mimik wajahnya apabila di depan wartawan. Lembut giginya daripada lidah, tetapi
- dia akan melenting setiap kali orang persoalkan hal anak menantunya;
- dia mencabar rakyat jelata dengan kata-kata bahawa “…dirinya pantang dicabar!”
- dia menuduh sebagai “biadab” terhadap mereka yang mengoyakkan poster pengerusi SPR; dan
kelmarin dia berbohong. Berdarat bohongnya… apabila hari ini dia membubarkan parlimen!
Kalaulah dalam hal semudah ini pun beliau tidak dapat mengawal diri dan tutur katanya, bagaimana mungkin dengan segala hal titik-bengik yang mencabar dalam pengurusan sebuah negara (yang pasti bukannya sebuah persatuan bolasepak atau sebuah syarikat teksi!).
Maka lihatlah cara segala jenis pembayaran yang dibuatnya; bagaikan harta mak-bapa dia!
Tanpa semakan atau sedikit ‘argument’ pun.
Kemudian, dah berapa bilion syer Menteri Kewangan Diperbadankan yang dijualkan dek Khairy kepada Temasik Holdings… dan semua diluluskan.
Alahai Dolah! Umur pun dah 65….
Isyy!
Maklumat dari ‘think tank’ UMNO…..
Baru-baru ini POLIS dan SPR mengadakan ‘presentation’ bagaimana dan strategi untuk memenangi PRU12 didepan UMNO LAKNATULLAH…..!!!!!
Saya setuju dengan pondok tanjung…….
Saya dah tak sanggup lagi ditipu bulat-bulat oleh badan kehakiman…….
Kalau penipuan terlampau sangat oleh SPR……. Dato’ Seri…..!
Kita boikot PRU12….
Kita boikot PRU12….
Kita boikot PRU12….
Selamat berjuang pada Dato Seri,
Saya mendoakan agar Keadilan dapat memperbaiki pencapaian pada PRU ini sebab terlalu banyak “handicap” yang tak mungkin dapat dielakkan oleh Keadilan seperti media yang berat sebelah, SPR yang memihak kepada BN, “rasuah” kepada pengundi serta lain-lain. Namun LAWAN TETAP LAWAN.
Pak Lah sudah terlalu banyak membohongi rakyat..
Terbaru, kata Parlimen tak akan dibubar pada 13/2 sampai semua surat khabar dah tulis tapi.. Jadi siapa yang tetap mengundi BN tak tahulah nak cakap apa..
Selamat berkempen.
Terasa pelik la, semalam dalam berita ‘beliau’ nafikan akan bubar parlimen hari ni, tetiba bubar pulak pagi ni. Rasa macam PENIPU jer pengasas Islam Hadhari ni…
Adakah tipah akan tertipu lagi???
Salam perjuagan dari JimieRay dot Com
isu harga barang dan minyak isu yang utama untuk diketengahkan,focus isu yg hampir dgn rakyat bawahan.perang saraf bermula,beri penerangan dan sebarkan risalah…..semoga ada impak yg besar.pru11 datuk kat dalam penjara ada perubahan sedikit,sekarang anda bebas untuk berkempen,ayohhhhhhh kita tawan malysia!!!!!..insyaallah….takbir.
Ambil iktibar kejatuhan Pertamina
BOLEHKAH keuntungan Petronas diguna untuk menurunkan harga minyak dan barang? Atau bolehkah ia dipakai untuk biaya kos pendidikan percuma rakyat sehingga ke peringkat pengajian tinggi?
Jawapannya tentulah boleh. Inilah yang menjadi modal dalam kempen parti pembangkang pada pilihan raya ke-12 yang sudah hangat ketika ini walaupun tarikhnya belum ditetapkan lagi.
Tetapi risikonya terlalu tinggi. Tidak boleh dibayangkan apa yang mungkin boleh berlaku kepada satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam majalah Fortune sebagai antara 500 syarikat terbesar dunia ini, jika langkah berkenaan diguna pakai.
Dalam hal ini, kita boleh belajar daripada pengalaman yang dilalui syarikat minyak Indonesia, Pertamina semasa era pemerintahan Presiden Suharto. Selain terpaksa menanggung hutang yang besar dan hilang daya tarikan pelabur, ia menjadi sarang korupsi, kolusi dan kronisme.
Pertamina, semasa era pemerintahan 32 tahun Orde Baru telah menjadi sebahagian daripada tonggak sistem ekonomi dan politik Suharto. Malah Pertamina pernah diurus oleh seorang jeneral.
Tidak seperti sekarang, bahan api pernah menjadi monopoli Pertamina. Hanya stesen minyak Pertamina dibenarkan beroperasi. Keadaan stesen minyaknya buruk kerana untuk ubah suai pun memerlukan persetujuan pemerintah.
Seorang penyelidik Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3ES) Indonesia, Pri Agung Rakhmanto mengakui bahawa Pertamina selama bertahun-tahun telah dimanipulasi untuk menjaga stabiliti rejim Suharto.
Semasa era Suharto, menurut Pri seperti dipetik akhbar Kompas baru-baru ini, tidak pernah berlaku kekurangan bahan bakar minyak seperti sering dialami sekarang dan harganya juga dikawal supaya sentiasa murah demi kepentingan politik Suharto.
Semasa itu rakyat tidak mengeluh kenaikan harga barang atau harga minyak. Malah semasa era reformasi, ramai rakyat Indonesia mahu kembali ke zaman ‘indah’ Suharto yang serba-serbinya murah.
Tetapi berapa lama keuntungan hasil kekayaan sumber alam Indonesia itu boleh bertahan untuk terus dimanipulasi?
Pada tahun 1960-an dan 1070-an, kehebatan Pertamina terserlah apabila mampu meletakkan dirinya sebaris dengan syarikat minyak asing yang semasa itu menguasai industri tersebut. Majalah Fortune menyenaraikannya antara 200 syarikat terbesar di dunia.
Ia menjadi kebanggaan rakyat Indonesia. Pertamina diberi pelbagai peranan termasuk membina sekolah, membangun jalan raya, membuka jelapang padi dan kilang keluli. Tanggungjawabnya diperluaskan bukan lagi dalam bidang kepakarannya iaitu minyak dan gas.
Kesannya, selepas beberapa dekad, Pertamina yang menjadi inspirasi penubuhan Petronas pada tahun 1974 dengan ramai pegawai Petronas dilatih di Pertamina, tidak lagi segagah dahulu.
Malah ungkapan yang sering kita dengar daripada rakyat Indonesia ialah Petronas pula yang kini menjadi inspirasi Pertamina. Rakyat negara itu bertanyakan apa kurangnya Pertamina untuk menjadi sehebat Petronas?
Penganalisis ekonomi Indonesia, Dr. Kurtubi yang pakar dalam industri minyak ketika diajukan cadangan menggunakan wang keuntungan minyak dan gas untuk menurunkan harga minyak segera mencelah, cadangan itu tidak masuk akal.
“Jangan gunakan anugerah Allah untuk diboroskan pada masa ini. Nanti kita berdosa kepada anak cucu kita,†tegasnya yang bersikap kritikal terhadap sebarang penyalahgunaan harta negara.
Subsidi
Beliau yang menyaksikan kejatuhan Pertamina menegaskan jika keuntungan Petronas digunakan untuk menambah subsidi supaya harga minyak boleh turun, ia merupakan langkah ke belakang.
“Sebab subisidi mendorong pemborosan, tidak ada kreativiti dan menghambur wang negara kerana orang kaya juga menikmatinya,†katanya.
Dalam keadaan harga minyak dunia yang selalu naik, tentulah langkah mengawal harganya supaya terus murah bukan pilihan yang bijak, malah membahayakan ekonomi negara.
Ia tidak memberikan gambaran sebenar kepada pelabur dan industri kerana harga minyak bukanlah harga sebenar kerana telah disubsidi oleh kerajaan. I
“Ini akan menyebabkan pelabur membuat pertimbangan dan keputusan yang salah. Minyak akan digunakan secara boros kerana harganya murah. Rakyat juga yang rugi untuk jangka panjang,†kata Kurtubi lagi.
Minyak yang ada di dasar bumi ini sifatnya tidak boleh dibaharui. Jika terus digali serta diproses sekarang dan dijual murah pula, itu ertinya kita telah mengambil hak generasi akan datang.
Anak cucu kita juga berhak terhadap hasil mahsul negara. Janganlah ia dibazirkan. apatah lagi demi menjaga kepentingan politik pihak tertentu. Politik seharusnya turut digunakan untuk kesejahteraan generasi akan datang.
Pengalaman yang telah dilalui Pertamina tidak boleh dibiarkan berlaku ke atas Petronas yang kini semakin tangkas dengan strategi globalisasinya dan mendapat dukungan para pelabur.
Pada masa yang sama, kita harus bersyukur dengan komitmen Petronas yang terus berupaya menyumbang semula hasil keuntungannya kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.
Sebagai contoh bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, Petronas telah menyumbang hasil keuntungannya sebanyak RM48.3 bilion kepada kerajaan. Pada tahun berkenaan Petronas mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM76.3 bilion.
Janganlah kerana misi politik jangka pendek yang sempit, kita hilang pula sumbangan besar tersebut kerana nikmatnya harus terus dirasai oleh anak cucu kita.
Apa kata pakar agung maksum Keadilan pula? =)
Ketika MRR2 didapati retak tiga tahun lalu, Samy Velu menganggarkan kos memperbaikinya cuma RM18juta. Kontraktor mesti bertanggungjawab, katanya. “Dia mesti tanggung itu kos, kalau tidak kita akan blacklisted serta-merta,” tegasnya lagi.
Apabila anggaran benar-benar dibuat kosnya didapati meningkat kepada RM30juta. Takpe la. Dah tak dengar pun sama ada kontraktor kena tanggung kosnya.
Kemudian apabila kerja-kerja hendak dilaksanakan, entah bagaimana syarikat dari Jerman yang dipilih. Kosnya telah meningkat kepada RM50juta.
Kemudian, apabila siap kerja memperbaiki 31 daripada 32 tiangnya kos telah melonjak kepada RM70juta!
Dalam diam-diam Dolah Badawi main bayar saja dari khazanah negara. Dia tak soal apa-apa pun dengan Samy Velu. Sebab, sebelumnya ada kedengaran Samy Velu lemparkan fail ke mukanya dalam satu mesyuarat kabinet. (Nota: Samy Velu adalah menteri paling kanan berbanding Dolah).
Kontraktornya pun menarik nafas lega setelah menyapu kontraknya RM270juta (kalau tak silap).
Itu sebab, dalam buku yang saya hasilkan, mereka ini dilakarkan selayak dubuk lapar. Binatang ganas yang buruk perangainya itu mengalahkan singa atau harimau. Ia akan berebut-rebut mengoyak mangsanya yang sedang menggelepar, kemudian dibawa lari habuan masing-masing dengan suara ngada-ngada yang memualkan.
Itulah spesis UMNO/BN.
LTAT diberi dividen…phishing for votes! Ingatkan kpd penyokong parti kerajaan pemberian sebegini bukannya sebab kecermelangan kerajaan sekarang. No harm to give BA a chance.
Tiba-tiba Pengerusi SPR kata mungkin dakwat khas tidak digunakan dalam pilihanraya ke-12 ini. Apakah ada agenda di sebaliknya. Apa komen dato seri?… skrang ni harakahdaily.net pun tak boleh masuk. Apasal, ada sabotaj ke?…
Assalamualaikum Dato’ Seri,
Semoga kali ini nasib negara dan rakyat akan dapat kita ubah. Ulun sentiasa akan menyokong perjuangan ini, demi maruah dan masa depan yang terjamin. Hidup Rakyat, laknat pengkhianat negara dan bangsa…. umno/bn
Sudahkah kita membuat “homework” dikawasan masing2, yakni memeriksa senarai nama pengundi lama dan baru dikawasan kita ???…SAY NO TO PHANTOM VOTERS !!!….Lawan tetap Lawan, takbir (ALLAHUAKHBAR 3x)…SEMOGA PERJUANGAN INI MEMPEROLEHI KEMENANGAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BN kerana telah menaikkan elaun sara hidup pelajar tajaan kerajaan di luar negara sehingga sebanyak 98% pada pembentangan Bajet 2008.
Walau bagaimanapun, realitinya sangatlah bertentangan dengan apa yang diuar-uarkan. Elaun pelajar tajaan di Amerika Syarikat seperti saya SEBENARNYA telah dikurangkan sehingga tidak cukup untuk kami mencari penempatan. Kami terpaksa mencari kerja separuh masa bagi mengisi perut. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang telah diberi, tetapi mengapa kerajaan perlu menipu rakyat dengan berita-berita yang indah khabar dari rupa? Jika mahu kurangkan elaun, kami boleh terima, tetapi jangan menipu rakyat jelata lain dengan mengatakan ianya telah dinaikkan.
undurLAH.
Salam..
Sahabat2 semua….INGAT…jangan sekali terpengaruh dgn slogan “BOIKOT PILIHANRAYA, PULAU PILIHANRAYA” atau apa2 sahaja!
Kalau kita pulaukan pun, tak mendatangkan apa2 faedah. Malah BN akan menang besar, Mereka tak pernah peduli pun kalau pembangkang pulaukan pilihanraya, malah lagi suka!
Ingat semua…KELUAR MENGUNDI!!!!
Dato’ Seri,
Malam tadi di Trengganu imigrasen serang restoran2 tom yam. Saya bukan nak menuduh tapi tolong minta sesiapa yang berkenaan siasat kes ini. Kemana mereka nak bawa dan apa mereka nak buat dengan orang2 Patani ini. Bukan apa la kan. Parlimen dah bubar dan BN/UMNO kan takut kalah so mana la nak tau mereka dah start cari hantu2 untuk mengundi. Please take note. Tak tahu nak beritahu siapa cuma disini saya tahu berjuta2 rakyat baca. Salam Reformasi bersama kita berjuang.
LAWAN TETAP LAWAN!
harakahdaily.net dah boleh buka dah…
Alangkah tak konsistennya seorang PM bernama Pak Lah. Kata tak bubar, tiba-tiba bubar.Anak Pak Maidin terpalit sama, berita jam 12.00 umum bahawa desus-desus pembubaran hanya bohong semata, tiba-tiba setengah jam lebih sikit, parlimen diumumkan dibubarkan. Hal cam tu dah menipu… janji-janji pilihanraya camna pula nanti? Masih banyaklah gamaknya penipuan yg berlaku… Namun apapun, sebenarnya amat baik situasi ini utk BA… beberapa rakan yg atas pagar, telah menyatakan tekad mereka untuk menolak PM yg mereka penipu ini. Mereka kata, selagi Pak Lah bertanding, sampai bila pun tak undi BN. Mereka orang Najib kot?
LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!
SAYA PASTI SPR AKAN IKUT ARAHAN KETUA MUNAFIK AGAR PENGGUNAAN DAKWAT BAGI YG TELAH MENGUNDI AKAN DIBATALKAN KERANA BANYAK HANTU-HANTU TELAH DISEDIAKAN TERUTAMANYA BAGI NEGERI - NEGERI DI UTARA.
Salam buat semua, rakyat Malaysia yang mengaku bersopan dalam berbicara..
Saya amat terkejut dengan komen-komen dari orang Malaysia yang terpapar dalam memberi respon dalam ruangan ini. Juga saya amat malu kerana masih ada rakyat Malaysia yang sanggup mengunakan ayat-ayat cercaan bertujuan menghina para pemimpin Malaysia.
Siapa kita untuk menghina pemimpin seperti Perdana Menteri. Dimana kewarasan kita sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata nista kepada para pemimpin negara. Tahukah kita semua, menuduh seseorang itu melakukan kejahatan tanpa bukti-bukti yang sahih adalah FITNAH? Dan Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh..Ya Allah, lindungilah mereka-mereka ini dari dosa fitnah yang mereka lemparkan, amin…
Saya juga tertarik dengan beberapa ulasan dari kawan-kawan semua berkenaan dengan peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Di mana relevennya peningkatan kadar jenayah disebabkan oleh kerajaan sedia ada? Kalau betul jenayah meningkat di negara kita, mengapa kita perlu bebankan kerajaan semata-mata untuk memantau dan membuat tindakan supaya jenayah di negara kita tidak berlaku? Bukankah, mencegah jenayah itu tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia?
Tidakkah tindakan menganjurkan demonstrasi mengga,lakkan jenayah dari berlaku? Kawan-kawan semua memang bijak dan pandai. Tapi dalam masa yang sama, kawan-kawan semua telah mendedahkan kebodohan yang amat ketara..
Kalau kawan-kawan semua inginkan Malaysia aman dan sejahtera, mari berganding tangan memberi sokongan padu kepada pemimipin sedia ada. Saling membantu bersama-sama melonjakkan ekonomi negara. Jangan terpedaya dengan momokan Dato Seri Anwar yang memang pandai berretorik untuk memperdayakan rakyat..
Hidup BN, HIdup Pak Lah, Hidup semua pemimipin Kerajaan dan Pembangkang serta Seluruh rakyat Malaysia…
Jika ingin berdialog dengan saya hubungi no ini: 017-8120129
BETUL TU JGN DENGAR OMONGAN BOIKOT PRU12. MEMANG ITU YG UMNO/BN NAK PUN. MEREKA TAK PEDULI KITA BOIKOT ATAU TAK, APA YANG PENTING MEREKA BELUM PUAS MEROMPAK HARTA RAKYAT. TAK ADA ISTILAH MALU BAGI MEREKA. KITA GEMPUR….. LAWAN TETAP LAWAN. KALAH ATAU MENANG BIAR BERMARUAH.
Assalamualaikum WBT…
Saya ingin berkongsi sebuah kisah masa saya masih sekolah dulu. Tahun 1998 saya Tingkatan 5 lagi. Tahun itu Saudara Anwar kena pecat. Masa tu semua orang tak puas hati. Termasuk la saya dan beberapa orang kawan saya sendiri. Masa tu saya pengawas kat sekolah. Kira aktif jugak la. Kat sekolah saya tu ada perkhidmatan radio sekolah. Radio ni bersiaran waktu pagi dan masa rehat jer. Kira untuk bagi pengumuman la. Ada satu hari tu kawan saya bawa kaset ucapan Saudara Anwar. Ucapan tu kat rumah Saudara Anwar di Damansara. Kami semua sangat berminat mendengar ceramah tersebut walaupun cuma dapat mendengar suara sahaja.
Pada suatu hari tu, saya dan rakan-rakan saya telah memasang kaset ucapan Datuk Seri Anwar dan ini dapat didengar di seluruh sekolah. Perkara tersebut telah menggemparkan satu sekolah. Saya dan kawan-kawan saya berasa bangga. Bila teringat peristiwa tersebut saya akan tersenyum seorang diri. Pihak sekolah tidak mengambil apa-apa tindakan berikutan peristiwa tersebut. Saya pun tidak tahu mengapa namun saya dapat rasakan yang saudara Anwar sememangnya mempunyai tempat di dalam hati setiap insan di Malaysia kita yang tercinta ini.
Itu sahaja yang saya mahu kongsikan bersama. Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Renungkan.
Salam Reformasi.
RAKYAT MALAYSIA YANG BERMARUAH.. jangan kita undi BN
PADE DA…
50 Tahun
KAMI SOKONG BA
To Rinz Hj.R, apa bula bukti awk yang mengatakan “Dato Seri Anwar yang memang pandai berretorik untuk memperdayakan rakyat..”?
Dan apa pula hujah awk mengatakan “Kalau kawan-kawan semua inginkan Malaysia aman dan sejahtera, mari berganding tangan memberi sokongan padu kepada pemimipin sedia ada.”?
Berjuang Tetap Berjuang!!…
Berjuanglah kerana Allah…kenapa perlu baikot PRU12….
Sdr pondok tanjung nie macam duri dalam daging..berhati2lah saudara sekelian PKR
A’kum Pendukung Reformasi,
Respon to Saudara Sam 75:
Saya amat bersetuju benar dengan pandangan anda. BR@BA perlu bersedia dengan rakaman penyelewengan SPR (barua BN) dan salahguna kuasa oleh Anjing2 BN (Polis yg Jahat, Rasuah, Penindas) pada PRU12 nanti. Bantuan2 drpd bloggers, akhbar bebas (Malaysiakini) dan mereka yg menyokong PRU yg adil dan bersih boleh menjadi spy2 untuk merakam kejelikkan BN semasa hari berkempen, hari penamaan calon dan HARI MENGUNDI. Saya dapati laman Web seperti Youtube atau media online (PASTV) semakin mendapat kunjungan yg ramai. Usaha ini perlu dipergiatkan oleh BR@BA secara serius. Seperti pendedahan klip video VK Lingam yg semakin mendapat liputan meluas bukan sahaja drpd media milik BN tetapi juga media antarabangsa. Saya percaya jika terdpt rakaman penyelewengan SPR dlm PRU12, mungkin nasib SPR akan jadi seperti SPR Thailand. Diharap pandangan Sam75 dan saya ini mendapat respon dan tindakan sewajarnya oleh pimpinan BR@BA.
Respon to Saudara blackmail:
Cadangan saudara blackmail tentang isi risalah yg semacam reverse-pscychology ini amat baik dan disokong. Tetapi jikalau boleh, diharap pihak pimpinan BR@BA juga mengedarkan risalah tambahan dalam bahasa yg ringkas dan difahami yg mana membandingkan apa yg AKAN pemerintahan BN laksanakan seperti di atas dengan apa yg AKAN BR@BA janjikan seperti terkandungan dlm Perjanjian Dengan Rakyat Malaysia selepas kejayaan BR@BA dalam PRU12 nanti. Insyallah….
Buang maso sajo dialog dgn Rinz Hj. R……..
Orang kampung den sumo dah tukar bendero…..
Baik IMAM , Bilal dan tok siak den…… dah menyampah dengan Imam Hadhari…
UMNO sampai skrg….. belum minta maaf secara terbuka dgn DSAI atas fitnah besar-besaran tahun 1998…
Ketua UMNO BHG den……..pernah bersolat tanpa wuduk…..!!!!
Saudara A;
Hujah anda mengenai subsidi minyak nampak seolah-olah begitu bernas berlandaskan peristiwa yang berlaku kepada PERTAMINA. Tetapi izinkan saya untuk memberitahu anda bahawa anda adalah contoh rakyat yang mudah ditipu oleh kerajaan BN yang langsung tidak dipercayai. Jika mekanisme menggunakan keuntungan Petronas untuk membayar subsidi minyak diambil kira, sememangnya ia bulkanlah suatu langkah yang bijak. Namun itu juga tidak mustahil dilakukan. Memang benar jumlah subsidi akan bertambah namun jangan lupa keuntungan yang diterima juga bertambah. Apa yang penting ialah mengurangkan pembaziran terhadap perkara-perkara yang sia-sia. Contohnya kes kerosakan MRR2, bangunan MATRADE dan jambatan bengkok. Tidak pasal-pasal duit Petronas dan duit rakyat dibazirkan kepada sesuatu yang tidak mendatangkan faedah langsung. Lagipun apa salahnya jika subsidi minyak dibayar kerana itu adalah untuk kebaikan rakyat juga. Setiap orang di Malaysia berhak menikmati hasil daripada khazanah bumi tercinta ini. Dalam kes MRR2, adakah rakyat mendapat faedah selepas kerajaan membayar kos baik pulih sehingga RM70 juta? Sebenarnya jika pembaziran dapat dielakkan, rakyat pasti dapat menikmati pembangunan dan kesejahteraan, walaupun kita membayar untuk subsidi minyak.
BPR cukup bangang……!! Dalam menyiasat kes keretakan MRRII….
Apa faedahnya pergi mengukur berapa besar keretakkan tiang jambatan itu…!!!
Apa kelayakan BPR…????? Jurutera berdaftar ke…????
Pergilah ukur akaun Samy Vellu kat Bank…..
berapa tebal wang mengalir masuk melalui konsultant dan kontraktor….!!!!
bagaimana persiapan di perak ?
di kaw sy, dun temenggor 2x sudah ditandingi oleh keadilan
sayangnye, tak nampak langsung..even markas keadilan di gerik ni..camana ni..
kalau di lenggong boleh ada markas di kuak..gerik apa citer ?
adakah letak calon sekadar lambang sahaja semata2
Ada tengok dubuk lapar dalam National Geographic tak?
Itulah Rinz Hj.R dan spesis UMNO.
Pak Lah dan Najib pun dah mengigil ketakutan,tapi masih ada gulungan seperti pengkaji dll,yg tidur lebih nyenyak dari boss nya.zzzz….
Assalamualaikum Dato’ Seri,
Mintak cek dekat SPR, kenyataan yang dibuat oleh pengerusi SPR ( tak payah sebut nama lah ek, sebab die sekutu kerajaan, meluatlah saya nak mengeja ) dalam pemgumuman tentang tarikh PRU - 12 jam 11.40 pagi 14/2/2008, ada 221,054 pengundi pos???, ramainya orang Malaysia di luar negara dan askar2 kita di dalam hutan, adakah ini pun salah satu daripada contoh penipuan si lahanat SPR, tolong ye Dato’ Seri, tolong selidik.
Dato Seri,
Gariskan janji2 Dato’ Seri secara ringkas dan edarkan kepada seluruh rakyat. Pastikan setiap pengundi akan mendapat 1 salinan Janji tersebut. Saya BERSEDIA edarkan salinan tersebut di tempat saya Klang dan Shah Alam.
1) Harga PETROL diturunkan,
2) Harga BARANG diturunkan,
3) Harga TOL diturunkan,
4) Air dan ELektrik diturunkan,
5) Kos pendidikan percuma,
6) Perbelanjaan kesihatan percuma di Hospital2 kerajaan,
7) Rumah kos rendah untuk rakyat yang rendah dan susah
8)
9)
Tolong paparkan JANJI-JANJI Dato Seri dalam blog untuk membolehkan kita print dan edarkan kepada rakyat.
LAWAN TETEAP LAWAN………
Drhady Survival Island
Tunggu 8 Mac kita gempur habis, ‘TATAP’ membuat kejutan besar bah… sebarkan saja istilah ‘GANTI BAJU’ pasti pkr akan dapat merubah corak permainan parti kronisme bn. Kita enjoy melihat mereka kelangkabut seperti cacing kepanasan. Tumpaskan kroni-kroni umno. Inilah masanya kita lihat mereka tidak dapat bernafas…. syukur lho siapa syuruh nyari gara-gara.
Mengulangi untuk menyegarkan kembali semangat perjuangan.
Izinkan saya meminjam luahan fikiran DSAI
” Demikian hukum perjuangan, dengan liku dan ranjau, risiko serta menuntut pengorbanan. Manusia berikhtiar dan Allah mentakdirkan. Kita yakin dengan kebenaran dan keadilan dan menjadi ‘vox populi’ - suara rakyat sebagai suara keramat. Maka sempena musim yang mencabar ini, marilah kita perkukuhkan saf dan memperkuatkan tekad untuk terus berjuang.”
Salam reformasi….
Salut untuk mereka yang berani
Dear Dato’ Seri,
We have been the laughing stock all around the world for too long. We are a God Fearing and a Blessed nation, however, we allowed it to be run by fools. Many of us have let ourselves down by never voting. It is said that evil breeds on the inaction of good men to resist. You my Sir, have been a great teacher to all of us on how to be patient, stand up against all odds and triumph !! So you have my vote, and am sure of the many others who have been ’sleeping’ all this time. It will be a rude shock to BN. The so called ‘fair elections’ will be a wild card. Lets hope that BN will try to be fair this time due to their arrogance.
Saya harap KeADILan dapat menunaikan “nama”nya sepertimana yang dipamerkan dengan mendirikan sebuah masyarakat yang benar-benar ADIL dan bukan seperti kerajaan BN yang telah mengisyhtiharkan “RUKUNEGARA” sejak 1970 tanpa menunaikan sepatah perkataan pun daripada dokumen suci tersebut. Saya masih ingat semasa itu, setiap pelajar, termasuk saya dikehendaki mengikrar Rukunegara pada perhimpunan sekolah. Masih ingat perkataan-perkataan yang saya ikrarkan “….membina masyarakat yang ADIL….” Apakah maksud perkataan-perkataan ini? Bagaimana keadilan dapat diamalkan jika kerajaan masih mengekalkan NEP dan ketuanan Melayu? Bukankah rakyat kaum lain rakyat Malaysia yang sama taraf? Jadi, bagaimana kerajaan dapat mewujudkan “masyarakat yang adil” dengan tindakan-tindakan tersebut?
Sekiranya KeADILan dapat menangi pilihanraya kali ini, saya berharap pemimpin-pemimpinnya tidak lupa akan rakyat yang telah memberikan sokongan kepadanya.
rakyat malaysia di sabah mesti undi ba!
DSAI,
Senario parti di Sabah umumnya memilih calon, muka baru, berpendidikan, tiada kes dan lokal (berasal dari daerah tsb). Daerah terpanas dan menjadi tumpuan adalah DUN N26 Kuala Penyu (bebas menang 2004). PKR perlu membuat tinjauan langsung ke tempat ini kerana kawasan ini boleh BA tawan dgn mudah sekarang dgn syarat. Bakal calon memiliki kriteria diatas dan orang Islam tulin. Kerana setiap term pilihanraya hanya non-muslim saja yg menerajui parti (UPKO then BEBAS) sedangkan DUN ini 60% penduduk islam. Sekarang tiba masanya giliran orang islam pula then try calon profesional islam PKR.
It’s just a few months ago, people thought it was a impossible dream for B. Obama given his limited resources. They had smashed all their eye glasses now. The opposition parties could learn from his experience during this general election how he had succesfully convinced the people he will bring about change to his country. The commitment to bring about change and not just talking about change, he has touched the string of everyone’s heart. The opposition shouldn’t be dwelling over the same old topic which we heard over and over again during the election time. They should put in new element because the middle class group has expanded over the last 50 years and would not be led blindly or just a few sweet candies. They want a new Malaysia that can stand shoulder to shoulder with all other world class countries. That’s the missing link of the opposition and it’s like eating nasi lemak without sambah.
cklim is right. Jangan tuduh sebarangan kepada pemimpin Malaysai walaupun siapa dia. Malaysai ujud dan teguh oleh kerana pemimpin itu.
dato seri,
saya agak kurang jelas mengenai perjuangan yang dato’ seri perjuangkan bersama PKR, tapi saya agak risau sekiranya sistem politik negara ini menjadi sistem politik wang bersama kerajaan yang sebelum ini, BN. Saya meminta jasa baik dato’ seri untuk menerangkan kepada saya apa yang PKR perjuangkan, saya yang keliru tentang perjuangan yang PKR tengah perjuangkan.
admin: sila rujuk manifesto melalui laman harapanmalaysia.com
Apa nak jadi politik Malaysia? Saya menjadi semakin risau, semakin rasa tak selamat. Semakin muak rasanya mendengar bicara-bicara politik yang memualkan.
Harap-harap tak ada kejadian yg tidak diingini menjelang pilihanraya nanti. Gunakan kuasa sakti di tangan anda utk memangkah calon yg benar-benar komited utk rakyat.
DSAI,
Disyorkan bertanding di mana2 pilihanraya kecil tapi bukan di Permatang Pauh atau Lembah Pantai.Kita tambah kerusi BA. Mana2 kakitangan kerajaan seperti penghulu yang ekstrem UMNO perlu diberi surat peringatan atau ditukarkan contohnya Penghulu Mukim.
TQ