03
Feb
08

Pupuk Tradisi Ilmiah, Bukan Sikap Bebal

1. siswa_reform menanyakan:

Dato’ Seri,

Join kempen Sapere Aude! - ‘Jangan Haram Buku’! Harap Dato’ Seri boleh ulas tindakan kerajaan buku dan impaknya kepada masyarakat. Hari ini ramai orang takut berdepan dengan perbezaan pendapat - kerana malas untuk majukan diri. Mereka takut dalam pasaran idea - untuk berdepan dan mengemukakan idea yang lebih baik.

2. Sapere Aude menanyakan:

Sdr Anwar..
besar harapan saya agar soalan saya mendapat jawapan Sdr.
Baru-baru ini saya dapat tahu bahawa ada 11 buku telah diharamkan oleh KKDN, antaranya ialah buku Islam & Pluralisme terbitan MEGC karya Mustaqeem Mahmood Radhi.

Buku ini biasa-biasa saja,sekadar kompilasi artikel berkaitan isu pluralisme. Tetapi diharamkan atas dasar menimbulkan kekeliruan kalangan umat Islam.

Soalan saya,perlukah buku-buku yang kononnya menimbulkan kekeliruan ini diharamkan? apakah rakyat Malaysia semuanya bodoh-bodoh, sehingga kerajaan perlu menjatuhkan hukum kepada buku-buku ini tanpa memberi ruang agar hujah dibalas hujah?

Di Amerika dan England misalnya, buku-buku dalam apa jua kategori tidak diharamkan. dan toko-toko buku di sana begitu terbuka menerima apa saja karya baik dari dalam mahupu dari luar negara. Dan mereka berdiri sebagai sebuah negara maju, dan rakyat mereka terbuka minda dan bebas berfikir. Mengapa realiti di Malaysia yang meletakkan ketamadunan Islam berlainan realitinya?

Apakah rakyat yang bodoh, atau kerajaan mahu rakyat menjadi bodoh agar mudah diperkotak katik?

Sdr siswa_reform dan Sapere Aude,
Lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat ’sapere aude’ dan lazzatul makrifah, ghairah atau berahi dengan ilmu. Secara tuntas, ini menuntut kesediaan berwacana berdasarkan tradisi ilmiah, bukan sikap bebal, pantas menghukum atau mengharam karya dengan sewenangnya.

Seandainya kita yakin dengan kebenaran Islam, kita harus bersedia berhujah dengan hikmah.

Lebih wajar diperkenalkan undang-undang jelas melarang cercaan terhadap Allah dan para Rasul.

ANWAR IBRAHIM


7 Responses to “Pupuk Tradisi Ilmiah, Bukan Sikap Bebal”


  1. 1 mongolian Feb 4th, 2008 at 12:25 am

    Sapere Aude,

    U cuba menbedakan US dan England dengan malaysia dari sudut Karya atau apa sekalipun yang meranduk arus dikira haram, sebab itu rakyat malaysia pemikirannya buntu bangsanya kaku yang pasti bangsa malaysia akan hanya jadi satu bangsa meniru atau satu bangsa tumpang tiada daya bebas untuk memikir kerana telah ada sempadan yang tebal lagi kukuh oleh UMNO dan BN maka rakyat malaysia tidak akan berdaya baru atau menbentuk atau mencanai pemikiranya supaya minda rakyatnya terus berkembang yang pasti selagi UMNO dan BN terus berkuasa maka malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang mana rakyatnya telah di bekukan mindanya oleh pemerintah berbanding US dan England mereka tiada garisan yang menharamkan rakyatnya megasah minda mereka dahagakan rakyat yang mindanya berkembang untuk mencetuskan berbagai kemajuan dari berbagai sudut karya,teknologi dan sebagainya dimalaysia baru nak buka mulut terus dijahit baru nak menulis tangan di paku maka hiliran dari itu minda rakyatnya bantut.malaysia gagal melahirkan mereka mereka yang terbai untuk negara jika ada pun mereka lebih sedia berkerja di luar negara banyak pakar kita berada diluar negara di Silicon Valley US, MIT, dan banyak lagi termasuk pakar grafik untuk filem Amerika dan sebagainya.persoalannya kenapa ramai pakar malaysia lebih rela berkerja du luar negara bukan tepuk dada tanya selera tetapi tepuk bahu mereka dan tanya mereka yang pasti jawapannya dimalaysia mereka akan jadi buntu dek UMNO dan BN.mereka yang pandai akan jadi bodoh jika berada di bawah UMNO dan BN. ramai cerdik pandai rakyat tempatan mencurahkan bakti kepada negara lain kerana dasar UMNO dan BN yang begitu kuno.

    Wasslam

  2. 2 fuad Feb 4th, 2008 at 12:42 am

    salam..
    bila datuk seri nak datang ke seberang takir, kuala terengganu?
    kami dah lama, sejak dulu lagi di bawah UMNO.
    rasanya dah masa BA pulak ambil alih..

  3. 3 wargamalaysia Feb 4th, 2008 at 1:43 am

    Assalamualaikum semua..

    Pada saya, ajaran Islam ini sangat indah. Saya percaya sekiranya keindahan ini dapat dilihat manusia sejagat, amanlah dunia ini.

    Kesediaan masyarakat malaysia untuk menerima ide2 baru sama ada yang baik mahupun tidak serta menghadapi sebarang kekeliruan yang bakal disajikan bergantung kepada kematangan masyarakat itu sendiri. Sekiranya kerajaan membataskan keterbukaan minda dan pemikiran masyarakat kita mengambarkan kegagalan dasar kerajaan dalam usaha mematangkan masyarakat malaysia. Apakah masyarakat tidak matang atau kerajaan yang tidak matang? Umpama seorang bapa Islam ingin membenarkan anaknya menuntut jurusan perubatan di Barat atau kursus membaiki kenderaan di Pusat Giat Mara. Adakah anaknya akan pulang sebagai seorang doktor Kristian kerana terdedah dengan ajaran Kristian atau menjadi Ustaz Mekanik? Yang terbaik ialah pulang sebagai seorang doktor Islam yang sejati.

    Fahaman saya berlandaskan Islam, sekiranya kebaikan sesuatu benda atau pekara itu sentiasa mengatasi keburukan, maka wajarlah dibenarkan atau diteruskan usaha itu. Kadangkala pengemukaan ide baru mahupun kekeliruan akan memperkukuhkan lagi pegangan asal kita, namun bergantung kepada penghujahan dan penerimaan.

    Saya kurang arif dengan situasi kematangan masyarakat malaysia dan sperti ulasan DSAI, sekiranya kita yakin, kita sepatutnya bersedia berhujah dengan hikmah. Melihat kepada senario politik negara sekarang, saya lebih berpendapat bahawa kerajaan kita sekarang juga kurang matang dalam usaha mematangkan masyarakat negara ini.

  4. 4 Hasbullah Pit Feb 4th, 2008 at 9:20 am

    Malaysia tidak mempunyai Ladang Kincir

    Negara rugi berbilion ringgit apabila tidak langsung cuba mengadakan ladang Kincir.
    http://sebolku.blogspot.com/2008/02/ladang-kincir-bukan-ladang-khinzir.html

    Sila politikkan isu ini.

  5. 5 kuan Feb 4th, 2008 at 10:34 am

    “sekiranya kita yakin , kita sepatutnya bersedia berhujah dengan hikmah “. Ungkapan ini bagi saya adalah pendorong kepada membentuk pendakwah tulin . tinggi , dalam serta luas maknanya kepada masyarakat islam , juga menjunjung tuntutan mendalami ilmu .
    Terkadang kita bertanya pada diri , Pemimpin umno dan islam kenapa mereka masih bergelumang dengan
    najis rasuah dan maksiat-maksiat lainnya ( perjudian ) , tidak gentarkah mereka kepada Allah ? Kenapa mereka masih seronok membohongi rakyat dan membelakangkan rakyat miskin ? Setakat mana tahap keyakinan mereka kepada islam ? ?? Kita akan mempersoalkan apakah mereka betul-betul yakin dengan hari pembalasan? Kenapa dah tua-tua macamni masih tak serik-serik?
    Atau perlukah kita berhadapan dengan satu situasi dalam keadaan marah dan mengancam ?
    Kelebihan Islam adalah pada hujah hikmahnya bukan pada amarah mahupun ancaman. Islam itu kedamaian , kesejahteraan

    Dato seri , anda layak memimpin kami

  6. 6 crepe_0712 Feb 4th, 2008 at 2:26 pm

    SALAM-PERJUANGAN…..SEBENARNYA…KEBIJAKSANAAN-RAKYAT-TIDAK-DIBENARKAN-MELEPASI-KEBODOHAN-DAN KEPINTARAN-DALAM-PEMBOHONGAN-PEMIMPIN2-YANG-BEBAL…KEBIJAKSANAAN RAKYAT-AKAN-HANYA-MENYUSAH-DAN-MENYULITKAN-USAHA2-MEREKA-UNTUK-MEROMPAK-HASIL-NEGARA…SEMUA-BIJAKPANDAI-YANG-UJUD-HANYA-MAMPU-MENGGUBAH-IDEA-MEREKA-DIDALAM-RUANG-SERTA-BATASAN2-YANG-TIDAK-BOLEH-MELAMPAUI-DARI-HAD-SEMPADAN-KEPENTINGAN-MEREKA…RAKYAT YANG-BIJAK-HANYA-AKAN-MEMBAWA-KERUGIAN-PADA-MEREKA.

  7. 7 sender Feb 12th, 2008 at 4:22 am

    Book ban: the two faces of Islam Hadhari
    Ismail Che Yahaya (Malaysiakini.com, Feb 11, 2008)

    On Jan 29, the Malaysian government banned 11 books, one of them The Two Faces of Islam: Saudi Fundamentalism and Its Role in Terrorism authored by Stephen Schwartz, a Muslim convert.

    Schwartz suggested that ‘Saudi-Wahhabi agents’ in Malaysia had become alarmed by the publication of the book in Bahasa Indonesia, Dua Wajah Islam.

    In a protest statement against the Malaysian ban, Schwartz commented: ‘It’s contemptible and, frankly, reveals the backward-looking attitudes of authorities in Malaysia, a country which prides itself on its alleged modernisation as an economic tiger.

    ‘In reality, books cannot be banned today. They are smuggled, pirated – especially in Southeast Asia – downloaded, and, in the case of my book, can easily be imported from Indonesia and read by Malaysians who do not know English’.

    Regardless of Schwartz’s wild guess, book banning in Malaysia of late has gone beyond ‘Saudi- Wahhabi agents’.

    Before The Two Faces of Islam, the Internal Security Ministry banned four titles on religious fundamentalism over two years. They are: Islamic Fundamentalism since 1945 (banned on 7 June 2007), Feminism and Islamic Fundamentalism: The Limits of Postmodern Analysis (26 April 2007), The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam (8 June 2006) and, A Fundamental Fear: Eurocentrism and The Emergence of Islamism (8 June 2006).

    See the ministry’s full list of banned books here.

    Islamic fundamentalism is a broad phenomenon, not solely engineered or funded by the Saudi regime. In fact, fundamentalism is no longer a Christian or Muslim political landscape. It has gained currency and inflicted other religions too.

    Karen Armstrong, in her banned book, describes religious fundamentalism of the 20th century as a response to modern, liberal, materialist globalised civilization. She writes: ‘The West has developed an entirely unprecedented and wholly different type of civilisation, so the religious response to it has been unique’.

    Religious fundamentalists, she elaborates, ‘have absorbed the pragmatic rationalism of modernity, and, under the guidance of their charismatic leaders, they refine these ‘fundamentals’ so as to create an ideology that provides the faithful with a plan of action’.

    Therefore, it is of no surprise that even Buddhism, Sikhism, Hinduism and Confucianism have developed fundamentalist factions.

    That is why I find the banning is so overwhelming in that it shows the ‘two faces’ of Islam Hadhari as formulated by our present prime minister. On one hand, he tries to promote more tolerant, progressive and moderate Islam but on the other hand, his government has time and again banned such scholarly books on fundamentalism.

    Does it mean our government is protecting and nurturing a fundamentalist mindset among Muslims? Has his Islam Hadhari project been infiltrated by fundamentalist elements in his bureaucracy?

    http://www.malaysiakini.com/letters/77904

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829