Sebagai pengeluar crude oil yang terbesar diMalaysia kepasaran dunia, Negara Malaysia menjual crude oil yang belum diproses ke Negara luar.
Malaysia mampu membuat kilang penapis sendiri “refinery” di Negara ini untuk tidak mengimport minyak petrol dari luar Negara. Kenapa mesti import minyak petrol dari luar Negara? Kenapa tidak buat kilang penapis minyak “refinery” di Malaysia dengan menggunakan keuntungan penjualan crude oil dari Malaysia oleh Petronas?
1. Jika Malaysia membuat kilang penapis minyak mentah di negara ini”refinery” ia boleh menurunkan harga minyak sejumlah 20% tanpa subsidi penjualan kepada rakyat.
2. Jika Malaysia untung dari penjualan minyak mintah “crude oil” dipasaran dunia berjumlah RM80b setahun, Kerajaan tidak rugi kalau RM10b diberi subsidi penjualan runcit kepada seluruh rakyat Malaysia.
3.Wang keuntungan Petronas yang berjumlah RM80b seperti yang di nyatakan oleh Kerajaan BN, kononnya untuk di pergunakan membina sekolah-sekolah dan universiti-universiti seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri.
Sekiranya diimbas kembali rentetan peristiwa dalam Malaysia, terdapat beberapa sekolah 5 bintang yang telah siap dibina oleh Kerajaan BN tapi terabai dan tidak digunakan, sehinggakan bangunan sekolah tersebut mulai mengalami proses kemusnahan.
Koridor multi-media serta lebuhraya Kerajaan BN yang kononnya untuk dibina bagi kegunaan rakyat, bukankah itu boleh dikatakan suatu pembaziran ? Tidak cukupkah kemajuan IT yang sedia ada di saat ini jika dibandingkan keperluan yang terlalu mendesak dari rakyat sekitar bandar dan masyarakat pendalaman khasnya ? Semua kemajuan IT dan infrastruktur yang di perbaharui atau di permodenkan hanya dinikmati oleh masyarakat dalam bandar, sedangkan rakyat pendalaman masih lagi kabur dengan apa yang dikatakan sebagai ‘KORIDOR MULTI-MEDIA’ atau ‘LIGHT RAIL TRANSIT – LRT’ atau ‘ELEVATED HIGHWAY’.
Perangai bacul UMNO dan BN menghantam lawannya yang diikat kaki dan tangan, kemudian mereka kata, tenguk pembangkang tak mampu melakaukannya. Mereka kata PAS gagal membangunkan Terengganu, sedangkan hasil royaliti minyak disekat. Perangai ini sama macam perangai Israil yang menyekat bantuan kewangan ke wilayah yang di perintah oleh Hamas, kemudian tuannya Amerika membuat kenyataan yang menghentam Hamas. Saya negara kebajikan boleh diwujudkan di Malaysia, ia hanya samada samada mahu atau tak mahu. Yang kita tahu kerajaan UMNO/BN yang sudah berlarutan selama 50 tahun takan mahu negara macam ini dan saya percaya rakyat akan bertambah merana hidupnya kalau rejim ini diberikan mandat baru.
Asalammualaikum DSAI…
Saya percaya DATO SERI mampu lakukan dengan menurunkan harga minyak untuk rakyat malaysia yang kini dalam keadaan tertekan kerana taraf hidup yang meningkat dengan bergitu ketara di bawah kerajaan malaysia darul UMNO HADHARI ini.
Kepada rakyat malaysia sekelian undi BA untuk turunkan harga minyak atau undi BN kalau nak naikkan harga minyak lagi…..
Cukup la sepenggal ini sahaja PAK LAH memerintah.
Tak ingat lagi ke 30sen yang di kenakan rakyat malaysia dulu…habis semua barang2 naik….
Walaupun issue in penting and munasabah di hangatkan, tapi kalau Anwar hendak betul betul mahu berjaya dalam pilihanraya ini, dia perlu mengkritik Islam Hadhari dan cara nya ialah dengan mengaitkanya dengan Suruhanjaya untuk Video Lingam DAN video Datuk Chua Soi Lek yang mengunakan Islam Hadhari sebagai contoh untuk kelakuan tidak senonoh itu. Dengar lagi ada video menteri dari Pahang ada video lagi. Ini lebih berkesan kerana buktinya sudah ada.
Kenaikan harga walau dibimbangkan, bukan nyata lagi. Bila harga minyak turun dan ringgit naik, orang fikir kerajaan tidak akan naik banyak..
Itulah masalahnya sekarang. Saya berkawan baik dengan Ketua Puteri Bahagian. Kami berkawan baik sejak dari kecil. Dan sekarang dia ingin melantik saya sebagai penceramah untuk kempen UMNO/BN pada pilihanraya ini. Masalah saya sekarang… Apa yang nak dikempen kalau fikiran saya tak sama macam mereka-mereka dalam BN/UMNO. Apa yang nak saya laungkan?? Tapi, duit saya nak laa.. Masalahnya nak cakap apa?? Saya tak mahu menipu orang-orang kampung dengan menyokong perkara tak betul. Dan lagi, kata orang-orang UMNO/BN ini ‘HIDUP MATI’ mereka untuk UMNO/BN.Meraka tahu apa yang nak UMNO/BN perjuangkan. Dan kata saya ‘HIDUP MATI’saya bukan untuk Parti Keadilan, apa yang saya nak hanyalah Keadilan dan memerintah dengan betul, adil dan menuju ke jalan Allah. Saya terlalu banyak mendengar ceramah Dato’ Seri. Dan banyak juga saya membaca hasil tulisan Dato’ Seri. Saya sokong perjuangan Dato’ Seri dan saya tahu apa yang Dato’ Seri nak perjuangkan. Pening kepala lah. Duit memang nak, masalah nak kena kempen tu yang parah. Takut sat gi ceramah punya ceramah, last sekali saya laung LAWAN TETAP LAWAN. Tak ke mampoih. Nak bagi bagi je lah kata kaya sangat.
To UMNO/BN, I am so sorry. I cant make it. Money doesn’t mean everything. Bukan sekadar Pengkhianat Negara.Pengkhianat Bangsa dan Agama juga saya tak mahu jadi.
Dato’Seri,
Saya ikhlas dan jujur menyokong perjuangan ini demi Keadilan.
Najib dan sekutunya nampak seperti golongan professional. Gaya percakapannya memang gaya penuh seorang menteri. Tetapi? Kebodohan mereka tetap terserlah.
Luar sahaja cantik. Di dalamnya kosong! Harapkan coat sahaja lawa.
Dato Seri,
Isu ekonomi sememangnya wajar dihebahkan. Yang selesa berfikir dalam tempurung, biarkanlah mereka. Dalam pada itu “Tradisi dan Budaya Ilmu” juga perlu diperjuangkan. Membaca kembali hasil tulisan anda dalam’Menangani Perubahan’(1989): “Kelahiran tradisi dan budaya ilmu merupakan salah satu pra-syarat penting kearah pembinaan sahsiah yang unggul, pembangunan bangsa yang kuat serta pembinaan tamadun yang tinggi…Jika kita (Bangsa Malaysia) mahu menduduki taraf yang sama atau menandingi mereka, satu budaya dan tradisi ilmu itu mesti dibina segera. Tidak ada jalan singkat yang dapat dibayangkan.†Garapan idea tuan mempunyai kesan signifikan untuk dipraktikkan kerana ternyata tempelan Islam Hadhari (ada Had, ada Hari)hanya gah di atas kertas dan di papan iklan sahaja.Bukti Budaya Ilmu diperjuangkan ternyata sekadar angan-angan. Budaya Bodek dan Barua lebih diutamakan.
Wallahua’lam.
kepada rakyat2 da rakan seperjuangan..mari kita sama2 berdoa keadilan akan muncul akhirnya dinegara dan semuga hak dan agama kita diplihara…hidup reformasi!! LAWAN TETAP LAWAN
Rancakan pertumbuhan ekonomi,elakan pembaziran dan rasuah,urus kerajaan dengan cekap,petingkatkan kecekapan pengutipan hasil kerajaan tanpa kecuali.Ini semua pun sudah cukup menjadikan kerajaan kaya dan mampu membangunkan negara tanpa mengunakan hasil keuntungan minyak-lihat saja Singapura,HK,Korea dll.
Keuntungan minyak merupakan bonus kepada negara dan rakyat,ianya hanya perlu di gunakan utk tujuan-tujuan istimewa seperti meringankan beban rakyat dlm keadaan harga minyak yg luar biasa tinggi sekarang,atau negara di timpa bencana,mengatasi krisis ekonomi yg berpunca dari luar dsb.Selain drp itu keuntungan minyak ini sepatutnya dilabur dan di uruskan dgn baik bagi melipat gandakan hasilnya,tidak seperti yg berlaku sekarang dimana hasil minyak di gunakan utk ‘bailout’mereka yg tak tahu berniaga,atau di gunakan utk membena gajah puteh dimana-mana tanpa memberi pulangan yg optima.
Sepatutnya semua lebuh raya di serahkan kepada Petronas utk membangunkannya dan hasil kutipan tol nya boleh di belanjakan semula oleh Petronas utk kepentingan rakyat.Tetapi projek yg cukup lumayan begini ,Mahathir(BN/Umno) serahkan kepada kroni utk melaksanakannya,bagi mengaut keuntungan utk mereka semata.Inilah gaya pengurusan cekap BN sekarang ini,cekap dlm menipu rakyat.
dalam pada kita memperkatakan tentang cara menurunkan harga minyak, yang mencanak harga bukanlah bermulanya di malaysia, saya menyeru keprihatinan DSAI agar dapat menyediakan sedikit ruang belasungkawa kepada allahyarham sahabat DSAI di kabinet dahulu, datuk seri Megat Junid Megat Ayub.
Bukan apa,
DSAI adalah idola pujaan ramai sekarang ini. Mana tingkah laku dan tutur kata DSAI adalah mutiara yang menjadi wadah perjuangan. Yang mana ianya tidak boleh disangkal oleh sesiapa. Boleh tegang leher dan tangan dibuatnya.
Bimbang, kekal marah itu, bakal menjadi ikut-ikutan anakmuda.
Sejahat-jahat jahiliah pun, masih memuji perilaku dan sifat Nabi Muhammad.
malahan pimpinan PAS sendiri mengadakan ruang khas menceritakan pengebumian allahyarham.
DSAI,
yang sudah tu sudahlah, kan. kita tetap manusia. kalau ada salah, kita maafkan, kalau tak mahu, pohon keadilan di hari kemudian.
Kalau di rujuki fail-fail berkaitan pembangunan sesebuah kampung di pejabat daerah , banyak kampung yang sepatutnya bertukar wajah sebagai sebuah pekan. Dah berjuta wang hasil cukai dibayar pada kontrektor yang melaporkan projek telah siap , walhal , gambar photo yang dikatakan siap itu adalah pembangunan di kawasan lain. Tidak kiralah berapa nilai projek tersebut atau saiznya . Sama ada pemasangan paip sejauh 5 kilometerkah, membina jalan ke tanah perkuburankah atau seumpamanya , yang jelas wang habis projek tak pernah wujud. Jenis manusia makan duit haram ni lah yang menimbun dalam bn. Jenis tamakkan kuasa. masakan tidak , inilah satu-satunya parti yang mempunyai ahli bertaraf bayi ( putera ) . Cukuplah…..Daripada taraf datuknya ,pemuda ke puteri hingga ke putera sah tidak ada yang layak untuk memimpin. Lintah darat
Kempen PKR untuk menurunkan harga minyak dari harga sekarang sangatlah menggalakkan.
Sebab saya rakyat biasa..pergaulan dgn mereka yg tak aktif dlm politik, aktif politik..
Kebanyakan rakyat mengeluh dgn keadaan sekarang ni yg mana minyak melampau2 naik minyak naiklah segalanya..
Pernah satu ketika dipasar tani menemani ibu membeli barang terdengar keluhan seorang makcik yg pening dgn harga minyak yg bakal naik..hendak menyampuk makcik tu kelihatan bukan senang untuk didampingi..(dari expression muka dipagi hari yg moody)..jadi saya andaikan bahawa makcik itu dan mungkin sebahagian besar rakyat tidak tahu mengenai kempen ini..
Sebab??
*Mereka ini golongan yg sumbat halwa telinga mereka dgn momokan BN..melalui media massa cetak & elektronik! Sumber2 penipu dan penindas!
*Mereka ini adalah yg tidak mendapat pendedahan melalui internet/saluran alternatif.
*Mereka ini..Dulu Kini & Selamanya..buta org kata cinta itu buta..ha inilah dia cinta buta!
Dari tinjaun kasar/rambang saya pada pendapat org..(melalui perbualan/berbual kosong) dgn yg muda/tua..
*Mereka hendak tukar kerajaan tapi mereka takut..takut tak maju.(ini saya bangkang & jelaskan)
*Mereka selalu terbayangkan lambang Dacing/Kapal Layar (Parti Perikatan)(BA perlu buat sesuatu untuk ini).
*Mereka katakan bagaimana pembangkang boleh menang..sedangkan pilihan raya kecil pun tak menang..(saya lawan dgn mengatakan byk pengundi yg dh mampus berada dikawasan itu..)
*Mereka termakan dgn kata2 najib kalau minyak turun malaysia bankrap..(ni pun saya lawan..dgn fakta yg mana zaman Dato Seri dulu minyak tak mahal).
Sebenarnya byk keluhan, rintihan dan luahan org ramai saya dengar.
Majoriti mahukan perubahan..
Suatu penjelasan dan huraian..
Ceritakan bagaimana untuk turunkan harga minyak..
Bagaimana pendekatan yg perlu/patut dibuat untuk golongan ini..
Apakah saluran yg terbaik untuk kita semua..kita mahu menang!
Dato Seri,
Kebanyakan ceramah2 Dato Seri saya rakam dan simpan didalam telefon bimbit saya..
Saya dengar hari2 tanpa jemu, sebab minat terlalu mendalam dgn cara Dato Seri.
tapi paling tidak pun saya akan beri pd rakan2 dengar..
tapi paling tidak pun saya pernah beri pd seorang tua (berumur 60tahun) dengar..
Ini mungkin cara yg dpt saya lakukan tapi tidak sekuat media BN.
Untuk menang kita kena lakukan yg lebih baik lagi..lebih bagus!
Saya tidak berkesempatan untuk mengikuti ceramah lain2 pemimpin tapi kalau boleh minta semua penceramah war-warkan ke seluruh negara bahawa minyak akan turun apabila kita menang!
Diharap adanya langkah2 proaktif untuk memastikan kemenangan dipihak kita….
DSAI, sekarang ni saya lihat di akhbar2 milik BN dan UMNO dan di media elektronik sedang hangat menghentam pembangkang khususnya di kelantan dan DSAI sekali sambil mencanangkan apa yang BN dan UMNO untuk membuktikan mereka sahaja yang boleh tabur pelbagai janji dan telah melakukan pelbagai jasa untuk rakyat untuk mengaburi mata, eloklah kiranya DSAI dan pembangkang khususnya dapat menepis balik dakwaan dan penipuan mereka setiap kali mereka timbulkan dalam media milik UMNO/BN.. harap DSAI dan pembangkang dapat lawan habis-habisan bagi mematahkan kelentong mereka dalam media milik mereka supaya rakyat tidak terpengaruh dengan penipuan mereka.
untuk memastikan kemenangan di pihak KEADILAN ialah 1, perhatikan hisamudin bila bercakap hingga keluar buih mulut dia, dan adakalanya seakan akan hingga akan terkoyak mulutnya karena membuka mulut terlalu lebar, semata mata ingin di dengar dan ingin di perhatikan apa yang di cakapkanya 2,perhatikan juga zainudin maidin dia bila bercakap tak perlu berpikir asal ada bunyi serta mulut terbuka jadi, betul atau tidak apa yang di perkatakan itu lain, hasilnya ikut cara no 1 di bidang kerja tapi harus pakai pedoman bila bercakap jangan diikuti sipat pengampunya.tapi jangan diikuti cara no2 sebab bila bercakap dia tak pernah guna ilmu dia selalu guna emosi dan selalu nenampakan kebodohan dirinya , akhirnya semoga KEADILAN mendapat kemenangan
anak bugis,benar katamu wang bukan segala gala sekadar kilauan dunia yang bila tiba masa akan diambil kembali.sudah banyak contoh yang kita lihat terutama bekas wakil rakyat umno yang hari hari terluang mereka seperti “kain buruk” walaupun di zaman jadi wakil rakyat mereka begitu “gah”.kesedaran tentang maruah diri agama bangsa dan negara satu yang ana hormati.kalau majoriti rakyat malaysia berpendirian macam anak bugis tentunya hayat BEE END akan berakhir.tingkatkan usaha gerakkan tindakan dengan ikhlas,insyaallah akan datang pertolongan Allah seperti dijanjikan. la tahzan……
Najib kata negara akan bankrup kalau harga minyak, harga tol dan harga barangan turun, sebabnya senang sahaja. Pertama mereka menteri-menteri ni memang tak kisah nasib rakyat. Mereka tak sedar bila harga minyak, tol naik maka harga barangan keperluan harian naik sebab mereka tak pernah beli barang, hidup mereka semua free aje. Kedua kalau pungutan kurang maka komission (rasuah) pun kurang juga. Ketiga hidup mereka hanya setakat hidup di dunia sahaja macam kerbau dan lembu, bila mati tamatlah cerita, mereka mana percaya dosa dan pahala.
Sebab dasar mereka dasar benda maka mereka tak kisah hal derita dan perit rakyat. Pada mereka bila sampai pilihanraya tak perlu susah kerana duit yang disimpan dari komission dah banyak untuk ditabur kepada rakyat yang miskin papa kedana. Cukuplah beri sehelai pelikat/sarong batik, sekampit beras, sedikit gula/dua tiga tin susu pekat dan duit RM 20.00, esok semasa pilihan raya pasti hati rakyat akan teringat jasa orang BN/UMNO ini. Mereka dah didik begitu rupa. Rakyat jadi ayam daging atau lebih teruk dari itu. Ayam daging makan setiap hari rakyat yang ditipu dapat bekalan 4 atau 5 tahun sekali.
Sengaja dibuat begitu biar rakyat jenis ini senag digula-gulakan.
Ada cerita baru disekolah-sekolah kini. Menterinya mengarahkan ADUN BN buat majlis serah sijil tanda terhutang budi kepada kerajaan BN. Semua ibubapa yang anak-anaknya dapat apa-apa bantuan dari kerajaan akan dipanggil terima sijil nak ajar rakyat ingat jasa kerajaan BN waktu dekat pilihanraya ni.
Dikalangan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik pula kini para pegawai atasan sering mengungkit-ungkit elaun BISP. Masa nak beri dulu tak cakap pun duit BISP itu untuk guna belajar bahasa Inggeris tapi kini kata mengapa guru-guru ni tak guna duit untuk belajar BI. Semua ini kerana projek tu dah nak gagal, semua pening kepala. Ingat kalau BN menang lagi guru-guru khususnya guru Sains dan Matematik akan kena buli oleh Menteri Pelajaran, tak percaya tengoklah. Oleh itu guru-guru sekelian sebelum dibuli oleh menteri baik jangan beri peluang dia jadi menteri. Ertinya pastikan BN/UMNO/MCA/MIC/Gerakan dan lain-lain kalah dalam PRU-12 ini.
Datuk Seri, Saya minta masukkan dalam manifesto pilihanraya BA utk kurangkan cukai pendapatan dari 28% ke 15%. Air free tak payah, nanti org bazir kan air. Satu lagi hapuskan cukai pintu…… Orait.. itu macam kalu… sure ramai sokong BA
Cakap banyak tak guna kalau wolfowitz boleh dianggap kawan. Pii rah
Yang kedua apa dato seri akan terapkan Islam dan undang2 Islam kalau dato seri memerintah, setakat ini tinggal Islam kosong aja. Siap kritik Dokumen Negara Islam. Pi Mai Pi Mai tang tu jugak.
Kalau nak tubuh negara Islam saya sokong, kalu nak tubuh negera sekular UMNO, biaq mampuih gi aku tak akan sokong.
apa kata, kita semua membuktikan kata-kata kita semua semasa dalam pilihanraya nanti. pemimpin adalah kuli kita yang kita pilih melalui peti undi sebab kita yang mengundi mereka. jadi kita ada kuasa untuk turunkan mereka dan naikkan pemimpin yang boleh dan sanggup jadi kuli kita.. apa macam boleh ka anda semua berbuat begitu?
boleh jalan laa uncle-gay,kalau kuat sgt menipunya,satu hari nanti Tuhan balas jugak.dosa hang dah banyak,cukuplah buat dosa baru,pasal hang rakyat jadi susah.
dear anak_bugis,
alhamdullillah, you stand firm to what you believe in and tak nak ‘berceramah’ isu isu kosong.
Datuk Halik Zaman,
Saya rasa petrol negara kita dijual ke negara lain kerana petrol kita gred A. Mungkin kerana crude oil kita Ferrari selalu menang race.
Dan kita import minyak murah. Di situlah Petronas dapat keuntungan kot? walaubagaimanapun, berapa tepatkah hujah DSAI mengenai penurunan harga minyak? adakah itu dasar kerajaan utk menggunakan duit keuntungan Petronas bagi meringankan beban rakyat?
Satu lagi ‘off topic’. Saya rasa amat kesal dengan inisiatif kementerian pelajan malaysia untuk menggantikan karya karya shahnon ahmad, samad said dll dgn karya karya dari penulis yang tak terkenal lagi.
Bagi saya, masalah utama sistem sekolah di malaysia adalah kami tidak mengutamakan perpaduan kaum. Ada sekolah cina la, sekolah india la, sekolah agama lah. Dan di Sekolah Kebangsaan pun masih juga ada yang berpuak puak.
Tidakkah lebih indah Malaysia ini jika kanak kanak tidak diajak menilai seseorang dari segi bangsa, agama dan lebih lagi, warna kulit???
Regarding DSAI not raising a petrol price for the 7 – 8 years he was the Finance minister. Anyhow I think DSAI should not take credit that petrol price was not raised during that time, in fact we think petrol price should have gone down during that time. Have a good read at this blog http://www.luk4all.com.my/Blog/CrudeOil.asp. I hope DSAI can comment on that.
Regarding DSAI not raising a petrol price for the 7 – 8 years he was the Finance minister. Anyhow I think DSAI should not take credit that petrol price was not raised during that time, in fact we think petrol price should have gone down during that time. Have a good read at this blog http://www.luk4all.com.my/Blog/CrudeOil.asp I hope DSAI can comment on that.
Semasa krisis ekonomi yang melanda asia pada tahun 1997 dan 1998, Dato seri merupakan orang kanan kerajaan dengan memegang portfolio sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Bukankah pada masa itu, ekonomi Malaysia terjejas teruk? Dan pada masa yang sama Dato seri telah mengambil pendekatan untuk “mendapatkan bantuan melalui IMF”. Rakyat semua tahu, Dato seri pada masa itu baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi IMF bagi Asia…
Saya ternanti-nantikan penjelasan Dato seri berkaitan dengan isu ini…
Bukankah dato seri telah mengambil pendekatan meminjam dari tabung IMF pada masa itu? Bukankah mengundang padah jika keputusan dato seri itu menjadi kenyataan? Kita tahu dasar IMF yang menekan negara yang menjadi HAMBA HUTANG kepadanya?
Sedih rasanya melihat orang-orang profesional yang dah berjaya…sedih kerana mereka ini dah menjadi penderhaka kerajaan..Tak sedarkah kamu-kamu yang bergelar profesional ni, yang kamu-kamu ni adalah produk-produk hasil dari keprihatinan kerajaan BN..
Penderhaka tidak layak duduk di atas Tanah Pusaka Malaysia ini..
DSAI…Dato seri dulu jadi senang kerana kerajaan..Kenapa tak dibetulkan kepincangan pentadbiran kerajaan semasa dato seri berada dlm carta UMNO dahulu?
Hairan bin ajaib…Jangan Cakap Tak Serupa Bikin dato seri..Jangan ingat rakyat boleh diperbodohkan dengan cakap-cakap manis dato seri.
Setelah dato seri terkeluar dari carta UMNO mulalah dato seri mangarut..KLIA membazirlah, projek-projek mega buang duit rakyatlah..ingat rakyat bodohkah? Dato serikan menteri kewangan time tu. Bukan dato seri yang luluskan semua tu kah sebagai menteri kewangan?
BOLEHKAH keuntungan Petronas diguna untuk menurunkan harga minyak dan barang? Atau bolehkah ia dipakai untuk biaya kos pendidikan percuma rakyat sehingga ke peringkat pengajian tinggi?
Jawapannya tentulah boleh. Inilah yang menjadi modal dalam kempen parti pembangkang pada pilihan raya ke-12 yang sudah hangat ketika ini walaupun tarikhnya belum ditetapkan lagi.
Tetapi risikonya terlalu tinggi. Tidak boleh dibayangkan apa yang mungkin boleh berlaku kepada satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam majalah Fortune sebagai antara 500 syarikat terbesar dunia ini, jika langkah berkenaan diguna pakai.
Dalam hal ini, kita boleh belajar daripada pengalaman yang dilalui syarikat minyak Indonesia, Pertamina semasa era pemerintahan Presiden Suharto. Selain terpaksa menanggung hutang yang besar dan hilang daya tarikan pelabur, ia menjadi sarang korupsi, kolusi dan kronisme.
Pertamina, semasa era pemerintahan 32 tahun Orde Baru telah menjadi sebahagian daripada tonggak sistem ekonomi dan politik Suharto. Malah Pertamina pernah diurus oleh seorang jeneral.
Tidak seperti sekarang, bahan api pernah menjadi monopoli Pertamina. Hanya stesen minyak Pertamina dibenarkan beroperasi. Keadaan stesen minyaknya buruk kerana untuk ubah suai pun memerlukan persetujuan pemerintah.
Seorang penyelidik Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3ES) Indonesia, Pri Agung Rakhmanto mengakui bahawa Pertamina selama bertahun-tahun telah dimanipulasi untuk menjaga stabiliti rejim Suharto.
Semasa era Suharto, menurut Pri seperti dipetik akhbar Kompas baru-baru ini, tidak pernah berlaku kekurangan bahan bakar minyak seperti sering dialami sekarang dan harganya juga dikawal supaya sentiasa murah demi kepentingan politik Suharto.
Semasa itu rakyat tidak mengeluh kenaikan harga barang atau harga minyak. Malah semasa era reformasi, ramai rakyat Indonesia mahu kembali ke zaman ‘indah’ Suharto yang serba-serbinya murah.
Tetapi berapa lama keuntungan hasil kekayaan sumber alam Indonesia itu boleh bertahan untuk terus dimanipulasi?
Pada tahun 1960-an dan 1070-an, kehebatan Pertamina terserlah apabila mampu meletakkan dirinya sebaris dengan syarikat minyak asing yang semasa itu menguasai industri tersebut. Majalah Fortune menyenaraikannya antara 200 syarikat terbesar di dunia.
Ia menjadi kebanggaan rakyat Indonesia. Pertamina diberi pelbagai peranan termasuk membina sekolah, membangun jalan raya, membuka jelapang padi dan kilang keluli. Tanggungjawabnya diperluaskan bukan lagi dalam bidang kepakarannya iaitu minyak dan gas.
Kesannya, selepas beberapa dekad, Pertamina yang menjadi inspirasi penubuhan Petronas pada tahun 1974 dengan ramai pegawai Petronas dilatih di Pertamina, tidak lagi segagah dahulu.
Malah ungkapan yang sering kita dengar daripada rakyat Indonesia ialah Petronas pula yang kini menjadi inspirasi Pertamina. Rakyat negara itu bertanyakan apa kurangnya Pertamina untuk menjadi sehebat Petronas?
Penganalisis ekonomi Indonesia, Dr. Kurtubi yang pakar dalam industri minyak ketika diajukan cadangan menggunakan wang keuntungan minyak dan gas untuk menurunkan harga minyak segera mencelah, cadangan itu tidak masuk akal.
“Jangan gunakan anugerah Allah untuk diboroskan pada masa ini. Nanti kita berdosa kepada anak cucu kita,†tegasnya yang bersikap kritikal terhadap sebarang penyalahgunaan harta negara.
Subsidi
Beliau yang menyaksikan kejatuhan Pertamina menegaskan jika keuntungan Petronas digunakan untuk menambah subsidi supaya harga minyak boleh turun, ia merupakan langkah ke belakang.
“Sebab subisidi mendorong pemborosan, tidak ada kreativiti dan menghambur wang negara kerana orang kaya juga menikmatinya,†katanya.
Dalam keadaan harga minyak dunia yang selalu naik, tentulah langkah mengawal harganya supaya terus murah bukan pilihan yang bijak, malah membahayakan ekonomi negara.
Ia tidak memberikan gambaran sebenar kepada pelabur dan industri kerana harga minyak bukanlah harga sebenar kerana telah disubsidi oleh kerajaan. I
“Ini akan menyebabkan pelabur membuat pertimbangan dan keputusan yang salah. Minyak akan digunakan secara boros kerana harganya murah. Rakyat juga yang rugi untuk jangka panjang,†kata Kurtubi lagi.
Minyak yang ada di dasar bumi ini sifatnya tidak boleh dibaharui. Jika terus digali serta diproses sekarang dan dijual murah pula, itu ertinya kita telah mengambil hak generasi akan datang.
Anak cucu kita juga berhak terhadap hasil mahsul negara. Janganlah ia dibazirkan. apatah lagi demi menjaga kepentingan politik pihak tertentu. Politik seharusnya turut digunakan untuk kesejahteraan generasi akan datang.
Pengalaman yang telah dilalui Pertamina tidak boleh dibiarkan berlaku ke atas Petronas yang kini semakin tangkas dengan strategi globalisasinya dan mendapat dukungan para pelabur.
Pada masa yang sama, kita harus bersyukur dengan komitmen Petronas yang terus berupaya menyumbang semula hasil keuntungannya kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.
Sebagai contoh bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, Petronas telah menyumbang hasil keuntungannya sebanyak RM48.3 bilion kepada kerajaan. Pada tahun berkenaan Petronas mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM76.3 bilion.
Janganlah kerana misi politik jangka pendek yang sempit, kita hilang pula sumbangan besar tersebut kerana nikmatnya harus terus dirasai oleh anak cucu kita.
kalau adil boleh beri saya jaminan yang harga barang keperluan juga akan turun sekiranya harga minyak diturunkan…
saya sokong..
tapi sekiranya hanya harga minyak yang turun dan barang keperluan tetap sama harga seperti sekrg saya tak sokong..
Takpe biar saya jawab sedikit soalan saudara keraktepung.
BERAS:- barang keperluan harian kita kan? Berapa harga sekampit beras 5kilo? Kat shopping harga beras 5Kilo tempatan murah RM10.00. Beras Siam berapa? Beras Siam 5Kilo RM18.80. Kenapa? Semua beras mesti melalui BERNAS. Harga BERNAS boleh tetapkan.
Bandingan harga:- Beras Siam di Singapura sekampit 5Kilo SGD2.50 di Shopping mereka. Murah pulak Beras di Singapura.
MINYAK MASAK:- pun barang keperluan harian kita kan? Sebelum raya cina tahun ni, tiba tiba, kat mana mana habis stok minyak masak,Paklah kata, orang beli banyak banyak kot pasal raya? eh gilo ape? Orang cina beli berapa banyak minyak tu? Tapi takde pulak stok…tarik 2 minggu, tiba tiba minyak keluar banyak banyak…. tapi harga hmmm NAIK 30%, dulu harga minyak 5Kilo di
Tesco RM10.00, lepas shortage harga jadile RM12.99. Kan senang nak naikkan harga. Buatlah kekurangan olok olok,lepas orang ramai susah, peniaga peniaga alami kerugian, keluarkan aje stok stok yang tersorok tu, naikkan harga! Senang aje Dasar Ekonomi Pak Lah….
Soalan yang saudara tanya secara sinis tu, saudara patut tanya kerajaan Barang Naik sekarang.
Dato’ kempenlah bagai nak rak, bagilah penerangan seterang-terangnya, lawan lah sampai mati pun, semua tuu tak guna selagi SPR TAK TELUS. Selagi SPR tu duduk di bawah telunjuk mereka, selagi tuu lah BN akan menang, dulu, kini & selamanyaaaaaa.
Kalau nak turunkan harga minyak kurangkan projek mega yang jangkaan faedahnya kata depa tahun 2030tu, nak buat apa. Kan ke lebih baik buat kilang penapis minyak, faedahnya untuk semua rakyat Malaysia dan keuntungannya lebih cepat.Di Johor patutnya buat pusat penapis air bersih lebih banyak supaya tak perlu beli lagi dengan negara ala Israeltu.Kita banyak hasil bumi tapi tak pandai proses, kebanyakan eksport bahan mentah,rugi.
Izinkan saya berleter sedikit, orang kita macamtulah ada tanah tak pandai jadikan hasil, pajakkan, akhirnya jual(tak semuale) untung cepat, yang dapat tanah juakdia(UMNO). Yang cerdik sikit tanam sawit atau getah lepastu jual kat bangsa lain habis situ. Peladang kononnya tukang beli bagi org Melayu tapi tak pernah untung.
Faeal pemerentah macamtu juga dia sibuk nak buat benda lain, Koridorlah kononnya, patutnya hasil bumi diproses kembangkan perniagaanini. Lagi sedap sekarang pemerintah makin bebal macam orang UMNO kampung juga faelnya, jual tanah negara pada orang asing bebal lama tak habis timbul bebal baru. Rakyat Malaysia dah macam “Katak Dalam Kaca” nampak dunia luar serta kemajuanya tapi mindanya disekat.
Saya percaya kalau Sawit dan Getah banyak ditanam di Amerika atau Jepun rasanya dah lama kita tak perlu gunakan perejam untuk ambil buah sawit, tak gunakan tangan untuk membaja dan begitu juga dengan penorehan getah tak perlulah kita berkeliling pangkal pokok getah untuk menoreh dan bergelumang dengan nyamuk, mesti depa dah cipta alat tertentu. Contohnya Industri Sex, bila AIDS dah merebak mereka suruh gunakan kondom, Menteri BN pun tolong kempen, pasal rupanya diapun kuat Sex, pandai pulak.
Saya ingin nak cadangkan pada Pembangkang, kempen pembangkang sebenarnya tak sampai ketelinga mereka, yang bebal dengan UMNOni. Jadi cadangan saya lebihkan kerja sedikit letakkan “Risalah” kempen terutama keburukkan UMNO pada kereta dan dimana-mana saja.
Saya bukan seorang yang berminat dengan politik, tetapi saya tetap pergi mengundi biarpun saya akan membuang undi ‘rosak’ setiap kali mengundi!…kerana saya tidak percaya kepada orang politik baik dari parti mana sekalipun……..mereka hanya bercakap untuk mendapat kuasa. Bila kuasa sudah ditangan, bermacam karenah dibuat…semua nak kasik kaya diri sendiri dan kaum kerabat sahaja…dari parti pembangkang, pari bebas mahupun parti kerajaan!….semua orang tidak tahan melihat duit bertumpuk di hadapan….tak kira salah atau betul, semua akan buat!…
Saya hairan kenapa setiap orang yang telah dipilih rakyat sentiasa menyalahgunakan kuasa…tak kira la dari penghantar surat atau kepada menteri2 sekalipun!!…kenapa semua ahli politik suka menyalahkan lawan masing2, mencari kelemahan orang lain?…
bukankah bila bercakap perkara tidak baik mengenai orang lain mencerminkan keburukan sikap sendiri?…kenapa orang PAS suka bercakap bahasa tidak sopan bila merujuk kepada BN?…Sebenarnya, banyak sangat orang yang tak suka Khairy, dia tak tahu kah orang tak suka dia?……
Saya sangat berharap, sesiapa pun yang akan jadi pemimpin nanti, jangan la menjadikan bumi malaysia ni kacau bilau…kasihan rakyat yang miskin….nanti dah miskin akan bertambah miskin lagi……..!!!.Kembalilah semua ke jalan Allah, sebagai umat Islam, bersatu padu lah semua…….. !!!
Banyak negara telah pun berubah pucuk pimpinan mereka dan yang terakhir sekali iaitu negara Pakistan, jadi olih itu saya berdoa agar rakyat negara kita ini akan membuka pemikiran mereka dengan seluas luasnya untuk bertanya pada diri masing masing dengan soalan KENAPA, MACAMMANA & BILA untuk bertindak demi mendapatkan KEADILAN untuk diri mereka serta generasi yang akan datang agar jangan sampai mereka ditindas dengan berbagai bagai keghairahan olih pihak kerajaan yang mana ia akan memakan diri mereka sendiri saperti kenaikkan harga barang, petrol dan entah apa lagi yang akan naik.
LAWAN TETAP LAWAN DSAI.
Kalau diMelaka dulu hanya 5 Hang bolih menentang Portugis takkan DSAI yang berasal dari P.Pinang serta mempunyai ramai Hang saperti Hang Mai Mana, Hang Pangkah Apa, Hang Tolak BN dan banyak lagi dah tentu bolih menjatuhkan si bedebah itu semua…
kepada DSAI suruh pengundi bahagian sg panjang undi pembangkang..khir toyo ahu dok shah alam je.malas nak jengok pengundi kat sg panjan,bila mengundi baru nampak batang hidung.sokong pembangkang.
Dato’, bila agaknya kita boleh mengadakan satu perhimpunan di Stadium Shah Alam. Ramai dari kalangan masyarakat India dan Cina yang ingin hadir tanpa rasa takut kerana sebelum ini masih ramai yang ragu-ragu dan ditakutkan untuk hadir ke ceramah-ceramah Barisan Alternatif semasa kempen pilihanraya.
Masyarakat India dan Cina ini semuanya mengaku bahawa undi mereka tempohari adalah untuk Barisan Alternatif. (sekarang dah ketagih nak pergi ceramah)
Seeing is believing. What they could get from YouTube will not be the same. I’m sure this will be a good start to show some solidarity amongst the people that we could be at the same place for the same cause…to bring Malaysia to a better place.
Saya ingin menambah satu perkara yang difikirkan penting untuk rakyat malaysia tahu mengenai Kanun Tanah Negara selain daripada harga minyak. Saya difahamkan oleh bapa saya bahawa akta kanun tanah negara sekarang yang diguna pakai oleh Kerajaan Persekutuan amat berat sebelah dan berkemungkinan disalah gunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab untuk meampas tanah hak milik individu yang sah (Tanah pusaka, rizab melayu, dsb).
Saya mohon perhatian Dato Seri yang saya pasti lebih maklum tentang perkara ini dan dapat lakukan sesuatu di Parlimen kelak atau berbincang dgn Pihak Kerajaan Negeri (BR) yang mana terdapat perenggan perenggan yang menyatakan Kerajaan Negeri berhak meminda akta tanah bagi kebaikan rakyat Malaysia.
(Saya kurang arif tentang hal ini tetapi ini adalah permintaan bapa saya supaya memanjangkan hal ini kepada Dato Seri)
Saya amat risau sekiranya tiada tindakan diambil, satu hari nanti tanah hak milik kita akan hilang dari pegangan disebabkan penggunaan akta-akta yang menindas seperti pajakan 99tahun yang telah diguna pakai bagi tanah tanah yang diwartakan selepas Merdeka. Bagi mereka yang sudah bertanah hak milik kekal, mungkin tidak menjadi masalah .Tetapi saya masih lagi risau dan bimbang tentang kemungkinan yang boleh terjadi untuk menidakkan hak mereka di masa depan .
Sekiranya itu sahajalah tanah yang ada bagi mereka dan disitulah juga rumah kediaman mereka, mungkin satu hari nanti hak ini dikhuatiri akan hilang dirampas melalui proses undang-undang yang zalim dan kemana mereka hendak pergi?
Saya mohon perhatian Dato Seri untuk melihat perkara ini dengan lebih serius dan dibawa perbincangan yang lebih khusus.
Terima kasih
Salam Mesra daripada bapa saya (Beliau pernah bersama-sama menyumbangkan tenaga menggerakkan Koperasi Belia Islam di Pantai Bahru).
pasal harga minyak…
adakah kerajaan pusat berhak menaikkan harga minyak petrol sesuka hati atau mereka perlukan persetujuan 2/3 dari ahli parlimen??sapa2 yang tahu tolong explain…
maaf ye, nak perbetulkan bukan crude oil tapi sweet oil
yang digunakan untuk pasaran high tech dan dijual untuk dagangan eksport
harap diteliti dengan lebih jelas..
terima kasih
pemuda bangsa – UMNO-
maaf yer, malaysia mengeluarkan minyak sweet oil bukannya crude oil
yang dijadikan untuk pasaran eksport..crude oil banyak pada tanah pak arab yang bodoh
minyak banyak tapi takde teknologi untuk proses jadi petrol kenderaan gunaan ramai
malaysia gunakan sweet oil untuk mendapatkan penpatan lebih dan dijual pada kadar semasa
dan juakan meningkat dan dapat bantu pembangunan negara..
Kanun Tanah Negara adalah dibuat oleh orang British yang telah menjajah kita
kononnya membantu tetapi menyusahkan orang melayu
proses memang lambat dan banyak sgt birokrasi
orang pejabat tanah baynk seleweng
harap maklum
Today, fuel price is up again…and I believe its high time we look for other alternative. I have compile some information on how to beat this…khasnya pada pemilik kenderaan. Saya ingin mengajak anda semua mencubanya. saya sendiri belum cuba tetapi yang pastinya saya akan mencubanya…..kata orang tak salah mencubanya dan kalau saya berjaya menjimatkan petrol cara ini, ianya boleh menfaatkan anda semua. Cuba layari blog:http://cyberstokist.wordpress.com dan beri pandangan anda….mungkin ada di antara anda telah mencubanya tentu ingin berkongsi pengalaman.
Please Help Malaysian, The cost of living is already very high, Prices of food and fuel is sprialling out of control. The Gov should keep celing prices but BN is doing the opposite. Only you have the power to put things right again.
you are the only hope of all malaysian.it is time to act now .i think most of the malaysian are 100% behind Dato Seri.I agree with Andrew Knight. Only you have the power to put things right again.long live malaysia…………………….
bagaimana ini semua perkara boleh berlaku di dalam negara? bagaimana harga minyak boleh naik? p.m kata pi minta maklumat yang betul kenapa harga minyak naik…dia ingat rakyat apa…bodoh…p.m lah yang perlu explain dengan kita sebab dia kerja untuk rakyat….tiada rakyat tiadalah dia…kenaikan harga minyak adalah rasuah…pembelian dan projek ulung negara seperti pi angkasa adalah rasuah….dato anuar tolonglah bertindak sebelum rakyat yang akan bertindak sendiri…
Tolonglah, setelah Dato’ Seri berkuasa nanti bawalah ke muka pengadilan 4th floor boys yang byk meraut harta negara dengan tamak dan tanpa segan silu. Biarlah mereka merasa bagaimana seronoknya duduk di dalam untuk bertahun-tahun. Kembalikanlah maruah orang melayu dan negara malaysia!
sebagai rakyak kami berhak untuk menikmati keadilan dan kedamaian negara yang tercinta.Namun apa yang berlaku sekarang kebanyakan pemimpin umno terlalu rakus dan tamak dalam mencari harta untuk poket mereka dan ahli keluarga mereka sahaja.sedangkan rakyat dibiarkan hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Saya juga berharap agar pemimpin-pemimpin umno yang bodoh cepat digugurkan dan digantikan dengan kepimpinan Pakatan rakyat yang pastinya akan memberikan harapan baru untuk rakyat dan juga negara.Saya doakan agar Dato dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain akan berjaya untuk mengambil alih kerajaan secepatnya dan saya akan sentiasa bersama dalam memperjuangkan hak rakyat(ketuhanan rakyat).Apa yang saya nampak sekarang dolah dan juga najib terlalu takut dengan bayang-bayang mereka sehinggakan mereka sanggup menaburkan fitnah bodoh yang tidak masuk akal langsung.Saya cabar dolah dan najib supaya berdepan dengan rakyat secara terang (kalau mereka pemimpin yang ada kejantanan )dan bukannya mempergunakan media dan tv yang hidung mereka telah dicucuk macam kerbau.
apa khabar Datuk Seri.
maafkan saya jika saya mungkin tak mengikuti secara jelas apa yg berlaku ke atas diri DS, yg di kaitkan dgn bekas PR(saiful).Tapi apa yg menarik perhatian saya adalah kenapa seorang perkerja parti pembangkang sanggup menjual cerita rekaan semata2 utk mendapat kan biasiswa pelajarannya.Sedangkan beliau boleh memohon sendiri dgn DS mahu pun ahli2 yg lain, yg jauh lebih mampu dan berkewangan yg kukuh.Dan juga kenapa beliau dgn tidak ada perasaan malu menceritakan langsung kepada TPM sedangkan beliau boleh secara terus melaporkan kepada polis atau sebagainya.Saya sendiri pun sukar utk bertemu wakil rakyat ini kan pula mahu berjumpa org kenamaan.Mesti ada muslihat di sebalik pertemuan itu.Panggil lah TPM sebagai saksi utama kes tersebut beserta dgn saksi2 yg mendengar rintihan beliau.sekian
Dato Seri

Reply

Bagi saya, strateginya dah salah. Perlu ubah.
Reply
sekali lagi persoalan nilai matawang tidak dijadikan faktor kenaikan subsidi “di atas kertas”
Reply
Correct.. correct.. correct.
Itulah masalahnya sekarang. Saya berkawan baik dengan Ketua Puteri Bahagian. Kami berkawan baik sejak dari kecil. Dan sekarang dia ingin melantik saya sebagai penceramah untuk kempen UMNO/BN pada pilihanraya ini. Masalah saya sekarang… Apa yang nak dikempen kalau fikiran saya tak sama macam mereka-mereka dalam BN/UMNO. Apa yang nak saya laungkan?? Tapi, duit saya nak laa.. Masalahnya nak cakap apa?? Saya tak mahu menipu orang-orang kampung dengan menyokong perkara tak betul. Dan lagi, kata orang-orang UMNO/BN ini ‘HIDUP MATI’ mereka untuk UMNO/BN.Meraka tahu apa yang nak UMNO/BN perjuangkan. Dan kata saya ‘HIDUP MATI’saya bukan untuk Parti Keadilan, apa yang saya nak hanyalah Keadilan dan memerintah dengan betul, adil dan menuju ke jalan Allah. Saya terlalu banyak mendengar ceramah Dato’ Seri. Dan banyak juga saya membaca hasil tulisan Dato’ Seri. Saya sokong perjuangan Dato’ Seri dan saya tahu apa yang Dato’ Seri nak perjuangkan. Pening kepala lah. Duit memang nak, masalah nak kena kempen tu yang parah. Takut sat gi ceramah punya ceramah, last sekali saya laung LAWAN TETAP LAWAN. Tak ke mampoih. Nak bagi bagi je lah kata kaya sangat.
To UMNO/BN, I am so sorry. I cant make it. Money doesn’t mean everything. Bukan sekadar Pengkhianat Negara.Pengkhianat Bangsa dan Agama juga saya tak mahu jadi.
Dato’Seri,
Saya ikhlas dan jujur menyokong perjuangan ini demi Keadilan.
LAWAN TETAP LAWAN.
Reply
Najib dan sekutunya nampak seperti golongan professional. Gaya percakapannya memang gaya penuh seorang menteri. Tetapi? Kebodohan mereka tetap terserlah.
Luar sahaja cantik. Di dalamnya kosong! Harapkan coat sahaja lawa.
Reply
Dato Seri,
Isu ekonomi sememangnya wajar dihebahkan. Yang selesa berfikir dalam tempurung, biarkanlah mereka. Dalam pada itu “Tradisi dan Budaya Ilmu” juga perlu diperjuangkan. Membaca kembali hasil tulisan anda dalam’Menangani Perubahan’(1989): “Kelahiran tradisi dan budaya ilmu merupakan salah satu pra-syarat penting kearah pembinaan sahsiah yang unggul, pembangunan bangsa yang kuat serta pembinaan tamadun yang tinggi…Jika kita (Bangsa Malaysia) mahu menduduki taraf yang sama atau menandingi mereka, satu budaya dan tradisi ilmu itu mesti dibina segera. Tidak ada jalan singkat yang dapat dibayangkan.†Garapan idea tuan mempunyai kesan signifikan untuk dipraktikkan kerana ternyata tempelan Islam Hadhari (ada Had, ada Hari)hanya gah di atas kertas dan di papan iklan sahaja.Bukti Budaya Ilmu diperjuangkan ternyata sekadar angan-angan. Budaya Bodek dan Barua lebih diutamakan.
Wallahua’lam.
Reply
kepada rakyat2 da rakan seperjuangan..mari kita sama2 berdoa keadilan akan muncul akhirnya dinegara dan semuga hak dan agama kita diplihara…hidup reformasi!! LAWAN TETAP LAWAN
Reply
Rancakan pertumbuhan ekonomi,elakan pembaziran dan rasuah,urus kerajaan dengan cekap,petingkatkan kecekapan pengutipan hasil kerajaan tanpa kecuali.Ini semua pun sudah cukup menjadikan kerajaan kaya dan mampu membangunkan negara tanpa mengunakan hasil keuntungan minyak-lihat saja Singapura,HK,Korea dll.
Keuntungan minyak merupakan bonus kepada negara dan rakyat,ianya hanya perlu di gunakan utk tujuan-tujuan istimewa seperti meringankan beban rakyat dlm keadaan harga minyak yg luar biasa tinggi sekarang,atau negara di timpa bencana,mengatasi krisis ekonomi yg berpunca dari luar dsb.Selain drp itu keuntungan minyak ini sepatutnya dilabur dan di uruskan dgn baik bagi melipat gandakan hasilnya,tidak seperti yg berlaku sekarang dimana hasil minyak di gunakan utk ‘bailout’mereka yg tak tahu berniaga,atau di gunakan utk membena gajah puteh dimana-mana tanpa memberi pulangan yg optima.
Sepatutnya semua lebuh raya di serahkan kepada Petronas utk membangunkannya dan hasil kutipan tol nya boleh di belanjakan semula oleh Petronas utk kepentingan rakyat.Tetapi projek yg cukup lumayan begini ,Mahathir(BN/Umno) serahkan kepada kroni utk melaksanakannya,bagi mengaut keuntungan utk mereka semata.Inilah gaya pengurusan cekap BN sekarang ini,cekap dlm menipu rakyat.
Reply
Bekas Setiausaha Angkatan Muda KeADILan, Adlan Benan Omar meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya jam 4 petang hari ini.
Reply
DAto’ Seri
Pilihanraya dah nak dekat, mana poster2 DSAI?
Saya tak sabaq nak edar kat kampus2 nu
sdr boleh download, cetak dan edar risalah menerusi laman web keadilanrakyat.org
Reply
pengkaji singgah sebentar,
dalam pada kita memperkatakan tentang cara menurunkan harga minyak, yang mencanak harga bukanlah bermulanya di malaysia, saya menyeru keprihatinan DSAI agar dapat menyediakan sedikit ruang belasungkawa kepada allahyarham sahabat DSAI di kabinet dahulu, datuk seri Megat Junid Megat Ayub.
Bukan apa,
DSAI adalah idola pujaan ramai sekarang ini. Mana tingkah laku dan tutur kata DSAI adalah mutiara yang menjadi wadah perjuangan. Yang mana ianya tidak boleh disangkal oleh sesiapa. Boleh tegang leher dan tangan dibuatnya.
Bimbang, kekal marah itu, bakal menjadi ikut-ikutan anakmuda.
Sejahat-jahat jahiliah pun, masih memuji perilaku dan sifat Nabi Muhammad.
malahan pimpinan PAS sendiri mengadakan ruang khas menceritakan pengebumian allahyarham.
DSAI,
yang sudah tu sudahlah, kan. kita tetap manusia. kalau ada salah, kita maafkan, kalau tak mahu, pohon keadilan di hari kemudian.
Yang lain, serah kepada Tuhan.
After all, kita adalah manusia…
Pernah, dan masih melakukan kesilapan..
Reply
Kalau di rujuki fail-fail berkaitan pembangunan sesebuah kampung di pejabat daerah , banyak kampung yang sepatutnya bertukar wajah sebagai sebuah pekan. Dah berjuta wang hasil cukai dibayar pada kontrektor yang melaporkan projek telah siap , walhal , gambar photo yang dikatakan siap itu adalah pembangunan di kawasan lain. Tidak kiralah berapa nilai projek tersebut atau saiznya . Sama ada pemasangan paip sejauh 5 kilometerkah, membina jalan ke tanah perkuburankah atau seumpamanya , yang jelas wang habis projek tak pernah wujud. Jenis manusia makan duit haram ni lah yang menimbun dalam bn. Jenis tamakkan kuasa. masakan tidak , inilah satu-satunya parti yang mempunyai ahli bertaraf bayi ( putera ) . Cukuplah…..Daripada taraf datuknya ,pemuda ke puteri hingga ke putera sah tidak ada yang layak untuk memimpin. Lintah darat
Lawan Tetap Lawan
Dah parahhhhhh dah
Reply
Dato Seri,
Kempen PKR untuk menurunkan harga minyak dari harga sekarang sangatlah menggalakkan.
Sebab saya rakyat biasa..pergaulan dgn mereka yg tak aktif dlm politik, aktif politik..
Kebanyakan rakyat mengeluh dgn keadaan sekarang ni yg mana minyak melampau2 naik minyak naiklah segalanya..
Pernah satu ketika dipasar tani menemani ibu membeli barang terdengar keluhan seorang makcik yg pening dgn harga minyak yg bakal naik..hendak menyampuk makcik tu kelihatan bukan senang untuk didampingi..(dari expression muka dipagi hari yg moody)..jadi saya andaikan bahawa makcik itu dan mungkin sebahagian besar rakyat tidak tahu mengenai kempen ini..
Sebab??
*Mereka ini golongan yg sumbat halwa telinga mereka dgn momokan BN..melalui media massa cetak & elektronik! Sumber2 penipu dan penindas!
*Mereka ini adalah yg tidak mendapat pendedahan melalui internet/saluran alternatif.
*Mereka ini..Dulu Kini & Selamanya..buta org kata cinta itu buta..ha inilah dia cinta buta!
Dari tinjaun kasar/rambang saya pada pendapat org..(melalui perbualan/berbual kosong) dgn yg muda/tua..
*Mereka hendak tukar kerajaan tapi mereka takut..takut tak maju.(ini saya bangkang & jelaskan)
*Mereka selalu terbayangkan lambang Dacing/Kapal Layar (Parti Perikatan)(BA perlu buat sesuatu untuk ini).
*Mereka katakan bagaimana pembangkang boleh menang..sedangkan pilihan raya kecil pun tak menang..(saya lawan dgn mengatakan byk pengundi yg dh mampus berada dikawasan itu..)
*Mereka termakan dgn kata2 najib kalau minyak turun malaysia bankrap..(ni pun saya lawan..dgn fakta yg mana zaman Dato Seri dulu minyak tak mahal).
Sebenarnya byk keluhan, rintihan dan luahan org ramai saya dengar.
Majoriti mahukan perubahan..
Suatu penjelasan dan huraian..
Ceritakan bagaimana untuk turunkan harga minyak..
Bagaimana pendekatan yg perlu/patut dibuat untuk golongan ini..
Apakah saluran yg terbaik untuk kita semua..kita mahu menang!
Dato Seri,
Kebanyakan ceramah2 Dato Seri saya rakam dan simpan didalam telefon bimbit saya..
Saya dengar hari2 tanpa jemu, sebab minat terlalu mendalam dgn cara Dato Seri.
tapi paling tidak pun saya akan beri pd rakan2 dengar..
tapi paling tidak pun saya pernah beri pd seorang tua (berumur 60tahun) dengar..
Ini mungkin cara yg dpt saya lakukan tapi tidak sekuat media BN.
Untuk menang kita kena lakukan yg lebih baik lagi..lebih bagus!
Saya tidak berkesempatan untuk mengikuti ceramah lain2 pemimpin tapi kalau boleh minta semua penceramah war-warkan ke seluruh negara bahawa minyak akan turun apabila kita menang!
Diharap adanya langkah2 proaktif untuk memastikan kemenangan dipihak kita….
SALAM REFORMASI! TRANSFORMASI!
LAWANNNNNN TETAPPPPPPPPPPPP LAWANNNNNNNNNN!
Reply
Assalamualaikum w.r.b DSAI….
DSAI, sekarang ni saya lihat di akhbar2 milik BN dan UMNO dan di media elektronik sedang hangat menghentam pembangkang khususnya di kelantan dan DSAI sekali sambil mencanangkan apa yang BN dan UMNO untuk membuktikan mereka sahaja yang boleh tabur pelbagai janji dan telah melakukan pelbagai jasa untuk rakyat untuk mengaburi mata, eloklah kiranya DSAI dan pembangkang khususnya dapat menepis balik dakwaan dan penipuan mereka setiap kali mereka timbulkan dalam media milik UMNO/BN.. harap DSAI dan pembangkang dapat lawan habis-habisan bagi mematahkan kelentong mereka dalam media milik mereka supaya rakyat tidak terpengaruh dengan penipuan mereka.
Reply
untuk memastikan kemenangan di pihak KEADILAN ialah 1, perhatikan hisamudin bila bercakap hingga keluar buih mulut dia, dan adakalanya seakan akan hingga akan terkoyak mulutnya karena membuka mulut terlalu lebar, semata mata ingin di dengar dan ingin di perhatikan apa yang di cakapkanya 2,perhatikan juga zainudin maidin dia bila bercakap tak perlu berpikir asal ada bunyi serta mulut terbuka jadi, betul atau tidak apa yang di perkatakan itu lain, hasilnya ikut cara no 1 di bidang kerja tapi harus pakai pedoman bila bercakap jangan diikuti sipat pengampunya.tapi jangan diikuti cara no2 sebab bila bercakap dia tak pernah guna ilmu dia selalu guna emosi dan selalu nenampakan kebodohan dirinya , akhirnya semoga KEADILAN mendapat kemenangan
Reply
anak bugis,benar katamu wang bukan segala gala sekadar kilauan dunia yang bila tiba masa akan diambil kembali.sudah banyak contoh yang kita lihat terutama bekas wakil rakyat umno yang hari hari terluang mereka seperti “kain buruk” walaupun di zaman jadi wakil rakyat mereka begitu “gah”.kesedaran tentang maruah diri agama bangsa dan negara satu yang ana hormati.kalau majoriti rakyat malaysia berpendirian macam anak bugis tentunya hayat BEE END akan berakhir.tingkatkan usaha gerakkan tindakan dengan ikhlas,insyaallah akan datang pertolongan Allah seperti dijanjikan. la tahzan……
Reply
Najib kata negara akan bankrup kalau harga minyak, harga tol dan harga barangan turun, sebabnya senang sahaja. Pertama mereka menteri-menteri ni memang tak kisah nasib rakyat. Mereka tak sedar bila harga minyak, tol naik maka harga barangan keperluan harian naik sebab mereka tak pernah beli barang, hidup mereka semua free aje. Kedua kalau pungutan kurang maka komission (rasuah) pun kurang juga. Ketiga hidup mereka hanya setakat hidup di dunia sahaja macam kerbau dan lembu, bila mati tamatlah cerita, mereka mana percaya dosa dan pahala.
Sebab dasar mereka dasar benda maka mereka tak kisah hal derita dan perit rakyat. Pada mereka bila sampai pilihanraya tak perlu susah kerana duit yang disimpan dari komission dah banyak untuk ditabur kepada rakyat yang miskin papa kedana. Cukuplah beri sehelai pelikat/sarong batik, sekampit beras, sedikit gula/dua tiga tin susu pekat dan duit RM 20.00, esok semasa pilihan raya pasti hati rakyat akan teringat jasa orang BN/UMNO ini. Mereka dah didik begitu rupa. Rakyat jadi ayam daging atau lebih teruk dari itu. Ayam daging makan setiap hari rakyat yang ditipu dapat bekalan 4 atau 5 tahun sekali.
Sengaja dibuat begitu biar rakyat jenis ini senag digula-gulakan.
Ada cerita baru disekolah-sekolah kini. Menterinya mengarahkan ADUN BN buat majlis serah sijil tanda terhutang budi kepada kerajaan BN. Semua ibubapa yang anak-anaknya dapat apa-apa bantuan dari kerajaan akan dipanggil terima sijil nak ajar rakyat ingat jasa kerajaan BN waktu dekat pilihanraya ni.
Dikalangan guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik pula kini para pegawai atasan sering mengungkit-ungkit elaun BISP. Masa nak beri dulu tak cakap pun duit BISP itu untuk guna belajar bahasa Inggeris tapi kini kata mengapa guru-guru ni tak guna duit untuk belajar BI. Semua ini kerana projek tu dah nak gagal, semua pening kepala. Ingat kalau BN menang lagi guru-guru khususnya guru Sains dan Matematik akan kena buli oleh Menteri Pelajaran, tak percaya tengoklah. Oleh itu guru-guru sekelian sebelum dibuli oleh menteri baik jangan beri peluang dia jadi menteri. Ertinya pastikan BN/UMNO/MCA/MIC/Gerakan dan lain-lain kalah dalam PRU-12 ini.
Reply
Datuk Seri, Saya minta masukkan dalam manifesto pilihanraya BA utk kurangkan cukai pendapatan dari 28% ke 15%. Air free tak payah, nanti org bazir kan air. Satu lagi hapuskan cukai pintu…… Orait.. itu macam kalu… sure ramai sokong BA
Reply
Dato Seri,
Cakap banyak tak guna kalau wolfowitz boleh dianggap kawan. Pii rah
Yang kedua apa dato seri akan terapkan Islam dan undang2 Islam kalau dato seri memerintah, setakat ini tinggal Islam kosong aja. Siap kritik Dokumen Negara Islam. Pi Mai Pi Mai tang tu jugak.
Kalau nak tubuh negara Islam saya sokong, kalu nak tubuh negera sekular UMNO, biaq mampuih gi aku tak akan sokong.
Reply
apa kata, kita semua membuktikan kata-kata kita semua semasa dalam pilihanraya nanti. pemimpin adalah kuli kita yang kita pilih melalui peti undi sebab kita yang mengundi mereka. jadi kita ada kuasa untuk turunkan mereka dan naikkan pemimpin yang boleh dan sanggup jadi kuli kita.. apa macam boleh ka anda semua berbuat begitu?
Reply
boleh jalan laa uncle-gay,kalau kuat sgt menipunya,satu hari nanti Tuhan balas jugak.dosa hang dah banyak,cukuplah buat dosa baru,pasal hang rakyat jadi susah.
Reply
dear anak_bugis,
alhamdullillah, you stand firm to what you believe in and tak nak ‘berceramah’ isu isu kosong.
Datuk Halik Zaman,
Saya rasa petrol negara kita dijual ke negara lain kerana petrol kita gred A. Mungkin kerana crude oil kita Ferrari selalu menang race.
Dan kita import minyak murah. Di situlah Petronas dapat keuntungan kot? walaubagaimanapun, berapa tepatkah hujah DSAI mengenai penurunan harga minyak? adakah itu dasar kerajaan utk menggunakan duit keuntungan Petronas bagi meringankan beban rakyat?
Satu lagi ‘off topic’. Saya rasa amat kesal dengan inisiatif kementerian pelajan malaysia untuk menggantikan karya karya shahnon ahmad, samad said dll dgn karya karya dari penulis yang tak terkenal lagi.
Bagi saya, masalah utama sistem sekolah di malaysia adalah kami tidak mengutamakan perpaduan kaum. Ada sekolah cina la, sekolah india la, sekolah agama lah. Dan di Sekolah Kebangsaan pun masih juga ada yang berpuak puak.
Tidakkah lebih indah Malaysia ini jika kanak kanak tidak diajak menilai seseorang dari segi bangsa, agama dan lebih lagi, warna kulit???
Reply
Regarding DSAI not raising a petrol price for the 7 – 8 years he was the Finance minister. Anyhow I think DSAI should not take credit that petrol price was not raised during that time, in fact we think petrol price should have gone down during that time. Have a good read at this blog http://www.luk4all.com.my/Blog/CrudeOil.asp. I hope DSAI can comment on that.
Reply
Regarding DSAI not raising a petrol price for the 7 – 8 years he was the Finance minister. Anyhow I think DSAI should not take credit that petrol price was not raised during that time, in fact we think petrol price should have gone down during that time. Have a good read at this blog http://www.luk4all.com.my/Blog/CrudeOil.asp I hope DSAI can comment on that.
Reply
Semasa krisis ekonomi yang melanda asia pada tahun 1997 dan 1998, Dato seri merupakan orang kanan kerajaan dengan memegang portfolio sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Bukankah pada masa itu, ekonomi Malaysia terjejas teruk? Dan pada masa yang sama Dato seri telah mengambil pendekatan untuk “mendapatkan bantuan melalui IMF”. Rakyat semua tahu, Dato seri pada masa itu baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi IMF bagi Asia…
Saya ternanti-nantikan penjelasan Dato seri berkaitan dengan isu ini…
Bukankah dato seri telah mengambil pendekatan meminjam dari tabung IMF pada masa itu? Bukankah mengundang padah jika keputusan dato seri itu menjadi kenyataan? Kita tahu dasar IMF yang menekan negara yang menjadi HAMBA HUTANG kepadanya?
Mohon dato seri jelaskan…
Reply
Sedih rasanya melihat orang-orang profesional yang dah berjaya…sedih kerana mereka ini dah menjadi penderhaka kerajaan..Tak sedarkah kamu-kamu yang bergelar profesional ni, yang kamu-kamu ni adalah produk-produk hasil dari keprihatinan kerajaan BN..
Penderhaka tidak layak duduk di atas Tanah Pusaka Malaysia ini..
DSAI…Dato seri dulu jadi senang kerana kerajaan..Kenapa tak dibetulkan kepincangan pentadbiran kerajaan semasa dato seri berada dlm carta UMNO dahulu?
Hairan bin ajaib…Jangan Cakap Tak Serupa Bikin dato seri..Jangan ingat rakyat boleh diperbodohkan dengan cakap-cakap manis dato seri.
Setelah dato seri terkeluar dari carta UMNO mulalah dato seri mangarut..KLIA membazirlah, projek-projek mega buang duit rakyatlah..ingat rakyat bodohkah? Dato serikan menteri kewangan time tu. Bukan dato seri yang luluskan semua tu kah sebagai menteri kewangan?
Jawab dato seri..
Reply
i hav the information about felda. how can i give u. very big info
Reply
Datuk Seri,
teruskan perjuangan untuk menegak keadilan.
You’ll never walk alone…
K34D1L4N F0R3V3R 4ND 3V3R!!
Reply
Ambil iktibar kejatuhan Pertamina
BOLEHKAH keuntungan Petronas diguna untuk menurunkan harga minyak dan barang? Atau bolehkah ia dipakai untuk biaya kos pendidikan percuma rakyat sehingga ke peringkat pengajian tinggi?
Jawapannya tentulah boleh. Inilah yang menjadi modal dalam kempen parti pembangkang pada pilihan raya ke-12 yang sudah hangat ketika ini walaupun tarikhnya belum ditetapkan lagi.
Tetapi risikonya terlalu tinggi. Tidak boleh dibayangkan apa yang mungkin boleh berlaku kepada satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam majalah Fortune sebagai antara 500 syarikat terbesar dunia ini, jika langkah berkenaan diguna pakai.
Dalam hal ini, kita boleh belajar daripada pengalaman yang dilalui syarikat minyak Indonesia, Pertamina semasa era pemerintahan Presiden Suharto. Selain terpaksa menanggung hutang yang besar dan hilang daya tarikan pelabur, ia menjadi sarang korupsi, kolusi dan kronisme.
Pertamina, semasa era pemerintahan 32 tahun Orde Baru telah menjadi sebahagian daripada tonggak sistem ekonomi dan politik Suharto. Malah Pertamina pernah diurus oleh seorang jeneral.
Tidak seperti sekarang, bahan api pernah menjadi monopoli Pertamina. Hanya stesen minyak Pertamina dibenarkan beroperasi. Keadaan stesen minyaknya buruk kerana untuk ubah suai pun memerlukan persetujuan pemerintah.
Seorang penyelidik Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3ES) Indonesia, Pri Agung Rakhmanto mengakui bahawa Pertamina selama bertahun-tahun telah dimanipulasi untuk menjaga stabiliti rejim Suharto.
Semasa era Suharto, menurut Pri seperti dipetik akhbar Kompas baru-baru ini, tidak pernah berlaku kekurangan bahan bakar minyak seperti sering dialami sekarang dan harganya juga dikawal supaya sentiasa murah demi kepentingan politik Suharto.
Semasa itu rakyat tidak mengeluh kenaikan harga barang atau harga minyak. Malah semasa era reformasi, ramai rakyat Indonesia mahu kembali ke zaman ‘indah’ Suharto yang serba-serbinya murah.
Tetapi berapa lama keuntungan hasil kekayaan sumber alam Indonesia itu boleh bertahan untuk terus dimanipulasi?
Pada tahun 1960-an dan 1070-an, kehebatan Pertamina terserlah apabila mampu meletakkan dirinya sebaris dengan syarikat minyak asing yang semasa itu menguasai industri tersebut. Majalah Fortune menyenaraikannya antara 200 syarikat terbesar di dunia.
Ia menjadi kebanggaan rakyat Indonesia. Pertamina diberi pelbagai peranan termasuk membina sekolah, membangun jalan raya, membuka jelapang padi dan kilang keluli. Tanggungjawabnya diperluaskan bukan lagi dalam bidang kepakarannya iaitu minyak dan gas.
Kesannya, selepas beberapa dekad, Pertamina yang menjadi inspirasi penubuhan Petronas pada tahun 1974 dengan ramai pegawai Petronas dilatih di Pertamina, tidak lagi segagah dahulu.
Malah ungkapan yang sering kita dengar daripada rakyat Indonesia ialah Petronas pula yang kini menjadi inspirasi Pertamina. Rakyat negara itu bertanyakan apa kurangnya Pertamina untuk menjadi sehebat Petronas?
Penganalisis ekonomi Indonesia, Dr. Kurtubi yang pakar dalam industri minyak ketika diajukan cadangan menggunakan wang keuntungan minyak dan gas untuk menurunkan harga minyak segera mencelah, cadangan itu tidak masuk akal.
“Jangan gunakan anugerah Allah untuk diboroskan pada masa ini. Nanti kita berdosa kepada anak cucu kita,†tegasnya yang bersikap kritikal terhadap sebarang penyalahgunaan harta negara.
Subsidi
Beliau yang menyaksikan kejatuhan Pertamina menegaskan jika keuntungan Petronas digunakan untuk menambah subsidi supaya harga minyak boleh turun, ia merupakan langkah ke belakang.
“Sebab subisidi mendorong pemborosan, tidak ada kreativiti dan menghambur wang negara kerana orang kaya juga menikmatinya,†katanya.
Dalam keadaan harga minyak dunia yang selalu naik, tentulah langkah mengawal harganya supaya terus murah bukan pilihan yang bijak, malah membahayakan ekonomi negara.
Ia tidak memberikan gambaran sebenar kepada pelabur dan industri kerana harga minyak bukanlah harga sebenar kerana telah disubsidi oleh kerajaan. I
“Ini akan menyebabkan pelabur membuat pertimbangan dan keputusan yang salah. Minyak akan digunakan secara boros kerana harganya murah. Rakyat juga yang rugi untuk jangka panjang,†kata Kurtubi lagi.
Minyak yang ada di dasar bumi ini sifatnya tidak boleh dibaharui. Jika terus digali serta diproses sekarang dan dijual murah pula, itu ertinya kita telah mengambil hak generasi akan datang.
Anak cucu kita juga berhak terhadap hasil mahsul negara. Janganlah ia dibazirkan. apatah lagi demi menjaga kepentingan politik pihak tertentu. Politik seharusnya turut digunakan untuk kesejahteraan generasi akan datang.
Pengalaman yang telah dilalui Pertamina tidak boleh dibiarkan berlaku ke atas Petronas yang kini semakin tangkas dengan strategi globalisasinya dan mendapat dukungan para pelabur.
Pada masa yang sama, kita harus bersyukur dengan komitmen Petronas yang terus berupaya menyumbang semula hasil keuntungannya kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.
Sebagai contoh bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, Petronas telah menyumbang hasil keuntungannya sebanyak RM48.3 bilion kepada kerajaan. Pada tahun berkenaan Petronas mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM76.3 bilion.
Janganlah kerana misi politik jangka pendek yang sempit, kita hilang pula sumbangan besar tersebut kerana nikmatnya harus terus dirasai oleh anak cucu kita.
Apa kata pakar agung maksum Keadilan pula? =)
Reply
kalau adil boleh beri saya jaminan yang harga barang keperluan juga akan turun sekiranya harga minyak diturunkan…
saya sokong..
tapi sekiranya hanya harga minyak yang turun dan barang keperluan tetap sama harga seperti sekrg saya tak sokong..
dsai…sila komen
Reply
Saudara Keraktepung,
Sebelum nak cabar Saudara Anwar jawab soalan soalan saudara,pergi selidik dulu betul betul.
Takpe biar saya jawab sedikit soalan saudara keraktepung.
BERAS:- barang keperluan harian kita kan? Berapa harga sekampit beras 5kilo? Kat shopping harga beras 5Kilo tempatan murah RM10.00. Beras Siam berapa? Beras Siam 5Kilo RM18.80. Kenapa? Semua beras mesti melalui BERNAS. Harga BERNAS boleh tetapkan.
Bandingan harga:- Beras Siam di Singapura sekampit 5Kilo SGD2.50 di Shopping mereka. Murah pulak Beras di Singapura.
MINYAK MASAK:- pun barang keperluan harian kita kan? Sebelum raya cina tahun ni, tiba tiba, kat mana mana habis stok minyak masak,Paklah kata, orang beli banyak banyak kot pasal raya? eh gilo ape? Orang cina beli berapa banyak minyak tu? Tapi takde pulak stok…tarik 2 minggu, tiba tiba minyak keluar banyak banyak…. tapi harga hmmm NAIK 30%, dulu harga minyak 5Kilo di
Tesco RM10.00, lepas shortage harga jadile RM12.99. Kan senang nak naikkan harga. Buatlah kekurangan olok olok,lepas orang ramai susah, peniaga peniaga alami kerugian, keluarkan aje stok stok yang tersorok tu, naikkan harga! Senang aje Dasar Ekonomi Pak Lah….
Soalan yang saudara tanya secara sinis tu, saudara patut tanya kerajaan Barang Naik sekarang.
Reply
Assalamualaikum Dato’,
Dato’ kempenlah bagai nak rak, bagilah penerangan seterang-terangnya, lawan lah sampai mati pun, semua tuu tak guna selagi SPR TAK TELUS. Selagi SPR tu duduk di bawah telunjuk mereka, selagi tuu lah BN akan menang, dulu, kini & selamanyaaaaaa.
Reply
Kalau nak turunkan harga minyak kurangkan projek mega yang jangkaan faedahnya kata depa tahun 2030tu, nak buat apa. Kan ke lebih baik buat kilang penapis minyak, faedahnya untuk semua rakyat Malaysia dan keuntungannya lebih cepat.Di Johor patutnya buat pusat penapis air bersih lebih banyak supaya tak perlu beli lagi dengan negara ala Israeltu.Kita banyak hasil bumi tapi tak pandai proses, kebanyakan eksport bahan mentah,rugi.
Izinkan saya berleter sedikit, orang kita macamtulah ada tanah tak pandai jadikan hasil, pajakkan, akhirnya jual(tak semuale) untung cepat, yang dapat tanah juakdia(UMNO). Yang cerdik sikit tanam sawit atau getah lepastu jual kat bangsa lain habis situ. Peladang kononnya tukang beli bagi org Melayu tapi tak pernah untung.
Faeal pemerentah macamtu juga dia sibuk nak buat benda lain, Koridorlah kononnya, patutnya hasil bumi diproses kembangkan perniagaanini. Lagi sedap sekarang pemerintah makin bebal macam orang UMNO kampung juga faelnya, jual tanah negara pada orang asing bebal lama tak habis timbul bebal baru. Rakyat Malaysia dah macam “Katak Dalam Kaca” nampak dunia luar serta kemajuanya tapi mindanya disekat.
Saya percaya kalau Sawit dan Getah banyak ditanam di Amerika atau Jepun rasanya dah lama kita tak perlu gunakan perejam untuk ambil buah sawit, tak gunakan tangan untuk membaja dan begitu juga dengan penorehan getah tak perlulah kita berkeliling pangkal pokok getah untuk menoreh dan bergelumang dengan nyamuk, mesti depa dah cipta alat tertentu. Contohnya Industri Sex, bila AIDS dah merebak mereka suruh gunakan kondom, Menteri BN pun tolong kempen, pasal rupanya diapun kuat Sex, pandai pulak.
Saya ingin nak cadangkan pada Pembangkang, kempen pembangkang sebenarnya tak sampai ketelinga mereka, yang bebal dengan UMNOni. Jadi cadangan saya lebihkan kerja sedikit letakkan “Risalah” kempen terutama keburukkan UMNO pada kereta dan dimana-mana saja.
Terima Kasih, Semuga Berjaya.
Reply
Salam….
Saya bukan seorang yang berminat dengan politik, tetapi saya tetap pergi mengundi biarpun saya akan membuang undi ‘rosak’ setiap kali mengundi!…kerana saya tidak percaya kepada orang politik baik dari parti mana sekalipun……..mereka hanya bercakap untuk mendapat kuasa. Bila kuasa sudah ditangan, bermacam karenah dibuat…semua nak kasik kaya diri sendiri dan kaum kerabat sahaja…dari parti pembangkang, pari bebas mahupun parti kerajaan!….semua orang tidak tahan melihat duit bertumpuk di hadapan….tak kira salah atau betul, semua akan buat!…
Saya hairan kenapa setiap orang yang telah dipilih rakyat sentiasa menyalahgunakan kuasa…tak kira la dari penghantar surat atau kepada menteri2 sekalipun!!…kenapa semua ahli politik suka menyalahkan lawan masing2, mencari kelemahan orang lain?…
bukankah bila bercakap perkara tidak baik mengenai orang lain mencerminkan keburukan sikap sendiri?…kenapa orang PAS suka bercakap bahasa tidak sopan bila merujuk kepada BN?…Sebenarnya, banyak sangat orang yang tak suka Khairy, dia tak tahu kah orang tak suka dia?……
Saya sangat berharap, sesiapa pun yang akan jadi pemimpin nanti, jangan la menjadikan bumi malaysia ni kacau bilau…kasihan rakyat yang miskin….nanti dah miskin akan bertambah miskin lagi……..!!!.Kembalilah semua ke jalan Allah, sebagai umat Islam, bersatu padu lah semua…….. !!!
Reply
Assalamualaikum DSAI,
Banyak negara telah pun berubah pucuk pimpinan mereka dan yang terakhir sekali iaitu negara Pakistan, jadi olih itu saya berdoa agar rakyat negara kita ini akan membuka pemikiran mereka dengan seluas luasnya untuk bertanya pada diri masing masing dengan soalan KENAPA, MACAMMANA & BILA untuk bertindak demi mendapatkan KEADILAN untuk diri mereka serta generasi yang akan datang agar jangan sampai mereka ditindas dengan berbagai bagai keghairahan olih pihak kerajaan yang mana ia akan memakan diri mereka sendiri saperti kenaikkan harga barang, petrol dan entah apa lagi yang akan naik.
LAWAN TETAP LAWAN DSAI.
Kalau diMelaka dulu hanya 5 Hang bolih menentang Portugis takkan DSAI yang berasal dari P.Pinang serta mempunyai ramai Hang saperti Hang Mai Mana, Hang Pangkah Apa, Hang Tolak BN dan banyak lagi dah tentu bolih menjatuhkan si bedebah itu semua…
HIDUP KEADILAN.
Reply
JGSpot fully support ANWAR IBRAHIM!!!
Turunkan harga minyak!!!
support pkr!!!
Reply
kepada DSAI suruh pengundi bahagian sg panjang undi pembangkang..khir toyo ahu dok shah alam je.malas nak jengok pengundi kat sg panjan,bila mengundi baru nampak batang hidung.sokong pembangkang.
Reply
Dato’, bila agaknya kita boleh mengadakan satu perhimpunan di Stadium Shah Alam. Ramai dari kalangan masyarakat India dan Cina yang ingin hadir tanpa rasa takut kerana sebelum ini masih ramai yang ragu-ragu dan ditakutkan untuk hadir ke ceramah-ceramah Barisan Alternatif semasa kempen pilihanraya.
Masyarakat India dan Cina ini semuanya mengaku bahawa undi mereka tempohari adalah untuk Barisan Alternatif. (sekarang dah ketagih nak pergi ceramah)
Seeing is believing. What they could get from YouTube will not be the same. I’m sure this will be a good start to show some solidarity amongst the people that we could be at the same place for the same cause…to bring Malaysia to a better place.
Reply
TAHNIAH BARISAN NASIONAL KERANA MASIH MEMERINTAH MALAYSIA… TERUSKAN PERJUANGAN MURNI INI BAGI MEMARTABATKAN NEGARA TERCINTA… HIDUP BARISAN NASIONAL..
Reply
HIDUP KERAJAAN BARISAN NASIONAL!!!!!!!! HIDUP TANAH AIR KU!!!!
Reply
Dato Seri
Saya ingin menambah satu perkara yang difikirkan penting untuk rakyat malaysia tahu mengenai Kanun Tanah Negara selain daripada harga minyak. Saya difahamkan oleh bapa saya bahawa akta kanun tanah negara sekarang yang diguna pakai oleh Kerajaan Persekutuan amat berat sebelah dan berkemungkinan disalah gunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab untuk meampas tanah hak milik individu yang sah (Tanah pusaka, rizab melayu, dsb).
Saya mohon perhatian Dato Seri yang saya pasti lebih maklum tentang perkara ini dan dapat lakukan sesuatu di Parlimen kelak atau berbincang dgn Pihak Kerajaan Negeri (BR) yang mana terdapat perenggan perenggan yang menyatakan Kerajaan Negeri berhak meminda akta tanah bagi kebaikan rakyat Malaysia.
(Saya kurang arif tentang hal ini tetapi ini adalah permintaan bapa saya supaya memanjangkan hal ini kepada Dato Seri)
Saya amat risau sekiranya tiada tindakan diambil, satu hari nanti tanah hak milik kita akan hilang dari pegangan disebabkan penggunaan akta-akta yang menindas seperti pajakan 99tahun yang telah diguna pakai bagi tanah tanah yang diwartakan selepas Merdeka. Bagi mereka yang sudah bertanah hak milik kekal, mungkin tidak menjadi masalah .Tetapi saya masih lagi risau dan bimbang tentang kemungkinan yang boleh terjadi untuk menidakkan hak mereka di masa depan .
Sekiranya itu sahajalah tanah yang ada bagi mereka dan disitulah juga rumah kediaman mereka, mungkin satu hari nanti hak ini dikhuatiri akan hilang dirampas melalui proses undang-undang yang zalim dan kemana mereka hendak pergi?
Saya mohon perhatian Dato Seri untuk melihat perkara ini dengan lebih serius dan dibawa perbincangan yang lebih khusus.
Terima kasih
Salam Mesra daripada bapa saya (Beliau pernah bersama-sama menyumbangkan tenaga menggerakkan Koperasi Belia Islam di Pantai Bahru).
Reply
pasal harga minyak…
adakah kerajaan pusat berhak menaikkan harga minyak petrol sesuka hati atau mereka perlukan persetujuan 2/3 dari ahli parlimen??sapa2 yang tahu tolong explain…
Reply
Dato bila nak terbit surat khabar pakatan rakyat. Boleh tak segerakan. Dah jemu sgt tgk media BN ni.
Reply
maaf ye, nak perbetulkan bukan crude oil tapi sweet oil
yang digunakan untuk pasaran high tech dan dijual untuk dagangan eksport
harap diteliti dengan lebih jelas..
terima kasih
pemuda bangsa – UMNO-
Reply
maaf yer, malaysia mengeluarkan minyak sweet oil bukannya crude oil
yang dijadikan untuk pasaran eksport..crude oil banyak pada tanah pak arab yang bodoh
minyak banyak tapi takde teknologi untuk proses jadi petrol kenderaan gunaan ramai
malaysia gunakan sweet oil untuk mendapatkan penpatan lebih dan dijual pada kadar semasa
dan juakan meningkat dan dapat bantu pembangunan negara..
Reply
Kanun Tanah Negara adalah dibuat oleh orang British yang telah menjajah kita
kononnya membantu tetapi menyusahkan orang melayu
proses memang lambat dan banyak sgt birokrasi
orang pejabat tanah baynk seleweng
harap maklum
Reply
Today, fuel price is up again…and I believe its high time we look for other alternative. I have compile some information on how to beat this…khasnya pada pemilik kenderaan. Saya ingin mengajak anda semua mencubanya. saya sendiri belum cuba tetapi yang pastinya saya akan mencubanya…..kata orang tak salah mencubanya dan kalau saya berjaya menjimatkan petrol cara ini, ianya boleh menfaatkan anda semua. Cuba layari blog:http://cyberstokist.wordpress.com dan beri pandangan anda….mungkin ada di antara anda telah mencubanya tentu ingin berkongsi pengalaman.
Reply
DATO SERI,
PETROL DAH NAIK…..
AP CADANGAN DATO SERI..
TUKAR KERAJAAN KE??
HRG NIE DAH MELAMPAU SGT, SAMPAI BILE NAK NAIK HRG PETROL…???NAK TUNGGU RAKYAT MENINGGAL KE..??!!!
Reply
Dato Seri,
Please Help Malaysian, The cost of living is already very high, Prices of food and fuel is sprialling out of control. The Gov should keep celing prices but BN is doing the opposite. Only you have the power to put things right again.
Reply
Dato Seri,
you are the only hope of all malaysian.it is time to act now .i think most of the malaysian are 100% behind Dato Seri.I agree with Andrew Knight. Only you have the power to put things right again.long live malaysia…………………….
Reply
bagaimana ini semua perkara boleh berlaku di dalam negara? bagaimana harga minyak boleh naik? p.m kata pi minta maklumat yang betul kenapa harga minyak naik…dia ingat rakyat apa…bodoh…p.m lah yang perlu explain dengan kita sebab dia kerja untuk rakyat….tiada rakyat tiadalah dia…kenaikan harga minyak adalah rasuah…pembelian dan projek ulung negara seperti pi angkasa adalah rasuah….dato anuar tolonglah bertindak sebelum rakyat yang akan bertindak sendiri…
Reply
Tolonglah, setelah Dato’ Seri berkuasa nanti bawalah ke muka pengadilan 4th floor boys yang byk meraut harta negara dengan tamak dan tanpa segan silu. Biarlah mereka merasa bagaimana seronoknya duduk di dalam untuk bertahun-tahun. Kembalikanlah maruah orang melayu dan negara malaysia!
Reply
assalamualaikum Dato