(i) daripada pondok tanjong:
datok seri dah tonton ke dvd chua soi lek tu?
Pondok tanjung cuba memerangkap saya menanyakan samada sudah menonton video sex pelakon tua? Belum dan tidak berminat jawabnya!
(ii) daripada As-Salam:
Datuk Seri,
Saya masih menunggu pendirian PKR tentang PTPTN , saya harap Datuk Seri dapat menyatkan pendirian BA tentang isu ini sebelum pilihanraya, supaya saya boleh war warkan kepada rakyat akar umbi.Percayalah isu ini cukup dekat dengan pelajar-pelajar melayu dan bekas pelajar.
Assalam mohon penjelasan isu beban hutang peminjam PTPTN.
Pertama, kita menjanjikan pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke menengah.
Kedua peminjam lama PTPTN akan dikutip sebahagian pinjaman setelah sah bekerja tetap selama tiga bulan.
Wujud keperluan untuk memansuhkan kadar faedah 3%, dan digantikan dengan biasiswa pendidikan buat pelajar cemerlang dan pelajar miskin, manakala pinjaman tanpa faedah buat siswa berkemampuan.
ANWAR IBRAHIM
















SALAM… Saya sedih r DSAI, mungkin dasar yg DS cadangkan tu tak sempat buat saya. hehe dah nak abis blajar pun… ehm cadangan yg ditunggu2 oleh kami mahasiswa2 malaysia… harap dijelaskan dgn lebih terperinci dan menjadi manifesto BA, sebar luaskan DS, insyaAllah mahasiswa bersama saudara…
UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH
ALAHAI ISLAM HADARI……
SEBARLUASKAN SLOGAN INI!!!!!!!!!!!!!!!
sudah jelas pendirian parti keadila tentg pendidikan percuma,bukan seperti kerajaan sekarg yg cuba menipu rakyat dengan janji2 yg mereka tak mampu lakukan.akhirnya rakyat juga di tipu dan itu pun masih ada yg masih menyokong,ini membuatkan kita tak faham.mmg banyak org biro tata negara(BTN)cuba mengelirukan kita dan menjerat dato seri.saya ingatkan kepada sesapa yang menjadi agen BTN ATAU CUBA MENJADI AGEN BTN lupakanlah niat anda.dato seri tak sebodoh seprti pemimpin barisan nasional kita peka dengan ancaman seperti ini…..hidup rakyat
ketua penerangan PAS, hj Mahfuz Omar mendedahkan bahawa perempuan yg dlm dvd seks Chua Soi Lek itu dikenali sebagai Josephine Yam…dan mungkin merupakan suapan seks utk mendapatkn projek kementerian kesihatan. mohon penjelasan datok seri jika ada maklumat terkini…rakyat kian tertanya2
Salam Dato’ Seri.
Saya telah dimaklumkan melalui taklimat di Kawasan DUN Templer minggu depan Dasai akan turun ke sini, Alhamdulillah…. kami semua akan tunggu Dasai untuk mengempur Pasar Malam Selayang, Dasai akan gempur Parlimen Selayang “Chan Kong Choi… Selamat Datang Dasai
DS,
Sy sokong dgn pendirian BA tentang PTPTN dan Institusi Sek Rendah dan Menengah.
Sy pasti dan yakin rakyat diluar sana juga setuju.
Kami mahu BA memegang tampuk kepimpinan Malaysia pada masa akan datang. InsyAllah.
Kami di Johor kian sedar.
Tahun 80′an …tawaran biasiswa berlimpah ruah. Saya sendiri menerima 3 tawaran sekali gus.
Masa itu Proton tak da lagi. Ekspot minyak pun ciput. Malaysia pun belum jadi ‘Naga’….!
Masa itu Dato’ Seri pergi ke Jepun menasihat pelajar-pelajar Dasar Pandang ke Timur supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
Dan sempat beri amaran…sila beri nama kalau tak sanggup belajar (nak dihantar pulang ke Malaysia)… kerana masa tu ramai pelajar mengeluh susahnya belajar dalam bahasa Jepun.
Akhirnya semua pelajar berjaya mendapat suntikan semangat dari Dato’ Seri….!
Yang tak dapat semangat sorang saja…..iaitu Dato’ Mukhriz Mahathir……sekerat jalan. Itupun mengelat kerana belajar di Univ. Sophia dengan bahasa pengantar Bahasa Inggeris.
Datuk Seri,
Mengapa harus dikutip sebahagian dari pinjaman setelah sah bekerja tetap selama tiga bulan? Saya kira sistem pembayaran secara ansuran yg sedia ada sekarang lebih memudahkan dan kurang membebankan peminjam. Cuma yg menjadi isu sekarang ini ialah caj faedah 3% (PTPTN merujuk ia sebagai kos pentadbiran).
Saya bersetuju dgn saranan agar dimansuhkan kadar faedah ini dan pinjaman oleh mahasiswa yg cemerlang dan miskin ditukar menjadi biasiswa. Cuma sistem pembayaran secara ansuran mungkin perlu dipertimbangkan untuk terus dilaksanakan memandangkan tiada jaminan mahasiswa akan beroleh pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian.
Alangkah gembiranya para pengundi sekiranya PKR menang. Bolehlah hal ini diwar-warkan untuk kebaikan bersama…
salam,
Datuk, apakah suruhanjaya diraja berhubung CJ gate sudah mengesahkan keaslian video yang didedahkan. Jika ternyata benar bahawa terdapat percaturan terhadap perlantikan hakim-hakim di negara ini apakah itu berpunca dari prosidur pemilihan dan pelantikan yang lemah atau tafsiran yang kurang tepat terhadap perlembagaan berhubung pengankatan seseorang ke jawatan tersebut. Bagaimana tafsiran pengasingan kuasa (kebinet, Kehakiman & perundangan) menurut pandangan Datuk.
Dato’ Dr Chua is 61, an elderly person by social definition in Malaysia. A dirty old man off course. A dirty old man. If he want to act only for a role of father or grand pa.
Dear Pondok Tanjung,
Give it a rest la. We are not interested in who the girl is etc.
Saudara Najwan dan Dato Seri,
Baguslah tu potong selepas 3 bulan bekerja tetap. Ini untuk memastikan si peminjam mampu membayar pinjaman tersebut. Tetapi saya kurang paham makna DSAI untuk mengutip sebahagian pinjaman. Harap diterangkan berapa peratusan dan bolehkah dibayar secara ansuran kerana rata-rata gaji selama 3 bulan agak berat untuk melangsaikan hutang PTPTN memandangkan kos sara hidup yang tinggi terutamanya di bandar.
habaq kat pak Lah Bedui (PM) sapa pun boleh perintah tanpa tanggungjawiab.. ini hak rakyat utk belajar dari peringkat TADIKA hingga ke PHD dibiayai sepenuh oleh kerajaan.. biasiswa, dulu Tunku boleh buat walaupun masa tu kita baru merdeka.. ni hasil berlipat ganda takkan la tak boleh. bukan banyak sangat pelaburan pendidikan akan jadi lebih meriah dan ramai yang terpelajar. itulah tanggungjawabbbbbbbbb namanya. Ni entahlah..cakap tak serupa bikin.
Mat Kecoh,
Sebetulnya apa yg saya maksudkan ialah sebagaimana yg sdr telah perjelaskan. Saya tidak ada masalah dgn pembayaran selepas 3 bulan peminjam mendapat pekerjaan tetap. Apa yg membuatkan saya juga kurang mengerti ialah penjelasan Datuk Seri ttg pembayaran sebahagian daripada pinjaman selepas 3 bulan mendapat pekerjaan.
Mungkin Datuk Seri boleh perjelaskan dgn lebih terperinci berhubung dgn isu ini. Hujah Mat Kecoh ada asasnya; jika dalam tempoh 3 bulan peminjam diminta menjelaskan sebahagian daripada pinjaman, memang sesuatu yg mustahil. Kenaikan kos sara hidup dan bayaran gaji yg rendah kepada graduan baru sememangnya bakal membebankan proses ini.
sdr najwan halimi & mat kecoh,
apa yang dimaksudkan ’sebahagian’ oleh DSAI di atas adalah memulakan ansuran sebaik sahaja pekerjaan tetap melangkau jangkamasa 3 bulan. Ini mengambil kira kestabilan ekonomi graduan untuk menampung kos sara hidup dan keluarga, kemudiannya melunaskan pinjaman pembayaran dalam keadaan yang terancang tanpa membebankan. pembayaran ini bakal mengikut formula pembayaran balik yang bersesuaian dan fleksibel.
berbeza dengan keadaan sekarang, pinjaman perlu dilunaskan 6 bulan selepas tamat pengajian tanpa mengambilkira graduan bekerja atau tidak. Sekiranya mendapat penangguhan (maksimum 24 bulan), kadar faedah atas baki berkurangan akan dikenakan dan jumlah pembayaran balik akan meningkat dengan sendirinya.
penyelesaian masalah PTPTN ini akan dibentangkan oleh AMK kelak.
salam DSAI,
sy kurang setuju ttg cadangan DSAI mengenai ptptn.
knape tidak terus dijadikan biasiswa.
sedangkan dsai selalu melaungkan perolehan petronas tinggi.
inilah masanya membuktikan bhw pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan.
teringat sy kpd kata2 kung fu tze,bhw pendidikan adalah tanggungjawab sosial pemerintah.
buktikan bhw kerajaan baru malaysia adalah negara kebajikan.
dimana kesihatan dan pendidikan adalah percuma kpd rakyat.
dsai ,saudara mampu dan boleh menjadikan ptptn adalah percuma kpd seluruh rakyat malaysia.
ini bukan cadangan utk pancing undi tetapi tanggungjawap pemerintah kpd rakyat.
kalau seorg tokoh bukan islam sprt kung fu tze boleh berkata demikian apatah lagi saudara.
sekadar pandangan:sy sbgai mahasiswa univeriti d msia merasakan isu PTPTN sebagai satu bebanan masa hadapan, kenapa kita tak gunakan wang kutipan zakat untuk membiayai pembelajaran generasi mahasiswa (sebagai cadangan)? apa yg saya ketahui pusat zakat mempunyai dana yg banyak, dan pentadbirannya kurang effisien utk menyalurkan dana yg terkumpul tersebut, dan sebagai kesannya generasi mahasiswa yg dilahirkan adalah generasi bhutang…sedih
Saya ada cadangan supaya peminjam PTPTN mudah menguruskan bebanan hutang tersebut,naikkan sedikit jumlah pinjaman tersebut,kemudian potong 20% masukkan ke mana2 institusi kewangan,pasaran saham,atau apa saja tempat yang boleh mendatangkan keuntungan.Selepas 4 hingga 5 tahun kadar keuntungan tersebut boleh cover 50% pinjaman,dan bakinya dibayar oleh bekas mahasiswa.
Saya tidak setuju dengan PTPTN, kembalikan sistem pendidikan kepada asal dengan memansuhkan matrikulasi, kerana ia tidak berkesan. Buktinya, hampir semua pelajar yang cemerlang peringkat ijazah pertama adalah pelajar berasal dari STPM.
Bubarkan universiti-universiti ‘kangkung’, buat apa banyak universiti tapi tidak ada kualiti. Satu kegilaan BN mewujudkan universiti merata-rata, padahal kemampuan akademik kewujudan satu universiti tidak difikirkan lansung, bukankah gila namanya, jika universiti dijadikan ‘penyogok’ undi dan paling celaka lagi, dijadikan projek ‘perabih duit rakyat’ untuk kroni.
Saya mahu ‘KERAJAAN KEBAJIKAN & BERSIH’ menjadikan ‘PENDIDIKAN PERCUMA’ sampai peringkat tertinggi, jangan ‘dolak dalik’ tentang pendidikan percuma.
Kalau diteliti dengan baik, sebenarnya, “DUIT KERAJAAN YANG DIPERABIH UNTUK PERKARA-PERKARA MEMBAZIR DITAMBAH DENGAN RASUAH ADALAH JAUH LEBIH BESAR DARIPADA BIAYA PENDIDIKAN PERCUMA”. Ertinya, kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanjawan tambahan untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat, cukup dengan polisi perbelanjaan berhemah, telus dan tidak rasuah.
KITA LAWAN UNTUK PENDIDIKAN PERCUMA
TUTUH JANG SAMPAI MONANG
Pendidikan percuma tak relevan dengan masa sekarang kerana mentaliti masyarakat sekarang yang hanya mahu di suap sahaja. sekiranya PTPTN dimansuhkan, apa akan jadi dengan persaingan dalam ilmu dan tanggjungjawab dlam pembelajaran mereka.. mereka yang dapat pendidikan secara percuma ini akan kehilangan rasa sayang pada ilmu mereka dan juga mereka akan kehilangan pelbagai sikap termasuk sikap sayang pada pekerjaan pada masa kelak. dan mereka juga akan menyebabkan IPT di Malaysia turun ranking. Ini dibuktikan dengan masa sekarang yang mana mahasiswa yang ibu bapa mereka kaya, ibu bapa mereka yang sponser mreka kurang merasakan tanggungjawab dalam ilmu pengetahuan mereka.
Salam hormat buat DSAI,
Apakah pendirian dato seri mengenai isu penggunaan ‘Allah’ hanya untuk muslim sahaja? Terima kasih.
Saya cdangkan di dalam perhimpunan aman dalam masa terdekat ini, setiap peserta digalakkan membawa satu cekra padat, tak kiralah yang kosong atau ada kandungan dalamnya, apa bentuk kandungannya, sebagai tema utama perhimpunan. Kita mahu lihat apakah tindakan akan dibuat oleh pihak polis. Kalau mereka menahan beberapa orang saja, maka kita tahulah cara macam ini adaalah tindakan membuli bukanya untuk menurut undang-undang. Satu tektik yang harus dicuba.
Apa yang penting dalam menangani isu PTPTN di sini pada tanggapan saya ialah walau bagaimana rapi dan teliti pun perancangan strategik PKR dibahaskan dalam blog Dato’ Seri ini, ia akan hanya di’ciplak’, “copyright” dan dicuri “IPR” oleh setiap komponen BN untuk dijadikan sebagai Dasar Pendidikan mereka kot?
Pokok pangkalnya PKR, khususnya, dan BA, amnya, harus mendapat sokongan jitu dan padu dari Generasi Muda Remaja, Belia Waja di seluruh gagasan negara dan juga warga pelajar di seberang laut untuk memberikan undi mutlak mereka kepada ‘DSAI Inc.’!
Saya baru sahaja terbaca dalam blog Barack Obama di Amerika Syarikat tentang kemenangan sulung dan unggulnya di Iowa. Berdiri bulu romaku kerana lima tahun dulu setelah pemimpin muda kulit berwarna Amerika ini dilantik menjadi seorang senator dan telah diberi peluang untuk berpidato dalam Konvesyen Demokrat, saya amat kagum dengan kaliber dan karisma Barack Obama! Betapa untungnya PKR jika ada seorang Pemuda PKR akan dapat menandingi atau lebik baik lagi mengatasi keistimewaanya…
Salam Dato’ Seri…
SY SOKONG 100% PEMANSUHAN CAJ 3% DAN PENUKARAN STATUS BIASISWA KEPADA PELAJAR CEMERLANG!!!!!
Semoga ia menjadi kenyataan..Amin..
Syukran Datuk Seri kerana beri perhatian atas isu ini,
Sebelum saya pergi lebih jauh dapat kiranya Datuk Seri terangkan dengan lebih lanjut dengan paragraph di bawah:
“Kedua peminjam lama PTPTN akan dikutip sebahagian pinjaman setelah sah bekerja tetap selama tiga bulan.”
Saya lihat ramai yang masih kabur dengan kenyataan Datuk Seri di atas. Untuk memastikan isu ini menggugah dan sampai ke akar umbi, saya mencadangkan AMK menjadikan isu ini sebagai isu pokok AMK bagi penerangan semasa kempen pilihan raya nanti. Sdr Shamsul Iskandar boleh mengetuai isu ini dengan menubuhkan jawantankuasa bertindak bagi mewar warkan pendirian BA ini ke seluruh universiti dan para peminjam. Usaha perlu dilakukan dengan serius bagi mendesak kerajaan dan PTPTN menimbangkan pendirian BA.
Terima Kasih Datuk Seri!
Saya hairan dengan pimpinan keADILan Melaka. Masih ditakuk lama. Tiada langsung anjakan paradigma.
Bertelingkah sesama sendiri dan minta kalau boleh ‘brainwash’ sedikit kepala otak dia orang.
cadangan DS saya sokong penuh. cuma.. kalau boleh beri terus biasiswa menggantikan ptptn. kita hanya terbalikkan syaratnya. sesiapa yg kurang cemerlang mereka harus bayar balik 60~70% daripada jumlah biasiswa itu. sesiapa yg gagal mereka harus bayar penuh. kita tidak mahu pelajar-pelajar ini malas dan alpa jikalau biasiswa diberi kepada mereka. dan ingatan perlu diberi dari masa ke semasa tentang perjanjian ini.
Dalam komen ke-20 di atas, “PTPTN” kata pendidikan percuma adalah tak relevan. Kononnya bila percuma, orang tak belajar sungguh2. Saya fikir belajar sungguh2 ni terletak pada individu. Kanak2 atau remaja yang rajin belajar, akan tetap rajin sama ada pendidikannya percuma atau tidak. Di negara2 seperti Jerman, Sweden dan sebagainya yang mampu memberi pendidikan percuma kpd semua orang termasuk di peringkat universiti, pelajar yg rajin tetap rajin (termasuk pelajar malaysia yg belajar percuma di sana). So, tak salah pendidikan BENAR2 percuma di sekolah2. Di universiti2 pula, saya tak pasti sama ada malaysia dah mampu, so saya tak heranlah bila DSAI cuma mencadangkan biasiswa & pinjaman tanpa faedah. fair enough. better than PTPTN skrg.
Pasal university ranking — punca universiti2 kita tercorot bukan sebab pelajar lulus atau gagal. Kaedah (keseluruhan) org buat ranking universiti bukan macam cara org buat ranking sekolah daa..
PTPTN,
Ini semua adalah satu ciptaan UMNO untuk buat wang atas rakyat jika PTPTN buat untung mereka akan masukan PTPTN ke Papan kedua Bursa Malaysia. sebelum di IPO kan keroni mereka akan beli pada harga patut (bawah harga IPO) masuk equty bila dah dekat nak di IPO kan.Kerja sebegini sering dilakukan oleh MITI (kak pidah kita) yang kononnya nak tolong badan badan Bumiputra PNB,LUTH,LTAT, yayasan negeri, tetapi dalam masa yang sama mereka musukan anak beranak serta kuncu kuncu dan saudara mara mereka ini semua boleh diletakan sebagai salah guna kuasa atau CBT.UMNO bila buat sesuatu umpama ‘tunjuk tapi jari kelingkin berkait’ kalau putri dan putra umno tak faham g rujuk kat DBP.budaya UMNO amat buruk kepada rakyat sudahlah rakyat dikenakan berbagai bayaran cukai,tol, dan sebagainya bahkan nak berniaga atas rakyat pula. Bukankah pelajaran,keselamatan ,Jalan raya,hospital,jambatan dan sebagainya suatu yang wajib disedikan pada rakyat hari ini pelajaran telah diperniagakan ibarat barangan jualan sedangkan ilmu itu amat berharga tidak boleh dinilai dengan wang sama sekali.tetapi kini ilmu itu telah menjadi bahan murahan oleh UMNO, universiti telah diperkosa dan dilacurkan oleh UMNO akibat itu mutu pelajaran universiti dimalaysia telah termandul.Universiti tidak lagi melahirkan pelajar yang sempurna kebanyakan memilik sijil HIV akibat jankitan wabak UMNO didalam Universiti.ayuh rakyat kita bangunkan jiran dan kawan kawan kita dari tidur yang panjang bukan lima malam tetapi lima puluh tahun kita dibuai minpi yang menakutkan wabak UMNO ini bukan sahaja akan memusnakkan malaysia bahkan sejagat berkorbanlah kita demi genarasi yang mendatang. HIV masih boleh dikawal dengan AZT tetapi wabak jankitan UMNO tiada ubat kecuali pupuskan bangsa UMNO.
Saya inginkan pandangan dari Dato’ tentang kepincangan sistem pendidikan Malaysia ini sebenarnya mencengkam di semua peringkat dari tadika hingga ke IPT. Di peringkat sekolah sendiri ibubapa di bandar yang miskin terpaksa dibeban dengan bayaran tambahan walaupun sepatutnya bebanan ini sudah bertambah ringan selepas kerajaan UN/BN melupuskan yuran yang tak seberapa itu, tapi dilaung=laungkan seolah-olah dapat meringankan beban kewangan ibubapa. Saya rasa sebelum itu lagi sekolah dibandar-bandar sentiasa diasak oleh jerung-jerung pembekal yang berkait dengan pihak-pihak tertentu di dalam sekolah dan mereka ini cerdik ke atas kaum-kaum yang lemah dengan menyalurkan agenda mereka melalui institusi PIBG. Siapa PIBG ini? selalunya dikontrol oleh kalangan tertentu sahaja. Akhirnya ibubapa yang misikin yang tidak berani ke tengah terpaksa membawar yuran tambahan untuk seperti komputer yang pada beberapa sekolah rendah di KL melebihi RM100. Alahai, berapa yang boleh diajar kepada kanak-kanak sekolah rendah, prestasi peperikisaan bagaimana yang juga memerlukan bayaran untuk tusyen dan sebagainya. Saya marah bila di adu oleh saudara saya, tapi kadang-kandang saya fikir perangai yang ditunjuk oleh pihak-pihak tertentu di sekolah ini adalah lanjutan dari perangai persuah-perasuah lain dalam kerajaan pemerintah Malaysia sehinggakan BPR hilang ala tujuan mereka.
Salam kepada DSAI dan semua pembaca
Kita semua bertuah kerana seorang pemimpin seperti DSAI sudi meluangkan masa walau beliau sibuk tetapi sudi meluangkan masa menulis dan menjawab soalan dari pembaca biar pun tidak semua yang di tanya beliau jawab,kita kena faham tidak semua soalan dijawab oleh beliau kerana telah di terangkan sebelum ni dan ada soalan yang memang tidak boleh di jawab secara terbuka di sini.
Bukan setakad PTPTN sahaja yang perlu di selaraskan semula tetapi perkara kepentingan awam iaitu perkara asas untuk rakyat perlu dia beri perhatian seperti bekalan air,bekalan letrik,perubatan dan lain-lain lagi.Apabila kemudahan asas di swasta rakyat yang menanggung beban,kenaikan takrif bil di naikan ikut sesuka hati sahaja contoh bil letrik.Kerugian TNB disebabkan kelalain pengurusan TNB tetapi bila rugi rakyat yang kena tanggung melalui kenaikan takrif bil,setelah dinaikan TNB mengumumkan keuntungan berbillion ringgit.Sekarang kita dengar TNB telah memohon untuk menaikan takrif bil lagi disebabkan kenaikan harga minyak di pasaran dunia,pada saya satu alasan yang longgar dan mengabaikan tanggungjawab kebajikan kepada rakyat bawahan.Umum kita tahu kalau rakyat bawahan tertunggak dua bulan bil letrik akan di potong bekalannya tetapi bila kilang-kilang besar keroni politik malahan kita dengar bangunan UMNO sendiri bertahun tidak membayar bil letrik tidak di potong bekalannya.
Ringkasnya di sini perubahan yang kita mahu bukan di satu sudut sahaja tetapi keseluruhan dasar pemerintahan yang menindas rakyat oleh pemimpin rasuah dan zalim yang ada hari ini perlu ubah serta di selaraskan semula sesuai dengan dasar kerajaan membela rakyat bukan menindas rakyat.
SEMOGA KITA BERKERJA LEBIH KUAT LAGI UNTUK KEMENANGAN PILIHAN RAYA 2008
‘LAWAN TETAP LAWAN,LAWAN SAMPAI MENANG’
saya ingin bertanya berkaitan satu video yang saya jumpai di laman web, mngatakan hubungan sex antara dsai dengan seorang wanita. turut disertakan perbualan video antara dsai dan wanita tersebut. video ini sbg counter kpd dsai berkaiatan video dr chua. adakah perbualan telefon tersebut benar? jika tidak, mengapaa dr anwar tidak mengambil tindakan terhadap wanita tersebut?
Askum Dato Sri,
Please Visit Our Web TV Online TV Parlimen Johor Bahru http://tvpjb.blogspot.com
Thanks
Admin
tvpjb
Apakah pendirian dato seri mengenai isu penggunaan ‘Allah’ hanya untuk muslim sahaja? Terima kasih.
====================================================================================
Sdr, saya melihat pemimpin/ulama tidak mahu perkataan ALlah digunakan oleh agama lain, semata-mata kerana ketakutan mereka umat akan terkeliru dan selanjutnya terpengaruh terhadap ajaran lain.
Itu menggambarkan yang pemimpin/ulama tidak yakin dengan umat akan mampu bertahan terhadap serangan/dakwah pihak lain, selanjutnya, inilah natijah yang sebenarnya iaitu :”PEMIMPIN/ULAMAK (sebahagian besar) TELAH GAGAL MENDIDIK UMAT, KERANA SEMUA PERLAKUAN MEREKA TIDAK MENCERMINKAN KEAGUNGAN ISLAM”.
Seluruh negara shahadah adalah negara yang tidak menepati citarasa kebajikan, ketelusan, keadilan dan amanah. Malang sekali umat kerana yang memimpin mereka adalah orang-orang munafik (cakap tak serupa bikin).
Yang saya timbulkan ini, barangkali cerita basi, namun elok diulang-ulangi, dari segi “SEMANGAT ISLAM”, ternyata amalan Jepun lebih mendekati ajaran Islam daripada negara kita. Sekiranya Jepun “disunatkan” maka Jepunlah negara Islam terbaik di dunia.
HOBIN LAK JANG
Jika minyak masak dan minyak petrol naik harga yang pasti rakyat akan naik minyak. sebab yang diberi langsung tak masuk diakal.
Minyak Petrol
1.Malaysia adalah salah satu negara pengeluar minyak dan Gas LNG untuk dunia.
2.Untung petronas diangarkan 70 bilion.
3.Bila minyak dunia naik keuntungan Petronas juga akan naik.
4.Wang Petronas telah dibazirkan oleh UMNO, sebagai contoh Petronas terpaksa menbela serta selangara Putrajaya diangarkan diantara 300 hingga 400 juta setahun kepada Putra Jaya Holding.
Minyak Masak
1. Malaysia adalah pengeluar terbesar Minyak sawit dunia.
2. Dimalaysia hutan kedua terbesar adalah hutan sawit.
3. Kilang sawit begitu banyak dimalaysia milik syarikat peladangan milik PNB,Felda,Felcra,LUTH,milik Kerajaan Negari,Yayasan Negeri dan milik Syarikat serta milik perseorangan dimalaysia mahu pun diindonesia dan negara asian lain. PNB memiliki syarikat perladangan yang terbesar dimalaysia dan diindonesia melebihi apa yang dimiliki oleh Felda, felda sebagai contoh memiliki sinpanan (tangki) dibeberapa lokasi di dunia ini di Pakistan,India,China jika tidak silap Timur tegah dan termasuk di negara EC ini jelas minyak sawit sawit malaysia telah berada terlalu banyak di luar malaysia sehinga kurang di dalam negara.sebab lain kekurangan minyak sawit adalah syarikat tempatan lebih suka menjual minyak sawit keluar negara demi keuntungan syarikat berbanding menjual didalam negara yang mana keuntungannya amat sedikit. Bahana (1)lain adalah pembelian Sukoi MKM memelukan kontra dengan minyak sawit kepada kepada russia sebagai sebahagian perjanjian penbelian tersebut bersama menhantar angkasawan UMNO.Bahana (2) bila pihak UMNO lancarkan minyak sawit sebagai minyak Disel kononnya teknologi kita telah maju allah tidak suka bahan makanan dibazirkan selain tujuan makanan allah jadikam makanan untuk dimakan bukan dibakar rezeki kita.Bahana (3) pihak penguatkuasa UMNO telah gagal menagani isu sorok atau seludup bahan tersebut.
Nota : Berita TV 3 Suku telah melaporkan dari Persatuan penguna Fomca mencadangkan Minyak sawit diImport dari luar negara buat saya beguling ketawa, Presidennya berkata keluarkan AP untuk bawa minyak sawit maka ini satu peluang UMNO nak buat wang mereka adalah King of AP. inilah negara yang penuh mestri kerana hutan sawit hampir megatasi hutan sebenar pun kita masih nak inport minyak sawit dari luar jika AP sawit dikeluarkan ini kerja gila UMNO. kalau permit buat wang bila masa pun boleh dapat tapi bila permit perhinpunan sampai buat rayuan pun nagis mata darah pun tak pasti dapat.
Malaysia Ku yang terbilang AP,
Salam sejahtera buat semua.
sdr. usop…
Saya dan rakan-rakan telah buat laporan Polis sewaktu pilihanraya 1999 di beberapa buah balai di Wilayah Persekutuan.
Video itu diletakkan di beberapa bas stop dan di depan pintu rumah.
Dalam video itu ada berbagai segmen termasuk pebualan telefon dan juga soal siasat beberapa orang saksi yang dilakukan oleh ASP Radowan. Rakaman itu adalah dari pihak Polis dan ditokok tambah cerita-cerita lain.
Samapai la ni rasanya dah masuk tong sampah dan jadi muzium. Senyap sunyi.
Cukuplah…… Pegawai CID masa 1998 mengesahkan semua ini politik semata-mata.
Tanya sendiri TUn Madir yang masih hidup dan juga Rahim Budak kepalo kocik dari melako.
Seorang doktor Pakar Hospital Damansara mengakui…… Boss Bukit Tak aman tu pernah menyatakan keinginan mohon maaf kat DSAI setelah pencen nanti….(semasa menerima rawatan disana.)
Sudahlah…usop….. jangan ko cubo nak perangkap DSAI….!!!!!
Selayaknya menteri shaffie apdal mengundur diri saja. YB ni tak mampu bekerja. Dulu kata Super market Giant tempat yang sesuai berbelanja dan dikategorikan tempat jualan dengan harga kawalan. Apa dah jadi sekarang , hampir 75% super market diambil alih oleh Giant dan bila tempat membelibelah pilihan dah sedikit ( belum diambil alih oleh Giant )ia mula menaikkan harga. Segala-galanya tipu . Dasar penipu
Presiden fomca ni pun saya tak faham kepela hotak dia.. Dia sepatutnya protek
hak pengguna iaitu rakyat jelata.. Ini dia kata segala masaalah tentang minyak
ni adalah disebabkan oleh kerajaan bagi subsidi minyak. Abih tu bior kerajaan tak
payah bagi subsidi minyak supaya rakyat mampus itu kah yang dia maksudkan. Porah..
pembodek No.1 ..
Kuan, saya rasa lebih afdal, shaffie apdal mengundur diri itu yang lebih afdal kepada dia kerana dia telah gagal sama sekali menagani keperluan rakyat jelata.Pasarraya besar lansung tidak dikawal sehinga meranapkan sama sekali perniaga (runcit) kecil bumiputra dan bukan bumiputra.perniaga kecil dianak tirikan perniaga besar ditimang timang.Ini sikap talam dua muka UMNO keatas rakyat. Tesco adalah JV diantara syarikat Sime Darby (milik penuh PNB) yang mana demi keuntungan PNB (dibawah Yayasan Pelaburan Bumiputra) pihak UMNO akan memastikan PNB terus kaya buat untung untuk bayar kepada pelabur ASN,ASB dan seterusnya dalam masayang sama wang PNB boleh diperbagaikan oleh Peminpin UMNO untuk kepentingan keroni mereka (CBT).atas itu mereka amakan sikap ketidak perdulian mereka kepada perniaga runcit bumi dan bukan bumi mereka persetankan perniaga runcit kecil asakan mereka ada wang untuk keroni mereka.
Tutuh jang, isu Agama dan Kaum adalah mainnan UMNO setiap kali pilihanraya dinegara ini sejak 50 tahun yang lampau,jadi usahlah kita ikut rentak tari mereka, kita perkuatkan jentera kita jika kita demi malaysia yang lebih segar dan tulus demi kebaikan rakyat jelata tampa megira kaum dan agama. bumi allah ini luas tiada sempadan yang memisahkan diantara kita semua demi hidup yang lebih harmoni tampa rasa was was diantara semua kaum dimalaysia.semua rakyat lapar dan dahagakan kehidupan yang saling menhormati diantara mereka tetapi UMNO telah memaikan isu agama dan kaum demi kesinabungan kuasa mereka awas rakyat adalah penentu sebenar keatas negara mereka.
Datuk Seri Anwar,
Sudilah jika kiranya Datuk Seri menjelaskan perkara yang saudara usop (post 32) diatas. Sebelum ini saya telah memberi satu link youtube untuk rujukan Datuk Seri. tapi sayang posting saya tersebut tidak di’approve’..
saya amat terkilan dengan penyebaran video tersebut. harap Datuk Seri dapat jelaskan. jika diam, makna benar! kalau salah sila sanggah..
Sesusah-susah kita yang kebanyakan makan gaji ni rasanya boleh gak lah bertahan mengikat perut sikit lagi kalau harga barang keperluan naik. Tapi apa nasib orang-orang kampung yang mana harga barang tak naikpun susah nak makan, inikan pula kalau harganya akan naik lagi? Gamaknya tak heranlah nanti kita akan bakal disajikan lagi oleh BERSAMU TV3 dengan rakyat yang siput babi. Malaysia bolehlah katakan.
Pas tu sibuk kat TV3 news dua tiga hari ni bincang pasal isu pendidikan. Persoalan “Mampukah sistem pendidikan kita melahirkan modal insan yang berfikiran global” bla..bla..bla… Adey…! Persoalan sebenarnya apa yang saya lihat,ialah betul ke Malaysia dibawah pemerintahan kerajaan BN sekarang especially, benar-benar ikhlas mahu melahirkan modal insan yang bertaraf dunia? Apa sekarang ni kita tak de modal insan begitu?
Rasanya melambak je rakyat Malaysia yang dah mencapaipun tahap minda kelas dunia pertama. Mereka ada je, kat sekolahpun dah ada, kat IPTA pun ada kat mana-manapun ada. Tetapi orang-orang begini biasanya mereka tidak digemari oleh pihak berwajib walau di peringkat mana sekalipun mereka berada… Sebabnya kerana orang begini biasanya adalah orang-orang yang berfikir. Mereka tidak akan mudah menerima apa-apa jua tanpa membuat penilaian yang menyeluruh dan yang mana lebih menyerlah lagi akan sanggup pula menyuarakan pendapat menentang jika apa yang dilihat tidak kena. Namun, mereka sering di label anti-establishment dan kalau hentam kerajaan sikit dilabel pula anti-kerajaan. Justeru, mereka di tekan dan dikenakan berbagai tindakan dan tak kurang pula di aniaya.
So, kerajaan BN bawah imam Hadari ni, janganlah asyik gila berslogan kalau niat sebenar menyimpang. Bosanlah ! Malaysians, VOTE FOR CHANGE !
Sorry ada silap sikit kat komen awal saya :
Ayat “Gamaknya tak heranlah nanti kita akan bakal disajikan lagi oleh BERSAMU TV3 dengan rakyat yang siput babi”
patutnya tertulis:
“Gamaknya tak heranlah nanti kita akan bakal disajikan lagi oleh BERSAMU TV3 dengan rakyat yang MAKAN siput babi.
Yaa ampun…!
Bangang…. dan akai suntoq….si aku_buta_IT….!
Dah 7 tahun polis dok perap fail itu…..! Hang cuba dok ungkit….konon…!!!!
Jangan kau cuba perangkap dengan fitnah itu…!!!!
Pi tanya Rahim Noor betui tak betui…..!!!!!
Mintak kenyataan bersumpah dari Rahim Noor…!
Orang yang menabur fitnah mesti tunjukkan bukti….! Bukan mintak pengakuan orang di fitnah..!
Pi cari video 1998 dan tengoq dan dengaq kenyataan DSAI…!
Salah satu di Batu Pahat, Johor 1998.
Poooorahhh….konon buta IT… tapi rupanya orang BTN….!
Berkaitan isu PTPTN, saya tak tahu la apa sebenarnya agenda kerajaan.. suruh mintak pelajar degree buat permohonan tangguh pembayaran balik untuk pinjaman diploma..tapi caj pentadbiran masih dikenakan ketika pelajar masih dalam pengajian degree..habis tu nak bayar pakai ape? mase nk bg tawaran takde la terang btul2 pasal caj ni..student nk belajar takde duit pinjam je la..belajar tak habis lagi..kerja pon blom dapat..hutang bertambah2..blum habis blaja hutang dah sampai 22k..dah habes degree nanti tak tahu la..kalau dpt keje takpe la jugak..tapi kejenye bayar balik je la pinjaman dengan caj2 yg semakin berlambak tiap2 bulan..macam mane la nak byr balik kalau dah caj yg dikenakan semakin membebankan..sekarang ni universiti berlambak2..student ade kualiti ke? universiti berlambak macam skolah tadika la plak..suke2 je bukak..kuantiti je lebih..banyakkan universiti..bg pinjam PTPTN..kenekan caj banyak2..kerajaan dapat duit.. itu ke MISI kerajaan?bile suarakan pendapat ckp tak kenang diuntung la..ape la..kerajaan dah tolong la ape la.. kalau macam ni la..baik masuk bersamamu..tak payah belajar..pinjaman pelajaran yg membebankan..sigh!! sokong r2d2.. VOTE FOR CHANGE..!!
Ptptn_along_kjaan Reply:
November 7th, 2008 at 6:08 pm
cheh…ptptn a.k.a PTPTIPU…aku lom abis stadi lagi…dia dah tagih hutang…bayar bila dah 3bln bkerja tetap??? taik ayam…ingat semua org grenti dpt keja ttp ke immediately abis degree???…aku dulu beb, abis degree terkial2 nk cari keja yg bstatus tetap…yg temporary/contractual tu jerr…tp bila aku emel tanya kat ptptn, jgnkn nak konsider…dia hantar surat LOYAR pulak tu…nak CTOS la nak BLACKLIST la…
skang nie…bila aku dpt jer keja tetapku yg PERTAMA n immediately aku contact PTPTPU dgn niat baik nak langsaikan hutang…law dept dia pulak jwb…’dsebabkn dah kena hantar surat LOYAR…kalau nak bayar, kena bayar SEKALIGUS’…dahla dengan 3% n cas tahunan dia skali (org PTPTIPU cakap ‘admin fee’) pinjam 30k bayar balik lebih 40k…
PTPTIPU ni, function dia utk consider peminjam punya situation, disabled!
STUDEN
BUKAN AGENDA KERAJAAN TETAPI AGENDA UMNO.UMNO TELAH MENPERKOSA KERAJAAN SECARA BERGILIR GILIR KEMUDIAN MELACURKAN MEREKA, SPR ADALAH GIGOLO TUA DILACURKAN SEJAK 50 TAHUN LALU.PTPTN ADALAH PELACUR MUDA YANG DIPERSEMBAHKAN KEPADA PELAJAR MUDA.
Salam..
Datuk Seri, kenapa tidak tawarkan pendidikan percuma bagi setiap peringkat, sebagaimana Cuba? Bukankah ini lebih baik, kerana pendidikan sepatutnya percuma memandangkan kita perlukan modal insan yg ramai menjelang 2020.
Atau sekurang-kurangnya, biayai seorang anak dari setiap keluarga tanpa mengira kaum atau pendapatan untuk belajar hingga ke peringkat tertinggi dalam pelbagai bidang. Dengan ini kita tidak perlu lagi bergantung kepada tenaga profesional dari luar.
Wallahua’lam..
Kenapa pinjaman JPA salah seorang kenalan saya diluluskan permohonan untuk kurangkan bayaran balik, walhal pencapaian tak cemerlang sekadar cgpa 2.5, sedangkan saya dan rakan2 lain di IPTA yang lain yang meminjam PTPTN pencapaian jauh lebih cemerlang tidak pula diberikan pengurangan atau pinjaman tersebut dijadikan biasiswa.. saya mmg tak paham la apa dasar pendidikan sekarang..nak kata kawan saya tu org susah tak pulak..both parent kerja..berkelulusan degree..excuse atas dasar apa??
ptptn_along_kjaan Reply:
November 7th, 2008 at 6:13 pm
dasar tipu larr…tolong orang tipu orang
Sape dengar berita semalam… walaupun malaysia salah sebuah pengeluar minyak masak terbesar dunia rakyat tak seharusnya bergantung kepada subsidi kerajaan.. ceh PPPoooOOORRRrrraaaaHHhhh…UMNO..!!
Dato seri.. kami semua mahasiswa bersama anda…kami ditindas..!!
SOKONG mahasiswa..!!
UBAH SEBELUM PARAH..!! UBAH DEMI MARUAH..!!
p/s: sekarang pon dah parah dah diaorang kerjakan..
PTPTN adalah ditubuhkan atas dasar memberi pinjaman..adakah kita tidak pernah rasa yang ianya sudah cukup bernilai kepada semua peminjam khasnya pelajar ipt…rasa nya adalah keterlaluan untuk meminta ptptn sebagai biasiswa..sangat tidak relevan..
sya seorg plajar ipts in bangi..
br dpt surt dr ptptn..
terkejut tgk kos pentadbiran sya smpai rm10,000
gler ke hape..
dah lor sy pjm hampir rm32,000
nk tmbh lg rm10,000
pkit arh
Sama-samalah kita desak pengurangan caj kos pentadbiran yang menzalimi peminjam ini… sign petition berikut ramai-ramai!:
http://www.petisyen.com/petition/9/desakan_mengurangkan_caj_kos_pentadbiran_ptptn.html