Ramai rakan yang hadir di perjumpaan di Kuala Kangsar mengirim SMS dan e-mel membantah dan kecewa kerana saya gagal ke sana. Ada penganjur yang mengedarkan poster mengumumkan kehadiran saya meskipun tidak mendapat pengesahan dari pejabat saya. Semalam saya sehari suntuk di Felda Paloh, Rompin, Kuala Pilah dan Linggi di Negeri Sembilan.
Saya harap kecuaian sedemikian tidak berulang!
ANWAR IBRAHIM















kecuaian ini saya harap juga tidak berulang. kecuaian sebegini sedikit sebanyak menggangu semangat-semangat mereka yg ingin menuntut perubahan.
assalammualaikom dsai……saya orang negeri sembilan…terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian dsai seta rombongan sudi hadir ke nogori sombilan…..dsai bagaimana sambutan disana?saya tak dapat hadir kerana berada di perantauan…..ada video?
Dato Seri,
Semoga pejabat Dato Seri dapat memberi jadual khusus lawatan dengan lebih awal. Pej. Perhubungan Negeri juga harus peka tentang jadual berkenaan.
Penceramah / Penal berstatus Heavyweight jangan ikut ekor pemimpin sahaja. Adakalanya mereka ini terpaksa dipisahkan dan membantu sekiranya keadaan sepeti di atas berlaku.
Adakalanya ada penceramah pandai cakap, tak tahu buat kerja.
Masalah lain pula ada penceramah pandai buat kerja, tak tahu nak cakap.
Untuk makluman Datuk Sri, Daerah Kuala Kangsar terdapat 3 kerusi parlimen iaitu Kuala Kangsar, Sg Siput dan Lenggong kesemuanya adalah menteri kebinet ditambah dengan seorang exco kanan bagi DUN Manong. Lebih istimewa lagi datuk Ong Ka Ting juga lahir dan dewasa di daerah ini(Kg baru Lenggong ibu/bapanya masih tinggal disini). Terdapat juga sebuah kem bina negara(pusat latihan pemurnian akidah MAZHAD umno) yang terletak di hutan lipur ulu kenas. Walaupun terdapat MCKK yang melahir ramai intelektual namun tahap celik politik orang kuala masih rendah. Ini kerana mantan pelajar MCKK gagal memasyarakatkan tuntutan-tuntutan ilmu yang dipelajari untuk orang kuale. Oleh yang demikian rangka kerja bagi kawasan sebegini memerlukan penelitian kusus.
Kadang-kadang penganjur sengaja menyenaraikan nama DSA utk menarik kehadiran ramai.Sedangkan mereka tahu,DS tidak di maklumkan atau memang sudah ada progrem lain dan tidak dapat bersama.
Saya harap DS dapat juga mengingatkan rakan-rakan kita yang nampaknya terlalu ghairah dengan ‘demam Anwar’ ini. Program ini bukanlah program Keadilan. Kita dari Keadilan sekitar K.Kangsar, Sg. Siput dan Padang Rengas pun tak tahu apa-apa.
Selama ini, hubungan kita dengan polis K. Kangsar cukup baik. Tak ada ceramah yang dibatalkan. Terima kasih kepada OCPD Kuala Kangsar. Tapi dalam hal ini, ada orang yang cuba mengambil kesempatan. Dalam permit, bubuh nama orang lain, tapi kat poster, nama orang lain.
Walaupun banyak yang menghentam polis, terutamanya OCPD Zakaria, kerana membatalkan ceramah, tapi dalam hal ini saya sokong polis. Ini bukan salah polis tapi salah kita.
Lain kali jangan buat kerja macam ni.
Datuk Seri,
Pandangan Tun Daim bahawa BN rapuh di tiga buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor perlu di ambil perhatian. Pada hemat saya , memang benar hasil daripada perbincangan saya dengan pimpinan masyarakat akar umbi, negeri-negeri ini ialah lubuk baik barisan BA untuk mencapai lebih banyak kerusi dalam pilihanraya 2008. Memandangkan barisan BA mungkin tidak mempunyai dana pilihanraya yang bayak seperti BN, maka lebih strategik jentera keadilan ditumpukan di tiga-tiga buah negeri ini.
Pulau PInang ialah kubu kuat keadilan Datuk Seri dari PP dan PP banyak isu rakyat yang masih belum diselesaikan, maka elok benar PP diisythihatkan sebagai the bastion of keadilan. Selangor negeri dimana profesional melayu bermastautin yang saya yakin , mereka ini cerdik dan berfikiran lebih global dan nampak perjuangan BA akan swing dalam pilihanraya akan dtg dengan menyokong BA dan tentunya Kedah…ingat BALING yang masih belum berubah secara nyata semenjak demonstarsi BALING yang Datuk Seri ketuai suatu ketika dahulu.
Dengan jentera yang terhad dana kewangan yang mengekang maka harus dan perlu Datuk Seri menumpukan jentera kita di ketiga-tiga buah negeri amat malang jika keadilan gagal menambah kerusi di tiga buah negeri ini. Maka jika gagal , saya menjangkakan keadilan selepas ini akan melalui jalan sukar dan cahaya yang diharaokan akan sirna.
Selamat Maju Jaya!
Assalamualaikum.
Saya agak terkilan dan sangat berasa kerugian atas kecuaian yang berlaku. Namun saya tetap menganggap perkara yang berlaku adalah kerana manusia tidak lepas dari kesilapan. Justeru, Dato’ perlu memperhebat promosi-promosi di seluruh ceruk di Malaysia!
p/s: Saya dari Jerantut, Pahang dan berterima kasih atas lawatan Dato’ tempoh hari dalam bulan Ogos tak silap saya. Walaupun tak dapat hadir, namun saya berasa pengaruh BN di sini masih kuat dan pemikiran rakyat (penduduk-penduduk kampung majoritinya) agak sukar diubah kerana kekurangan media dan maklumat. Kempen di sini juga perlu diambil perhatian!
Sekian.
assalammualaikom dsai..
hari ini umno telah melancarkan serangan peribadi kepada dsai melalaui laman web KPMU termasuklah menyiarkan video fitnah skandal seks dsai dengan perempuan sun**l mana!! dsai tak nak ambil tindakan?
Pembangkang nak menang PRU ????????
Saya melihat ada beberapa kriteria yang perlu ada :
1. PAS melepaskan istilah NEGARA ISLAMnya. Kena ganti misalnya seperti di Turki ; negara kebajikan dan keadilan. Kalau direnung secara mendalam bukankah itu sebenarnya inti pati Islam. Saya cadangkan satu perbincangan/seminar atau apalah namanya untuk mendalami perkara ini hendaklah diadakan di kalangan ulama PAS.
Ditambah dengan suasana sekitaran malaysia yang pelbagai etnik, budaya dan agama menggugurkan istilah NEGERA ISLAM adalah amat bijak dalam rangka strategi untuk memenangi hati pengundi kaum lain.
Percayalah, idea NEGARA ISLAM ini mungkin belum relevan dengan situasi dan kondisi (sikon) Malaysia sekarang, sementelahan pula, barat dan sekutu-sekutunya akan menjegal (menyembelih) kemunculannya.
2. Ekoran dari perkara di atas, akan dapatlah diwujudkan satu barisan pembangkang yang padu di kalangan pelbagai parti yang pelbagai etnik/budaya/agama.
3. Namakan pakatan di kalangan pembangkang ini sebagai : PEMBELA KEBAJIKAN & KEADILAN.
4. Manifesto pilihanraya tak payah muluk-muluk dengan bahasa yang memeningkan kepala orang awam. Cukup dengan mengatakan misalnya :
* Harga minyak akan diturun menjadi 1.50/liter
* Semua yuran pendidikan dari tadika hingga universiti gratis
* Semua bayaran tol dimansuhkan (kerajaan mengambil alih semua syarikat pemegang konsesi.
* Akta-akta ISA/AUKU dan semua akta yang sewarna dengannya dimansuhkan.
* Polis/kehakiman/bpr dan lain-lain badan yang sepertinya akan diletak dibawah satu suruhanjaya bebas.
* Pulangkan semua pekerja asing secara berperingkat mengikut tempoh permit.
* Orang politik tidak akan mencampuri urusan pentadbiran, pendidikan, mahkamah dan sebagainya.
5. Semua manifesto diatas akan berkuat kuasa serta merta sebaik PEMBELA KEBAJIKAN & KEADILAN membentuk kerajaan.
6. Kalau semua PEMBELA KEBAJIKAN DAN KEADILAN bersetuju melaksanakan perkara seperti di atas saya hampir pasti (takut mendahului Tuhan), BN akan tumbang.
Saya lontar ini untuk bahan perbincangan.
TUTUH JANG SAMPAI MONANG
perancangan yg rapi penting,cmfrm dengan tepat baru boleh memasukkn nama dato seri dalam perancangan….hati2 kalau membuat program,takut org lain akn mengambil kesempatan di atas kesilapan teknikal yg terjadi..,,,umno menunggu kita mmebuat silap
Saya ingin membetulkan sikit komen yang diberikan oleh Sdr. Nizam
Daerah Kuala Kangsar mengandungi 3 kawasan Parlimen. Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput. Bukan Lenggong. Lenggong terletak dalam daerah Hulu Perak.
Ong Ka Ting lahir diKota Tampan, bukan Kg. Baru Lenggong. Kota Tampan terletak dalam kawasan Lenggong, dalam daerah Hulu Perak, bukan Kuala Kangsar.
Dan tak boleh jugak nak salahkan MCKK diatas kecetekan orang Kuala, sebab MCKK bukanlah untuk anak Kuala, tetapi pelajar-pelajar terpilih dari seluruh negara. Bila habis belajar, depa ni bukan duduk kat Kuala.
Saya juga menyokong beberapa pandangan saudara TUTUH JANG. Terutama dalam hal kebajikan rakyat.
Saya ada juga beberapa pandangan yang ingin saya sampaikan kepada pihak DS. diantaranya:
1. Saya harap ada simbol atau “panji-panji” Barisan Alternatif dicipta. Kita ingin tunjuk pada rakyat kita bukan parti PAS,KEADILAN,DAP atau sebagainya tetapi kita ingin dikenali sebagai parti BA. Ini kerana ada dikalangan rakyat bila lihat sahaja bendera PAS, rakyat akan digambarkan dengan watak-watak ulamak, negara Islamnya dan kemunduran pentadbiran di Kelantan. Apabila lihat pula bendera KEADILAN, rakyat akan digambarkan dengan sikap pro yahudi,amerika,hindu dan cina serta salah laku DS sendiri. Bendera DAP pula menggambarkan DAP persis parti PAP di Singapura dan kelantangan mereka menetang penubuhan negara islam.
Gambaran-gambaran sebegini yang selalu terpancul difikiran rakyat kerana fitnah dan propaganda UMNO@BN selama 50 tahun yg disebarkan melalui media-media konkongan mereka. Walaupun berbagai-bagai penerangan dan penjelasan telah diadakan oleh PAS,KEADILAN dan DAP tetapi penerimaan rakyat masih belum bersikap menyeluruh terutama dikalangan ahli-ahli UMNO,MIC dan MCA. Untuk menyelesaikan masalah-masalah sebegini antaranya saya beranggapan bendera BA perlu direka dan dikibarkan di seluruh negara. Bendera BA dapat menggambarkan satu wadah perjuangan pembela rakyat, penentang rasuah dan pemacu ekonomi baru pada rakyat. Kita ingin tunjukkan pada rakyat kita sudah betul-betul bersedia dengan jentera kerajaan yang baru yang mampu menggantikan kerajaan sedia ada.
2. Saya melihat BA berpotensi untuk menawan beberapa negeri antaranya KELANTAN,TERENGGANU,KEDAH,PULAU PINANG,SABAH,SELANGOR dan WILAYAH PERSEKUTUAN. Ada baiknya DS beri tumpuan lebih penuh tidak kira tenaga,wang dan masa kepada ketujuh-tujuh negeri ini. Bagi saya penjelasan pidato yg keluar dari mulut DS itu sendiri lebih berkesan kepada rakyat berbanding penceramah-penceramah lain. Insyaalah kita akan dapat membentuk kerajaan pusat yang baru tetapi saya juga tidak boleh menolak andaian bahawa kita masih belum mampu menewaskan BN dalam PRU-12. Andaikata Allah masih belum memberi kemenangan kepada kita dalam PRU-12 ini, saya amat berharap sekurang-kurangnya ketujuh-tujuh negeri ini berada dalam pentadbiran kerajaan BA. Ini kerana mudah bagi kita untuk menumbangkan BN dalam PRU ke-13 nanti. Tetapi jika kia ditakdirkan kalah dalam PRU kali ini dan ditambah pula tanpa ada 6 atau 7 negeri yang dapat kita tawan, amat sukar untuk kita terus survive dalam PRU-13. Beri tumpuan lebih pada ketujuh-tujuh negeri ini disamping usaha juga perlu diteruskan untuk menawan beberapa kawasan parlimen di negeri-negeri lain.
ALLAHUAKBAR!! LAWAN TETAP LAWAN!
Saya lihat serangan peribadi ke atas pemimpin BA sudah bermula melalui TV3, Tok Jib pun dah nampak melolong2 pertahan BN.. kesilapan Dato’ Khalid di Ijok ditayang lagi.. saya kira tarikh pilihanraya semakin hampir.. Indeks pasaran saham pun semakin ditampung-tampung menaik dalam dagangan nipis.. hmmm semakin nampak pengaruh dan mainan politik dimana-mana..
Si Dolah Penaik pulak entah kemana dah.. semenjak berumah dengan janda Mat Salleh nampak semakin lesu.. sekali sekala tersedar, terkejut dari buaian mimpi.. bangkit marah-marah.. macam orang tua dulu-dulu marah kat anak cucu buat bising.. mengganggu tidur.. semakin mengamuk semakin pulak yang berani.. baik dari kalangan rakyat yg tak putus-putus buat demonstrasi, pemimpin dalam BN pulak bodoh sombong, bergaduh la.. buat kenyataan perkara-perkara dalam kelambu la.. sehingga si Zahid Komidi cakap.. perkara dalam kelambu dah ke halaman rumah.. hehehehe.. Dolah Penaik balas kepada rakyat tuntut hak demokrasi dengan DemoKerasi.. ISA ada, saman ada.. ketua polis negara dan peguam negara terpaksa jadi kuda.. kepada pemimpin BN yang celupar lawan ketua , Dolah serah kepada Najib.. dengan kelam kabut begini.. agak2 berani ke depa nak umum pilihanraya?
Lantak la korang seme wahai pemimpin BN.. masing-masing dah panas-panas punggung.. sesiapa yang jadi wakil rakyat bisu tak mencaci mencacai.. belum tentu di calon semula.. sesiapa yang terlebih melolong pun akan ada yang ditendang Dollah Penaik ( atas nasihat Si Khairi Pontianak Sundal Malam.. hehehe).. namun yang penting..
Paluan canang dari gerakan Alternatif, kena serasi dan serentak.. langkah kena sederap, arah kena sehala.. kata kena senada, hati kena sepakat.. dan yang paling penting.. strategi kena lah mantap.. jangan hanya terlebih kata, jangan pula terlebih rancang.. kerana hari perjuangan semakin hampir.. ia pasti tibaa..
Kes tercicir senarai, tersilap jemput, tersalah maklumat sebegini boleh menggugat semangat.. ia perlu di olah supaya.. cepat dibaiki dan berterusan baik.. biar hijrah jadi amalan.. selaras dengan pengaruh DSAI yang semakin menaik.. tidak heran lah kalau rakyat kecewa kerana DSAI tidak hadir.. justeru saya kira, elok saya cadangkan supaya setiap penganjur program BA sediakan pogram alternatif.. guna teknologi canggih.. kalaupun DSAI tidak dapat datang.. sediakan video dan skirn besar ucapan terkini DSAI.. amanat2 beliau.. isu-isu utama.. tayanggkannn… insyaAllah berupaya memecah benteng korupsi BN.. cetakkkkk!!!! edarkan segenap pelusuk kampungg sebagai senjata perang saraf!!!.. paling elok kalau kita boleh keluarkan satu CD yang dinamakan.. misalnya ” Amanat DSAI - Sempena Pilihanraya 12 ” kerana hari perjuangann kian rapat..
Cuma satu benda yang saya rasa.. orang kampung tidak pasti dan tidak yakin ialah.. benarkah pemimpin BN sapu harta?.. sedup wang negara?.. mana buktinya?.. sebab itu.. kalau ada pemimpin yang saggup beri keterangan yang berfakta.. kita rekod kann.. edarkannn biar mereka tengokk.. baru mereka percaya.. kalau sekadar cakap… mereka tak akan percaya.. sebagai contoh.. bagaimana si Khairi boleh jadi Billionaire.. dari mana dia sedut?.. Patric Badawi sapu wang royalti Terengganu melalui projek Monsun Cup dan sebagainya.. tentu banyak lagi.. pendek kata.. alangkah eloknya kalau setiap projek yang ditulis PROJEK KERAJAAN BARISAN NASONAL.. dibentangkan siapa yang dapat dan siapa yang berkepentingan di situ.. rakyat perlukan buktiiiiii… ayuhhhhh sahabat2 pembela bangsaku… cayo cayo cayoo (kata orang Korea)..
Selamat Tahun baru 2008, Semoga tahun 2008.. tahun perubahannn.. insyaAllah.. salam.
Dato seri,
Harap Dato Deri beri ceramah dekat seremban juga. Kami nak juga mendengar nasihat Daro Seri. Kali ini kalau PKR boleh gabung dengan PAS dan DAP serta parti pembangkang lain tentu BN boleh tumbang. Saya setuju dengan tutuh jang dengan menifesto sedemikian. Jangan ada manifesto yang memeningkan kepala rakyat. Dato Seri, saya percaya kali ini Dato Seri boleh dapat 95% undi kaum india kerana mereka sudah benci BN khususnya UMNO dan MIC.
Dato Seri silalah minta PKR punya orang kerja kuat sikit supaya Dato Seri boleh menang dan jadi PM Malaysia. selamat tahun baru 2008…..
Kepada Hanis,
aku pun ada juga tgk KPMU tu. Kalau ko baca kat situ memang ko pening. Ko tengok komen pun dah lah. Dai situ ko tahu sape2 jer yg lawat web tu. Lagi satu komen2 tu plak macam orang tak sekolah. Ko suruh sdr kita Halik Zaman komen kat situ lagi bagus. Tgk skit ape dorang bole kata. Udah ler…jgn dilayan KPMU tu.
saya ingin membalas apa yang diperkatakan oleh saudara nizam diatas, mengenai tahap kecelikan politik orang kuala kangsar…. ANDA SILAP…. jangan tengok orang kuale rendah ilmu politiknya…. cuba perhatikan undi yang lepas2….. sape yang menolong undi tu…… cakap biar berlapik… biar ada ilmu baru nak komen….