(i) bangsa sedih memberi komen:
assalamualaikum,
saya harap datuk berada dalam keadaan sihat sejahtera.
sejak akhir2 ini, kita astik mendengar tentang rasuah yang dilakukan oleh kroni2 umno. adakah mereka tidak terfikir rasuah adalah satu dosa yang besar?. tak lama lagi, kita akan mendengar tentang rasuah yang akan dilakukan oleh najib keatas pembelian kapal pelbagai guna tldm.
di sini juga saya ingin menyumbangkan idea.
yang pertama, sekiranya parti datuk ingin menang dalam pilihan raya yang akan datang, datuk perlu menetapkan cukai pendapatan dimansuhkan kepada seluruh rakyat malaysia.
yang kedua, datuk perlu menetapkan sistem pendidikan selaras kepada semua kaum. yang ketiga, menambah subsidi minyak. seperti yang kita ketahui, untung petronas sahaja lebih dari rm 70 billion setahun. ini cukup untuk membangunkan sebuah negara yang ketinggalan dari negara vietnam.
saya sebagai rakyat malaysia malu kepada negara asia yang lain kerana kita sudah jauh ketinggalan jauh dari negara asia yang lain.
saya berharap datuk dapat menggunakan idea saya ini.
assalamualaikum…………..
(2) daripada Anak Kedah:
Dato Seri Anwar, Pidato Dato Seri begitu hebat. Syabas kerana saya nampak ada sokongan kuat dari rakyat jelata di Lunas, Sungai Petani dan di Kota Sarang Semut-Alor Setar.
Saya juga berada in Kuala Ketil and Sungai Petani semalam dan dapat perluang mendengar hujah Puan Zuraida, Ketua Wanita KeADILan. Saya memang sokong syor Puan Zuraida bahawa kaum wanita kita di Malaysia sepatutya diberi kedudukan yang setaraf dengan kaum lelaki. Parti kita berjuang untuk keadilan rakyat tidak kira perbesaan gentina. Ini secucuk dengan perjuangan Parti kita dan hasrat Dato Seri Anwar Ibrahim . Kalau kebolihan dan kelayakan sama, tidak ada sebab untuk kita memberi layanan yang tidak saksama terhad kaum wanita.
Yang saya rasa tidak puashati ialah approach Puan Zuraida, pemimpin wanita kita yang saya hormati kerana dedikasi beliau terhadap perjuangan Parti kita dan semangat tinggi. Jangan keras sangat kerana bantuan dan kerjasama kaum lelaki juga kita perlukan untuk menang pilihan raya yang akan datang. Saya syorkan Puan Zuraida tukar strategi mesej yang beliau utarakan kepada rakyat apabila berucap.
Salam hormat kepada Dato Seri, Puan Zuraida dan rakan dalam Parti kita. Saya rasa kita boleh dapat sokongan kuat dari rakyat kali ini.
Daripada Dulu UMNO Kini Keadilan:
Saya setuju dengan mesej tentang ceramah Pn. Zuraida. Kita tak mahu imej Wanita Keadilan terlalu feminis dan menghilangkan imej keibuan!
Waalaikumsalam..
bangsa sedih,
Sdr mengemukakan beberapa saranan baik mengenai ekonomi. Umumnya saya setuju tetapi memansuhkan semua cukai pendapatan mungkin diganti dengan kenyataan cukai yang rendah dan tidak membebankan. Jangan bersedih selalu,tingkatkan usaha ke arah perubahan.
Buat anak kedah dan ‘dulu umno kini keadilan’,
Sdr2 menegur ketua wanita yang dianggap keras dalam ucapan dan kurang sensitif kepada perasaan lelaki. inshaAllah saya akan sampaikan kepada
beliau pandangan sdr-sdr.
ANWAR IBRAHIM















DSAI,
Ana fikir diantara cara terbaik utk melebarkan maklumat tentang isu2 besar viz Lingam, Altantuya, jenayah ekonomi dll adalah dengan mengadakan program semacam forum perdana. Dlm program tersebut panelnya terdiri dari pakar2 yang berkaliber dari BA & NGO dan formatnya dlm bentuk “Questionaire” mcm Datuk Hassan Ali biasa buat.
Jelajah ke setiap Negeri satu program satu negeri, insyaAllah ana rasa impaknya begitu significant
Tak larat nak tegur Puan Zuraida ni…… memang aggresif betuiiii….!!!!
Aku rasa Anwar pun acap kali memberi nasihat. Bahkan ramai pemimpin yang lain pun gitu.
Macam Taliban…..!!!!
Bangsa sedih,
Rasuah dan UMNO umpama atau ibarat IRAMA DAN LAGU jika dipisahkan pincanglah lagunya kata arwah Tan Sri P.Ramlee sebenarnya Tan Sri perkata kat UMNO tapi depa tak faham lagu mana depa nak faham cek ta tau la. sebab cek det (DR.M) yang mulakan dulu budaya rasuah dalam UMNO lepas tu disusuli oleh pak lah.
Assalamualaikum Pak Cik Anwar,
Ini pula pendapat pasal cukai pendapatan. Apa kata cukai pendapatan dimansuhkan untuk orang Islam tetapi setiap muslim diwajibkan bayar ZAKAT pendapatan (bagi yang cukup LAYAK).
Ini kerana, apabila rakan IM (internet marketer / perniagaan melalui internet) bertanya pada LHDN sama ada mereka kena bayar atau tidak cukai pendapatan, pegawai LHDN cakap tak layak sebab mereka ni hanya bekerja sendiri di rumah. Sedangkan kalau ikut hukum zakat, mereka dah WAJIB bayar zakat pendapatan.
Yang kedua, dalam borang LHDN (di bahagian akhir) cukai yang perlu dibayar boleh ditolak dengan zakat yang sudah dibayar. Kadang - kadang, CUKAI BERSIH YANG PATUT DIBAYAR menunjuk tanda NEGATIF. Kemudian, si pembayar itu mungkin rasa ragu - ragu sama ada dia terlebih bayar ZAKAT ke? Sedangkan zakat digunakan untuk pembanggunan ummah dan dituntut dalam ISLAM.
p/s - Nak tanya sikit, betul ka cukai ni Khanraj yang dikenakan oleh kafir Quraisy di zaman pemerintahan ISLAM?
SALAM PERJUANGAN….
BANGSA SEDIH…JANGAN BERSEDIH2 LAGI,TAHUN DEPAN ADALAH TAHUN MENUKAR KERAJAAN..BUKAN TAHUN UMNO MELAWAT LAGI DAH…TAHUN DEPAN,TAHUN MELAWAT PUSARA UMNO…DAH 50 TAHUN, DAH CUKUP TENAT..KITA KENA GANTI PEMERINTAHAN YANG TENAT DENGAN YANG LEBIH SEHAT,SEHAT JIWA DAN MINDA…AGAR SEMUA GEJALA BURUK DAPAT DIBASMIKAN…INSYAALAH.
sdr cokelat kan kerana kritik seorg wanita kita pihak lelaki merasa marah..jgn marah sdr cokelat.tak ada pemimpin wanita aggresif macam kak zu.kak zu saya harap kak zu dgn cara kak zu utk sampaikan penerangan kpd rakyat.
Saudara Anuar yang saya hormati
Saya ada beberapa cadangan untuk renungan Saudara.
Kalau benar cukai pendapatan dapat ‘reconsidered’(saya rasa sukar terus dihapus terus.Nanti susah pula kalau kerajaan tak cukup dana). kalau dapat hapus alangkah baiknya. Saya juga ada beberapa cadangan tambahan;
Juga saya sarankan barang siapa yang banyak menderma (untuk kerja-kerja amal dan membantu pelajar yang miskin umpamanya)harus diketepikan cukai untuk amount tersebut. Ini juga termasuk bagi pertubuhan ‘charity’ seperti NGO. Ini diamalkan secara luas di UK. Mana ‘non profitable organization’ tersebut juga bantuan sekian banyak peratus wang untuk sekian banyak yang dikumpulkan oleh pertubuhan tersebut.Ini harus diberikan tak kira jika badan itu prokerajaan atau yang neutral dsb
Ini akan secara tak langsung akan membantu mengurangkan beban kerajaan membantu masyarakat tertentu yang perlukan batuan khusus seperti membeli kenderaan khas orang cacat, anggota palsu dsb.Di mana bantuan bagini akan sampai kepada yang perlukannya dengan segera.Di malaysia orang kekurangan upaya jarang dapat bantuan segera kecuali melalui ahli pertubuhan politik yang sering kali ada tugas yang ‘lebih penting’ semetara orang kuarng upaya terbiar bagitu sahaja.
Juga (cabaran ni!) kalau BN dapat ditumpaskan adalah barisan alternatif ini akan menjalankan semua siasatan terbuka terhadap semua kes penyelewengan dan rasuah yang diamalakan oleh pemimpin BN sebelumnya? Termasuk kes orang mongolia yang dibunuh dengan kejamnya.?
Adakah Barisan alternatif dapat memeberi layanan saksama dan adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa?
Mengambil pekerja asing hanya bila perlu,mMelayan pekerja dan pendatang yang berkerja di Malaysia secara peri kemanusiaan dengan mengambil tindakkan terhadap majikan/ polis yang kejam? Ini sangat memburukan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Manghapuskan unsur- unsur fanatik yang memecah belahkan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama Umpamanya - insiden ada pihak yang keluarkan fakta mengenai merayakan krismas dan lain-lain perayaan oleh orang Islam itu haram?
Berbincang dengan pihak bukan Islam bila isu -isu sensitif seperti agama sebelum kelaurkan arahan/ buat keputusan? Ini termasuk tempat beribadat dan kes-kes keluar agama dsb.
mengadakan Jabatan Agama bukan Islam untuk meneliti isu-isu yang berbangkit?
Saudara boleh fikirkan ini dan kalau setuju kempenlah! Saya waktu muka masuk university pernah melihat saudara berpidato! Cukup hebat. Saya juga gembira kerana saudara kini lebih matang dan lebih realistik mengahadapi cabaran rakyat malaysia yang majmuk
Satu soalan. saya benar- benar ingin tahu rakyat malaysia di luar negara boleh undi atau tidak. Tolong siarkan jawapan ini dalam malaysia kini kerana ramai dari kami ingin buang undi.Setahu saya hanya kakitangan dan pelajar Malaysia sahaja di bolehkan buang undi.Saya pasti saudara kana dapat banyak undi dari rakyat malaysia yang berada di luar negara.
Maaf kalau ada antara perkara ini saudara pernah sentuh. Saya berada diluar negara dan tidak dapat mendengar ucapan saudara.
Terima kasih.