Tok Ayah menanyakan:
Saudara, Assalamualaikum,
What would you do to improve the country’s economy that will benefit all, regardless race and religion? How do you perceive the current job availability for us, the lower middle class? I have been unemployed, the most common in the country. Thanks.
COSSACKS menanyakan:
Your effort to unite the Malays thru “Bahasa Baku†has failed. What does it mean?“Tepuk dada tanya seleraâ€Â.
Waalaikumsalam teman-teman,
Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan Tok Ayah, sila baca semula Agenda Ekonomi Malaysia.
Cossacks masyghul dengan perlaksanaan bahasa baku yang bertujuan menyeragamkan penggunaan bahasa, dan mengangkat martabat bahasa dikalangan rakyat. semua bahasa agung dunia, Arab, Inggeris, Cina dibakukan! Kemusykilan Cossacks mengenai bahasa baku ada dijawab oleh teman-teman. matlamatnya adalah menyeragam dan memperkasa bahasa di kalangan rakyat.
ANWAR IBRAHIM









pengkaji kali ini bersetuju dengan DSAI
bahasa baku tidak sepatutnya menjadi mangsa politik negara kita.
pengkaji melihat negara kita masih lagi belum matang dari segi berpolitik.
bilamana memangkah pembangkang, segala kemudahan yang patut jadi ditiadakan. bila mana sesiapa memihak pembangkang, mana-mana idea bernas daripada mereka juga disekat atau dimansuh kepada massa.
barangkali juga disebabkan ketidakmatangan pihak pembangkang, yang pantang mana-mana dicakap pemerintah, bangkang saja kerjanya, he he he…
Reply
Tok Ayah,
Bukan susah utk menguruskan ekonomi Malaysia,kerana Malaysia adalah sebuah negara yg cukup kaya dan lengkap.Kesusahan yg kita alami sekarang adalah kerana satu faktor utama,iaitu pemerentah yg tidak amanah,segala yg mereka laku kan selalu mengutamakan kepentingan diri dan kroni.Pembaziran berlaku di mana-mana, dan penyakit rasuah cukup parah.Saya membayangkan,jika Keadilan bekuasa dan DS menjadi PM nya,dalam tempuh tidak sampai tiga tahun segala-galanya akan berubah kearah yg jauh lebih cerah.
Reply
Pagar Yang Memakan Padi=Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Setelah kami meneliti pada lambang Polis diRaja Malaysia, kami sebulat suara berpendapat bahawa Polis DiRaja Malaysia PDRM tidak sepatutnya menggunakan nama Allah SWT dan Muhammad SAW di atas lambang mereka justeru mereka bukan suatu institusi yang menegakkan hukum Allah SWT menurut Sunnah Muhammad SAW. Bahkan setiap hari sekian ramai anggota PDRM yang bekerja dengan menghina Hukum Allah SWT dan Sunnah Muhammad SAW. Mereka bukan sahaja menerima rasuah, malah ramai juga di antara mereka yang berzina dan menyimpan perempuan. Penipuan, penyelewengan, perzinaan, pelacuran, pembunuhan yang mereka lakukan di mana-mana saja dan malah sering kali keluar di akhbar pegawai polis menerima rasuah dan itu dan ini.
Mereka juga akan memukul dan membunuh sesiapa saja yang cuba menegakkan hukum Allah SWT dan Sunnah Muhammad SAW. Terdapat beberapa kes di mana rakyat dibunuh oleh PDRM (kes Memali dan banyak lagi) hanya semata-mata untuk menutup KEBENARAN, KEADILAN DAN KESAKSAMAAN rakyat dan demokrasi. Inikah kualiti, immuniti, kehormatan, kredibiliti pasukan keselamatan binatang PDRM yang dilantik oleh kerajaan menggunakan wang rakyat yang membayar cukai setiap bulan/tahun? Mereka dibayar untuk menghalang Hukum Allah SWT dan Sunnah Muhammad SAW dari ditegakkan serta mereka dibayar untuk mereka dianiayai dan ditindas oleh sepasukan binatang PDRM ini? Pada masa yang sama mereka meletakkan Nama Allah dan Muhammad di atas lambang mereka untuk mengelirukan masyarakat?
Di mana Kebenaran, Keadilan dan Kesaksamaan apa bila Kebajikan Rakyat diabaikan oleh Pemerintah yakni Kerajaan Barisan Nasional? Menurut satu prasa Latin, “Salus Populi Suprema Lexâ€Â, “The Welfare of The People is The Supreme Law†yang bermaksud “Kebajikan Rakyat adalah Undang-Undang Yang Teragungâ€Â. Bukan mengabaikan, menindas dan menzalimi Rakyat sendiri untuk kepentingan peribadi. Kebajikan terhadap rakyat sebagai Undang-undang Teragung dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana pegawai kerajaan untuk menindas dan menzalimi rakyat demi menjaga kepentingan peribadi yang cuba dilaksanakan tanpa mengambil kira sistem perundangan yang ada
.
PDRM tidak menjaga kebajikan rakyat, PDRM menindas Rakyat, PDRM menzalimi, menipu, mencuri harta benda, merampas hak, membunuh nyawa rakyat Malaysia dan rakyat bangsa asing dengan senjata yang dibeli menggunakan wang yang dibayar oleh rakyat negara ini sendiri untuk membunuh rakyat Malaysia. Adakah Pasukan Keselamatan semacam ini yang kita rakyat Malaysia perlukan? Tidak jawapannya. Kami sekalian Rakyat Malaysia tidak memerlukan kualiti anggota PDRM yang sekarang. Kami Rakyat Malaysia tidak perlu PDRM. PDRM tidak mewakili Pasukan Bersenjata Umat Islam atau Mujahideen Allah SWT yang berjihad untuk menegakkan Hukum Allah SWT dan Sunnah Muhammad SAW, menjaga iman umat Islam atau kebajikan umat Islam. Malah PDRM adalah pasukan yang menghina Hukum Allah SWT dan Sunnah Muhammad SAW, Al-Quran dan Islam.
Adalah lebih wajar dan adil jika PDRM mengeluarkan nama Allah dan Muhammad dari lambang PDRM. Sekali lagi ingin kami ingatkan bahawa PDRM bukan pasukan keselamatan yang mewakili orang Islam mempertahankan Keimanan dan Hukum-hukum Allah SWT, mereka hanya untuk menjaga kepentingan Raja-raja Melayu dan Menteri-menteri Kerajaan Malaysia yang sedang lahap menyapu bersih wang rakyat dengan projek-projek Mega mereka sahaja.
Jangan jadi bodoh bila berurusan dengan Pegawai Polis mana-mana pegawai PDRM di Malaysia ini yang taraf mereka tidak lebih dari seorang Pengawas Sekolah yang diberi senjata. Rata-rata mereka ini hanya berkelulusan SPM atau rendah darinya. Inilah KUALITI PDRM, taraf berfikir dan budaya kerja mereka macam budak-budak sekolah jahat bersenjata api .Inilah kualiti bangsa polis, satu bangsa yang tidak mahu maju walau pun pelbagai usaha telah dibuat untuk memajukan spesis ini.
Reply
Bad Reply:
May 24th, 2010 at 11:19 pm
Kamu adalah rakyat Malaysia yang paling bodoh.Jangan bermuka-muka dengan menggunakan nama Allah dan sunnah Rasul.Cuba bawa mengucap dan renungkan diri anda sekarang.Anda hidup sampai sekarang adakah bertawakal kepada Allah semata-mata? Jangan politikkan hal keselamatan dalam jiwa anda.Jadilah pengkritik yang membina dan bukannya `pemusnah’ negara. Jangan ikut budaya barat,jangan ikut telunjuk `nafsu’ kelak binasa `keturunan anda’….
Reply
Bahasa Melayu Baku sebenarnya satu platform yang baik untuk perpaduan. BUkan setakat di Malaysia malah lebih separuh asia tenggara.
Saya masih teringat satu iklan telekom brunei, pada dialog, ia menggunakan dialek tempatan, akan tetapi voice iver menggunakan baku, tiada sesiapa yang tidak faham apa yang diperkatakan.
Masalah utama malaysia ialah dialek johor riau yang terlalu kuat sehinggakan ia dianggap defacto standard.
memang lah dialek riau itu berbeza dengan baku, dan baku tidak dianggap sebagai relistik.
Akan tetapi bila difikirkan akan perpaduan, seluruh Malaysia tak kira apa dialek, boleh memahami sebutan baku dengan baik.
Jadi saya harap kepada sesiapa yang sering melaungkan “Bangsa Malaysia” sila laungkan dalam Bahasa Melayu baku, bukannya Bahasa Inggeris, Mustahil Bahasa Inggeris dijadikan bahasa perpaduan tatkala ramai orang dikampung dan estet tidak memahaminya.
Reply
Sekarang barulah terdedah apakah jenis ekonomi yang sedang didirikan oleh kerajaan BN seperti satu kenyataan yang disiarkan oleh TPM dimedia perdana mereka pada hari ini, iaitu ekonomi istana pasir, langgar sikit boleh runtuh sluruhnya. Ekonomi yang bergantung kepada minyak semata-mata rupanya tidak jauh berbeza dari eknomi di negera-negara Arab, cuma katanya kalau harga minyak diturunkan, maka bangkruflah negara. Inilah rupanya eknomi Malaysia yang dibanggakan selama ini. Beliau kata menurunkan harga minyak adalah satu perkara mustahil. Munurut sejarah manusia, melakukan perkara-perkara mustahillah yang terbukti banyak menghasilkan kemakmuran kepada manusia. Saya percaya kerajaan baru yang dibentuk selepas BN harus bersedia melakukan perkara-perkara mustahil dan kita mampu melakukannya.
Reply
Tambahan: Kalau percaya kepada teori ekonomi Datuk Najib yang tak silap mempunyai Ijazah Ekonomi, kalau sudah kurangkan harga minyak sudah boleh bangkrafkan negara, apatah lagi selepas simpanan minyak kering kontang. Bukan sebanyak simpanan minyak sahaja yang menjadi penentu ekonomi sesabuah negara, kalau simpanan minyak sebanyak lautan pacifik pun takan cukup kalau di salahgunakan. Cara berfikir manusia yang merubah ekonomi negara dengan izin Allah. Malaysia sedang menunggu kedatangan ekonomi yang lebih mantap apabila berlaku pertukaran kerajaan kelak.
Reply
assalamualaikum,
dsai, baru -baru ini saya telah berkesempatan berbal-bual dengan rakan lama pas abim dan ngo. rupa-rupanya masih ada tanggapan dan rungutan daripada kalangan sendiri bahawa kebimbangan amat wujud dan ketara di kalangan mereka kerana katanya “jangan syok sangat dengan perjuangan Anwar kerana dirasakan Anwar dibawah pengaruh Amerika lagi dan bimbang dengan kemenangan yang mungkin akan dicapai oleh Anwar nanti akan memburukkan lagi amalan kronisme dan banyak lagi “teruk” daripada “baik”…” waullahuaklam.
maknanya disini bagaimana caranya kita hendak menyakinkan kawan2 dan sahabat bahawa pertukuran daripada Umno/Bn kepada BA nanti sebenar diharapan adalah lebih baik lagi berbanding yang ada sekarang dan yang paling pentinga DSAI yang akan mengetuai kerajaan BA akan cuba melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat khasnya dan sentiasa mengutamakan golongan bawahan dan sepertimana janji melalui Agenda Ekonomi Baru yang dicanangkan oleh PKR khususnya.
sebenarnya kita dapati kempen tidak mahu mempercayai Anwar sedang berlaku dalam parti2 sahabat BA. Ini sebenarnya adalah terlalu bahaya lebih daripda musuh Umno dan Bn kerana ianya boleh meracuni kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada sebarang perubahan yang dicadangkan bila berkuasa kelak.
Harap mendapat ulasan DSAI selanjutnya. t.k
Reply
Masalah tidak cukup bekalan asas mengambarkan satu pengkhianatan sektor pembuatan ke atas ekonomi negara yang mana sektor ini kerap dicanangkan sebagai bakal menjadi tulang belakang untuk menegakkan sebuah negara bertaraf maju. Pengurusan industri sepatutnya menwujudkan produktiviti yang secukupnya untuk menampung kegunaan dalam pada setiap masa yang mampu mengekalkan satu keimbangan sosial dan hanya selepas itu sebarang kelebihan adalah untuk diekspot bukan hanya semata-mata untuk mendapatkan keuntugan yang berlempah-lempah,tapi dalam kata mengimbangkan perdagangan dengan asakan dari luar dan ini juga adalah timbul dari rasa sayangkan negara. Mereka yang melakukan ini layak ditahan di bawah ISA kerana perbuatan mereka sudah terbukti berbahaya dan boleh mengangcam keselamatan sosial dalam negara.
Reply
Tambahan- ternyata selepas 50 tahun pembinaan sebuah negara dan konstruksinya disambung oleh pemimpin yang bernama Pak Lah yang inginkan Malaysia menjulang tinggi lagi tanpa menguatkan tiang serinya, ternyata hanya satu retorik kosong yang mahu mengumpul masa secara percuma di atas anggapan bahawa rakyat biasa itu mudah diperbodohkan dan apa yang kelihatan sekarang pemerintah yang lusuh ini telah gagal membina semangat kenegaraan pada mereka yang dilayan seperti anak-anak emas seperti pengeluar komoditi-komoditi asas dan ekonomi yang dicanangkan akan mencapai taraf maju sebenarnya masih bentuk bila nak bina jalan, sekolah, tiang lampu, parit, hospital masih bergantung pada korek-sana-korek-sini dengan harapan ada jumpa lagi telaga minyak, tanam-sana-tanam sini, gembala-sedikit sana-gembala sedikit sini, baling tali kail sana-sini, ekonomi yang masih bergantung pada harapan, kehadapan sedikit dari ekonomi zaman batu, tapi pada masa yang sama membela anak-anak emas pengeluar dan pengusaha perkhidmatan yang sentiasa dibanggakan boleh meningkatkan produktiviti negara tapi seperti harapkan pagar, pagar menimpa padi. Tapi sukar juga nak meletakkan 100% kesalahan pada pengeluar, kerana dah bapaknya borek, anaknya pun rintik, nak mengajar anak ketam berjalan lurun, bapak ketam berjalan serong. Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sumber pendapatan dari sumber-sumber lama dan sekarang sumber-sumber baru yang dikatakan sumber utama yang menaikan pendapatan kasar negara lebih kaya dari negara-negara jiran, separutnya sudah mampu memberikan perkhidmatan sosial asas seperti pendidikan dan kesihatan yang tidak membebankan rakyat walaupun tidak 100% percuma. Kemanahkah perginya wang yang bertimbun-timbun yang terkumpul selama ini?
Reply
assalamualaikum….
saya kagum dengan DSAI kerana memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa baku pada suatu masa dahulu..saya ingin tahu lebih lanjut takrif, sejarah ia dilaksanakan serta fungsi bahasa baku terhadap bangsa dan tanah air..seperti yang kita dapat lihat di negara maju lain, mereka mempelajari sesuatu kepakaran dalam bahasa ibunda mereka sendiri kerana maksud dan penyampaiannya lebih berkesan dan mendalam kepada sesuatu bangsa yang betul-betul memahaminya..
Reply
Saya ingin mengetahui apakah kelebihan sebutan baku Bahasa Melayu dan apa pula keburukikannya.
Reply
assalamualaikum….
Walaupun di Singapura, bahasa inggeris digunakan sebagai bahasa rasmi perantaraan dan kemodenan, tetapi kami masyarakat melayu masih mengekalkan klasikan bahasa melayu baku di sini. Kenapa di Malaysia tidak menggunakan bahasa baku? Sedangkan di Singapura, jumlah penduduk melayu adalah MINORITI.
Reply