Hindraf: Rujuk Kenyataan Awal Saya

5 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Begitu hebat sekali asakan media milik Umno-BN ke atas saya dan pembangkang lainnya. Ruang untuk pembangkang dibisukan, dalam masa yang sama kenyataan diputarbelit untuk memuaskan nafsu pemerintah. Sudah sampai masanya media milik Umno-BN digasak!

Sila rujuk kenyataan saya sejak awal, malah sabelum perhimpunan Hindraf:

21 Nov – Benarkan Himpunan 25 November
22 Nov – Himpunan Hindraf: Tumpu Pada Kelemahan Dasar BN

Saya sokong hak mereka menyuarakan bantahan secara aman. Isu Komuniti India miskin dan terpinggir perlu ditangani bersama melayu dan lain-lain kaum.

Tetapi saya jelas, sanggahan mereka terhadap Agama Islam dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan ditolak.

Janganlah mudah kita terperangkap dengan taktik Umno dan media mereka!

P/S: Buat Betuibetuikah: Sdr tergamam dengan muslihat umno atau merujuk kepada fakta. Sdr seharusnya mencabar umno untuk mengemukakan bukti penglibatan saya dalam kes shiah atau arqam. Keputusan KDN tidak ditandatangani olih saya!

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda