Saya ke Mahkamah Tinggi KL mendengar kes saman terhadap BPR kerana salahguna kuasa mengugut untuk menyaman saya dalam kes video VK Lingam. Kes ditetapkan pada 3 Januari 2008.
Sesudah itu saya dan William Leong ke Mahkamah Klang bagi menyatakan simpati kepada Uthayakumar dan rakan-rakan yang dihadapkan ke mahkamah (Akta Hasutan). Ribuan masyarakat India berkumpul diperkarangan mahkamah.

Aneh sekali, bila pemimpin Pemuda Umno melalak, mereka terpelihara tetapi kritikan kalangan lain berakhir di mahkamah dan penjara
Masa untuk perubahan,
Reformasi!
ANWAR IBRAHIM
















