22
Nov
07

In service of the law: simplicity and greatness – Tun Suffian’s legacy by Salleh Buang.

Pengarang mencungkil dari khazanah pidato dan penghakiman Tun Suffian, bekas Ketua Hakim Negara termasuk sanggahan keras beliau terhadap badan kehakiman sekarang.

Selain itu beberapa isu perundangan seperti kes Tun Salleh, Anwar, Zainur Zakaria, Moorthy, dan Lina Joy juga disentuh.

ANWAR IBRAHIM


2 Responses to “In service of the law: simplicity and greatness – Tun Suffian’s legacy by Salleh Buang.”


  1. 1 mongolian Nov 22nd, 2007 at 9:01 pm

    Tahniah TUN Suffian, hidup biar berjasa kita bukan macam peminpin umno pegangan mereka hidup biar kaya, Saya doakan hidup TUN dilindungi allah didunia mahu pun diahirat.

    Undang Undang hutan rimba yang sedia ada telah kekal walau pun negara kaya dengan hutan batu amatlah tidak sesuai undang undang hutan di guna pakai dihutan batu dihutan batu penduduknya bukan becawat tetapi bertali leher inilah benaknya peminpin UMNO tak tahu sesuai kan diri mereka, mereka ini patut tingal dihutan rimba raya di amazon.

    Salam mesra.

    Reply

  2. 2 Din Merican Nov 23rd, 2007 at 1:27 pm

    Pengunjung blog Pak Anwar,

    Saya sudah pun membaca buku Salleh Buang bertajuk “In Service of the Law: Simplicity and Greatness”,tentang legasi Tun Suffian.

    Saya tertarik dengan komen Allahyarham Tun dalam ucapan beliau di Institut Pengurusan Malaysia pada bulan Februari, 1987 berkaitan badan eksekutif dan peranan hakim seperti berikut:

    “The Executive is not supreme. It too must abide by the Constitution and the law. If it does not and is taken to court, judges are under a duty to declare the Executive’s acts unconstitutional, illegal and void…If a judge can be subjected to government pressure, however subtle, public confidence in an essential instrument to protect the citizen and mete out justice will be destroyed. Once that happens it will take a whole generation to restore public confidence” (p.377).

    Peringatan ini dikeluarkan lebih kurang setahun sebelum Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dihina dan dipecat oleh Perdana Menteri dalam 1988. Mungkin kita rasakan bahawa Pak Anwar telah menggunakan pita Lingam untuk kepentingan politik beliau. Itu adalah anggapan yang salah. Bagi saya, tindakan yang diambil oleh Pak Anwar itu tepat, bertanggungjawab dan prihatin terhadap nasib rakyat. Kalau hakim boleh dibeli oleh seorang peguam yang bersubahat dengan tauke judi dan ahli kabinet kanan kerajaan maka kehakiman tidak ada lagi di negara kita. Itulah tujuan sebenar Pak Anwar.

    Saya harap bahawa dengan tertubuhnya Suruhanjaya Diraja yang di beri mandat yang luas, komprehensif dan dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat berkaliber serta berwibawa, proses memperbaiki dan membela nama baik badan kehakiman negara kita akan bermula.

    Reply

Leave a Reply