Suara rakyat akan kembali ke Dataran Merdeka Sabtu ini apabila puluhan ribu rakyat Malaysia akan melaksanakan hak demokratik mereka untuk berhimpun secara aman menuntut perubahan sistem pilihanraya negara.
Desakan kami kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan ini tidak diendahkan. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan institusi demokrasi di negara kita dapat berfungsi dengan baik. Maka rakyat Malaysia menuntut daripada Raja-Raja Melayu untuk memastikan kerajaan Malaysia melaksanakan amalan asas bagi pilihanraya yang telus dan adil sebagaimana dilaksanakan di demokrasi moden di seluruh dunia.
Bukti penipuan cukup jelas dan lengkap. Skandal kehakiman terbaru membabitkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz menunjukkan seluruh jentera kerajaan telah disalahgunakan untuk melindungi dan memelihara kedudukan pimpinan Umno.
Media bebas telah menerbitkan analisa yang cukup mendalam tentang kesan penipuan termasuk penggunaan pengundi hantu dan tekanan terhadap pengundi.
Seramai 40,000 undi haram telah dikenalpasti di Selangor sahaja bagi Pilihan Raya Umum 2004. Dalam 12 bulan kebelakangan ini, kami mempunyai bukti bagaimana pengundi yang dikira menyokong pembangkang dipindahkan keluar dari daerah-daerah di mana sokongan Umno lemah.
Jika Suruhanjaya Pilihanraya yakin dengan ketelusan pengurusan pilihan raya, mengapa mereka tidak membenarkan pemantau antarabangsa untuk masuk ke negara bagi memerhati dan melaporkan proses pilihan raya kita? Mengapakah tawaran kerjasama oleh badan antarabangsa dan serantau tidak diendahkan atau ditolak?
Saya mendesak pihak berkuasa untuk menghormati hak rakyat unuk berhimpun secara aman.
Saya mengalu-alukan inisiatif Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) kerana menganjurkan perhimpunan aman ini dan saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk turut serta dalam acara bersejarah ini. Rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan demokratik yang boleh dibanggakan dan kita mesti bersedia untuk berjuang mencapai matlamat tersebut.
ANWAR IBRAHIM









siswa kebanyakannya sedang hadapi minggu peperiksaan……….BAHAYA untuk hadiri perhimpunan mcm tu..masa depan ibarat telur di hujung tanduk… masa tahun1999 p[un byk siswa yg tanam anggur dek kerana di buang universiti or kolej…. klu saya or rakan2 saya d kenakan tindakan sedemikian, DSAI mampu x nak bela nasib kami….
Reply
Kenapa PON**N….. mahasiswa sekarang ini….! Memang tiada siapa nak bela kamu pun… kalau kamu PON**N.
Apapun tindakan…. adalah bertujuan untuk menyelamatkan generasi akan datang……ini juga pesan Arwah Ustaz Fazil Noor pun….
Suara-suara BIasiswa, PPTPN, Bahasa Melayu, Rasuah dll…..kalau tidak kita perbetulkan sekarang…..siapa lagi????
Memang betoi kata-kata penemuduga-penemuduga baik sektor swasta maupun kerajaan……apabila pelajar-pelajar lepasan universiti di temuduga….. Mereka semua terperanjat… rata-rata siswa ‘LOW CLASS’….’LOW STANDARD’…..’MANJA’…..’PON**N’……
Lebih dahsyat lagi SALAH SEORANG Pengarah PUTRAJAYA HOLDING….menyebut……siswa-siswa sekarang ini….PEMALAS……BERFIKIR DALAM KOTAK…..!!!!
admin: sdr cokelat, pandangan sdr dialu-alukan,cuma wajar jika tutur dijaga.
bukan semua mahasiswa lemah,ramai yang berpotensi tetapi bilangannya tidak ramai.doktrinasi kepimpinan pemerintah memang bertujuan menutup daya intelektualisme dan pemikiran kritis mahasiswa. dikekang pula dengan pinjaman pendidikan yang zalim, bukan ramai kalangan mereka yang bisa bangkit menentang secara berdepan. yang pastinya protes senyap kekal berjalan di kalangan mereka.
Reply
kepada aho_onn
saya juga siswa seperti anda, rasionalnya saya akui kebimbangan anda, kerana ini adalah hasil ugutan dan penjajahan auku terhadap kita… banyak cara kita boleh menyumbang kepada perhimpunan ini. pakai baju kuning pd hari tu, sbg tanda sokongan kita, ajak kawan2 pakai sekali. pihak uni tak leh nak kata kita sokong pembangkang or apa. kedua doakan supaya perhimpunan itu mencapai matlamatnya.. ketiga doakan agar kita diberi kekuatan and supaya jgn dibelenggu perasaan takut, terutama kepada manusia.
Reply
Usah takut dengan AUKU, jika takut pada risiko, usah bicara pasal perjuangan!…
Reply
Beberapa hari lagi peperiksaan semester, lulus atau tidak belum tentu, senior yang dah grad masih berkeliaran mencari kerja, bunyinya memang merisaukan dan saya ingin turut serta merasainya seolah-olah berada di zaman penuntut dulu, dan di sini saya juga ingin mengangkat kembali semangat aho_onn supaya lebih yakin untuk mengadapi kehidupan yang lebih mencabar, bukan setakat menghadapi periksa, juga selepas itu dan seterusnya. Ini sudah masuk kurun ke 21, manusia sudah tidak lagi boleh bergantung pada nasib. Saya ingin memberikan satu pedoman bahawa tamadun islam yang hebat dulu pun tidak didirikan atas nasib manusia. Bahkan orang Eropah semasa di asak oleh kemaraan Empayar Turki selepas kejatuhan Rom Timur melihat kekuatan bangsa Islam adalah dikukuhkan oleh kesungguhan setiap individu rakyat Sultan Sulaiman Agung seperti yang pernah di ceritakan oleh seorang orientalis dalam suratnya kepada pemilih Maharaja Rom Suci dalam tahun 1553 untuk menerangkan mengapa bangsa Turki semakin mara menjadi bangsa dominan: “setiap rakyat sultan bercaya bahawa segala kuasa berada di tangannya untuk mencari kecermerlangan hidup,sebagaimana ia menikmati kehalusan ilmu dan falasafah, sebegitulah besarnya kuasa pencipata alam, tidak kira bagaimana ia dilahirkan kedunia dan siapa yang mentadbir negara, semuanya bergantung kepada kesungguhan diri ( self-determination ), sedangkan kita ( masyarakat Eropah lama = masyarakat UMNO ) masih bergantung kepada hubungan lama untuk mendapatkan kejayaan – Inilah minda kelas pertama dan minda global yang ditunjukkan oleh masyarakat Islam.
Reply
Mohon penjelasan mengenai hak berhimpun dan berpersatuan yg telah termaktub di dalam perlembagaan? Adakah benar perhimpunan BERSIH yg diadakan mengugat keselamatan awam dan negara?
Reply