Saya kini dalam perjalanan pulang setelah berada hampir dua hari di Washington DC menghadhiri sidang mengenai Islam dan Barat di Universiti Georgetown. Beberapa sarjana terkemuka turut hadhir termasuk Profesor Syed Hussin Nasr dan John Esposito. Dari Asia hanya saya dan Prof Osman Bakar turut diundang.
Sidang ini dianggap penting kerana didukung oleh beberapa universiti utama dunia dan World Economic Forum Davos.
Beberapa isu menarik dibahaskan termasuk masalah kedangkalan ilmu di Barat dan dunia Islam, keangkuhan Amerika dan kesediaan mereka bersekongkol dengan regim authoritarian dan perasuah di dunia Islam serta kecenderungan sebahagian kecil dari umat Islam sendiri yang terbelenggu dengan kerangka pemikiran jumud.
Selain mengobrol panjang dengan John Esposito, saya banyak berbual dengan Syed Hussien Nasr. Saya terkesan sekali manakala Profesor Teologi Harvard menyebut bahawa karya Syed Hussien Nasr lebih 40 tahun lalu ‘Encounter of Man and Nature’ merupakan karya utama yang meneroka wacana mengenai manusia dan persekirannya.
Perbahasan agak mendalam mengenai faham agama samawi (Islam, Nasrani dan Yahudi) serta faham sekular liberal pelampau yang menolak sendi agama dan ketuhanan.
Wacana sedemikian melegakan, menyegarkan malah mengasyikkan, apa lagi setelah sekian lama bergelut dengan sepak terajang dan hiruk pikuk politik.
Kebelakangan ini saya menolak atau membatalkan banyak seminar ilmiah di luar negara termasuk sidang Generations Investment anjuran Al Gore di San Francisco, sidang mengenai dialog Timur Barat anjuran Club of Madrid di Mexico dan lain-lain. Tumpuan sekarang adalah politik Malaysia.
Tetapi kehadhiran saya di Georgetown penting, pertama kerana saya masih diiktiraf sebagai Visiting Fellow di universiti tersebut dan kedua, dua anak saya di sana (Nuha di Georgemason dan Ilham di Georgetown). Sempatlah menghilangkan kerinduan di musim lebaran Eidulfitr.
ANWAR IBRAHIM









one of the discernible feature of such like encounters about the West and Islam, is the recurring presence of the idea of Transcendent Unity of Religion propounded by the likes of the late Frithjof Schoun [Sheikh Nur al din Isa{?} ]and his disciples.
and that it is also being propagated in Malaysia by scholars familiar with the works of the late Frithjof Schoun, and his perennial philosophy … this is, perhaps, their answer to the multi-religions that is Malaysia …..ie. Christianity, Hindusim, Taoism etc
and Malays sometimes love, to have Christians, and Jews expertly explain their own religion ie. Islam; ……
just as they doing for their own march of history, their origins, their identity [eg. Sejarah Melayu]
and we may even add to go into space to their God and the Truth …. they can’t even authenticate a simple video conversation ….. how ironic !!!!
Reply
Dato Seri sering kali ke Amerika…saya harap Datok Seri serahkan sendiri pita Lingam itu kepada FBI. biar FBI buat announcement kat seluruh dunia kesahihan pita lingam tu. baru kerajaan BN buka mata. nak tunggu depa buat camtu…jgn haraplah. kita perlu cari inisiatif sendiri
Reply
Bila Dato’ Sri akan turun ke United Kingdom?
Reply
Tahniah kepada Dato’ Sri kerana mendapat kepercayaan sebegitu tinggi oleh pihak intelektual luar negara.
Reply
DSAI,
Laporan media tempatan melapokan harga minyak akan naik lagi jika harga minyak dunia, masih diparas sekarang ini bermakna negara akan menaikan sekali lagi harga minyak jika ini benar dan belaku maka kenaikan harga barang akan belaku lagi, keadaan ini akan memeritkan gologan kasta bawahan dinegara ini, mana perginya keuntungan petronas yang berbelion tu? dengar cerita badan badan isteri isteri (M) nak buat dinner persatuan mereka pun mohon sunbangan petronas, alahai…. pemurahnya petronas, orang ramai disuruh jangan menbazir tetapi mereka boros tak apa.
Reply
Nurul Nuha…
Hmmmm.. lama tak dengar perkembangannya, mesti semakin cantik heheheh (jgn marah ya DSAI) apa nak buat…. orang muda….
nuha tidak punya blog seperti izzah? manalah tau kalau-kalau ada gambar terbarunya
Maaf ya DSAI, pohon ampun… personaliti Nuha terlalu memikat….how perfect Allah has created her…
permisi!
Reply
Dsai,
Nanpaknya menteri JJ nak perbodohkan rakyat angkasawan kita bukan angkasawan pelancong serpeti dihebohkan ramai, sebenarnya angkasawan kita adalah angkasawan pelancong di di pakej kan sekali dengan senjata sukoi mkm 30. dia tumpang aja jika dia angkaswan kelas A dia berkebolehan pandu roket tersebut sesekurangnya jika seseorang itu begelar angkasawan dia perlu latihan sepenuhnya di NASA paling tidak 3 tahun di NASA. rusia cuma nak cukupkan syarat pembelian senjata itu sahaja. cuma kita sahaja nak gelemor.
Reply
Saya ada baca beberapa buku John Esposito, dalam buku Tokoh – kunci gerakan islam kontemporer ada memperihalkan DSAI secara khusus dalam sumbangan memajukan demokrasi. Manakala dalam buku Demokrasi di negara-negara muslim – Problem dan prospek Esposito mengemuka peranan ABIM sewaktu dibawah kepimpinan DSAI dalam menyegarkan budaya kritis terhadap pemerintah. Manaka buku Islam aktual – Jawaban atas cabaran masyarakat post-modern DSAI dinilai sebagai pemikir dan pembaharu islam.
Reply
Nampaknya saudara sekarang tersangat aktif dengan gagasan Demokrasi, HAM, dan Pluralisme setelah terkeluarnya saudara dari tim kepimpinan pemerintah. Jarang benar sekali sekarang saudara menyebut nama2 saperti al-Bana, Syed Qutub, Maududi dan sealirannya sapertimana yg gah semasa di ABIM dulu. Perjalanan perjuangan saudara saperti bersimpang siur. Saudara dilihat saperti seorang oportunis dengan mengambil pendekatan popular semasa. Pada awalnya saudara mirip ke IM, kemudian lompat ke tim pemerintah, dan kini tim oposisi dengan membawa gagasan popular semasa Demokrasi, HAM dan Pluralisme. Selepas ni mau kemana?
Reply