15
Oct
07

Amerika dan Iran

Seorang rakan menanyakan samada saya menjangka Amerika akan menyerang Iran. Saya lantas menjawab berdasarkan pertimbangan akal secara rasional bahawa ini agak mustahil. Namun saya menempelak bahawa pertimbangan rasional bukan menjadi pertimbangan Amerika khususnya pentadbiran Presiden Bush. Perhatikan saja dasar Amerika di Palestin, serangan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq.

Jadi apa kesannya nanti? Saya menyampuk, Amerika akan mengalami kesengsaraan maha perit dan umat Islam dunia dan saya yakin masyarakat manusia umumnya akan secara keras menempelak keganasan Amerika. Timur tengah akan mengalami bencana besar!

Kita mendoakan agar malapetaka seperti itu dapat dielak dan keangkuhan kuasa Amerika dibantah!

ANWAR IBRAHIM


12 Responses to “Amerika dan Iran”


  1. 1 Ahmad Mokhzani Abdullah Oct 16th, 2007 at 5:59 am

    DSAI,

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

    Saya ragu Amerika akan serang Iran, Amerika perlukan Iran (yang Parsi dan Syiah)untuk menguasai negara-negara Arab Sunni di Timur Tengah; seperti yang berlaku di Iraq kini dan sebelum ini di Afghanistan. Amerika tidak mungkin dapat kuasai Iraq tanpa bantuan puak-puak Syiah di sana.

    Sejarah Syiah sendiri bermula dengan Abdullah Ibn Saba, seorang Yahudi Yaman yang memeluk Islam untuk menghancurkannya dari dalam. Dia berjaya menarik orang-orang Arab ekstrim menjadi para pengikutnya, dan mereka ini kemudian ‘khuruj’ daripada Kumpulan Saidina Ali dan menjadi ‘Khawarij’ pada masa Perjanjian Tahkim. Setelah Ali dibunuh, mereka ‘tembusi’ Kumpulan Ali dan berpura-pura menjadi para pengikut Ali (Syiah Ali atau Syiah) hingga sekarang keturunan mereka dapat dirikan ‘Republik Islam’ Iran dan sudah berjaya menawan Iraq dan Syria, dan sedang menawan Lubnan, melalui Hizbullah.

    Nabi saw ada menyebut tentang kemunculan Dajjal di tengah-tengah Khawarij, kemungkinan merujuk kepada mereka, dan kemunculan Dajjal di Isfahan, Iran.

    Saya fikir kita perlu buat anjakan paradigma, dan nilai segala peristiwa yang berlaku dari kaca mata tauhid dan akidah yang sahih, bukan dari segi semangat Pan-Islamisme. Maksud saya, bukan semua yang mengucap dua kalimah syahadah itu saudara kita yang mesti kita pertahan bulat-bulat. Ramai yang ucap, serta menjadi Ayatollah, tetapi lebih keras daripada Amerika dalam mengkafirkan para sahabat, dan meragui kesucian Al-Quran.

    Adakah mereka ini saudara-saudara kita?

    DSAI cuba buka mata, dan lihat siapa yang bunuh umat Islam di Iraq lebih hebat daripada Amerika. Siapa kalau bukan Syiah?

    Syiah Antarabangsa ada kaitan dan hubungan baik dengan Zionisme Antarabangsa, tetapi melalui ‘taqiyyah’ (religious deceit) mereka berjaya mengelabui mata umat Islam.

    Masalah utama kita bukan Iran atau Amerika tetapi Yahudi Antarabangsa yang telah menguasai kedua-dua negara tersebut. Syiah ialah hasil perancangan Yahudi Antarabangsa untuk hancurkan Islam dari dalam, sebagaimana AIPAC (Lobi Yahudi di belakang Rumah Putih) kini menggunakan Amerika sebagai kuda tunggangan untuk kuasai dunia

    Allahu a’lam

    Reply

    Azuama Reply:

    From The Times
    April 8, 2008
    Iraq: Al-Mahdi army offers to lay down its arms

    Iraq’s largest and most dangerous militia will voluntarily disband if Shia scholars advise its leader to do so, officials said yesterday — a dramatic move that could quell much of the fighting in the war-torn country.

    Betul ka apa dia cakap? Sapa yg betul???? Huh…

    Reply

  2. 2 Alban Oct 16th, 2007 at 4:12 pm

    Terlalu banyak membaca bahan dari orientalis dan musuh Islam membawa kita mempercayai Syiah itu berasal dari Abdulla ibn Saba. Betulkah Ulama Syiah mencaci sahabat? Mmmm…. Mudah2an dibuka luas pandangan mereka2 ini untuk mendapat kebenaran.

    Kita sepatutnya lebih menjurus kepada membawa pendekatan perpaduan diantara Mazhab. Gerakan ekstrim permazhaban dan perkauman adalah alat yang dicipta oleh golongan musuh Islam untuk menghancurkan Islam.

    Mazhab Syiah Imamiyah diterima baik diperingkat Negara Arab Islam dan diamalkan disana. Saya kira kalau benar mereka ini SESAT… apalah salahnya kerajaan Arab Saudi mengharamkan mereka ini daripada mengerjakan ibadah Haji……

    Apakah kita pengikut Ahl Sunnah sudah cukup baik bilamana kebanyakan rakan-rakan negara Amerika yang Islam adalah dari kalangan Negara majoriti Ahl Sunnah?

    Baik Sunni ataupun Syiah, sekiranya mereka ini ekstrim kepada permazhaban..saya anggap mereka ini secara tidak langsung menjadi agen Yahudi yang memecah belahkan ummah.

    Wallahualam

    Reply

  3. 3 mongolian Oct 16th, 2007 at 6:40 pm

    DSAI,

    Apa yang saya lihat amerika tidak akan serang iran dalam masa terdekat ini , walau pun kepinpanan tertingi US tertekan dek pelobi yahudi, ini disebabkan buat masa ini amarika terlalu banyak masalah di serata dunia. jika mereka meneruskan juga serangan keatas iran mereka akan menhadapi cabaran paling habat bahkan merumitkan lagi pemulihan ekonomi amerika itu sendiri temasuk menjejaskan ekonomi dunia pada amnya. iran adalah pembekal utama minyak kepada seluruh dunia yang palin penting pembekalan bahan tersebut kepada russia apatah lagi ada kontara diantara iran dengan russia dalam menbangunkan pusat tenaga di iran perkaraini saling berkait dan jika iran diserang terlalu banyat pihak terjejas dan ini boleh memanaskan perang dingin antara rusia dan amerika.

    Reply

  4. 4 ijat Oct 17th, 2007 at 12:20 am

    Pada amatan saya, samada Amerika akan serang Iran atau tidak, bergantung kepada ‘pressure’ dari Rakan sekutunya, Israel dgn dibantu oleh ‘neoconservatives’ di rumah putih sendiri! Yang main peranan penting dalam hal ini di bumi Amerika sendiri ialah these neoconservatives iaitu rakyat Amerika berbangsa yahudi yang bersimpati dgn zionist cause! In fact, most American policies di Middle East dipengaruhi dan dikuasai oleh puak2 zionis di rumah putih ini!Selepas Iraq, the next target of these zionists ialah Syria dan Iran. Kita telah saksikan how they played up isu nuclear Iran yg diguna sebagai excuse untuk menyerang Iran! Tapi alhamdullilah, setakat ini, president Ahmad Nijad masih boleh bertahan dari diserang oleh puak2 ini. Libya dengan Muammar Qaddafi yg satu ketika dulu was very vocal against the zionists, dah lumpuh dikerjakan oleh puak ini dgn dibantu oleh Amerika!Sebenarnya in alot of cases berhubung dgn Middle East, Amerika menjadi kuda tunggangan Israel!

    Reply

  5. 5 Ahmad Mokhzani Abdullah Oct 17th, 2007 at 1:25 am

    Alban yang dikasihi,

    Moga-moga Allah buka fikiran saudara kepada kebenaran.

    Ramai ulama iktibar, antaranya Ibnu Taimiah mengatakan Syiah itu bermula dengan Abdullah Ibn Saba’, dan beliau sendiri memerangi mereka (Syiah) selama 10 tahun lebih, di samping jihadnya yang terkenal melawan Tartar.

    Sila ke http://www.antichrist-and-shiism.blogspot.com dan kaji sendiri dengan hati yang terbuka tentang Syiah, dan perkara-perkara yang mungkin di luar fikiran kita tentang ‘permusuhan’ Amerika dan Iran (kononnya).

    Dewasa ini orang yang mengkritik Syiah dianggap musuh dalam selimut yang cuba pecahbelahkan umat Islam, tanpa mengkaji dengan mendalam sejarah Syiah itu sendiri, pengkhianatan mereka terhadap sahabat, peranan mereka dalam Kejatuhan Baghdad dan pembunuhan beramai-ramai kaum Muslimin di Iraq.

    Kerajaan Arab Saudi sendiri boneka Amerika, mungkin sebab itu mereka terima Syiah di situ, dan kalau bukan boneka pun, Syiah masih perlu dianggap ‘Muslim’ kerana masih mengucap dua kalimah syahadah, walaupun akidah kebanyakan mereka terkeluar daripada Islam. Mereka yang masih mengucap dua kalimah syahadah perlu dibenarkan mengerjakan Haji, walaupun akidah terpesong jauh.

    Perpaduan antara mazhab hanya boleh berlaku antara mazhab-mazhab fiqh, antara masalah-masalah furu’ seperti antara mazhab Syafii dan mazhab Hanafi. Syiah berbeza dari segi akidah. Bersatu dengan mereka ibarat bersatu dengan Ahmadiah dan Bahai.

    Cukuplah saya nyatakan kalau Syiah itu sendiri telah diharamkan di tanahair kita oleh Pusat Islam dan JAKIM.

    Minta maaf kalau Saudara Alban ini Syiah atau bersimpati dengan Syiah. Mereka kerap gunakan alasan ‘perpaduan antara mazhab’ dan pada masa yang sama sebarkan fikrah mereka ke dalam masyarakat Islam, terutamanya terhadap golongan Islam yang jahil dan miskin. Kalau mereka ikhlas, akan dibenarkan sekurang-kurangnya sebuah masjid Ahlussunnah didirikan di Tehran.

    Umat Islam diserang dari luar dan dalam.

    Allahu a’lam

    Reply

  6. 6 ijat Oct 17th, 2007 at 10:14 am

    Berhubung dengan isu ini, pernahkah kita terfikir mengapa harga minyak melambung sekarang? Adakah disebabkan bekalan meruncing sehingga memaksa harga naik tinggi? Bekalan mengikut negara2 OPEC ialah ditahap tinggi tapi harga tetap naik? Siapa yang menanggung perang di Iraq? Amerika? Kosnya berbillion2, bukan murah. Ingat tak dulu perang Kuwait di mana tentera Amerika terlibat, kononya diundang? Siapa yang tanggung kos perang tersebut kalau bukan Arab saudi dan Kuwait! Kedua dua negara tersebut terpaksa berhutang selepas tu! The Iraq war is not for free. The world is paying for the cost of the war, setelah puak Amerika dan Yahudi mengkontrol telaga minyak IraQ! Selagi mereka belum recover their cost of the unholy war, selagi tu la harga minyak akan berada di tahap yang tinggi. Sebenarnya, isu di Timur Tengah ni revolves around 2 isu. Pertama, Israel’s agenda (survival) dan kedua, minyak. Untuk mencapai matalamat pertama, Israel menggunakan Amerika supaya Amerika dapat mengkontrol minyak dunia dan bekalan yg paling banyak buat masa ini, berpunca dari Timur Tengah.Amerika sebenarnya mempunyai resrves minyak yg banyak tapi, biasa lah, dgn puak zionis memain peranan, they prefer to gunakan dulu minyak dari Timur Tengah. America’s Middle East policies are largely dictated by who else, if not the zionists yg menguasai media massa utama dunia.

    Reply

  7. 7 mongolian Oct 17th, 2007 at 6:39 pm

    DSAI,
    Apa yang saya perkatakan diatas terpangpang didada akhbar KOSMO pada hari ini dimana russia dan negeri negeri didalam russia yang bersempadan dengan iran dengan jelas menentang sebarang serangan keatas iran yang mana pelaburan russia amat besar di iran bah kan bukan sahaja russia banyak lagi negara yang melabur di iran termasuk malaysia akan musnah sama sekali apatah liga russia yang pelaburannya berbilion US jika russia rugi padahnya amat berat keatas US. sejarah telah terbukti russia satu kuasa tentera yang terbesar didunia dari senjata yang tidak dapat dilihat dengan mata kimia,bailogi sehingga setinggi bagunan belas tingkat ia itu peluru perpandu antara benua yang paling digeruni bahkan senjata ini manpu menbawa berbagai bahan peledak yang dipandu oleh sistem setelit russia. rakan kuat iran ialah cina dan korea utara dua negara yang begitu berbeza pendapat dengan amerika banyak sestem senjata iran teknologinya di bawa dari negara tersebut iran sama sekali jauh berbeza dengan irak, irak umpama tong kosong sama sekali berbaza dengan iran yang mana yang punyai sekutu yang kuat dibelakangnya. jika amerika memutuskan serangan keatas iran maka itu satu perkiraan yang amat silap.seolah olah menpetaruhkan dunia kearah perang dunia ketiga.tanah babiylon ini satu tanah yang begitu bermakna pada dunia ini yang mana megeluarkan emas hitam (minyak). perlu diingat presiden iran adalah dari BANI AJAM satu bangsa yang termatub didalam kitab.perkara ini begitu diambil kira oleh peganut yahudi mereka tahu siapa BANI AJAM dari kitab mereka.

    Reply

  8. 8 mohdzuraini Oct 18th, 2007 at 1:31 am

    Jika berlaku peperangan diantara Amerika dan Iran, saya rasa ia tidak semudah menumbangkan kerajaan Sadaam sewaktu peperang di Iraq. Jika dikaji dari segi sejarah, Amerika sememangnya tahu kelemahan dan kekuatan Iraq, kerana Amerika sejak dari dahulu lagi yang membantu Iraq ketika peperangan diantara Iran-Iraq pada tahun-tahun 80an. Berlainan pula dgn Iran, dimana Russia (bekas Soviet Union) yg lebih membantu Iran ketika itu.

    Ianya lebih merumitkan, jika taktik peperangan yg sama digunakan Amerika utk menentang Iran. Dengan tiada sokongon dari Russia dan beberapa kelompok negara Timur Tengah, laluan Amerika tidak semudah dan akan menerima lebih banyak padah dari yg sekarang. Malahan, dunia kini lebih sedar akan kegagalan Amerika dan sekutu-sekutunya di Iraq dan akan lebih berwaspada utk menyokong kekerasan keatas Iran.

    Buat masa ini, Amerika hanya dapat memomok-momokkan dan menakut-nakutkan dunia (to instill fear) akan kewujudan Iran dan bahayanya jika ia dibiarkan menjadi kuasa nuklear di Timur Tengah, selepas Israel.

    Reply

  9. 9 sari Jul 30th, 2008 at 4:34 pm

    sekali pun amerika mengeluarkan amaran kepada iran tetepi adalah suatu yang amat mustahil;ini kerana walaupun amerika mempunyi kelengkapan perang yang sangat hebat dan canggih belaka..namun melihat kepada kegagalan mereka di iraq dan afghanistan,malah kos perang yang begitu tinggi sukar untuk amerika memerangi iran.
    lantas dari perkembangan kuasa nuklear iran,sedikit sebanyak mampu memeberi tekanan kepada us dan sekutunys

    Reply

  10. 10 Rizal Sep 8th, 2009 at 1:51 pm

    @Ahmad Mokhzani Abdullah:

    Untuk mendapatkan informasi yg seimbang dan obyektif perihal Syi’ah, hendaknya anda juga mengambil informasi dari sumber-sumber yg netral. Saya orang Sunni tapi cara pandang terhadap Syi’ah berbeda dengan anda karena saya tidak hanya merujuk informasi dari pihak-pihak yg berseberangan dg Syi’ah.

    Saya setuju dg Alban bahwa baik Sunni maupun Syi’ah adalah sama-sama muslim.

    Reply

  11. 11 pak pidos Dec 27th, 2009 at 9:31 am

    assalamualaikum… kalau kita nk tahu tentang iran kita perlu kaji lebih mendalam dn lebih meluas secara ilmiah. ada orang memberi pendapat iran adalah bangsa agama syiah.. syiah itu sesat.. syiah juga agen yahudi untuk membunuh umat islam sunni dari dlm. contoh umat islam di iraq. dn lebih zalim dari amareka serta yahudi. ini pendabat-pendapat dari saudara-saudara kita dari atas dn juga yg lain-lain. dn tidak kurang juga ada mempertahankn nya.
    saya orang sunni dan sya cintakn islam.saya tertanya-tanya adakah syiah sekarang sama mcm syiah dahulu? syiah dahulu masa zmn abdullah ibnu saba menganggap saidina ali sebagai nabi. tetapi telah dihapuskn oleh saidina ali sendiri sebelum beliau terbunuh. syiah sekarang pula mengaggap saidina ali sebagai wali. nabi muhammad swt sebagai rassulullah. memanag saidina ali itu wali allah. saudara-saudara sekelian boleh melihat setiap perasmian sistem senjata di iran. setiap perasmian mereka akan berselawat keatas nabi dahulu. di negara-negara islam sendiri pun tak buat mcm seperti iran termasuk malaysia. di dlm al-quran dn hadis nabi tak ada pn yg mengatakn bahawa akan datang kaum syiah sesat. yg ada tentang golongan munafik.
    iran ejen yahudi? kalau syiah iran ejen yahudi kenapa masa perang iran iraq amareka bantu segala peralatan tentera kepada sunni iraq utuk menghapuskn syiah iran yg di katakan ejen yahudi tu. sedangkan amareka itu pun ejen negara yahudi? masa perang iran-iraq ramai rakyat syiah iran mati hampir satu juta disebabkan senjata kimia milik iraq sunni yg di bekalkn oleh nagara yahudi amareka. jadi siapa kah yg ejen yahudi sebenarnya? siapa pula yg menyerang negara islam sunni kuwait kalau bukan islam sunni iraq? siapa pula yg membenarkn tentera yahudi amereka menggunakan pengkalan tentera di seluruh tanah arab kalau bukan negara arab saudi mesir, UAE , kuwait, oman, turki dan jordan yg berfahaman sunni? siapa pulak yg paling banyak membantu negara puak islam sunni palesten dari segi senjata kalau bukan puak islam syiah iran dn hizzbullah utk menentag israel.masa palestin di serang hizbullah dan iran lh bnyak membantu hamas dn palestin yg berfahaman islam sunni. masa islam sunni palestin di serang oleh yahudi, di manakah islam sunni seluruh dunia?
    kalau syiah itu sesat, kenapa allah memberi kemenangan kepada hizzbullah yg berfahaman islam syiah itu. kenapa masa perang 6 hari allah swt memberi kemenangan kepada israel bukan kemenangan pada negara-negara arab yg berfahaman sunni itu. jawapan mudah! sebab banyak pemimpin negara dari kaum sunni tidak berpegang teguh pada tali allah kecuali syiah islam iran dn hizzbullah. tetapi perlu di ingat ada juga ajaran syiah yg sesat seperti ajaran sesat fahaman sunni. itu je bezanya. syiah iran mereka nie bermazhab saidina ali. jd tak salah sebab saidina ali nie sahabat nabi. kita ikut mazhab imam shafie.
    banyak pekara nak di bukti kn tapi cukup setakat ini sajalah. muqadimah disini sebenarnya amareka yahudi tak mahu orang islam maju dn kuat. dia hendak negara-negara islam berada kebelankang dari segi kekuatan ketenteraan supaya keselamatan negara yahudi itu terjamin untuk menguasai baitulmuqqadis. jika semua negara islam seperti iran.pasti mereka akan binasa. bukan setakat itu sahaja semua negara islam akan beralih arah pada negara china , russia dn india dn juga negara-negara yg tak sehaluan dengan amareka. dan pada masa itu mereka nk menyesatkn umat islam dengan hiburan duit harta benda dunia dah tak boleh. sebab negara-negara islam dh berpegang teguh pada tali allah dn hukum-hukum allah seperti iran.
    dari segi kekuatan ketenteraan iran, saya dapat rasakn ianya hanya menunjukkan dlm 10%-30% sahaja. lagi 70% lg dlm simpanan rahsia. itu lah sebabnya israel dan amareka tak berani nak ambil tindakan ketenteraan ke atas iran kerana tidak mempunyai maklumat perisikan yang cukup untuk menyerang iran.
    wallahuaalam

    Reply

Leave a Reply




 

anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
2 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
2 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
2 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
2 hours ago
anwaribrahim: @afifbahardin Rehat?ya sempat dimahkamah saja.Kesihatan dijaga doktor peribadi dirumah #fb
2 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

October 2007
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031