10
Sep
07

Umno Peralat Polis, Rakyat Perlu Bangkit!

Ceramah di bagan serai, bersama tuan guru hj hadi awang berjalan lancar.

070909-ceramah-dsai-015.jpgTetapi tekanan polis di Wilayah Persekutuan, atas arahan pimpinan Umno agak keterlaluan. Kedua-dua ceramah di Wangsa Maju dan Batu tidak diberi permit. Majlis diteruskan dalam keadaan tertekan. Di Wangsa Maju majlis diadakan di ruang pejabat KeADILan Bahagian dengan hadhirin membanjiri kawasan kedai di bawah.

070909-ceramah-dsai-025.jpgMajlis di Batu juga terhalang. Akhirnya lori dijadikan pentas dan majlis diteruskan dalam keadaan sederhana tetapi dapat sambutan hangat. Tahniah kepada Jawatankuasa dan Aktivis parti.

Pemimpin Umno-BN tidak mampu menangkis serangan, maka halangan pasti meningkat.

070909-ceramah-dsai-026.jpgSudah tiba masa bagi elemen sedar di kalangan rakyat bangun berjuang.

ANWAR IBRAHIM


35 Responses to “Umno Peralat Polis, Rakyat Perlu Bangkit!”


  1. 1 wan pdg serai Sep 10th, 2007 at 1:44 am

    assalamualaikum dato seri,dr sekrg kita prlu menyedarkn msyrakt tntg perangai buruk umno.mereka terdesak, td d tv satu siarkn lg gmbr dato seri menari .semua tu tindkn kolot umno menyerg kaedilan dan dato seri.takkn menari pun salah…wal hal pak lah sendiri pun pernah memegang bahu michele yeoh tanpa lapit…..kita semua prlu bijak dan hati2 dgn irama org terdesak mcm umno dan barsn nasional.mgkn irama tun mahathir akn berulang kembali.hnya mereka yg tk nk pembaharuan akn percy dgn tohmahan yg dlemparkn oleh barsn nasional…..mari kita lihat sapa yg desparado…..kami d pdg serai sentiasa menggalas amanah dato seri demi rakya,agama,bgsa dan negara…wassalm…

    Reply

  2. 2 wan pdg serai Sep 10th, 2007 at 1:49 am

    rakyt perlu sedar akan perangai buruk barisn nasional….kami d pdg seria sentiasa mmegang amanah dato seri kepada kami demi menegakkn keadilan untk rakyt.

    Reply

  3. 3 reha Sep 10th, 2007 at 3:46 am

    sudah-sudahlah.

    Reply

  4. 4 sam Sep 10th, 2007 at 11:46 am

    Datuk Seri,

    Tekanan oleh BN keatas pembangkang ini membuktikan bahawa BN sudah mula gentar dan takut dengan kekuatan pembangkang, oleh sebab kuasa ditangan BN dan seluruh jentera kerajaan milik BN bukan milik rakyat maka mereka mengambil kesempatan ini menggunakan semua jentera kerajaan termasuk POLIS untuk menghalang ceramh-seramah anjuran pembangkang, perkara ini nanti akan diperhebatkan oleh BN mulai hari ini sehingga tarikh PRU 12. Datuk Seri, semua pimpinan dan jentera pembangkang MESTI mengambil langkah bagimana cara dan kaedah penyampaian maklumat pembangkang ini sampai ke peringkat akar umbi dengan selamat dan berterusan tanpa ada gangguan dari BN, masih ada cara dan kaedah tertentu disamping pihak kita MESTI meneruskan ceramah-ceramah walau apa bentuk halangan dan rintangan yang dibuat atau dilakukan oleh BN, percayalah bahawa semakin BN membuat tekanan ganas kepada pembangkang maka rakyat akan bangkit menentang pemerintah dengan sesungguhnya.

    Ayuh kita teruskan perjuangan sehingga ke titisan keringat terakhir.

    LAWAN TETAP LAWAN

    Reply

  5. 5 Pangeran Sep 10th, 2007 at 12:33 pm

    Dato Seri

    Semalam lepas menonton cerita Semerah Padi yg menegakkan hukum agama islam,RTM2 menayangkan clip Tentang politik desparado Dato Seri,sangat mendukacitakan

    Walaupun mereka bole menipu orang orang kampung dan orang bandar yg “buta” mata dan hati,mereka tak bole menipu orang yg celik akal dan hati.Mereka terpaksa selongkar arkib RTM cari clip Dato Seri berdansa dlm satu keramaian.Hai takkan Dato Seri sorang saja menarikan masa tu.Dah la tu mereka menyiarkan tersasulnya Tan Sri Khalid.Takkan Pasal isu tersasul pun rakyat nak tolak bakal pemimpin.Sememangnya rakyat yg menyokong mereka amat la…jiwa tak merdeka.

    Tetapi saya amat bangga kerana Gambar Dato Seri berjaya menembusi kaca tv RTM walaupun diAibkan sebegitu rupa.Jelas terbukti sapa yg Desparado…Dato Seri ker…atau Mereka dan keluarga mereka yg desparado.Nak sama sama lawan dlm TV,kalau lawan sorang saja dalam TV..Kera kat hutan pun bole menang…

    Ikut INDONESIA….ADIL dan SAKSAMA….INDONESIA CEMERLANG GERMILANG TERBILANG..bukan cam Malaysia CEMERLANG DOKBILANG TEMBERAAAAAAANG…

    DATO SERI comment sikit tentang clip murahan tu….

    Reply

  6. 6 kubung Sep 10th, 2007 at 1:48 pm

    assalamualaikum Dato Seri… saya pun malam tadi, kebetulan saya bukak le tv RTM pada mlm tu ada gak tgk clip tentang politik desparado Dato seri, memang nampak sgt le kerajaan dah terdesak utk mendapat sokongan rakyat..sehingga menggunakan media utk mengaibkan Dato seri, di akhir rancangan itu disiarkan clip Dato seri tgh menari….
    Bukan apa mungkin video ni akan menjadi modal pada kerajaan BN utk mengaibkan dato seri…selepas clip video dato seri menari di ijok dulu…boleh dato seri komen video tu bukan apa…bagi mereka yg tertumpu pada RTM je terutama masyarakat luar bandar mesti mudah percaya ngn fitnah2 RTM tu,

    Reply

  7. 7 Sam75 Sep 10th, 2007 at 2:45 pm

    Kalau ikutkan hati Mati, Kalau ikutkan rasa Binasa dan kalau ikutkan nafsu binasalah kita.Memang terasa membuak darah melihat phenomena ini. Namun sebagai manusia yg diberi akal, segalanya perlu ditangani secara hikmah & bijaksana.Menjadi tanggung jawab individu utk melakukan perang saraf sehingga keakar umbi. VCD-VCD ceramah, risalah2 dan apa juga media penerangan perlu disebarkan secara meluas.
    Ya..Allah Bantulah Kami. Kepada semua kepimpinan BA. Aturkanlah stategi…

    Reply

  8. 8 mat saman kati Sep 10th, 2007 at 4:59 pm

    Dari NST hari ini.

    KUALA TERENGGANU: The rioters at the Parti Keadilan Rakyat ceramah here on Saturday night caused RM1 million in damage.

    (http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/National/20070910083138/Article/index_html)

    betui ka ni ceramah Keadilan?

    Reply

  9. 9 matrempit KL Sep 10th, 2007 at 5:21 pm

    Sebagai seorang rakyat dibumi bertuah ini, saya sungguh sedih kerana masih ada lagi rakyat yang mendokong parti pemerintah.Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini seharusnya menyedarkan rakyat semua bahawa sudah tiba masanya kita menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini.Banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terutama menggunakan anggota keselamatan untuk menentukan kesinambungan politik parti pemerintah.Kita tidak menyalahkan anggota keselamatan seperti FRU dan polis kerana mereka menerima pelbagai tekanan dari pihak pemerintah.Saya ingin nyatakan kepada rakyat malaysia semua bahawa perjuangan pemimpin-pemimpin kerajaan pada hari ini bukanlah perjuangan untuk menegak agama bangsa dan negara tetapi perjuangan antara dua alam yang mereka akan tempuhi iaitu alam syurga dunia dan alam penjara sekiranya mereka tewas dalam pilihanraya nanti.Semua mereka telah menyedari sekiranya mereka tewas maka alam penjara yang akan menanti mereka.Sebab itu mereka menggunakan pelbagai cara untuk mempertahankannya.Saya percaya rakyat malaysia telah tekad dan membuat keputusan untuk menukar kerajaan sekarang ini.Kereta 15 tahun pun perlu dihapuskan inikan pula parti yang memerintah melebihi 50 tahun.Sudah tentu kerosakannya di tahap yang kritikal.Percayalah parti yang baru di beri mandat tidak akan mengsia-siakan amanah yang diberikan.Contoh yang jelas di Negeri Terengganu semasa dibawah PAS,banyak kenikmatan yang dipereolehi oleh rakyat antaranya cukai pintu dihapuskan,pemilikan tanah,penghapusan tol-tol,biasiswa dan lain-lain lagi.Selamat Berjuang Dato’ Seri..Kami semestinya dibelakang Dato’ Seri..Kami sayang negara ini

    Reply

  10. 10 pondok tanjong Sep 10th, 2007 at 5:56 pm

    boikot saja pilihanraya umum. kalau kita still bertanding..kitalah orang yg paling bodoh.

    Reply

  11. 11 cokelat Sep 10th, 2007 at 6:28 pm

    Apalagi nak ditunggu….KEMPEN BOIKOT MEDIA….!!!!!!!!!!!!!!!

    TV3, NST, UTUSAN, RTM……

    DULU BERRJAYA……KITA CUBA LAGI….!!!

    Reply

  12. 12 Mohd Ezli Mashut Sep 10th, 2007 at 7:12 pm

    PERISTIWA HITAM 9 SEPTEMBER 09 / 09 : MENTERI DALAM NEGERI DAN KETUA POLIS NEGARA (KPN) PERLU LETAK JAWATAN SEGERA !

    Mohd Ezli Bin Mashut
    ezli007@hotmail.com
    LL.B (Hons)

    Insiden ‘rusuhan polis’ dalam menyuraikan perhimpunan politik terbaru pada 9 September di Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud Terengganu membawa satu lagi episod hitam yang memberikan implikasi negatif terhadap integriti , kredibiliti dan professionalisme pasukan polis. Apakah kewajaran pihak polis pencegah rusuhan dengan menimbulkan suasana ‘huru-hara’ dalam menyuraikan perhimpunan ceramah politik yang memerlukan polis pencegah rusuhan bertindak keras dan diluar batas kemanusiaan.

    Malahan dilaporkan juga penggunaan peluru hidup dalam usaha menyuraikan perhimpunan ini perlu membawa kepada suatu siasatan rasmi dan terperinci. Alasan membela diri yang didakwa pihak polis memerlukan satu justifikasi undang-undang apakah kewajarannya pihak polis yang lengkap bersenjata perlu menggunakannya ketika berhadapan dengan rakyat Malaysia yang tidak bersenjata. Perlu diperingatkan kita baru sahaja merayakan kemerdekaan negara ke 50 dan bukan dalam suasana darurat atau menghadapi ancaman pengganas komunis.

    Adalah ditegaskan di sini setelah beberapa insiden memalukan pasukan polis seperti :

    Pembunuhan kejam warga Mongolia dengan C4 oleh UTK.

    Insiden anggota polis membelasah warga Indonesia yang merenggangkan hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Jakarta.

    Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara yang mengatakan 40 peratus anggota polis boleh disabitkan dengan dakwaan rasuah.

    Penutupan kes rasuah Ketua Polis Negara dan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang dipersoalkan sehingga kini.

    Ada lagi tetapi sekadar catatan ringkas sahaja.

    Episod hitam di atas telah mencalarkan imej negara malahan orang yang dipertanggungjawabkan menjaga pasukan polis kini dipersoalkan. Kita percaya dan yakin kepada kewibawaan pasukan polis malahan pasukan polis telah banyak menyumbang dan berkorban untuk kesejahteraan negara.

    Sebagai seorang warganegara Malaysia kita menyuarakan ketidakpuashatian kerana terdapat segelintir pemimpin parti pemerintah terus menerus mempergunakan pasukan polis untuk kepentingan politik mereka kini setelah melihat arus perubahan masyarakat semakin bertiup kencang ke arah perubahan pada pilihanraya ke -12 kelak. Malahan kita juga cukup yakin bahawa majoriti anggota pasukan polis tidak mahu dipergunakan sebagai alat untuk mengekalkan pimpinan negara yang rasuah dan zalim.

    Kita juga masih mempersoalkan fungsi sebenar pasukan cawangan khas polis atau ‘Special Branch’ dalam hal ehwal negara. Terdapat juga ‘cakap-cakap orang ramai’ bahawa di sebalik sesuatu kejadian dalam perhimpunan aman di cemari dengan tindakan provokasi oleh pasukan ini yang berpakaian orang awam dan melakukan aksi-aksi yang boleh membawa suasana aman menjadi kacau bilau.

    Malahan di akhbar juga ada memaparkan aksi gambar seorang perusuh sedang membakar jalur gemilang. Kita juga mempersoalkan ketulenan gambar ini apakah benar ianya tindakan orang awam atau agen-agen khas yang dilatih polis atau orang upahan daripada parti pemerintah untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dalam sesuatu perhimpunan aman rakyat di Malaysia yang diadakan oleh parti pembangkang. Senario ini sering berlaku ketika mana perhimpunan aman ketika era reformasi dahulu.

    Justeru itu satu rombakan besar-besaran di peringkat atasan perlu dilaksanakan segera. Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara perlu meletak jawatan segera. Satu Tribunal yang mendapat mandat terus daripada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) perlu dilakukan. Malahan yang terpenting adalah tindakan selepas ini bukan kita perlu gah dengan wujudnya suruhanjaya dan tribunal tetapi apabila tamat siasatan tiada tindakan dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu juga memohon perkenan YDPA supaya memandang isu ini sebagai insiden yang perlu perhatian khusus Majlis Raja Raja untuk mengembalikan kembali keyakinan rakyat terhadap pasukan polis. Jika ianya tidak ditangani segera ia akan menjejaskan iklim ekonomi dan pelaburan asing di Malaysia kerana ketenteraman negara dipersoalkan.

    Kenyataan Tan Sri Tun Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara yang lama berkhidmat baru-baru ini juga mengundang banyak polemik dan persoalan integriti pasukan polis. Kita menyatakan pendirian ini kerana kasihnya kita kepada pasukan polis yang majoritinya mempunyai kredibiliti yang tinggi dan mahu menyelamatkan pasukan polis daripada imej negatif kepada masyarakat.

    Di samping itu juga kita mendesak pasukan polis sempena Malaysia mencapai kemerdekaan ke-50 menunjukkan usia matang dalam menangani persoalan politik. Pasukan polis perlu bertindak adil kepada semua parti politik di Malaysia. Mereka perlu memahami kini negara di ambang pilihanraya ke-12 bila-bila masa sahaja. Justeru tindakan professionalisme pasukan polis adalah dituntut.

    Kita juga mengingatkan kepada parti pemerintah tidak perlu mengeluarkan kenyataan di media –media massa untuk melaga-lagakan pasukan polis yang taat setia kepada YDPA dengan parti pembangkang. Malahan ini semua adalah ‘taktik kotor’ biasa parti pemerintah apabila semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat ketika mana selepas pengumuman Budget 2008 sokongan kepada pemerintah semakin menurun dan merudum teruk.

    Pasukan polis adalah hak milik rakyat Malaysia keseluruhannya. Kepada pimpinan UMNO yang kian terdesak kini yang selalu mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik apabila timbulnya suasana seperti ini. Rakyat Malaysia sudah matang. Maklumat tepat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Oleh itu tidak perlu untuk membuat satu provokasi lagi antara parti pembangkang dan pasukan polis dengan menjadi batu api untuk meraih sokongan politik pada PRU-12 kelak.

    Selain itu juga kita mencadangkan dalam kes-kes seumpama ini, anggota polis adalah tidak dibenarkan untuk membawa senjata api tetapi dengan perkembangan teknologi terkini sudah ada alat-alat alternatif lain untuk mempertahankan diri seperti pistol elektrik dan lain-lain lagi. Penggunaan senjata api perlu dihadkan kepada tugas-tugas untuk memerangi penjenayah sahaja.

    Fungsi pemberian permit perhimpunan politik daripada pihak polis juga perlu dikaji kerana ianya sudah tidak lagi releven kini. Adalah lebih baik ianya dihapuskan dengan menghormati prinsip kebebasan di Malaysia. Apakah kewajarannya permit diperlukan jika program itu datangnya daripada bukan parti pemerintah tetapi jika ianya parti pemerintah tidak timbul isu ini. Inilah yang menimbulkan suasana bias dalam sistem demokrasi Malaysia.

    Akhirnya kita mengharapkan masyarakat tidak terperangkap dengan mainan kotor pihak pemerinta yang mengunakan pihak media untuk melaga-lagakan pasukan polis dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ayuh kita bangun untuk selamatkan Polis DiRaja Malaysia dan semoga Malaysia dijaga oleh PDRM yang taat setia kepada ‘ Keadilan , Keamanan dan Keberkatan.

    Reply

  13. 13 Islam harihari Sep 10th, 2007 at 7:15 pm

    Marilah kita semua mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada perdana menteri abdullah badawi kerana berkat kesungguhannya berjihad menegakkan islam hadhari akhirnya telah mencapai matlamat unggul apabila beliau telah berjaya mendapat “KEREDHAAN” daripada presiden BUSH..Semoga AMERIKA akan melimpahkan keberkatan dan kemakmuran kepada bumi Malaysia..”DENGAN IZIN BUSH”.

    Reply

  14. 14 bumilangit Sep 10th, 2007 at 7:24 pm

    segala puji bagi Allah.

    tak patut kita gentar sekarang bila musuh sudah goyang. ini mesej yang baik sebenarnya yang membuktikan yang BN benar2 takut. jika kita lipat gandakan usaha, insyaALlah perjuangan kita akan berbuahkan hasil.

    dato seri, saya ingin beri cadangan yang kita adakan ruang untuk pendokong kita mendownload artikel dalam bentuk poster agar mereka dapat tampal di kedai kopi, surau dan ofis masing-masing. saya kira blog ini amat sesuai untuk letakkan linknya. untuk permulaan, ingin saya cadangkan analisis kejadian batu buruk dari kacamata utusan , NST dan BA (tulisan adihamka) yang dapat membantu rakyat menilai antara berita, fakta dan dusta.

    jika ada idea lebih baik, silalah rakan2 utarakan

    Reply

  15. 15 bumilangit Sep 10th, 2007 at 7:26 pm

    lupaplak, rujuk nahdah.wordpress.com untuk analisis adihamka

    Reply

  16. 16 Hanief84 Sep 10th, 2007 at 8:59 pm

    Hanya untuk makluman Datuk Seri dan semua, rakaman video ceramah di Parlimen Batu sudah dimuatkan di sini:-
    http://youtube.com/profile_videos?user=iwanttofindyourvideo&p=r

    Reply

  17. 17 ala Sep 10th, 2007 at 9:12 pm

    kita tak gentar!….buat umno dan sebahagian polis yg dperalatkan…apa yg berlaku smlm membantu lagi untk meyedarkan rakyat tentang tertekannya umno skrg…TQ…

    Reply

  18. 18 mongolian Sep 10th, 2007 at 11:01 pm

    nanpaknya corak demokerasi malaysia amat jauh jalan kebelakang, iklan petronas berbunyi jalan mesti kedepan bukan kebelakang, ini yang dikatakan cakap tak serupa bikin. jika nak kekalkan kan kuasa pun biarlah bertempat. jangan salah guna kuasa bak kata orang tua tua kelak binasa.apa yang saya kaji dan lihat peten politik malaysia akan bercelaru pada masa hadapan satu pentembungan aliran budaya politik dan arus zaman yang berubah meninpa rakyat rakyat dunia sudah tidak bersempadan dengan internet, sms, TV internet,h/p dengan internet dan teknologi berubah dengan pantas yang menbuat minda rakyat semakin teruja pada peringkat awal mungkin mencabar pertinbang mereka tetapi lama kelamaan mereka akan tahu man permata dan mana kaca ini sesuatu yang tidak dapat kita halang sama ada pihak berkuasa mahu pun rakyat dunia semakin megecil teknologi megizinkan berita dan ceramah tampa permit oleh OCPD.bajet terbaru kerajaan menberi lagi ruang isentif dengan mengalakan rakyat mengunakan jalur lebar teknologi menbawa berita dengan selebarlebarnya kepada semua orang teknologi tidak megenal erti pilih kasih alhamdulilah ini semua dengan izin allah dengan ke hendaknya tiada siapa dapat menhalang walaupun majlis terting yang paling tinggi ia itu majlis tertinggi umno. perlu diingat kudrat dan iradatnya adalah hak nya. kita manusia sebagai hambanya perlu reda dengan ketentuannya.in boleh berlaku walaupun tampa permit.IT telah mematangkan rakyat malaysia lebih awal dari sepatutnya jika tiada IT munking sehinga hari ini rakyat malaysia mendegar sebelah pihak.wasalam

    Reply

  19. 19 crepe_0712 Sep 10th, 2007 at 11:10 pm

    salam perjuangan…apa yang berlaku hanya akan menyemarakan lagi kemarahan rakyat terhadap pemerintah..tindakan yang tidak berakal hanya dipengaruhi perasaan rakus yang diselaputi ketakutan yang mendalam lalu menggunakan anggota keselamatan untuk menghalang ceramah..keganasan anggota2 keselamatan menimbulkan rasa marah rakyat hingga berlaku perkara2 yg tak diingini..perkara2 sebegini tak akan berakhir disini..ini adalah pembuka ruang kemarahan rakyat yang kian membuak.. demokrasi apakah ini jika hak rakyat untuk bersuara disekat dan dihalang dengan keganasan..kenapa perlu takut berdepan dengan kenyataan dan kebenaran..hakikatnya rakyat sudah muak dengan sendiwara yang dimainkan oleh pemimpin2..rakyat kini sudah semakin sedar dengan kejelekan pemimpin2 yg rakus utk terus berkuasa.

    Reply

  20. 20 ijat Sep 10th, 2007 at 11:36 pm

    Dah diduga! Polis, sebagai ‘budak suruhan UMNO’ akan bertindak liar cuba menghentikan ceramah2 parti2 lawan atau menghuruharakan keadaan. Apa yg berlaku di Batu Buruk dan di Wilayah, ni baru permulaan! More to come! Ini bukan first time berlaku. Dulu, kini selama2nya, macam ni lah keadaannya. Ni baru masuk ‘first gear’, belum lagi ‘overdrive’. Bila masuk ‘overdrive’ kelak, jangan terperanjat macam2 insiden aneh akan berlaku. Yang aman akan jadi tak aman.Semuanya angkara siapa? Semua ni untuk mempertahankan kuasa…kuasa siapa kalau bukan UMNO! Setelah dicetuskan insiden2 spt ini, digunakan media massa untuk memburuk2kan parti2 pembangkang-kononnya ganas. Ni tektik lama yg digunakan tanpa segan silu, dulu, kini, selamanya tapi yg sedihnya, Polis diperalatkan! Pasal mencetuskan atau merekacipta sesuatu insiden, our police is good at that!Watch for more such incidents. Ketua Polis dah disambungkan kontrak 2 tahun, sekarang ni payback time! Lagi pun,….. big stakes are involved! Kalah BN/UMNO, maka terbongkar lah kelak all the shit yg melibatkan banyak pihak….termasuk IGP sendiri.

    Reply

  21. 21 Zulnizam Sep 11th, 2007 at 10:38 am

    Salam DSAI

    Rusuhan alahai Rusuahan. RUSUHAN kalau berlaku semua angkara ‘Pembangkang’! Yang baik semua BN/UMNO. Ini telah menjadi budaya politik dulu-kini-selama…(hingga hujung tahun ini saje).

    Persoalan kini? taraf hidup rakyat yang di belenggu masalah ekonomi adakah kerana ‘Pembangkang’? keperluan harian yang serba meningkat, adakah ‘Pembangkang’?

    Lihat lahh..Kakitangan Bank-bank (RHB-PUBLIC)sekarang memakai tag ‘BANK ROMPAK BONUS KAMI’, apa dah jadi dengan Bank di Malaysia sekarang yang tidak mampu membayar BONUS?

    Sehinggakan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pun meminta BONUS kepada Pak Lah?

    Inikah yang dikatakan EKONOMI MALAYSIA OK? Pihak POLIS, amanahkan tanggungjawab! Ingatlah, buat baik akan di balaskan dengan kabaikan. Buat Jahat…..azab dari tuhan akan menunggu!

    Reply

  22. 22 Yusof Sep 11th, 2007 at 12:51 pm

    Sudah terang lagi tertanya-tanya, sudah dirancang dengan mudah menuding jari. Memang ini gaya UMNO, kalau sudah gila kuasa, mempertahankan kuasa kuno dan segala saka akan melakukan dengan apa saja, kalau hendak menang bukan setakat mahu menang semuanya dan mahu memalukan musuhnya buat selama-lamanya. Siapakah yang mengawal polis, alat keselamatan negara dan perisikan kalau sebuah negara yang memijak negara lain. Di Malaysia ada negara dalam negara. UMNO menganggap mereka berada di atas sekali.

    Reply

  23. 23 thaqif Sep 11th, 2007 at 1:02 pm

    DS

    Saya bertambah yakin sekarang,bahawa dlm p.raya yg akan datang Barisan Rakyat akan memberi kejutan kepada BN seperti yg berlaku dlm p.raya 1999dahulu,malahan mungkin lebih besar dari itu.Kita teruskan gerakan dan perkemaskan jentera,insyallah kemenangan utk kita.

    Reply

  24. 24 Mohd Ezli Mashut Sep 11th, 2007 at 2:44 pm

    ANALISIS KHAS : PERISTIWA 11 SEPTEMBER 2001 dan 09 SEPTEMBER 2007 ‘

    Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut
    LL.B (Hons)
    ezli007@hotmail.com

    Hari ini 11 September 2007 genap 7 tahun peristiwa hitam 11 September 2001 yang menyaksikan runtuhnya menara kembar World Trade Centre dan serangan ke atas Pentagon. Impak peristiwa ini menjustifikasikan Amerika Syarikat untuk memusnahkan kedaulatan dua buah negara umat Islam iaitu Afghanistan dan Iraq. Malahan umat Islam di seluruh dunia juga menerima tempiasnya apa yang dikatakan sebagai peperangan memerangi keganasan. Korban angkara peristiwa mencecah angka jutaan di seluruh dunia secara sedar atau tidak.

    Namun sebenarnya peperangan ini masih terus berlangsung sehingga kini. Di Iraq dan Afghanistan saban hari kita dikejutkan dengan letupan bom yang mengorbankan ramai jiwa. Tentera Amerika Syarikat sendiri sedang menghadapi situasi kritikal tatkala angka korban terus meningkat secara mendadak setiap hari. Tuntutan rakyat Amerika supaya memanggil balik semua tenteranya semakin kuat dan lantang.

    Kini rahsia besar 911 terbongkar sedikit demi sedikit. Analisis oleh rakyat Amerika sendiri dalam laman web seperti Reopen 911.org dan beberapa warganya seperti William Rodriques dan Mark Walter dan lain-lain lagi membuktikan wujudnya kesangsian yang cukup besar dalang sebenar di sebalik peristiwa ini. Bukti-bukti yang dibawa cukup menggemparkan dan menyakinkan bahawa dalang sebenar adalah ‘Bush and Co ‘ sendiri. Pendedahan tersebut boleh diakses melalui laman web tersebut dan VCD, DVD serta buku-buku yang membuat analisis kritikal terhadap kejadian tersebut.

    Di Malaysia terbaru peristiwa 9 September 2007 cukup menggemparkan seluruh negara. Kejadian apa dikatakan sebagai rusuhan cuba untuk mengulangi impak peristiwa 911. Kita perlu membuat analisis siapa yang menjadi dalang sebenar peristiwa tersebut. Siapa yang mendapat keuntungan politik besar daripada kejadian ini dan juga siapa yang cuba dijadikan mangsa untuk menjustifikasikan peristiwa ini.

    Laporan akhbar arus parti pemerintah secara konsisten menuduh parti pembangkang mencetuskan apa yang cuba dikatakan sebagai rusuhan. Malahan individu tertentu cuba mengangkat diri untuk menonjol sebagai hero. Kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh media massa juga seolah-olah menggambarkan mereka adalah patriotik.

    Dalam kejadian tersebut apa yang cuba disensasikan adalah insiden membakar Jalur Gemilang apa yang dikatakan dilakukan oleh parti pembangkang namun analisis di sini ingin melihat sejauh mana kebenaran dakwaan ini :

    Gambar yang dipaparkan di akhbar-akhbar tidak mempunyai masa dan waktu kejadian. Justeru ia mengundang persoalan waktu sebenar ia dilakukan. Sukar dipastikan di mana dan untuk apa motif membakar bendera Jalur Gemilang ?.

    Siapa jurufoto yang mengambil gambar tersebut. Apakah dengan mudah mereka mengambil gambar dengan jarak dekat dan pada peringkat permulaan. Ianya seolah-olah satu aksi lakonan drama sahaja. Manakala suasana sekeliling seolah-olah tidak mengendahkannya. Kenapa jurufoto tersebut jika mempunyai semangat patriotik yang tinggi tidak sanggup untuk menghalang kejadian ini.?

    Dakwaan bendera UMNO dibakar. Persoalannya daripada mana bendera tersebut mudah diperolehi. Untuk apa parti pembangkang menyimpan bendera UMNO ?. Taktik ini adalah untuk memberi gambaran negatif kepada parti pembangkang. UMNO pula cuba menagih ehsan simpati masyarakat Melayu khususnya ketika mana saat hayatnya semakin nazak kini.

    Individu yang membakar bendera jalur gemilang. Individu tersebut memakai helmet. Analisisnya ianya biasa dilakukan oleh SB-SB yang akan menyertai perhimpunan aman dengan menyamar sebagai orang awam untuk melakukan aksi-aksi tertentu yang mereka sudah diberi latihan khusus untuk menjalankan sesuatu tugas. Untuk menyatakan itu adalah kerja ‘orang upahan’ untuk memburukkan parti pembangkang juga ada kebenarannya seperti mana taktik semasa era reformasi di Kuala Lumpur di mana segelintir individu membakar bendera BN ?

    Siapa yang akan beria-ia tampil di akhbar-akhbar dan media massa. Selalunya orang yang akan mengambil kesempatan ini adalah parti pemerintah yang biasa menggunakan taktik ini sama seperti peristiwa 911. ‘Pemuda Prihatin’ yang membuat laporan polis semalam apakah benar – benar patriotik tetapi dalam soal mega rasuah pimpinan atasan senyap dan sepi tanpa suara ?.

    ‘Isu membakar Jalur Gemilang’ : Isu ini sengaja ditimbulkan untuk membakar perasaan rakyat Malaysia supaya membenci parti pembangkang. Sebabnya kita baru sahaja merayakan kemerdekaan ke-50 sudah tentu jiwa rakyat Malaysia masih membara dengan semangat ini.

    Kenyataan akhbar oleh Pejuang Kemerdekaan juga terus menuduh parti pembangkang yang melakukan tanpa sebarang bukti kukuh untuk mensabitkan dakwaan tersebut. Isu ini yang dipilih untuk menyembunyi isu sebenar penggunaan peluru hidup. Perlu diperingatkan penggunaan peluru hidup hanya dilakukan oleh Rejim Zionist ketika berhadapan dengan pejuang Palestin.

    Jadi isu ini adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia. Tetapi kita mengetahui taktik ini sudah digunakan oleh Bush & Co apabila runtuhnya menara WTC untuk membakar hati rakyat Amerika untuk mereka menjustifikasikan peperangan.

    Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kejadian ini untuk mencetuskan perhatian rakyat kerana parti pembangkang ‘sudah nyawa-nyawa ikan’ . Persoalannya jika sudah nyawa-nyawa ikan kenapa parti pemerintah dan polis tidak memberi permit perhimpunan jika yakin parti pembangkang akan berkubur ?

    Analisa ringkas dan bukti di atas membuktikan wujudnya kesangsian dan reasonable doubt bahawa ia dicetuskan oleh parti pembangkang. Sama juga taktik yang digunakan oleh Bush & CO ketika menjajah Afghanistan dan Iraq dengan menggambarkan beliau adalah berjiwa patriotik dan akan menyerang para terrorist tetapi kini bukti-bukti yang di bawa membuktikan siapa sebenarnya mereka.

    Pak Lah & CO berada di Australia pada ketika itu untuk menghadiri APEC. Apakah ianya sudah dirancang sebelum kejadian ini terjadi ? . Jadi Menteri Dalam Negeri Tidak akan dipersalahkan jika terjadi sesuatu yang lebih buruk. 2 orang terkena tembakan peluru hidup. Bagaimana jika ramai yang terkorban sudah tentu Pak Lah & CO akan mengeluarkan kenyataan : ‘ Saya Tidak Tahu ‘.

    Taktik ini menyamai ketika berlakunya peristiwa 911, Presiden Bush sedang mempunyai majlis bersama-sama kanak-kanak di suatu tempat di Amerika. Beliau bagaikan sudah menjangka akan berlakunya kejadian ini.

    Di samping itu juga pembentangan Budget 2008 menunjukkan sokongan rakyat Malaysia semakin menurun terhadap kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Petunjuk ini dapat dilihat melalui tiadanya bonus kepada kakitangan awam dan juga tiada insentif untuk pekerja sektor swasta yang terus terpinggir. Alasan kenaikan gaji baru-baru ini tidak boleh dijadikan asas kerana kenaikan ini sepatutnya sudah berlaku beberapa tahun dahulu.

    Tambahan pula kenaikan harga barang akan terus meningkat sedikit masa lagi menjelangnya beberapa perayaan utama di Malaysia. Rakyat bawahan dan pertengahan cukup merasa keperitan dalam kenaikan kos sara hidup pada waktu kini dan akan berhadapan cabaran besar sedikit masa lagi.

    Nampaknya Pak Lah & Co lebih berminat melancarkan mega projek koridor-koridor di seluruh negara yang mencapai angka RM Billion tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang kepada soal lestari alam , nasib pemilik tanah , usahawan bumiputera dan lain-lain isu lagi. Malahan kita juga masih menaruh bimbang Wilayah Pembangunan Iskandar ( WPI ) akan menjadi ( Wilayah Pemilikan Israel) jika penglibatan aktif Singapura yang merupakan pangkalan Zionist di Rantau Asean tidak di beri perhatian khusus dan mendalam.

    Rakyat Malaysia kini perlu sedar dalam soal patriotisme. Apakah dengan isu membakar Jalur Gemilang kita sudah membuat kesimpulan siapa yang menderhaka kepada negara. Tetapi dalam soal pembangunan negara dengan menjual aset strategik negara dan pembangunan WPI yang secara terang-terang apa yang sudah dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri Ke-4 Tun Mahathir Mohammad akan membolehkan Singapura menguasai dengan mudah WPI kita tidak anggap ia satu tindakan yang lebih teruk dan hebat daripada isu membakar Jalur Gemilang ? . Dan ini adalah satu penderhakaan yang lebih hebat kepada rakyat Malaysia.

    Rakyat Malaysia khususnya kita jangan mudah untuk dilaga-lagakan oleh segelintir pemimpin negara yang dengan mudah ‘Menjual Negara’ . Kita cukup sayang dengan pasukan Polis kita. Malahan nasib mereka juga akan terus diperjuangkan. Apa yang kita harapkan rakyat Malaysia bijak untuk menilai sesuatu kejadian dan peristiwa kini dan akan datang yang berlaku di Malaysia dan dunia amnya.

    Firman Allah : …mereka merancang dan Allah juga ada perancangan dan Allah adalah sebaik-baik Perancang.

    Ayuh bangkit semua rakyat Malaysia daripada lamunan dan imaginasi yang cuba disogok oleh media-media arus pemerintah yang akan melindungi pemerintah yang melakukan mega rasuah. Kenyataan Tun Haniff Omar bahawa 40 peratus pegawai tinggi PDRM boleh ditangkap terus atas kesalahan rasuah perlu diberi perhatian serius daripada semua pihak.

    Peristiwa 911 dan 0909 akan membuktikan siapa yang benar. Dan kebenaran itu tidak akan datang mudah tanpa pengorbanan dan semangat yang tinggi. Sesungguhnya setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya. Kita juga mengharapkan agar masa hadapan dunia dan Malaysia akan dipimpin oleh pemimpin yang membawa panji-panji ‘ KEADILAN, KEAMANAN, KEBERKATAN’. Semoga dunia dan Malaysia akan lebih makmur dengan mempunyai pimpinan yang memegang panji-panji ini dan bermulanya satu episod baru tamadun ummah yang mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah.

    Reply

  25. 25 crepe_0712 Sep 11th, 2007 at 3:13 pm

    Salam perjuangan semua…KEJADIAN DIBATU BURUK HASIL DARI TINDAKAN GANAS POLIS YANG DIARAHKAN OLEH PEMIMPIN2 YANG TAK BERAKAL, MENGALAMI KERUGIAN PALING BESAR,ANTARANYA 15 POKOK BONSAI BERNILAI RM45,000…6 PASU POKOK BUNGA KERTAS RM36,000 MILIK MPK..(1 PASU RM6,000..MAHAL TUU..).12 PENGHADANG JALAN RM2400..SERTA LAIN2 POKOK BUNGA DAN TANAH BAJA..INILAH NILAI KEMANUSIAAN HADHARI YANG MEMENTINGKAN POKOK2 BUNGA DARI KEPEDIHAN DAN KEKECEWAAN RAKYAT HASIL DARI TINDAKAN DESPERADO PEMIMPIN YANG DAH KECUT DAN BACUL UNTUK MENGHADAPI KEBENARAN..PEMUDA UMNO YANG DAH BEKU AKAL TERUS MENUNJUKAN KEBEBALAN.KONON NAK TUNJUK JAGUH PEJUANG SEMANGAT PATRIOTIK TULIN TAPI SEBENARNYA BEBAL YG HANYA LAYAK JADI PEJUANG PENCACAI TULIN..MUHYIDIN YASIN PUN NAK TUMPANG SEMANGKUK UNTUK JADI PENGAMPU…UNTUNG2 GLEMER BILA BERI KOMEN PEMBANGKANG CUBA TARIK PERHATIAN..TAK TAU SAPE YG TARIK PERHATIAN SEBENARNYA..KAMU KUT ANAK YASIN..KALAU DAH TINGGAL NYAWA2 IKAN KENAPA KECUT SANGAT SAMPAI MENYOKONG KEGANASAN DILAKUKAN KEATAS PEMBANGKANG YG DAH TINGGAL NYAWA2 IKAN TU..KEJAM DAN ZALIM SUNGGUH PERANGAI PEMIMPIN2 YANG DAH TERDESAK..ADA JUGA YANG PEJUANG2 KEMERDEKAAN UMNO YG MENGANGGAP TINDAKAN PEMBANGKANG CABUL MARUAH NEGARA TAPI MEREKA2 INI JADI BISU BILA HASIL NEGARA DITELAN,RASUAH,SALAHGUNA KUASA,MENINDAS RAKYAT DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN2 MEREKA..SEBENARNYA PERJUANGAN MEREKA HANYA UNTUK MENGAUT KEKAYAAN NEGARA UNTUK DIAGIH2KAN SESAMA MEREKA DAN CAMPAK SIKIT PADA KADAM2 DAN PENCACAI2 YANG TURUT SAMA BINGAI DAN SENGAL SERTA BEBAL..RAKYAT YG SENGSARA BILA HARGA BARANG2 KEPERLUAN HARIAN PUN TAK MAMPU DITURUNKAN..PEJUANG APE BENDA…KINI KEBANGKITAN DAN KEMARAAN ANWAR SERTA RAKYAT MENYEMARAKAN LAGI KETAKUTAN PEMIMPIN2 UMNO SEHINGGA SANGGUP MEMBOHONGI DIRI SENDIRI TENTANG PEMBANGKANG…MAKLUMLAH NAK TENTERAMKAN JIWA YG DAH BANYAK DOSA.TAKUT NANTI TIBA2 HILANG AKAL SUSAH PULA..DARAH PULA KEJAP NAIK KEJAP TURUN..JANTUNG KEJAP LAJU KEJAP PELAN..JANGAN SAMPAI TAK BERJALAN..NANTI TAK CUKUP BEKALAN.RAKYAT PULA DAH TAK MAKAN DENGAN AMALAN STRATEGIK KERAMAT(MEMBOHONG)MEREKA ..NASIB LA KO LABU..

    Reply

  26. 26 ali Sep 11th, 2007 at 3:16 pm

    website keadilan tak boleh masuk. harap maklum.

    http://www.keadilanrakyat.org

    Reply

  27. 27 mahasiswa Sep 11th, 2007 at 5:06 pm

    salam buat semua, apapun yg terjadi semua di bawah perancangan Allah. Selamat bergembira menyambut Ramadhan. Nah ini peluang terbaik kita semua UTK MEDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DAN MEMOHON PERTOLONGANNYA UTK MEMBUKA HATI SEMUA RAKYAT MALAYSIA KEPADA KEADILAN DAN KEBENARAN. Bagi yg berkemampuan teruskan usaha sekecil apapun. bagi yg berhalangan teruskan Berdoa walau sepatahpun. ayuh lawan tetap lawan.

    Reply

  28. 28 zuhairy Sep 11th, 2007 at 6:13 pm

    Assalamualaikum Dato’ Seri Anwar,

    saya sebagai generasi muda yang masih menuntut di IPTA melihat perkara ni dengan penuh rasa risau dengan masa depan negara yang akan kami warisi kelak. Adakah kepimpinan ‘pak turut’ macam ni akan jadi legasi kepada kami?

    jika negara lain, perubahan telah melibatkan pertumpahan darah. Adakah kita akan menjadi seperti tu juga? Lihat saja di indonesia, di iran 1979 dan negara lain.bukan tujuan nak menghasut. Tapi sejarah telah membuktikan perubahan akan melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit.

    Saya sebegai generasi muda, memang tak mahu perkara ini berlaku. Biarlah perubahan kuasa berlaku dengan cara yang matang sepertimana di negara2 maju.

    Reply

  29. 29 cokelat Sep 11th, 2007 at 6:36 pm

    Hairan sungguh BPR belajar kat mana??? Sekarang perasuah bukan budak sekolah rendah…..! Mustahil perasuah menyimpan duit rasuah dalam Bank….! Geli hati apabila peguam negara tak jumpa jumlah besar duit dalam bank!!! Bodoh…! Tongong!

    Perasuah simpan kat peti simpanan keselamatan dalam Bank dalam bentuk cash..!!! Atau pun simpan dalam peti besi di rumah. Atau simapan cash dalam almari pakaian.

    Pernah satu ketika penyelamat menyelamat jumlah wang RM500,000.00 dalam beg pakaian bekas pembesar negara 6 tahun dulu.

    Paling kelakar BPR kes siasat rasuah MRR2 dgn mengukur retak yg berlaku kat jambatan Kepong.

    Poning den…..tak dapek den nak nolong….

    Reply

  30. 30 pondok tanjong Sep 11th, 2007 at 8:30 pm

    saya minta Datok Seri bersama Ustaz Hj Hadi dan Lim Kit Siang buat pengumuman untuk menboikot pilihanraya umum akan datang selagi umno halang ceramah dan media berat sebelah. Datok seri nak tunggu apa lagi…masih nak bertanding lagi ke di saat 2 org hampir menemui ajal akibat ditembak peluru hidup.
    SAYA CABAR DATOK SERI!!!! jika datok seri enggan maka terbuktilah pembangkang menjadi alat kerajaan. Umno cukup takut kalau BA boikot pilihanraya…malu depa satu dunia. Tapi BN cukup gembira kalau BA bertanding..yang bodoh adalah BA

    Reply

  31. 31 basejumper Sep 11th, 2007 at 9:51 pm

    Apa-apa pun, lembu kaki pendek juga yg selamat daripada polis.

    Reply

  32. 32 matrempit KL Sep 12th, 2007 at 2:52 pm

    Apa-apa pun, binatang paling pemalu(jalan pun tunduk sebab malu keluarganya bxxi) juga yang selamat dari polis..Kah,kah,kah…keh,keh..lawak,lawak…Inilah tanah air ku..

    Reply

  33. 33 Pejuang Sebenar Sep 14th, 2007 at 10:56 am

    takbir…

    Reply

  34. 34 belajar sedar Feb 8th, 2008 at 2:16 am

    inilah luahan insan yg tk thu bersyukur.sedarkah kita,sebenarnya kalau kita jadi pemimpin kita lagi merbhya, entah2 kita jadi firaun. sebab itu tuhan tk pilih kita jadi pemimpin.jgan cari kesalahan orang saja, kesalahan sendiri suluh dulu.

    Reply

  35. 35 HAMD Feb 1st, 2009 at 12:29 am

    SECARA PANDANGAN IMAN MGNAI HUKUM HUDUD YANG DIMETHODKAN DALAM PARTI,SAYA TIDAK BERPIHAK PADA UMNO…

    KEMUNGKINAN SEJARAH PENUBUHAN UMNO-PAS MUNGKIN HUDUD ADA DIJADIKAN ISU..

    NAMUN ALLAH MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI APA YANG ADA DALAM DADA HAMBANYA..DAN AMNYA DISINI PADA DADA2 ORG YG DIBERI TANGGUNGJAWAB DAN ILMU KEPADA KEPIMPINAN NEGARA.

    NYATANYA DISINI,
    BAGAIMANAKAH SIKAP PENERIMAAN DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA AGAMA KEPADA AMER2 ATAU PEMIMPIN/PEMERINTAH DALAM MEMACU UNDANG2 PERLEMBAGAAN QURAN DAN SUNNAH YANG TERMAKTUB AMNYA DIDALAM KERAJAAN MELAYU ISLAM INI?

    SESUNGGUHNYA KETAQWAAN KEPADA SEHEBAT MANAPUN PEMIMPIN NEGARA ITU,TERNYATA KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN KEPADA ALLAH DALAM PERJALANAN PERLAKSANAAN ITU YANG PERLU DIPACU DARI SEMASA KE SEMASA.

    TENTANG AKAN DIBONGKARKAN SEGALANYA DARI DALAM DADA BILA DI ALAM KUBUR NANTI.

    KEPIMPINAN UMNO BANYAK JASANYA YANG IKHLAS,NAMUN JANGANLAH DIIKUT AKAN PEMIMPIN2 YANG SENGAJA BENAR MAHU MEMESONGKAN DARI LANDASAN YANG SEPATUTNYA…..PEMIMPIN2 SEPERTI INILAH YANG AKAN MENJADIKAN BANGSA MELAYU ISLAM TIADA ISLAMNYA LAGI.

    KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN KHILAFAH
    KEDAULATAN UNDANG2 ISLAM
    KEPATUHAN KEPADA KHILAFAH UMARA’ DAN ULAMA’
    KEHORMATAN ADAT RESAM AGAMA DAN BUDAYA

    Reply

Leave a Reply