Dasar perumahan kerajaan telah membelakangi masalah perumahan rakyat termiskin.
Ketika lawatan saya ke Rumah Pangsa Taman Keramat pada Sabtu 11 Ogos lepas, penduduk flat berjumlah 799 unit tersebut ditawarkan untuk peluang untuk membeli unit-unit yang kebanyakannya satu bilik tersebut untuk RM90,000. Rumah Pangsa tersebut dibina pada 1974 pada kos RM25,000 dan jumlah bayaran sewanya telah mencapai RM45,000.
Tindakan mengenakan bayaran tambahan RM90,000 untuk mereka memiliki flat tersebut membuktikan dakwaan kerajaan memandang serius kemelut rakyat termiskin hanyalah janji palsu semata-mata.
Pada masa yang sama, golongan Bumiputera yang kaya menikmati diskaun 7-10 peratus yang diberikan terhadap apartmen mewah di dalam projek-projek perumahan terbaru.
Ini langsung tidak masuk akal apabila kita mengambil kira harga yang dikenakan kepada orang-orang Melayu miskin yang tinggal di flat-flat kos rendah yang sempit.
Kerajaan bercakap mengenai projek koridor itu dan ini yang berharga berbilion-bilion ringgit, tetapi di dalam isu menyediakan perumahan yang mampu dimiliki kumpulan berpendapatan rendah, ternyata wujud perbezaan kredibiliti yang ketara antara dasar yang diwarwarkan dengan pelaksanaan di bawah.
Kerajaan yang benar-benar prihatin dengan masalah yang dialami rakyat berpendapatan rendah mestilah menyediakan perumahan yang mampu dimiliki untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.
Apakah gunanya melancarkan projek mega koridor pembangunan apabila golongan termiskin terus diabaikan dihimpit pembangunan yang mengakibatkan masalah social yang begitu parah? Apa gunanya gemilang di dalam projek-projek mewah tetapi mengabaikan perkara-perkara yang lebih asas?
ANWAR IBRAHIM









Dato’Seri apa kaedah yg terbaik untuk selesaikan masalah perumahan.Apakah dengan memendekkan tempoh pajakan tanah mungkin kos tanah jadi murah, atau peruntukan wang daripada keuntungan petroleum buat rumah kemudian bagi peruntukan pada bank untuk orang yg telah dikenalpasti kemampuannya untuk ambik pinjaman drp bank yang tiada faedah, kerana duit kerajaan beri, macam mikro kredit.
Reply
DSAI,
i was involved in property development for few years now, i must agree with DSAI, house price range above RM180k entitled discount 7% for bumi but if we look at in greater picture, how many bumis who can effort to pay that kind of price, with average household income less than RM3,000 its very difficult to get loan from any banks. Surprisingly low cost house at selangor sell at RM42,000 with no further discount and still few cronies entitled for many units (later they rent it)and hence no discount provided for housing at malay reserve land. In 2005 there are more than 100,000 unit bumi reserve lots has not taken up. It shows bumi still cant effort to pay high price for a house. This critical issues, developer will take advantage by increasing the price but we still rent a house after 50 years of independence.
Reply
Dato’ Seri,
Masalah perumahan untuk rakyat miskin perlu diatasi segera. Contohnya di Kuala Lumpur tiada pemaju mahu membina rumah kos rendah.
Sementara itu Bumiputera akan dipinggirkan di kawasan bandar kerana majoriti Pemaju mengenakan kuota 30% Bumi walaupun harga rumah bawah RM100 000.
Tapi la ni…..mana ada apartment bawah RM100 000 di KL?
Saya rasa tahun 2020 Kuala Lumpur W Persekutuan boleh ditukar nama kepada China Town Wilayah Pesekutuan..
Reply
Assalamualaikum w.w.
Harga rumah naik bila permintaan naik. Permintaan naik kerana ramai yang mampu. Siapa yang mampu, tiada pula yang tahu. Kenapa tak tahu? Bukankah itu dah memang syndrome Melayu?
Kena keluar buku ni menandingi “The Malay Dilemma!”… “The Malay Syndrome!”
Saya ke Dubai, Emiryah Arab Bersatu (UAE) pada awal tahun. Sewa rumah nya, masha-Allah. Rumah apartment 3 bilik yang tidak mewah sahaja sudah dalam puluh ribuan ringgit… baru sewa ni, belum beli lagi!
Memang tidak dinafikan ada yang tidak mampu membeli rumah di Dubai. Macamana boleh jadi rakyatnya mampu membeli? Jawapannya, kerana gaji berjawatan rendah dan sederhana adalah yang paling tertinggi di dunia.
Pendapatan rakyat Malaysia per capita lebih kurang US$12,900 setahun (RM45,000 setahun), UAE US$49,700 (RM173,950 setahun) statistik tahun 2006.
Kiranya anda berpendapatan sederhana dan mempunyai pendapatan masih kurang dari RM45,000 setahun, bukan sederhana lagi namanya. Below average dah tu… Kalau di UAE, dah boleh dianggap miskin dah tu…
Tepuk dada tanya diri, siapa kah mampu memberi perhatian terhadap pendapatan keluarga anda? Mampukah dengan pendapatan RM45,000 setahun, anda boleh membeli rumah RM200,000?
Belum masuk campur anak 2 yang nak pergi sekolah dan pergi universiti lagi… Belum masuk campur insuran perubatan dan insuran hospital lagi… Insuran pun baru untuk cover RM100,000. Mana cukup!
Setahu saya, hanya yang bekerja dengan kerajaan sahaja yang menerima adjustment. Yang bekerja di sektor swasta sudah ketinggalan nampaknya…
KALAU MASIH BERTANYA… ITU U.A.E., DI MALAYSIA SUDAH CUKUP LAH BERSYUKUR DENGAN PELBAGAI MACAM NIKMAT DAN KEMAJUAN YANG TELAH DISEDIAKAN…
KATA SAYA, ITULAH, “The Malay Syndrome!”
Reply
Bernas hujah ‘Anak kwn Dato’ Seri’..
Cuma ada lagi satu Malay Syndrome yang saya nak tambah.
Asalkan org kerja swasta sahaja, maknanya kami ni gaji tinggi dan mewah.. Walhal kami disini rendah dan kadang kala gaji pun dibayar lambat.Memang mentallity org melayu begitu. Itu tidak termasuk perbezaan gaji yang mengikut warna kulit (Maaf, tidak bermaksud unsur perkauman disini)
Asal mengkritik sikit, maknanya tak bersyukur. Kami bukan nak mengguling kerajaan keseluruhannya. Kami mahu PERUBAHAN!
Reply
Dato Seri harus bahaskan issue ini dalam road show / kempen yang sedang berlangsung. Bukan sahaja orang Melayu bertambah miskin malah orang bukan melayu juga sedang menderita. Yang tak menderita ialah kroni UMNO dan tauke – tauke cina dan famili mereka saja !! Kalau tanpa pelaburan asing dan setakat cetak duit sahaja lama kelamaan semua kita akan dijajah lagi!
Reply
memang dasar pemimpin haram jadah !
Reply
UMNO tu parti perompak, di harap DSAI dapat menerangkan kepada rakyat ttg kekejaman kroni UMNO tu supaya rakyat sedar yg mereka sbnrnya di tindas oleh kerajaan zalim tu
Reply
Assalamualaikum DSAI…
boleh tak kalau ditubuhkan satu jawatankuasa mengkaji apa punca utama (root cause) harga rumah ni mahal. tanah yng mahal ke, kos pembinaan ke, atau margin keuntungan yang terlalu tingi disebabkan oleh golongan tertentu (rasuah dan sebagainya). mungkin dari situ kita mula selesaikan masalah. Kalau tidak umpamanya kita tidak fokus untuk menghentam sesiapa yang kita suka.
Walaupun tanah di negara Jepun mahal, tapi rakyatnya mampu membeli rumah yang selesa dan melangsaikan hutang perumahan dalam masa 10~15 thun, tetapi dimalaysia sehingga 30 tahn/pencen.
Reply
Dato’ Sri
Taniah atas kemenangan tanpa diduga semasa pilihan raya lepas..
saya anak jati sarawak ingin menanya.. macamana nak jadi calon pilihan raya akan datang di sarawak.
Terlebih dahulu dalam masa ini saya ingin melanjut kan pelajaran dahulu..
Hidup Keadilan!!
Reply
kerajaan pakatan di Selangor pun tak der projek perumahan rakyat terutama di shah alam. Macammana nasib kami pekerja kilang juga yang bergaji kecil.
Reply