20
May
07

Kenyataan Media Foundation for the Future

Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan..

Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.

Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O’ Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan.

Walaubagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain.

Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara.

Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan Umno, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.

ANWAR IBRAHIM
Pengerusi Yayasan Masa Hadapan


18 Responses to “Kenyataan Media Foundation for the Future”


  1. 1 najwan_halimi May 21st, 2007 at 12:46 am

    Terima kasih atas respon ringkas dan penyiaran kenyataan media ini.

    Komitmen Datuk Seri saya hargai.

    http://riwayathayat.blogspot.com/

    Reply

  2. 2 mujahidinreformasi May 21st, 2007 at 6:23 am

    Salam DSAI,

    DSAI,teruskan ceramah dan gerakan ‘islah’ serata Malaysia terutama di negeri Johor.Tutup mulut si Khairy yang semakin lancang membuat tuduhan pada DSAI.

    Rakyat perlu jelas dan terang tentang hal ni terutama penduduk kampung yang banyak percaya pada dakyah berkarat UMNO sekular ni….

    Kami di belakang anda.InshaAllah..

    ALLAHU AKHBAR

    Reply

  3. 3 ingintahu May 21st, 2007 at 8:05 am

    DSAI,

    Actually, they just like you very much, the STAR writer [one India lady,I think], the Utusan Melayu columnist [one Zin Mahmud ?] and your favourite friend and foe KJ asking questions.

    Presumably, many other Malaysians are asking the same thing; what the heck are doing with this Wolfowitz guy and that lady of an Arab origin?

    You see, we Malaysians, decide and determine who your friends are ? And that, you should make enemies to people that we Malaysians arbitrate!

    We Malaysians tell what to do, unless you are dozing off or plead ignorance!

    As you say, it would be better for Malaysian so-called journalists, writers should spend time to write about the many money-wasting on repairs and maintenance, lobby payments, corruption, even murders and abuse of power among Ministers, Politicians, Police and Civil Servants.

    One begs the question, what incentives prompted these journalists and writers to write about you, is there any compensation, return favours or perhaps, out of real and sincere curiousity?

    Are you a real threat to their well-being, agenda, plans for the future?

    Sorry you lost at eJoke, one of those things.

    Cheers

    Reply

  4. 4 takkisah May 21st, 2007 at 11:54 am

    Kenyataan KJ tu tak ada asas. Patut dia siasat dulu bukan buat kenyataan provokasi dan sentimen.

    Reply

  5. 5 Indra Kayangan May 21st, 2007 at 2:36 pm
  6. 6 Jimm May 21st, 2007 at 2:37 pm

    KJ have no experience when come to handle mega issues. He is just plain lucky to ride on AAB , thanks to EMA’s recommendation those days. He is a very smart planner and make sure that his masterplan goes accordingly.

    Reply

  7. 7 Kinsey May 23rd, 2007 at 1:19 am

    Dear DSAI,

    This is the first time I read your blog. ANd I just want to say; “Hey we are not blind, take heart, and be of good courageous, hold on steadfastly to the truth and integrity’ Lastly, I hope you will turn out to be a man deserving my respect in this brutal reality of politics.

    Reply

  8. 8 faizul3873 May 23rd, 2007 at 1:31 am

    A’kum Dato Seri, saya amat berharap pada PRU kali ni BN akan tersungkur. Cukuplah 50 tahun rakyat menderita dlm masa pemerintahan BN. Bagi golongan muda kami mahukan reformasi dlm menyelamatkan negara Malaysia daripada hancur. Rasuah,murtad,arak dan segala macam isu sosial tidak pernah diambil peduli oleh BN/UMNO.Apa yang mereka pentingkan adalah merompak duit rakyat dengan apa cara sekalipun.Saya juga berharap satu masa nanti saudara akan memimpin kami semua,insyaalah.

    Reply

  9. 9 orang Tenom May 23rd, 2007 at 10:25 am

    Datuk Seri,
    Saya begitu bimbang dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Sana sini mengatakan DSAI mencampuri pemilihan AMK. Sedangkan saya dan juga kawan-kawan yang lain begitu mengharap parti keadilan dan BA dapat menewaskan BN dan menjadi parti yg memerentah Malaysia, Insyallah. Janganlah parti kita sama dengan parti “diseberang sana”. Kepada AMK., sekira teguran atau campur tangan dari pucuk pimpinan itu dapat mengukuhkan dan menguatkan parti, Apalah salahnya. Yang penting kita sama-sama tumbangkan BN, Insyallah..

    Reply

  10. 10 zaidi May 23rd, 2007 at 6:59 pm

    Assalamualaikum Datuk Seri,

    Bagaimana pula perhubungan DS dengan Wolf…? Adakah perhubungan itu berbentuk persahabatan atau ‘persahabatan dengan penyerahan kawalan’…

    Selama DS berada di Munich kerana menjalani rawatan tulang belakang, Wolf telah beberapa kali mengunjungi DS. Beliau juga orang yang bertanggungjawab meletakkan DS sebagai pensyarah tamu dan profesor di sebuah universiti.

    Perkara di atas sudah menjadi topik perbualan orang-orang UMNO. Sedikit sebanyak ‘mencalar’ reputasi DS.

    Reply

  11. 11 quan Sep 7th, 2007 at 9:48 pm

    Kalaulah KJ tu terbukti kejujuran dan kebolehannya pasti dipelawa kemudian dicadang untuk mengetuai yayasan masa depan …. ni apa??? yang semakin jelas masa depan malaysia yang bakal hancur olehnya. Alangkah terkejutnya saya … budak yang tak dikenali langsung di tahun 1999 tiba-tiba ‘ngetop’ dengan jutaan rm dan dikaitkan dengan syarikat2 berkuasa (magic). Anak bapak betullah budak ni

    Reply

  12. 12 INSAN Sep 8th, 2007 at 1:50 am

    Nabi SAW bersabda :-
    ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
    ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ØŒ والعاقّ ØŒ والدّيّوثُ

    ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

    Reply

  13. 13 INSAN Sep 8th, 2007 at 1:55 am

    Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”. ( Surah al-Baqarah :201

    Reply

  14. 14 echopena Sep 10th, 2007 at 1:57 pm

    Saya tidak ingat bilakah masanya pihak kerajaan menjawab isu keterlibatan mereka dengan pelobi Amerika Jack Abramoff. Sudah terjawab kah ya? Atau isu berkenaan mati begitu sahaja?

    Reply

  15. 15 Izwan Feb 8th, 2010 at 8:59 pm

    Allah akan menghancurkan orang yang menjadi tali barut Yahudi. Syukurlah DSAI bukan orangnya. Semoga Allah menhadiahkanmu syurga dan para pengikutmu syurga… Biarlah tali-tali barut Yahudi tu hangus didalam Neraka.
    Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah SWT, dan Nabi Muhammad itu Rasulullah.

    Reply

  16. 16 kuala lumpur Apr 22nd, 2010 at 5:05 pm

    Ujian Dugaan Dan Sebagainya Datang Dari Allah Tiada Tuhan Selain Allah Tiada KUasa Pengubah Selain Allah…oleh itu banyakkan doa kepada Allah….sesungguhnya orang yang benar itu pasti akan mendapat bantuan dari Allah..pelbagai tomahan telah dilakukan terhadap DSAI dan juga calon pilihanraya hulu selangor…tetapi walau apa pun rakyat yang boleh menilai mna kaca mana intan..
    sama sama kita lihat nanti pada 25…….yang jelas rakyat sudah muak dengan pembangunan bermusim yang diamalkan UMNO(Pembangunan musim pilihanraya)dari dekat nampak bercahaya bila jauh malap sungguh…….MOga Allah Bersama kita hendaknya….

    Reply

  1. 1 Fenomena « Panthera Leo Persica Pingback on May 21st, 2007 at 11:42 am
  2. 2 Sindrom Bisu Pemuda Umno at Anwar Ibrahim Pingback on Sep 7th, 2007 at 1:06 pm

Leave a Reply




 

anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-Kita serang dgn fakta.Umno-Bn nafi kata tipu.Setelah 4th,dakwa atas fakta sama.Bm dgn Scorpene,Altantuya,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: LingLSik:PKFZ-We challenged and Umno-Bn denied.After 4 years,same facts used to charge!Now:scorpene,Altantuya,eurocopter,SgBesi?#fb
13 hours ago
anwaribrahim: Jzkmllah..mlm ini ostighazah;jamaah dirumah.Slm utk rakan2"@cucurudang:ds,slm dari rumah mahasiswa cairo egypt doa utk ds.#fb
13 hours ago
anwaribrahim: S.418;S.417@shamsuliskandar:@najibrazak is quickly on leave!Ling pleads nt guilty to charge;S.41(8) PenalCode&S.41(7)PKFZ #fb
13 hours ago
anwaribrahim: RT @MsiaChronicle: Malaysia Chronicle : Ling Liong Sik arrested, Pakatan fears a brokered-deal ... http://goo.gl/b/cPZb
14 hours ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

May 2007
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031