Arkib Tahun 2006

12 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Hanafiah Ghazali menyatakan:

Assalamualaikum w.b.t YB DSAI,

Baru-baru ini saya telah membaca buku ‘Mayday For Justice’, sebuah kisah sedih yang berlaku pada tahun 1988. YB DSAI yang pada waktu itu menganggotai pasukan eksekutif sebagai Menteri Pendidikan pasti mempunyai cerita menarik untuk berkongsi dengan kami rakyat jelata berhubung isu tersebut dan kesan daripada tindakan meletakkan 3 tiang utama
constitution di bawah kuasa eksekutif (yang asalnya merupakan salah satu tiang tersebut). Saya juga jarang mendengar perkara ini diperbincang dan diperjuangkan (ianya pernah dibangkitkan kembali baru-baru ini namun kini sunyi kembali) walhal pada pendapat saya ianya adalah punca kepada permasalahan hari ini.

Hanafiah

Saya akui isu tsb adalah diantara yang paling rumit ketika dalam kerajaan. Dr M membuat keputusan bersama Tun Daim dan kemudian memaklumkan kpd kabinet. Manakala dibangkitkan kontroversi akibat keputusan tsb, beliau memberikan pengakuan bahawa semuanya telah diatur.

Justeru itu saya mendesak PM Abdullah dan kerajaan, demi menegakkan keadilan untuk melantik suruhanjaya bebas mengkaji isu tsb. Ia adalah mendesak kerana melibatkan kezaliman bekas PM, bekas Peguam Negara dan beberapa bekas Hakim dan bekas Ketua Hakim Negara

12 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

AnakMuda memberi pendapat:

merujuk pada permintaan DSAI utk memberi pendapat mengenai cara utk menarik anak muda,saya kira perlu difikirkan secara serius oleh keADILan untuk mewujudkan program pendidikan politik di kalangan anak muda.mungkin ini boleh dipertimbangkan oleh Angkatan Muda.jangan terhad pada aktiviti yg bersifat partisan,sebaliknya perlu diperbanyakkan aktiviti
kemasyarakatan yg melangkaui sempadan partisan.

seingat saya,dulu ada Briged dan Srikandi keADILan khas untuk anak muda beraktiviti,rasanya lebih awal kemunculannya berbanding ‘Putera & Puteri’ Umno.mana perginya kedua-dua badan ini?

keADILan perlu menjadi lebih daripada sebuah parti politik kalau ingin menggantikan BN kelak..saya kira ini juga antara intipati temubual DSAI dgn HardTalk sewaktu DSAI di Munich dulu,tatkala ditanya apa visi DSAI mengenai prospek keADILan..sempadan politik harus dilangkaui..tidak terbatas pada kelompok yg menyokong sahaja..

kelompok mahasiswa juga perlu didekati.anjurkan banyak forum dan dialog untuk melihat aspirasi mereka.saya optimis menyatakan bahawa hasil pengalaman saya sebagai mahasiswa,ramai yg menyokong perjuangan keADILan,tapi itulah,dengan sekatan AUKU,ianya menjadi sukar.tambahan lagi,Umno ada Putera&puteri,keADILan ada apa?maka ini juga perlu dipertimbangkan..

aktiviti kemasyarakatan juga perlu diperbanyakkan.saya lihat boleh tahan juga aktiviti seperti futsal,bola sepak,bowling..apa kata diperkembangkan lagi..mungkin mewujudkan liga komuniti,ataupun aktiviti yg lebih formal seperti pertandingan pidato,bahas,kursus motivasi &
kepimpinan.setidak2nya,ini boleh dijadikan strategi keADILan untuk menggilap bakat anak2 muda yg kepingin mendekati keADILan..

Bagaimana respon DSAI?

Anakmuda

Hebat sekali respons sdr. Pantas dan bernas cadangan yng dikemukakan. Angkatan muda dan wanita keadilan dimina meneliti dan bertindak segera. InshaAllah saya akan bantu.

11 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Dermaputra menanyakan:

Assalamualaikum Datuk Seri,

Minta komen Datuk Seri berhubung dengan langkah terbaru kerajaan PAS di kelantan yang mula menguatkuasakan peraturan pemakaian buat wanita di sana tidak mengira muslim ataupun non-muslim. Apakah kesannya isu ini kepada imej pihak pembangkang terutama saat-saat kita utk berhadapan dgn pilihanraya umum tidak lama dari sekarang?

Memandangkan media dikuasai dan dimanipulasi sepenuhnya oleh kerajaan BN, maka apa yg kita ada untuk kita menjelaskan kepada rakyat terutamanya generasi pengundi muda yang baru (saya berumur 21 dan layak utk mengundi buat pertama kalinya dlm p’raya akn dtg) berkenaan dgn isu-isu semasa dan perkara2 berkenaan dgn agenda kepedulian rakyat kita?

Diharap PKR dapat lebih mendekati golongan muda dan perbanyakkan program2 penerangan kerana terus terang saya katakan..generasi seangkatan saya akan bersama-sama dengan agenda perubahan Datuk Seri.

Dermaputra,

Saya telah meminta maklumat lengkap dari Kelantan. Saya juga bimbang kerana perkembangan sademikian diputarbelitkan olih media BN.
Mengenai strategi menarik golongan muda saya pohon pandangan sdr.

11 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

padamar memberi pendapat:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saja bagi hint kepada BA dan BN…

Cadangan untuk BA:

Jika Keadilan bersama pakatannya ingin menjadi parti yang kuat pada Pilihanraya yang akan datang. Sila pastikan nama BARISAN ALTERNATIF tidak digunakan, dan tukar kepada nama yang lebih menunjukkan bahawa pakatan ini lebih baik malah sebagai saingan utama kepada BN. Perkataan ALTERNATIF merupakan salah satu pilihan selain dari BN. Menggambarkan bahawa
pakatan ini merupakan pakatan kedua terbaik selepas BN. Secara psikologinya BN masih yang terbaik. Perkataan Alternatif juga amat berbahaya sekiranya pengundi-pengundi yang mengundi BA hanyalah sebagai alternatif meluahkan perasaan ketidakpuashatian terhadap BN. Bagi mengelakkan terjerumusnya ke Lembah kemusnahan maka jadikanlah Pakatan ini sebagai
pakatan satu lawan satu kepada BN. Berusaha sajalah… yang lain tu serahkan saja kepada Yang Memiliki semua Kerajaan di Langit dan Di Bumi.

Dan lagi, kata Rikcy jurulatih Badminton negara, Malaysia sebenarnya mempunyai kepakaran yang hebat secara teknikalnya tapi masih lemah secara mentalitinya. Jangan fikirkan kemenangan yang besar tapi tumpukanlah kemenangan pada setiap point. Itulah sebenarnya langkah ke arah kejayaan… Fikir-fikirkan lah…

Cadangan untuk BN:

Menyokong Parti lain selain BN bukanlah satu DOSA.

Bagi saja Kenaikkan Gaji Kepada Kakitangan Awam, maka dengan sendirinya BN mempunyai 1 juta penceramah bebas kepada orang awam untuk tetap menyokong Kerajaan sekarang. Bukan Rasuah tapi hak serta kewajipan. Tengoklah, Tanpa kenaikkan Gaji sebelum Pilihanraya, pastinya akan ada ‘kakitangan yang meluahkan perasaan’. Bukan tidak menyokong tapi tertekan…

Impak 1 juta jangan buat main.. bahaya wooo..

Itulah sikap politik manusia…”rasional bila selesa, emosional bila sengsara..”

Ni cadangan atau kaji selidik ni?????

Antara pengunjung Blog ini, tentunya ada yang memiliki satu kuasa, iaitu “kuasa berfikir tanpa berfikir…”??? Wassallam.


Padamar,
Secara peribadi saya cenderung dengan Barisan Rakyat. Namun keputusan
mesti diambil secara muafakat.

11 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysia kini berada di persimpangan: kita boleh bergerak ke hadapan dengan menekankan pembinaan daya saing nasional dan mengurangkan jurang antara kaya dan miskin; atau kita boleh kekal tanpa hala tuju sambil mempertikaikan kuota kaum ketika kedangkalan, rasuah dan jurang ekonomi semakin bertambah.

Ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini menuntut campurtangan kerajaan dan penggubalan undang-undang bukan untuk membantu golongan miskin tetapi semata-mata untuk kroni-kroni mereka, negara-negara yang sebelum ini jauh di belakang kita sedekad yang lalu sedang giat berusaha untuk memotong kita, jika tidak ketika ini pun, sekurang-kurangnya pada masa yang dekat. Pada tahun 1970an and 1980an kita berada pada tahap Singapura, Taiwan dan Korea – kini mereka sudah jauh di hadapan kita. China dan India telah bangkit sebagai gergasi ekonomi. Kita kini sedang tewas kepada Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Kerajaan telah gagal sama sekali dalam memacu ekonomi kita. Untuk menikmati pertumbuhan ekonomi yang kita kecapi antara 1970an hingga 1990an, kita perlu menarik pelaburan asing. Pada tahun 1990, UNCTAD meletakkan Malaysia keempat di dunia dari segi daya tarikan kepada pelaburan asing, kini kita di nombor 62. Malah pelaburan swasta kita telah merudum kepada peratusan yang kurang daripada 1990. Di sebalik sentimen yang sedikit positif di Bursa Malaysia baru-baru ini – Thailand, Singapura, Korea dan Taiwan – yang ketinggalan berbanding kita dari segi ‘market capitalisation’ telahpun memotong kita.

Pentadbiran yang ada pada hari ini telah meletakkan membanteras rasuah sebagai janji utama mereka pada pilihanraya yang lepas. Tetapi tiada keazaman politik ditunjukkan untuk membuka kes-kes rasuah yang besar, sementara Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri saling tuduh-menuduh siapa yang memberi lebih banyak kontrak dan projek kepada anak-anak mereka. Tidak hairanlah kita telah jatuh lima tangga lagi – dari 39 kepada 44 – dalam Indeks Persepsi Rasuah Transperency International.

Keadaan rakyat juga terus meruncing. Lebih 80,000 graduan kita menganggur. Malaysia tidak meningkatkan daya saing ekonomi kita kerana kita terus-menerus bergantung kepada pekerja asing untuk bekerja pada upah yang rendah. Tetapi ketika kita tidak boleh bersaing dengan tenaga kerja mahir Korea, Taiwan atau Singapura, kita juga tidak boleh lagi bersaing dengan kadar upah yang rendah di China, Vietnam atau Indonesia. Orang ramai juga dibebani peningkatan harga yang berterusan ketika inflasi diramalkan berada pada tahap tertinggi dalam tujuh tahun sementara kadar upah dan gaji tidak berubah.

ANWAR IBRAHIM

10 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Nik Nazmi

Kami nak minta maaf sebab www.anwaribrahim.com telah mengalami masalah teknikal. Kami dah pindahkan ke hosting baru, dan insya Allah team web akan dapat selesaikannya secepat mungkin.

Harap maaf!

9 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

shenyeeaun menanyakan soalan & memberi pendapat.

Sebelum saya memulakan komentar saya , komentar saya akan didahului
oleh ucapan minta maaf zahir dan batin dahulu.

Saya bukannya sengaja mahu mengkritik Datuk yang amat hebat tetapi saya juga bukan seorang yang tidak adil dalam pendirian dan perjuangan
saya. Jika orang BN tidak betul maka mereka akan teruk dibelasah saya.
Justeru sama ada orang BN atau BA yang tidak betul maka saya akan
menyuarakan.

Tidak perlu saya saya gentar kepada tokoh-tokoh yang besar jika
orang-orang seperti Ong Ka Ting , segelintir pempimpin DAP , MP Rantau
Panjang , Perlaksanaan dan pengurusan kerajaan pernah ditentang apabila
berlakunya sesuatu yang tidak betul.
(more…)

9 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

addeb memberi pendapat:

Assalamu ‘alaikom Sdr Anwar,

Saya (dan ribuan lagi rakyat Negara Boleh) berkeyakinan, bahawa, andaikata PEMILU terus diselenggarakan seperti yang sudah sudah, usahkan menang untuk memerintah, hanya sekedar menafikan 2/3 untuk BN, Barisan Rakyat, harus menunggu kucing bertanduk!

Pendek kata, perjalanan PEMILU mesti, wajib di “revolutionise” kan dengan apa cara sekalipun. Saudara yang banyak pengalaman, luas pandangan dan merata perjalanan, tentunya lebih arif dengan tindakan yang perlu diambil.

Penerbitan “Sham Democracy” saya kira, adalah satu langkah permulaan yang betul. Tetapi itu hanya 5% dari apa yang masih perlu dilakukan.

Addeb,
Gerangan dimana sdr, agak lama tanpa berita.
SPR akan kekal sebagai alat BN mengendalikan p/raya tempang sekadar mewarwarkan amalan demokrasi Malaysia. Walau bagaimanapun dengan pendedahan fakta penipuan secara meluas dan berterusan didalam dan luar negara saya percaya beberapa perubahan besar terpaksa dilakukan.
Sdr perlu mengemukakan cadangan mengenai langkah tambahan yang perlu diambil.

8 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

syawal memberi pendapat:

Dato Seri, Good Luck!!!

Saya rasa Dato Seri seharusnya berjuang untuk dapatkan hak berpolitik yang telah dinafikan dahulu.Dengan ini sahaja DS dapat bergerak aktif dalam politik secara maksima.

P/s Betulke nanti ramai lagi geng DS dalam BN akan join PKR :)

syawal,
Kita akan terus bergelut dan bertarung untuk menuntut hak rakyat.

8 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

drpd bkoordinasi:

Salam perjuangan Sdr Anwar,

Saya ingin memberi pendapat mengenai kenyataan saudara tentang isu selatan Thailand. Semua orang bercakap mengenai rundingan damai antara kerajaan pimpinan Surayud dan juga kumpulan pemisah.

Bahkan, ada juga kedengaran bos saudara dahulu iaitu Tun Mahathir pun menjadi orang tengah mengenai rundingan damai ini. Benarkah Tun menjadi orang tengah? Dengan siapa beliau berunding? Kenapa pemisah apabila selepas berjumpa dengan Tun telah mendapat sebuah masjid yang akan didirikan oleh Tun di Teluban, Pattani?

Rakyat Patani bukan mahukan masjid, mereka mahukan `kemerdekaan’ bahkan sudah berlambak-lambak masjid di Patani.

Sebenarnya Tun Mahathir bukan berunding dengan pemisah tetapi hanyalah dengan guru-guru agama, ulamak-ulamak di Pattani sahaja. Mereka ini tidak terlibat dalam proses perjuangan mengangkat senjata untuk menubuhkan negara yang merdeka. Siapa Tun untuk dibawa berunding? Malah latarbelakang Tun Mahathir amat buruk semasa pemerintahannya mengenai hak asasi terhadap rakyatnya.

Jadi, apa yg diperkatakan oleh kerajaan Thailand hanyalah khayalan semata-mata. Tidak pernah ada pun cubaan untuk berunding, berbincang, berdiskusi mengenai keamanan di selatan Thailand ini.

Kami tahu saudara juga pernah menyokong gerakan di Pattani iaitu Gerakan Islam Pattani (GIP). Sebenarnya saudara tersilap pilih mengenai gerakan di Pattani pada masa lalu.

Kita tidak akan berunding, selagi tidak undurkan tentera, sekolah pondok ditekan, bahasa melayu dianak-tirikan. Masalah Selatan Thailand hanya boleh difahami hanya dengan sejarah sahaja. Malah sejarahnya adalah panjang.

bkoordinasi,

saya turut merasakan derita rakyat Pattani dan mengerti kebimbangan sdr mengenai inisiatif perdamaian olih pemerintah Thai yang baru. Saya juga tidak terlibat dengan inisiatif Tun Dr M walaupun saya berpendapat kita tidak harus menolak usaha beliau termasuk mendirikan masjid di Teluban. Malah kita perlu menggalakkan tokoh-tokoh kaya untuk melakukan lebih banyak khairat terutama dalam bidang pendidikan.

Pendirian saya adalah menggesa kedua pihak berunding bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlarutan dan meragut banyak nyawa. Dan saya akur dengan pendirian sdr bahawa perundingan mesti berdasarkan syarat keadilan – menghentikan segala bentuk keganasan, mengiktiraf hak rakyat beragama dan mengamalkan bahasa mereka tanpa tekanan dan diskriminasi.

Perundingan harus melibatkan semua wakil masyarakat Pattani dan tidak semata-mata memilih kelompok yang disengangi olih pemerintah Thai sahaja. Kami mendoakan semuga kekusutan ini dapat dileraikan dengan sebaiknya.

8 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

spotlight beri respon:

Kaedah celup jari pengundi ketinggalan zaman – Pengerusi SPR

Dari reaksi pengerusi SPR, saya berkeyakinan BN akan menang besar lagi pada PRU ke-12. Cara beliau menjawab agak keras & menolak idea pembangkang yg. inginkan keadilan. Ini membuktikan SPR berada bersama-sama parti BN. Dari desas-desus di PWTC, berkemungkinan PRU akan diadakan bulan 6-7 tahun hadapan. Selepas itu mereka akan bersantai ke luar negeri.

Apa guna PRU jika SPR berlaku tidak adil? Saya cadangkan agar pengerusi SPR ini dipecat krn. peranannya menyebabkan PRU menjadi huru-hara.

spotlight,

Jawapan Pengerusi angkuh!Amalan celup jari di India dan Indonesia berjaya mengelak penipuan. Apakah SPR ingin meneruskan amalan yang terbukti kucar kacir, dan mempertahankan segala taktik kotor semata-mata untuk menjamin kemenangan UMNO dan BN? Apakah Pengerusi berkenaan tidak mempelajari dari pengalaman Suruhanjaya P/raya Thailand?

Pada tahap sekarang kita perlu mendedahkan kecurangan yang berlaku. Saya yakin dengan kesedaran meluas di kalangan rakyat, SPR akan dipaksa menyempurnakan tanggungjawab saperti yang diamanahkan.

8 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Hang Nadim menyatakan:

Mungkin Datuk Seri boleh komen sikit kaitan laporan Iraq Study Group yang dipengerusikan bersama oleh James Baker & Lee Hamilton dengan usaha Datuk Seri melalui Foundation for The Future. Khabarnya laporan Iraq Study Group baru dikeluarkan semalam.

hangnadim,

Penaklukan Amerika meninggalkan kesan parah;dengan pertumpahan darah, dan jenayah berterusan. Kajian yang dibentangkan adalah percubaan Amerika menyelamatkan negara mereka dari kemelut dahsyat yang telah mengurbankan ratusan ribu nyawa. Yang mendesak adalah keputusan rakyat Iraq sendiri dan bukannya telunjuk pihak luar.

Switch to our mobile site