28
Dec
06

Mencari Titik Pertemuan untuk Memperbaharui Hubungan Antara Agama

Pada 17 Disember 2006 lalu diadakan Forum Kebebasan dan Demokrasi di Malaysia: Dialog Di Kalangan Umat Islam di Kuala Lumpur dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat dan Friedrich Naumann Stiftung. Saya telah menjemput wakil-wakil daripada Jemaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Forum Profesional Muslim, Persatuan Ulama’ Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia Tenggara, Parti Islam SeMalaysia dan Keadilan. Selain itu sebilangan sarjana, penulis dan pemikir turut menyertai forum tersebut. Beberapa wakil dari kalangan yang dianggap mewakili sosok liberal yang diundang enggan bersama di dalam forum tersebut.

Saya menekankan keperluan meneruskan wacana secara terbuka dan bersedia menghormati perbedaan pendapat di kalangan peserta. Keterbukaan sedemikian dikira lebih mendesak memandangkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia kian meruncing. Sayugia disedari bahawa kesangsian tersebut juga menambah prasangka dan kebimbangan: umat Islam merasakan bahawa hak dan kedudukan mereka semakin dicabar; sementara masyarakat bukan Islam pula merasakan kebebasan mereka terancam. Justeru itu adalah dikira wajar dicari muafakat di kalangan umat Islam selain usaha berterusan menggalakkan dialog antara agama.

Para peserta umumnya menzahirkan iltizam mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan serta memelihara prinsip kebebasan agama yang termaktub di dalam Perlembagaan negara dan diamalkan selama ini. Mereka musykil dan sangsi dengan kemunculan segelintir pihak yang lantang mencabar hak umat Islam mengamalkan agama dan syariat. Walhal, dalam menafsirkan peruntukan Perkara 121(1)(a) dalam Perlembagaan yang memperuntukan bidang kuasa Mahkamah Syariah sekalipun, ia tidak bermaksud untuk mencabuli hak dan kebebasan beragama di Malaysia.

Di atas kesedaran tersebut, para peserta forum bersepakat:

  1. Mendukung usaha ke arah mencapai titik pertemuan dan meredakan ketegangan di dalam isu agama.
  2. Menyatakan rasa bimbang di atas kelemahan kerajaan untuk membincangkan dan menangani masalah ini.
  3. Meneruskan muafakat menerima semangat kebebasan dan prinsip demokrasi serta menghormati hak masyarakat bukan Islam untuk hidup mengikut agama mereka, sekaligus menerima realiti majmuk Bangsa Malaysia

Jelas sekali ketegangan yang melanda Malaysia pada hari ini hanya boleh diselesaikan menerusi kepimpanan yang tegas tetapi ikhlas beserta dialog yang telus dan terbuka, bukannya dengan menutup ruang perbincangan sebagaimana dianjurkan pemimpin kerajaan.

ANWAR IBRAHIM


10 Responses to “Mencari Titik Pertemuan untuk Memperbaharui Hubungan Antara Agama”


  1. 1 www.zakiyamani.blogspot.com Dec 28th, 2006 at 4:10 pm

    Inisiatif ini adalah satu permulaan yang sangat baik meski perbincangan yang sealiran dengannya perlu diperkemaskan khususnya daripada segi pemilihan pembentang dan kertas-kertas yang dibincangkan.

    Namun satu perkara yang saya kira semakin meningkat darjah kepentingannya di kalangan umat Islam ialah tatkala kelompok lain merasakan hak mereka terancam, umat Islam sendiri merasakan hak mereka juga terancam terutamanya oleh tindakan individu-individu Islam sendiri yang memperjuangkan liberalisme yang kabur maksud dan tujuan sebenarnya.

    Bagaimana harus kita tangani kemelut ini?

  2. 2 hanaz Dec 28th, 2006 at 4:34 pm

    Salam perjuangan.
    Dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau kekusutan,dialog dan perbincangan merupakan jalan yg terbaik.Usaha untuk menganjurkannya harus diberi pujian kerana tanpa program-program sebegini sudah tentu tiada ruang untuk pelbagai pihak melontarkan idea dan pendapat dalam mencari persefahaman.Namun,saya berpendapat bahawa usaha mengadakan forum-forum sebegini masih belum cukup jika kesimpulan dan resolusi sesebuah forum itu hanya berlegar dalam kalangan peserta-pesertanya sahaja.Jika adapun mungkin hanya memorandum yg diserahkan kepada agensi-agensi tertentu.Jika hal ini berlaku,kita sebenarnya telah mengalami kerugian yg besar.Masyarakat umumnya sudah tentu tidak dapat meneroka isu-isu yg dibincangkan yg mungkin boleh menimbulkan kesedaran dan meningkatkan rasa tanggungjawab mereka terhadap sesuatu isu lebih-lebih lagi tentang isu agama.Oleh itu,pihak-pihak yg bertanggungjawab perlu lebih peka mengenai hal ini dengan cara menghebahkan mengenainya menggunakan semua saluran yg ada.Hal ini tentu sukar dalam keadaan kita yg sedang dikongkong,namun usaha kearahnya adalah perlu dan sangat mustahak bagi meneruskan kesinambungan perjuangan yg berteraskan kefahaman terhadap sesuatu perkara yg dibangkitkan.

  3. 3 freelunch_2020 Dec 28th, 2006 at 9:03 pm

    Datuk Seri,

    Great work with the inter-faith dialogue to reduce inter-ethnic and inter-faith tensions in the country.

    To digress, would you care to comment on the Prime Minister’s alleged new RM30million yacht as reported earlier this month by Turkey newspaper Hurriyet?

    From your vast experience in government and as a forcibly, and I would argue illegally, removed deputy prime minister, is is NORMAL for the Prime Minister to simply deny a FALSE report in a foreign paper without demanding for an APOLOGY from both Turkey and the newspaper itself?

    Is a letter from the alleged yacht building enough to to disprove a NATIONAL newspaper’s report? Is it not highly unusual for the national news agency BERNAMA to publish a letter from the company instead of a CORRECTION and APOLOGY from Turkey and the newspaper?

    Also, what is your view on the PM’s management of the current flood crisis that has left over 60,000 homeless? In such a situation, is it advisable for the PM to continue his year-end holiday in Australia?

    Thanks so much for your time.

    All the best in your good work for the country.

    Regards,
    Freelunch

  4. 4 freelunch_2020 Dec 28th, 2006 at 10:00 pm

    Datuk Seri,

    Apologies but what is your view on the following statement by PAS president Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang?

    ‘Banjir murtad’ lebih bahaya – Presiden PAS
    Oleh Maslan Yusoh
    Sat | Dec 23, 06 | 08:26:39 AM

    KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan mengapa media lebih mengutamakan berita puluhan ribu penduduk berpindah kerana banjir, sedangkan ribuan mangsa murtad didiamkan.

    Katanya, ratusan ribu menjadi mangsa murtad, dadah dan kemungkaran dibiarkan dibawa arus tanpa didedah kepada rakyat secara meluas.

    “Seramai 60,000 orang yang dilaporkan menjadi mangsa banjir hanya bersifat sementara, sedangkan banjir kesesatan seperti gejala murtad dan keruntuhan moral terus berlaku tanpa hak masa,” katanya pada Himpunan 15,000 Pemuda PAS 2006 di sini, petang ini

  5. 5 aput83 Dec 29th, 2006 at 4:34 pm

    Honestly speaking, until the muslim councils are open to discussions on faith, and can actually convince the muslim populous that discourse is a good thing, I foresee no change.

  6. 6 Hang Tuah Dec 30th, 2006 at 3:11 am

    Kebebasan beragama dalam sesebuah negara Islam adalah lebih baik, jika dibandingkan dengan, kebebasan beragama dalam sesebuah negara bukan Islam.

    Yang bezanya ialah, Islam melarang penganutnya bertukar agama. (Pelajari Islam & kita akan tahu sebabnya.)

    p/s: Hang Tuah hanya mahu SPR bebas.

  7. 7 aput83 Dec 30th, 2006 at 8:37 am

    yes hang tuah, that’s true, but how do you explain that in dialogue to the non-Muslims?

    or, better yet, how would you react if the non-muslims brought the topic up at an inter-faith discussion.

    the muslims of penang reacted by rioting. shows how sensitive they are.

  8. 8 Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi. Jan 26th, 2008 at 10:56 am

    Untuk menjawab “MENCARI TITIK PERTEMUAN UNTUK MEMPERBAHARUI HUBUNGAN ANTARA AGAMA”, kami telah menerbitkan buku paduan terhadap kitab-kitab suci agama-agama berjudul:

    “BHINNEKA CATUR SIAL TUNGGAL IKA”
    berikut 4 macam lampiran acuan:
    “SKEMA TUNGGAL ILMU LADUNI TEMPAT ACUAN AYAT KITAB SUCI TENTANG KESATUAN AGAMA (GLOBALISASI)”
    hasil karya tulis ilmiah otodidak penelitian terhadap isi kitab-kitab suci agama-agama selama 25 tahun oleh:
    “SOEGANA GANDAKOESOEMA”
    dengan penerbit:
    GOD-A CENTRE”
    dan mendapat sambutan hangat tertulis dari:
    “DEPARTEMEN AGAMA REPUBLIK INDONESIA” DitJen Bimas Buddha, umat Kristiani dan tokoh Islam Pakistan.

    Wasalam, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.

  9. 9 Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi. Jul 2nd, 2008 at 2:20 pm

    Buku panduan terhadap kitab-kitab suci agama-agama:

    “BHINNEKA CATUR SILA TUNGGAL IKA”
    Penulis: Soegana Gandakoesoema

    I. Telah diserahkan pada hari Senin tanggal 24 September 2007 kepada Prof. DR. ibu Siti Musdah Mulia, MA., Islam, Ahli Peneliti Utama Balitbang Departemen Agama Republik Indonesia, untuk diteliti sampai pada kesimpulan menerima atau menolak dengan hujjah, sebagaimana hujjah dari dalam buku itu sendiri.

    II. Telah dibedah oleh:
    A. DR. Abdurrahman Wahid, Gus Dur, Islam, Presiden Republik Indonesia ke-4 tahun 1999-2001.

    B. Prof. DR. Budya Pradiptanagoro, Penghayat Ketuhanan Yang Maha Esa, dosen FS Universitas Indonesia.

    C. Prof. DR. Usman Arif, Konghucu, dosen Filsafat Universitas Gajah Mada.

    D. Prof. DR. Robert Paul Walean Sr., Pendeta Nasrani, sebagai moderator, seorang peneliti Al Quran, sebagaimana Soegana Gandakoesoema meneliti Al Kitab perjanjian lama dan perjanjian baru, keduanya setingkat dan sederajat dengan Waraqah bin Naufal bin Assab bin Abdul Uzza 40 tahun, Pendeta Nasrani, anak paman Siti Hadijah 40 tahun, isteri Muhammad 25 tahun, sebelum menerima wahyu 15 tahun kemudian pada usia 40 tahun melalui Jibril (IQ).
    Pertanyaan yang sulit untuk dijawab, akan tetapi sangat logis dan wajar untuk dipertanyakan, adalah ketika Siti Hadijah dan Muhammad sebelum menerima wahyu adalah orang baik, patonah, sidik, amin dan lain sebagainya, mereka menikah dengan ritual agama apa dan mereka beragama apa ?

    E. Disaksikan oleh 500 peserta seminar dan bedah buku yang diakhiri sesi dialog tanya-jawab yang apabila waktu tidak dibatasi, maka akan mengulur panjang sekali, sehubungan dengan banyaknya gairah bertanya dari pada hadirin.

    Pada hari Kamis tanggal 29 Mei 2008, jam 09.00-14.30, tempat Auditorium Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, jl. Salemba Raya 28A, Jakarta, dalam rangka peringatan satu abad (1908-2008) kebangkitan nasional “dan kebangkitan agama-agama (1301-1401 hijran) (1901-2001 masehi)” diacara Seminar & Bedah Buku hari/tanggal: Selasa 27 Mei - Kamis 29 Nei 2008, dengan tema merunut benang merah sejarah bangsa untuk menemukan kembali jati diri roh Bhinneka Tunggal Ika Panca Sila Indonesia.

    Wasalam, Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi.

  10. 10 Soegana Gandakoesoema, Pembaharu Persepsi Tunggal Agama millennium ke-3 masehi. Jul 2nd, 2008 at 2:23 pm

    Buku “BHINNEKA CATUR SILA TUNGGAL IKA”
    Tersedia ditoko buku KALAM
    Jl. Raya Utan Kayu 68-H, Jakarta 13120.
    Telp. 62-21-8573388

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2006
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031