Akhlak, Ilmu & Etika Asas Masyarakat Madani

28 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

emel daripada [email protected]:

Assalamualaikum Dato’ Seri Anwar…
Boleh Dato’ Seri jelaskan gagasan Masyarakat Madani yang digagaskan oleh Dato’ Seri
sebelum ini dalam kerajaan ;} dan dikaitkan dengan gagasan Ibnul Khaldun dalam kitabnya”al-Muqaddimah”. Saya ada baca kitab al-Muqaddimah dalam Bahasa Arab dan amat kagum dengan cara pengolahan yang dihuraikan oleh Abdul Rahman bin Khaldun.Cara mu’amalat Masyarakat Islam dengan Masyarakat ‘Ajam seperti masyarakat barbar. Dan baru-baru ini, pada 22 Disember, telah datang satu rombongan Kementerian Keselamatan Dalam Negeriyang disertai oleh KPN, Dato’ Seri Musa Hassan :), SUK
Keselamatan Dalam Negeri dan ahli rombongan yang lain. Mereka dalam gerak kerja melawat Syria, Jordan dan Mesir. Dan saya tertarik dengan satu soalan yang berkaitan dengan ISA yang diutarakan oleh salah seorang pelajar . Di antara Jawapan daripada Dato’ Seri Musa Hassan ialah “Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”. Apakah komen dan pandangan Dato’
Seri, harap minta penjelasan…

Abdul Hamid, JORDAN
Takhasssus Bahasa Arab & Sastera, Semester Akhir.
THE HASHEMITE UNIVERSITY

Sdr Abdul Hamid,

Saudara tentunya arif dengan akar kata din yang mekar dalam konsep Madinah dan tamadun. Maka masyarakat madani berakar kapada masyarakat yang berilmu, yang mendorong pembangunan dan kemajuan berteraskan akhlak dan nilai etika. Pencapaiannya adalah dengan pemerkasaan ekonomi rakyat, budaya masyarakat.Ungkapan “mujtama’ madani” pernah diperkenalkan oleh ulama dan reformis Mesir Sheikh Muhammad Abduh.

Merujuk kapada ISA sayugia diingat bahawa undang-undang rakus tersebut adalah peninggalan penjajah mirip dengan Patriot Act yang dijadikan senjata oleh Presiden Bush menahan kejam ramai aktivis Islam tanpa bukti sahih semata-mata atas dasar kecurigaan.
Dua kali saya menjadi mangsa ISA. Pertama kerana membela nasib petani miskin Baling (1974) dan kedua tatkala membantah rasuah dan kezaliman Dr Mahathir di mana ISA digunakan untuk melindungi ketua polis penjenayah Rahim Noor yang membelasah saya.

Namun isu tersebut bukan peribadi. Ribuan rakyat dizalimi apabila ditahan tanpa bukti dan dihadapkan ka mahkamah. Pihak polis (bahagian khas) diperalat olih pimpinan Umno untuk merekayasa pertuduhan untuk muslihat politik kotor mereka. Perhatikan sahaja nasib pejuang kebangsaan Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, bekas menteri pertanian yang popular Aziz Ishak, Dr Syed Husin Ali.

Pendirian kita adalah jelas menolak keganasan, rasuah dan kezaliman. Institusi polis harus profesional, badan kehakiman harus bebas dan pendakwaan tidak harus memilih untuk melindungi rasuah atau jenayah penguasa.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site