17
Dec
06

Krisis Ekonomi & Peranan Soros

Media-media kerajaan menyambut positif perdamaian Tun Dr Mahathir dan pengurus dana George Soros. Ini bermakna tohmahan Dr M bahawa krisis ekonomi negara 1997-1998 tidak berpunca dari Soros. Selama 9 tahun rakyat disogokkan dengan propaganda sademikian. Soalnya jika apa yang ditohmahkan olih Dr M terhadap spekulator Yahudi itu tidak benar, siapakah yang bertanggungjawab?

Dan apakah selama ini rakyat sengaja ditipu untuk melindungi penjenayah sabenar atau memadamkan punca masalah sabenarnya?

Sasungguhnya tatkala Dr M mengecam Soros dulu, saya telah mengemukakan laporan dari Bank Negara Malaysua,Suruhanjaya Sekuriti,Bursa Saham dan Perbendaharaan mengenai spekulator asing dan penglibatan tokoh korporat dalam negara. Semua pandangan tersebut diketepikan dan Dr M mengulangi serangan terhadap soros.

Saya tegas mengulangi kenyataan saya pada tahun 1998 bahawa penyangak dan pengkhianat adalah kelompok sekitar Dr M ketika itu.


14 Responses to “Krisis Ekonomi & Peranan Soros”


  1. 1 shenyeeaun Dec 17th, 2006 at 10:42 pm

    Saya berharap rata-rata pembaca di sini bersetuju dengan cadangan saya supaya memujuk Chegubard untuk terus bersama Angkatan Muda. Mungkin orang lain akan kata saya sibuk kerana saya bukan ahli dan ingin masuk campur hal ehwal parti.

    Sesungguhpun demikian saya tiada sebarang niat yang tidak baik. Saya tidak mahu melihat seorang demi seorang pemimpin yang berkaliber meninggalkan parti. Sudah beberapa pemimpin yang berkarisma sudah meninggalkan parti atas sebab-sebab tertentu. Saya rasa orang yang berada di dalam parti sudah tahu mengapa.

    Kes Chegubard berlainan sebab chegubard tidak pernah menentang parti ataupun berniat jahat. Beliau merupakan seorang yang amat rajin berusaha bekerja untuk parti. Beliau merupakan seorang pemimpin yang peka dan sememangnya berwibawa dan berkemampuan. Semangat juangnya amat tinggi. Kita perlukan orang sebegini untuk terus bersama angkatan muda.

    Chegubard merupakan seorang pejuang PKR yang cukup berpengalaman dan sudah banyak berbakti. Kehebatan beliau memang sukar dijelaskan di sini. Percayalah bahawa beliau merupakan seorang contoh pemimpin yang amat baik.

    Kita perlukan orang yang rajin sepertinya. Kita ketepikan segala perbezaan dan berjuang atas nama Keadilan.

    Kepada para pembaca yang membaca komentar ini silalah memujuk seorang insan yang hebat itu. Chegubard juga merupakan antara pemimpin yang celik IT dan sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging untuk berpaksi pada perjuangannya.

    Lihat sahaja aktiviti yang disertai dan dianjurkan oleh beliau sudah kita ketahui bahawa chegu bard sering turun ke padang.

    Saya tidak mahu mempersoalkan mengapa orang sehebat chegu bard tidak diberikan jawatan yang lebih tinggi. Itu bukan hak saya. Walaubagaimanapun saya rasa adalah tidak melampau sekiranya saya mencadangkan kita memujuk che gu bard menarik balik surat perletakan jawatannya.

    Parti ini perlu terus dikukuhkan .Segala perbezaan harus dicari persamaan dan perbezaan tersebut. Sehati sejiwa memperkukuhkan parti masing-masing.

    Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh.

    Sebelum nasi menjadi bubur dan terlambat saya rasa chegubard perlu dikembalikan

    Sekiranya komentar ini menyakikti hati sesiapa saya akhiri dengan lafaz minta maaf zahir dan batin.

  2. 2 shenyeeaun Dec 17th, 2006 at 10:52 pm

    Di samping itu beliau juga merupakan seorang yang penuh dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada beliau. Kita lihat bagaimana beliau menguruskan GERAK sudah tahu bahawa chegu bard ikhlas dalam membuat kerja yang diamanahkan

  3. 3 dekmat Dec 18th, 2006 at 3:09 am

    Dato Seri

    Adakah benar yg dikatakan bahawa Dato Seri belum lagi menjadi ahli Paeti Keadilan Rakyat. Jika belum, bilakah atau adakah Dato Seri akan menjadi ahli PKR?

  4. 4 addeb Dec 18th, 2006 at 9:27 am

    Bagi warga negara yang ada barang sedikit otak, waras fikiran (tidak gila) dan berminat dengan kebenaran, adalah cerah lagi bersuluh bahawa George Soros tidak pernah bertanggung jawab memporak perandakan nilai matawang dalam tahun 1997. Analisa yang jujur (yang tidak partisan) akan menunjukkan kearah pengujudan fall guy (dalam istilah loghat tempat saya, wak long wak dogol), untuk mengalih pandangan dari longgokkan najis yang tidak mungkin lagi diselubungi dengan kertas surat khabar Utusan Malaysia!

    Siapakah yang terbaik? Yang memang dekanali seantero dunia sebagai seorang spekulator matawang (kes pound sterling?). Dan yang paling penting (untuk tujuan ini) seorang Yahudi? Jelas! Jawabnya ialah Geroge Soros! Maka Soros lah yang ditonjolkan sebagai seorang “Moron“.

    Rakyat Malaysia (termasuk Sdr Anwar Ibrahim) tertipu dan hidup dalam khayalan selama 22 tahun! Seolah olah tidak pernah serik ditipu oleh satu makhluk yang, tanpa segan silu, menghina al-Quraan dan Rasul (SAW) demi kepentingan politiknya!

    Masalahnya…..masih ramai yang suka kena tipu! Maka jadilah misi PKR untuk mengejutkan rakyat daripada terus lena dibuai mimpi!

  5. 5 ADIhamka Dec 18th, 2006 at 11:17 am

    sdr shen..
    saya kira meskipun kita sedih dengan pengunduran beberapa orang kuat AMK,tetapi disinilah perlu kita yakin pada konsep pelapis2 baru..komitmen mereka yang pergi tetap diteruskan oleh kepimpinan yang baru diketuai sdr Shamsul Iskandar.masih ada nama2 seperti (kalau tersilap mohon perbetulkan) Zaki Yamani,Amiruddin Shari,Zukri Aksah,Md Zaman Tasi (sekadar menyebut beberapa nama) yang masih bersama dengan kepimpinan AMK yang ada.kita perlu yakin bahawa perjuangan keADILan bukanlah perjuangan ‘one man show’.
    yang paling penting,kesinambungan komitmen perjuangan perlu berterusan dari masa ke masa.
    sekadar berpendapat,sekian.

  6. 6 abykalam Dec 18th, 2006 at 11:33 am

    Ya betul tuh Adihamka … yang pergi tuh tandanya merajuk la … mungkin tak dapat projek ke apa ke … jawatan ke.. Chegubad … heheheh … nak terkentut aku dengar nama dia nih … kalau aku pecahkan rahsia … malu PKR … heheh … lain kali je la …

  7. 7 ADIhamka Dec 18th, 2006 at 1:52 pm

    terima kasih abykalam…

    bagi pihak pengurusan blog dan pengunjung yang lainnya,saya pun amat berharap sdr dapat jaga etika dan kesantunan bahasa yang digunakan di blog ini.ini bukan blog kita,ini blog DSAI.justeru tak manis bagi yang lain membacanya..
    saya kira kita hormatilah pendirian chegu Bard & ezam,apapun kemelut peribadi mereka,itu hal mereka.pengorbanan mereka seketika dulu jangan kita pinggirkan.sewajarnya kita hargai.kita pun belum tentu sanggup menerima bebanan yang mereka pikul sewaktu memimpin AMK.maka janganlah kita dilihat lebih sudu dari kuah..

    bukan berniat menyinggung,tetapi yang mana perlu ditegur,harap diterima dengan hati terbuka..

  8. 8 hawaiichee Dec 21st, 2006 at 10:21 am

    Rakyat Malaysia harus tampil hadapan membantah salah guna kuasa kerajaan. Datanglah beramai-ramai pada 31 Dec dan 7 Jan.

    Thousands expected at anti-toll hike demo
    Bede Hong
    Dec 19, 06 12:28pm Adjust font size:

    Opposition parties and consumer groups are planning a mammoth
    protest against the increase in toll hikes for five major highways
    in the Klang Valley.

    It is learnt that thousands are expected to turn up at the protest
    which will be held along the Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
    highway on Jan 7.

    PAS Youth chief Salahuddin Ayub said the Islamic opposition party
    alone will bring between 5,000 and 10,000 protestors.

    “We are sad that the government is not considerate towards the
    people, especially those with low incomes,” he said when met after a
    closed-door discussion in Kuala Lumpur last night.

    The hour-long discussion at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese
    Assembly Hall was attended by DAP Seputeh MP Teresa Kok, Parti
    Sosialis Malaysia secretary-general S Arutchelvan, PAS treasurer
    Hatta Ramli, Parti Keadilan Rakyat information chief Tian Chua and
    Malaysian Trades Union Congress (MTUC) president Syed Shahrir Syed
    Mohammad.

    A `Protes Kenaikan Tol’ committee has been set up and will be helmed
    by Syed Shahrir.

    Last week, the government announced that the toll rates for the five
    highways will rise between 20 to 60 percent effective Jan 1. LDP
    will see its toll rise from RM1 to RM1.60.

    Tian said the Jan 7 protest will not only see the participation of
    party members. “Local residents who are unhappy with the toll hike
    will also participate, ” he added when met at the same venue.

    Syed Shahrir said the committee has yet to decide on the exact
    location to hold the protest.

    “It would likely be somewhere where there are parking spaces for the
    protestors. We would not be blocking traffic. However, we would be
    visible to road users.

    “It’s a big mobilisation. I don’t think it would be solely because
    of the toll hikes. The public is very angry at a combination of
    things that happened this year, including the fuel hikes,” he added.

    Buy back highways

    The committee will also submit a memorandum to the Prime Minister’s
    Department on Dec 27 denouncing the toll hikes.

    The memorandum will call on the government to make public the
    clauses in the concessionaire agreements and to buy back the
    concessions.

    Works Minister S Samy Vellu disclosed that it cost RM4.13 billion to
    construct the five highways: LDP, Shah Alam Highway, Cheras-Kajang
    Highway, Kuala Lumpur-Karak Highway and the Guthrie Corridor
    Expressway.

    The minister also revealed that a RM2.589 billion compensation
    package for the five concessionaires was to be incurred from Jan 1,
    2007 when the new toll rates take effect to the next review in toll
    rates, which is between 2010 and 2012.

    Samy Vellu also said the government had to compensate a total of
    RM2.275 billion to the operators of four of the five highways, not
    including Guthrie Corridor, which is a new highway.

    However, while he gave a breakdown of this figure, he did not
    specify over what period of time this amount was paid.

    But going by this, the government could be paying as much as RM4.9
    billion in compensation alone for the highways.

    Opposition party DAP has urged the government to buy up the five
    highways by paying the concessionaires RM4.13 billion for the total
    construction cost.

    In a related development, DAP will proceed with the Dec 31 protest
    at the Grand Saga toll plaza along the Cheras highway. The protest
    is jointly organised by the Bandar Mahkota Cheras Open Access Road
    Action Committee (BMC-OARAC).

    On Sunday, a protest organised by DAP and BMC-OARAC saw some 800
    people taking to the streets in Cheras to vent their frustration
    against the toll hike.

  9. 9 Hang Tuah Dec 21st, 2006 at 4:02 pm

    YBhg Datuk Seri.
    Selama 50 tahun Malaysia merdeka, dengan segala kuasa & sumber yang dimiliki oleh UMNO & BN, mengapakah DEB masih gagal? Benarkah DEB gagal atau digagalkan? Bagaimana? Terima kasih.

  10. 10 fauzi Dec 21st, 2006 at 4:13 pm

    Assalamualaikum Dato Sri
    Dua ari lepas kawan dari Norway antaq satu video clip Dato Seri tengah menari sakan dang dut dengan satu lady..cun gak pompuan tu…betui ke insiden tu..jika betui function apa tu.. bukan apa kerana ana ni rasa pelik sikit tengok macam mana Dato Seri bole dang dut dgn pompuan tu..pls clarify..

  11. 11 aput83 Jan 2nd, 2007 at 11:23 am

    Soros was a scapegoat. That is fact. Dato’ Seri, it’s a well known fact that those in politics, which can be clearly seen in our country, cannot separate personal agendas from politics.

    Similar to the way most leaders will make their decisions based on their own religion, which is unacceptable in a multicultural society.

    Dr. M, in this issue, used Soros as a person to blame, because he couldn’t put the blame on his close friends/cronies/family.

    Thus, we should all take heed of a lesson from the movie The Godfather:

    “Never make business personal.”

  12. 12 freelunch_2020 Jan 2nd, 2007 at 9:40 pm

    aput83,

    agree that Soros was used as a scapegoat by Dr M - who merged personal + public agenda to an artform.

    there were other factors — both internal and external — that contributed to the 97 crisis, currency speculation being one of them.

    Godfather is a classic and have some sound advice including “never make business personal”. i would add especially in politics.

    ;-)

  13. 13 pemerhati..pririsa Feb 5th, 2008 at 2:41 am

    kepada dato sri dan seangkatannya….

    kami rakyat malysia sudah megetahui kegiatan anda, malah kami tahu niat dato terhadap negara yang kami cintai in iaitu malaysia…

    pada zaman dato menjadi menteri kewangan, dato telah selewengkan duit rakyat..duit kami telah dato beri pada abang dato dan keluarga dato..sehingga tun mahathir terpaksa menggabung kan bank-bank anggar bank-bank tersebut tidak jatuh susah @ bankrap.

    dato mampunyai niat ingin menjadi perdana menteri..malangnya tidak kesampaian.

    dato juga terlibat dalam pergerakan hindraf…kami tau apa dao lakukan….
    dato sanggup jual bangsa dato…itu dari pemerhatian kami…

    unuk pengetahuan dato..ramai penyokong dato telah beubah hati bila mengetahui apa yang dato telah lakukan…walaupun kami rakyat….kami mengetahuinya
    kami tidak suka akan keganasan, rusuhan dan sebagainya yang boleh mengggugat keharmonian negara…jangan dato ulangi PERISTIWA 13 MEI…KAMi TIDAK SANGGUP MENGHADAPINYA…KAMI TIDAK SANGGUP…KAMI RAKYAT MALAYSIA..INGIN KEDAMAIAN, KEMAKMURAN DAN KEHARMONIAN…

  1. 1 Esprit De Corps » Blog Archive » Anwar on Soros Pingback on Dec 22nd, 2006 at 10:54 am

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2006
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031