oleh Mohd Yusmadi, Washington D.C
WASHINGTON D.C 13 Oktober 2006. - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput sebagai salah seorang panel di dalam persidangan Kumpulan G-50 bertajuk God is back: Politics and Religion in the XXIst Century.
Keahlian G-50 terdiri daripada Who’s Who di dalam dunia pemikiran, media , politik, sains dan perniagaan di Amerika Latin. Persidangan tersebut ditaja oleh badan berngaruh hubungan antarabangsa Carnegie Endowment for International Peace dengan kerjasama Inter-American Dialogue. Panel-panel dipersidangan yang lalu terdiri daripada nama-nama besar seperti Francis Fukuyama, Jeffrey Sachs, Thomas Friedman, Fareed Zakaria, Lawrence Summers dan Joseph Stiglitz.
Untuk sessi kali ini Datuk Seri Anwar telah digandingkan dengan Jim Wallis, pemikir teologi dan penulis buku terkenal bertajuk God’s Politic yang masih di dalam senarai New York Times Bestseller. Selain daripada Jim Wallis, Datuk Seri Anwar juga digandingkan dengan Monica Duffy Toft, Proffessor Public Policy di Belfer Center dan Timbalan Pengarah di John M. Olin, Institute for Strategic Studies, Universiti Harvard. Turut serta ialah Katherine Marshall, Pengarah ‘Development Dialogue on Values and Ethics Unit dan Kaunselor kepada Presiden Bank Dunia.
Sesi forum tersebut dipengerusikan oleh Moises Naim, Pengerusi G-50 dan Ketua Pengarang majalah berngaruh Foreign Policy. Format forum berbeza daripada biasa di mana para panel diletakkan dicelah-celah para peserta dan perlu membentangkan pendapat berdasarkan solan secara spontan yang diajukan oleh pengerusi dan peserta tanpa sebarang kertas kerja.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjadi tumpuan sejak sesi dimulakan. Persoalan kompatabiliti Islam dan demokrasi yang diajukan oleh pengerusi majlis kepada Datuk Seri Anwar Ibahim menjadi landasan persolan-persoalan lain yang ditimbulkan oleh para peserta yang menanyakan isu spesifik seperti pemakaian tudung oleh kerajaan Perancis dan Britain dan tindakan kerajaan Turki terhadap pemenang hadiah Nobel Sastera Orhan Pamuk baru-baru ini.
Walaubagaimana soalan terakhir oleh Alberto Beeck, Presiden, Comentos Pacasmayo S.A.A, sebuah konglomerat terkenal di Peru telah menarik perhatian para peserta. Beliau yang tahu soalan yang bakal diajukan menyimpang daripada tajuk forum, terlebih dahulu memaklumkan hasrat beliau untuk menanyakan soalan yang bersifat peribadi kepada Datuk Seri Anwar.
Apa perasaan saudara ketika ditahan selama 6 tahun di dalam penjara, kerana saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya akan lalui sekiranya saya ditahan hanya selama 1 hari?. Soalan Alberto telah membuat para peserta tersentak dan terpegun seketika. Jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tahanan tersebut membolehkan beliau menghabiskan bacaan karya Shakespeare’s selama 4 kali dan memberi kekuatan baru yang lebih kuat dalam memperjuangankan keadilan dan kebebasan telah mendapat tepukan gemuruh oleh kesemua peserta yang kemudianya berpusu-pusu bertemu Datuk Seri Anwar selepas forum tersebut. Sesi tersebut tamat sekitar pukul 6.30 petang.
















salamz
proud to be with anwar…proud as malaysian and proud to be muslem…
memikirkan pemimpin yg dipinggirkan di tanahair sendiri ini amatlah sedih dan memilukan…
beliau disanjung2 dan dipuji namun tidak dihargai dan disenangi oleh satu golongan yang bernama umno..
buahfikirnya didengari masyarakat dunia tapi intelektual universiti tempatan pun menyekatnya dari berkongsi idea yg berharga..
pengaruhnya yang begitu luas sehingga melangkaui benua mengalahkan bekas pm 25 tahun kita…
kesian, berbakti pada negara sebegitu rupa tapi disembur gas pemedih mata..padanlah orang tua..
adatnya dunia,
masa muda orang tak berani bertentang mata bila tua,
maunya dicungkil biji mata.
Salam sejahtera DS,
Tersenyum bila saya membaca perenggan terakhir artikel ini. Itulah dia Anwar Ibrahim. Tanyalah apa saja soalan pasti dengan izin Allah orang yang bertanya dan mendengar jawapan itu akan berpuas hati.
Teringat kisah lama yang diceritakan oleh abang saya, seorang doktor lepasan Universiti Malaya. Katanya ada sekali DS sempat hadir dalam pertemuan dengan sekumpulan pelajar UM. Kata abang saya, tanyalah apa saja soalan nescaya Anwar Ibrahim akan mampu menjawabnya (dan orang akan berpuas hati).
Bukan pujian tetapi itulah realiti. Sempat juga saya membaca wawancara DS dalam Suara Keadilan terbaru. Berdasarkan jawapan DS memang saya yang baca ni pun puas hati. Orang jenis apa Anwar Ibrahim ini! Walaupun DS ditahan selama 6 tahun, sudah dibebaskan dan sekarang terlibat hingga ke peringkat antarabangsa, DS masih konsisten.
Pada saya pemecatan DS adalah tidak sah dari segi undang-undang. DS masih Timbalan Perdana Menteri dan setelah turunnya Perdana Menteri yang lalu maka DS lah Perdana Menteri Malaysia. Yang ada sekarang ni hanya PM ’sementara/half past six’ yang tunggu masa nak turun saja.
Teruskan perjuangan kerana jawatan Perdana Menteri Malaysia itu memang selayaknya milik DS. Reformasi!