Ahmad mokhzani memberi respon:
Assalamualaikum Dato’ Seri,
Terima kasih kerana jawaban terhadap soalan saya tentang keputusan Dato’ untuk memasuki UMNO.
Saya selalu berasa sangsi tentang Dr. Mahathir walaupun ketika beliau masih rapat dengan Dato’. Bagi saya, (kalau Dato’ sanggup terima kritikan), Dato’ agak ‘naive’ pada waktu itu dan mudah percaya dengan musuh-musuh negara seperti Dr. Mahathir (saya sebut musuh negara kerana segala jenayah dan penipuan yang mereka lakukan terhadap rakyat).
Dr. Mahathir yang kononnya anti-Yahudi dan anti-Barat merupakan anggota ‘Rotary International’, yang sebenarnya satu saf daripada saf-saf ‘Freemasonry’ untuk menguasai Dunia. Sila ke http://theunifondorganization.blogspot.com/2006/08/former-pm-of-malaysia-is-rotarian-by.html.
Walaubagaimanapun, saya akan tetap sokong Visi Dato’ kerana selari dengan Visi Islam dan Kemanusiaan serta misi para anbiya’, dan akan saya bantu PKR dengan izin Allah selagi hidup. Islam membela sesiapa yang tertindas.
Saya juga sedang siapkan buku dalam Bahasa Inggeris yang berjodol ‘The Malaysian Warrior:The Life And Struggle Of Anwar Ibrahim To Reform Malaysia’ untuk menyedarkan masyarakat dunia (terutamanya di tanahair) tentang pengorbanan Dato’ Seri kepada mereka yang tertindas, tanpa mengira bangsa dan agama. Sebahagian daripada keuntungan daripada buku tersebut akan diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat, dengan izin Allah.
Wassalam.
sdr ahmad mokhzani,
Saya menerima baik teguran sdr. Walau pun saya menyanggah beberapa keterlanjuran Tun Dr M, saya tiak menafikan sumbangan beliau dalam membangunkan negara terutamanya dalam dekad pertama pentadbiran beliau. Saya juga bersama dalam mempertahankan dasar luar yang bebas dari tekanan kuasa asing. Namun saperti yang sdr tegaskan, terdapat banyak kontradikisi atau percanggahan dalam amalan beliau.
Sekarang kita perlu bergerak kadepan teerutama kerana kelembapan pimpinan sekarang serta kegagalan menanggani isu rasuah dan memacu pertumbuhan yang meyakinkan.
Saya menunggu penerbitan karya sdr.
















