(1) abufatihah menanyakan :
Assalamualaikum DSAI,
Semasa drama paling glamour DSAI berlangsung, saya baru melepasi peringkat sekolah. Saya betul2 mula mengenali DSAI di akhir versi 2.0 DSAI. Nothing much to say berbanding mereka yang lebih tua dari saya yang mungkin hidup sejak zaman versi 1.0 DSAI. Saya dilatih supaya tidak taksub/mengagungkan/mengidolakan (name what ever term) sesiapa melainkan ilmu/kepimpinan yang ada kepada seseorang. Saya mengkagumi ilmu/kepimpinan/siasah yang ada pada DSAI. Saya ingin bertanya, apakah major changes dari versi 2.0 dan 3.0 DSAI selain yang boleh didapati dalam media perdana. Jika satu program (software) bertukar versi maka akan ada satu logfile yg menyatakan perubahan2 yang berlaku. Sudilah kiranya didetailkan perbezaan tersebut.
Ana akhuka fillah
Sdr abufatihah
Tafsiran versi itu sabenarnya menurut tilikan Sdr Khalid Jaafar. Sesungguhnya ia tidak lebih dari tempuh perjalanan hidup yang harus mendewasakan kita. Yang penting ialah prinsip pokok - ketinggian akalbudi, pembelaan nasib rakyat, mempertahan maruah umat dan negara dari tercemar. Maka selaku mahasiswa, pemimpin belia, Menteri dan kini rakyat biasa, prinsip tersebut harus tetap bersemadi dan diperjuangkan.
(2) Hidayat Saifudin menanyakan :
Datuk Seri,
1. apakah kewajaran mahasiswa untuk bergiat cergas di dalam politik kepartian sewaktu pengajian mereka di dalam kampus,merujuk kepada pendapat Dr Mohd Agus Yusoff dlm Berita Harian 27 Jun 2006 bahawa AUKU perlu dipinda secara keseluruhannya agar tidak saja boleh menyertai pertubuhan belia tetapi juga pertubuhan politik. mohon pendapat Datuk Seri.
2. KeADILan dilihat sebagai sebuah parti yg punya visi dan misi yg jelas ke arah melahirkan Malaysia Baru.Pun begitu, mengapakah tidak dikeluarkan satu pelan dasar ataupun blueprint untuk memperincikan konsep Malaysia Baru?
3. Ada pihak yg mengatakan KeADILan perlu bergerak sendirian,cukup sekadar bekerjasama dgn PAS, DAP dan parti-parti lain sebagaimana yang dilihat di Sarawak.adakah Datuk Seri bersetuju?
4. Andai Datuk Seri masih percaya bahawa roh perjuangan Barisan Alternatif mesti terus dihidupkan dalam kancah politik Malaysia, adakah kewajaran untuk semua parti yang bernaung di bawah BA bertanding atas satu nama, satu wadah, satu lambang?
Sdr Hidayat,
1. AUKU akan hanya dipertahan oleh kakitangan akademik dan ahli politik yang lemah akal kerana tidak mampu meneruskan wacana bebas dengan mahasiswa. Selaku Menteri Pendidikan saya pernah menyediakan deraf RUU Pendidikan baru yang membatalkan AUKU. Mahasiswa harus diberikan kebebasan berpolitik disamping menumpukan tugas utama dalam bidang pelajaran.
2. Gagasan Malaysia Baru telah dijelaskan. Kupasan lebih mendalam akan terus diberikan dari masa kesemasa.
3 dan 4. Sekarang ini pada kenyataannya, parti-parti memang bergerak secara bebas dan berasingan. Namun ada kebijaksanaanya untuk kita mebahaskan isu bersama. Soal wadah dan simbol yang sama pernah dibahaskan tetapi saya percaya ia akan mengambil sadikit waktu.
(3) ylchong menanyakan :
Saudara Anwar,
Greetings, maybe off-topic here, but WELCOME to blogosphere as I just learnt today that you’ve joined the club.
May question is to ask about the possibility of a quick return to “politics” by your goodself in view of the “challenging” situation the nation is facing.
In my blog today, among other things under “Springtime of openness…”, I have also referred to you status, and potential role in politics of NegaraKu, hope you care to read and comment?
“…Anwar represents the ONLY HOPE for the next generation. Hopefuilly, before the next GE due March 2009, the adviser to Parti Keadilan Rakyat would have come out robustly to revive the SPIRIT OF REFORMATION that is so essential and vital for Malaysia making the NEXT QUANTUM JUMP IN MALAYSIAN POLITICS.
IN MY HUMBLER POLITICS FOSTERING UNITY AND JUSTICE AND EQUITY WITH INNOVATICE POLITICS THAT IS: ABOVE RACE, COLOUR, RELIGION, CLASS AND GENDER.
WILL SAUDARA ANWAR RISE TO THE CHALLENGE? THE PRIME MINISTER’s POST IS WAITING…
Here is a man who suffered six years of torment and imprisonment of now 50%-proven to be “trumped up” charges. If the other 50% “guilt” is given the benefit of the doubt by the MAJORITY of Malaysians quite fedup with the demolition of the JUDICIARY, there’s HOPE YET. An advantage is that he knows UMNO politics inside-out, and with time for rumination and reflection at Puchionmg Jail for six long years, he must surely want to address othe wrongs clearly deiomnstated before his eyes under the Olde Order of UMNO, and still very much unchanged under the present UMNO regime?
SAUDARA ANWAR, QUO VADIS?…”
Best regards, and Wishing you (& family) Good Health ~~ Desi
Sdr ylchong
Saya hargai saranan sdr dan terharu dengan sokongan.
Sejak awal tahun ini saya telah menumpukan perhatian memperteguh Keadilan disamping menjalin hubungan akrab dengan barisan pembangkang dan NGOs yang progresif.
Rakyat perlu diajak untuk melangkah bersama membangun Malaysia baru yang adil dan saksama. PKR perlu diperkuat menjadikan parti berbilang kaum yang berwibawa melaksanakan semangat yang tertera dalam Peristiharan Kemerdekaan 1957.
(4) fahmi menanyakan :
Terasa sungguh gembira mendengar ceramah saudara di Kamunting beberapa bulan lepas. Sentiasa saya tertanya-tanya kenapa peribadi seperti saudara menyertai UMNO. Dan di ceramah tersebut saya telah mendapat jawapan yang cukup memuaskan hati saya. Terima kasih.
Cuma di ceramah tersebut saudara tidak menyentuh tentang Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Minta saudara ceritakan sedikit sebanyak tentang Almarhum kerana saya rasa banyak kelebihan Almarhum yang kita semua tidak ketahui yang boleh diambil pengajaran untuk meneruskan perjuangan ini.
Sdr Fahmi,
Almarhum Ustaz Fadhil adalah abang, sahabat dan rakan saperjuangan yang sukar diganti. Saya ada menyentuh panjang dalam beberapa rencana dalam Harakah beberapa tahun lalu yang diterbitkan dalam buku Warkah Anwar. Dalam ucapan di Kedah awal tahun ini saya mulakan dengan menghimbau pengalaman berjaung bersama Ustaz Fadhil dalam ABIM dan bagaimana hubungan kekeluargaan dikekaslkan sepanjang bergelut dalam parti yang berbeda UMNO dan PAS dan akhirnya bagaimana kami sakelurga terhutang budi dengan pembelaan Ustaz tatkala saya dipenjara.
(5) MENJ menanyakan :
Assalamualaikum Datuk Seri;
Perhaps you do not remember me, but I am the person who approached you about the idea for the Dr Ismail Faruqi website. Alhamdulillah IIIT has already contacted me and you can see the fruits of the collaboration here:
I hope you will link to this site from your blog, insha’allah. I do have some questions about the current Malaysian political scene, but I will save it for later insha’allah.
Wassalam.
Sdr MENJ,
Almarhum Ismail Faruqi adalah tokoh dan sarjana yang banyak berjasa kapada umat. Tahniah diatas usaha website tersebut.
Prof Ismail adalah pencinta ilmu dan pendidik. Secara spontan beliau mengusulkan agar saya mengulas buku Ernest Gellner Muslim Society sabelum mesyuarat International Institue of Islamic Thought berikutnya. Saya percaya demikianlah cara beliau dengan bijak memaksa saya membaca walaupun sibuk menajlankan tugas sebagai Presiden ABIM
(6) orangtelawi memberi respon :
Tahniah, Brazil menang 3-0. Tetapi belum bertemu Jerman. Saya dengar pemuda-pemuda Keadilan jengkel bila Datuk Seri panggil mereka mesyuarat masa Brazil lawan Ghana.
Sdr orangtelawi
Telahan sdr meleset kerana saya mahu menguji kecekalan Angkatan Muda. Mereka ternyata komited dalam perjuangan. Sebab itulah saya menamatkan mesyuarat pada pukul 10.30 malam. Hah masih sempat menonton bola dong!
(7) niknazmi menanyakan :
Saya rasa ramai rakyat Malaysia kini tertanya-tanya mengenai pandangan Dato’ Seri terhadap konflik Pak Lah dan Dr. Mahathir.
sdr niknazmi,
Sila ikuti kenyataan akhbar saya esok, jam 11 thari.















Tentang ‘mempertahan maruah umat dan negara dari tercemar’, apa pendapat DS mengenai keadaan Umat Islam yang sedang berada didalam ‘bad light’ baik didalam mahupun luar negara? Dan apa pula pendapat DS mengenai Muslim yg bersama2 membantu meletak Umat Islam sedemekian rupa?
Soalan lain, apa pendapat DS mengenai perkembangan di Iran, baik ekonominya, socio-politik nya,teknologi, mahupun Presidennya sendiri?
Assalamualaikum DSAI,
Apakah DSAI bersetuju sekiranya saya menyatakan bahawa tindakan DS meninggalkan perjuangan bersama ABIM dan gerakan-gerakan Islam yang lain untuk menyertai UMNO suatu masa dahulu merupakan suatu tindakan yang telah melambatkan proses tarbiyyah masyarakat yang sedang rancak pada waktu itu? kini apabila apabila Allah telah menunjukkan perancanganNya yang maha tinggi dan DS sudah kembali kepada pangkuan marhaen, tidakkah DS merasakan fokus utama DS sepatutnya ialah kembali kepada persada pentarbiyyahan masyarakat seperti dahulu dan bukan mengejar fokus menukar kerajaan semata-mata?
Saya yakin DS pernah membaca tulisan Maududi “Proses Revolusi Islam” dan yakin yang lebih utama ditukar ialah fikrah masyarakat dengan Islam sebelum mengubah kerajaan dengan pilihanraya.