(1) Saudara Amir Safie menanyakan:
Assallamualaikum DSAI,
salam selamat dan sejahtera kepada DSAI, sdr merupakan idola perjuangan semuda usia saya 16 tahun lagi , dan terus menerus menjadi idola biarpun saya masih didalam umno dan sdr diluar umno. satu peluang yang tidak dapat saya lepaskan apabila saya mempunyai peluang berinteraksi dgn sdr.
1) Mampukah DSAI dan PKR, dan gabungan pembangkang menguasai pilihan raya umum akan datang ? wpun dgn pelbagai isu yang melanda parti memerintah terutama UMNO dan BN dewasa ini, apakah percentage kemenangan yang akan diperolehi oleh pembangkang.
2) Bagaimanakah DSAI melihat Umno pada dewasa ini ? apakah ianya masih relevan terhadap survival bangsa melayu utk abad yang seterusnya ?
3) PKR merupakan parti politik bangsa Malaysia, apakah keutuhan ketuanan melayu terjamin melalui PKR sekiranya ditakdirkan PKR berjaya menguasai parlimen bersama pembangkang.
4) Persekongkolan PKR bersama DAP yang berterangan tidak akan mengakui ketuanan melayu dan Islam sebagai agama rasmi, dan PAS hanya menggunakan populariti DSAI dapat memberikan PKR amnya DSAI khasnya political millage ?
5) DSAI merupakan antara tokoh politik tanah air yang bisa mengegarkan parti memerintah, adakah DSAI masih berpegang kepada pendirian dan hala tuju sebenar UMNO untuk orang melayu, survival orang melayu, ketuanan melayu kerana saya percaya UMNO tidak bersalah, tetapi mentaliti sesetengah pemimpin UMNO itu yang menyebabkan imej UMNO itu tercalar. Saya masih mempercayai gagasan pembangkang yang ada belum mampu meyakinkan orang melayu untuk meninggalkan perjuangan UMNO. Apa pendapat DSAI ?
6) Apakah pemimpin pemuda Umno yang ada kini mampu mengisi kekosongan masa depan utk terus memperjuangkan bangsa melayu, melihat dari segi visi dan misi kepada barisan kepimpinan yang ada sekarang ini.
semoga perjuangan DSAI dan survival bangsa melayu terus segar didalam perjuangan DSAI.
Sdr Amir Safie
Saya dan Azizah menumpukan perhatian memperkukuh jentera PKR. Di samping itu bersama pakatan pembangkang kita memperjelas agenda baru Malaysia. InsyaAllah rakyat akan bersama.
Selain retorik dalam Perhimpunan, UMNO kehilangaan idealisme, angkuh, bergelumang dengan rasuah, bisu dengan masalah dan penderitaan rakyat.
Pendirian PKR dalam isu Bahasa Melayu, Islam, kedudukan Melayu dan bumiputra adalah jelas. Kita memperjuang hak dan menegak keadilan rakyat, bukan memperalatkan dasar untuk memperkaya keluarga dan kroni pemimpin.
Muafakat dengan DAP berdasarkan agenda jelas, tidak saperti yang didakwa olih media milik UMNO dan BN. Kita juga sedang meningkat kerjasama dengan PAS dalam menangani masalah rakyat dan negara. Yang diperkira ialah kepedulian terhadap rakyat. Berdasar kapada pengalaman saya dalam UMNO dan BN saya yakin bahawa masa depan rakyat terbanyak terutamanya bumiputra lebih terjamin adil dibawah PKR dan Pembangkang.
Saya tidak pernah melupakan jasa majoriti ahli-ahli UMNO. Saya mendoakan agar mereka sedar bagaimana dasar parti diselewengkan dan ahli diperalatkan. Sebab itulah media terus mengongkong pemikiran rakyat. Sekiranya ahli UMNO mengikuti kenyataan, mereka akan menyeberang dan menyokong PKR.
Pemuda UMNO kehilangan idealisme, terlalu ramai yang tamak merebut kekayaan dan tidak berani menyuarakan tuntutan rakyat.
(2) zahir menanyakan:
Saudara Anwar,
Saya ingin menyuarakan kebimbangan saya pada kes saman Saudara terhadap Dr Mamathir. Mungkin saya jahil dalam bidang perundangan. Kebimbangan saya bukan soal bersalahnya Saudara atau tidak. Kita semua tahu bahawa Saudara diaib dan diananya oleh Dr Mahathir dan balachi-balachinya. Kebimbangan saya ialah pada system kehakiman kita yag masih belum 100% bebas. Bimbang kesempatan ini akan digunakan oleh mereka untuk lebih mengaibkan saudara.
Petikan dari Malaysia-today.net :”….The next booby trap was placed for Anwar. He wants Anwar to take him to court so that he can have his day in court and say his piece, officially this time. Surely Mahathir knows that if he keeps repeating the allegation that Anwar is gay, then Anwar would be forced to take him to court. Mahathir is not stupid. So why do it? The reason can only be because Mahathir wants to go to court where he will sing like a canary and hammer the last few nails into Anwar’s coffin…”
Apa komen Saudara?
(3) zaki perlis menanyakan:
Ini telah sama sekali memperjelaskan banyak keraguan terhadap kes Dato’.
But do you still have faith in the judiciary system in Malaysia after it has been widely condemned by many? Could it still reach the very core of independence if the trial is in fact regarded as highly controversial especially involving Dr M ?
Salam sdr zahir dan zaki perlis,
Samemangnya keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Sukma sadikit melegakan dan sapertimana dalam keputusan Hakim Dato Hishamuddin yang terdahulu ia turut mendedahkan konspirasi kotor politik dengan penglibatan jentera Kerajaan termasuk badan kehakiman.
Dalam kes pertuduhan semula terhadap Sukma, saperti juga kes saman saya terhadap Dr M, muslihat pendakwa hanyalah menyangsemula cerita lama. Disebaliknya kita akan mengemukakan hujah mengenai konspirasi jahat dengan bukti kukuh.
Saya akui wujudnya kepincangan dalam badan kehakiman sapertimana yang didakwa olih bekas Ketua Hakim Negara Tun Suffian dan Tun Salleh, ICJ, Inter Bar Assoc dll. Tetapi ternyata ada sedikit ruang dan sudah tampil beberapa Hakim yang tegas mempertahankan hukum, tidak rasuah atau bertindak di bawah telunjuk penguasa. Bahkan Dr M sendiri tidak mudah bertindak seganas dulu!
Saya hargai simpati dan keperihatinan sdr. InsyaaAllah kami bersama para peguam akan bekerja keras. Kami juga tidak punyai banyak pilihan. Dalam kes Sukma, ia dipanjangkan atas tindakan pendakwa. Dalam kes saman terhadap Dr M pula, saya terpaksa mengambil tindakan kerana kebiadapan Dr M mengulangi fitnah jahat.
(4) promuda menanyakan:
As a young professional, unwittingly chained to the corporate culture, I have little opportunity to read, digest, and apply the lessons of literature, past and present. So it was with pleasant surprise, whilst surfing through the net during my a few minutes between meetings, to arrive at a refreshing read from a thinking leader and incessant fighter. I believe you have the ability to communicate and share not only your own experience, but of your comtemporaries and past heroes who believed in the democratic struggle.It is important to learn from various comtemporary commentators such as Amartya Sen, a great scholar, who I admire considerably for his thesis on development as freedom. Your thoughts on his ideas, and other Asian heroes will inspire young people to take up an interest in humanities and introduce an extra dimension to the political discourse in Malaysia. More insights to your thoughts on current issues, american foreign policy, and the Malaysian political scene will be gleaned with much interest.
Promuda,
Saya akan cuba melebarkan wacana mengenai pelbagai isu semasa. Yang agak merunsingkan ialah betapa terbatasnya ruang membahaskan permasalahan dasar dan halatuju negara. Kita perlu mendorong generasi muda agar lebih berminat dengan wacana ilmu.
















Saudara Anwar,
Kita sama-sama berdoa agar kejayaan Saudara, bukan sahaja dalam kes mahkamah, juga dalam perjuangan politik Saudara. Kita perlu berusaha, berdoa dan banyak bersabar. Allah ada bersama orang yang bersabar. Amin!
Datuk Seri, Keadilan akan terpaksa memikul beban PAS. Rakyat bukan Islam akan mencurigai sikap Keadilan dan Datuk Seri akan dibebankan untuk menjawab isu negara Islam, sikap negatif terhadap bukan Islam, ngo dll sekiranya Keadilan meneruskan kerjasama dalam bentuk BA. Dan rakyat bergansa Melayu akan mencurigai Keadilan dengan sikap DAP yang lebih mengutamakan bukan Melayu.
Saudara Anwar,
Apakah sebenarnya matlamat perjuangan politik Saudara. Saudara Azmin ada menyatakan bahawa Saudara ingin menainkan peranan yang lebih besar dalam politik tanahair sebagai ketua Parti Keadilan, satu parti pembangkang. Adakah ini bermakna Saudara hanya berminat menjadi Ketua Pembangkang? Adakah ini bermakna Saudara tidak perminat memerintah negara sebagai Perdana Menteri. Adakah ini kerana untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, seseorang mesti menjadi Presiden UMNO. Dan untuk mengubah system ini, mungkin mengambil masa yang agak lama.Untuk menjadi “a non UMNO Prime Minister” memerlukan kita revemp seluruh system pentadbiran.Dan lebih menyukarkan untuk revemp minda rakyat. Lebih Apakah ini yang saudara ingin perjuangkan? Saudara berkali mengulangi yang Saudara tidak akan kembali kepada UMNO. Jika Saudara diberi peluang menjadi Presiden UMNO, apakah Saudara akan terima? Saya rasa Saudara tahu yang penyokong-penyokong Saudara ingin melihat Saudara menjadi Perdana Menteri Malaysia, termasuk saya juga. Jika ahli Parti Keadilan bersedia membubarkan parti dan menyertai UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan parti komponen lain, Saudara juga bersedia berbuat begitu? Apakah mungkin ideologi yang di dukung Saudara dan Keadilan dibawa kedalam Barisan Nasional? Kita semua tahu dalam politik, segalanya mungkin.
Assalamualaikum DSAI,
Seronok pula rasanya bila pemimpin boleh berinteraksi dengan rakyat biasa meskipun hanya secara maya. Saya mencadangkan beberapa perkara untuk DSAI dan Barisan Alternatif pertimbangkan dalam membawa rakyat Malaysia ke zaman kegemilangan.
1. Saya mohon agar Barisan kepimpinan DSAI berusaha untuk mengawal emosi penyokong-penyokong dan juga sesetengah pemimpin yang sering menghina pemimpin Kerajaan terutamanya ketika ini Dato’ Seri Abdullah. Tindakan berbentuk serangan peribadi akan hanya menakutkan orang ramai untuk menyertai Barisan DSAI. Saya berpendapat jika perkara ini tidak dibendung maka Barisan DSAI juga sama malah lebih teruk lagi apa bila memerintah. Simptom ini banyak terdapat pada penyokong PAS. Sebagai salah satu Parti dalam Barisan DSAI PAS kena mengubah cara pemikiran penyokong dan pemimpinnya agar lebih realistik dengan mengutarakan isu-isu serta penyelesaiannya dengan lebih komprehensif agar sebarang tindakan tidak dilabel sebagai kepentingan peribadi.
2. Saya memohon agar DSAI ataupun Keadilan secara peribadi dan ikhlas menderma TAFSIR ALQURAN dalam Bahasa Melayu kepada penyokong2 DSAI atau pun masyarakat miskin atau sesiapa sahaja kerana ianya akan kekal sempai Kiamat. Gunalah pendekatan ini sebagai mengantikan ‘imbuhan wang tunai’ seperti yang terdapat dalan BN suatu ketika dulu dan mungkin masih berlaku di sesetengah tempat. Saya sudah mula membaca Tafsir dan tengah mengulanginya untuk yang ketiga. Apa yang saya dapati, Al-Quran ini dengan pemahaman melalui tafsir banyak mengandungi ilmu-ilmu yang amat menakjubkan. Saya berpendapat bahawa didalamnya terdapat ‘Limitation’ dan formula untuk sesuatu perkara agar manusia senantiasa bertindak dalam limitation dan formula yang telah diwahyukan Oleh ALLAH. Dengan ini saya mencadangkan agar Tafsir Alquran seperti keluaran Yayasan RESTU, di Selangor menjadi rujukan atau Teks yang akan di ajar sepanjang masa, kerana hanya dengan membaca Al quran dan memahaminya barulah kita mampu Membina Tamadun seperti yang di Impikan Oleh Paklah,DSAI dan semua rakyat Malaysia malah masyarakat Islam seluruhnya. Jadikanlah ianya satu perjuangan dan jihad kerana usaha ini secara tidak langsung mampu mengikis fanatisme dalam Agama Islam malah mampu menjadikan dunia ini tempat yang aman untuk didiami selaras dengan fungsi kita sebagai manusia.
3. Jadikanlah kempen alam sekitar sebagai wahana perjuangan DSAI kerana ianya amat mulia kerana menjaga Alam Tabii adalah amanah Allah untuk sekalian manusia.
4. Jadikanlah peribadi DSAI sebagai peribadi Islam yang sebenar iaitu Islam yang tidak hanya dilihat daripada satu sudut malah ianya akan dilihat dari pelbagai sudut kehidupan Manusia serta alam.
Setakat ini itu dulu untuk kali ini. Dan saya amat menghargai peluang ini iaitu berinteraksi dengan Pemimpin yang sudah lama tidak dirasai kerana selama ini Pemimpin negara terlalu sukar untuk didekati apatah lagi bagi rakyat yang jauh dipedalaman.
Wassalam.