Arkib Tahun 2006

30 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

aput83 menyatakan:

First off, I am amazed at the insensitivity shown by all the commentators. The honorable ADUN from Batu Talam passed away just 2 days ago, and everyone is already fighting for his seat. Let his family grieve and conduct the rituals that they should before we even begin to talk about the Batu Talam DUN seat.

Dato Seri, the concept of a Madani society sounds similar to that of Hadhari. Perhaps you could differentiate it for me.

On the issue of the ISA, the world nowadays considers it a necessary evil since it is now a globally recongnised law with different names for every country. The US has it, Britain has it, Singapore has it and Malaysia has it. Sure, I would like to see it gone so that the press has
more freedom, but to what extent?

If the ISA were to be abolished, what are the pros and cons?

Aput83,

Setahu saya ramai rakan yang menziarahi keluarga allahyarham atau mengucapkan takziah.
Tumpuan kini adalah menentukan penyelenggaraan pilihanraya yang telus dan adil.

Seandainya sdr membaca gagasan saya mengenaii masyarakat madani dalam Gelombang Kebangkitan Asia sdr akan dapat menyelami maksud madani.

Masyarakat madani menuntut kebebasan dan pemerkasaan ekonomi dan budaya.

Mengenai ISA sudah saya jelaskan bahawa keselamatan negara adalah utama tetapi jangan rakyat dizalimi dan hak asasi jangan dicabul.

28 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

emel daripada [email protected]:

Assalamualaikum Dato’ Seri Anwar…
Boleh Dato’ Seri jelaskan gagasan Masyarakat Madani yang digagaskan oleh Dato’ Seri
sebelum ini dalam kerajaan ;} dan dikaitkan dengan gagasan Ibnul Khaldun dalam kitabnya”al-Muqaddimah”. Saya ada baca kitab al-Muqaddimah dalam Bahasa Arab dan amat kagum dengan cara pengolahan yang dihuraikan oleh Abdul Rahman bin Khaldun.Cara mu’amalat Masyarakat Islam dengan Masyarakat ‘Ajam seperti masyarakat barbar. Dan baru-baru ini, pada 22 Disember, telah datang satu rombongan Kementerian Keselamatan Dalam Negeriyang disertai oleh KPN, Dato’ Seri Musa Hassan :), SUK
Keselamatan Dalam Negeri dan ahli rombongan yang lain. Mereka dalam gerak kerja melawat Syria, Jordan dan Mesir. Dan saya tertarik dengan satu soalan yang berkaitan dengan ISA yang diutarakan oleh salah seorang pelajar . Di antara Jawapan daripada Dato’ Seri Musa Hassan ialah “Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati”. Apakah komen dan pandangan Dato’
Seri, harap minta penjelasan…

Abdul Hamid, JORDAN
Takhasssus Bahasa Arab & Sastera, Semester Akhir.
THE HASHEMITE UNIVERSITY

Sdr Abdul Hamid,

Saudara tentunya arif dengan akar kata din yang mekar dalam konsep Madinah dan tamadun. Maka masyarakat madani berakar kapada masyarakat yang berilmu, yang mendorong pembangunan dan kemajuan berteraskan akhlak dan nilai etika. Pencapaiannya adalah dengan pemerkasaan ekonomi rakyat, budaya masyarakat.Ungkapan “mujtama’ madani” pernah diperkenalkan oleh ulama dan reformis Mesir Sheikh Muhammad Abduh.

Merujuk kapada ISA sayugia diingat bahawa undang-undang rakus tersebut adalah peninggalan penjajah mirip dengan Patriot Act yang dijadikan senjata oleh Presiden Bush menahan kejam ramai aktivis Islam tanpa bukti sahih semata-mata atas dasar kecurigaan.
Dua kali saya menjadi mangsa ISA. Pertama kerana membela nasib petani miskin Baling (1974) dan kedua tatkala membantah rasuah dan kezaliman Dr Mahathir di mana ISA digunakan untuk melindungi ketua polis penjenayah Rahim Noor yang membelasah saya.

Namun isu tersebut bukan peribadi. Ribuan rakyat dizalimi apabila ditahan tanpa bukti dan dihadapkan ka mahkamah. Pihak polis (bahagian khas) diperalat olih pimpinan Umno untuk merekayasa pertuduhan untuk muslihat politik kotor mereka. Perhatikan sahaja nasib pejuang kebangsaan Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, bekas menteri pertanian yang popular Aziz Ishak, Dr Syed Husin Ali.

Pendirian kita adalah jelas menolak keganasan, rasuah dan kezaliman. Institusi polis harus profesional, badan kehakiman harus bebas dan pendakwaan tidak harus memilih untuk melindungi rasuah atau jenayah penguasa.

28 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Pada 17 Disember 2006 lalu diadakan Forum Kebebasan dan Demokrasi di Malaysia: Dialog Di Kalangan Umat Islam di Kuala Lumpur dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat dan Friedrich Naumann Stiftung. Saya telah menjemput wakil-wakil daripada Jemaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Forum Profesional Muslim, Persatuan Ulama’ Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia Tenggara, Parti Islam SeMalaysia dan Keadilan. Selain itu sebilangan sarjana, penulis dan pemikir turut menyertai forum tersebut. Beberapa wakil dari kalangan yang dianggap mewakili sosok liberal yang diundang enggan bersama di dalam forum tersebut.

Saya menekankan keperluan meneruskan wacana secara terbuka dan bersedia menghormati perbedaan pendapat di kalangan peserta. Keterbukaan sedemikian dikira lebih mendesak memandangkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia kian meruncing. Sayugia disedari bahawa kesangsian tersebut juga menambah prasangka dan kebimbangan: umat Islam merasakan bahawa hak dan kedudukan mereka semakin dicabar; sementara masyarakat bukan Islam pula merasakan kebebasan mereka terancam. Justeru itu adalah dikira wajar dicari muafakat di kalangan umat Islam selain usaha berterusan menggalakkan dialog antara agama.

Para peserta umumnya menzahirkan iltizam mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan serta memelihara prinsip kebebasan agama yang termaktub di dalam Perlembagaan negara dan diamalkan selama ini. Mereka musykil dan sangsi dengan kemunculan segelintir pihak yang lantang mencabar hak umat Islam mengamalkan agama dan syariat. Walhal, dalam menafsirkan peruntukan Perkara 121(1)(a) dalam Perlembagaan yang memperuntukan bidang kuasa Mahkamah Syariah sekalipun, ia tidak bermaksud untuk mencabuli hak dan kebebasan beragama di Malaysia.

Di atas kesedaran tersebut, para peserta forum bersepakat:

  1. Mendukung usaha ke arah mencapai titik pertemuan dan meredakan ketegangan di dalam isu agama.
  2. Menyatakan rasa bimbang di atas kelemahan kerajaan untuk membincangkan dan menangani masalah ini.
  3. Meneruskan muafakat menerima semangat kebebasan dan prinsip demokrasi serta menghormati hak masyarakat bukan Islam untuk hidup mengikut agama mereka, sekaligus menerima realiti majmuk Bangsa Malaysia

Jelas sekali ketegangan yang melanda Malaysia pada hari ini hanya boleh diselesaikan menerusi kepimpanan yang tegas tetapi ikhlas beserta dialog yang telus dan terbuka, bukannya dengan menutup ruang perbincangan sebagaimana dianjurkan pemimpin kerajaan.

ANWAR IBRAHIM

27 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Anak Muda memberi respon balas:

di sini saya kira perlu kita mulakan dengan memperkasakan laman web keadilanrakyat.org..
sudah sampai masanya keADILan mempertimbangkan mewujudkan akhbar elektronik sebagaimana Harakah Daily.kalaupun tidak berbentuk akhbar,boleh diinisiatifkan dalam bentuk website yang berfungsi sebagai sebaran maklumat.
saya pernah menyuarakan hal ini dalam beberapa komen yang saya berikan beberapa ketika dulu.memandangkan DSAI telah menyatakan ada keperluan untuk mempertimbangkan secara serius,maka saya dan pastinya segenap lapisan pendokong keADILan kekal berharap agar ada inisiatif daripada pimpinan keADILan.
sekian,wassalam.

Anakmuda,
InshaAllah saya akan kemukakan cadangan tersebut kapada Jawatankuasa Penerangan dan Sidang Pengarang Suara Keadlilan minggu depan.

26 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ingintahu menanyakan:

Adakah baik di galakkan parti2 kaum atau parti2 agama atau parti2 ideologi dalam kontek negara berbilang-kaum dan berbilang agama?

Haruskah kita lenyapkan parti2 kaum dan juga parti2 agama?

Haruskah kita galakkan Barisan A dan Barisan B yang masing2 mengabungkan parti2 kaum, agama, ideologi?

Ada banyak kelemahan dalam sistem sekarang, misalnya DAP, Gerakan, di penuhi oleh bangsa China manakala PPP, IPP di penuhi oleh bangsa India — tiada pula Parti Kristian mahu pun Parti Hindu tetapi ada pula Parti Islam !

[BTW, are you still searching for Al-Ghazali and Al-Shafii and others Greek, Judaic, Christian, Buddha, Hindu and Western Thinkers and Philosophers in your journey of sorts for your big AGENDA call REFORM or rather JUSTICE for CITIZENS ?]

Ingintahu,
Keadilan ditegakkan sebagai wadah perjuangan rakyat. Kita masih bertapak di bumi Malaysia – menerima kepelbagaian tetapi menghormati semangat muafakat yang menerima kedudukan Islam dan kebebasan beragama, bahasa, dan keadilan.

26 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

fadzliazmi memberi pendapat:

salam DSAI,

Saya bersetuju dengan sdr/i hanaz ini. Secara peribadi saya juga merasakan yang media negara ini terlalu berat sebelah. Tiada langsung kebenaran yang dihebahkan kepada rakyat. Tak habis-habis dengan isu-isu yang menggelapkan pemikiran rakyat mengenai kehebatan dan kebijaksanaan pemimpin memimpin negara yang mana pada hakikatnya semakin hari pimpinan
mereka semakin membebankan rakyat. Tambaha pula seorang pelajar seperti saya yang semakin tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi di gara kita ini.Buat masa kini saya meresakan Internet adalah medium yang paling berkesan untuk DSAI memulakan tapak bagi cuba memecahkan benteng kelemahan media negara kita. Terus terang saya katakan saya kini sudah hilang selera untuk menjamah berita-berita di akhbar-akhbar melayu yang pada
saya hanya menjadi medium golongan elit mennutup kejahatan sendiri.Kadangkala akhbar yang diberi percuma pun mempunyai kandungan yang jauh lebih baik daripada yang perlu dibayar dengan harga RM1.50

Fadzliazmi,
Saya kira wajar kita sebarkan pandangan sdr agar kita memilih wahana internet dan tidak lagi membeli akhbar milik kroni yang dijadikan saluran propaganda melindungi perasuah dan penjenayah.

26 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Dermaputra menanyakan:

Datuk Seri,

benarkah rantau asia tenggara dijangka akan dilanda kegawatan ekonomi sekitar 2007/2008 seperti mana yg pernah berlaku 10 tahun lalu?

pada pandangan datuk seri, apakah langkah kerajaan thailand mewujudkan “capital control” seakan-akan membenarkan spekulasi ini? sejauh manakah kesannya kepada malaysia seandainya krisis ekonomi benar-benar berlaku?apakah kerajaan kita telah bersiap sedia menghadapinya?

Dermaputra,
Unjuran buat rantau dan utamanya Malaysia umumnya adalah pertumbuhan sederhana atau meleset. Pimpinan negara kelihatan kurang memberikan tumpuan terhadap isu tersebut dan masih bergelumang dengan krisis politik, kes jenayah dan rasuah.

ANWAR IBRAHIM

25 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Nik Nazmi

Baru-baru ini, Peguam Negara Britain telah menghentikan siasatan terhadap tuduhan wujudnya rasuah di dalam penjualan senjata oleh British Aerospace kepada Kerajaan Arab Saudi di atas alasan ‘kepentingan nasional’.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden Kehormat AccountAbility, telah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik tindakan tersebut yang telah melemahkan integriti Britain di dalam melawan rasuah.

Alasan kepentingan nasional tersebut seperti kita sedia maklum, sudah lama menjadi alasan kepada pemimpin-pemimpin negara dunia ketiga untuk menutup rasuah, kronisme dan nepotisme.

Blog akhbar Britain the Guardian telah memetik kenyataan tersebut.

25 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

najib1976 menanyakan:

Salam Reformasi.
UMNO seringkali menghebahkan bahawa krisis ekonomi 97~98 di malaysia disebabkan kegagalan saudara selaku Menteri Kewangan dalam urus tadbir Kewangan Negara, sehinggakan Kadar Faedah mencecah 12% lebih dan banyak syarikat tutup kedai, pengguna menanggung beban kewangan yang tinggi… sebenarnya apa yang berlaku pada ketika itu ? saya masihn menuntut pada ketika krisis berlaku dan kurang beri perhatian. atau ada sesiapa boleh
tolong saya ?

Najib1976,
Di tahun 1998 Soros dikatakan penyangak dan dipersalahkan. Umno malah ISIS dan sarjana ekonomi pun memalukan gendang yang sama. Pada tahun 2006 Dr M mengesahkan bahawa Soros tidak terlibat. Ini hanya satu dari babak penipuan.
Saya akan syorkan agar sdr meneliti beberapa rencana lain berkaitan isu berkenaan

25 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

hanaz menanyakan:

assalamualaikum saudara Anwar,
Kita tidak dapat menafikan sokongan media yg saudara terima di seantero dunia.Namun apa yg menyedihkan,sokongan media Malaysia masih berada di takuk lama.Hal ini akan menyebabkan agenda reformasi yg cuba dibawa oleh saudara tidak dapat menerobosi ruang minda masyarakat Malaysia.Jika hal ini berterusan,masyarakat Malaysia akan terus disogok dengan tipu daya elit penguasa.Bagaimana saudara ingin memecahkan penghadang ini demi merealisasikan impian sudara dan juga masyarakat seluruhnya untuk membina sebuah negara yang bukan hanya bebas medianya tetapi juga mempunyai masyarakat yg berfikiran matang dan terbuka bagi mendepani permasalahan semasa?

Hanaz,
Saya akui kesukaran lantaran media dikongkong, namun saya yakin kita mampu sebarkan maklumat meluas dengan tenaga komited

24 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

daripada freelunch2020:

Datuk Seri,

Three different agencies — ANTARA, Jakarta Post and TEMPO — gave
three different angles to what I believe to information from a SINGLE press
conference.

http://2020freelunch.blogspot.com/2006/12/free-media-and-democracy-crucial-to_23.html

What can I say?

Well done.

Freelunch2020,
Liputan media Indonesia mengenai kunjungan saya hebat sekali.

24 December 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Dermaputra memberi pendapat:

bagaimana mahu jadi ahli kalau saya masih dibayangi AUKU? tambahan saya masih mentah amat, semangat saja kuat.

Datuk Seri,
salam buat Nurul Izzah..katakan juniornya dari Uniten berkirim salam.semoga berbahagia bersama suami..agaknya bila Datuk Seri nak menimang cucu ni?? hehe..

Dermaputra,
Kita tidak perlu hebahkan keahlian kita.
Izzah dalam perjalanan pulang satelah selesai prog sarjana di SAIS John Hopkins University, Washington DC.Soal cucu tanya beliau..hehe :)

Switch to our mobile site