Takziah Buat Keluarga Mendiang Chin Peng

Satu episod sejarah negara berlalu dengan pemergian Chin Peng mantan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Sejak era penjajahan Inggeris sehingga kemerdekaan, negara terpaksa bergelut dengan penentangan bersenjata pihak komunis.

Ramai yang terkorban atau sengsara termasuk dari pasukan keselamatan akibat pertarungan lebih tiga dekad itu. Dan adalah nyata bahawa rakyat kita umumnya menolak gagasan dan ideologi komunis.

Namun mendiang Chin Peng juga akhirnya memilih jalan perdamaian setelah gagal dalam Perjanjian Baling 1955 dengan Almarhum Tunku Abd Rahman. Beliau mewakili bekas penggerak PKM memeterai perjanjian perdamaian dan gencatan senjata dengan Kerajaan pada tahun 1988.

Maka atas pertimbangan tersebut jugalah, berikutan perjanjian persahabatan negara Malaysia dan China, kami telah menggesa Kerajaan mengizinkan beliau menziarahi keluarganya di Sitiawan.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga mendiang Chin Peng.

ANWAR IBRAHIM

Pendapat Anda

Switch to our mobile site