2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Terima kasih buat semua yang memberikan ucap selamat pada saya sabelum ini.

Saya sampaikan salam sdr-sdr kapada rakan-rakan disini.

Saya sempat berbincang dengan Sh Yusuf Qardawi, Rais Ulama Mustafa Ceric, Mufti Mesir Ali Jumah dan beberapa sarjana muda termasuk Tariq Ramadhan, Farhan Nizami, Hamzah Yusuf, dan wakil-wakil dari pertub Islam seluruh Eropah.

Persidangan mengenai Umat Islam Eropah turut dijayakan dgn kerjasama Pemerintah Turki dan UK.

Dalam ucapan selesai makan malam tadi saya mulakan dengan mengutarakan pandangan sejarawan Belgium Henri Pirenne mengenai pertembungan Islam dan Eropah dan kesan positif dalam pemikiran dan budaya Eropah. Maka seharusnya umat Islam Eropah harus mara terus melihat peranan mereka sebagai rakyat, mengungkap pandangan dengan berani dan mempertahankan hak mereka. Adalah kritikal untuk mereka bertindak sebagai sebahagian rakyat dan mengemukakan isu rakyat dan memperjuangkan keadilan buat semua dan tidak semata untuk Islam sahaja.

Saya juga meminta meraka supaya terus lantang sebagai rakyat di Eropah menentang kezaliman Israel di Palestin, penaklukan Amerika di Iraq.

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

nhazards menanyakan :

Salam kpd DS..

Saya tidak pasti samada DS menyedari perkara ini,akan tetapi saya pernah disuapkan dengan informasi yang DS dikaitkan dengan yahudi-yahudi yang berada di belakang IMF itu sendiri..beserta dengan beberapa visual yang kononnya rahsia.Boleh DS beri komen tentang hal ini,dan kalau boleh saya ingin lihat beberapa fakta yang boleh menyokong kenyataan DS nanti..sekian.

nhazards

Demikianlah fitnah jahat penguasa zalim dan rasuah, fitnah tanpa bukti, kononnya rahasia. Jika terdapat bukti, sudah lama ia digunakan olih Dr M dan BTN.
Dalam Islam kita dilatih untuk menilai berdasarkan fakta. Kalangan yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh baik Yahudi atau sesiapa saja adalah yang rasuah dan penipu.
Saya harap sdr berani mencabar sesiapa saja untuk mengemukakan bukti saperti yang saya lakukan.

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Amirul Haziq menanyakan :

Turki selalu dikhabarkan oleh sebahagian pendakwah Islam di negara ini sebagai negara yang kelam kabut dan hancur nilai akibat menegakkan negara berdasarkan idea sekularisme. Wujud juga fakta sokongan seperti larangan memakai tudung dan penahanan bekas Perdana Menterinya, Eirbakan, kerana menyampaikan sebuah puisi yang dikatakan melanggar kebijakan negara yang mengamalkan sekularisme. Bagaimana Datuk Seri melihat Turki, secara jujur dan holistik.

Amirul Haziq
Turki moden yang diasaskan olih Mustafa Kamal jelas sekular. Tetapi perkembangan kini lebih meyakinkan dengan kepimpinan PM Tayyib Erdogan dan AKP (parti pembangunan dan Keadilan).
Tentera dan perlembagaan menolak pemakaian tudung tetapi isteri PM masih memakai tudung dan dilarang masuk istana Presiden.
Terdapat sadikit kekeliruan dari pendakwah berkenaan kerana yang dipenjarakan kerana membaca puisi adalah Tayyib Erdogan sabelum menjadi PM.

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

pemerhatibebas menanyakan (melalui emel) :

Assalamualaikum Dato’ Seri,

Saya ingin meminta pandangan Dato’ Seri mengenai semangat perjuangan masyarakat kita. Diakui ramai yang ingin negara kita melakukan satu perubahan dari segi politik, tranparensi, rasuah dan sebagainya. Saya percaya ramai yang sudah muak dengan isu-isu ini yang semakin hari semakin parah. Namun saya percaya semangat ini terbantut dek kerana halangan dari pihak-pihak tertentu atau lebih lepat, sekatan kebebasan bersuara. Sebagai contoh ‘pegawai kerajaan’, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana jika bersuara, mereka akan menghadapi masalah ( diturunkan jawatan, dipecat dll.) Saya percaya keadaan ini melahirkan pemikiran ‘individualism’. (Masing-masing hanya memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri sendiri.) Apakah pendapat Dato’ Seri berkenaan hal ini?

mohon tunjuk ajar ,
stafar

pemerhatibebas

Perjuangan menuntut kecekalan. Strategi penguasa rasuah dan zalim ialah mencari segala helah untuk menekan dan menakutkan rakyat. Namun di kalangan yang sedar kita perlu terus gigih bekerja dan tawakal kapada Allah. Dilihat dari penyertaan ceramah, kegiatan politik dan sebagainya, keadaan sekarang lebih meyakinkan.

1 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

In the solitude of my prison cell clearly Shakespeare appeared to me as a brilliant genius of all times and for all cultures……..(mp3 audio).

More on the VIII World Shakespeare Congress.

1 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Ada yang menanyakan kenapa blog ini dinamakan Anwar Ibrahim 3.0. Ada juga yang menanyakan apakah ciri2 perubahan dari Anwar Ibrahim 2.0 kepada 3.0..

Dalam satu soalan terdahulu, saya menjelaskan ia sabenarnya adalah tilikan Sdr Khalid Jaafar. Cuba ikuti apa yang beliau garap di sebalik Anwar Ibrahim 3.0 di khalidjaafar.org

30 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya akan berlepas ke Istanbul sabentar lagi inshaAllah untuk menghadiri Persidangan mengenai Muslims in Europe atas undangan Menteri Luar Turki dan akan terus kembali ke KL pada 2hb malam.

Persidangan tersebut akan membincangkan masalah umat Islam di Eropah, dan bagaimana mereka harus bertindak sebagai rakyat di negara Eropah yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tetapi mempertahankan aqidah dan identiti sebagai umat. Beberapa negara Eropah termasuk Turki, Sepanyol dan UK memberi sokongan supaya wakil umat Islam membahaskan isu ini secara terbuka terutama satelah kegelisahan dan bantahan di Paris serta penglibatan golongan kecil dalam kegiatan pengganas.

Sheikh Yusuf Qardawi, Sheikh Taha Jabir al Elwani akan memberikan kertas dasar dan saya akan mengupas isu Freedom of Expression.

Pautan blog dan media luar terkini:

1. Anwar to Lead the UN?

2. SMH: Anwar for UN top UN job


29 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

abufatihah menanyakan :

Tentang ‘mempertahan maruah umat dan negara dari tercemar’, apa pendapat DS mengenai keadaan Umat Islam yang sedang berada didalam ‘bad light’ baik didalam mahupun luar negara? Dan apa pula pendapat DS mengenai Muslim yg bersama2 membantu meletak Umat Islam sedemikian rupa?
Soalan lain, apa pendapat DS mengenai perkembangan di Iran, baik ekonominya, socio-politik nya,teknologi, mahupun Presidennya sendiri?

Sdr abufatihah,
Cabaran buat umat Islam amat getir sekarang. Jiwa kita merasa derita menonton kisah penguasaan tentera AS di Iraq, keganasan olih tentera Israel di bumi Palestin.
Iran berhak mempertahankan haknya menguasai teknologi nuklear tetapi cara negara tersebut diugut oleh AS dan Eropah amat dikesalkan.
Selain itu, umat juga harus menerima pembaharuan dan tidak membiarkan negara ditadbir oleh perasuah dan yang zalim. Pendidikan dan ekonomi perlu dipentingkan.

29 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Assalamualaikum DSAI,
Saya ingin tahu mengenai masalah kegawatan ekonomi yg melanda Malaysia pada 97/98. Ada yg mengatakan idea saudara meminta bantuan drpd IMF(Bank Dunia) ketika itu dan apakah ianya satu tindakan yg tepat? Dan adakah strategi kerajaan menangani kegawatan ekonomi itu berkesan?

registerforthisblog,
Satelah berhasil mencatat lebihan perbelanjaan Kerajaan pada 1994, saya memutuskan untuk menghentikan semua pinjaman dari Bank Dunia. Malaysia memohon semula dari Bank Dunia pada tahun 1999. Bandingkan fakta tsb dengan propaganda dan penipuan tatkala Dr M menjadi PM. Sila semak rekod, dan kita akan buktikan bahawa Malaysia tidak memohon bantuan dari Bank Dunia dan IMF dalam tahun 1997-1998. Meskipun negara dilanda krisis ekonomi tetapi dengan pengurusan ekonomi bebrapa tahun sabelumnnya secara berhemat, kita dapat mengharungi kemelut tsb.

29 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ihsanist menanyakan :

Assalamualaikum DSAI,

Apakah DSAI bersetuju sekiranya saya menyatakan bahawa tindakan DS meninggalkan perjuangan bersama ABIM dan gerakan-gerakan Islam yang lain untuk menyertai UMNO suatu masa dahulu merupakan suatu tindakan yang telah melambatkan proses tarbiyyah masyarakat yang sedang rancak pada waktu itu? kini apabila apabila Allah telah menunjukkan perancanganNya yang maha tinggi dan DS sudah kembali kepada pangkuan marhaen, tidakkah DS merasakan fokus utama DS sepatutnya ialah kembali kepada persada pentarbiyyahan masyarakat seperti dahulu dan bukan mengejar fokus menukar kerajaan semata-mata?

Saya yakin DS pernah membaca tulisan Maududi “Proses Revolusi Islam” dan yakin yang lebih utama ditukar ialah fikrah masyarakat dengan Islam sebelum mengubah kerajaan dengan pilihanraya.

Sdr ihsanist,
Program tarbiyah diteruskan dalam gelanggang politik. Ia tidak boleh dipisahkan. Kita harus menanggapi saranan Maududi dengan bijak. Lagi pun Jamaat Islami pimpinannya senantiasa menyertai pilihanraya Pakistan dan pernah menyokong Fatimah Jinnah selaku calon Presiden Pakistan. Saya lebih cenderung untuk menimba ilmu dan pengalaman gerakan Islam serta bersedia menyesuaikan dengan keadaan dan masa.

29 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

simpleton menanyakan :
Dear DSAI and Encik Zahir,
Mahathir may sing like a canary and attempt to hammer the last few nails into Anwar’s coffin but bear in mind that parties will be in Court and in the hands of the right solicitor or barrister a witness statements may crumble to pieces under cross examination.
Let the trush prevail irrespective of its contents. I sincerely believe that our justice system deserve the credit that there are honest Judges lurking in the shadows and given a chance they will prove this to our nation.
Sdr simpleton,
Sekurang-kurangnya kita dapat menyaksikan aksi Dr M dimahkamah. Sabelum ini puas kita usahakan tetapi beliau sering lari menyorok disebalik hakim. Banyak lagi bahan tambahan yang sedang saya dan peguan persiapkan.

29 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Sebagai satu usaha melebarkan lagi jaringan komunikasi , kini diterbitkan Anwar Ibrahim Official Newsletter.
InsyaAllah ia akan diupdate dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap aktiviti atau kenyataan rasmi disebarluaskan kepada anda.

Switch to our mobile site