3 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

padamar menanyakan :Assalamualaikum,Saya ingin mengemukakan sedikit pandangan dari satu sudut kenapa Dr. M tidak puashati dengan pembatalan Projek Jambatan ke Singapura.Intipati projek tersebut pada pandangan saya adalah untuk melihat tambak johor digantikan dengan satu jambatan yang baru dan moden yang mana dengan adanya jambatan tersebut, dua laut dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Secara tidak langsung ia lebih menguntungkan Malaysia dari aspek pembangunan ekonomi gerbang selatan terutamanya Johor. Bayangkanlah kapal-kapal kecil dan kapal-kapal layar boleh melalui selat Johor, sudah pasti secara tidak langsung pelaut-pelaut moden boleh melalui selat Johor tanpa berpusing jauh melalui selatan Singapura. Dalam dunia yang semakin maju, ramai peminat-peminat kapal layar, bot-bot mewah boleh berlabuh di perairan Johor, ini secara tidak langsung dapat menggerakkan ekonomi Johor kerana antara Singapura dan Johor, Johor mempunyai kelebihan dari segi kos.Kenapa Singapura meminta perkara yang sensitif sebagai galang ganti pembangunan Jambatan baru tersebut? kerana Singapura melihat pembinaan jambatan tersebut sedikit sebanyak akan menggangu penguasaan sektor pelabuhannya dan mau tidak mau secara sendirinya mereka terpaksa pula bersaing dengan Johor. Ini dapat dilihat dengan adanya Pelabuhan Tanjung Pelepas. Persaingan ini sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia kalau dilihat jauh kehadapan. Sebagai sebuah negara yang ingin menjaga kepentingannya Singapura akan cuba menggagalkan dan melambat-lambatkan pembinaan jambatan tersebut walaupun secara rundingannya, jambatan tersebut terpaksa juga dibina atas dasar kerjasama sebagai sebuah negara jiran, dan kini Singapura boleh menarik nafas lega kerana perundingan baru mungkin akan memakan masa lebih lama atau pun tidak mungkin langsung berlaku kerana telah wujud satu sentimen dikalangan rakyat Malaysia berhubung dengan permintaan yang sengaja dibuat oleh Singapura. Pada pandangan saya, Singapura terpaksa berbuat demikian kerana untuk menjaga survaival negaranya dan lagi mereka belum cukup bersedia untuk menerima pesaing baru dalam sektor perkhidmatannya yang menjadi tulang belakang kemajuan dan ekonomi Singapura selama ini.Jadi, tindakan Tun Dr. M untuk tidak bersetuju dengan pembatalan Jambatan tersebut ada relevannya. Satu, sudahlah Jambatan dibatalkan, rakyat terpaksa pula membayar pampasan kepada Kontraktor yang terlibat, bukan sedikit yang terlibat malah banyak juga sub-sub kontraktor yang turut terlibat. Secara tidak langsung ia turut menjejaskan syarikat-syarikat bekenaan. Oleh yang demikian mereka pun berhak mendapat pampasan atas keputusan berkenaan. Dan kerisauan Tun Dr. M nampak mula menjelma apabila kos pembatalan projek berkenaan hampir sama dengan kos pembinaannya. Siapa yang rugi, rakyat Malaysia juga yang rugi, sudahlah bangunan tidak siap malah terpaksa pula membayar kos pampasan. Lebih jauh lagi, impian kita untuk melihat dua laut bersatu akan menjadi lebih rumit malah mungkin akan memakan kos yang lebih tinggi jika sekiranya suatu hari nanti kita ada keinginan untuk melihat perkara ini berlaku.

Saya sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan pembatalan jambatan berkenaan, apatah lagi rintangan sebenar boleh di atasi atas dasar semangat kejiranan dengan Negara Singapura walaupun negara berkenaan agak berat hati untuk membenarkan Gerbang Selatan menjadi pesaing kepada negaranya. Dan lagi pembatalan projek berkenaan didasarkan dengan sentimen rakyat. Sebenarnya rakyat seperti saya perlu dijelaskan tentang isu berkenaan supaya rakyat boleh menilai dan memahami isu berkenaan tanpa terus mengaktifkan dan membenarkan sentimen yang merugikan negara kita apatah lagi projek berkenaan telah separuh jalan. Saya yakin dan pasti,pembatalan sesuatu projek yang telah diluluskan apatah lagi masih dalam proses perlaksanaannya akan juga merugikan rakyat. Seperti pepatah Melayu, ‘Hangat-hangat Taik Ayam’. Kos penyediaan dan perancangan bukan murah harganya, apatah lagi melibatkan projek mega.

Mohon Komen DSAI mengenai perkara ini. Kalau boleh biarlah komen tersebut berdasarkan kepentingan rakyat dan tidak didasarkan atas permasalahan peribadi DSAI dengan Tun.

Sekian Wassalam.

Sdr padamar,

Negara bertamadun harus menghormati undang-undang antarabangsa, terutama dalam hubungan dengan negara jiran. Dalam isu jambatan bengkok, kita tidak mempertikai kewajaran membina jambatan baru memandangkan keperluan semasa. Tetapi ia harus berdasarkan perjanjian antara kedua negara.
Menurut pengalaman saya, rundingan dengan Singapura tidak semudah yang dijangka, tetapi kita harus bertegas dan diwakili oleh wakil yang layak dan berwibawa. Isu harus jelas dan jangan dikaitkan dengan kepentingan peribadi atau syarikat kroni.
Saya telah berikan contoh bagaimana lemah peruntukan perjanjian mengenai air dahulu sehingga kita menanggung kerugian hingga sekarang. Syarikat penerbangan Malaysia-Singapura (MSA) telah berpisah menjadi MAS dan SIA. SIA mencatat keuntungan ribuan juta ringgit dan MAS kerugian ribuan juta! Kemudian Tun Dr M mengutuskan Tun Daim berunding dengan PM Lee Kuan Yew ketika itu dan menyetujui Nota Perjanjian (POA). Satelah saya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, saya kemukakan kapada Dr M dan Kabinet bahawa Nota Perjanjian tersebut tidak menjaga kepentingan Malaysia.
Walhasil balik asal. Hanya dalam isu jambatan bengkok, jangan kita ditertawakan dunia kerana meneruskan projek dan terhenti di tengah lautan!

3 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

OrangTelawi menanyakan :

Nama-nama yang Datuk Seri sebutkan itu sebahagiannya nama-nama yang amat berpengaruh dalam dunia Islam dan juga nama-nama yang berpengaruh di Eropah dan Amerika (Hamzah Yusuf). (more…)

3 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

kasim selamat menanyakan melalui emel :

Datuk Seri,

Saya melihat kemenangan HAMAS ketika pilihanraya yang lalu antaranya adalah disebabkan penglibatan ahli-ahlinya secara serius
dalam beberapa lapangan yang sangat diperlukan (more…)

3 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

orangtelawi menanyakan:

Datuk seri, izinkan saya menambah kepada isu yang ditimbulkan oleh ‘antitipu.’ Projek-projek mega hanya menguntungkan segelintir bilionaire bumiputera. (more…)

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Hanya projek -projek yang memberi faedah kepada rakyat perlu disokong dan diteruskan……… (Malaysiakini melaporkan dengan tajuk Anwar Sokong Tindakan Pak Lah Batal Projek Mega Dr M)
(more…)

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

antitipu menanyakan melalui emel:

Assallamualaikum Dato’ Seri,
Membaca kenyataan Dato’ Seri supaya ditangguh atau dibatal terus akan projek-projek mega atau tidak (dimulakan oleh TDM) yang ianya kabur dan tidak menguntungkan rakyat, saya turut bersetuju. Tetapi tidakkah Dato’ Seri sedar bahawa cara pentadbiran / pemerintah sekarang menangguh dan membatalkan majoriti projek yang menguntungkan rakyat marhaen telah memberi kesan yang besar, sekurang-kurangnya kepada golongan yang bukan kecil jumlahnya, yang terlibat dalam industri pembinaan?
Tidak keterlaluan kalau saya katakan, yang ruginya adalah bumiputera. Malah profesional bumiputera dalam bidang ini diketepikan dan tidak terbela oleh sesiapa. Apakah pihak pemerintah tidak sedar dan pembangkang juga tidak sedar akan hakikat ini? Saya harap Dato’ Seri membaca keluhan saudara kita ini di Harakahdaliy.net
Saya sangat berharap Dato’ Seri dapat memberi komen mengenai perkara ini. Terima kasih.
Antitipu

Memang benar keadaan ekonomi yang lemah sekarang membebankan rakyat termasuk peniaga bumiputra. Ada beberapa isu pokok berkaitan termasuk dasar yang lemah, rasuah dan kurang prihatin dengan masalah rakyat.

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Terima kasih buat semua yang memberikan ucap selamat pada saya sabelum ini.

Saya sampaikan salam sdr-sdr kapada rakan-rakan disini.

Saya sempat berbincang dengan Sh Yusuf Qardawi, Rais Ulama Mustafa Ceric, Mufti Mesir Ali Jumah dan beberapa sarjana muda termasuk Tariq Ramadhan, Farhan Nizami, Hamzah Yusuf, dan wakil-wakil dari pertub Islam seluruh Eropah.

Persidangan mengenai Umat Islam Eropah turut dijayakan dgn kerjasama Pemerintah Turki dan UK.

Dalam ucapan selesai makan malam tadi saya mulakan dengan mengutarakan pandangan sejarawan Belgium Henri Pirenne mengenai pertembungan Islam dan Eropah dan kesan positif dalam pemikiran dan budaya Eropah. Maka seharusnya umat Islam Eropah harus mara terus melihat peranan mereka sebagai rakyat, mengungkap pandangan dengan berani dan mempertahankan hak mereka. Adalah kritikal untuk mereka bertindak sebagai sebahagian rakyat dan mengemukakan isu rakyat dan memperjuangkan keadilan buat semua dan tidak semata untuk Islam sahaja.

Saya juga meminta meraka supaya terus lantang sebagai rakyat di Eropah menentang kezaliman Israel di Palestin, penaklukan Amerika di Iraq.

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

nhazards menanyakan :

Salam kpd DS..

Saya tidak pasti samada DS menyedari perkara ini,akan tetapi saya pernah disuapkan dengan informasi yang DS dikaitkan dengan yahudi-yahudi yang berada di belakang IMF itu sendiri..beserta dengan beberapa visual yang kononnya rahsia.Boleh DS beri komen tentang hal ini,dan kalau boleh saya ingin lihat beberapa fakta yang boleh menyokong kenyataan DS nanti..sekian.

nhazards

Demikianlah fitnah jahat penguasa zalim dan rasuah, fitnah tanpa bukti, kononnya rahasia. Jika terdapat bukti, sudah lama ia digunakan olih Dr M dan BTN.
Dalam Islam kita dilatih untuk menilai berdasarkan fakta. Kalangan yang mudah terperangkap dengan muslihat musuh baik Yahudi atau sesiapa saja adalah yang rasuah dan penipu.
Saya harap sdr berani mencabar sesiapa saja untuk mengemukakan bukti saperti yang saya lakukan.

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Amirul Haziq menanyakan :

Turki selalu dikhabarkan oleh sebahagian pendakwah Islam di negara ini sebagai negara yang kelam kabut dan hancur nilai akibat menegakkan negara berdasarkan idea sekularisme. Wujud juga fakta sokongan seperti larangan memakai tudung dan penahanan bekas Perdana Menterinya, Eirbakan, kerana menyampaikan sebuah puisi yang dikatakan melanggar kebijakan negara yang mengamalkan sekularisme. Bagaimana Datuk Seri melihat Turki, secara jujur dan holistik.

Amirul Haziq
Turki moden yang diasaskan olih Mustafa Kamal jelas sekular. Tetapi perkembangan kini lebih meyakinkan dengan kepimpinan PM Tayyib Erdogan dan AKP (parti pembangunan dan Keadilan).
Tentera dan perlembagaan menolak pemakaian tudung tetapi isteri PM masih memakai tudung dan dilarang masuk istana Presiden.
Terdapat sadikit kekeliruan dari pendakwah berkenaan kerana yang dipenjarakan kerana membaca puisi adalah Tayyib Erdogan sabelum menjadi PM.

2 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

pemerhatibebas menanyakan (melalui emel) :

Assalamualaikum Dato’ Seri,

Saya ingin meminta pandangan Dato’ Seri mengenai semangat perjuangan masyarakat kita. Diakui ramai yang ingin negara kita melakukan satu perubahan dari segi politik, tranparensi, rasuah dan sebagainya. Saya percaya ramai yang sudah muak dengan isu-isu ini yang semakin hari semakin parah. Namun saya percaya semangat ini terbantut dek kerana halangan dari pihak-pihak tertentu atau lebih lepat, sekatan kebebasan bersuara. Sebagai contoh ‘pegawai kerajaan’, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana jika bersuara, mereka akan menghadapi masalah ( diturunkan jawatan, dipecat dll.) Saya percaya keadaan ini melahirkan pemikiran ‘individualism’. (Masing-masing hanya memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri sendiri.) Apakah pendapat Dato’ Seri berkenaan hal ini?

mohon tunjuk ajar ,
stafar

pemerhatibebas

Perjuangan menuntut kecekalan. Strategi penguasa rasuah dan zalim ialah mencari segala helah untuk menekan dan menakutkan rakyat. Namun di kalangan yang sedar kita perlu terus gigih bekerja dan tawakal kapada Allah. Dilihat dari penyertaan ceramah, kegiatan politik dan sebagainya, keadaan sekarang lebih meyakinkan.

1 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

In the solitude of my prison cell clearly Shakespeare appeared to me as a brilliant genius of all times and for all cultures……..(mp3 audio).

More on the VIII World Shakespeare Congress.

1 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Ada yang menanyakan kenapa blog ini dinamakan Anwar Ibrahim 3.0. Ada juga yang menanyakan apakah ciri2 perubahan dari Anwar Ibrahim 2.0 kepada 3.0..

Dalam satu soalan terdahulu, saya menjelaskan ia sabenarnya adalah tilikan Sdr Khalid Jaafar. Cuba ikuti apa yang beliau garap di sebalik Anwar Ibrahim 3.0 di khalidjaafar.org

Switch to our mobile site