7 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ucop dublin menanyakan :
Assalamualaikum Dato Seri,
Saya musykil dengan ‘agenda perubahan’ yang sering disebut oleh Dato Seri seolah olah kini hanya menjadi ‘slogan’ kepada Dato Seri apabila Dato Seri bercakap soal demokrasi, kepimpinan, maruah, bangsa, dan sebagainya.
Sejak September 1998 saya jejak dan genggam semangat reformasi untuk merealisasikan agenda perubahan yang dilaungkan oleh Dato Seri, tetapi sampai ke saat ini saya masih mencari apa itu ‘agenda perubahan’! Menyenakkan lagi sejak Dato Seri dibebaskan, saya dapat rasakan ‘agenda perubahan’ hanyalah satu halwa telinga semata.
Saya harap Dato Seri boleh huraikan ‘agenda perubahan’ yang Dato Seri maksudkan.
Wassalam.
ucop dublin
 
Agenda tersebut dilakar dengan bahasa yang mudah. Sila teliti semula.

7 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Talib menanyakan :

Saya masih baru dengan blog, tidak tahu di mana hendak sampaikan soalan di sini. Soalan kepada Dato Seri, bagaimana Dato Seri memilih bahan bacaan dan disiplin membaca yang diamalkan. Bagaimana sesuatu bahan bacaan yang dipilih dilihat bagus oleh Dato Seri…Harap bagi panduan untuk orang seperti kami untuk menjadi seorang pembaca bagi menyumbang kembali kepada negara.

Talib,
 
Saya dilatih ibu dan ayah sejak kecil, “dipaksa” membaca termaksuk waktu cuti sekolah. Kawan-kawan saya di Cheruk Tok Kun menayakan mengapa membaca di musim cuti? Demikian budaya kita di kala itu, tidak budaya Iqra’.
Di Kolej Melayu (MCKK), kami diwajibkan membaca sebuah buku setiap minggu, sehingga menjadi budaya.
Memandangkan pergaulan, kerjaya dan minat yang pelbagai saya terpaksa menggali khazanah dari pelbagai sumber. Umpamanya di kebelakangan ini, membaca buku terbitan IIIT terbaru mengenai Imam Shatibi dan Maqasid Shariah kerana isu tersebut banyak saya sentuh dalam ucapan; buku Dan Brown Da Vinci Code kerana semua anak-anak saya membaca; beberapa buku mengenai Shakespeare termasuk A Year in the Life of William Shakespeare 1599 yang kini sedang dibaca sebagai persiapan untuk Persidangan di Brisbane pada 19 Julai. Minggu lalu dalam penerbangan pulang dari Istanbul, saya selesai ,embaca Guns, Germs and Steel : The Fate Of Humanities karangan Jared Diamond, prog UCLA.
Jared dalam buku tersebut mengenengahkan teori pengaruh persekitaran dalam tamadun manusia, kajian sejarah yang menjangkau 13 ribu tahun. Menurut baliau penguasaan teknologi makan di peringkat awal, penguasaan senjata, teknologi pada asasnya ditentukan olih persekiran dan budaya. Di antara contoh yang menyayatkan ialah bagaimana penjajahan Sepanyol (conquistador) menapak di pergunungan Peru, di Cajamarca dalam tahun 1532. Francisco Pizarro mengetuai tentera seramai 168 orang telah menumpaskan 80,000 tentera Kerajaan Incas dan menawan serta kemudiannya membunuh Maharaja Atahuallpa. Begitu juga manaka Cortez mengalahkan Kerajaan Aztecs
Terdapat penyingkapan sejarah pertanian dan penternakan, jenis binatang ternak dan kaitan dengan kaum. Daya tahan dari segi fisik dan budaya dikupas. Penyakit merebak dan mebunuh lebih ramai kaum yang tidak terasuh dengan nilai pemakanan baik. Umpamanya tatkala Columbus tiba dalam tahun 1492 jumlah penduduk Hispaniola ialah 8 juta tetapi kerana wabak penyakit tidak terdapat saorang pun saki baki penduduk Hispionala dalam tahun 1535!
Selainnya, sila baca.

6 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

merujuk kapada beberapa aduan yang diperolehi,ada kesukaran untuk menanyakan soalan melalui posting bagi yang belum mendaftar. justeru, di sini disertakan emel alternatif bagi sdr2 untuk menanyakan soalan.

emelkan soalan sdr/i ke –> [email protected]

6 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Amirul Haziq menanyakan :
Datuk Seri,
saya sempat mengikuti ucapan saudara dalam wacana pendidikan yang dianjurkan oleh keadilan beberapa bulan lalu. Banyak perkara dan maklumat baru saya perolehi dalam pembentangan tersebut walaupun perbahasan tersebut telah terarah persoalan persamarataan kaum yang tidak kunjung selesai. Namun isu kaum ini masih penting untuk diselesaikan atau paling tidak diredakan.
Pada hemat saya terdapat elemen lain yang gagal ketengahkan oleh peserta tempoh hari khususnya dalam persoalan kebebasan akademik dan mewujudkan suasana kreatif dalam arena pendidikan nasional.
Sebagai bekas menteri pendidikan, apakah asas perubahan yang wajar dilakukan oleh sistem pendidikan Malaysia untuk menjadikan universiti tempatan lebih berwibawa dan manusia yang lahir lebih berketrampilan lawan dari keadaan sekarang yang melahirkan produk yang mengkal akal fikirannya (mediocare).
Amirul Haziq,
 
Saya telah jelaskan bahawa kesilapan besar pemerintah adalah pengurangan peruntukan untuk pelajaran rendah dan menengah. Kesannya parah buat pelajar desa dan kawasan pendalaman, majoriti bumiputera. Maka yang dicanangkan adalah DEB dan perlaksanaan adalah disebaliknya.
Kedua adalah soal mutu pendidikan yang tambah merosot. Pimpinan Universiti kurang wibawa dan kebanyakan mereka dipilih dikalangan “penyokong” UMNO dan Kerajaan tanpa cabaran besar meningkat mutu pendidikan dan melahirkan generasi yang berfikiran terbuka dan berkrampilan. Sudah sampai masa untuk kita mengangkat tokoh akademik berwibawa untuk memimpin Universiti termasuk beberapa sarjana Cina dan India yang berkelayakan.

 

6 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

padamar menanyakan :
Assalamualaikum Dato’,
Saya terasa janggal pula kenapa perlu kita malu untuk ditertawakan dunia, sedangkan dunia sebenarnya boleh mengeji kita kerana membina bangunan yang tidak siap. Pelabur juga mungkin berpresepsi bahawa Malaysia adalah negara yang suka membatalkan projek dan lemah dalam perancangan. Kenapa kita perlu mengalah sedangkan selat Johor adalah juga milik kita?. Sampai bila? Adakah undang-undang antarabangsa menjadi penghalang kepada keadilan?. Apakah bukan keadilan kalau kita membina jambatan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara walaupun secara imbangannya kita akan mendapat lebih manfaat, namun harus diingat, bahawasanya kita telah lama kehilangan manfaat dan hak sebagai sebahagian pemilik Selat Johor sejak tertambaknya Selat tersebut.
Mengikut perkiraan saya masalah utama yang melibatkan perundangan adalah perjanjian air iaitu saluran paip yang tertanam dalam tambak tersebut.
Kalaupun hanya setengah lautan, kita boleh siapkan bangunan tersebut dan jadikannya sebagai pusat pelancongan, tempat perniagaan atau apa saja asalkan sesuai. Tambahan lagi dengan berlatarbelakangkan laut, bangunan tersebut akan menjadi unik dan berpotensi untuk dijadikan alat penjana ekonomi. Jadikanlah dunia ketawa dalam senyum, kan baik untuk semua.
Saya amat berharap dalam masa-masa akan datang, biarlah semua projek mega dikaji sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum dilaksanakan kerana kegagalan Pemimpin dalam merencanakan aspirasi rakyat akan hanya menyusahkan rakyat secara keseluruhannya. Apa yang pasti semua orang mesti tahu bahawa duit kerajaan sebenarnya adalah duit rakyat. Tapi sejak akhir-akhir ini, ramai pemimpin, samaada dari kerajaan atau pembangkang juga macam krisis kepimpinan GPMS baru-baru ini……
Kenapa saya nampak beriya-iya untuk bertanyakan perkara ini, sebab saya amat mengharapkan agar setiap pemimpin meneruskan kesinambungan pemerintahan, apatah lagi selama ini sebenarnya kita jauh lebih beruntung dari kebanyakkan rakyat di negara lain. Dan yang pasti, saya juga adalah penghuni kapal yang juga berhak untuk bersuara.
Saya juga berharap pemimpin selepas ini akan terus mendukung aspirasi rakyat. Dan semoga DSAI akan terus menjadi tempat bagi rakyat untuk mengadu masalah dan berkongsi pandangan. Tidak dapat dinafikan bahawa pertanyaan-pertanyaan ini mungkin meletihkan DSAI apatah lagi DSAI banyak komitmen lain. Namun saya amat berbangga bahawa DSAI masih juga sempat untuk bersama dalam Blog ini.
Wassallam.
padamar,
 
Benar, soal ditertawakan dunia bukan isu sekiranya kita dipihak yang benar, tetapi dalam isu jambatan bengkok, kita samemangnya berhak membina jambatan dikawasan perairan kita tetapi tidak bolih masuk wilayah negara asing! Ini yang ditertawakan dan akan merugikan rakyat. Kelemahan pentadbiran PM Abdullah dalam rundingan akhir dan keputusan meneruskan projek tersebut tidak dinafikan. Tetapi keputusan membatalkan projek tersebut memang tepat.
 
Sekali lagi saya menggesa rakan-rakan supaya berfikir bebas dan tidak terikat dibawah pemikiran tempurung, menilai semua pandangan. Umpamanya sehingga bila harus kita menerima propaganda mengenai kecemerlangan negara terutama dari segi ekonomi. Kita akui bahawa terdapat dasar positif, pentadbiran cekap, pekerja terlatih dan budaya niaga masyarakat Cina, dan kita lebih berjaya berbanding dengan banyak neagra membangun. Tetapi bagaimana sekarang berbanding dengan Cina, India, Veitnam; kepesatan pembangunan Taiwan, Korea Selatan dan Singapura?
 
Pokoknya kita berupaya memacu ekonomi lebih pantas dan mengangkat ekonomi rakyat sekiranya pemimpin berwibawa, dasar kemas, tindakan dinamik dan rasuah dan kronisme dihapuskan.

6 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Nawar Hashim menanyakan :

Assalamualaikum DS anwar,

Nama saya Mohd Nawar Hashim, pernah mengundang saudara/DS ke majlis
perkahwinan saya di Muar dan Kangar, dan saudara balas dengan kad raya. Saya merupakan salah seorang pendukung reformasi saudara. Saya merupakan
penyokong parti PAS, yang amat rapat dengan perjuangan parti yang
memartabatkan perlembagaan al-quran di dalam survival partinya. Saya
merupakan seorang forumer yang aktif di dalam satu forum yang membincangkan tentang isu-isu politik semasa. Walaupun saya rasa sumbangan saya sedikit kepada reformasi negara dan jihad untuk menegakkan negara Islam di Malaysia, namun saya anggap ini medan penting bagi saya untuk berjihad menangkis tohmahan terhadap Islam.

(more…)

5 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Nasirb menanyakan :

Dato’ Seri jika diizinkan Allah taala, dato’ seri menjadi perdana menteri, tak kiralah yang keberapa, apakah perkara pertama sekali yang dato seri ingin lihat ‘improvement’nya dilaksanakan di malaysia ini? ataupun mana satukah yang dato seri akan beri keutamaan untuk diperbaiki. a) sistem perundangan b) Prosess pilihanraya c) Tingkah laku menteri-menteri sewaktu parlimen bersidang d) masalah perumahan rakyat. e) system pendidikan. dan kenapakah ia nya pilihan utama dato seri?

nasirb
Agenda perubahan adalah menyeluruh. Jika saya senaraikan menurut keutamaan, soal maruah dan integriti kepimpinan. Pertama kerana tanggapan krisis keyakinan sekarang terutama kerana rasuah dan keangkuhan. Kedua, adalah sukar untuk dianjur supaya rakyat menerima pembaharuan tanpa teladan baik ibarat si ketam.

5 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

guya_xtra menanyakan :
Bukan 100j malah 3x ganda yg diminta rm365j??? Apa sudah jadi? Komen sikit DSAI. Apakah Dr M ada syer dlm projek mega ini? Mempengaruhi Gerbang Perdana utk meminta ganti rugi sebyk itu semata-mata utk menunjukkan keputusan membatalkan projek jambatan bengkok sememangnya tidak betul. Sekali gus memperlihatkan kelemahan pimpinan sekrg.
guya_xtra
 
Saya kurang pasti siapa yang punyai kepentingan dlm syarikat. Ia menggambarkan betapa lemah isu pengurusan – governance and accountability dlm pentadbiran negara samada dibawah pentadbiran Dr M atau PM Abdullah.
Soal menokok jumlah tuntutan perlu tertakluk kapada prosedur yang ditetapkan dan diputuskan olih Perbendaharan. Jika tidak ia perlu diserah kapada pakar rujuk  bebas.

 

5 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ADIhamka menanyakan :

YB Husam Musa percaya lebih baik teruskan jambatan daripada batalkan..
respon Datuk Seri?

ADIhamka,

Tidak salah untuk diteruskan wacana terbuka. Sdr Husam ada mengemukakan hujahnya dan saya berpendapat adalah lebih bermenfaat sekiranya kita terus dengan agenda perubahan dasar. Apa yang ditonjolkan olih Dr M tidak lebih dari kegelisahan peribadi kerana ingin mempertahankan legacy. Namun kita perlu mendedahkan kepincangan dalam negara sekarang yang melibatkan kepimpinan Abdulllah.

5 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Ramnan Zul memberikan respon :

saya setuju……….jgn kita diketawakan dunia kerana jambatan kita terhenti di tengah laut. Dalam kes ni, dato’ seri agak berlembut dengan tun m, any comment?

ramnan zul,
Saya pertahankan prinsip dan tidak berdendam. Hak Dr M mengulas perlu dihormati, hak rakyat mengemukakan hujah mengenai kepincangan mesti terpelihara. PM Abdullah wajar memberikan jawapan balas.

5 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Jawapan kepada Akmal:
Assalamualaikum Dato’ Seri,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca email saya. Saya percaya ‘inbox’ Dato’ Seri dihujani beratus-ratus email setiap hari dan amatlah bertuah bagi saya jika Dato’ Seri dapat meluangkan sedikit masa. Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan ke atas Dato’ Seri dan keluarga.

Saya merupakan salah seorang perserta ISNA convention yang diadakan di Chicago pada tahun lepas. Alhamdulillah, selepas berkesempatan bersemuka dengan Dato’ Seri, saya terus sentiasa mengikuti perkembangan Dato’ Seri. Laman web rasmi dan yang terbaru blog rasmi banyak membantu saya menjejaki perkembangan Dato’ Seri. Saya bersyukur kerana dapat mendengar/menonton rakaman ucapan Dato’ Seri yang diantaranya seperti ucapan Dato’ Seri di Harvard berkaitan dunia Islam, ucapan presidential world bank di D.C dan rakaman pendek ucapan balas Dato’ Seri berkaitan isu-isu politik di Malaysia. Banyak  perkara yang saya belajar melalui ucapan-ucapan tersebut.

Namun demikian, saya terkilan kerana tidak dapat mengikuti kesemua ucapan Dato’ Seri. Memang teks-teks ucapan Dato’ Seri di’upload’kan dilaman web rasmi. Tetapi saya percaya ramai yang ingin mendengar ucapan dari mulut Dato’ Seri sendiri. Dengan rendah diri, saya ingin mencadangkan agar setiap kali Dato’ Seri menjelajah ke pelusuk dunia untuk meyampaikan ‘presentation’,  Dato’ Seri ditemani oleh video camera peribadi. Saya percaya pihak penganjur berbesar hati untuk membantu Dato’ Seri merakamkan ucapan-ucapan untuk koleksi peribadi Dato’ dan seterusnya dikongsi melalui www.anwaribrahim.com atau http://anwaribrahim.com.  Insyaallah ilmu yang Dato’ Seri sampaikan kepada ‘audience’ di merata dunia dapat dimanfaatkan bersama oleh kami yang tidak berkesempatan mengikuti ucapan Dato’ Seri secara langsung.

*Adakah Dato’ Seri akan hadir lagi tahun ini ke ISNA convention di Chicago? Jika Dato’ Seri dapat meluangkan masa untuk menghadirinya, insyaallah saya akan berusaha mengumpulkan sahabat-sahabat untuk turut serta dalam program tersebut.

Terima kasih Dato’ kerana dapat meluangkan sedikit masa. Semoga perjuangan Dato’ Seri sentiasa mendapat rahmat dari Nya.

Sincerely,

Sdr Akmal,
assalamualaikum wr wb
 
Saya masih ingat tentang pertemuan kita di ISNA sejurus salepas saya menyampaikan ucapan. Malangnya saya tidak dapat menyertai Persid di Chicago September ini. Saya akan menyampaikan ucapan di Persid Assoc of Muslim Social Scientists di Istanbul pada 1 Sept dan berikutnya ka PPinang untuk bersama dalam Kongres Parti Keadilan.
Insyaallah saya dan rakan-rakan akan usahakan rakaman saperti yang sdr cadangkan.
Salam kpd teman-teman dan teruskan usaha gigih membawa perubahan dan memperjaungkan keadilan.
 
 

Anwar

4 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Assalamualaikum WBT,

satu wawancara ekslusif yang diatur olih Bloomberg dengan saya, bolih ditonton melalui Saluran 12, ASTRO pada waktu siaran seperti berikut:

Siaran Pertama (5minit) : 4 Julai 2006 (Selasa) 7.30 pagi

Siaran Kedua (22 minit) : 6 Julai 2006 (Khamis) 1.00 petang, 8.00 malam (Ulangan) dan 11.00 malam (ulangan)

Antara lain dalam wawancara yang dikendalikan oleh Haslinda Amin tersebut,saya akan mengulas beberapa isu terkini berkaitan dasar – dasar ekonomi dan dan tadbirurus demokratik.

Switch to our mobile site