15 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

shenayoun menanyakan melalui emel :
Assalamulaikum w.b.t.

Saya amat gembira dapat melangsungkan perbualan siber bersama Datuk Seri. Tahniah atas penggunaan wadah baru weblog yang amat popular sekarang ini. Dengan ikhlas, harapnya Datuk Seri dapat menjelaskan beberapa kemushkilan saya yang sudah lama mengapai lubuk hati. Diminta maaf terdahulu jika soalannya mungkin kelihatan terlalu direct.

Orang Melayu dan Malaysia umumnya masih kurang jelas tentang dasar dan polisi pihak pembangkang. Yang melimpah itu dari segi penyampaian retorik, tetapi kering dari segi sebaran ilmiah. Retorik bombastik mengenai korupsi dan accountability jelas dilaungkan, tetapi persoalannya bagaimana dimanfaatkan dan dipraktikkan sendiri olih partai?

Merujuk kepada perjuangan silam, setiap pengikut menelaah ideologi dan ilmiah yang memperkasakan perjuangan. Tanpa prinsip dan idealisme, perjuangan terburai sebelum ke pangkal jalan. Dalam menyatukan hati nurani pengikut, Mandela, Sayyid Qutb, Hassan Al-Banna, Jose Rizal mengutarakan idealisme yang hidup dan mati bersama rakyat. Malah kupasan si penjenayah besar dalam malay dilemma masih disebut-sebut sehingga sekarang. Pemahaman prinsip-prinsip dan isi perjuangan perlu diterapkan dan dilancarkan dalam wacana ikhlas kepada rakyat. Boleh Datuk Seri kongsi pendapat bagaimana keadilan dapat mencapai matlamat seperti yang disebutkan diatas?

Agenda perubahan yang diwar-warkan perlu di sebarkan melalui saluran alternatif yang sedia ada walaupun disekat di media perdana. Tidak cukup untuk kita menghembuskan nafas dan menuding jari ke pihak lawan. Dalam pengamatan secara jujur dan tidak semena, usaha dan perancangan yang dilakukan sekarang walaupun secara rajin, masih terlalu daif dan kurang efektif. Motivasi dan petunjuk amat perlu dalam sebuah organisasi yang secara zahirnya kelihatan lesu. Boleh disimpulkan bahawa tiada strategi jangka panjang yang kukuh dan tersusun, hingga menyebabkan ramai rakan-rakan yang tercicir mengharungi ujian politik.
Diharapkan Datuk Seri dapat mengupas kandungan diatas mengenai susunan jentera dan strategi dalam mengembalikan kehebatan zaman reformasi.

Terima Kasih.

sdr Shenayoun
 
Maaf kerana terlangkau soalan sdr tempoh hari. Saya kini di Dubai dalam perjalanan ke Doha. InshaAllah akan kembali ke KL esok.
Agenda Pembaharuan pada hemat saya adalah kerangka dasar perjuangan yang perlu dihadham oleh aktivis reformasi dan penggerak agenda pembaharuan. Selain itu kita terus mengupas isu dasar secara lebih terperinci. Pimpinan Keadilan berjaya mendapatkan sokongan tokoh-tokoh akademik, korporat, pengusaha untuk terus merangka dasar dan memantau keadaan.
Saya setuju dengan saranan sdr agar kita dapat menyebarkan maklumat tersebut secara lebih berkesan.
Ini mengingatkan saya gagasan pemikir Algeria Malik ben Nabi bahawa dalam perjuangan perlu berlandaskan “idea pendorong (guiding ideas)”

15 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

mustar haniff menanyakan melalui emel :
Assalamualaikum Y.B Dato Sri,
Saya rakyat Malaysia yang tinggal di Doha Qatar.

1- Saya minta bantu diulas terhadap makna perkongsian ekonomi yang adil tanpa pengeksploitasian terhadap sumber-sumber yang ada.

2- Bagaimana sewajarnya jaringan yang mantap yang benar-benar telus dapat
dibina hingga kesejahteraan dari berbagai aspek dapat diimbangi tanpa
wujudnya pertindihan ‘guna kuasa’ antara pentadbir, pengusaha dan pemilik.
Dengan lain kata, apakah punca utama ketidakstabilan dalam sistem ekonomi
dunia hari ini.

3- Rentetan dari ini perlu juga minta dikupas apakah ketida bolehan dan
ketidakmampuan mengenal pasti masalah -masalah yang asas, menjadikan
kecelaruan untuk ’setengah-setengah’ rakyat menkmati keamanan.

4- Apakah sumbangan ‘kuasa veto’ terhadap perlaksanaan dan harga keamanan.

5- Apakah ciri-ciri khusus diperlukan untuk layak membuktikan nilai
kemanusiaan tidak boleh dipisahkan dengan makna kebolehan melahirkan
keamanan dari sumber kasih sayang dan rahmat Allah.

6- Apakah pembinaan semula tamadun dan budaya Islam sesuatu yang tidak mampu
dijadikan alternatif yang tepat sebagai penawar kepada segala ‘penyakit’
yang diidapi oleh dunia hari ini.

Akhirnya apakah tidak mampu digandingkan Y.A.B Perdana Menteri, Y.B Tun Dr. Mahathir, Y.B Dato Sri Nik Aziz dan barisan ulamak menjana semula aliran
pemikiran baru kepada pemimpin pelapis yang ada… bukan imaginasi tapi jika
diusahakan pasti menjadi satu realiti… muga minta Dato Sri ulas untuk petunjuk awal perpaduan kita boleh dijadikan
bukti keamanan yang menjadi kuci kejayaanh Malaysia dan rakyatnya.

Sekian Terima Kasih.

Sdr mustar haniff,
InshaAllah saya akan tiba di Doha hari ini 15 Julai.
1. Kesejahteraan dan pengagihan ekonomi berlandaskan prinsip keadilan. Negara perlu memacu pertumbuhan, tidak akan menyekat inisiatif atau kemunculan gulungan kaya. Dasar percukaian, pengagihan peruntukan negara, langkah pembasmian kemiskinan, peluang pendidikan dan perubatan bagi rakyat mestilah diberikan keutamaan. Pemimpin tidak bolih dibenarkan mengaut kekayaan, memberikan kontrak Kerajaan, saham AP dan lain lain, kepada keluarga dan kroni. Lebih parah ialah manakala rasuah menular.
2. Ini cuba saya ungkapkan dalam kertas saya selaku Presiden Accountability, mengenai pembahagian kuasa, kebesan media dan badan kehakiman. Negara perlu mengamalkan sistem yang telus, tender terbuka.
3. Pimpinan perlu jujur dan berwibawa, sistem pendidikan juga mesti menekankan soal kemurnian ilmu, ekhlak dan nilai etika.
4. Kuasa veto muncul sebagai sistem PBB satelah selesai Perang Dunia Kedua. PBB perlu reformasi dan lebih demokratik.
5. Pendidikan dan tarbiyah.
6. Umat Islam perlu meningkatkan kefahaman , melaksanakan sistem yang adil, menolak diskriminasi dan kezaliman. Ini lebih berkesan dari retorik kosong.
7. Perpaduan tertegak atas prinsip ikhlas melaksanakan keadilan. Kita perlu berusaha, tetapi jangan membuat andaian mudah. Sekiranya rakyat terus dibedil, pimpinan mereka dipenjara, rasuah menular, tanggungjawab kita yang utama ialah membetulkan kepincangan tersebut. Wallahualam.

15 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

mokhzani mokhsin menanyakan melalui emel :
Assalaamu’alaikum DSAI
Saya setiap minggu akan mendapatkan siri ceramah DSAI untuk mengikuti pandangan dan memperkukuhkan lagi pendirian dan prinsip saya untuk turut serta menyertai pembaharuan di Malaysia ini.
Dengan minat dan kefahaman semakin mendalam, saya ada terfikir bagaimana caranya untuk saya turut sama membantu menyedarkan kawan-kawan saya yang tidak terpanggil untuk berfikir, hanya sibuk bekerja. Kemudahan internet telah saya gunakan untuk menimbulkan minta kawan-kawan menyedari kepincangan sistem di Malaysia. Cuma saya berpendapat mereka ini tidak mahu mengambil risiko. Lebih selesa duduk diam, pergi kerja balik kerja, cukup bulan dapat gaji.
Bagaimana untuk memberikan orang-orang atas pagar ini pendirian untuk turut serta menyertai proses pembaharuan sedangkan mereka terlalu malas berfikir dan takut akan risiko.
sdr mokhsin,
 
Langkah yang sdr ambil cukup bermakna. Kesannya mungkin tidak segera atau mendadak. Teruskan usaha dan sebarkan maklumat, perkenalkan blog, website berkaitan. InshaAllah rakan-rakan kita akan bersama.

15 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya berada di Dubai menghadiri mesyuarat. Petang tadi saya ke Studio Televisyen Al-Arabia untuk ditemu ramah isu accountability dan pengurusan. Tetapi dengan kemelut hangat di rantau ini akibat serangan Israel berterusan di Gaza dan kini di Lubnan, saya di minta mengulas ketegangan di dunia Arab.

Kita menolak keganasan tetapi dengan mengekalkan penaklukan wilayah Palestin dan Gaza oleh Israel, bedilan ke rumah, pejabat dan orang awam; dan kini serangan di Lubnan akan menyemarakkan kemarahan yang pastinya menjurus kapada keganasan.

Kebiadapan Israel di Gaza dan di Lubnan adalah keterlaluan. Dan umum menganggap keangkuhan Israel ini mungkin kerana dokongan Amerika. Ulasan Presiden Bush yang mengecam Hizbullah tetapi mempertahankan tindakan Israel membuktikan bahawa dasar luar Amerika tempang dan tidak adil.

Selain itu saya di soal mengenai isu politik Malaysia, Setiausaha Agung PBB dan kelemahan negara-negara Islam terutama dalam isu kebebasan dan pertumbuhan ekonomi

15 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysia_118,

Pada peringkat sekarang, mungkin tidak mendesak untuk memperkenalkan kabinet bayangan. Memadai jika ditugaskan pimpinan untuk fokus kapada tajuk khusus. Umpamanya, Prof Syed Husin dalam bidang pendidikan, Tan Sri Khalid (ekonomi), Dr Xavier (kesihatan).

Anwar

14 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya menghormati soalan dan diskusi yang relevan dengan tema kewujudan blog ini. Sebarang kebiadapan dan serangan peribadi boleh dilanjutkan di blog atau laman web lain. Banyak persoalan yang lebih utama untuk membangunkan negara perlu saya tangani.

Anwar

14 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Anuar Mohd Nor bertanya:

Question Post at www.umno-reform.com :- PAS pernah melahirkan persetujuan sekiranya UMNO mentadbir negara ini atas landasan Islam maka PAS sedia bubarkan parti dan menyertai UMNO? Adakah sebenarnya ini merupakan ‘ ultimate aim’ Anwar Ibrahim, atas nama penyatuan Melayu dan Islam untuk membawa PAS menyertai UMNO sekiranya beliau di jemput menyertai semula UMNO?

Anwar:

Kita berjuang berdasarkan prinsip dan dasar yang jelas. Seandainya ini diperakui secara ikhlas dan ada usaha bersunggung-bersungguh melaksanakannya, maka akan tercapailah titik pertemuan. Tetapi pada hakikatnya adalah sukar bagi kalangan yang bergelumang dengan rasuah untuk mendukung prinsip dan pembaharuan.
Saya telah tegaskan untuk kekal bersama Keadilan dan barisan rakyat di kalangan pembangkang.

14 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyalang, jawapan kepada soalan anda di shoutbox:

Pendedahan saperti ini adalah bermusim saperti isu AP, rasuah pemimpin dan lain-lain. Berita tersebut membantu meningkat kesedaran rakyat. Tetapi percayalah bahawa tidak akan ada tindakan bermakna.

Anwar

14 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya kurang cenderung melayani fitnah UMNO berterusan menghina dan mengecam saya sepanjang 8 tahun. Mereka punyai jentera termasuk melalui kursus BTN dan wang jenuh (saya sebut RM 8 Bilion dalam afidavit mahkamah). Tanya saja, siapa yang mengkhianati amanah memunggah kekayaan dan khazanah negara untuk keluarga dan kroni. Mengapakah mereka terus gagal untuk mengangkat martabat bumiputera, termasuk kini dengan jumlah pengangguran puluhan ribu siswazah Melayu dan jurang kemiskinan yang kian melebar?

Memang saya mengenali Paul Wolfowitz. Pendekatan saya berbeda dari sikap pimpinan Kerajaan BN yang mengemis memohon untuk menemui Presiden Bush dengan terpaksa membayar jutaan ringgit melalui syarikat lobi Yahudi Abramoff. Satelah bukti ini dikemukakan, pimpinan UMNO dan Kerajaan BN masih tidak dapat memberikan penjelasan. Apa pula yang dibicara dengan pimpinan Amerika? Mereka sekadar bersetuju!

Dalam ucapan saya di Bank Dunia dihadapan Paul Wolfowitz, saya secara terbuka menyebut perbedaan pendapat saya mengenai soal dasar dengan Paul Wolfowitz. Penentangan saya terhadap penaklukan dan tindakan Amerika di Iraq diketahui umum.

Tugas saya dahulunya di Universiti Oxford, SAIS di Universiti Johns Hopkins dan kini Profesor di Universiti Georgetown yang amat dicemburui pimpinan UMNO tidak ada kaitan dengan Paul Wolfowitz. Peranan saya selaku konsultan Bank Dunia tidak saya sambung selepas bulan Mei. Laporan saya menegur kelemahan Bank Dunia, termasuk isu penipuan dan rasuah negara-negara dan institusi antarabangsa. Pimpinan UMNO tentunya rungsing dengan kenyataan tersebut kerana mereka terpalit dengan najis tersebut.

Anwar

12 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

ramnan zul menanyakan:

Menerima keahlian mereka yang bermasalah semasa dari luar parti serta memberikan jawatan memberikan padah kepada parti. Ini sering terjadi kpd PKR. Akhirnya PKR juga yang rugi kerana mereka akan memburukkan PKR tatkala keluar atau terpaksa keluar dari parti. Mohon komen DS.

ramnan zul
Saya setuju dengan peringatan sdr. Pengalaman mengajar kita. Ada yang melompat kerana ingin menarik perhatian, tetapi mereka jarang kekal.
Dalam kes Tan Sri Khalid dan ramai kalangan lainnya dalam Keadilan, penyertaan mereka adalah di kala nama mereka masih harum dan tenaga mereka amat diperlukan.

11 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

A Fathi menanyakan:

Assalamualaikum..Saudara DSAI,
Saya ingin tahu apakah ciri-ciri negara yang Dato’ Seri ingin laksanakan.
Dato’ Seri, saya amat bimbang jika negara kita tidak dikurniakan
dengan pemimpin yang benar-benar bertanggung jawab terhadap amanah
yang diberikan. Ramai pemimpin tidak kira dari mana alirannya, Politik
Wang mesti tidak dapat dielakkan.
Rata-rata pemimpin yang mengejar wang daripada mengejar untuk
melaksanakan amanah. Di samping itu, perjuangan parti-parti
pembangkang agak malap ditelan zaman,adakah ini berpunca daripada
keikhlasan pendokong perjuangan ini yang kian luntur. Dato’ Seri, saya
minta maaf jika apa yang saya ulaskan tersebut tidak tepat, tapi
inilah yang saya perhatikan sejak kebelakangan ini.
Dato’ Seri layak digelar bapa pada saya kerana faktor umur, oleh itu
saya ingin pinta beberapa nasihat dan tunjuk ajar bagaimana untuk
meningkatkan kemantapan peribadi. saya juga bercita-cita untuk
memimpin negara (Insya Allah) jika sampai waktunya, buat masa kini
saya sedang meningkatkan persediaan untuk mengharungi rintangan dalam
arena politik.
Segala nasihat dan tunjuk ajar dari Dato’ Seri amatlah dihargai.

Terima Kasih,

wassalamualaikum.

A.Fathi

AFathi

Secara terperinci kerangka dasar pembaharuan yang diutarakan telah terungkap dalam “Agenda Pembaharuan”.
Dukungan terhadap Keadilan dan Pembangkang lebih positif sekarang. Sdr sukar memantau kerana berita mengenainya digelapkan oleh media BN dan ramai penyokong memilih untuk tidak diketahui umum disebabkan tekanan pemerintah.
Persiapan generasi muda sewajarnya melibatkan penguasaan ilmu, latihan akhlak dan disiplin dan pemahaman isu semasa.
Sila rujuk puisi WSRendra dalam jawapan terdahulu.

11 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Umar Tan menanyakan melalui emel:

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya ucapkan selamat kembali ke tanahair kepada saudara Anwar setelah sekian lama berada di negeri orang. Hujan emas di luar sana, hujan batu di sini pula. Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang bersama saudara membawa agenda yang sekian lama haus di tekak rakyat.

Saya lihat keadilan masih lemah dari segi perolehan maklumat. Sepanjang pembacaan saya akan artikel atau sebarang paparan dokumen, pengisian data masih agak kurang menyerlah. Mungkin ada yang silap pada pandangan saya, mungkin juga ada yang berkongsi pendapat dengan saya. Walauapapun, kita sedia maklum, tanpa suluh bagaimana mungkin boleh meneroka jalan yang gelap.

Atau mungkin yang dipaparkan kepada awam tidak selengkap apa yang dibentangkan didalam mesyuarat, wallahualam.

Walauapapun, saya amati capaian maklumat agak terhad. Saya berasa tidak puas dengan pembacaan saya. Sebagai contoh, isu FTA atau WTO, yang dikatakan akan mengancam kehidupan ribuan petani kecil di Malaysia. Persoalannya, berapa ribu? Dengan hanya berkata banyak tidak mencukupi, persoalannya berapa banyak?

Saya juga risau, kebergantungan kepada sumber-sumber ‘asing’, akhirnya akan membawa mudarat. Pengisian data yang kurang teliti, pembutiran yang terhad, mungkin saudara pernah mengalami senario dimana saudara dimaklumkan dengan maklumat yang tidak konsisten.

All these small details, though it may not be grasp by the masses, but at least it can be appreciated by the few who im sure will make good use of such privilege.

I understand the predicament the opposition going through, especially when we are denied the rights to information. We turn left, we turn right, dazzled over the right button to press and push our opponent down its knees, or at least put fire under their seats.

Then again not only we are denied access, at times we dont even know who to turn to. Who is the right person to enquire? The right person to meet? Who knows what? And where or how can we gain any information that can be of benefit to us?

I always wonder the contents of them files lock neatly behind the safe. I always wonder why are we not allowed to see whats underneath the records, them poeple-in-power try so hard to keep it out of our reach. I yearn to see, the skeleton behind the closet. And instead of waiting for doubtful information from ‘sources’ that he/she itself can be put to doubt of his/her intention, or waiting for some squeler to bongkarkan whatever kept hidden, wouldn’t it be great if we have the capability, the capacity, the means, to stretch our arm to all that is…secret?

It is true that each of us have our informants, or sympathizers if you may, in certain quarters. But I believe it wil benefit you more if there is a specific machinery, designed to conduct data acquisition and all that I mention above. There is to no doubt, that a form intelligence is required, for the more we know of our foe, the easier we lay grounds for their fall. A designated ‘wing’ not only do that, but perhaps it can also ensure consistent acquisition, and data that is valid even.

Dont get me wrong, im not asking for a quasi-military organization. Francis Bacon once said, knowledge is power right?

Wassalam.

Umar Tan

Sebelum ini walaupun saya bertugas di luar saya tetap kembali setiap bulan, maka bercampurlah emas dan batu.
Saya setuju saranan sdr mengenai kekurangan maklumat, pendedahan kapada media dan keperluan menghebahkan pendirian Keadilan kapada masyarakat. Perkara tersebut telah dibincang dalam beberapa pertemuan parti di bawah pimpinan Presiden dan Timbalan. Malah beberapa perbincangan khas telah diadakan untuk mengolah pendirian yang lebih mantap mengenai isu dasar yang mendesak.
Mengenai WTO, FTA dan sebagainya saya akan syorkan kapada pimpinan supaya mengeluarkan kenyataan.

Switch to our mobile site