16 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Tepat Jam 11.45 pagi tadi Pengurus Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, Roslan Yahya telah mengumumkan tiga calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Kecil ini.

Calon KeADILan/Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Calon Umno/BN – Datuk Arif Shah Omar Shah

Calon AKIM – Hanafi Mamat

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Suasana di Institut Perguruan Tuanku Bainun meriah seawal jam 7.00 pagi, dengan dianggarkan lebih 50000 penyokong Pakatan Rakyat membanjiri kawasan padang berbanding BN yang dianggarkan sekitar 5000 sahaja. Kawasan berhampiran dilaporkan sesak hampir 3.5 kilometer dengan kehadiran memberangsangkan penyokong Pakatan Rakyat.

Laungan reformasi dan bacaan selawat terus dilaungkan penyokong Pakatan Rakyat sepanjang menunggu pengumuman rasmi daripada SPR.

Gelombang rakyat kini secara rasminya telah bermula!

—————————————————————————————

Bacaan Tambahan:

Malaysiakini.com: Shout of Liwat vs Reformasi

Anilnetto.com:- Vast PKR multitude overwhelms BN Crowd

16 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Qur’an dan agama?

Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?

Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak sama sekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!

Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato’ Najib, Rosmah, dan pihak polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.

Pada tahun 1998, Sukma dan Munawar juga bersumpah di mahkamah tetapi menarik kembali sejurus tiga bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.

ANWAR IBRAHIM

16 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

By Athi Veeranggan

Malaysiakini, August 15th 2008

Questioning the timing of the swearing on the Quran by his accuser – on the eve of nomination day for the Permatang Pauh by-election – candidate Anwar Ibrahim was hardly amused.

When told Mohd Saiful Bukhari Azlan had swore on the Quran in the Federal Territory Mosque that he was sodomised by the opposition leader, Anwar replied: “This is just a political gimmick.”

“One day after the Election Commission announced the date for the Permatang Pauh by-election they charged me.

“Now, on the eve of nominations, this guy is swearing on the Quran. What is the motive for all this?” exclaimed the politician, who will be contesting in the polls.

(more…)

15 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

15 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saudara-saudara semua dialu-alukan untuk datang beramai-ramai bagi menunjukkan sokongan terhadap calon pilihanraya Parlimen Permatang Pauh (P44), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada proses penamaan calon yang dijadualkan pada hari Sabtu (16 Ogos 2008) pada jam 8.00 pagi di Maktab Tuanku Bainun, Penanti.

Turut mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim esok ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin Pakatan Rakyat.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

15 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) – Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat menghargai komitmen PAS untuk terus bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang dinyatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya sebentar tadi.

Ucapan Dasar Presiden PAS bertajuk ‘PAS Untuk Semua’ disampaikan beliau bersempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 54 di Stadium Indera Mulia, dekat sini.

“Ustaz Hadi menyampaikan ucapan yang bernas,” kata Anwar yang pertama kali hadir ke Muktamar PAS, dalam respons eksklusifnya kepada Harakahdaily sejurus selepas Muktamar ditangguhkan tengahari tadi.

(more…)

15 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

16  OGOS  2008 ( SABTU )

Masa Program DUN Tempat Contact Person
0800 Hari  Penamaan Calon
(DSAI dan seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat)
Penanti Maktab Tuanku Bainun  
         
1325 Solat Zohor      
1640 Solat Asar      
1700 Jamuan Hi Tea bersama masyarakat India
(YB Mike, YB Raveen, DS Anwar Ibrahim)
Seberang Jaya Kampong Bagan Serai YB Mike 016 265 9511
1933 Solat Maghrib Seberang Jaya Surau Taman Pauh Indah  
2000 Walk – about
(DSAI dan Jentera Seberang Jaya)
Seberang Jaya Pasar Malam Taman Pauh Indah  
2100 Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina
(YB Tian Chua, YB Dr. Lee Boon Chye, DSAI)
Penanti Padang Bola, Kampung Baru,Sungai Lembu  
2200 Ceramah Merdekakan Negara
( DS Anwar Ibrahim, YB Presiden PAS dan Dr. Tan Yee Kew, DS Wan Azizah)
Permatang Pasir Depan Klinik Penawar, Taman Cermai Pekan Permatang Pauh  

15 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

anwar ibrahim exclusive pre permatang pauh interview 130808 07

Malaysiakini.com

Aug 14, 08 5:57pm

But Anwar Ibrahim said the fear of him coming to power was not shared by other senior police officers in this first of a two-part interview with

Malaysiakini: You keep on saying ‘September 16, September 16′, but a lot of people think you are bluffing. Are you bluffing?

Anwar Ibrahim: I would say that people were doubtful when we said we were able to seriously challenge the ruling government on March 8. Nobody generally – which includes Malaysiakini – thought that we (could win) control of five states.

It is good that people have cautioned me with ‘you’re a bit too optimistic’, but I am privy to many discussions that I cannot share for now. Based on that, I have ample reasons to suggest that – although we have been derailed somewhat because of all these episodes – we can make it.

You know, contrary to many of my friends in Pakatan (Rakyat) or the media, those in the ruling establishment, including the IGP (inspector-general of police) and his coterie of loyal clique, must be convinced, otherwise they wouldn’t be desperate to go on this move. They are convinced that we’re going to make it, so they have to make sure that I am stopped at all costs.

(more…)

15 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Kebelakangan ini saya sedikit sibuk dengan persiapan kempen dan penamaan calon menjelang 16 Ogos ini. Capek dibuatnya! Tapi perjuangan perlu terus.

Sempat juga saya ikuti perkembangan Sukan Olimpik di Beijing dalam kesibukan yang menghambat waktu senggang sebegini. Saya tumpang gembira dengan kemaraan pemain badminton negara, Lee Chong Wei ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Sonny Dwi Koncoro. Gangsa sudah di genggaman, harap terus diperam menjadi emas.

Meskipun sedikit kecewa dengan kekalahan Wong Mew Choo dan beregu Kien Kiat-Boon Heong semalam, sokongan dan dorongan perlu terus diberikan kepada Chong Wei agar beliau menghasilkan emas pertama buat negara di persada Olimpik.

Arena sukan kita kian lama suram di pentas antarabangsa, ayuh gemerlapkan kembali!

ANWAR IBRAHIM

13 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Rameli Musa merupakan sahabat karib saya sejak zaman persekolahan di Kolej Melayu lagi. Saya membaca rencana Raja Petra di laman web beliau yang mengaitkan Datuk Rameli dengan persekongkolan jahat untuk menjatuhkan saya.

Saya yang sudah lama mengenali saudara Rameli dan keluarganya makanya saya tidak dapat menerima tohmahan terhadap beliau yang mengaitkannya dengan konspirasi tersebut. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya yakin akan wujudnya konspirasi dan pengkhianatan ke atas saya dan ianya pasti melibatkan Musa Hassan dan pimpinan utama UMNO.

ANWAR IBRAHIM

13 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

12th August 2008

MPF regrets the unruly action of protestors that forced an abrupt end to the Bar Council forum on conversion to Islam on 9th August 2008. We acknowledge that as a nation with two justice systems as accorded by the Federal Constitution, there would be outstanding issues that remain unresolved, one of them being the subject of the Saturday forum.

It is quite understandable that when a divorce case between a Muslim and a non Muslim spouse is brought to the Syariah Court, the non Muslim would see this as an infringement of Islamic law against their rights. This may be due to a number of factors, among which are lack of knowledge and misconceptions of Islam and Islamic law based on precedent cases. It would not be inconceivable that there would be some degree of animosity and prejudice that the religion has directly or indirectly contributed to the dissolution of their marriage.

(more…)

13 August 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Isu UiTM

Penjelasan Tan Sri Khalid perlu diteliti dengan sejujurnya dan kita haruslah siap untuk menerima hakikat mutu institusi pendidikan kita yang jauh ketinggalan berbanding universiti di negara jiran. Ternyata keprihatinan beliau adalah untuk melihat mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan terutamanya institusi yang diamanahkan untuk mendidik serta melatih bumiputra.

Saya telah pun membaca kenyataan beliau dan berbincang dengannya, nyata sekali hasrat beliau tidak lain hanya untuk memberikan pendedahan seluasnya kepada mahasiswa UiTM. Dan ini termasuklah kemungkinan untuk menerima pelajar asing dan bukan bumiputra dalam beberapa bidang tertentu terutamanya yang melibatkan isu global dan peluang untuk bersaing di luar negara. Malangnya media UMNO memutarbelitkan kenyataan tersebut.

Umum mengetahui Tan Sri Khalid merupakan tokoh besar yang mengangkat Permodalan Nasional Berhad sebagai gergasi korporat antarabangsa dan agak janggal dan lucu bila perasuah besar bumiputra serta konco-konco mereka mendabik dada berbangga kononnya merekalah pejuang Melayu tulen! Saya berharap rakyat Malaysia turut mengkaji implikasi cadangan beliau secara matang dan tidak terperangkap dengan muslihat kalangan tertentu.

Isu Forum Majlis Peguam

Saya menyinggung isu ini beberapa hari sabelum majlis berlansung. Pendirian saya konsisten iaitu menghormati hak sesiapa saja untuk mengulas serta memberi pandangan terhadap sebarang isu. Namun memandangkan sensiviti mauduk, serta persepsi sebahagian umat Islam seolah-olah terdapat rencana menghina Islam, maka saya cenderung agar isu tersebut dibincang secara tertutup.

Saya menyambut baik pendirian Tuan Guru Ustaz Hadi, Presiden Pas tatkala mengulas isu tersebut. Malah Majlis Profesional Muslim berjaya merumuskan keadaan dengan mantap sekali melalui kenyataan mereka. Kepimpinan parti pastinya berhasrat untuk mendengar penjelasan dari YB Zulkifli terlebih dahulu yang kemudiannya disusuli dengan perbincangan empat mata dengan saya.

ANWAR IBRAHIM

Switch to our mobile site