6 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

15 September (Sabtu)

Majlis Buka Puasa, Solat dan Tarawikh

Tempat: Rumah DSAI di Segambut (11, Jln 3/61 , Bukit Segambut)

Masa: Maghrib

5 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pengunjung terus menghujani pertanyaan reaksi saya dari fitnah BTN bahawa saya adalah agen Yahudi dan Amerika. Sekiranya mereka benar, bukti akan dikemukakan. Yang dipapar adalah gambar lawatan saya. Permaidani merah dibentang dalam semua lawatan rasmi – Arab, India, China, Amerika.

Yang tidak disentuh BTN adalah fakta bersabit bayaran pemimpin umno-bn kepada pelobi yahudi dan tauke judi Jack Abramoff!

Isu kedua ialah penyebaran video pengakuan Sukma yang dipaksa polis. Sila rujuk keterangan bersumpah Sukma dan dlm produksi ABC “Sham Trial of Anwar”.

Sudahlah dia dipukul dan diseksa, kemudian dipenjara (selepas itu tuduhan ditarik balik) – beliau masih terus difitnah. Hai akhlak Umno – mirip……..

ANWAR IBRAHIM

5 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Azizah, Tan Sri Khalid, William Leong telah membentangkan kerangka ekonomi negara menjelang belanjawan negara nanti.
Izinkan saya menekankan peri pentingnya sdr/i meneliti dokumen “Agenda Ekonomi Malaysia: Wawasan Pembangunan” dan membantu mengedar kepada keluarga dan dengan pesanan agar mereka menelaah dan menghadamnya.

Muat turun di sini dan edarkan kepada khalayak.

Jadikan percaturan politik satu pertembungan idea dan berdasarkan hujah aqliah.

ANWAR IBRAHIM

4 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini.com
Terence Netto
Sep 4, 07 7:17pm

dsai An introduction of meritocracy in education, a dose of aid in housing, and the dispersal of industry from high-density urban centers to low concentration ones, were the highlights of PKR’s economic agenda announced today.

“This is the ‘new deal’ that we will take to the voters in the coming general elections,” said PKR de facto leader Anwar Ibrahim in comments made to malaysiakini following the unveiling of the party’s economic agenda called ‘The Malaysian Economic Agenda: Creating A New Deal.’

Details of the agenda were announced at a press conference today in Parliament House, jointly addressed by PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail and head of the party’s economic brain trust, Khalid Ibrahim.
(more…)

4 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Tempat: Rumah DSAI di Segambut (11, Jln 3/61 , Bukit Segambut)

Waktu: Maghrib

Tarikh: 4 September

Jamuan ringan akan disediakan.

3 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

pauh1
Azizah bersama masyarakat Permatang Pauh sejak dua hari lepas. Saya menertai program semalam, minum ringan di Sungai Semambu. Selesai ucapan Azizah menyampaikan bantuan orang miskin. Saya bergerak menemui sahabat lama di rumah cikgu Abu Hassan, bekas Pegawai Pendidikan Daerah.
(more…)

2 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Rakan-rakan pejuang khususnya pengunjung dipohon mengamati dua strategi utama Penerangan Umno dan Pemuda Umno yang pastinya menjadi teras kursus Biro Tatanegara menjelang pilihanraya umum nanti.

Pertama, dengan menonjolkan isu survival Melayu melalui DEB, dan kononnya mendedahkan muslihat politik Anwar serta KeADILan yang akan menamatkan program ekonomi melayu tersebut. Saya ulangi gesaan supaya sdr/i membaca, menelaah dan membantu menyebarkan risalah “Agenda Ekonomi Malaysia: Gagasan Pembangunan“. Kita mencabar pimpinan Umno dan juak-juak mereka untuk menjawab secara rasional atau cuba menangkis fakta yang diketengahkan. Rakyat Malaysia khususnya melayu-bumiputera perlu didedahkan dengan maklumat sebenar, bagaimana khazanah negara dirompak dan amanah melayu-bumiputera dikhianati.
(more…)

1 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Thales menanyakan:

My dear Dato Seri,
would the whole Indonesian Community apologize for all those cases of murders and robberies they commit in Malaysia.
Just the other day, a good friend of mine was robbed in the dead of night.
3 parang wielding Indonesians, burst opened their back door, tied the poor fellow, his wife and 4 very young children; ransacked the whole house, took money and evrything valuable.
What about the case when they come over here as tourists, rented a car and went on robbing the innocents …. and after the spree of robberies, off they went home to come again the next time ….
However, there is no excuse whatsoever, for the Plainclothesmen to mishandle and attacked this poor Indonesia referee !

Kpd sdr thales,
saya ingin tegaskan bahawa langkah memerangi jenayah perlu lebih berkesan lagi. Mendera juri atau wasit Indonesia melibatkan polis.
Jangan kita kelirukan di antara penderaan ke atas sesiapa saja dengan jenayah yang dilakukan, termasuk oleh warga Indonesia di Malaysia.
Pasukan polis perlu dipimpin oleh kalangan wibawa, profesional dan tidak rasuah.

1 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Pengunjung kesal kerana sambutan merdeka dijadikan propaganda Umno dengan mengenepikan sumbangan besar lain perjuang. Inshaallah akan saya sentuh dlm pidato di melaka malam nanti.

Sebelum itu saya bercadang menemui guru saya yang dikasihi Cikgu Rahman (Tan Sri Abd Rahman Arshad) di Tangga Batu.

Acara di Delhi termasuk kuliah kepada eksekutif salah satu konglomerat India, Apollo. Mereka meminta saya untuk mengupas isu pengurusan, dimensi kemanusiaan dan etika. Saya juga telah ditemuramah beberapa akhbar dan tv utama.
(more…)

31 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Mahasiswa Malaysia di indonesia merayu agar kita turut mendesak pihak polis dan kerajaan BN segera memohon maaf kerana keganasan yang dilakukan polis terhadap rakyat Indonesia. Mereka bimbang bahawa kemarahan rakyat Indonesia meluap. Mungkin akan menjejaskan keselamatan mereka.

Difahamkan, pihak polis telah mengemukakan permohonan maaf secara bertulis. Saya bersetuju supaya kerajaan bertindak memohon maaf setelah penyiasatan teliti beberapa kes tersebut menunjukkan adanya keganasan pihak polis. Lagi pun hukuman ke atas pekeja asing yang dikenakan di Malaysia termasuk reman yang panjang, merotan atau kesesakan di tahanan imigresen dikira terlalu berat.

Mengurus kedudukan pekerja asing dan menghadkan jumlah kemasukan adalah hak kerajaan Malaysia. Namun kaedah yang dipakai harus selaras dengan hubungan kejiranan, perikemanusiaan dan undang-undang adil.

Kita tidak harus membenarkan penderaan rasuah dan penganiayaan.

ANWAR IBRAHIM

31 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

ht

Saya berada di Delhi sehari untuk menyampaikan ucaptama dlm sidang antarabangsa mengenai Ekonomi Islam anjuran Institute of Policy Studies. Sebaik tiba di lapangan terbang saya terus ke perbatasan Haryana menyampaikan pidato khas mengenai etika pengurusan kepada 60 eksekutif kanan industri di sana.

Saya akan berlepas pulang esok sebaik selesai menyampaikan ucapan. InshaAllah.

Kunjungan saya ke India mendapat liputan media di sana, termasuklah Hindustan Times dengan tajuk yang ringkas tetapi bermakna, ‘Time for Malaysia to Change’.

Semalam saya di Mumbai atas undangan dewan perniagaan, pengusaha dan industri teknologi maklumat. Malangnya tidak sempat ke bollywood … Haha.

Walaubagaipun saya ada menerima hadiah buku mengenai tokoh filem Raj Kapoor! Aca he….

ANWAR IBRAHIM

30 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Switch to our mobile site