*Teks ucapan Syed Husin Ali selaku senator (ahli Dewan Negara) pada 7 Disember 2011.
1. Waktu membentang Belanjawan atau Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri menyatatakan,”Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merobah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.”
2. Saya tidak menafikan bahawa Malaysia telah mencapai kejayaan dalam banyak bidang sejak Malaya mencapai Merdeka pada 1957. Akan tetapi jikalau dibandingkan dengan beberapa buah negara sebaya, kejayaan itu tidaklah begitu membanggakan. Dari segi ekonomi, sekitar tahun 1960, pendapatan perkapita Singapura, Korea Selatan dan Taiwan boleh dikatakan hampir sama dengan kita. Akan tetapi sekarang ini pendapatan perkapita Singapura kira-kira tiga kali ganda Malaysia, manakala pendapatan perkapita Taiwan dan Korea Selatan pula lebih dari dua kali ganda Malaysia. Kenapakah kita ketinggalan?
3. Memang benar jika dikatakan Malaysia tidak lagi berwajah pertanian, walaupun aktiviti pertanian masih luas diamalkan dan memberipekerjaan kepada sebilangan besar rakyat. Akan tetapi tidak tepat sama sekali manakala didakwa Malaysia sudah menjadi “negara perindustrian moden”. Jika dibandingkan dengan Korea Selatan, misalnya, kita dapati pencapaian negara kita masih terkebelakang. Korea Selatan jauh lebih maju, bahkan boleh menyainginegara-negara Barat dalam bidang perkembangan elektronik dan digital. Akan tetapi Malaysia tidak memperlihatkan tanda permulaan pun. Dalam industri bermotor, kemampuan Korea Selatan juga mengatasi Malaysia. Kereta-kereta buatan mereka boleh bersaing dengan model-model kereta terkenal dari Amerika danEropah. Akan tetapi kereta-kereta kita belum mempunyai enjin yang sepenuhnya dicipta sendiri dan lebih bergantung hidup kepada pasaran tempatan yang dilindungi.
PERANAN BELANJAWAN
4. Sekarang ini kita lihat bahawa kadar kemajuan yangdicapai oleh beberapa buah negara seperti Vietnam, Thailand dan bahkan juga Indonesia mula mencabar kedudukan Malaysia. Mengapakah ini berlaku. Tentu banyak faktoryang menyebabkannya, yang menunggu untuk dikaji scara halus serta mendalam. Akan tetapi, oleh kerana kita membahaskan Belanjawan, izinkanlah saya mengemukakan hujah-hujah bagaimana Belanjawan mungkin memainkan peranan untuk menggalak kemajuan atau mengakibatkan sebaliknya.
5. Mengikut Belanjawan 2012 ini, jumlah anggaran perbelanjaan yangdicadangkan ialah RM232.83 bilion. Sejumlah RM181.58 bilion (atau 78%) ialah untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM51.25 (atau 22%) ialah untuk Perbelanjaan Pembangunan. Peratus untuk Perbelanjaan Pembangunan 2012 ini lebih kecil daripada peratus untuk tahun lalu, iaitu 23.9%. Saya tidak tahu sama ada ini peratus yang terkecil untuk Pembangunan sejak Belanjawan yang pertama. Yang pasti ia adalah terkecil sekali sejak tahun 2000. Sejak tahun itu anggaran perbelanjaan untuk Pembangunan menurun daripada 31.6% (tahun2000), ke 28.4% (tahun 2004) dan 27.2% (tahun 2008) hinggalah 22.0% (tahun2012). Penurunan ini tentu menjejaskan kadar pembangunan negara. Continue reading ‘Jambatan Atas Daratan Berharga RM210 Juta!’
Acceptance speech by Anwar Ibrahim, Opposition leader of the Malaysian Parliament, on being awarded the IAPC Democracy Medal, Shah Alam, December 21, 2009
Ladies and gentleman:
I am greatly humbled by this award. I accept it with a profound sense of humility with the full knowledge that this award is not really about me but, as indeed it should be, a resounding appreciation for the hard work and sacrifices of family, friends and colleagues. Together we have championed the cause of freedom and democracy and, by the grace of God, we shall continue to do so.
They say that freedom and democracy are nice catchphrases hewn from philosophical cogitation or mere abstract doctrine divorced from reality. Or that democracy is overrated. What’s there to talk about or to lose sleep over? Just conduct elections every four or five years and let the people to decide who should be in power. Why should think-tanks and NGOs waste so much time and resources dissecting and debating these issues in academic halls, intellectual colloquiums and political forums?
THE GLOBAL ECONOMIC CRISIS AND THE FUTURE OF ASEAN
(Keynote Address by Anwar Ibrahim at Chulalongkorn University, March 30th 2009)
When I first uttered the unutterable in Hong Kong sometime late last year that Hayek is history I was then bombarded with accusations of having turned my back on Adam Smith. Not too long later however, we heard reluctant acquiescence from liberal institutions that the free-market principles that guided American financial development would no longer count as biblical injunctions.
In the presence of such an erudite audience today, let me take the liberty to indulge further in the discourse. Just to be clear, I make no claim to pioneering new ideas but suffice to say that I am a mere commentator having had some experience in managing an economy which was also going through one of the worst financial turmoil in Asia. We need to remember only the boom-and-bust cycles articulated by the 19th century economists such as John Stuart Mill or Alfred Marshall, before we get carried away with the modern orthodoxy, which depicts financial markets as effective, stable, and self-correcting mechanisms.
The advocates of spontaneous order which had hitherto attained the level of religious orthodoxy having rammed free market strictures about self correction and deregulation are now conspicuously silent. What went wrong?
Rakaman Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pidato Kebangsaan “Ketuanan Rakyat” di Shah Alam pada 8 Mac 2009 Video ehsan TVAntara
Alhamdullillah, dan kita bersama hari ini mengingati keputusan rakyat yang dibuat setahun yang lalu.
Pada 8 Mac 2008, rakyat ternyata lebih bijak dari peramal, dukun dan pawang politik. Segala tukang tenung politik ini meramalkan Barisan Nasional akan menang besar dan pencabar mereka akan kecundang. Dan sebahagian besar tukang ramal ini, ada yang duduk di menara gading, ada yang menelek dari bangunan media, diupah oleh pemerintah untuk meramalkan kemenangan besar.
Jentera dan dana yang digunakan oleh Barisan Nasional menggerunkan. Parti-parti Pakatan Rakyat, KeADILan, DAP dan PAS terpaksa berentap dengan segala kekurangan dana, jentera dan tekanan. Kita dihujani dengan pelbagai fitnah dan sekatan. Namun dengan segala keterbatasan tersebut rakyat telah menyebelahi kita, dan membuka lembaran baru dalam politik Malaysia.
Maka sempena setahun peristiwa tersebut marilah kita ulangi ucapan penghargaan setingginya kepada rakyat Malaysia:
Terima Kasih Rakyat Malaysia;
Xie xie ma lai xi ya ren min Malaysia;
Makkal ellarukkum romba nandri;
Terima kase’ mangoh ngau rakyat Malaysia.
Prestasi Pakatan Rakyat
Dalam Pemasyhuran Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman (1957) menyebutkan bahawa Malaysia, ketika itu Persekutuan Tanah Melayu, akan menjadi sebuah negara demokrasi mengikut cara parlimen.
Parlimen adalah berdaulat dan tempat suara rakyat bergema. Parlimen adalah institusi untuk menjaya dan melaksanakan prinsip ketuanan rakyat. Kita mahu parlimen benar-benar menyuarakan hasrat rakyat, membahaskan kepentingan rakyat.
Pada 13 Oktober 2008, ketika membahaskan Belanjawan Negara yang dibentang oleh Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Kewangan, kami telah menolak belanjawan tersebut kerana tidak mengambil kira iklim ekonomi dunia yang meleset parah berikutan kemelut ekonomi Amerika Syarikat.
Kita meminta kerajaan mengambil pendekatan baru yang lebih drastik untuk mengelakkan ekonomi Malaysia dari merudum. Tetapi menteri kewangan dahulu dan menteri kewangan sekarang terus menafikan malah sering mengulangi bahawa asas ekonomi Malaysia kukuh. Hanya dua minggu yang lalu Menteri Kewangan bagaikan terpinga-pinga mengatakan tiada siapa yang menjangkakan ekonomi Malaysia akan menghadapi kegawatan seteruk sekarang. Pakej rangsangan awal lesap menjadi debu melainkan syarikat dan kontraktor terpilih. Pakej ransangan kedua masih kecil dan tidak berupaya memulih keyakinan. Izinkan saya menukilkan bait pantun ini:
Pergi ke Riau mencari arang,
Pulang membawa bunga angsana;
Negeri kini dirundung malang,
Khazanah hilang entah ke mana.
Insya-Allah, ahli-ahli parlimen kita akan menggegarkan Parlimen untuk memastikan persoalan rakyat didengar dan diselesaikan. Kita telah berulang kali menyebutkan mutu pendidikan kita yang merosot, kos kesihatan yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan pengurusan negara yang tidak bersepadu dan pentadbiran yang kucar kacir.
Pencapaian Negeri-Negeri Pakatan Rakyat
Lebih satu dekad telah berlalu sejak meletusnya gerakan Reformasi, satu gerakan yang berlandaskan keinganan yang disebut dalam al-Qur’an melalui doa Nabi Syuaib – wa ma uridu illa islah mastat’tum – Dan tidak aku inginkan melainkan adalah melakukan islah- pembaharuan, reformasi – dengan segala daya upayaku.
Islah berasal dari kata ‘salaah’ seperti yang dihuraikan oleh ahli bahasa, pembuat kamus, Ibnu Manzur, sebagai lawan kepada ‘fasad’, kebejatan. Maka gelombang kebangkitan rakyat sejak 10 tahun yang lalu adalah untuk melawan kefasadan, melawan kebejatan pemerintah, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Mahkamah dan institusi kehakiman dibentuk agar berlakunya tata hukum dan keteraturan yang adil dalam negara. Tetapi rakyat menyaksikan bagaimana mahkamah dinodai untuk mencapai nafsu dan cita-cita kotor penguasa. Maka rakyat bangun menuntut mahkamah dan sistem kehakiman dibersihkan dari noda kuasa pemerintah.
Sehingga hari ini rakyat terus memperjuangankan cita-cita ini. Peguam-peguam kita terus berhujah di mahkamah, mengemukakan hujah undang-undang dan budibicara agar mahkamah berdiri di atas prinsip hukum dan keadilan. Rakyat telah menyaksikan beberapa hakim yang berani, rakyat juga menyaksikan jumhur hakim yang tunduk kepada tekanan mereka penguasa. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebaik dilancar menjadi momokan lembu dicucuk hidung dan Suruhanjaya Kehakiman yidak diyakini kewibawaannya.
Suara rakyat yang sudah sekian lama dibungkam dan ditindas, meronta dan menjerit. Mereka turun ke jalan raya dengan aman, yakin bahawa suara rakyat suara keramat. Mereka menuntut hak mereka yang dikurnia Maha Pencipta serta yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Sebelum ini kita berjuang, menggarap kefahaman akan apa sebenarnya erti perubahan itu, akan makna reformasi itu. Kita menentang rasuah dan ketidakadilan. Kita menuntut agar kehakiman bebas, kita mahu pendidikan serta kebudayaan dimartabatkan. Kita mahu pengurusan ekonomi yang cekap, tadbir urus yang beramanah dan berwibawa. Kita impikan sebuah negara yang makmur untuk semua.
Perjuangan kita berpaksikan ketuanan rakyat. Makanya pakatan yang kita cetuskan bersama selepas Pilihanraya Umum 12 (PRU) itu dinamakan Pakatan Rakyat. Kita kini mempunyai kesempatan untuk mengotakan apa yang sering dilaungkan. Kita sekarang wajib untuk menunjukkan wibawa kita kepada rakyat yang sama berkorban bukan sedikit meletakkan harapan kepada kita. Inilah waktunya untuk kita menunjukkan apa yang sebenarnya menjadi pemisah di antara kita Pakatan Rakyat dengan mereka – Barisan Nasional.
Di negeri-negeri PR kita telah membawa Agenda Ekonomi Malaysia. Tahniah kepada rakan-rakan Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri yang berikhtiar meredakan beban hidup rakyat dalam masa singkat. Iltizam kita untuk melaksana tata urus yang baik adalah paksi sistem pentadbiran.
Umpamanya kontrak diluluskan dengan lebih cekap dan telus. Tender adalah terbuka, cara memberi kontrak dalam gelap dan tempat ahli politik mengaut rasuah dari wang rakyat, sebagaimana yang dilakukan oleh pemerintahan BN, harus berlalu. Kita tidak berkompromi sama sekali dengan rasuah, kita bersyukur lantaran langkah awalan tersebut, kita telah menjimatkan ratusan juta wang rakyat serta dapat mengagihkan Kita peluang yang lebih kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana terutamanya kepada Bumiputera.
Kelantan dibawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan telah meningkatkan keupayaan menjimat belanja mengurus dan mengagihkan dana kepada rakyat.
Kelantan umpamanya adalah negeri yang mempunyai kadar rasuah dan kadar jenayah paling rendah. Malah dengan hasil mahsul negeri yang relatifnya kecil mereka mampu menjana program kebajikan rakyat yang boleh diteladani.
Di Pulau Pinang pelaburan meningkat dua kali ganda dalam setahun, di Perak meningkat kepada RM 3.4 bilion. Pelaburan di Selangor mencacat tertinggi dalam sembilan tahun, sebanyak RM 11.87 bilion dan telah mencipta 30 ribu pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim turut memberi tumpuan kepada program perumahan untuk rakyat terbanyak, memperbaiki sistem pengangkutan awam dan menangani kesesakan jalan yang semakin rumit.
Pentadbiran beliau telah menyediakan bekalan sumber, Zon Hijau untuk menjadikan bandar-bandar di Selangor lebih selesa didiami, dan mengikuti langkan Kelantan dalam melancarkan, untuk pertama kalinya skim takaful/insran untuk warga tua, di mana RM 40 juta diperuntukan bagi kemudahan kesihatan untuk seramai 365,000 warga tua.
Di Pulau Pinang, pelaburan asing dalam tahun 2008 berjumlah RM 10.2 bilion, peningkatan 117% dari pemerintahan BN sebelumnya. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan memandangkan kemelesetan ekonomi telah melanda seluruh dunia sejak tahun lepas lagi.
Kepimpinan Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng dalam memandu ekonomi Pulau Pinang adalah mengikut landasan Ketelusan, Pertanggungjawaban dan Kewibawaan. Nilai-nilai ini telah membolehkan kerajaan negeri melatih dan memberi pekerjaan kepada ribuan rakyat. Menyedari langkah-langkah yang diambil mengambil masa untuk meningkatkan pendapatan kepimpinan Pakatan Pulau Pinang telah memberikan geran air berjumlah RM 17 juta kepada 170,000 rumah untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah di saat-saat getir ini.
Selangor dan Perak telah mengurangkan beban rakyat dizaman kemelesetan ini dengan memberikan air percuma kepada rumah-rumah termiskin. Kerajaan Perak telah memberikan geran tanah kepada keluarga-keluarga yang layak secara adil termasuk untuk Orang Asli, Melayu dan Cina.
Kita percaya bahawa sumbangan terpenting yang boleh kita lakukan adalah untuk pendidikan anak-anak. Kita mahukan generasi akan datang bersaing di dalam ekonomi serantau dan dunia. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor dan Kedah memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan; memberikan prasarana untuk sekolah semua kumpulan etnik. Di Perak umpamanya 1000 hektar tanah diberikan untuk sekolah agama rakyat dan sekolah jenis kebangsaan Cina.
Makna Ketuanan Rakyat
Tidak sesiapa yang harus menyangkal asas pembentukan negara persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Namun setelah lima dekad Merdeka, terdapat hujahan dangkal dengan meniupkan slogan ketuanan kaum. Justeru itu kita wajar memberikan nafas baru kepada semangat Perlembagaan yang melakarkan dengan cermat kuasa rakyat.
Ketuanan rakyat yang kita maksudkan adalah demokrasi yang matang di bawah naungan raja beperlembagaan. Demokrasi yang matang adalah demokrasi dimana rakyatnya perkasa, jiwanya merdeka, akalnya pintar, tindakannya dipandu oleh prinsip moral dan idealisme. Demokrasi inilah yang kita perjuangkan. Pohon demokrasi ini akan kita suburkan dengan pembinaan institusi-institusi masyarakat madani, media yang bebas serta bertanggjung jawab dan perlaksanaan undang-udang dengan seadilnya.
Rakyat yang merdeka jiwanya, tinggi akal budinya sentiasa mahukan keadilan untuk semua. Orang Melayu, Cina, India, Iban, orang Ulu mahu mahu membina Malaysia yang boleh mereka banggakan.
Tidak ada rakyat Malaysia yang sebegitu rendah akal budinya yang mahukan keluhuran perlembagaan dinodai dan kedaulatan undang-undang dicabul oleh gerombolan perasuah dan perompak harta rakyat.
Justeru itu kita mahukan demokrasi yang matang, dan, manakala terdapat kebuntuan dan krisis berlarutan seperti yang berlaku di Perak, kewajarannya ialah untuk kembali kepada rakyat.
Persaudaraan Seluruh Manusia
Ketuanan rakyat ini tidak berkaitan tentang kekuasaan semata-mata. Dalam konteks Malaysia, ketuanan rakyat perlu tegak di atas prinsip persaudaraan sesama manusia, tanpa mengira warna kulit, keturunan, agama dan kepercayaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan kebudayaan disebabkan punya sebuah masyarakat berbilang kaum.
Mereka yang tidak mengenali sejarah akan terperangkap di dalam seribu perbezaan sedangkan Al-Quran al Karim menganjurkan konsep li ta’arafu; agar kamu saling kenal mengenal. Manakala bagi yang yakin dengan jatidiri mereka akan berusaha mengenali yang lain dan meraikan persamaan.
Kung Fu Tze di dalam Lun Yu Buku ke 4 Bab Yuen Yuen ada menukilkan “si hai zhi nie jie xiong di “yang membawa maksud “empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara.”
Kita seharusnya menginsafi bagaimana sewaktu pemerintahan Kerajaan Ming, wujudnya penulis yang berupaya menulis serta memberi komentar mengenai agama Islam sehandal ulama muktabar dari Tanah Arab. Sekitar tahun 1642, Wang Daiyu [yang digelar Pemuka Agama Islam (Zhenhui Laoren) ketika itu] menulis Zhengjiao Zhenquan [Anotasi Asli Ajaran Murni (ortodoks)] hasil dari perbincangan dengan pemuka-pemuka ajaran Konfucius, Tao dan Buddhisme.
Karya perbandingan agama ini kemudiannya berulang kali diterbitkan semula sehinggalah yang terakhir pada tahun 1987 (teks otoritatif).
Khalifah Ali Abi Talib apabila ditanya tentang apakah jenis persaudaraan antara orang Islam dengan bukan Islam. Beliau jawab “Akhukum fil Insaniah” – mereka, yang bukan Islam, adalah saudara kamu dalam kemanusiaan. Ianya jelas menggambarkan prinsip persaudaraan ini.
Ungkapan Khalifah Ali ini adalah senada dan seirama dengan peribahasa Tamil: “Ontre Kulam Oruvane Thevan” (Satu Jiwa Kerana Kemanusiaan).
Patriotisme Sejati
Fahaman ketuanan satu kaum yang disebarkan oleh Umno sungguh tidak berasas. Mereka dengan sengaja memesongkan maksud sebenar falsafah negara kebangsaan itu demi kepentingan segelintir yang memerintah.
Tatkala gagah, pimpinan mereka banyak bergelut merebut kekayaan tetapi sebaiknya tergugat kekuasaan mereka beralih mengemis dukungan dengan laungan ketuanan Melayu. Walhasil penegasan kita mirip falsafah negara kebangsaan yang diungkap oleh almarhum Dr Burhanuddin al Helmy dalam karyanya yang berjudul Falsafah Kebangsaan Melayu (1954):
Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman dan perasaan kolot dan kuno.
Demikianlah nada pejuang bangsa tulen, berbeda dengan nasionalis baru yang melalak isu bangsa secara sempit di samping mempertahankan kezaliman dan mengaut keuntungan. Mana mungkin memperjuangkan kemurnian agama dengan menzalimi yang lain. Kini tibalah masanya kita merebut kembali erti perjuangan kemerdekaan; perjuangan yang bertunjangkan Ketuanan Rakyat.
Perjuangan Bahasa Melayu
Ambil sahaja persoalan bahasa Melayu. Suatu ketika dahulu pelajar-pelajar sekolah menyanyikan lagu “Bahasa Jiwa Bangsa”. Perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kemudiannya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sahaja perjuangan orang Melayu, tetapi satu perjuangan kebangsaan, perjuangan membentuk rupa bangsa Malaysia yang bersatu padu. Tetapi semalam mereka yang memperjuangan Bahasa Melayu ditembak dengan gas pemedih mata kerana mempertahankan Bahasa Melayu dan hak bahasa ibunda.
Penutup
Negara sekarang berhadapan dengan cabaran yang sugguh getir. Kita insaf dengan keadaan ekonomi yang menguncup dan kesan buruknya buat rakyat khususnya kalangan miskin. Pendekatan lama yang menangguk atau menggeruk di atas keperitan hidup rakyat miskin harus berubah. Pemerintah tidak wajar sekadar membantu meredakan sedikit beban rakyat tetapi tidak melepaskan mereka dari putaran ganas kemiskinan; supaya mereka mampu berdikari.
Cara yang diamalkan selama ini dengan memberikan bantuan kecil untuk mengekalkan kebergantungan “dependency syndrome” untuk tujuap politik murahan perlu ditamatkan. Pendekatan harus berubah kepada pinjaman kecil atau kredit mikro umpamanya buat masyarakat Melayu, bumiputera dan rakyat miskin lainnya. Kita perlu melakukan anjakan dalam dasar pembangunan desa dan pendekatan baru dalam menangani kemiskinan bandar.
Dasar membela rakyat termiskin dan terpinggir (affirmative action) bukanlah untuk menjadikan mereka khadam terhormat tetapi harus menjurus ke arah membebaskan mereka dari kebergantungan. Maka sungguh mengelirukan manakala kita diminta bersyukur dengan limpahan projek kecil tetapi dipadam kenyataan bahawa kos sara hidup dan jumlah pengangguran dijangka mencecah 400 ribu orang. Pertumbuhan ekonomi tidak terkesan di akhir tahun 2008. Ekspot januari 2009 mencatat kejatuhan paling teruk sepanjang 28 tahun (menguncup 32% berbanding tahun sebelumnya).
Kita kini harus menangani krisis ekonomi yang paling dahsyat dalam sejarah bangsa kita. Tetapi kita juga berdepan dengan rasuah, krisis undang-undang dan masalah hubungan kaum yang meruncing.
Segala krisis ini hanya boleh diselesaikan melalui agenda ekonomi yang mampu menggembeling seluruh kekuatan rakyat. Menangani kemelut ekonomi yang kian parah menuntut anjakan dari dasar lmbap yang tidak diyakini pelabur dan rakyat. Segala ransangan dana tidak akan berbekas tanpa perubahan sistem percukaian, perundangan dan pengagihan adil.
Justeru itu harus waspada dengan percubaan penguasa dengan menggunakan muslihat baru, memohon diredakan penggeseran politik dengan menumpukan kepada isu kegawatan ekonomi walhasil isu ekonomi tidak mungkin terlepas dari isu perencanaan ekonomi, ketelusan dan pertanggungjawaban.
Ini diperkukuhkan dengan perbicaraan yang dikaitkan dengan peralihan pimpinan negara. Peralihan malah tambah mencemaskan kerana terperangkap dengan dasar usang yang mencengkam kebebasan dan urusan ekonomi yang menjurus kepada rasuah dan penyelewengan.
Perhatikan saja hubungkait permasalahan ekonomi dengan pengurusan negara. Beban rakyat bertambah akibat kebocoran atau ketirisan – kos air, letrik dan tol meningkat. Ini juga berpunca akibat kecurangan dan perjanjian memihak kepada pemodal dan membebankan rakyat samada konsesi tol lebuhraya atau janakuasa bebas (IPP).
Kita semua pengembara menempuh jalan yang sama, dan berusaha memastikan Perubahan terlaksana. Sejarah menjadi saksi betapa ianya jalan berliku; penuh dengan segala macam cabaran dan tantangan. Kita mungkin diserang dari segala arah, wakil kita mungkin sahaja diculik, namun kita perlu mara dengan yakin.
Tun Abdul Hamid Mohamad
Tan Sri Amar Hamid Bugo
Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan
Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan
Tan Sri Simon Sipaun
Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas
Puan Sri Zaiton Zawiyah Puteh,
Datuk Raspal Singh
Tan Sri Yong Poh Kon
Datuk Anwar Fazal
Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
Chelvarajah Ramasamy Reddiar
Lembaga Penasihat SPRM
Ibu Pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya, MALAYSIA.
Per: Penyiasatan SPRM keatas laporan Polis 22807/08 pada 1 Julai 2008 terhadap penyalahgunaan kuasa Tan Sri Gani Patail (PN) dan Tan Sri Musa Hassan(KPN).
Izinkan saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut.
Latar Belakang
2. Saya telah membuat Dang Wangi Report No:22807/08 pada 1.7.2008 kandungan yang mana seperti dalam “Ekshibit-A”. Dalam laporan tersebut , saya telah mendakwa Gani, SAC I Musa Hassan (“Musa”)(sekarang Tan Sri Ketua Polis Negara), seorang Dr. Abdul Rahman Yusof (“Dr.Rahman”) dan Pegawai Penyiasatan kes mata-lebam 1998, ACP Mat Zain bin Ibrahim (“Mat Zain”)(sekarang Dato, dan telah bersara), kerana secara aktif dan bersama-sama memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan kecederaan keatas diri saya setelah dibelasah oleh Tan Sri Abdul Rahim Noor(TSRN) Ketua Polis Negara ketika itu, dalam kes “mata-lebam 1998”tersebut.
a) Siasatan ke atas laporan saya ini dilaksanakan oleh SPRM (ketika itu Badan Pencegah Rasuah-BPR).
b) Beberapa banyak kenyataan media berhubung status siasatan ini telah dibuat oleh antaranya YAB Perdana Menteri (“PM”), beberapa menteri kabinet, dan termasuk oleh Gani, Musa, dan Ahmad said sendiri. Dalam bulan November/Disember 2008, Ahmad said telah membuat kenyataan media ketika di Sarawak, menyatakan yang SPRM telah selesai menjalankan siasatan kes ini, dan akan merujukkan hasil siasatan berkenaan kepada “panel” SPRM untuk kajian mereka.
c) Kenyataan berkaitan panel yang disebut oleh Ahmad said agak longgar kerana tidak merujuk kepada semua kenyataan dan dokumen berkaitan. Justeru itu, saya memohon pertimbangan Ahli Panel SPRM meneliti kes ini dengan adil dan saksama.
Hasil siasatan yang wajar/berhak diharapkan daripada SPRM
3. Rayuan ini berkaitan dengan kegagalan siasatan dan tindakan sebelumnya. maka saya berhak meletakkan harapan bahawa SPRM akan menyempurnakan tanggungjawab dengan telus dan tegas; di antaranya menjelaskan:
a) Bahawa Dr.Rahman telah diarah dan/atau dipaksa dan/atau didorong oleh Gani untuk menyediakan dan/atau mereka dua (2) atau lebih laporan kecederaan ke atas saya dalam kes “mata lebam 1998” itu, sekalipun Gani mengetahui Dr Rahman tidak pernah memeriksa saya secara fizikal.
b) Dikemukakan untuk rujukan Y.A.Bhg.Tun “Ekshibit-B” salinan rekod prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat kecederaan saya, yang mengesahkan telah melibatkan sebanyak dua (2) laporan kecederaan ke atas saya yang telah disediakan oleh Dr.Rahman untuk Jabatan Peguam Negara, bertarikh 2 Oktober 1998 dan satu (1) lagi laporan tidak bertarikh seperti yang digunakan sebagai Ekshibit A9 dalam laporan Suruhanjaya Di Raja tersebut itu.
c) Dikemukakan untuk rujukan Y.A.Bhg.Tun “Ekshibit-C”, iaitu salinan laporan kecederaan yang tidak bertarikh dan digunakan dalam Suruhanjaya Di Raja tersebut. Dr. Rahman telah mengesahkan dalam laporannya yang beliau telah dilantik sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) (“TSMA”), Peguam Negara itu, telah menyediakan laporan kecederaan berkenaan.
d) Dikemukakan pula untuk rujukan Y.A.Bhg.Tun “Ekshibit-D”, iaitu salinan laporan kecederaan ke atas saya, bertarikh 26 Oktober 1998, disediakan oleh Dr Rahman atas arahan Gani sendiri. Untuk makluman Y.A.Bhg.Tun, laporan kecederaan ini dipercayai disembunyikan oleh Gani atas sebab-sebab yang beliau sendiri ketahui dan tidak dikemukan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja. Untuk makluman juga, saya memperolehi salinan laporan kecederaan ini daripada SPRM sendiri ketika memberi keterangan saya kepada pihak mereka dalam bulan Julai 2008.
e) Tanpa rasa ragu saya tegaskan bahawa Gani telah menyembunyikan keterangan yang penting ini, untuk mengelakkan dirinya sendiri atau orang/orang-orang lain daripada dikenakan hukuman jenayah. Perbuatan Gani sedemikian ini adalah salahguna kuasa seperti yang ditakrifkan dalam Akta SPRM dan/atau salah laku jenayah seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan atau kedu-duanya sekali.
Tindakan susulan SPRM yang diharapkan darinya
4. Tanpa mengambil kira keterangan-keterangan lain dalam kes ini pun, keterangan berkaitan laporan-laporan kecederaan seperti yang dijelaskan di atas, sudah mencukupi untuk SPRM membentuk suatu kes “prima facie” terhadap Gani kerana memberi dan/atau mereka keterangan palsu dalam kes mata lebam 1998 tersebut. Malah tatkala memberikan keterangan kepada pegawai-pegawai BPR; saya juga telah merujuk kepada beberapa dokumen lainnya termasuk dokumen peguam Manjeet Singh Dhillon mengenai percubaan Gani memalsukan keterangan dalam kes Nallakarupan. Selanjutnya saya juga telah mengemukakan laporan polis berkaitan ACP Koh.
a) Saya menegaskan bahawa dalam siasatan ini, Ahmad said tidak ada pilihan melainkan untuk mengenakan pertuduhan mereka keterangan palsu di bawah Kanun Keseksaan terhadap Gani dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengan Gani tanpa lengah lagi.
5. Ahli Panel dipohon memastikan tidak ada keterangan dokumen yang diketepikan oleh Ahmad said atau SPRM tatkala membuat penilaian.
Penutup
6. Untuk makluman Y.A.Bhg.Tun, kini telah genap lapan (8) bulan semenjak saya membuat laporan polis di atas pada 1.7.2008. Malangnya, sehingga kini Ahmad said gagal untuk memaklumkan hasil siasatan beliau, sedangkan pihak SPRM sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan kes ini telah selesai sejak 22 Julai 2008, menerusi kenyataan akhbar oleh Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Walhal terdapat beberapa kes lain pula, Ahmad said boleh membuat kenyataan umum berkaitan keputusan siasatan kes berkenaan selang beberapa hari sahaja selepas siasatan dimulakan. Saya ulangi gesaan agar tindakan memalsukan keterangan dan menyalahgunakan kuasa tidak dilindungi samada melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara atau Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri.
7. Saya akan mengemukakan keterangan dan dakwaan lanjut disertakan ekshibit berkaitan. Insyaallah keterangan lain akan menyusul kemudian. Saya hanya mampu mengharap agar Y.A.Bhg.Tun memberikan saya pendengaran yang adil. Kebimbangan tersebut adalah berasas malah kita dapati kaedah sama digunakan sebagai muslihat dalam kes-kes terhadap saya berikutnya.
Sekian.
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Malaysia’s former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim is on the comeback trail. He is preparing for elections in 2009 by crisscrossing his country to bolster the ranks of his Keadilan Party. But Ibrahim suspects that Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi may advance elections to 2008 to keep him out. He cannot hold public office until June next year because of a court order. He spoke with BW’s Dinesh Narayanan while on a private visit to India recently. Excerpts:
Business World: How smooth do you think your comeback will be?
Anwar: It is not easy. The system is not free. Elections are not fair. And there is no free media. Judiciary is not independent. How do you vote for the democratic process to change? But I think we can (come back to power).
Businss World: Do you believe your party has a base big enough to get you elected?
Anwar: Yes. But the media is not portraying it that way. I spend a lot of time  six days a week  in the districts. I go from village to village, district to district. I am quite optimistic. It is not going to be easy when you are dealing with politicians with billions of dollars and the entire machinery of the media at their disposal. But I think we will make a major impact. Continue reading ‘‘You Cannot Treat India As A Supplement To China’ – Anwar’
KETIBAAN kami disambut ceria. Wajahnya menyerlahkan keyakinan diri yang cukup tinggi. Segak dengan baju Melayu di pagi Jumaat, 4 Mei lalu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau baru saja menelefon calon Presiden Turki, Abdullah Gul.
Selesa sekali nampaknya penasihat KeADILan ini berbicara soal dunia Islam, perkembangan global, salah faham tentang hubungannya dengan Amerika dan serangan Menteri Penerangan, Zainudin Maidin terhadapnya. Bagaimanapun Anwar agak berhati-hati bercakap soal dalaman KeADILan dan perlunya disiplin parti yang tinggi.
Nyata, Anwar tidak mudah dikalahkan walaupun ada pihak merasakan Anwar memang memerlukan satu kekalahan untuk bingkas melonjak sebagai peneraju utama gerakan pembangkang. Ikuti wawancara AHMAD LUTFI OTHMAN dan MOHD RASHIDI HASSAN dengannya, di pejabat barunya, di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang merupakan sebuah banglo bekas kediaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
HARAKAH: Berbanding pilihan raya kecil lain, Dato’ Seri memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Ijok. Bagaimana Ijok boleh menjadi titik-tolak Dato’ Seri bergerak aktif berdepan BN?
ANWAR: Ya, pertamanya kebetulan saya berada di sini, walaupun jadual program di London belum berakhir (26 April), tetapi saya sudah bincang dengan kawan-kawan dan putuskan untuk terus terlibat secara langsung di Ijok.
Kedua, kita berbincang dengan pemimpin KeADILan, Ustaz Hadi (Dato’ Seri Abdul Hadi Awang) dan pemimpin PAS, juga Lim Kit Siang dan DAP. Kita buat satu ketetapan bahawa kita melihat Ijok sebagai battle-ground yang penting kepada pembangkang.
Dalam pengalaman politik saya, sejak tahun 1982, masa zaman Umno dulu, tidak pernah saya terbabit dengan begitu lama, kadang-kadang satu hari semalam sahaja.
Cuma perubahan berlaku pada zaman Encik Ghafar (Tun Ghafar Baba) sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan sekarang ini Najib (Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak) yang pada saya seolah-olah tidak ada kerja lain (kempen sepenuh masa).
Pada saya ini memberi gambaran bad governance, kerana menunjukkan TPM tiada kerja lain. Ia juga memberi gambaran kelemahan peribadi dan pengurusan kerajaan.
Berikut adalah merupakan transkrip temuramah bersama Business Week. Antara lain temuramah ini turut membincangkan mengenai prospek ekonomi Asia selain daripada membincangkan mengenai hala tuju ekonomi Malaysia.
The once-jailed economic reformer is readying a political comeback, and thinks Malaysia must wake up to the challenges ahead
In July, Asia will mark the 10th anniversary of a region-wide financial crisis that started in Thailand. Back then, Anwar Ibrahim served as Malaysian Deputy Prime Minister and Finance Minister and was considered one of the most promising and reform-minded leaders in Asia. A year later, Anwar challenged Malaysia’s then-strong man, Prime Minister Mahathir Mohamed, to hasten reformâ€â€and was sacked, and then convicted on corruption and sodomy charges. He spent six years in jail for his efforts.
Since his release two years ago, Anwar has been on the global lecture circuit, but he intends to attempt a political comeback as an opposition leader in Malaysia’s next general election, expected in 2009. At the moment, he has an uneasy but civil relationship with current Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Anwar recently spoke to BusinessWeek’s Assif Shameen about the changing economic dynamics in the region, the rise of China and India, and his own political ambitions. Edited excerpts from their conversation follow:
What are the lessons learned from the Asia Financial Crisis?
What went wrong 10 years ago was that our economic fundamentals in the region were very weak. There were huge and rising current account deficits, balance of payment issues, huge foreign debts, low level of foreign reserves.
Financial institutions in Asia were weak and not properly regulated. Banks were lending money to cronies of the owners or cronies of those in power, or making all sorts of government-directed policy loans. There was no risk management or assessment whether borrowers had the ability to pay. So the symptoms were all there. The crisis was waiting to happen. It was a question of when, not if.
Then the blame game started: It was all because of the speculators, or foreign agents, conspirators, or the Jews. In Malaysia, Dr. Mahathir blamed [billionaire hedge-fund manager] George Soros. Now he embraces Soros, says he wasn’t to blame for the crisis. So who was to blame? The government leaders who built the corrupt system or perpetuated it basically were.
Ketika Malaysia mencapai kemerdekaan, pejuang-pejuang kemerdekaan kita mengimpikan sebuah negara yang bebas, makmur dan demokratik. Malangnya, hampir separuh abad kemudian, Malaysia ialah sebuah demokrasi yang tempang.
Kelemahan utama demokrasi Malaysia ialah pilihanraya kita tidak bebas mahupun adil. Hari ini saya akan mendedahkan bukti-bukti kukuh penyelewengan, penipuan dan kelemahan yang mencemari integriti pilihanraya Malaysia. Laporan mendalam berserta bukti-bukti kukuh akan dilancarkan di Kongres Nasional keADILan.
Tanpa pilihanraya yang bebas dan adil, demokrasi tidak akan berfungsi. Hanya kerajaan yang lemah akan campur tangan di dalam pilihanraya untuk meneruskan pemerintahan mereka. Sebuah kerajaan yang bermaruah tidak akan menggunakan pilihanraya yang tidak sempurna untuk memberi ilusi demokrasi.
Maka adalah amat penting kita memastikan pilihanraya adalah bersih dan berjalan di atas padang yang rata. Amatlah menyedihkan apabila tahap demokrasi Malaysia merosot sedangkan ia terus berkembang di negara-negara seperti India, Indonesia, Turki dan negara-negara membangun yang lain.
Perjuangan asas keADILan ialah memperbaharui demokrasi di Malaysia. Ini merangkumi badan kehakiman yang bebas, media yang terbuka, pemuliharaan hak asasi manusia dan masyarakat madani yang kukuh.
Tetapi elemen terpenting ialah dengan memastikan pilihanraya yang bebas dan adil berjalan. Saya menyeru agar pihak kerajaan menunjukkan kepimpinan dan keazaman politik untuk menyelesaikan isu ini. Pada masa yang sama saya ingin menjemput badan-badan bukan kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya turut serta dalam perjuangan mengembalikan kepercayaan terhadap demokrasi Malaysia.
Ucapan saya di Kongres Shakespeare Sedunia VIII Ahad 16 – Jumaat 21 Julai 2006 di Brisbane City Hall, Queensland, Australia
Our answer is that those who hold positions of power also carry a moral responsibility to listen to the people. To interfere with individual freedom is to rob individuals not just of their freedom, but of the right and responsibility they have to reason. No one has a right to take away that liberty, not a single despot and not even a duly constituted legislative majority.
World Bank Presidential Fellows Lecture given on June 19th, 2006 in Washington D.C. by Anwar Ibrahim, Honorary President of AccountAbility and Distinguished Visiting Professor in the School of Foreign Service at Georgetown University.
INTRODUCTION
I must express my sincere appreciation to my friend Paul Wolfowitz for inviting me to offer this Presidential Lecture. I am not being presumptuous when I say Paul knows that I share his resolve in enhancing governance and accountability. This is in spite of my professed differences of opinion on certain policy issues.
Recent Comments