Artikel

23 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya tertarik untuk menyinggung respon pengunjung berhubung dengan beberapa perkara berkaitan keputusan berani pimpinan SAPP tempoh hari, polemik harga minyak dan kembara Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

SAPP
Kita hargai tekad Dato’ Yong Teck Lee meskipun diserang keras oleh media Umno-BN dari segenap sudut. Saya menyeru saudara-saudara mengirim emel atau menghubungi pimpinan SAPP untuk menyatakan sokongan. Ugutan dan perang saraf Umno-BN tidak menggugat pendirian mereka. Shabas!

Harga Minyak
Perang saraf dan propaganda Umno-BN termasuk laskar upahan mereka hanya membicarakan harga di pasaran dunia. Bahawa kenaikan mendadak yang membebankan rakyat dan pembaziran serta rasuah tidak dibicarakan. Jangan izinkan mereka mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar.

Menuju Putrajaya
Pimpinan Umno-BN akan melakukan apa jua tanpa batas bagi menghalang kemaraan kita. Itulah sebab mengapa saya menyeru ahli parlimen dari BN yang prihatin untuk bersama Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari rasuah dan kegagalan mengurus ekonomi.

ANWAR IBRAHIM

20 April 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

JK memberi respon:

Datuk Seri,
Why so many PKR MP’s (9 of them) never submit parliamentary questions….

View list at this website….
http://iamamalaysian.wordpress.com/2008/04/18/the-height-of-irresponsibility-29-mps-did-not-submit-parliamentary-questions/

Seems like a legitimate list as LKS has acknowledged and apologised on behalf of the 5 DAP MP’s who did not submit their questions..
http://blog.limkitsiang.com/2008/04/19/5-dap-mps-did-not-submit-a-single-question-for-parliament-apologies/

Hopefully you can give them some pointers on how to manage their busy schedules and give importance to parliaments questions and answers.. we at the end of the day elected this people to represent us the rakyat.. :)

BTW ,, Datuk Seri.. you ROCK!

Buat JK dan pengunjung lainnya.
Saya juga kesal dgn kecuaian tersebut. Alasan sebahagian mereka adalah kerana notis daripada Parlimen terlalu singkat.
InshaAllah perkara tersebut tidak berulang. Apapun terima kasih atas teguran dan pemantauan semua.

ANWAR IBRAHIM

13 September 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Salam buat para pengunjung,

ada kesukaran yang dihadapi oleh segelintir pengunjung blog ini untuk menanyakan soalan.
Justeru, ruangan ‘Tanya Anwar’ ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan para pengunjung mengemukakan soalan-soalan.sdra/i bolih mengemukakan soalan dengan membuat ‘posting’ di ruangan ‘comment’ yang disediakan di ruangan ini.

Sila klik ‘Tanya Anwar’ di bahagian Categories untuk membuat posting bagi sebarang soalan yang ingin dikemukakan.

Sekian, Wassalam.