Artikel

15 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) hari ini menghantar satu memorandum membantah judi sukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sekaligus menyatakan pendirian mereka buat kesekian kalinya membantah sekeras-kerasnya pemberian lesen judi tersebut.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid mendesak kerajaan persekutuan supaya menjelaskan status pemberian lessen ini berikutan terdapat kenyataan yang bertentangan dari perdana menteri dan hartawan Tan Sri Vincent Tan berkaitan kelulusan lesen tersebut. (more…)

15 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysia Waves.com

Dr Mahathir dilaporkan berkata menyokong pemberian lesen judi sukan pada Vinsetan. Saya tak terkejut sebab Dr Mahathirlah yang mula-mula sekali memberi lesen judi sukan pada Vinsetan. Dan, antara sebab Dr Mahathir marah dengan Pak Lah adalah kerana Pak Lah membatalkan pemberian judi sukan kepada Vinsetan yang dibuat Mahathir beberapa minggu sebelum Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana pada tahun 2003, beberapa minggu sebelum Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM kepada Pak Lah, antara tindakan terakhir beliau adalah meluluskan lesen judi sukan pada Vinsetan.

Vinsetan, kemudiannya, telah membuat persediaan untuk melancarkan Judi Sukan itu ke seluruh negara. Malahan, Vinsetan sudah pun membayar RM20 juta kepada kerajaan sebagai bayaran untuk lesen itu. (more…)

15 June 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Kedegilan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik kelulusan lesen judi sukan menunjukkan Umno Barisan Nasional dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan politik mereka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan nekad itu dianggap Najib sebagai perlu bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yakin Najib tidak akan tunduk pada desakan pelbagai pihak untuk menarik balik kelulusan lesen judi sukan itu sekalipun ia datangnya dari parti pimpinannya sendiri.

Rentetan bantahan Pakatan Rakyat terhadap kelulusan judi sukan, Umno Johor pula mengikut langkah sama apabila membuat kenyataan menolak sebarang pertaruhan judi sukan.

Senario itu mengikut telahan Shamsul, menunjukkan bantahan judi sukan yang dipelopori Pakatan Rakyat member keinsafan kepada sebahagian ahli dan pemimpin akar umbi Umno sendiri. (more…)

28 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Malaysiakini | Jan 28, 2009

AirAsia boss Tony Fernandez has described his decision to sponsor Khairy Jamaluddin’s MyTeam football project as being the “biggest mistake” of his life.

He said the move – which was meant to make some local lads’ dreams come true – “backfired” instead when it was rumoured that Khairy, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi’s son-in-law, owned a stake in AirAsia.

“The biggest mistake of my life, and to be fair to this guy, (was when) Khairy Jamaluddin’s team came to propose sponsoring the MyTeam (football project). (more…)

23 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya agak kecewa tatkala diberitahu akan kekalahan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di tangan pasukan Emiriah Arab Bersatu malam kelmarin. Perbedaan jumlah jaringan gol yang cukup besar semestinya menimbulkan keresahan dan patah semangat buat peminat-peminat setia bola sepak tanahair.

Saya pasti, ramai di kalangan kita yang cukup merindui persembahan mantap yang ditonjolkan suatu ketika dahulu oleh pemain-pemain terkenal negara era 60-an dan 70-an seperti Datuk Abdul Ghani Minhat, arwah Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.

Kedudukan pasukan Malaysia yang kini berada di tangga ke-158 ranking FIFA sewajarnya dipandang serius oleh pihak pengurusan FAM. Kehebatan dan kegemilangan bola sepak Malaysia sewajarnya kembali dimartabatkan. Agenda perubahan bukan sekadar untuk memperbaiki sistem tadbir urus dan pengurusan ekonomi semata-mata, bahkan perubahan juga seharusnya turut dijana dalam lapangan sukan.

Buat anak-anak muda yang menggalas harapan bola sepak Malaysia, ayuh tingkatkan prestasi dan semangat juang kalian!

ANWAR IBRAHIM