Archive for the 'Soal Jawab' Category

09
Nov

Respon Kepada Beberapa Komentar Pengunjung

1. Saya merujuk kepada catatan bertajuk “Mengapa Gentar Untuk Serah Bahan Bukti?”. Berikut merupakan ulasan saya.

a) Ulasan kepada komentar Bekas ahli Ameno:

Benar, lebih setahun saya masih menanti pendakwaan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan satelah saya membuat lapuran lebih setahun lalu.

Nampaknya Mahkamah Syariah juga menjadi alat permainan politik UMNO. Mengapa tangguh? Mana ustaz dan pendakwah UMNO yang bicara soal Islam, sumpah Al-Qur’an dan Syariah?

b) Ulasan untuk dukungan teori, ms maniam, Shatter, jo, antu, Boring dan rakan pengunjung yang lain:

Saya hargai dukungan dan doa semoga saya selamat dari fitnah dan kejahatan mereka yang mendera saya dalam kes terbaru ini.

————

2. Saya merujuk kepada entri bertajuk “Keputusan Mahkamah Rayuan Esok”.

a) Ulasan kepada komentar anako_latte, anwar, besutboys, arabkia, Joe-kedah, jamil, mat despatch dan lain-lain:

Ramai yang mengingat semula kisah rasuah hakim dalam pita video “correct, correct, correct!”, VK Lingam tetap dipelihara dan menjadi jaguh peguambela kepada pemimpin besar. Keadaan kelihatan masih parah.

b) Ulasan kepada komentar Wah dan rakan – rakan pengunjung lain:

Saudara bangkitkan isu katak dalam parti. Paling akhir adalah peristiwa di Klang. Masyarakat Klang dan Selangor arif masalah tersebut. Saya dukacita mengenangkan pengurbanan ramai rakan-rakan yang berhempas-pulas memenangkan mereka sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu. Namun akhirnya  mereka  telah memilih jalan  untuk mengkhianati amanah rakyat.

Ini merupakan satu pengajaran buat kami – maka pemilihan harus lebih teliti pada masa depan, manakala jentera harus lebih mantap dan diperkukuhkan di semua peringkat, inshaallah.

ANWAR IBRAHIM

26
Sep

LTH: Pengurusan Perlu Telus, Profesional dan Bertanggungjawab

Saudara Shukri menanyakan:

Assalamualaikum Dato’ Seri,

Saya selalu tertanya–tanya apakah realiti di sebalik penubuhan anak-anak syarikat Lembaga Tabung Haji (LTH). Sehingga kini, LTH memiliki empat anak syarikat yang menguruskan empat sektor berasingan; property, estate, construction dan travel.

Adakah ianya ditubuhkan untuk menyalurkan semula dana LTH keluar bagi membantu wang berputar dalam negara untuk menjana ekonomi sosial, daripada terperap dalam tabung, atau tujuan utamanya untuk memaksimakan keuntungan LTH supaya dividennya dapat dikembalikan kepada penabung?

Saya bertanyakan soalan ini kerana mungkin Dato’ Seri sebagai Menteri Kewangan dahulu memahami objektif sebenar anak-anak syarikat ini ditubuhkan.

Saya tidak tahu which is which, tetapi semua anak syarikat berlumba-lumba menjadi syarikat korporat yang mengutamakan keuntungan kewangan untuk memaksimumkan dividen kepada LTH.

Dalam masa yang sama, mereka menjadi syarikat-syarikat korporat yang mengabaikan tanggungjawab sosial.

Jika objektif LTH hanya mengutamakan dividen pulangan untuk mengayakan penabung (yang mana ianya jelas kelihatan sekarang), maka fungsi anak-anak syarikat dan fungsi LTH untuk menggunakan dana lebihan untuk maslahat umum tidak akan dijadikan keutamaan. Dan ini merugikan masyarakat, Melayu/Islam khususnya yang masih terpinggir dan miskin di Malaysia.

Saya berpendapat bahawa memperluaskan bisnes untuk memberi pulangan kepada penabung merupakan satu usaha yang baik, tetapi apabila bisnes itu menjadikan keuntungan sebagai keutamaan, sampai bila pun taraf hidup masyarakat tidak boleh diperbaiki.

Penabung harus menerima kenyataan bahawa dividen mereka digunakan untuk membaiki masyarakat melalui anak-anak syarikat dan bukannya menindas masyarakat yang tidak mampu menabung melalui syarikat-syarikat korporat yang ‘dibiayai’ sendiri oleh mereka.

Mungkin saya salah.

Harap mendapat sedikit input dari Dato’ Seri.

—–

Saudara Shukri,

Profesor DiRaja YM Ungku Aziz mula menyarankan konsep penubuhan lembaga dengan maksud menggalakkan tabungan, memperkemas urusan dan kebajikan jemaah haji, dan meningkat kegiatan perniagaan dan pelaburan umat Islam.

Tahniah di atas kejayaan awal. Namun penilaian telus juga perlu.

Manakala pimpinan politik gelojoh memenfaatkan dana buat menyokong projek kroni, atau menteri sibuk mengatur keutamaan pelaburan, maka musibah akan menimpa pelabur yang rata-rata miskin atau berpendapatan rendah.

Saya pasti dengan dakwaan pelaburan mengambilalih projek bangunan kroni di Kuala Lumpur yang pernah dibantah wakil Perbendaharaan tetapi diasak olih menteri dan pimpinan atasan. LTH mencatat kerugian.

Kedua, tidak semua bentuk pelaburan termasuk perladangan di Indonesia umpamanya yang dirurus atau diawasi dengan cekap.

Ketiga, tahap ketelusan, profesionalisme dan pertanggungjawaban perlu ditingkatkan.

Keempat, yang juga kritikal kerana sering berlaku dimana pengurus lebih asyik merencana pelaburan dan perniagaan, dan pengurus menekankan soal kebajikan mereka tanpa menoleh kepada jutaan pelabur yang dahagakan pembelaan dan kebajikan yang lebih.

Adalah diharapkan agar pihak pengurusan LTH memerhati teguran secara bijak dan adil.

ANWAR IBRAHIM

10
Aug

51 Tahun berlalu, siapa khianat amanah nusa dan hak rakyat?

Seusai majlis di Shah Alam semalam, saya pun menuju ke Kemaman bagi menghadiri acara yang disusun Cabang Kemaman dan Perhubungan Negeri Terengganu.

Saya tiba sekitar jam 5.00 petang di Felda Neram Satu. Acara tersebut disusun khas bagi mendekati masyarakat Felda serta menerangkan keutuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat dan khususnya jalur perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Ditekankan keutamaan dasar yang dilakar demi kesejahteraan rakyat semua, dan bukannya hanya untuk memenuhi nafsu tembolok tauke-tauke kaya serta sesegelintir bangsawan politik semata.

Turut disentuh kejayaan negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan dan memerangi rasuah kendati pun berhadapan serangan bertali arus aparat umno-bn.

Saya ungkapkan program menjamin kebajikan rakyat seumpama pemberian air percuma, tabung warisan anak Selangor, skim mesra usia emas yang dilaksanakan di Kelantan mahupun Selangor.

Tidak ketinggalan, saya menegaskan pentadbiran di semua negeri Pakatan Rakyat yang berlandaskan kebolehan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Semua dasar tersebut terbukti mesra pelabur, apatah lagi ketika mengalami kemurungan, mereka
tentunya mahukan pengurusan ekonomi terbaik dan beramanah.

Program seterusnya adalah ceramah bersama Dato’ Chua Jui Meng di Bandar Chukai dan kemudiannya ceramah perdana di Kerteh bersama Sdr Saifuddin Nasution, Ustaz Harun Taib serta Sdr Abdul Rahman Yusuf. Lanjutan mengungkapkan dasar pemerintahan yang beramanah, saya lontarkan pula lawan dari makna amanah itu; perbuatan khianat.

Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.

Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri.

ANWAR IBRAHIM

08
Jun

Anwar on CNN with Fareed Zakaria

GPS

05
Jun

Bloomberg News – 2:30 PM KL Time

Anwar Ibrahim will appear on Bloomberg TV “Global Connection” with Catherine Yang at 6:30 AM (GMT) or 2:30 PM (GMT +8) to talk about his views on President Barack Obama’s speech in Cairo. Bloomberg is on Astro and can also be watched for free using LiveStation.

OFFICE OF ANWAR IBRAHIM

26
May

Jadual Kempen Anwar di DUN Penanti

27 MEI 2009 – RABU

10.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Guar Jering

(Penceramah: YB Azmin Ali, YAB Tuan Guru Dato’ Seri Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

———-

28 MEI 2009 – KHAMIS

10.00 – 12.00 pagi  – Perjumpaan Dengan Jentera Pilihanraya

4.30 – 8.30 mlm – PROGRAM DI KUALA PERLIS

11.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Homestay Mengkuang Titi

(YB Husam Musa, YB Saifuddin Nasution, Anwar Ibrahim)

———-

29 MEI 2009 – JUMAAT

12.00 – 2.30 ptg – Solat Jumaat – Masjid Haji Saad – Tanah Liat

5.00 – 6.30 ptg – Perjumpaan dan Dialog dengan Warga Pendidik dan NGO – Yayasan Aman

7.30 – 8.30 mlm – Solat dan Tazkirah Maghrib –  Masjid Ara Kuda

8.45 – 10.00 mlm – Jamuan Makan DAP – Tanah Liat

10.00 – 11.00 mlm – Ceramah Kelompok –  Kampong Terus

11.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana –  Tok Pekong Kubang Ulu

(Dato’ Mustafa Ali, YB Tian Chua, YB Nga Kor Ming, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

———-

30 MEI 2009 – SABTU

9.30 – 11.00 pg – Rondaan ke kedai-kedai kopi

11.00 – 4.30 ptg – Kenduri kendara

5.30 – 6.30 ptg – Program bersama komuniti cina – Bkt Mertajam – Bomba Sukarela

8.30 – 10.00 mlm – Solat  Isyak, Hajat dan Tazkirah – Masjid Kubang Semang

10.00 – 11.30 mlm – Ceramah Grand Finale – Taman Guar Perahu

(Penceramah YB Azmin Ali, YAB Dato’ Seri Nizar, Ybhg Mat Sabu, YAB Tan Sri Khalid , YAB Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

21
May

Anwar: Let All Of Us Unite For The South

The Bangkok Post | May 21, 2009

A group of “peace ambassadors” made up of priests and representatives from the Buddhist, Christian and Muslim faiths, as well as peace advocates from Malaysia’s Kelantan state, recently met 4th Army chief Pichet Wisaijorn at the Sufficiency Economy learning centre in Pattani’s Yarang district. Accompanying the group was former Malaysian deputy prime minister Anwar Ibrahim, who talked to King-oua Laohong about security issues in the restive far South during his trip to Thailand.

Q: Can you tell us the purpose of your visit here with the peace ambassadors?

Anwar: I have to say my visit has nothing to do with the government and politics. I have come here with a feeling of brotherhood. We are neighbours and share borders. We should live peacefully and talk together in the face of problems.

It’s good to learn that the Thai government has appointed top-ranking military officers to work with people in the area. And the visit of representatives from the three religions reflects the hope that people will live peacefully together one day.

Continue reading ‘Anwar: Let All Of Us Unite For The South’

20
May

Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI

Dari Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 20-Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.

Katanya, GMP berharap, pelaksanaan kempen itu – dinamakan “Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran” – dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.

“Kalau tiap-tiap hari beliau buka pintu, tengok ada poskad (bantahan), takkan beliau tidak terfikir hendak mansuhkan PPSMI,” katanya kepada Malaysiakini.

Hasni berkata, kempen tersebut dilancarkan Jumaat lalu di Pagoh, Melaka oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dalam sebuah majlis ceramah bersama Naib Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi GMP, Dr. Shaharil Mohamad Zain; pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan beliau sendiri.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis itu dan seribu poskad telah diedarkan.

Tiada had masa

Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) – sebuah NGO yang bergabung dalam GMP – di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.

Hasni bagaimanapun menafikan pihaknya cuba mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan daripada penjualan bahan kempen tersebut.

“Tak ada (buat untung). Kos cetak pun sekeping dah berapa,” katanya sambil menjelaskan bahawa buat permulaannya 5,000 keping poskad telah dicetak.

Beliau yang juga pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, GMP tidak menetapkan sebarang garis masa bagi program itu.

Bagaimanapun, katanya, ia akan dijalankan “selagi PPSMI tidak dimansuhkan” dan “selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar”.

Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana “keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal”.

Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.

Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

19
May

Anwar: Umno mungkin taja calon bebas di Penanti

Dari AIC

19 Mei-Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno tidak bertanding di Penanti kerana parti itu tidak sedia bertarung dan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak munasabah kerana ini pertama kali Umno tidak bertanding apabila ada kekosongan kerusi.

“Dalam apa jua alasan, jika ada kekosongan Pakatan Rakyat menyerahkan kepada kebijaksanaan dan keputusan rakyat.

“Hujah ini satu helah kerana Umno selalu tabik dada (mengaku) kuat dan relevan,” katanya kepada wartawan selepas ceramah di Taman Medan Petaling Jaya malam tadi, sempena pelancaran kempen penerangan “Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat”.

Semalam, Dewan Tertinggi BN memutuskan tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti. Perdana menteri memberi tiga sebab BN menolak bertanding kerusi tersebut.

bullet buttonPertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

bullet buttonKedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

bullet buttonKetiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.

Najib juga menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.

Ceramah dapat permit

Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun berkata, Pakatan menghadapi kemungkinan Umno akan menaja calon bebas di Penanti.

“Itu belum pasti, bagaimanapun Pakatan akan terus bekerja untuk menghadapi pilihanraya tersebut,” katanya.

Sementara itu ketika berucap di majlis tersebut, Anwar mengulangi pendirian Pakatan yang mahukan DUN Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Katanya, Pakatan menghormati Istana tetapi yang membuat keputusan bukan Istana, bukan hakim tetapi rakyat.

“Di Perak kita yakin akan menang lebih besar kerana (rakyat) mahukan perubahan,” katanya.

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan turut berucap di majlis tersebut.

Kira-kira 5,000 orang membanjiri kawasan lapang di Taman Medan untuk mendengar ceramah mengenai krisis politik di Perak.

Ceramah tersebut mendapat permit polis.

14
May

Perak: Mahathir saran undi tak percaya, pilihan raya sukar buat BN

MStar Online

Khamis,14 mei 2009.

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

“Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.

“Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang,” katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk ‘Malaysia – Today Knowledge Economy’ di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan beberapa pihak untuk mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaiakn krisis di Perak.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil.

“Rakyat ’sakit’ dengan pilihan raya…lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis pertukaran Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.

“Tak elok bile dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.

“Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

“Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa…ini macam permainan musical chair…ia tak baiki,” katanya.

14
May

Anwar Live On Al-Jazeera

Program: Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan ke udara melalui siaran Al jazeera secara “live” hari ini jam 1 petang. Beliau akan membicarakan perihal tahanan yang dikenakan oleh junta Myanmar ke atas Aung San Suu Kyi.

Program: Dato’ Seri Anwar Ibrahim will be on Al jazeera international at 1pm 14 May “live” to talk about the ongoing detention of Aung San Suu Kyi.

———————————–

Statement by Dato’ Seri Anwar Ibrahim:

Malaysians were outraged to hear news that Daw Aung San Suu Kyi was denied medical attention this weekend despite widely publicized reports that she is suffering from dehydration and low blood pressure. Although her captors finally acceded to pressure to allow for proper treatment the delay was unreasonable. I urge that she continue to receive all necessary medical attention without haste or prejudice.

Furthermore we urge the Myanmar authorities not to use the recent unauthorised visit to her home by an American national as a pretext to extend the period of her detention. Aung San Suu Kyi’s release should be immediate and unconditional and any further prolongation of her incarceration would be an affront to the values of justice and democracy.

I urge Asean to lead the world in condemning the intransigence shown by the military junta and demand for free and fair elections to be held as soon as possible to restore democracy the rule of law and human rights to the people of Myanmar.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Leader of Malaysia

07
May

Kerakusan kerajaan BN di Perak terbukti!


Penahanan 69 orang termasuk 4 ahli parlimen dan 5 ahli dewan undangan negeri di Ipoh akan selama-lamanya dirakamkan dalam lipatan sejarah negara ini sebagai lambang kepada perjuangan rakyat menegakkan demokrasi dan menjaga keluhuran Perlembagaan di negara ini. Kepada Tuan Speaker Sivakumar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak, riwayat perjuangan anda semua akan selamanya tercatat dalam episod perjuangan menuntut Perubahan. Keberanian tuan-tuan semua berdepan dengan kekuasaan sesungguhnya menyempurnakan makna sebenar seorang wakil rakyat.

Saya nukilkan bait sajak ini sebagai tanda kagum kepada saudara seperjuangan semua:

…Dan bara kagum menjadi api
Di depan sekali tuan menanti
Tak gentar. Lawan banyaknya seratus kali.
Pedang di kanan, keris di kiri
Berselempang semangat yang tak bisa mati.

Hari ini rakyat menjadi saksi betapa rakusnya kerajaan barisan nasional-umno untuk terus kekal berkuasa, sehingga sanggup mencemar kemuliaan sidang Dewan Undangan Negeri serta mencabuli sistem Raja Berperlembagaan. Maka terbuktilah, bukan sahaja kepada rakyat Perak, malah kepada seluruh rakyat Malaysia, dendangan perubahan perdana menteri yang baru tidak lebih dari sandiwara lapuk. Justeru mereka bergantung kepada kekerasan sehingga sanggup mengheret keluar Speaker Sivakumar keluar dari dewan. Apabila terdesak dan mengetahui rakyat tidak bersama mereka, Demokrasi dan keluhuran Perlembagaan diinjak-injak sedemikian rupa.

ANWAR IBRAHIM




 

anwaribrahim: Blog: Pimpinan Umno Gusar Berhadapan Dengan Rakyat Perak: Saya tidak terkejut dengan penghakiman Mahkamah Persekut... http://bit.ly/c5Iueg
44 minutes ago
anwaribrahim: @azrichil Kita gilap semangat Re4maC dan peristiharan PtgPauh utk menyemerakkan idealisme perjuangan menuntut perubahan. #fb
6 hours ago
anwaribrahim: @hasihashim Penjara?Itu rencana penguasa zalim.Inshaallah kita lawan!Apakah dgn lenyapkan saya akan hilang kes Altantuya dan rasuah? #fb
7 hours ago
anwaribrahim: @tumblewee Bahasa mudah namun harus memelihara mutu.Kini ada muatan dalam bahasa Inggeris @fb
7 hours ago
anwaribrahim: @alfeon inshaallah we will struggle together.Never surrender to the corrupt and unjust.We shall overcome! #fb
7 hours ago

Galeri Flickr

#Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse #Fitnah2 Day 1 at Jalan Duta Courthouse 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

February 2010
M T W T F S S
« Jan    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728