Artikel

5 May 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolaknya.

Mereka menyatakan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Rumah PENA pagi ini.

Dua tokoh sasterawan yang hadir – Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh – membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu “jika keadaan memerlukan”.

Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang dasar PPSMI – Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain – tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Awal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera Melayu dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.

30 March 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari www.kesturi.net
Oleh Aqil Fithri

Dewasa ini, frasa “Bahasa Melayu Bahasa Ilmu” sudah kian asing. Apa yang terpapar sekarang ialah, Bahasa Melayu tidak lagi digunakan dalam pengungkapan yang tinggi, dan dituduh tidak mempunyai kekuatan bagi diperkasakan sebagai bahasa yang penting. Hatta, Bahasa Melayu turut dikritik habis-habisan kerana gagal untuk bertahan dalam era globalisasi, serta tersisih apabila berhadapan dengan cambahan istilah-istilah baru, terutamanya yang terdapat dalam sub-bidang baru yang muncul di dalam sains, teknologi, matematik, komunikasi, komputer dan lain-lain lagi.

Selain itu, Bahasa Melayu juga dikatakan tidak mempunyai kekuatan sejarah dan falsafah bagi dibangunkan sebagai bahasa moden, sekalipun bukan sebagai antara bahasa utama dunia, meskipun secara geografinya jumlah penutur bahasa ini demikian banyak. Memang, hasrat kewujudan Bahasa Melayu bukanlah untuk mengalahkan Bahasa Inggeris–yang memang begitu berkuasa pada abad ini–tapi bahasa ini tetap saja dilihat terpuruk berbanding bahasa-bahasa moden lain, seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Jepun, dan lain-lain lagi.

Di samping itu, ada juga yang berhujah bahawa ketika ilmuan Perancis sedang membincangkan hubungan antara ¨minda dan jirim¨ sewaktu Zaman Renainsans Eropah, maka ketika itu orang Melayu masih lagi sibuk bercucuk tanam. Demikian juga, ketika ilmuan Jerman sedang membincangkan hubungan antara ¨fizik dan metafizik¨ sewaktu Zaman Pencerahan Eropah, orang Melayu maseh lagi membaling tombak melawan penjajah. Kalangan ini memperlekeh, jika tamadun dari bangsa-bangsa Eropah ini telah pun melahirkan Rene Descartes, Immanuel Kant, dll, maka gerangan manakah sarjana yang dilahirkan oleh Tamadun Melayu?

(more…)

2 March 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Harakahdaily | 1 Mac 2009

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) -Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

(more…)

19 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya menerima perkhabaran duka pulangnya kerahmatullah pelukis Datuk Ibrahim Hussein awal pagi tadi akibat serangan jantung. Di kalangan para seniman, Allahyarham dikenal sebagai “Ib”.

Bila mana kita berbicara perihal seni lukis moden, semestinya nama Allahyarham tak mungkin dipinggirkan. Sepanjang ingatan, kali pertama saya bertemu dengan Allahyarham ialah ketika mana saya memimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) di kediaman abangnya, Datuk Ismail Hussein. Beliau menjelaskan kepada saya teknik lakaran dalam seni lukis.

Sewaktu saya menjawat Timbalan Perdana Menteri, kami turut mengadakan beberapa pertemuan – termasuk membicarakan rancangan galerinya di Langkawi (kini dinamakan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein).

Ben Okri, novelis terkenal (yang menulis novel Famished Road) tatkala ngobrol dengan saya saketika dulu juga menanyakan perihal rakannya “Ib”.

Lebih satu bulan dulu, kami bersembang panjang tentang isu seni lukis dan budaya di rumah jiran kami di Segambut. Hanya ketika itu terserlah pendiriannya yang menginginkan perubahan di negara ini.

Kecemerlangan Allahyarham turut mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui penganugerahan ‘Crystal Award World Economic Forum’ di Switzerland (1997), ‘Order of Bernado O’ Hinggings dari kerajaan Chile (1995) dan juga ‘Order of Andres Bello Venezuela’ (1993).

Saya dan Azizah serta seluruh pimpinan KeADILan merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga dan kaum kerabat Allahyarham atas pemergiannya. Semuga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin.

ANWAR IBRAHIM

16 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh Aqil Fithri

Dari Jalantelawi.com

Bila datangnya Thomas Kuhn dengan magnus opus-nya, The Structure of Scientific Revolutions, sepatutnya kefahaman kita tentang hubungan antara bahasa dengan budaya makin arif. Apatah lagi, sebelum itu sudah ada beberapa karya yang melakarkan perkara persis. Mithalnya, menerusi Oswald Spengler dalam The Meaning of Numbers, dan Alvin White dalam Essay in Humanistic Mathematics.

(more…)

1 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

From The New York Times
By CHRISTOPHER LEHMANN-HAUPT

John Updike, the kaleidoscopically gifted writer whose quartet of Rabbit novels highlighted a body of fiction, verse, essays and criticism so vast, protean and lyrical as to place him in the first rank of American authors, died on Tuesday in Danvers, Mass. He was 76 and lived in Beverly Farms, Mass.

The cause was cancer, according to a statement by Knopf, his publisher. A spokesman said Mr. Updike had died at the Hospice of the North Shore in Danvers.

(more…)

30 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini
Jimadie Shah Othman

Kira-kira 500 pencinta bahasa dijangka memenuhi ruang depan kompleks membeli-belah Sogo membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) esok.

Beberapa tokoh utama bahasa seperti bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, penyair Dinsman, bekas profesor bahasa Dr Abdullah Hassan dan penulis Ainon Mohd akan turut serta.

Keempat-empat mereka menganggotai jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), penganjur tunjuk perasaan itu yang dinamakan majlis pelancancaran perhimpunan besar 100,000 rakyat.

(more…)

27 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Dunia sastera Malaysia suram tatkala saya dikhabarkan dengan berita pemergian Sasterawan Negara, Arenawati ke Rahmatullah awal pagi kelmarin.

Allahyarham Arenawati, atau nama sebenarnya Muhammad Dahlan bin Abd Biang adalah antara penggiat sastera yang sangat terkenal dengan karya yang kritis, kreatif serta imaginatif. Takkan dilupa betapa tingginya darjat Melayu diangkat oleh Allahyarham lewat karyanya Sukma Angin. Juga sanggahan kritis Allahyarham melalui Trilogi Tiga Genre yang menukil plot drama Kepala Bapak Itu berkisar polemik kepimpinan Soeharto di Indonesia dan cerpen Samira yang mengangkat martabat wanita dalam partisipasi massa.

Sumbangan Allahyarham ternyata tiada tertanding dalam landskap kesusasteraan negara. Saya, Azizah dan seluruh kepimpinan dan akar umbi KeADILan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Ilahi.

ANWAR IBRAHIM

27 January 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Washington Post
By Bob Thompson

Versatile author Neil Gaiman has won the most prestigious writing award in American children’s literature for “The Graveyard Book,” the story of an orphan raised by ghosts.

The English novelist, graphic novelist and screenwriter now lives in Minnesota, apparently making him eligible — unlike, say, J.K. Rowling — for the American Library Association-sponsored Newbery Medal.

(more…)

8 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

From New York Times
By FRED A. BERNSTEIN

Jorn Utzon, an architect who designed one of the world’s most recognizable buildings — the Sydney Opera House — but never saw it finished, died in Copenhagen on Saturday. He was 90.

He died of heart failure in his sleep, according to his son Kim.

(more…)

2 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya sedih menerima berita pulangnya Seniman Negara Datuk Syed Alwi Syed Hasan ke sisi Allah. Kematian pengarang naskah penting seni teater; Alang Rentak Seribu dan Tok Perak ini, pastinya merupakan satu kehilangan besar kepada perkembangan seni dan budaya tanah air.

Karya beliau yang terbaru berjudul Keris; belumpun sempat saya nikmati. Karya tersebut merupakan kritik beliau terhadap apa yang dikatakan sebagai kolonialisme budaya dan pastinya satu sumbangan besar kepada khazanah kepustakaan negara.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan berdoa moga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Al Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

1 December 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

RAWANG: National laureate Datuk Syed Alwi Syed Hassan was found dead with head and body injuries behind his house in Kuang near here last night. He was 78.

At about 8.15pm, Syed Alwi’s son, Norsham, 27, found his father’s body behind his house in Lorong Serai 21, Kampung Sungai Serai, Kuang.

According to Selangor CID chief Senior Asst Comm II Hasnan Hassan, the back door was open but there was no sign of forced entry.

(more…)