Archive for the 'Persidangan' Category

29
Nov

PKR janji kembalikan kekebalan raja

Dari Malaysiakini

PKR bersedia mengembalikan kekebalan institusi diraja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres parti itu hari ini.

Mengulangi muafakat bersama yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam, beliau berkata:

“Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa.” Continue reading ‘PKR janji kembalikan kekebalan raja’

27
Jun

Rasuah: Helah Pimpinan Kerajaan Tutup Kebenaran

Saya kini dalam perjalanan pulang melalui Singapura setelah memberikan kenyataan akhbar di Vienna bersama Mary Robinson, bekas Presiden Ireland dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB serta Penolong Setiausaha Agung PBB. Di sebelah petang saya bersama Vincent Fox bekas Presiden Mexico dan presiden Transperancy International membicarakan mengenai kelunturan keyakinan rakyat terhadap pemerintah kerana merebaknya rasuah serta pentadbiran yang tidak telus.

Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung PBB bahawa lebih satu ratus negara telah menandatangai peristiharan membanteras rasuah, saya menyatakan agar pertubuhan dunia tidak mudah terpedaya dengan pemimpin kerajaan yang rasuah yang pandai berhelah di pentas dunia walhal rasuah merebak dahshat di negara mereka.

Saya menyarankan agar badan dunia menubuh badan pemantau yang berwibawa.

ANWAR IBRAHIM

18
Apr

Dari Langkawi ke Ijok - DS Anwar Tiup Gelombang Kebangkitan Rakyat!!

Laporan khas dengan kerjasama oleh: Anwar Ibrahim Club (AIC)

Pulau Langkawi - Khamis, 12/4/2007

Jam 3.00 petang - DS Anwar tiba di Lapangan Terbang Pulau Langkawi. Beliau disambut oleh lebih kurang 200 orang penyokong, bungga manggar dan paluan kompang. Ada beberapa anggota polis dan juga staf-staf syarikat penerbangan mengambil kesempatan untuk bersalaman dan juga bergambar dengan DS Anwar.

Kemudian, DS Anwar bersama konvoi sebanyak 30 buah kereta bergerak mengelilingi Pulau Langkawi sebelum menunju ke Pejabat KeADILan Langkawi di Bandar Kuah. Kibaran bendera keADILan dan poster-poster yang ditampal menyemarakkan lagi kehadiran DS Anwar. Tarikh ini, Pulau Mahsuri sekali lagi bakal menyaksikan kebangkitan rakyat! Turut bersama dalam rombongan DS Anwar kali ini adalah Ketua Perhubungan Negeri Kedah, Johari Abdul, Presiden AIC, Sdr. Farhan Fauzi, Sdr. R.Salehuddin, Sdr. Saiful Izham, Sdr. Wan Salleh dan juga beberapa pemimpin keADILan Negeri Kedah.

Jam 4.00 petang - DS Anwar tiba di Pejabat keADILan Langkawi untuk bertemu dengan sebahagian daripada 600 ahli baru keADILan. Kebanyakkan daripada mereka adalah panglima-panglima UMNO Langkawi yang kini turut menyertai keADILan! Dalam ucapan ringkas, DS Anwar memberi mandat supaya semua bekerja keras dan dalam masa 1-2 bulan, keADILan Langkawi menerima lebih 1000-2000 orang ahli baru.

Continue reading ‘Dari Langkawi ke Ijok - DS Anwar Tiup Gelombang Kebangkitan Rakyat!!’

18
Jan

Nantikan Penjelasan Boikot Di Taman Melewar 20 Januari Ini

spotlight memberi epndapat:

Isu SPR lebih besar dari rasuah & salahguna kuasa

Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji-pujian hanya untuk Allah swt.

Dato’ Sri,

Saya berpendapat isu SPR ini sangat besar dan berat kerana ia membicarakan tentang keadilan, ketelusan dan demokrasi. Saya harap tekanan kepada badan SPR ini tidak terhenti pada PRK Batu Talam tapi digandakan lagi serangan sehingga SPR terpaksa berubah.

Kubu terakhir kekuatan parti BN terletak pada SPR kerana disinilah tempat berlindungnya segala jenis penyangak, pembunuh, perompak, perasuah, perogol, penipu, penindas dan segala jenis penyakit. Mustahil perkara ini tidak dapat diselesaikan.

Inilah peperangan terbesar yang sebenarnya untuk menuntut keadilan, ketelusan dalam ruang lingkup demokrasi yang sebenar. Jika berjaya, seluruh dunia akan berubah….

Allah hu Akbar… teguhkan hati & pendirian rakyat utk menuntut kejayaan ini…

Spotlight
memang benar bagai dikata. Sebarkan maklumat. Saya akan bersama di Taman melewar pada 20 Januari ini inshaAllah..

28
Dec

Mencari Titik Pertemuan untuk Memperbaharui Hubungan Antara Agama

Pada 17 Disember 2006 lalu diadakan Forum Kebebasan dan Demokrasi di Malaysia: Dialog Di Kalangan Umat Islam di Kuala Lumpur dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat dan Friedrich Naumann Stiftung. Saya telah menjemput wakil-wakil daripada Jemaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Forum Profesional Muslim, Persatuan Ulama’ Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia Tenggara, Parti Islam SeMalaysia dan Keadilan. Selain itu sebilangan sarjana, penulis dan pemikir turut menyertai forum tersebut. Beberapa wakil dari kalangan yang dianggap mewakili sosok liberal yang diundang enggan bersama di dalam forum tersebut.

Saya menekankan keperluan meneruskan wacana secara terbuka dan bersedia menghormati perbedaan pendapat di kalangan peserta. Keterbukaan sedemikian dikira lebih mendesak memandangkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia kian meruncing. Sayugia disedari bahawa kesangsian tersebut juga menambah prasangka dan kebimbangan: umat Islam merasakan bahawa hak dan kedudukan mereka semakin dicabar; sementara masyarakat bukan Islam pula merasakan kebebasan mereka terancam. Justeru itu adalah dikira wajar dicari muafakat di kalangan umat Islam selain usaha berterusan menggalakkan dialog antara agama.

Para peserta umumnya menzahirkan iltizam mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan serta memelihara prinsip kebebasan agama yang termaktub di dalam Perlembagaan negara dan diamalkan selama ini. Mereka musykil dan sangsi dengan kemunculan segelintir pihak yang lantang mencabar hak umat Islam mengamalkan agama dan syariat. Walhal, dalam menafsirkan peruntukan Perkara 121(1)(a) dalam Perlembagaan yang memperuntukan bidang kuasa Mahkamah Syariah sekalipun, ia tidak bermaksud untuk mencabuli hak dan kebebasan beragama di Malaysia.

Di atas kesedaran tersebut, para peserta forum bersepakat:

  1. Mendukung usaha ke arah mencapai titik pertemuan dan meredakan ketegangan di dalam isu agama.
  2. Menyatakan rasa bimbang di atas kelemahan kerajaan untuk membincangkan dan menangani masalah ini.
  3. Meneruskan muafakat menerima semangat kebebasan dan prinsip demokrasi serta menghormati hak masyarakat bukan Islam untuk hidup mengikut agama mereka, sekaligus menerima realiti majmuk Bangsa Malaysia

Jelas sekali ketegangan yang melanda Malaysia pada hari ini hanya boleh diselesaikan menerusi kepimpanan yang tegas tetapi ikhlas beserta dialog yang telus dan terbuka, bukannya dengan menutup ruang perbincangan sebagaimana dianjurkan pemimpin kerajaan.

ANWAR IBRAHIM

07
Dec

Mesyuarat Foundation of The Future

Saya sehari suntuk di Amman Jordan kerana mempengerusikan mesyuarat Lembaga Foundation for the Future. Di sabelah pagi saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Jordan Adul Illah Khatib. Kami menyentuh beberapa isu termasuk perkembangan terbaru di Lubnan, krisis di Iraq dan mengulangi kenyataan bahawa sukar dileraikan masalah di Timur Tengah tanpa menjamin keadilan bagi rakyat Palestin.

Keputusan yang disepakati oleh kami adalah:

FOUNDATION FOR THE FUTURE

Amman, Jordan, December 4, 2006

The Foundation for the Future Examines Concepts for its First Grants

The Board of Directors of the Foundation for the Future met in Amman, Jordan on December 4, 2006 in the aftermath of the third Forum for the Future, held in the Dead Sea.

Board members met to review concepts submitted by Middle Eastern and North African civil society organizations for the first Foundation-funded programs. The Board authorized the elaboration of proposals in the areas of the empowerment of youth, independence of media, the establishment of an NGO resource center, and the creation of an observatory on democratic reforms, and welcomes submissions for full proposals for funding in these areas. These proposals will be reviewed for funding at the next meeting of the Executive Committee, which will be held in Geneva, Switzerland in February, 2007.

The meeting of the full Board was preceded by the first meetings of the Finance Committee and the Fundraising Committee. The Finance Committee began work on an operations and program budget and authorized expenditures. The Fundraising Committee devised and agreed on a strategy to provide for the long-term sustainability of the Foundation.

The Board of the Foundation expressed its gratitude to the founding donors who have fulfilled their commitments, and are encouraged by those other countries that have indicated interest in financially supporting the Foundation’s efforts. As a result of receiving these pledges, the Foundation now has the funds to begin awarding its first grants.

The Board elected to hold its next meeting in Marrakesh, Morocco in mid-April, 2007.

The members of the Board would like to thank the government of Jordan for hosting the event and for their continued support for this undertaking.

06
Dec

Kongkongan Disambung Di Era ‘Hadhari’

daripada EchoPena:

Assalamu’alaykum warahmatullah Datuk Seri,Semoga dalam rahmat Allah swt.

Mungkin Datuk Seri masih ingat tentang Malaysian Islamic Study Group (MISG) yang masih lagi bergerak aktif di US dengan izin Allah walaupun pernah menghadapi beberapa zaman sukar beberapa tahun yang sudah. Inshaallah kami akan bermuktamar lagi pada hujung tahun ini.

Ampun dan maaf dari kami, kami mungkin tidak pernah menjemput Datuk Seri ke sebarang aktiviti kerana risau ada pihak yang tidak menyukai tindakan sedemikian. Mungkin Datuk Seri ada pandangan sendiri yang ingin dikongsi berkenaan perkara ini. Untuk pengetahuan Datuk Seri, MISG kini diterima baik oleh pihak Malaysian Student Department dan mungkin pihak
kedutaan juga.

Untuk muktamar kali ini, kami menjemput Prof Muhammad Abu Bakar, pemegang kerusi Razak di Ohio University, Athens Ohio untuk menyampaikan ucaptama. Dr Tengku Shahrom dan Ustaz Lokman dari Malaysia juga dijemput untuk mengisi beberapa slot ceramah.

Kami juga dalam proses menjemput Dr Asri Zainul Abidin untuk mengisi satu slot ceramah. Bagaimanapun beberapa ahli kurang bersetuju dengan langkah tersebut. Bagaimana pendapat Datuk Seri sendiri?

Kami sangat berharap sebenarnya agar suatu hari nanti, MISG akan dapat menjemput atau menerima kunjungan Datuk Seri ke program kami terutama sekali muktamar yang kami adakan bersama dengan Indonesia Muslim Society in America (IMSA). Kami kurang arif tentang keadaan sekarang dan perlukan nasihat Datuk Seri.

Jazakallah khaer.

Echopena,

Rakan dari Indonesia di Washington DC penah merungut mengenai tekanan terhadap mahasiswa Malaysia. Mirip gelagat era Suharto kata mereka.Mudah-mudahan suasana kian segar dan terbuka. Sepanjang tekanan tahun-tahun 60han hingga 90han, MISG masih mampu bergerak bebas. Konkongan di akhir Era dr M disambung di era hadhari..

18
Nov

Catatan Peribadi di Delhi

Anwar

Setibanya saya di Lapangan Terbang Indira Gandhi Delhi, berkumandang irama dangdut Hindi, muzik ‘Terkenang Semasa Dahulu’ yang pernah dipopularkan oleh penyanyi 50an R. Azmi. Saya lantas tersenyum terutama kerana muzik itu berulang. Saya tidak tahu sebelumnya bahawa lagu tersebut disadur atau diciplak bulat dari lagu Hindustan - atau secara lucu saya beritahu teman di Delhi - mungkin juga diciplak oleh pemuzik Hindustan dari lagu melayu.

Sidang mengenai Pelaburan India Arab dirasmikan oleh Menteri Kewangan India P Chidambaram. Secara terbuka beliau ulangi kenyataan rasa bangganya kerana bersama saya seorang sahabat lama. Beliau bersama PM Manmohan Singh berjaya memacu pertumbuhan yang cukup membanggakan. Saya sempat berbual sejurus salepas majlis perasmian. Tetapi yang menarik ialah kesudian beliau mengenepikan protokol; dan memilih untuk berundur dari sidang hanya setelah mendengar ucapan saya. Saya menegaskan behawa pertumbuhan meyakinkan memerlukan dasar makroekonomi yang tuntas, usaha membanteras rasuag dan pengagihan kekayaan secara adil. Demikian juga semangat yang diungkap dalam pidato kemerdekaan Jawarhal Nehru ‘Tryst with Destiny’.

Saya sempat berbincang dengan PM India pada sebelah petang, mengenai isu ekonomi dan beberapa isu lainnya.

Pada sebelah malam kami diraikan oleh Ketua Menteri Delhi Mrs Dixit yang dimulakan dengan ghazal yang mengasyikkan.

Saya telah berlepas ke dubai pada 15hb Nov dan menemui Ketua Menteri Cape Town Ebrahim Rasool dan wakil PM Iraq. Sesudah itu saya ke Dar es Salaam, kalau masa mengizinkan akan saya ceritakan pengalaman di Tanzania pula!

15
Nov

Anwar puji pertumbuhan India

Nik Nazmi

Dalam Persidangan Indo-Arab Isnin lepas di New Delhi, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji pertumbuhan India sebagai kuasa ekonomi dengan pertumbuhannya yang pesat serta daya tarikannya kepada pelabur-pelabur asing.

Sambil itu, Datuk Seri Anwar turut merujuk karya tersohor pemenang anugerah Nobel Amartya Sen, ‘Development as Freedom’ dan menggesa negara-negara Arab untuk mencontohi langkah India mengimbangi kemajuan ekonomi dan sistem sosial yang terbuka dan manusiawi.

Mungkin pimpinan UMNO disebalik hiruk-pikuk mengkritik suara kritis terhadap DEB di PWTC juga sewajarnya mendengar nasihat ini!

25
Oct

Lawatan ke Rom :

kiriman Aasil Ahmad

Hari ini Anwar berceramah di Kongres Sedunia Komunikasi Untuk Pembangunan (WCCD) di Rom, Itali. Antara panel penceramah ialah Joseph Stiglitz, Fawzi al-Sultan dan Prof. Flavio Delbono.

Konferensi WCCD ini antara aktivinya ialah mengadakan bengkel dan acara khusus merujuk kepada empat perkara pokok - kesihatan, urustadbir, pembangunan dan komunikasi. Ceramah dan perbincangan yang segar mampu menggalakkan pertukaran ilmu dan idea, maka dengan itu menghasilkan maklumat berguna serta petunjuk impak komunikasi dalm projek dan program pembangunan.

Konferens ini di adakan di pejabat FAO di Rom dan dianjurkan oleh Kementerian Luar Itali dengan dokongan beberapa institusi internasional termasuklah Bank Dunia, FAO dan Communication Initiative.

Pada 26 Oktober Anwar Ibrahim telah dijemput menyertai rancangan BBC World Debate yang bakal membincangkan tema “Is a Free Media Essential for Development?“. Program ini akan disiarkan keseluruh dunia menerusi BBC World pada 28-29 Oktober (serta capaian online). Rancangan akan dipengerusikan oleh Stephen Sackur. penyiar terkemuka BBC yang juga sering mengacarakan rancangan HARDtalk.

15
Oct

Anwar Ibrahim di Persidangan Kumpulan G-50, ‘God is back: Politics and Religion in the XXIst Century’

oleh Mohd Yusmadi, Washington D.C

WASHINGTON D.C 13 Oktober 2006. - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijemput sebagai salah seorang panel di dalam persidangan Kumpulan G-50 bertajuk God is back: Politics and Religion in the XXIst Century.

Keahlian G-50 terdiri daripada Who’s Who di dalam dunia pemikiran, media , politik, sains dan perniagaan di Amerika Latin. Persidangan tersebut ditaja oleh badan berngaruh hubungan antarabangsa Carnegie Endowment for International Peace dengan kerjasama Inter-American Dialogue. Panel-panel dipersidangan yang lalu terdiri daripada nama-nama besar seperti Francis Fukuyama, Jeffrey Sachs, Thomas Friedman, Fareed Zakaria, Lawrence Summers dan Joseph Stiglitz. Continue reading ‘Anwar Ibrahim di Persidangan Kumpulan G-50, ‘God is back: Politics and Religion in the XXIst Century’’

04
Aug

Catatan dari Basque Country

Satelah dua hari di Bilbao, wilayah yang disebut Basque country, saya dan Azizah meninggalkan sidang khas untuk pulang ka KL. Dalam sidang pertama semalam, Presiden Wilayah Basque telah menjelaskan dialog yang sedang mereka adakan dengan kumpulan pejuang ETA yang menuntut kemerdekaan dari pemerintah Sepanyol supaya diberikan autonomi. Mereka mempertahankan bahasa dan budaya daerah mereka dan menginginkan penyelesaian kapada konflik yang berpanjangan.
Continue reading ‘Catatan dari Basque Country’






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

December 2008
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031