Archive for the 'Pengunjung' Category

04
Mar

Surat Pembaca: KeADILan Sedang Lalui Proses ‘Penyucian’

Saudara Anwar Ibrahim,

Sejarah merakamkan riwayat Parti Negara,  Berjasa,  HAMIM, Berjaya dan Semangat 46 berkubur.

Baru 10 tahun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) ditubuhkan namun telah berjaya memenangi  31 kerusi Parlimen yang tidak pernah dimenangi oleh PAS atau pun DAP.

Justeru, KeADILan diasak dengan duit. Sudah tentu ada yang tidak tahan diuji. PAS sendiri tumbang di Terengganu di zaman Daud Samad. Tahun 1969, PAS menang 11 kerusi DUN tapi tiga wakil rakyat melompat. Ini semua ujian kepada PAS.

Continue reading ‘Surat Pembaca: KeADILan Sedang Lalui Proses ‘Penyucian’’

07
Feb

Semarakkan Tuntutan Reformasi

Mari semarakkan api reformasi!!!

Hadir ke Mahkamah Jalan Duta,
Jam 9.00 Pagi
Isnin, 8 Feb 2010

Pastikan Dato Seri Anwar Ibrahim tidak lagi Dipenjarakan!

22
Sep

Kad Ucapan Eidulfitri: Maaf Atas Kelewatan

Jamilkucing merungut kerana saya belum menjawab kad ucapan Eidulfitri, berbeda dengan era saya di Sungai Buloh katanya.

Kami akan menjawab semuannya inshaallah, mungkin saja dalam perjalanan atau belum diproses di pejabat.

Ucapan melalui emel memang dijawab, tetapi saya mohon maaf kerana tidak menjawab semua kiriman SMS.

4RAKYAT menanyakan mengenai rumah terbuka di Segambut. Tahun ini saya dan Azizah memilih untuk bersama majlis Menteri Besar Selangor (Eid pertama), Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang (Eid kedua) dan di DUN Bagan Pinang (Eid ketiga).

Maaf kerana tidak ada majlis khusus di Segambut dan Cherok To’kun.

ANWAR IBRAHIM

10
Apr

Waspada dengan Hishammuddin Hussein!

Assalamualaikum wbt.

Datuk Seri Anwar,

Saya sangat bimbang dengan perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru kerana saya khuatir keselamatan Datuk Seri bakal tergugat sekali lagi.

Kita sedia maklum dengan tindakan cucu Datuk Onn Jaafar ini yang sentiasa mencari masalah dengan Datuk Seri sebelum ini. Jadi dengan tindakan sepupunya, Datuk Seri Najib dalam rejim Mahathirisme ini adalah antara kaedah untuk menjahanamkan Datuk Seri dan ini sememangnya peluang Hishammuddin untuk mengenakan Datuk Seri dengan jawatan barunya ini.

Continue reading ‘Waspada dengan Hishammuddin Hussein!’

06
Feb

Tangisan Sirul dengan kambing hitamnya

Salam Hormat,

Dato Seri yang dihormati, nampaknya situasi di Perak cukup gawat,saya melihat seolah junta sedang merampas kerajaan rakyat.

Saya yakin kegopohan para pimpinan UMNO memilih untuk tidak mengadakan sidang Dun bagi membolehkan satu usul undi tidak percaya dibentangkan adalah kerana, Najib mula bimbang dengan tangisan Sirul dan kisah kambing hitamnya dimahkamah baru-baru ini.

Mungkin kita harus kerja lebih keras lagi agar rakyat melihat peristiwa rampasan ini tidak lebih daripada cubaan mengangkat pembunuh kepentas Perdana. Saya harap Dato Seri jaga kesihatan diri terutama keselamatan diri dan saya juga doakan agar kita menang dalam pusingan ini.

eddieputra