Artikel

6 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Datuk Halik Zaman menanyakan:

Dato Seri
Tolong jawab persoalan saya ini dengan terus terang:-
(a) Sudah kah ada bersafahaman masalah BA diantara PAS, Keadilan dan DAP?
(b) Sudah kah selesai pembahagian kerusi antara Keadilan,PAS dan DAP diseluruh Malaysia?
(c) Kalau tiada apa apa masalah dalam BA dapat kah Dato Seri nyatakan jumlah kerusi PKR? PAS? dan DAP? dalam BA.
(d) Mana mungkin Kerajaan UMNO/BN membenarkan BA menggunakan lambangnya dalam PRU akan datang. Apa kah ikhtiar yang lebih effisien ketiga tiga parti ini menggunakan satu lambang sahaja atau lambang parti masing masing untuk “satu lawan satu?” dengan BN dalam PRU nanti.
Saya kemukakan 4 soalan ini kepada Dato Seri kerana memandang bahawa PRU akan diadakan bila bila masa sahaja dari sekarang. Sedangkan ikatan BA masih belum difahami lagi oleh grassroot ketiga tiga parti. Dan pertanyaan begini selalu ditanya oleh rakyat dalam dialog kami dengan rakyat.
Harap dapat perhatian dari Dato Seri.

Kelihatan Sdr Halik Zaman musykil dengan tahap pencapaian rundingan diantara pimpinan KeADILan, PAS dan DAP dalam isu pembahagian kerusi.

Tan Sri Khalid dipertanggungjawabkan mewakili KeADILan dan rundingan kini diselenggara diperingkat Jawatankuasa berkaitan. Terdapat banyak kemajuan di peringkat negeri tetapi masih belum beres semuanya. Buat menghormati semangat rundingan maka sukarlah bagi saya mengemukakan laporan di sini.

Namun saya setuju agar persetjuan dicapai segera dengan semangat muafakat.

ANWAR IBRAHIM

28 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

img_2924.jpg

img_2901.jpgimg_2914.jpgimg_2922.jpg
img_2886.jpgimg_2891.jpg

*kredit buat sdr Kiki Gridawangsa

Catitan Perjalanan Program oleh Sdr Din Merican [dipetik daripada Laman M@rhaen]

5000 orang penduduk Kawasan Parlimen Pandan yang berkumpul di Padang Cheras Indah telah memberikan Dato Seri Anwar Ibrahim satu sambutan meriah ketika dia tiba pada 9 malam 26 Oktober, 2007 untuk memberikan ceramah di Malam Solidariti dan Ceramah Perdana.

Mereka telah berada di sana sejak 8 pm mendengar Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Dato Hassan Ali daripada PAS dan YB Teng Chan Kim, ADUN Selangor daripada DAP.

Setelah bersalaman dengan ramai penduduk di sana, Dato Seri Anwar telah duduk di satu tempat yang dikhaskan kepadanya di atas pentas. Para hadirin telah dihiburkan dengan satu pita video rakaman bertajuk “Correct, Correct, Correct’ yang memaparkan seorang peguam bernama VK Lingam. Beliau dilihat sedang bercakap dengan Ahmad Fairuz yang kini masih menjadi Ketua Hakim Malaysia. Perbualan ini berlaku pada satu ketika dalam 2002 . Jelas ia menunjukkan betapa mereka terlibat dengan Tunku Adnan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tauke judi Vincent Tan dalam satu muslihat untuk menentukan siapa yang patut naik menjadi hakim supaya mudah mereka pengaruhi dalam menentukan keputusan pengadilan mahkamah.
(more…)

26 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

bersih

Bertubi-tubi soalan samada saya akan hadhir bersama dalam Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) pada 10 November nanti.

InshaAllah saya akan muncul.

Penipuan Umno-BN melalui SPR terlalu ketara dan rakyat perlu menuntut perubahan.

Ayuh kita gembleng massa turun menyatakan sokongan!

ANWAR IBRAHIM

1 October 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

banner

03dsc_4002.jpg 06dsc_4021.jpg 14dsc_4100.jpg 15dsc_4108.jpg 11dsc_4047.jpg

9 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Di kebelakangan ini sambutan ceramah KeADILan, PAS dan DAP kian hangat mendapat sambutan. Maka pimpinan umno kian gelabah dan mempersulitkan kelulusan permit ceramah.

Program malam nanti di Jalan Ipoh,dalam kawasan Parlimen Batu masih belum mendapat kelulusan. Kita akan meneruskan acara dengan aman inshaAllah.

Di Kuantan beberapa hari dulu, pihak polis meluluskan permit. Hanya sebaik saya mulakan pidato pada jam 11.30 malam (selepas menyampaikan ceramah di kemaman), saya diminta menamatkan ceramah. Walau bagaimanapun ceramah diteruskan sehingga jam 12 malam. Hanya terdapat insiden yang sedikit mendebarkan tatkala saya diserbu khalayak selesai ceramah. Mudah-mudahan selamat inshaAllah.

Yang dikesalkan ialah peristiwa di Batu Burok, Kuala Terengganu. Program anjuran Bersih tidak diberikan permit. Halangan di Terengganu atas arahan Menteri Besar, Idris Jusoh kian menjadi-jadi. Ceramah saya juga dihalang awal tahun ini. Semalam Dato’ Mustafa Ali dan Tan Sri Khalid melaporkan kepada saya dan Ustaz Hadi Awang, kami berdua bersama di Bagan Serai semalam, mengenai keganasan polis FRU di sana.

Jenayah dan rasuah meningkat, sambutan ceramah KeADILan dan PAS kian hebat, maka tekanan pun tambah ganas.

Jenayah dibiar, ceramah dikepung!

ANWAR IBRAHIM

3 September 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

pauh1
Azizah bersama masyarakat Permatang Pauh sejak dua hari lepas. Saya menertai program semalam, minum ringan di Sungai Semambu. Selesai ucapan Azizah menyampaikan bantuan orang miskin. Saya bergerak menemui sahabat lama di rumah cikgu Abu Hassan, bekas Pegawai Pendidikan Daerah.
(more…)

26 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Acara di Alor Setar bermula jam 1230 tengahari, di mana saya, Azizah, Nuha dan Ilham menghadhiri majlis kenduri perkahwinan Dato Nazri dan Na.

Dr Abdul Rahman kemudiannya menyelenggarakan pertemuan bersama teman bekas pimpinan ABIM kedah sehingga 2.30 ptg.

Kami berada di Naka, Padang Terap diiringi Sdr Zamri bagi melancarkan pejabat kecil di sana dan menerima keanggotaan baru di kalangan masyarakat Thai dan Melayu.

Di taman PKNK setelah itu kami singgah sabentar bagi menerima borang keahlian masyarakat india dan melayu. Di dewan cina Foo Chiaw, Sdr Saiful dan Johari Abdul telah memulakan ucapan mengenai ekonomi. Saya menjelaskan agenda ekonomi dan gembira dengan penyertaan masyarakat cina menyokong KeADILan.

Di Padang Besar, Perlis, sdr A Ghani mengatur pertemuan singkat selesai solat maghrib. Tuan rumah dikunjungi polis Cawangan Khas selama 3 kali dan diugut supaya membatalkan program. Alhamdulillah majlis berjalan lancar termasuk hidangan ikan bakar.

Kami ke Changloon, Kubang Pasu dalam acara ceramah umum yang dihadhiri ribuan penduduk. Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Abd Razak sedang menyampaikan ucapan tatkala saya dan azizah tiba.

Selesai acara hampir 12 tengah malam, kami ke rumah sdr Aun ketua KeADILan Bahagian Kubang Pasu menemui pimpinan negeri Kedah yang hadhir dan berakhir selepas satu pagi.

ANWAR IBRAHIM

14 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Jamuan dgn masyarakat Cina di Kuching – saya menyentuh cara pemimpin BN memunggah kekayaan negara. Mereka bukan sekadar menyapu, tetapi lebih canggih dan berkesan sekarang. Mereka menggunakan vacuum cleaner, menyedut habis semua peluang, besar, keci dan habuk juga.

Di Kampung Haji Baki saya menyampaikan ceramah di perkarangan rumah Sdr marzuki. Saya menekankan soal kemiskinan dan jurang yang kian melebar di antara kelompok kecil dikalangan pemimpin BN, keluarga dan kroni mereka. Walhasil, majoriti rakyat miskin, kebanyakan mereka terdiri di kalangan bumiputera masih terpinggir.

Pagi tadi saya ke Kota Samarahan melawat projek rumah kos rendah yang saya lancarkan pada tahun 1997. Malangnya tidak ada lagi rumah kos rendah di sana melainkan rumah mewah dan kos sederhana. Nah, siapa bilang BN menjaga kebajikan rakyat?

ANWAR IBRAHIM

12 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Program kawasan Parlimen Gombak bermula pada jam 5 ptg di Batu Caves. Ketua masyarakat India di sana Sdr Gopalan berjaya mengumpulkan 700 ahli keADILan dari kalanggan masyarakat India. Ucapan saya lebih tertumpu kepada masalah ekonomi dan pengangguran, jenayah dan keselamatan.

Penyelesaiannya bukanlah pada rebutan siapa yang menjadi jaguh tetapi muafakat bersama membela nasib rakyat semua kaum. kami kemudian solat Maghrib di Surau Taman Selasih. Saya memberikan tazkirah ringkas mengenai Isra’ Mi’raj dan hubungannya dengan aqidah, perjuangan menegak hak, solat dan pengajaran akhlak. Saya juga kaitkan karya besar Dante, Divine Comedy.
(more…)

10 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

gombak

5 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

(i) Persahaman yang dicapai dikalangan pimpinan KeADILan, PAS dan DAP ialah menyegerakan rundingan mengenai pembahagian kerusi dan tidak menggunakan media. Maka saya rasa wajar dihurmati semangat tersebut.

(ii) Turki mengamalkan demokrasi meskipun pihak tentera berpengaruh dengan alasan mempertahankan sistem sekular. Kendati begitu media adalah bebas dan Suruhanjaya Pilihanraya melaksanakan tugas dengan adil. Kemungkinan penipuan tipis kerana menggunakan tanda dakwat di jari serta pemantauan pemerhati asing. Wacana politik Turki jauh lebih matang dan sistem demokrasi lebih dewasa dari Malaysia.

(iii) Mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin, memadai saya nyatakan bahawa yang khianat adalah kelompok yang merompak saham dan kontrak, mengkhianati dasar bahasa, mengupah pelobi yahudi Jack Abramoff dan lemah bila berdepan pemimpin Amerika.

Ugutan beliau untuk menyerang dan mencari (hound) saya, mengingatkan lagu Elvis Presley – “you ain’t nothing but a hound dog, crying all the time…” Mungkin ramai jarang mendengar lagu-lagu Elvis, maka saya turunkan liriknya untuk ‘dihadhamkan’ semua..

Hound Dog – Elvis Presley
You ain’t nothin’ but a hound dog
Cryin’ all the time.
You ain’t nothin’ but a hound dog
Cryin’ all the time.
Well, you ain’t never caught a rabbit
And you ain’t no friend of mine.

When they said you was high classed,
Well, that was just a lie.
When they said you was high classed,
Well, that was just a lie.
You ain’t never caught a rabbit
And you ain’t no friend of mine.


ANWAR IBRAHIM

27 July 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Tatkala di Jakarta saya sempat juga berbincang dengan Bekas Presiden Abdurrahman Wahid. Pada sebelah malamnya, saya telah diminta menghimbau permasalahan yang menimpa umat dengan wakil gerakan Islam dan sarjana. Dialog dipengerusikan tokoh islama Adi Sasono dan dihadhiri di antara lain oleh Dr Siddiq (Dewan Daawah Islamiyah), Bekas menteri Sugianto dan lain-lain. Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub dan Ketua AMK Shamsul Iskandar turut serta.

Malam tadi saya maghrib berjemaah bersama tok ayah Sheikh Mahmud di pondok Batu 10. Program di Sungai Chuah adalah bersama DAP. Selesai berucap saya menuju ke Dusun Tua, Hulu Langat menghadhiri program bersama PAS. Dato Dr Zainal menekankan isu bahasa dan pendidikan. Dato Dr Hassan Ali menganggap perhimpunan tersebut yang terbesar di Hulu Langat. Beliau banyak membicaran kelemahan dasar dan pentadbiran di Selangor.
(more…)