Archive for the 'Mahasiswa' Category

27
Jan

Autonomi Untuk Universiti Mesti Merangkumi Pemansuhan AUKU

Semalam Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa lima Institusi Pengajian Tinggi Awam – Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia – akan diberikan autonomi. Walaubagaimanapun langkah ini tidak bermakna sekiranya Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mencengkam kebebasan universiti masih berkuatkuasa.

Selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik. Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini. Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya keputusan UKM 4 yang membuatkan pihak kerajaan menerima hujah ini.

Kami juga masih menunggu jawatankuasa dwiparti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi realiti. Jawatankuasa tersebut – sekiranya menjadi realiti – akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008.

Pada masa yang sama, KEADILAN kesal dengan keputusan Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) untuk menggunakan AUKU terhadap lima mahasiswanya. Kami berharap keadilan akan tertegak di dalam kes ini dan semua negeri-negeri Pakatan menunjukkan komitmen mereka menentang AUKU dengan tidak membenarkan peristiwa tersebut berulang. Kita telah berjuang sekian lama untuk menentang ketidakadilan tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

==== Continue reading ‘Autonomi Untuk Universiti Mesti Merangkumi Pemansuhan AUKU’

03
Jan

Kenyataan Media Timbalan Presiden

Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit sekadar menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera. 

Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya. Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat. Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong. 

Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negerimemohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

01
Jan

Himpunan Bebas Akademik: Keganasan Polis Terhadap Mahasiswa Dikecam

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman di depan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak awal pagi tadi.  Pengerusi Gerakan Kebebasan Akademik (BEBAS) saudara Safwan Anang dilaporkan masih lagi terlantar di Hospital Slim River, Perak akibat patah tulang rusuk kesan dari tindakan ganas pihak polis. Rakaman video insiden tersebut yang kini telah dimuatnaik di beberapa laman sosial di internet juga jelas menunjukkan bahawa pihak polis telah bertindak keterlaluan tatkala meleraikan demonstrasi aman tersebut.
 
AMK menyifatkan peristiwa ini sebagai suatu tragedi hitam dalam sejarah gerakan kebebasan akademik dan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap mahasiswa. Apakah layak bagi sekumpulan mahasiswa yang berhimpun bagi tujuan menuntut kebebasan akademik dilayan dan diperlakukan sedemikian zalim oleh pihak berkuasa? Insiden ini jelas menzahirkan bahawa pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak tidak serius dalam usaha meminda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan ianya tidak lebih sekadar gimik politik murahan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.
 
Apa yang berlaku semalam membuktikan bahawa pendekatan pentadbiran Dato’ Sri Najib kini semakin mirip kepada kaedah otokratik yang diamalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini jelas bertentangan dengan janji beliau sendiri kononnya untuk menjadi pemimpin yang mendengar suara rakyat dan mesra anak muda. Harus diingat bahawa kejatuhan rejim di Tunisia dan Mesir bermula tatkala pihak berkuasa bertindak zalim dengan menindas anak muda dan mahasiswa. Peristiwa yang berlaku awal pagi tahun baru 2012 ini secara tersirat menandakan bermulanya kejatuhan rejim UMNO-Barisan Nasional.
 
Justeru, AMK menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden keganasan ini dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan. Kami juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka. AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis.
 
 
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN

01
Jan

KEADILAN Kecam Keganasan Polis Terhadap Mahasiswa

Keadilan Daily

KEADILAN mengecam perbuatan ganas polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

“Tindakan ini jauh berbeza ketika perarakan mahasiswa ke PWTC. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa makna,” kata Nik Nazmi Nik Ahmad pada kenyataan media, pagi ini.

Justeru, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil memberi penjelasan,
Nik Nazmi turut mendedahkan, pengamal media yang bertugas melaporkan kejadian tersebut turut dikasari pihak berkuasa.

“Mahasiswa mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media turut dipukul polis,” katanya.

Dalam pada itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula menyifatkan tindakan ganas di ambang sambutan tahun baru meletakkan Malaysia sebagai negara polis yang takut  dengan gerakan mahasiswa.

“Ini sungguh memalukan. Pemerintah mengerahkan polis untuk melindungi kepincangan mereka dalam mengendali AUKU,
“AMK akan terus bersama aktivis mahasiswa. Inilah yang ditakuti Umno BN, apabila anak muda sudah berani menggerakkan zaman.

“AMK menyokong penuh mahasiswa mempertahankan prinsip yang mahukan kebebasan akademik tanpa sebarang sekatan dan campur tangan politik kotor kerajaan yang memerintah,” kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi.

Lebih mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI sambil menyanyikan lagu Negaraku, memdeklamasi puisi dan berpidato sebelum polis mencetuskan keganasan.

27
Dec

Kenyataan Media Dato’ Seri Anwar Berkaitan ETP

Saya meneliti jawapan kerajaan Dato’ Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab dengan berkesan oleh Perdana Menteri sendiri.

Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan. Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%. Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020). Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP. Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.
 
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

27
Dec

Usaha Mencetuskan Huru-Hara Pada 9 Januari 2012 – Satu Lagi Usaha Fitnah UMNO

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggotaKEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini,yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan
penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
27 DISEMBER 2011

23
Dec

Foto Program #Meetanwar Anjuran Anwar Ibrahim Club,22 Disember 2011

Anwar Ibrahim Club telah menganjurkan program anak muda bersama Dato Seri Anwar Ibrahim #meetanwar semalam bertempat dikediaman beliau semalam, Khamis 22 Disember 2011, jam 8.30 malam.

Turut bersama dalam menjayakan program tersebut ialah  Dato Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail,YB Nurul Izzah,Ihsan,Ilham dan Suami.

22
Dec

Ada Apa Dengan Bendera?

Merdeka Review

Alicia Izharuddin

Sejak usia remaja, saya pernah dinasihatkan oleh orang tua supaya jangan masuk campur dengan arena politik apabila dewasa kelak.  Mengikut mereka, politik hanyalah “permainan kotor” yang menguntungkan politikus sahaja, lantas kepentingan rakyat sejagat jarang dipertimbangkan secara ikhlas.  Setiap satu yang diberikan kepada rakyat diragut satu yang lain, contohnya masing-masing peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan kebebasan akademik.

Baru-baru ini kita dihidangi berita yang kian menjejaskan integriti kerajaan yang kononnya mahu mendaulatkan konsep demokrasi dan mempunyai keinginan untuk berjinak-jinak dengan prinsip kebebasan bersuara.  Tindakan aktivis-aktivis mahasiswa dari Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) menurunkan bendera yang melayangkan wajah Najib Razak selama lima minit sebagai simbol tidak-puas hati mereka terhadap keengganan kerajaan memansuhkan Akta Universiti Kolej dan Universiti (AUKU) yang menyekat kebebasan akademik dan berpolitik.  Walaupun didepani dengan desakan aktivis-aktivis mahasiswa untuk memansuhkan AUKU yang semakin mengombak, kerajaan Najib Razak hanya mampu berdiam dan mendiamkan suara-suara protes.

Demokrasi siapa?

Menurut menteri pengajian tinggi Saifuddin Abdullah yang kononnya menyokong “kebebasan bersuara” dan konsep demokrasi, penurunan bendera UMNO bukan tindakan yang berdemokratik.  Ada pula yang berpendapat mahasiswa-mahasiswa terlibat bersikap kurang matang, kurang ajar, dan tidak menghormati harta-benda kerajaan, seolah-olah memecah masuk rumah dan menyusun-semula perabot.  Sasaran mahasiswa SMM – bendera yang bermukakan Najib Razak – secara tidak langsung menjadi objek yang suci.  Ia bukannya bendera negara atau parti, tidak dibakar atau diinjak-injak.  Namun yang demikian, penurunan bendera tersebut dilihat sebagai satu serangan terhadap ego seorang pemimpin yang pantang dicabar.

UMNO dan penganut-penganutnya tidak jauh berbeza daripada kerajaan tidak gentar menggunakan kekerasan – sama ada dalam bentuk fizikal mahupun retorikal – untuk menindas perjuangan hak-hak mahasiswa.  Di United Kingdom sepanjang tahun ini, kerajaan David Cameron menggunakan kuasa polis untuk “mengawal” pergerakan mahasiswa yang berdemonstrasi kerana kenaikan yuran tahunan universiti yang melambung tinggi.  Yang paling tragis pula, pembunuhan ratusan mahasiswa-mahasiswa yang berarak di Dataran Tiananmen secara aman mengutuk Parti Komunis China pada tahun 1989.  Ya, kerajaan Malaysia bukan satu-satunya kerajaan yang takut kepada kemarakan mahasiswa.  Sejarah gerakan mahasiswa telah menunjukkan bahawa kuasa dan pengaruh mahasiswa boleh menggulingkan kepimpinan yang represif; regim Suharto berjaya digulingkan atas desakan mahasiswa Indonesia pada tahun 1998.  Jika mahasiswa dan cendiakawan seperjuangan mampu mengguling kerajaan Suharto yang berkuasa selama 32 tahun – antara regim diktator yang paling lama di dunia – jelas menunjukkan bahawa mahasiswa Malaysia juga serba upaya.

Kerajaan Najib yang menidakkan hak mahasiswa untuk berpolitik menyelindungkan ketakutan mereka terhadap kuasa mahasiswa.  Universiti bukan sekadar kilang mencetak sijil tetapi tempat orang muda menuntut ilmu berfikir secara berdikari.  Kebanyakan mahasiswa yang mempunyai kesedaran politik pula bukan kuda mana-mana parti.  Kerajaan dan orang awam harus sedar bahawa arena dan istilah politik itu sendiri sangat terhad dan sempit maksudnya.  Politik bukan sekadar pertandingan populariti atau acara berlumba-lumba yang menjuarakan politikus yang dilantik – Tidak.

Hakikatnya, kuasa politik juga terletak di tangan pengundi, penyokong, dan pejuang agenda masing-masing yang sedikit sebanyak menentukan jaya dan gagalnya seorang politikus dan jatuhnya pengaruh kerajaan; dari sini kita kembali kepada asal-usul perkataan “demokrasi” dalam bahasa Yunani yang berasaskan “demos” yang bermaksud rakyat dan “kratos” bererti pemerintahan.

Sebagai mahasiswa yang bakal menapak ke alam universiti sebagai pensyarah dan penyelidik, kebebasan akademik bukan sahaja memberikan ruang dan peluang menyampaikan pendapat dan idea-idea yang berbeza dan kritis tentang keadaan politik semasa, tetapi juga menggalakkan mahasiswa untuk lebih bersuara tanpa ugutan dan kecaman.  Negara Malaysia sudah terlalu lama dikekangi budaya paternalistik, iaitu budaya (dan juga polisi) yang menyekat kebebasan atas nama ketentaraman dan kebajikan rakyat.  Budaya paternalisme inilah yang sebenarnya takut kepada konsep kebebasan bersuara dan demokrasi kerana ia melemahkan pengaruh seorang atas anggota-anggota rakyatnya.  Di alam universiti di mana penghuninya diberikan peluang untuk bersuara dan berfikir secara berdikari, kematangan minda akan dipupuk secara semulajadi.

Saya dapati bahawa reaksi pihak-pihak tertentu yang mengutuk dan mengugut tindakan mahasiswa yang anti-kekerasan berbaur ironi; perasaan marah yang melulu juga timbul daripada budaya kita yang anti-intelektual yang kuat menolak peluang berdialog secara rasional dan aman.  Budaya kita juga mengagungkan status yang tinggi, bermaksud status mahasiswa yang biasa dianggap rendah tarafnya sering diperlekehkan dan ditindas.

Oleh yang demikian, gerakan mahasiswa aktivis tidak akan mengakhiri protes mereka dengan penurunan simbolik bendera yang berwajah Najib Razak, tetapi akan terus memuncak sehingga pihak kerajaan menyerahkan diri kepada desakan-desakan mereka.

*Alicia Izharuddin adalah pelajar Doktor Falsafah dalam kajian Islam, gender, dan media

18
Dec

Program #MeetAnwar: Dialog Anak Muda Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim – 22 Disember 2011

Program Dialog Anak Muda bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh/Ketua Pembangkang Malaysia) akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Disember 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim: 11 Jalan 3/61 Bukit Segambut, 51200 Kuala Lumpur

Pendaftaran: Sila isi borang kehadiran di http://aicmalaysia.blogspot.com

Dialog ini antara lain bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa membabitkan generasi muda Malaysia khususnya persoalan masa depan ekonomi, politik dan sosial tanah air.

Untuk makluman, program ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja dan kemasukkan adalah percuma. Justeru diharap sdr/i dapat mengesahkan kehadiran sebelum 20 Disember 2011 (Selasa).

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di Facebook kami: http://facebook.com/aicmalaysia
Atau melalui emel di: aicmalaysia@yahoo.com

17
Dec

Students March To Umno HQ For Academic Freedom

Malaysiakini

About 500 protestors, mostly students, marched to Umno’s headquarters in Kuala Lumpur today in a lively protest demanding greater academic freedom.

The protest coincided with a roundtable discussion on the University and University Colleges Act (UUCA) that the protestors say has “killed student activism in Malaysia”.

The initial group of roughly 200 set off from Masjid Jamek in the heart of Kuala Lumpur at 2pm and reached the Umno headquarters at Putra World Trade Centre (PWTC) two hours later.

Along the way, the marchers chanted slogans and the procession gathered steam as their numbers swelled.

The peaceful demonstration, organised by the Reclaim Academic Freedom Movement (Bebas) student coalition, succeeded in handing a memorandum listing their demands to Deputy Higher Education Minister Saifuddin Abdullah and Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah.

The marchers also spread the word on their demands to onlookers through distributing leaflets, and a speech during a brief stop outside Sogo shopping complex.

“We are university students who can think, not secondary school students under the government’s control.

“We have the ability to manage our own affairs,” Bebas chairperson Muhammad Safwan Anang told curious shoppers through a loud-hailer.

They called for the abolition of the UUCA, the Educational Institutions (Discipline) Act and the Private Educational Institutions Act, because they “violate human rights especially that of university students”.

In addition, they demanded greater freedom of expression for both academics and their students, freedom for students to participate in politics, and autonomy for students to manage campus elections and club activities.

Saifuddin: Students showed maturity

Upon receiving the memorandum outside Umno’s headquarters, Saifuddin (below, speaking) congratulated the students for “showing their maturity by marching peacefully” and promised their opinions would be heard.

“Even if there is not much I can do, I guarantee that we will listen to you carefully,” said Saifuddin, who chaired the roundtable discussion on UUCA earlier today.

Meanwhile, the students also stopped outside Suhakam’s office en route to PWTC.

There they handed Muhammad Sha’ani the memorandum, and an impromptu Speaker’s Corner on the sidewalk where disgruntled students took turns to voice their grouses.

Muhammad Sha’ani said he would study the memorandum and forward their concerns to the relevant authorities.

“I hope Suhakam will look into the matter, and prepare an alternative Bill to replace the UUCA,” said Batu MP Tian Chua (right, in white), who was present at the protest.

He said he hopes that changes to the Act would be done through public consultation, unlike the Public Assembly Bill that was passed in Parliament only a week after it was first tabled.

In contrast to Bebas’ earlier protest at KL Sentral on Thursday that saw the protestors arrested within minutes, about a dozen police officers under ASP W Karthik helped the protestors navigate through the busy traffic and did not interfere with the protest.

16
Dec

KEADILAN Tuntut Kerajaan Mansuh Bukan Pinda AUKU

Keadilan Daily

KEADILAN menggesa Kerajaan segera memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan bukan sekadar hanya meminda akta tersebut.

“Perdana Menteri mesti menunjukkan keazaman politik jika serius untuk menentang kebebasan dengan memansuhkan AUKU keseluruhannya dan memperkenalkan undang-undang baru yang menjamin otonomi universiti, pensyarah dan mahasiswa,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Izzah berkata, Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti politik, namun dalam ucapan sama mengumumkan politik tetap akan diharamkan di kampus.

“Malangnya cadangan pindaan AUKU ini nampaknya sama seperti kegagalan agenda transformasi PM, Datuk Seri Najib Razak berhubung ISA dan Akta Perhimpunan Aman.

“Pengumumannya nampak berani pada mulanya tapi apabila diteliti sebenarnya masih meneruskan dasar-dasar lapuk yang sedia ada,” ujarnya ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Tambahnya, kekeliruan berlaku apabila yang terbaru 15 mahasiswa dari Solidariti Mahasiswa Malaysia yang mengadakan flash Mob di Kl Sentral ditangkap polis kerana membantah AUKU. Continue reading ‘KEADILAN Tuntut Kerajaan Mansuh Bukan Pinda AUKU’

16
Dec

Kerajaan BN Belanja Berbilion Ringgit Untuk Jawatan-jawatan Klon

Malaysia Chronicle

Tahukah anda, sejak daripada tahun 2008 sehinggalah pada penghujung tahun 2010, kerajaan persekutuan BN yang didominasi oleh Umno telah membelanjakan lebih daripada RM138 juta bagi membiayai kos operasi dan membayar elaun-elaun serta faedah ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung-Persekutuan (JKKKP).

JKKKP ini telah ditubuhkan di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang sejak daripada dahulu lagi telahpun mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) lantikan peringkat negeri yang asal.

JKKKP ini telah ditubuhkan di semua perkampungan di negeri-negeri di mana BN telah dikalahkan dan kehilangan kuasa di dalam pilihanraya umum yang lalu bagi mencabar kewibawaan JKKK asal yang sedia ada.

Manakala bagi negeri-negeri yang masih ditadbir oleh BN, JKKKP tidak ditubuhkan kerana JKKK lantikan negeri masih dikuasai oleh mereka.

Tujuan pembentukan dan perlantikan JKKKP ini adalah jelas, BN tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah ditolak oleh rakyat dan kekalahan mereka di dalam pilihanraya umum yang lalu, justeru daripada itu, menggunakan kaedah sedemikian (JKKKP) untuk mencabar dan melawan kesahihan JKKK di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Inilah disebut JKKK Klon yang digelar JKKKP.

Ada juga Penghulu Persekutuan!

Selain daripada JKKKP lantikan kerajaan persekutuan BN untuk mencabar kewibawaan JKKK asal yang sedia ada, BN turut melaksanakan perlantikan Penghulu-penghulu Persekutuan bagi mencabar para Penghulu-penghulu asal perkampungan yang telahpun dilantik oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Perbuatan kerajaan persekutuan BN yang sehingga kini masih enggan mengiktiraf sepenuhnya kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dengan melantik JKKKP dan Penghulu Persekutuan di kawasan-kawasan dan perkampungan-perkampungan di negeri-negeri tersebut telah mengakibatkan perbelanjaan boros wang rakyat yang langsung tidak berfaedah kerana wang-wang tersebut hanya diberikan kepada para penyokong BN yang menganggotai JKKKP dan menjadi Penghulu Persekutuan.

Dah ada Penghulu Klon pula yang bergelar Penghulu Persekutuan.

Wakil-wakil Rakyat Klon turut wujud

Dalam pada itu, kita juga dapati bahawa wakil-wakil rakyat klon turut wujud di kesemua kawasan-kawasan parlimen dan dewan undangan negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, yang digelar sebagai Penyelaras Parlimen ataupun Penyelaras Dewan Undangan Negeri.

Para Penyelaras-penyelaras BN Parlimen dan Penyelaras-penyelaras BN Dewan Undangan Negeri ini adalah dilantik secara terus oleh kerajaan persekutuan BN melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan lantikan-lantikan mereka dikawal selia oleh Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) JPM. Continue reading ‘Kerajaan BN Belanja Berbilion Ringgit Untuk Jawatan-jawatan Klon’