Artikel

22 December 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar akan mengadakan sidang media berkaitan KETIDAKADILAN TERHADAP PENIAGA SRI SENTOSA.

Dijemput wartawan dan jurugambar untuk membuat liputan sidang media tersebut seperti dibawah:

Tarikh: JUMAAT, 23 Disember 2011

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Tingkat bawah, berhadapan Pondok Polis Seri Sentosa, Jalan Seri Sentosa 8A, Taman Seri Sentosa, 58000 Kuala Lumpur.

4 September 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh YB Nurul Izzah

Rancangan Pemuda UMNO untuk mengadakan program jelajah yang akan “menyerang” Timbalan Presiden PAS Hj Mohamad Sabu amatlah mendukacitakan dan tidak perlu. Tindakan ini diputuskan walaupun pelbagai pihak menunjukkan Hj Mohamad Sabu tidak pernah mengagungkan golongan Komunis ataupun mempromosi keganasan dalam ucapan beliau 21 Ogos yang lalu.

Apa yang terang lagi bersuluh dalam kontroversi terkini adalah: perbalahan pendapat yang masih belum terhenti mengenai zaman Darurat dan juga zaman-zaman lain dalam sejarah negara membuktikan versi “rasmi” sejarah Malaysia yang diangkat pentadbiran BN belum diterima sepenuhnya semua pihak. Malah ia kelihatan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat, dan menyulitkan segala usaha untuk menyatupadukan rakyat.

Kita tidak boleh nafikan kewujudan pendapat berlainan mengenai sejarah Malaysia dan kita juga tidak boleh nafikan pelbagai pihak yang masih belum sembuh luka silamnya. Sebagai parti pemerintah, UMNO seharusnya memudahkan perbincangan isu-isu sebegini demi usaha perdamaian nasional, agar sejarah menjadi batu asas dan bukannya batu api kepada masa depan kita bersama.

Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat parti-parti politik, terutama sayap-sayap pemuda. Yang sedihnya, UMNO sekali lagi mengguna peluang yang ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat Malaysia demi masa depan politiknya sendiri.

Walaupun begitu, pasti timbul keraguan di hati pembaca bila melihat pihak ini tiba-tiba begitu beria-ia mahu perjuangkan nasib bekas perajurit. Nampaknya Pemuda UMNO tidak mahu menumpukan usaha mereka untuk betul-betul membantu bekas perajurit dan mereka yang masih berkhidmat, tapi sebenarnya hanya berminat untuk mencerca PAS dan Hj Mohamad Sabu.

Sememangnya, jika UMNO benar-benar mahu perjuangkan nasib para perajurit negara, mereka akan perjuangkan hak para perajurit untuk mengundi dengan bebas dan adil dan bukannya mempertahan sistem undian pos yang sedia ada yang menganiaya hak mengundi para tentera dan polis.[1]

Lebih dari itu, bukanlah lebih baik jika UMNO menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini? Bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca PAS, Hj Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya?

Kita juga terfikir mengapa para “patriot” ini menganggap siri jelajah sebegini lebih membawa manfaat dan kebaikan dari menyokong, mengawas, dan memberi maklum balas kepada badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan badan-badan seperti itu? Jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini – untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh – pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat.

Akhir sekali, jika UMNO begitu serius untuk perjuangkan nasib bekas perajurit yang telah berjuang demi tanah air tercinta, bukankah mereka sepatutnya membantu bekas perajurit yang telah berjuang sewaktu Perang Dunia Kedua, yang mana ada di antara mereka yang masih belum menerima pampasan atau bantuan di atas perjuangan mereka? [2]

Oleh kerana UMNO berkata ia lah satu-satunya pengasas gerakan kemerdekaan negara kita, UMNO wajib sedar bahawa ia telah mempersendakan prinsip-prinsip asas negara kerana kerajaan pimpinannya masih memperguna empat perisytiharan darurat yang masih wujud, walaupun sudah 54 tahun kita merdeka. Apakah negara kita masih belum aman damai hingga empat perisytiharan darurat ini masih diperlukan?

Malah bukankah ini menunjukkan UMNO secara tidak langsung merendahkan martabat para perajurit yang kita kasihi dan memperlekehkan perjuangan mereka selama ini, kerana kononnya negara masih belum selamat dan masih memerlukan empat perisytiharan darurat ini? Atau adakah UMNO yang sebenarnya memerlukan empat perisytiharan darurat ini demi masa depan politik sempit mereka?

Sedarlah wahai UMNO, buanglah kepura-puraan kamu, dan marilah berganding bahu bersama Pakatan Rakyat untuk menyembuhkan segala duka lara dan luka negara. UMNO dan lebih-lebih lagi Pemuda UMNO harus sedar bahawa, meminjam kata-kata Edward Murrow, membangkang tidak bererti mengkhianat, dan tiada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran ataupun rasa cinta kepada negara.

Inilah patriotisme sejati.

- Nurul Izzah ialah MP Lembah Pantai dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

1. Dan jika seseorang warga negara Malaysia boleh menjadi anggota polis ataupun tentera pada umur 18 tahun tapi masih belum boleh mengundi, ia hanya merendahkan lagi martabat dan hak-hak mereka yang berkhidmat sebagai perajurit negara.

2. Lihat http://www.thesundaily.my/news/letters/veterans%E2%80%99-families-seek-compensation danhttp://www.thesundaily.my/news/letters/pensions-paid-after-war

24 August 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

24 Ogos 2011 (Rabu)

Solat Isya’ / Tarawikh / Tazkirah

Lokasi : Masjid Ar Rahman, Lembah Pantai, Kuala Lumpur

18 August 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dimaklumkan bahawa satu sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 19 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 12:00 tangahari
Tempat : Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat
No. 17, Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor

Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Liew Chin Tong dan YB Nurul Izzah Anwar.

10 August 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Kenyataan Media
Untuk Sebaran Segera

Menurut laporan The Star bertarikh 26 Julai 2011, syarikat pemaju SP Setia Sdn Bhd bersedia mengambil alih 40 peratus baki saham KL Eco City Sdn Bhd (KLEC) dari Yayasan Gerakbakti Kebangsaan yang dinilaikan sebanyak RM75 juta. Adalah difahamkan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan merupakan satu entiti yang dipandu Pemuda Umno dan dipengerusikan Ketua Pemuda Umno.

Cadangan SP Setia ini menimbulkan pelbagai tandatanya, yang mana pihak SP Setia dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan harus menjawab dengan telus dan jujur persoalan-persoalan berikut:

1. Mengapa cadangan pengambilalihan ini baru timbul sekarang walhal usahasama atau joint venture (JV) antara SP Setia Sdn Bhd dan anak syarikat Yayasan Gerakbakti Kebangsaan, YGP Holdings Sdn Bhd, untuk projek ini telah dimeterai semenjak tahun 2000 lagi? Adakah pengambilalihan ini selari dengan hasrat yayasan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan bandar?

2. Bagaimanakah KLEC memperoleh sebidang tanah seluas 25 ekar di kawasan tanah premium berdasarkan prinsip perkongsian untung pada nisbah 80:20 dengan DBKL? Adakah ianya melalui tender terbuka atau cara lain? Apakah kriteria yang digunapakai Kerajaan dalam memilih KLEC untuk diserahkan tanah milik Kerajaan tersebut?

3. Sekiranya pengambilalihan tersebut terlaksana, ke arah mana keuntungan RM75 juta itu akan dibelanjakan? Kita harus ingat bahawa tujuan penubuhan yayasan tersebut adalah demi membasmi kemiskinan dan mempertingkat mutu kehidupan golongan bumiputera berpendapatan rendah. Maka, bagaimanakah tindakan ini akan menguntungkan golongan sasar, terutama mereka yang telah dipindahkan dari Kg Hj Abdullah Hukum? Atau adakah ini satu contoh menerima keuntungan “atas angin” bagi pihak Pemuda Umno?

Saya berharap SP Setia Sdn Bhd dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaan akan dapat menjawab persoalan-persoalan ini, demi ketelusan proses dan kemaslahatan umum.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden KEADILAN

3 August 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Adalah tidak bermoral dan haram untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 sebelum melaksanakan reformasi pilihan raya yang bebas dan adil

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Sebagai Perdana Menteri, adalah amat mustahak untuk YAB memenuhi janji yang termaktub di dalam ucapan penutup Persidangan Pemimpin Pelajar Malaysia Kelima (MSLS) pada 31 Julai 2011, dan saya petik:

“Saya komited untuk melakukan pembaharuan pilihan raya. Kami akan melaksanakannya. Contohnya, terdapat kebimbangan mengenai pengundi hantu. Kami akan memastikan tidak akan ada peluang untuk pengundi hantu.”

“Jangan merasa sangsi komitmen kami untuk memperbaiki sistem tersebut. Kami mempunyai kelemahan tetapi tidak ada seseorang pun yang dapat menafikan bahawa terdapat demokrasi.”

Rakyat tidak akan membiarkan tindakan mengalihkan perhatian dengan memberi alasan-alasan seperti perubahan kepada tempat perhimpunan, tindakan keras atau secara terpilih mengisytiharkan kumpulan-kumpulan tertentu sebagai tidak sah (berkait BERSIH 2.0).

Sebaliknya, tumpuan perlu dikekal kepada lapan tuntutan untuk merealisasikan proses pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

1. Bersihkan senarai pengundi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwa kekal
4. Akses Media Bebas dan Adil
5. Masa berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor. (more…)

13 July 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

1) Ceramah di Cabang Keadilan Kuala Kangsar, Perak pada 15 Jun 2011 ( Jumaat )

Tarikh : 15 Jun 2011 ( Jumaat )
Masa : 7.00 hingga 12.00 malam
Tempat : Kampong Bendang Kering, Kuala Kangsar, Perak

7.00 Malam Berkumpul di Masjid Bendang Kering
7.30 Malam Solat Jemaah Maghrib
7.50 Malam Kuliah Maghrib AF Ustaz Munawir
8.50 Malam Solat Isyak
9.10 Malam Jamuan Malam
9.30 Malam Ceramah Umum

Penceramah :

1) Ust Zulkipli Ibrahim,Ketua Penerangan PKR Perak

2) Dr.Raja Iskandar,YDP PAS Kawasan

3) YB Nurul Izzah, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai

4) Dr Mohd Nor Manuty,Pengerusi MPN Perak merangkap Pengarah Penerangan PKR Pusat. (more…)

20 June 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

From The Malaysian Insider

Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

“Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut,” kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini.

“Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab. (more…)

13 May 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari Malaysiakini

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk “ancaman serius” terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

“Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya,” tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan hilang dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa “sesuatu yang tidak elok” akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

31 March 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

YB Nurul Izzah along with YB Tian Chua, YB Azan Ismail,
and YB Yusmadi Yusoff will be lodging an MACC report today (31/3).
The report is regarding DPM Muhyiddin election pledges, which
according to Transparency International, amounts to bribery.

Date:31/3/2011

Time: 10.30 amVenue: MACC Putrajaya

Thank you.

Steven Tan
Press Secretary to YB Nurul Izzah

16 March 2011

Pendapat

Pendapat Anda?

OLEH : YB NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI

Saya menjunjung kasih Titah Ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sewaktu pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat pada Isnin yang lepas dan saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut serta di dalam perbahasan titah ucapan ini.

Saya Menyahut dengan penuh taat sebagai rakyat akan saranan titah DYMM agar patuh kepada kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan dan tidak mempersoalkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi bila kita bercakap soal perlembagaan saya ingin tekankan bahawa Kerajaan BN tidak memperkasakan perlembagaan negara malah terus menjadikan perlembagaan yang sering dipinda sebagai alat penjajahan politik masa kini.

“Di sini saya hendak membuat deklarasi bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan anti-demokratik dan juga deklarasi bahawa Malaysia adalah sebuah negara Polis.”

Sekiranya BN bukan kerajaan anti-demokratik dan Malaysia bukan sebuah negara Polis, kerajaan BN mesti melaksanakan Reformasi Politik secara menyeluruh sekarang.

Pada bulan Oktober 2010, saya telah menulis secara rasmi kepada YAB PM mencadangkan agar elemen reformasi politik ditambah, kerana tidak tertera di dalam Agenda Transformasi Negara yang berpaksi kepada 4 tiang atau prinsip iaitu 1Malaysia, GTP, ETP dan Rancangan Malaysia ke-10 dan ke 11, dengan penuh insaf untuk bersama-sama kerajaan membina negara Malaysia yang lebih baik, lebih makmur, lebih sejahtera dan lebih demokratik.

Sesi parlimen kali ini wujud satu peluang untuk Perdana Menteri dengan jelas dan terang menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih demokratik dan membuktikan bahawa Malaysia bukan negara polis dengan hanya melakukan tiga perkara asas yang saya kira mudah dan dapat dilakukan tanpa kesulitan dan kerumitan. Ketiga-tiga ini hanya memerlukan daya politik atau kehendak politik dan kejujuran didalam ‘mendahulukan rakyat’ dan ‘memajukan negara’. Tiga perkara asas yang saya maksudkan adalah ;

1) Meluluskan Rang Undang-Undang Akta Pemansuhan Darurat 2011

2) Membenarkan dakwat kekal ditanda pada jari selepas pengundian di dalam pilihanraya sebagai usaha paling minima sebelum mereformasikan keseluruhan sistem pilihanraya negara.

3) Mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, dibantu oleh bekas ketua mereka sendiri, Tun Mohammed Haniff Omar sebagai Timbalan Pengerusi dan 14 anggota.

Di atas kesedaran dan kepercayaan bahawa titah DYMM mesti dihalusi dan dituruti maka saya telah sebelum ini menyarankan agar Demokrasi Berperlembagaan dipulihkan segera bermula dengan cadangan Akta Pemansuhan Darurat 2011 yang masih berjalan di negara ini. Sudah 54 tahun negara kita Merdeka, tetapi sehingga kini masih lagi wujud 4 Pengisytiharaan Darurat:

1) Deklarasi Darurat 1964, iaitu hasil konfrontasi dengan Indonesia. Walaupun konfrontasi tersebut hanya selama hampir dua tahun, deklarasi tersebut tidak ditarik balik.

2) Pengisytiharan Darurat Sarawak 1966, hasil krisis perlembagaan di negeri tersebut. Walaupun tiada insiden kekerasan yang berlangsung menerusi krisis tersebut, kerajaan masih lagi mengisytiharkan darurat, yang terhad di negeri Sarawak. Krisis tersebut sudah selesai, namun darurat masih berkuatkuasa.

3) Deklarasi Darurat yang berkuatkuasa seluruh negara 1969, selepas demonstrasi besar- besaran serta keganasan yang berlangsung akibat sentimen perkauman yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kota Kuala Lumpur. Walaupun selepas kerajaan berperlembagaan kembali berkuasa pada Februari 1971, keadaan darurat masih terus berkuatkuasa hingga sekarang melalui Akta Darurat (Kuasa-kuasa khas) 1979 (Akta 216).

4) Pengisytiharan Darurat Kelantan 1977 yang terhad kepada Negeri Kelantan sahaja selepas krisis politik di negeri tersebut.

Saya merasakan sudah tiba waktu dan ketikanya dalam menghormati semangat Perlembagaan, Kerajaan perlu menghapuskan dan melenyapkan terus undang-undang dan peraturan yang jelas menyimpang dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan.

Di negara kita akta darurat ini digunapakai untuk memerangi komunis dan musuh luar ketika konfrontasi tetapi sekarang ini siapakah musuh-musuh luar yang masih mengancam kita? Tetapi sekiranya akta darurat ini dikekalkan untuk mengekang rakyat, ini bukan sahaja anti-demokratik, malah satu bentuk penjajahan baru yang menzalimi rakyat dan mencemarkan semangat perlembagaan. Oleh itu ini menjadikan BN sebuah rejim yang anti-demokratik.

Malaysia di bawah BN, jelas menutup pintu demokrasi. Jika benar pemimpin BN di sebelah sana ingin menyuburkan Demokrasi, saya cabar dalam pilihanraya umum akan datang, BN menggunakan dakwat di jari. Jika perkara kecil sebegini pun tidak mampu dilaksanakan, usah bercakap soal Reformasi Politik!

Saya ingatkan perbahasan mengenai keperluan penggunaan dakwat kekal yang ditanda di jari di dalam forum anjuran Bersih 2.0 pada 21hb Februari 2011 kepada Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar, di mana saya bangkitkan jawapan Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, yang menyatakan ketika menjelang PRU 2008, walau kabinet memutuskan untuk membazirkan sekitar 2.4 juta ringgit dengan membatalkan penggunaan dakwat atas kononnya alasan keselamatan, SPR sebenarnya punyai kebebasan untuk meneruskan juga penggunaannya.

Tetapi ini tidak berlaku dan kita masih tidak mahu menggunakan belanja RM 2.4 juta yang jauh lebih kecil daripada RM3.4 billion untuk kapal selam dan RM6 billion untuk kapal OPV yang dibelanjakan untuk pertahanan negara, kenapa Kerajaan BN tidak mahu menggunakan dakwat yang akan mempertahankan integriti paling asas sebuah demokrasi iaitu pilihanraya?.

Perkara ketiga adalah untuk Mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, dibantu oleh bekas ketua mereka sendiri, Tun Mohammed Haniff Omar sebagai Timbalan Pengerusi dan 14 anggota.

Tiga perkara yang asas dan tidak besar belanjanya iaitu:

1) Meluluskan Rang Undang-Undang Akta Pemansuhan Darurat 2011

2) Membenarkan dakwat kekal ditanda pada jari selepas pengundian di dalam pilihanraya sebagai usaha paling minima sebelum mereformasikan keseluruhan sistem pilihanraya negara.

3) Mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah,

Dan saya yakin dengan adanya kebebasan media, perkara ini iaitu reformasi politik melalui pemulihan demokrasi akan terus menjadii fokus dan perhatian rakyat melalui permohonan, saya untuk satu permit penerbitan sebuah akhbar mingguan Bahasa Malaysia iaitu Utusan Rakyat dan akhbar ini adalah cetusan dwipartisan yang akan diwakili oleh Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang terlibat.

Tadi saya ada menyatakan bahawa; “Kerajaan BN adalah anti-demokratik dan Malaysia adalah sebuah negara Polis” sememangnya menggambarkan sikap BN sebagai LANUN POLITIK dengan izin ‘POLITICAL PIRATES’ jika tidak ada Reformasi Politik untuk memulihkan demokrasi negara; sekarang saya pula hendak mendedahkan sikap kerajaan BN sebagai LANUN EKONOMI dengan izin ‘ECONOMIC PIRATES’.

Sikap LANUN EKONOMI dengan izin adalah menjadikan ‘ECONOMIC PLUNDERING’ iaitu “PEROMPAKAN EKONOMI’ melalui Projek Maha Membazir disulam pula dengan Amalan Rasuah menggugat ekonomi negara yang sudah pun didahalui sebuah negara jiran yang jauh lebih kecil sebagai ekonomi ketiga besar di Asean amat membimbangkan.

Projek-projek Maha Membazir sebagai contoh seperti Menara Wawasan, pembelian Kapal Selam yang akhirnya boleh menyelam dan banyak lagi membuktikan bagaimana LANUN EKONOMI beroperasi. Negara perlu berhutang untuk membayar kos projek yang sengaja dimahalkan untuk keuntungan pihak yang sedikitdan merugikan rakyat terbanyak.

Oleh itu, Pakatan Rakyat ada menyarankan agar projek MRT yang berjumlah RM36 billion sekarang dan akan bertambah mahal sehingga RM46 bilion mengikut beberapa pengiraan apabila diambil kira kos-kos pembelian laluan tanah dan sistem jentera keratapi dan sebagainya; mesti diberhentikan dan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen diwujudkan untuk mengkaji apakah mungkin alternatif pengangkutan awam yang jauh lebih murah tetapi berkesan dapat di pilih secara telus dan professional. (more…)

19 December 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Dari TV Selangor

Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, sebilangan besar rakyat Malaysia masih dicengkam pelbagai bentuk kemiskinan manakala kroni umno-Barisan Nasional mengaut kemewahan negara, ujar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

” Rakyat yang bertambah miskin. Kroni BN (yang) kaya. Rakyat miskin ekonomi, dibeban dengan kos sara hidup yang meningkat dan gaji yang semakin rendah kuasa membeli.

“Subsidi rakyat cepat dipotong kerana dapat kononnya jimat RM1.2 bilion manakala subsidi kepada kroni melebihi RM23 bilion…bukan saja lambat dipotong (tetapi) digantikan pula dengan sumber kekayaan projek lain,” Izzah memberitahu Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Rakyat negara ini juga terus miskin dalam bidang pendidikan apabila dibebani dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala isteri Perdana Menteri diberi berjuta-juta ringgit untuk kelolakan program bagi golongan elit, tambah beliau. (more…)