Archive for the 'Dunia Arab' Category

26
Jun

Good governance and accountability in the rapidly emerging world of Knowledge Economies

Remarks by Anwar Ibrahim at the SAGIA Noor 2008 Forum, Madinah, 23rd June, 2008

dsc04972.JPGdsc04975.JPGdsc04971.JPGdsc04987.JPGdsc04988.JPGdsc04967.JPG

Ladies and Gentleman.

While it would be superfluous to harp on the importance of research and development in knowledge based industries (KBIs), the issues of focus cannot be overstated. We know that the market is indeed hungry for the entire spectrum of knowledge based products ranging from aerospace and ICT products to precision and scientific tools. The more intensive the use of high technology, the greater reliance will be placed on R&D advances. We would imagine that from the vantage point of strategic policy the state’s focus will be on sustainable development.

As they say, in a knowledge economy, the trajectory of R&D cuts across every spectrum and becomes not only a key driver but the main fulcrum for economic advancement. We know that the development of KBIs is now springing up as a catch all phrase sometimes employed without serious consideration of its implications. From another vantage point we are really referring to enhancing market competition, which is not just a question of breaking down protective barriers and opening tenders for contracts to the best bidders. That is of course absolutely necessary for transparency and accountability. But the principle also entails the fostering of entrepreneurship and creativity so as to remove crutches and enable indigenous enterprises to grow into significant entities able to hold their own.

Continue reading ‘Good governance and accountability in the rapidly emerging world of Knowledge Economies’

25
Jun

Keutamaan Pada Tugas, Bukan Berhibur!

Saya merujuk kepada ulasan kehadiran Azizah di Madinah. Faktanya adalah bahwa saya dan Azizah menyempurnakan ‘umrah. Saya dijadual berlepas ka Madinah pada Ahad petang untuk ziarah dan menyampaikan pidato pada Isnin pagi. Lantaran sidang Parlimen hari Isnin, Azizah berlepas terus dari Jeddah pada Ahad malam.

Mengenai Selangor, sudah saya jelaskan. Keadaan reda walaupun dikalangan penyokong suhu masih sadikit tinggi. Saya akan jelaskan kepada KeADILan dan wakil rakyat Selangor.

Saya ka Makkah dan Madinah atas undangan badan pelaburan Kerajaan Arab Saudi (SAGIA) dan Gabenor Madinah. Program pendidikan dan pembangunan ekonomi yang dilancarkan adalah diantara yang terbesar di dunia. Mereka memohon nasihat dan pandangan saya. Dan umrah, ziarah, mesyuarat, pertemuan media mengambil masa hanya tiga hari.

Minggu lalu tatkala bersama Tan Sri Khalid menemui tujuh pelabur utama di Dubai, kami mengambil masa satu hari saja.

Janganlah disamakan dengan gelagat pimpinan Umno-BN. Biaya kerajaan besar, kerja rasmi bercampur baur dengan golf dan hiburan.

ANWAR IBRAHIM

24
Jun

Sidang Global Knowledge 2008 di Madinah

Pengalaman di Madinah, ziarah dan doa di Haram amat mengharukan. Azizah tidak bersama ka Madinah kerana terpaksa menghadiri sidang Parlimen hari Isnin. Maka sahabat lama Dr. Ahmad Totonji menemani saya bersama Dr. Ghazali yang turut menghadiri persidangan Global Knowledge 2008.

Persidangan ini dianggap penting kerana berjaya mengumpulkan sarjana dunia dan dalam rangka Kerajaan Arab Saudi menjayakan Universiti baru bertaraf antarabangsa dan King Abdullah Economic City.

Putera Abdul Aziz bin Majed Gabenor Madinah merasmikan sidang. Saya sempat berbual dengan Putera Abdul Aziz yang mengikuti perkembangan di sini dari dekat. Putera Faisal bin Abdullah yang mempengerusikan Jawatankuasa Strategik mengenai pendidikan baru serta Amr al Dabbah Gabenor Sagia turut menyertai persidangan tersebut.

Pidato saya dalam panel pembukaan berjudul “Innovation Embracing Governance”. Mukaddimah saya adalah dengan menyingkap pengalaman Rasulullah dalam Hijrah ka Yathrib - persiapan aqidah dan ilmu serta pembinaan tamadun. Ungkapan almarhum Ismail Faruqi “ecumenical community par excellence”. Ditekankan juga isu pimpinan dengan pengurusan baik serta menolak rasuah yang peka dengan permasalahan rakyat terutamanya pendidikan.

Sesudah itu saya sibuk dengan temubual media dan pertemuan dengan Dewan Perniagaan Madinah. Saya bangga kerana terdapat respon baik dari saranan Dr. Musa Nordin yang turut berucap dalam panel kemudian.

ANWAR IBRAHIM

24
Jun

Anwar : Ignoring education will lead to a catastrophe

Arab News - Madinah: Former Malaysian Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim yesterday called on Muslim countries to remove obstacles in the way of investments in the development of a knowledge-driven economy. Anwar was speaking on the second day of the three-day Knowledge Economy Forum here.“We urge the development of science because that is what our religion encourages us to do. No society can develop unless it marches forward while keeping pace with global economic and technological advances,” Anwar said, while presenting his paper.

Continue reading ‘Anwar : Ignoring education will lead to a catastrophe’

22
Jun

Sejenak Di Makkah Al-Mukarramah

Alhamdulillah, kami selesai menyempurnakan umrah. Didoakan semoga umrah mabrur, sa’i mashkur, wa’amalan salihan, watijartan lan tabur!

Seringkali umrah saya singkat. Maka saya tumpukan waktu beristighfar dan munajat di Masjidil Haram.

Kami ketemu jamaah lain dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain termasuk pelajar yang turut menyapa saya. Maaf kerana tidak melayani sebarang acara lain.

Saya beranggapan dengan kesibukan menangani isu politik dan keduniaan, wajar diperuntukkan waktu dalam urusan kerohanian.

A.K. Brohi, pemikir dan sarjana undang-undang Pakistan pernah mengingatkan saya sejurus mencebur diri dalam politik pesanan ahli sufi Sindhi berdasarkan Hadith Rasulullah saw. Menurutnya, ibarat sekuat besi di dalam air; akhirnya berkarat jua! Justeru wajib diangkat dan diselaputi minyak dari masa ke masa sebelum dibenamkan semula di dalam air. Begitu juga kita aktivis yang bergelut dalam kancah politik, perniagaan atau sebarang lapangan, harus ada waktu beruzlah, munajat dan memperkuat aqidah (iman amiq) dan kerohanian.

Selain itu kupasan pemikir Ali Shariati mengenai ibadah Haji yang sewajarnya mendorong kita ke arah amal dan perjuangan. Pejuang kulit hitam, Malcolm X (Shahid A. Malik As-Shabaz) pernah mencatat pengalamannya menyempurnakan ibadah Haji dalam sepucuk surat kapada kakaknya. Pakaian ihram, ucapan labbaikalLahum malab baik, menyemat semangat persaudaraan yang membenamkan kebencian kelas dan kasta, atau prasangka warna kulit.

Mudah-mudahan kita dapat mengasah kesedaran yang sama di kalangan jamaah.

ANWAR IBRAHIM

13
Jun

Lawatan Kerja Ke Dubai Bersama Delegasi Kerajaan Negeri Selangor

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Dubai

Saya ke Dubai sehari bersama YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan dua pengurus dari Selangor menemui pelabur utama disini.

Kami membincangkan potensi pelaburan di Selangor dan negeri Pakatan Rakyat dengan jaminan kos pengendalian perdagangan dan pelaburan tanpa rasuah, dan kelulusan segera tanpa karenah pentadbiran. Pertemuan diadakan dengan 7 konglomerat besar dengan cadangan projek.

tn_dsc_9189.JPG

Di sebelah malamnya kami bersama YB Dato’ Husam Musa sempat menemui dan berdialog dengan masyarakat Malaysia Dubai.

Soalan popular: bila ka Putrajaya?
Jawab saya: inshaallah, usaha dan doa.

ANWAR IBRAHIM

14
Nov

Semalam Di Makkah Al-Mukarammah

Saya bercadang pada mulanya untuk terus ke Makkah, tetapi diminta penganjur menghadiri majlis perasmian Persidangan Dunia mengenai Pos & Teknologi Maklumat oleh Putera Khalid bin Faisal, Gabenor Makkah. Saya diundang Menteri Komunikasi Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan dalam sesi pertama esok.

Labbaika Allahum malabbaik - Menuju Makkatul Mukarramah, mengumandangkan kebesaran Tuhan.

Seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah, semoga mabrur dan sa’ie masykur.

Semalaman di Masjidil Haram, tawaf mengelilingi kaabah (Baitul ‘atiq), Sa’ie dan beri’tikaf - berdoa dan bermunajat.

Saya kenangkan kupasan sarjana Ali Shariati mengenai dampak ibadah haji dengan pakaian ihram dan juga pengalaman Malcolm X (A Malek As Shabaz) tatkala menunaikan haji.

ANWAR IBRAHIM

01
Nov

Dari Amman Ke Paris

Saya kini menuju ke Lapangan Terbang Amman dalam perjalanan ke Paris untuk menghadhiri Mesyuarat Lembaga Yayasan Masa Hadapan.

Di Amman saya bersama Jawatankuasa Audit dan berikutnya Mesyuarat Lembaga Bank Islam terkemuka di sana..

Mesyuarat lembaga di Paris adalah buat terakhir bagi saya kerana sejak awal penyertaan saya adalah untuk memastikan yayasan diasaskan pada landasan yang kukuh dan dapat menyalurkan dana kepada institusi di Dunia Arab yang mendukung media bebas, badan kehakiman berwibawa serta menghormati hak asasi manusia.

Saya syorkan kepada lembaga agar mencari tokoh dunia Arab utk mengganti saya lebih-lebih lagi kerana yayasan berkenaan diasaskan untuk beroperasi di dunia Arab, dan utara Afrika.

ANWAR IBRAHIM

15
Oct

Amerika dan Iran

Seorang rakan menanyakan samada saya menjangka Amerika akan menyerang Iran. Saya lantas menjawab berdasarkan pertimbangan akal secara rasional bahawa ini agak mustahil. Namun saya menempelak bahawa pertimbangan rasional bukan menjadi pertimbangan Amerika khususnya pentadbiran Presiden Bush. Perhatikan saja dasar Amerika di Palestin, serangan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq.

Jadi apa kesannya nanti? Saya menyampuk, Amerika akan mengalami kesengsaraan maha perit dan umat Islam dunia dan saya yakin masyarakat manusia umumnya akan secara keras menempelak keganasan Amerika. Timur tengah akan mengalami bencana besar!

Kita mendoakan agar malapetaka seperti itu dapat dielak dan keangkuhan kuasa Amerika dibantah!

ANWAR IBRAHIM

13
Jul

Pertemuan Dengan Kofi Annan

1Minggu lalu saya dihubungi mantan Setiausaha Agung PBB Kofi Annan agar dapat bersarapan pagi di Carcosa Seri Negara, KL sempena lawatannya ke KL. Pertemuan harus tertutup dengan keluarga. Maka pagi tadi saya, Azizah dan Nurul Izzah sempat bersamanya selama lebih satu jam.

Kofi dan isterinya Nanie adalah kenalan lama kami. Sepanjang saya di penjara beliau banyak ikhtiar membantu. Beliau dan isteri mengundang Azizah kediaman mereka di New York di antara lain membincangkan keadaan saya di Sungai Buolah. Dan sebaik saja saya dibebaskan, beliau mengundang saya menemuinya di pejabat Setiausaha Agung PBB di New York.
Continue reading ‘Pertemuan Dengan Kofi Annan’

01
Jun

Wacana Panjang Bersama Sheikh Taha Jabir Al-Elwani

Selesai mesyuarat lembaga Foundation For The Future semalam, saya terus mengadakan pertemuan panjang dengan ulama usul fiqh terkenal Sheikh Taha Jabir Al-Elwani. Beliau berada di Bahrain untuk bertemu dengan Ulama’ dan Menteri Hal Ehwal Islam.

Selain perbualan biasa urusan keluarga dan perkembangan serantau dan di Malaysia, saya memohon penjelasan mengenai beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam buku terbarunya mengenai isu murtad. Buku tersebut sudah berulangkali dicetak dalam bahasa Arab. Tetapi terjemahan bahasa inggeris masih dalam percetakan. Saya perolehi naskah awal dari penerbit, Institut Pemikiran Islam Antarabangsa, dengan izin pengarang.

Sheikh Taha berhujah berdasarkan prinsip Al-Quran dan Sunnah, merujuk kepada kitab-kitab muktabar dan wacana semasa. Menurutnya, tanggapan Al-Quran haruslah lebih mendalam, meresapi maksud selain tafsir dan tawil. Tambah beliau lagi, baki hidupnya akan dimanfaatkan sebaiknya dengan mengupas maksud Al-Quran dan mengajak umat menghayati Al-Quran.

Dan menyentuh isu murtad secara khusus, beliau melahirkan kebimbangan kerana isu aqidah dan kepercayaan kini turut dipolitikkan. Umat perlu mendalami kefahaman tentang agama, jangan mudah diperdaya dengan sogokan atau dakyah anti agama. Kini cabaran terhadap umat, dari keadaan kecamuk di Iraq dan Afghanistan, kegelisahan rakyat Palestin dan Lubnan sehinggalah isu ekonomi dan kebudayaan.

Beliau ulangi keperluan menimba turath - khazanah dan warisan Islam, dengan tunggak ilmu dan keadilan. Tanpa penguasaan ilmu dan amal yang setimpal, apa yang diluahkan adalah propaganda dangkal, semangat dan sentimen melulu. Wacana segar masih kabur kerana persekitaran tidak mengizinkan.Kalangan yang sedar dalam masyarakat harus terus mempelopori gerakan pembaharuan.

ANWAR IBRAHIM

31
May

Catatan Pasca-Mesyuarat Yayasan Masa Hadapan

Sehari suntuk saya mengetuai sidang mesyuarat Lembaga Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future). Dalam struktur lembaga, ada pengerusi sukarela (tanpa elaun) dan ada presiden selaku CEO bertugas sepenuh masa. Kita masih meneliti nama calon layak sebagai presiden, sebaiknya dari rantau Arab. Mana tahu jika ada calon keturunan Arab dari Malaysia, boleh juga dipertimbangkan, haha! Gaji lumayan, tetapi harus telus dengan peraturan dan pengawasan audit yang ketat. Maka menteri Umno pastinya automatis terbatal!

Sementara itu mesyuarat memutuskan agar saya bertugas selaku pengerusi merangkap presiden. Saya akhirnya terpaksa menerima dengan memberikan dua syarat: pertama, untuk beberapa bulan sahaja dan mengendali tugas dari Kuala Lumpur. Kedua, saya bertugas sukarela dengan dibantu seorang setiausaha di KL yang dibayar oleh yayasan tersebut.

InshaAllah kita akan dapat memilih calon presiden dalam tempoh terdekat dan beban saya dapat dikurangkan. Ada percubaan nakal media Umno-BN mengaitkan yayasan dengan Amerika dan yahudi. Walhal, cadangan pembentukan di akhir 2005 adalah dalam sidang menteri Arab, Afrika Utara, G8 dan Eropah bersama badan NGO di Bahrain.

Setakat sumbangan hanya dari Turki, Jordan, UK, Switzerland, tanpa dana dari Amerika. Majoriti ahli lembaga adalah dari dunia Arab dan Turki. Sidang meluluskan projek pusat media bebas dan memperkukuh suruhanjaya pilihanraya bebas Palestin, penubuhan institusi penggalak NGO, kerja amal berjumlah jutaan ringgit, termasuk di Lubnan, Mesir dan Maghribi (Morocco). Pejabat di Amman, Jordan mulai beroperasi setelah tergendala penyusunan pejabat di Beirut.

ANWAR IBRAHIM




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2008
M T W T F S S
« Aug    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930