Artikel

9 January 2010

Pendapat

Pendapat Anda?

Buku Anwar On Trial nukilan Pawanchek Marican merupakan satu bentuk pendedahan kronologikal bersabit konspirasi terancang ke atas YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada penahanan beliau selama 6 tahun di Sungai Buloh.

Kupasan ini ternyata menarik memandangkan berlaku kelompongan fakta yang sangat ketara di peringkat pendakwaan sehingga menyebabkan kes ini menjadi batu tanda runtuhnya integriti sistem kehakiman Negara selepas pemecatan Tun Saleh Abas pada akhir tahun 80-an.

2. Perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2010 ternyata mengulangi kelompongan perbicaraan pada tahun 1999 apabila kredibiliti penuduh, Saiful Bukhari Azlan semakin dipertikai.

Ini ditambah dengan birokrasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang masih gagal bertindak ke atas permohonan qazaf yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar.

3.Forum ini yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Aman dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) bertujuan untuk merungkai konspirasi ini berdasarkan perspektif perundangan sivil dan syariah melalui tokoh-tokoh yang diketengahkan kelak.

Objektif Program

1. Menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan sistem undang-undang dan pencabulan hak asasi melalui sistem kehakiman yang pincang.

2. Mengupas kes Datuk Seri Anwar daripada perspektif sivil dan syariah

3. Pendekatan santai untuk mempermudahkan golongan sasaran memahami intipati penyampaian para panelis.

Senarai Tarikh Program Seluruh Negara

10/1 Cheng, Melaka
15/1 Pulau Pinang
15/1 Alor Star, Kedah
16/1 Taman Sri Putri,Johor
17/1 Kuala Kangsar,Perak
22/1 Kota Bharu, Kelantan
23/1 Kuala Terengganu, Terengganu
24/1 Kuantan,Pahang

Maklumat program akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan  semak jadual di laman web kami di http://www.anwaribrahimclub.com/land/10kota

9 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Perihal persidangan “Common Word” disentuh sabelum ini dan inshaallah akan saya kupas lagi lantaran keistimewaan ikhtiar jalinan kerjasama Muslim-Kristian.

Yang ingin disentuh kini ialah dua pertemuan khusus dengan sarjana terkemuka Profesor Seyyed Hossein Nasr dari Universiti George Washington.

Beliau menyerahkan naskah ucapan di persidangan tersebut berjudul – A Common Word Initiative: Theoria and Praxis. Tetapi di sepanjang perjalanan pulang, selesai mambaca International Herald Tribune, Financial Times, Economist dan beberapa lapuran mengenai Pakistan dan Afghanistan, saya terus menelaah buku tebal hadiah dari Profesor Seyyed Hossein Nasr berjudul – The Sage Learning of Liu Zhi: Islamic Thought in Confucian Terms, karya Sachiko Murata, William C. Chittick dan Tu Weiming.

Maka berenanglah kami dengan alunan hujah mengenai syari’ah, tariqah dan ma’rifah – berbanding dengan dao dan jiao; mengupas karya Liu Zhi and the Han Kitab serta karya alim China yang ulung mengenai Nabi Muhammad SAW, iaitu Tianfang Zhisheng Shilu!

Saya kira demikian persiapan terbaik menghadapi hiruk-pikuk dan kegilaan politik di Bagan Pinang.

ANWAR IBRAHIM

4 October 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Sepanjang pagi Sabtu di Washington DC, dan inshaAllah lewat malam nanti saya hanya menelaah buku, meneliti laporan dan menyiapkan kuliah dan ucapan memenuhi program Isnin hingga Rabu.

Minggu lalu dalam wacana di New York mengenai gergasi ekonomi baru China, Profesor Yasheng Huang dari MIT menghadiahkan buku terbaru beliau, Capitalism With Chinese Characteristics: Entrepreneurship And The State.

Buku mengenai China memang bercambah; namun kupasan Prof. Yasheng agak berlainan, melihat isu pembangunan secara lebih menyeluruh – kota dan desa;  pendekatan awal Deng Xiao Peng yang berbeda dengan pimpinan kumpulan Shanghai kemudiannya. Saya hanya sempat ke bab mengenai A Great Reversal, dan akan sambung kemudian inshaAllah.

Untuk program hari-hari berikut, saya membaca di antara lain, buku- lapuran:

  1. A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations
  2. Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World
  3. The Future of US – Kurdish Relations
  4. Interfaith dialogue: A Guide for Muslims
  5. American Arabs and Political Participation
  6. Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown
  7. Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars
  8. Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do?

Waktu terbaik membelek buku? Atas pesawat dan lewat malam!

ANWAR IBRAHIM

24 September 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Saya dan Azizah berlepas dengan penerbangan Emirates pada jam 2 pagi, transit di lapangan terbang Dubai selama tiga jam dan kini dalam penerbangan ka New York.

Waktu berlepas dari KLIA, selain membaca International Herald Tribune dan Asian Wall Street Journal, saya mengulangi sepintas lalu karya Paul Krugman “The Return of Depression Economics”, dan menghabiskan bab terakhir buku Martin Jacques “When China Rules the World: The Rise of the Middle Kingdom and the End of the Western World”.

Meskipun judulnya agak keterlaluan dan menggemparkan, ia memaparkan sudut sejarah dan budaya China secara padat selain pembedahan mengenai kemunculan China selaku gergasi ekonomi dunia.

Keletihan sudah dan mengantuk maka beradulah saya. Di sabelah saya Azizah sudah nyenyak tidur, seolah-olah telah didendangkan lagu Allahyarham P.Ramlee:

Tidurlah permaisuri, pejamkan mata…
Jika kau tidur lena, mimpikan bahagia…

Arakian, dalam perjalanan 13 jam ka New York dari Dubai, saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!

Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:

  1. China’s Strategic Ambition in Asia (Aaron Friedberg);
  2. Reframing China Policy – The Carnegie Debates (karya berasingan oleh Dan Blumenthal, Wing Thye Woo dan Barry Naughton);
  3. China: Country Report (Economist Intelligence Unit) dll. rencana pendek.

Hah, saya juga sempat menyaksikan filem yg dibintangi Tom Hanks, Angels and Demons. Filem ini persis The Da Vinci Code, dan hebat juga!

Terlintas pula untuk menonton lakunan Sandra Bullock dalam The Proposal, tapi terlalu banyak bacaan yang perlu dihadham.

Penerbangan panjang, meskipun membosankan namun berkesempatan membaca sebanyak mungkin.

Inshaallah, saya akan menyambung coretan jika punyai kelapangan setibanya kami di lapangan terbang John F. Kennedy, New York.

ANWAR IBRAHIM

12 July 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

JULY 10th, 2009

ANWAR IBRAHIM TO DELIVER KEYNOTE ADDRESS ON ISLAM
AND THE WEST AT COMMON WORD INTERFAITH CONFERENCE
IN PERTH

Dato’ Seri Anwar Ibrahim will deliver the keynote address entitled Islam and the West at the Perth Interfaith Conference, to be held at the Perth Convention Exhibition Centre on Saturday 11th July 2009.

Inspired by the Common Word initiative, a historical and unprecedented open letter issued in October 2007, and endorsed by 138 Muslim scholars and leaders, the Perth Interfaith Conference aims to build bridges of understanding and mutual respect between Muslim and Christian communities.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim will be accompanied by Keadilan President Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail and during his visit he will meet with The Honourable Stephen Smith MP, Australian Minister for Foreign Affairs to discuss issues of common concern for Australia and Malaysia as well as official representatives from Western Australia and the Malaysian community living in Perth.

Dato Seri Anwar Ibrahim is currently leader of Malaysia’s Parliamentary Opposition. He is an advocate for greater cooperation among civilisations and an authoritative voice bridging the gap between East and West. For more information on A Common Word for The Common Good, Muslim-Christian Interfaith Conference, see www.interfaithconferenceperth.com or contact Perth Lighthouse at tamara@proverbial.com.au

OFFICE OF ANWAR IBRAHIM

sila lihat ucapan penuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

(more…)

2 March 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Amanat Harapan telah pun disampaikan kepada penggerak dan kepimpinan parti di Hotel Quality, Shah Alam kelmarin. Saya melontarkan kepada hadhirin juga kepada umum, hasil penggalian teks klasik seumpama Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

Kita harus yakin kerana hujah dan pemahaman kita akan akar budaya serta akal budi umat Melayu berasaskan permenungan pujangga serta garapan pendita bangsa.

Kedangkalan pemahaman juga tumpulnya hujah pengampu-pengampu yang melaungkan-laungkan ‘derhaka’ cukup melucukan, namun juga menyedihkan. Ini jelas memperlihatkan miskinnya jiwa anak-anak bangsa sehingga sanggup bersikap biadap dan angkuh.

Apatah lagi dengan ingatan singkat pimpinan kumpulan taksub ini, sekonyong-sekonyong merekalah pejuang Melayu sejati, walhal gerombolan inilah yang merompak harta rakyat miskin serta mencabul kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi!

Yakinlah, rakyat bersama kita. Tak kira dari Semenanjung atau dari Sabah mahupun Sarawak, agenda kita disambut kerana tuntutan perubahan sememangnya tidak terelakkan dan pastinya berlaku.

Majlis Amanat kemudiannya disambung dengan pertemuan dan perbincangan bersama kepimpinan serta pengerak dari seluruh negara termasuklah dari Sabah dan Sarawak. Berhadapan seteru yang mempunyai kekayaan yang tidak terkira, pastinya tidak mudah. Akan tetapi rakyat Sarawak dahagakan perubahan. Suara mereka yang sebelumnya ditindas akan disahut dengan tuntutan perubahan.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaaan kepada semua kerana sudi berkongsi buah fikiran. Pendapat saudara semua sangat bermakna dalam memenuhi Agenda Perubahan dan menyusun strategi berkesan bagi membolehkan rakyat menikmati janji Harapan Baru Untuk Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

8 February 2009

Pendapat

Pendapat Anda?

Oleh Khalid Jaafar

Ada tiga bentuk budaya politik Melayu berhubungan dengan kekuasaan. Yang pertama ditujukan oleh Hang Tuah, kesetiaan membuta tuli, menerima raja tidak melakukan kesalahan- rex non potest peccare-, kedua ditampilkan oleh Hang Jebat dengan ungkapan “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”, keadilan mesti ditegakan meskipun langit runtuh. Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita melihat sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.

(more…)

27 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?

revolt

Ortega Y Gasset sering saya singkap semula dalam pelbagai wacana ilmu. Maka manakala kelihatan buku utama beliau Revolt of the Masses diatas meja saudara Din Merican, saya lantas memohon pandangannya. Saudara Din menjelaskan bahawa beliau terdorong membeli buku tersebut setelah mendapati judulnya di sentuh dalam ucapan saya.

Saya menyampuk dengan nukilan Ortega mengenai krisis nilai dan ilmu akibat pengkhususan melulu – barbarism of specialisation – yang sesungguhnya meremehkan isu nilai dan kemanusiaan; ilmu dalam ertikata yang luas.

Namun yang dikira hebat dari sikap Din ialah tawaddu’nya, dahagakan ilmu. Ciri sedemikian tidak mudah dikesan sekarang!

ANWAR IBRAHIM

15 June 2008

Pendapat

Pendapat Anda?


Semalam saya diberi penghormatan meluncur dan membedah buku The Malays: Their Problems and Future karya sarjana, tokoh politik dan pejuang rakyat Dr. Syed Husin Ali (SHA).

Sambutan hebat sekali dari pelbagai kalangan – MB Selangor Tan Sri Khalid, Azmin Ali, Manickavasagam, Sasterawan Negara A Samad Said dan pelukis Syed Ahmad Jamal, puluhan bekas tahanan politik termasuk Said Zahari dan C C Yong.

Saya mulai dengan gurindam, nukilan dari karangan Almarhum Pendeta Zaaba menggambarkan suasana sang penulis di penjara.

Maka beredarlah kalam yang rucing di atas kertas oleh setitik dakwat yang kelabu.
Pada ketika malam masih gelap dan udara pelajaran dan pengetahuan di antara kaum Melayu masih mengerang dengan kesempitan!

Penerbit The Other Press, Koyakutty memulakan acara dan diikuti tokoh politik veteram Rajakumar mengupas singkat buku tersebut.

SHA menghimbau pengalaman lampau, terutama selaku mangsa tahanan politik, dihina dan didera. Saya tersentuh dan sedih mendengar luahan derita beliau. SHA merumus dengan menekankan tesis beliau mengenai “kepedulian rakyat” – bagi menyelamatkan Melayu dan rakyat Malaysia umumnya.

sha

———

In his preface to the first edition (1978), Syed Husin Ali (SHA) said “The Malay people are now at an important crossroad(s)”. And may I venture to add that the Malays are now at a defining moment of their history!

SHA represents “the other”, and not the dominant political mode in Malaysia. His ideas were marginalized and remain subaltern to use Edward Said’s description. But he was adamant and persisted.

The book is not an academic treatise but written with a conscience and a passion.

The neofeudal syndrome has become a means of patronage and control. The Malays need a renewed surge of confidence to explode the myth of dependency, the insecurity and paralysis, dispensing inferiority complex perpetrated by the colonial masters and their surrogates.

We must disenthrall ourselves from this myth and fetters. The Malays and Bumiputras require opportunities and space so that genuine Malay talent and creativity can flourish. And finally it is about justice for all Malaysians.

ANWAR IBRAHIM

27 December 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kesibukan harian, simpang siur politik tidak harus dijadikan alasan untuk kita kurang menelaah buku. Saya ditanya mengenai kesempatan dan waktu membaca oleh teman di Alor Star dua hari lalu, dan saya senaraikan beberapa judul buku yang baru dibaca.

Selesai acara rakaman Kick Andy Show di Jakarta, saya dihadiahkan buku Koloni Keadilan: Kumpulan Analisis di Majalah Forum karya Budi Gunawan.

Kolumnis semasa yang sering saya ikuti ialah Goenawan Muhammad, dengan Catatan Pinggirnya di majalah Tempo. Namun pena Budi Gunawan mengungkap persoalan negara hukum dan sosok keadilan secara ghairah dan mengetuk dhamir.

Mengenai etika Pemilu (pilihanraya umum), beliau mengimbas kecekalan Jawarharlal Nehru mempertahankan pilihanraya bersih dan adil di India, menjaga maruah dan tidak menang dengan cara menipu.

Pengarang menyinggung isu praduga untuk tidak pantas menghukum sabelum proses perundangan dipatuhi sapenuhnya.Beliau ternyata pengagum Megawati dan turut membela Jeneral Wiranto dlm isu Timor Timur.

Ahmad Mustafa Hassan, bekas aktivis Umno, pengerusi Bernama dan anak saudara Tun Dr Mahathir meluncurkan buku “The Unmaking of Malaysia: An Insider’s Reminiscences of Umno, Razak and Mahathir.”

Sorotan pengalaman peribadi pengarang mengenai sosok dua tokoh yang dibicarakan serta imbasan dari dalam Umno dan kerajaan agak menarik. Analisis pengarang banyak tertumpu kepada program Tun Razak membangun masyarakat luar bandar dan keengganan Dr Mahathir mengikut jejak tersebut dikesalkan.

Sedutan bahagian akhir buku mengenai lain tokoh serta penyesalan beliau terhadap dua pengusaha syarikat perjudian iaitu Ananda Krishnan dan Vincent Tan.

ANWAR IBRAHIM

17 November 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

powerofvote Sdr Din Merican meminta saya menelaah buku karya Douglas E. Schoen, konsultan politik terkemuka, “The Power of Vote: Electing Presidents, Overthrowing Dictators, Promoting Democracy Around The World.”

Kebetulan pula saya diminta menyampaikan ucap utama di sidang International Association of Political Consultants di Bali sebaik selesai pidato perasmian oleh Presiden Indonesia.

Saya kesuntukan waktu kerana sehari sabelumnya kita ribut dengan perhimpunan Bersih. Namun, buku perlu dibaca dan ucapan disiapkan. Teman penganjur sidang Kris dan Bob merupakan konsultan handalan. Secara peribadi saya amat terkesan dengan persahabatan mereka.

Ginandjar, Ketua Parlimen Indonesia (bekas menteri ekonomi) mempengerusikan panel berikutnya.

Pengarang menghimbau pengalamannya sebagai konsultan kepada Presiden Clinton, juga di Israel, Venezuela dan Yugoslavia.
Ada saranan yang upaya dimanfaatkan termasuk pemantauan sikap khalayak, tidak asyik dengan kelompok sama malah perlu menembusi ke semua pelusuk.

Mesej perlu jelas dengan kesatuan fikrah pimpinan, jentera harus mantap dan pekerja harus tekun dan dedikasi. Tidak terkecuali, sikap tawadduk, agar sedia menimba pengalaman baru, memperbaiki kelemahan dan merangka strategi sesuai dengan tuntutan masa dan khalayak.

Buku kini beredar di kalangan pimpinan KeADILan…….

ANWAR IBRAHIM

17 August 2007

Pendapat

Pendapat Anda?

Kebelakangan ini saya berulangkali menyerang kegagalan Umno-BN membela nasib rakyat miskin dengan membongkar isu rumah kos rendah. Ada rakan yang prihatin dan menyerahkan buku “Housing Crisis: Back To A Humanistic Agenda” karangan Profesor Mohamad Tajuddin M Rasdi daripada UTM.

Saya menelaah buku profesor senibina ini dan terkesan dengan hasratnya mendidik mahasiswa dan melahirkan manusia prihatin dan bukannya korporat gelojoh. Gagasan beliau adalah dasar perumahan pekerja dan rakyat yang mengambilkira aspek fisikal, ekonomi dan persekitaran.
(more…)